Era Pasca |
- MANA GENG KEPALA LEMBU OI!? ADA ORANG BINA GEREJA MERATA NIH!!
- Video bukti Najib Razak sanggup berkompromi dgn CSL hina undang-udang negara Islam!
- TAK BAPE PANEH! - Kenyataan Akhbar Rasid Rosdi yang Dakwa Dipaksa Tandatangani Akuan Bersumpah
| MANA GENG KEPALA LEMBU OI!? ADA ORANG BINA GEREJA MERATA NIH!! Posted: 13 Oct 2010 09:30 PM PDT Pembinaan gereja, penduduk Kuching kecewa! Surat dari Penduduk Kecewa Saya ingin merakamkan rasa dukacita dan terkilan atas pembinaan gereja di Taman Sri Perkasa, di Jalan Matang, Kuching yang rata-ratanya dihuni oleh penduduk Islam. Projek pembinaan gereja di dua lot kosong di taman ini berlaku tanpa pengetahuan penduduk. Projek ini berlaku secara tiba-tiba setelah satu majlis pecah tanah diadakan pada 19 September 2010. Pembinaan bangunan pula berlaku dengan pantas setelah majlis pecah tanah tersebut. Ini menimbulkan rasa resah dan bimbang penduduk akan aqidah anak-anak Islam yang mungkin terjejas akibat pembinaan gereja ini. Untuk makluman, lokasi pembinaan tersebut sepatutnya menjadi lokasi bagi 'community hall' dan satu lot lagi merupakan lot utk 'government reserve.' Apabila ditanya kpd pihak Majlis Perbandaran Padawan, mereka mendakwa tidak tahu menahu akan hal ini, tetapi enggan mengambil sebarang tindakan atas alasan di luar tugas rasmi mereka walaupun kedua-dua lot tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan. Lokasi pula berhadapan dengan institusi pendidikan Islam iaitu Taska Syahirah dan Tadika Hikmah dan di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk Islam. Yang menjadi persoalannya, adakah pembinaan gereja boleh dilakukan di mana-mana tempat tanpa mengira lokasi dan penduduk di sekitarnya? Setakat hari ini, tidak ada sebarang tindakan daripada pihak Majlis hal ehwal Islam negeri berkaitan hal ini walaupun laporan sudah dibuat. Pihak berkuasa tempatan dan pemaju pula masing-masing cuba lepas tangan dan enggan dipersalahkan dengan mengatakan tidak bertanggungjawab dalam projek tersebut. Di manakah lagi penduduk Islam Taman Sri Perkasa ini dapat mengadu dan mempertahankan lot tersebut jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berwajib? Kami merasa sangat tertipu dan sedih kerana tiada pembelaan bagi kami sedangkan projek dibina dengan rancak sekali. Kami berharap keharmonian hidup di taman ini tidak dicemari oleh bunyi loceng gereja sedangkan masih ada lokasi lain yang lebih sesuai boleh dijadikan tapak pembinaan. Jangan kerana konsep 1 Malaysia kaum lain bebas berbuat sesuka hati tanpa mengira sensitiviti penduduk beragama Islam, agama rasmi negara ini. Jangan sampai konsep 1 Malaysia merosakkan masa depan kaum Melayu Islam di negara ini. -MK MANA MOHYIDDIN MANAF NIH? |
| Video bukti Najib Razak sanggup berkompromi dgn CSL hina undang-udang negara Islam! Posted: 13 Oct 2010 05:51 PM PDT Video yang jelas menunjukkan Najib Razak, presiden Umno sanggup berkompromi dengan Chua Soi Lek menghina hukum dan undang-undang negara Islam! Perhatikan rakaman video ini bermula minit ke 5.00 sehingga minit terakhir.. Dibawah penulis perturunkan kembali sebahagian kenyataan Najib seperti yang dimuatkan dalam rakaman video di atas... Presiden MCA, Chua Soi Lek sebelum itu telah berkata: "Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang," - Chua Soi LekKenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut: "Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud): "Itu sebab Karpal berkata 'melangkah mayat saya'. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,"Kurang ajar lagi biadap kenyataan MCA dan Najib ini! terbukti Najib dan Umno sanggup bersekongkol dan berkompromi secara jahat dengan rakannya MCA sehingga sanggup menghina dan memperlekeh undang2 dan negara Islam sebagai TERKEBELAKANG!.. Tidak cukup itu, Najib cuba menakut2kan orang Cina dengan pendirian Negara Islam yang diperjuangkan PAS kononnya akan memberi kesan negatif kepada cara hidup dan kehidupan mereka... p/s: Baca seterusnya dalam entry penuh penulis di sini, "BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!"... Priya Malaya |
| TAK BAPE PANEH! - Kenyataan Akhbar Rasid Rosdi yang Dakwa Dipaksa Tandatangani Akuan Bersumpah Posted: 13 Oct 2010 06:57 AM PDT Sekali saya tersilap petik. Sebelum ini timbul juga cerita Rahimi membuat laporan polis diliwat oleh DSAI. Rupa-rupanya, pelakon tambahan itu membuat laporan mengatakan bahawa dia dipaksa menandatangani Akuan Bersumpah. Hari ini saya tersilap juga. Si Rasid (bukan Rasyid) ini juga membuat laporan polis bahawa dia dipaksa menandatangani Akuan Bersumpah berkaitan dengan Drama Liwat II. Wow, plot drama semakin hebat! Saya petik kenyataan penuh Si Rasid ini: Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008. Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI. Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman. Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya. Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia. Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka. Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut. Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah. Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri. arus perjuangan BORING AKU PASAI KES LIWAT NIH... TAK SUDAH2... INI PASAI UMNGOK BN NAK BAWAK ADAM LAMBERT MASUK LA NIH! |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.