Selasa, 2 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bapa Berahi Mengaku Rogol Anak Sendiri

Posted: 02 Aug 2011 05:13 AM PDT

Saya petik:

Pemandu lori sawit dituduh rogol anak

[SH] IPOH – Seorang pemandu lori sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun antara tahun 2009 hingga 13 Jun lalu.

Bapa kepada lima anak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang berusia 50 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah tidak bernombor, Kampung Parit, Titi Gantung dekat sini.

Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah.

Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam dan tidak lebih 20 tahun serta sebat.

Bagaimanapun, hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa.

Nadiah mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah.

Selain itu, mangsa yang masih dirawat di Hospital Manjung akan pulang ke rumah dalam masa terdekat dan akan dijaga oleh ibunya.

Tertuduh yang hadir dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.


Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta merupakan penyumbang ekonomi keluarga yang utama.

Hadir sama menemani tertuduh adalah adik perempuannya namun kelibat ahli keluarganya tidak kelihatan.

Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Julie Lack membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan perubatan mangsa. 
 
P/s: Sila ambil ikhtibar!
 

[Video] Iklan Ramadan Perkauman?

Posted: 02 Aug 2011 04:01 AM PDT



Video:


Iklan ini sempat ditayangkan seketika di 8TV sebelum ditarik semula kerana mendapat kritikan daripada penonton. Rasis? Anda nilai sendiri!


[Wajib Baca-Wajib Sebarkan] Mengapa BN dan SPR Kemaruk Mahu Guna Biometrik? Salah Satu Sebabnya...

Posted: 02 Aug 2011 02:10 AM PDT



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali memberikan jaminan bahawa tiada warga asing didaftarkan sebagai pengundi, namun sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Blog pro-PR,  Perisik Rakyat yang membuat risikan mendapati lebih 160 orang warga asing yang memegang status penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi di beberapa kawasan. Cerita ini berlegar-legar di kebanyakan blog sebelum disiarkan di Malaysia Kini. Namun malangnya  tiada pula kredit diberikan kepada Perisik Rakyat.

Misalnya, PR yang bernama "Mismah" didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan di Kawasan Kuala Selangor. Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu. Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap. Namun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru lapor.

Sila baca pendedahan lanjut di Perisik Rakyat di sini.


Yang lagi lahanatnya,  kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia tampaknya telahpun menjadi warganegara Malaysia. WOW!

WOW! Pantas dan cekap agensi UMCO membuat "kerja" mereka!

ADUHAI, Malaysia dalam bahaya! Maruah negara digadai kerana rejim mahu mengekalkan kuasa! Ini baru warga Indonesia di-Malaysiakan, bagaimana dengan warga China dan India, atau Bangladesh dan Pakistan?

Mismah kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama kini pengundi berdaftar yang baru. Walau bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
GILAAA!


P/s: Mereka hina penggunaan dakwat kekal sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman, tetapi temberang biometrik yang kononnya canggih dan terkini sudah terburai!

Sudah terang lagi bersuluh, siapa pengkhianat negara!




MCA Mahu Hapus Hak Kontraktor Melayu, India Muslim di Pulau Pinang?

Posted: 02 Aug 2011 01:10 AM PDT


Saya petik:

[RoketKini] Sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, tender projek-projek kerajaan negeri yang tidak melebihi RM200,000 dikhaskan kepada kontraktor Kelas F melalui tender terbuka, di mana kesemuanya adalah kontraktor Bumiputera.

Bagi projek-projek yang nilainya melebihi RM200,000, tawaran akan dilakukan melalui tender terbuka kepada semua warganegara Malaysia, termasuk Melayu, Cina dan India dan warga-warga negara yang layak.

Justeru itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik membidas sikap Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang yang telah mempersoalkan mengenai 243 projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor Kelas F di mana nilai projek-projek tersebut adalah kurang daripada RM200,000.
MCA cadang kontraktor kelas F dimansuhkan?

"Adakah Tan Cheng Liang bercadang supaya Kontraktor Kelas F (untuk Bumiputera) dimansuhkan?

"Jikalau MCA berhasrat untuk berbuat demikian, beliau seharusnya mengemukakan cadangan tersebut melalui Presiden MCA atau Menteri-Menteri MCA yang berada dalam Kabinet.

"Jangan lemparkan kritikan yang tidak berasas terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang melaksanakan tender terbuka serta menjaga kepentingan kontraktor-kontraktor Kelas F yang kurang kemampuan mereka dari segi modal berbayar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ng yang juga Adun Komtar turut mempersoalkan Tan dan MCA sama ada mereka mahu menentang UMNO dan menolak peruntukan undang-undang yang ada kerana mahu memansuhkan hak kontraktor-kontraktor kelas F demi membela kepentingan kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera.

Beliau menambah tuduhan MCA itu membuktikan lidah pemimpin-pemimpin BN bercabang dua.

Tender tebuka untuk semua yang layak
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menjelaskan buat kesekian kalinya bahawa hanya usahawan yang cekap, mahir dan layak sahaja akan mendapat kontrak melalui tender terbuka di negeri itu tanpa mengira kaum dan kabel politik mereka.

Katanya, dalam keadaan di mana semua kontrator Bumupitera termasuk India Muslim mendapat kontrak, ia membuktikan mereka semuanya layak dan berkemampuan melaksanakan tugas.

"Tidak ada orang Cina atau Melayu akan marah dengan kerajaan negeri kerana memberi pulang yang adil kepada semua kontraktor," tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih.

Menurutnya, dakwaan Tan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA kononnya DAP meminggirkan kaum Cina kerana memberi kontrak JPS kepada kontraktor Melayu dan India Muslim adalah tidak matang dan berfahaman sempit.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sikap MCA itu sama seperti cara politik UMNO yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mengabaikan nasib orang Melayu di negeri itu.

"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan tuduh kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita bantu masyarakat bukan Melayu, UMNO pula dakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai," tambah beliau.

Siapa anti-siapa?
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula berkata sepatutnya MCA dan UMNO sama-sama bertanya kepada diri mereka: "Siapa yang anti-siapa di Pulau Pinang?"

"Jika MCA menuduh DAP anti-Cina, mengapa MCA berdiam diri apabila UMNO dan Perkasa menuduh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Melayu?" katanya yang juga Ahli Parlimen Tanjung dan Adun Padang Kota.

Mengikut lojik tidak masuk akal UMNO-MCA itu, jika MCA menuduh DAP anti-Cina kerana kontrak dimenangi oleh Bumiputera untuk kelas kontraktor Bumiputera, MCA sepatutnya membuat tuduhan yang sama terhadap UMNO di peringkat nasional dan semua negeri yang diperintah oleh UMNO.

Sebagaimana kata Ng, rakyat kini sudah bosan dengan tipu helah pemimpin-pemimpin BN yang lidah bercabang dua dan cakap tak serupa bikin.

"Rakyat akan terus memberi sokongan yang padu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat serta adil dan telus dalam melaksanakan tender secara terbuka, dan bukannya MCA atau UMNO yang ketagih memainkan sentimen perkauman," tambah beliau. 

 Berkaitan:

PENAWAR Desak Najib Letak Jawatan? Siapa PENAWAR?

Posted: 02 Aug 2011 12:00 AM PDT


Dalam senyum dan ghairah PM kita bertungkus lumus ingin memastikan BN dan dirinya kekal sebagaio PM selepas PRU 13, macam-macam cerita yang menggoncang kredibilitinya. Daripada isu Scorpene-Althantuya, BERSIH 2.0, dan kini timbul pula usaha daripada orang UMCO yang mendesaknya agar meletakkan jawatan kerana gagal menangani pelbagai isu. Malah timbul pula persepsi baru yang mendakwa Najib takut akan Muhyiddin selaku timbalannya.

Khabar terbaru mendakwa PENAWAR, persatuan yang dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat UMCO mendesak Najib melepaskan jawatannya sebagai PM. Khabar ini saya paut dari sumber cerita, MSO:
 
[MSO] ....Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya tekah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelebaban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.

Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

"Biar betul?" tanya saya kepada sumber inginkan kepastian.

"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.

Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya mengatakan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.
Sila ke blog MSO untuk butiran lanjut.

P/s: Alahai PM!!!





Ingat Cerita "Atuk" Termuda Britain? Kisah Susulannya Di sini

Posted: 01 Aug 2011 11:00 PM PDT


Datuk termuda di Britain, Shem Davies yang berusia cuma 29 tahun memberitahu bahawa dia akan membantu anak perempuannya, Tia dan teman lelakinya, Jordan untuk meneruskan kehidupan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada awal bulan lalu, Tia yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan, Gracie, hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya itu yang berusia setahun lebih tua.

"Pada awalnya, saya agak marah apabila mengetahui anak perempuan saya mengandung. Namun kemarahan itu beransur hilang," kata Shem.

Malah, Davies dan bekas kekasihnya yang berusia 30 tahun Kelly John, iaitu ibu Tia, kini gembira dengan kelahiran cucu mereka.

"Saya menerima semua yang berlaku dengan positif," kata Davies.

Sementara itu, Jordan yang menduduki peperiksaan beberapa minggu sebelum Gracie dilahirkan memberitahu, dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.


Cerita terdahulu fasal mereka di sini.

Lelaki Maut Dibelasah Angkara Mengutuk di Facebook

Posted: 01 Aug 2011 09:15 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
Lelaki maut dibelasah abang kenalan wanita

[BH] KULIM: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu. 

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin. 

Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat menggunakan topi keledar oleh suspek, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

"Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah.

"Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

"Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan," katanya ketika di hubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.


 P/s: Zaman saya belajar dahulu, orang bergaduh, sehingga pukul-memukul kerana ruangan sembang seperti MiRC. Kini, ada yang mati gara-gara "kelancangan" jari menaip!



DAWAMA Didakwa Sorok "Soft Copy" Buku Teks, Arah 380 Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

Posted: 01 Aug 2011 05:55 PM PDT


Adakah ini penghujung syarikat yang dahulunya dikatakan dapat meningkatkan mutu penerbitan dan jualan DBP? Seingat saya, faktor tersebutlah yang menjadi antara alasan penswastaan beberapa bahagian di DBP. Kononnya, strategi pemasaran dan penerbitan DBP pada masa itu tidak proaktif sehingga menyebabkan jualan buku dan majalahnya tidak berkembang.

DAWAMA ditubuhkan pada tahun 1999 dan memulakan operasinya sekitar September 2002 selepas mengambil alih beberapa bahagian prapenerbitan dan pemasaran DBP. Pada waktu itu, Datuk Aziz Deraman ialah Ketua Pengarah DBP. Syarikat ini 100% milik Bumiputera dan sebahagian pengurusannya ialah bekas orang DBP sendiri.  Biarpun ditentang oleh sebahagian staf, namun akhirnya pihak atasan dan kementerian meluluskan projek penswastaan yang pembahagian keuntungannya sepatutnya memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada syarikat itu.

Rupa-rupanya, selepas beberapa tahun ditubuhkan, akhirnya syarikat yang kononnya mahu "menyelamatkan"  DBP berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan sehingga menjejaskan jadual penerbitan buku dan majalah DBP. PELIK! Syarikat ini mendapat tender berterusan daripada Kementerian Pelajaran, malah menjual buku DBP, namun ironinya, syarikat ini mengalami masalah kewangan kronik. Ke mana pergi hasil jualan buku dan tender berjuta-juta ringgit daripada kementerian? Masuk ke poket siapa?

Terkini, syarikat itu memaksa sekitar 400 pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji tanpa menghirau nasib mereka yang rata-ratanya bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. ZALIM! Sudahlah begitu, khabarnya sumber syarikat itu mendakwa pihak atasan mengarahkan sof copy buku teks yang sudah 90% siap disimpan selepas DBP ingin mengambil alih kerja-kerja pencetakan buku-buku tersebut.

Berita berkaitan:
DBP hadapi masalah ulang cetak enam juta buku teks 2012

[BH] KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipercayai berdepan masalah untuk mengulang cetak enam juta naskhah buku teks sekolah rendah, berikutan salinan lembut (soft copy) teks itu masih disimpan syarikat konsesi percetakan dan pemasarannya, Dawama Sdn Bhd (Dawama).

Sumber Dawama memberitahu Berita Harian, pengurusan syarikat mengeluarkan arahan supaya salinan lembut teks itu disimpan apabila mendengar desas-desus DBP akan mengambil alih tugas mencetak naskhah untuk 2012.
"Soft copy teks terbabit sudah 90 peratus siap dan perlu dihantar kepada Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran, seminggu selepas Aidilfitri.

"Soft copy teks terbabit sudah melalui proses pemurnian dan pembetulan yang diselia BBT dalam beberapa fasa untuk disesuaikan dengan silibus baru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Ahad lalu, Berita Minggu melaporkan masalah kewangan yang dihadapi Dawama dipercayai semakin buruk memaksa DBP mengambil alih tanggungjawab mencetak naskhah ulang cetak enam juta buku teks sekolah rendah untuk kegunaan 2012 mulai semalam bagi memastikan buku teks sampai di sekolah mengikut jadual ditetapkan.

Krisis itu semakin memuncak apabila 400 kakitangannya diarahkan bercuti tanpa gaji berkuat kuasa semalam.  
Sumber itu berkata, tanpa soft copy teks terbabit, syarikat percetakan yang diberi tanggungjawab itu perlu memulakan proses pra-percetakan semula.

"Saya diberitahu ada salinan yang dihantar oleh syarikat percetakan yang baru kepada BBT terpaksa diubah hampir 75 peratus kerana tidak menepati kehendak berdasarkan silibus baru.
"Ini kerana syarikat terbabit terpaksa menyiapkannya dalam tempoh sebulan dan dikhuatiri mutunya akan jatuh semata-mata untuk mengejar tempoh masa ditetapkan," katanya. 

P/s:  "Biasalah Melayu berniaga...", Itulah frasa yang meniti di bibir orang yang mengikuti cerita ini. Tindakan syarikat Bumiputera ini mengarahkan pekerja-pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji tatkala umat Islam sedang berpuasa dan bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi sangat terkutuk. Kerajaan dan pihak yang terlibat dengan projek penswastaan ini perlu bertanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan terhadap DAWAMA!






Tiada ulasan: