Jumaat, 2 Julai 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Altantuya Kedua Pula Tiba

Posted: 02 Jul 2010 04:29 AM PDT

Negara bakal menerima Scorpene kedua selepas yang pertama tidak dapat menyelam berkemungkinan takut lemas di dasar lautan maka hari ini kerajaan menerima sebuah lagi Scorpene Altantuya yang bakal mewarnai dan melengkapkan episod hitam Najib Altantuya.

Adakah ia seperti nasib kapal selam KD Tunku Abdul Rahman atau KD Altantuya? Sama-sama kita nantikan perkhabaran yang bakal mengegarkan negara. Kapal selam kedua ini mampu menyelam sehingga 300 meter ke dasar permukaan air.

Sanggupkah ia menyelam? Adakah nasib yang sama bakal menimpa Scorpene Siri 2 ini? Sama-sama kita tanya Najib dan Altantuya. Hanya mereka sahaja yang tahu tentang kapal selam ini.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada pukul 4.40 petang ini.

Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di sini.

Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lepas dan dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota TLDM.

KD Tun Razak bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September, tahun lepas. 

Sumber: Berkata

Toyota Alami Kerosakkan Enjin, 270 000 Unit Kenderaan Terlibat

Posted: 01 Jul 2010 03:40 PM PDT


SEBUAH kereta Toyota Lexus dipamerkan di sebuah bilik pameran di Tokyo semalam.


Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corp. semalam menyatakan sebanyak 270,000 unit kenderaan Toyota termasuk sedan mewah Lexus mungkin mengalami masalah kerosakan enjin, lapor akhbar Yomiuri semalam.

Menurut akhbar berkenaan, Toyota akan memaklumkan isu tersebut kepada Kementerian Pengangkutan Jepun. 

Daripada jumlah itu, dianggarkan 180,000 unit telah dijual di pasaran antarabangsa dan bakinya di Jepun. 

Kenderaan itu merangkumi model Toyota Crown dan tujuh model sedan mewah Lexus. 

Situasi itu sekali gus menjadi tamparan terbaru buat Toyota yang sebelum ini pernah terlibat dalam skandal memanggil semula lebih lapan juta unit kenderaannya di pasaran seluruh dunia berikutan masalah brek dan pedal minyak yang tersangkut pada karpet lantai. 

Jurucakap Toyota, Hideaki Homma mengakui pihak syarikat sedang menilai langkah-langkah untuk menangani masalah enjin yang boleh mati secara tiba-tiba ketika kereta sedang bergerak. Homma bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa tindakan memanggil semula telah difikirkan. 

Toyota telah menerima kira-kira 200 aduan di Jepun berkaitan masalah kerosakan enjin. 

Sebahagian pemandu memberitahu, enjin kereta mereka menghasilkan bunyi yang pelik. Namun, Homma menegaskan tiada laporan kemalangan disebabkan masalah tersebut. 

Baru-baru ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengenakan denda sebanyak AS$16.4 juta (RM53 juta) terhadap Toyota kerana didakwa bertindak terlalu lambat untuk menarik semula kenderaannya. 

Sumber: Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.