Anak Sungai Derhaka |
- Adakah Kita Sudah Kaya?
- Tragedi Perak bukti LA dari Peguam Negara tidak adil — V. Sivakumar
- 1.2 juta komputer riba diagih percuma.. Siapa Untung?
- Perkasa Mahu KDN Siasat Khairy
- Will banning S' Keadilan stop Felda settlers from blaming Najib?
- Perjanjian SYABAS : Apa yang UMNO/BN nak sembunyikan?
- Buktikan telus, Pemimpin Pakatan desak Felda beri MP taklimat
- Khairy mahu KDN siasat Suara Perkasa
- Kenapa Petronas perlu orangtengah untuk menjual minyaknya?
| Posted: 02 Jul 2010 07:18 AM PDT Nak bagi biasiswa Nazri kata Kerajaan tiada dana.. tapi bagi tambahan RM500,000.00 disamping peruntukan yang berjumlah RM1,000,000.00 setiap tahun kepada setiap Ahli Parlimen BN untuk pembangunan ada pulak duit.. I have the extra money, so take this RM500,000July 02, 2010 JULY 2 — The BN Backbenchers Club Deputy Chairman Bung Mokhtar Radin said that all the BN MPs receives an additional RM500, 000 funds on top of the RM1million allocation. The money is meant to be channelled to each constituency for the development purposes. Bung Mokhtar also added that the additional allocation is normally depends on the economy. If the economy is good, then there will be more allocation. Well, seriously I have no idea that the economic situation of the country could be revive so quickly and so sudden! As reported, it is understood that the allocations given out to BN MPs each year come from the Prime Minister himself, under a development fund monitored by a unit called Implementation Coordination Unit (ICU). The Minister in the Prime Minister's Department office, Nazri Aziz when asked about the sudden increase of the allocation, confirmed that the BN MPs are given additional funds of RM500, 000 because the government has extra money. The government's business is not to keep the money but to spend the money, he said. This again fuelled the speculation that there will be an early snap election. The opposition MPs is predicting a snap election soon judging by the way the Najib administration dishes out money for the BN MPs. Given that there are a total of 222 parliamentary constituencies, the additional allocation will amount to an extra outlay of RM111 million. Just not long ago, I believe everyone must recall that the Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala has said that Malaysia risks becoming the next Greece because the country will go bankrupt a year before our Vision 2020 if the government does not cut the subsidies. He said that the country's debt would rise to 100 per cent of GDP by 2019 from the current 54% if subsidies are not being cut. However the Umno MPs including our former Prime Minister Dr. Mahathir dismissed the bankruptcy warning by Idris Jala and deemed the figures provided are exaggerating. The Treasury Department also disputed the calculation of Idris Jala. The Treasury claimed that the subsidy bill was only RM18.6billion and not RM74billion as indicated by Idris Jala. Also we have not forgotten the big fuss on the moving of the Parliament to the Putrajaya recently. Again, it was also due to the so-called shortage of budget. Earlier on it was reported that the cabinet had already decided on a new building for Parliament, which would cost about RM800million taking into consideration aspects of comfort, needs, facilities and the increased number of seats. Then a week later, Nazri said that Parliament might move to Putrajaya International Convention Centre while renovation works were carried out on the Parliament building. On 30 June, Nazri further on apologised to the Dewan Rakyat for misinformation pertaining to the proposed relocation of Parliament, which the decision has in fact have not been made. He said he was mislead by the officers and considered this as merely an internal issue. We often heard conflicting answers coming from the government. Needless to say, both events have already shaken the confidence and trust of the people on the government. So are we getting rich now? I am rather confused, how about you? The Malaysian Insider |
| Tragedi Perak bukti LA dari Peguam Negara tidak adil — V. Sivakumar Posted: 02 Jul 2010 03:23 AM PDT July 02, 20102 JULAI — Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi yang bercorak federalisme yang berat sebelah. Ini merupakan satu lagi kecacatan yang amat ketara dalam Perlembagaan Pesekutuan. Autonomi yang luas diberikan kepada kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri pula dicekik dalam ruangan yang sempit. Ketidak seimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ini menjadikan politik Malaysia kucar-kacir dan tidak tentu hala.Kerajaan pusat menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain untuk terus menindas kerajaan negeri. Kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat menghadapi ancaman yang hebat dan bertubi-tubi. Kerajaan Pusat menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk membuli kerajaan negeri yang serba kekurangan dan tidak dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Kerajaan Pusat menempatkan tiga orang ex-officio di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mereka ini terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Ketiga-tiga pegawai utama ini adalah lantikan persekutuan. Walaupun gaji mereka ini dibayar oleh kerajaan negeri, tetapi kesetian mereka adalah tertumpu kepada kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya jawatan dan insentif yang lain. Ketiga-tiga pegawai ini berkhidmat sebagai tali barut kerajaan pusat di setiap negeri. Ex-officio ini akan menyalurkan semua maklumat-maklumat kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Dalam kata lain, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi secara bebas. Segala tindak-tanduk dan rancangan kerajaan negeri boleh disalurkan oleh ex-officio in kepada kerajaan pusat yang cuba merisik maklumat-maklumat ini untuk kepentingan politiknya. Ini bermakna, semua rahsia-rahsia kerajaan negeri akan diketahui oleh kerajaan pusat. Maklumat-maklumat atau keputusan-keputusan yang dibuat dalam Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan sampai kepada pengetahuan kerajaan pusat dalam sekelip mata. Kerajaan negeri pula terpaksa beroperasi dalam keadaan yang cukup bahaya dan ketakutan kerana ada musuh dalam selimut. Federalisme seperti ini tidak menjamin demokrasi yang tulen. Pengubahssuaian kepada sistem federalisme kita harus dikaji semula dan diperbaiki. Kerajaan negeri seharusnya diberi autonomi yang cukup untuk mentadbir negeri dengan baik dan tidak dikawal dan diancam oleh kerajaan pusat. Saya amat bersetuju dengan pandangan Profesor Aziz Bari, Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa yang menyarankan supaya kerajaan Pakatan Rakyat menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan memilih orang-orang yang taat kepada kerajaan negeri dan bukannya tali barut kerajaan pusat. Cadangan ini mempunyai nas kerana ketiga-tiga pegawai kerajaan tertinggi ini boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan negeri. Sebagai contoh, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak kepada Barisan Nasional Perak dan kerajaan pusat merupakan punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Kerajaan Pusat menggunakan ex-officio ini untuk merancang satu konspirasi politik menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Peranan ex-officio ini digunakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat untuk mendapatkan maklumat dalaman dan melemahkan kestabilan kerajaan negeri. Penglibatan ex-officio dalam menggulingkan kerajaan Perak yang diberi mandat oleh rakyat tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan kemelut negeri Perak sebagai satu pedoman dan mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengantikan orang-orang yang bekerja sebagai tali barut kerajaan pusat. Kerajaan–kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak boleh khilaf sekali lagi dan perlu memberi perhatian yang serius dalam hal ini. Adalah mudah untuk mentadbir negeri dan melaksanakan polisi-polisi Pakatan Rakyat jika ex-officio yang dilantik ini adalah terdiri daripada pihak yang neutral. Mereka ini seharusnya memahami konsep neutraliti dan berpegang kepada prinsip tersebut dan tidak mengikut telunjuk dan meringkuk kepada arahan kerajaan pusat. The Malaysian Insider |
| 1.2 juta komputer riba diagih percuma.. Siapa Untung? Posted: 02 Jul 2010 02:24 AM PDT Kerajaan akan menggunakan duit pembayar cukai untuk membeli dan mengagihkan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah dan juga pelajar, syaratnya mereka diwajibkan melanggan pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM). Dan mereka diwajibkan membayar yuran langganan sebanyak RM38 sebulan selama dua tahun kepada TM.. Siapa yang beruntung disini? Pembekal Komputer Riba, Rakyat ataupun TM??? 1.2 juta komputer riba diagih percuma JELEBU 28 Mei - Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah dan juga pelajar sekiranya mereka melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. ''Inisiatif pengagihan komputer berkenaan akan dijalankan secara berfasa iaitu bagi fasa pertama sebanyak 200,000 unit bakal diagihkan dan disasarkan selesai pada hujung tahun ini. ''Bagi fasa kedua pula, sebanyak 1 juta unit komputer berkenaan akan diagihkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar dan NetBook Kos Rendah Terkini Untuk Isi Rumah Berpendapatan Rendah anjuran TM di sini hari ini. Katanya, antara syarat dan golongan yang layak untuk mendapat pakej itu adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Jelasnya, setiap individu yang layak diwajibkan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan TM secara kontrak selama 24 bulan bagi memiliki komputer riba berkenaan. ''Sekiranya permohonan memiliki komputer itu berjaya, mereka diwajibkan membayar yuran langganan sebanyak RM38 sebulan selama dua tahun kepada TM. ''Lebih menarik, bagi pelajar sekolah, mereka hanya dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 berbanding pakej yang ditawarkan kepada isi rumah iaitu sebanyak RM38." katanya. Dalam pada itu, Rais berkata, bagi memastikan kelancaran pengunaan pakej jalur lebar itu, TM sedang giat memasang Pusat Akses (AP) bagi meningkatkan isyarat penerimaan jalur lebar. ''Dengan wujudnya AP ini orang ramai boleh mengakses Wifi iaitu akses Internet tanpa wayar dengan radius sejauh dua kilometer dari pusat AP," jelasnya. Rais juga mencadangkan pakej berkenaan diberikan kepada semua pengamal media di seluruh negara sebagai langkah menghargai peranan media dalam menjalankan tugas mereka. ''Saya akan berbincang dengan SKMM untuk memberi komputer riba ini kepada semua pelapor media yang merupakan warganegara ini. Perkara ini akan dibincang dalam tempoh terdekat," ujarnya. Media UMNO |
| Perkasa Mahu KDN Siasat Khairy Posted: 02 Jul 2010 01:04 AM PDT Oleh Norasikin SamsiKUALA LUMPUR 2 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen, Khairy Jamaluddin semasa pentadbiran ayah mertunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Ibrahim berkata demikian ketika ditanya Suara Keadilan mengenai gesaan Khairy supaya KDN mengambil tindakan ke atas terbitan sulung pertubuhan itu, Suara Perkasa bertajuk 'Tahan Ka Siong bawah ISA'. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy banyak melakukan penyelewengan semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. "Kenyataan-kenyataan seumpama ini melambak dalam Suara Keadilan, Harakah, Siasah semuanya ada. Kenapa dia tak suruh KDN pergi siasat? "Cuma saya nak cadangkan Kementerian Dalam Negeri siasat Khairy sebab masa bapa mertua dia jadi Perdana Menteri, banyak hal lagi dia buat dulu, saya tak nak dedahkan sekarang, cuma eloklah Kementerian Dalam Negeri pergi siasat," katanya. Sebelum ini Khairy menafikan berlaku pergeseran di antara beliau dengan Ibrahim sebaliknya menganggap apa yang didakwa berlaku antara mereka berdua hanyalah tidak mempunyai ideologi yang sama. "Semalam ketika saya bertembung dengan beliau (Ibrahim) di sini (Parlimen), macam-macam yang dikatakan pada saya. Tetapi saya tak ada masalah. "Saya masih meneruskan dengan pendirian saya dan beliau tetap dengan pendiriannya. Kami mempunyai prinsip ideologi yang berbeza," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Persengketaan ini turut mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim yang meminta dua seteru ini berdamai demi kebaikan orang Melayu dan tidak perlu membazir tenaga dengan perkara remeh yang tiada kesudahannya. Menurut laporan media, Shahidan dilaporkan sebagai berkata turut menuntut Khairy dan juga Ibrahim agar tidak meneruskan pergeseran dan perang mulut yang berlarutan mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagaimanapun, persengketaan itu juga dilihat telah menggugat imej pimpinan tertinggi kerajaan Umno-Barisan Nasional. "Kita semua termasuk mereka berdua mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan amat malang dan merugikan jika kita bergaduh sesama sendiri. Musuh kita akan bersorak dan bertepuk tangan melihat keadaan itu," lapor Shahidan lagi. Suara Keadilan |
| Will banning S' Keadilan stop Felda settlers from blaming Najib? Posted: 02 Jul 2010 12:20 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleThe Home Ministry has refused to renew the publishing permit for PKR newspaper Suara Keadilan, in a move critics say underscored Umno paranoia about Opposition Leader Anwar Ibrahim and his Pakatan Rakyat coalition, which has been working hard to win the hearts and minds of the rural Malay electorate. "This is obviously an excuse to mask their real motive – to deny Pakatan and PKR in particular a platform to reach the Malay constituents. We denounce the action and will appeal the decision," PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin told Malaysia Chronicle. Questionable assets or solid cash The brouhaha over the Suara Keadilan publishing and printing permit came about following its recent article entitled Felda Bangkrap. Financial analysts told Malaysia Chronicle the latest ban would not help the government counter eroding confidence in Prime Minister Najib Razak, whose administration has been accused of a slew of corruption and commissioning cases. This is because neither he nor Felda have provided any details or independent valuations for the assets bought with Felda's cash. This means that the land settlers could be sitting on a massive pile of overpriced and low-yielding investments instead of solid cash, they said. "It is no point blaming Suara Keadilan. The government also said it will sue for RM200 million, which obviously is an overblown amount. Firstly, it doesn't credible and comes across as bullying, so investor sympathy won't be with the government on this," a research director at an investment bank told Malaysia Chronicle. "In fact, it will raise more alarm bells about how deep the rot could be in Felda. Questions about how Najib can let Felda erode its cash levels, did he have any part in any improper activity in Felda will grow even larger now." Public disbelief Deputy Minister in the Prime Minister's Department Ahmad Maslan, who is also in charge of the government-controlled land settlement corporation, had objected to the Suara Keadilan article, saying it was wrong and Felda was not bankrupt. Ahmad also threatened to sue the publication and its owners for RM200 million if they did not issue a public apology. The article was actually a response to to Ahmad's own statement to questions raised in Parliament about Felda's financial health. There have been widespread concerns about Felda's massive cash depletion and Ahmad himself confirmed that its reserves plunged RM2.73 billion from RM4.08 billion in 2004 to RM1.35 billion in 2009. Although, he also pointed that Felda's assets rose at the same time, his remarks still drew public fire and nationwide accusations of high-level government corruption due to the ruling coalition Umno-BN's long-standing refusal to come clean on failed mega projects. High-handed Civil rights groups say the ban also highlights the oppressiveness of the BN coalition, which has ruled Malaysia for 52 years since independence from British colonization in 1957. The BN's hegemony has been built around race-based policies promulgated by dominant BN partner Umno and its ham-fisted control over all the institutions in the country, including the judiciary, the civil service, the armed forces and the media. On Friday, the ministry's Quranic texts and publications controller Zaitun Samad said the decision not to extend Suara Keadlian's permit was due to its unsatisfactory reply over the Felda report. "The application for renewal of Suara Keadilan publishing permit that expired on June 30, 2010 will only be considered after receiving satisfactory reply from the publisher," Zaitun said in a statement to the press. Media organizations operating in Malaysia are required to obtain publishing and printing permits from the Home Ministry for all publications. These are usually extended on an annual basis, giving the government huge clout over editorial direction of the content - especially the political news and analysis. Media practitioners, who have long fought for the archaic law to be repealed and press freedom to be restored, slammed the ban. "If there is inaccuracy of fact, it is up to the owners of Felda to sue Suara Keadilan. I fail to see why the Home Ministry is involved. Why should a report on Felda that displeases the Prime Minister's Office be a reason for canceling Suara Keadilan's permit. Where is the logic or justice for such a high-handed move," said a veteran journalist told Malaysia Chronicle. Malaysia Chronicle |
| Perjanjian SYABAS : Apa yang UMNO/BN nak sembunyikan? Posted: 01 Jul 2010 09:44 PM PDT Pada 28 Jun Mahkamah Tinggi telah memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatanganinya dengan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam. Sebaliknya, kata beliau, ia akan memenuhi kepentingan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.- Berita penuh sila baca di SINI Dan hari ini iaitu hanya tinggal lagi dua hari perjanjian konsesi air itu akan didedahkan kepada awam, Kerajaan Persekutuan telah menghalangnya.. Nampaknya pasti ada beberapa nama besar yang terlibat dalam meraih untung dari perjanjian ini yang hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat.. Putrajaya blocks Syabas information from going public By Yow Hong ChiehJuly 02, 2010KUALA LUMPUR, July 2 — The High Court has granted the federal government a stay of its earlier order to declassify the water concession agreement with Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Judicial Commissioner Hadhariah Syed Ismail said she granted the stay to ensure the federal government's right to appeal to the Court of Appeal was not frustrated. She explained that since the two Syabas documents would be revealed on Monday if she did not grant the stay, any filing to the Court of Appeal planned by the government would then be rendered moot. The Malaysian Insider |
| Buktikan telus, Pemimpin Pakatan desak Felda beri MP taklimat Posted: 01 Jul 2010 08:42 PM PDT Kata Husam "Pada waktu Felda hauskan RM200 juta dari Suara Keadilan, rakyat hauskan penjelasan tentang kedudukan Felda. Kehausan ini terus membengkak sekalipun Felda memfailkan sepuluh saman lagi," Pemimpin Pakatan desak Felda beri MP taklimat, buktikan telus KUALA LUMPUR, 2 Julai — Pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengesyorkan pengurusan Felda agar memberi taklimat kepada kesemua ahli Parliman bagi menjelaskan isu kontroversi berkaitan dakwaan agensi persekutuan itu mengalami kemerosotan simpanan tunai manakala ada pihak yang mendakwa ia di ambang muflis.Sambil mempertahankan laporan Suara Keadilan bulan lalu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa berkata, jika benar Felda telus dalam urus tadbir kewangan mereka, pengurusan agensi itu patut menjemput wakil-wakil rakyat - kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mendengar penjelasan mereka secara terbuka. "Jika Felda benar dan perbelanjaannya telus, tidak ada salah menjemput ahli-ahli Parlimen ke satu taklimat Felda. Buka untuk pertanyaan. "Ajak media ikut sama. Bentangkan penyata yang diaudit. Jelaskan rasional setiap perbelanjaan dan pelaburan," kata beliau. Felda mengemukakan notis menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam berhubung laporan akhbar mingguan parti itu, Suara Keadilan, yang mendakwa Felda bankrap. Selain akhbar milik PKR itu, notis tuntutan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, turut dihantar kepada penerbit akhbar itu, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetaknya, Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd. Tuntutan itu dibuat berdasarkan kerosakan reputasi kepada Felda disebabkan tuduhan ianya bankrap yang terkandung dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun lalu. Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004. Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda. "Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda)," kata Ahmad di Dewan Rakyat. Ahmad menambah, meskipun simpanan tunai merosot tetapi aset Felda mengalami peningkatan. "Simpanan tunai menurun RM2.37 bilion manakala aset meningkat RM6.2 bilion," kata beliau. Dalam tulisan terbarunya Husam menyoal sama ada rakyat akan diam diri dengan tindakan saman Felda terhadap Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. "Saman Felda, lalu rakyat diam? Saya seronok membaca kenyataan Ahmad Maslan. Felda menyaman PKR dan Suara Keadilan. "Tajuk berita Suara Keadilan 'Felda Bangkrap' dikira memfitnah Felda," kata Husam sambil menambah ternyata Felda terdesak menutup perbincangan bagaimana rizab tunai susut "lebih cepat dari paip bocor." "Felda memang belum bankrap. Bankrap yang dipakai sebagai tajuk oleh Suara Keadilan juga bukan bermaksud begitu," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini. "Saman satu cara. Jika ada pihak yang takut lalu membisu, seronoklah Felda. Cerita ia berbelanja besar akan tertutup," katanya. Bagaimanapun Husam berpendapat bahawa ia tidak semudah itu kerana yakin ramai pihak akan membantu Suara Keadlan merangka afidavit memperincikkan pemborosan-pemborosan dan pebelanjaan yang mengeringkan kantong Felda. "Afidavit ini boleh dipetik pula oleh apa saja media. Mungkin, kesan tidak memihak kepada Felda. "Itu sebab saya seronok. Ini pelantar pelancaran untuk gerakan membongkar Felda mendapat tempat terhormat. "Rakyat rasa puas. Keraguan hilang. Keyakinan terbina. Maruah Felda memuncak," kata Husam. Katanya sekalipun Suara Keadilan ditakdirkan membayar RM200 juta tetapi ia tidak cukup untuk menampung akaun Felda yang kekeringan. "Pada waktu Felda hauskan RM200 juta dari Suara Keadilan, rakyat hauskan penjelasan tentang kedudukan Felda. "Kehausan ini terus membengkak sekalipun Felda memfailkan sepuluh saman lagi," katanya. The Malaysian Insider |
| Khairy mahu KDN siasat Suara Perkasa Posted: 01 Jul 2010 08:13 PM PDT "Saya merasakan bahawa jika benar laporan muka depan Suara Perkasa keluaran hari ini menggesa Wee ditahan di bawah ISA, maka saya merasakan Kementerian Dalam Negeri dengan serius wajar melihat perkara ini. Khairy mahu KDN siasat Suara Perkasa desak Ka Siong ditahan ISA Oleh Shazwan Mustafa KamalKUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa, terbitan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, kerana menerbitkan rencana sulungnya meminta rakan sejawatan beliau dari MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Saya merasakan bahawa jika benar laporan muka depan Suara Perkasa keluaran hari ini menggesa Wee ditahan di bawah ISA, maka saya merasakan Kementerian Dalam Negeri dengan serius wajar melihat perkara ini. "Tindakan ini tidak betul, anda tidak harus menyiarkan kenyataan-kenyataan macam ini. Saya serius, tidak bergurau," kata beliau . "Saya merasakan adanya perbezaan ideologi antara saya dan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Saya tidak bersetuju dengan Perkasa," kata beliau sambil menambah, Perkasa tidak harus menghasut suasana yang tegang. "Saya tidak membela Ka Siong, Perkasa tidak boleh menghasut ketegangan," katanya. Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia muncul "garang" hari ini dengan tajuk "Tahan Ka Siong di bawah ISA" – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu. Ibrahim sebelum ini memanggil Wee "biadap" dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan. Khairy juga minggu lalu melabelkan Ibrahim "gedebe politik", pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee. "Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung "Suara Perkasa" kepada wartawan semalam. Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008. Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000. The Malaysian Insider |
| Kenapa Petronas perlu orangtengah untuk menjual minyaknya? Posted: 01 Jul 2010 07:50 PM PDT 'Petronas uses middlemen to sell crude oil' By Patrick LeePETALING JAYA: Former land and cooperatives deputy minister Tan Kee Kwong has alleged that state-owned oil firm Petronas was using middlemen to sell its crude oil. In an open letter to the government, Tan, who is now with PKR, dubbed the middlemen as "option holders" and claimed that Petronas was forced to sell crude oil to them at "ridiculously low prices". He also alleged that in its contracts, Petronas had to sell a barrel of oil at a set price to these "option holders" even when price increases on the open market. "Why does Petronas need to do this? Why can't it sell the crude oil on the open market?" he said, asking Prime Minister Najib Tun Razak to reveal these "option holders". "You can imagine how much an option holder makes when the crude oil price increases," he added. Reveal, Najib challenged Meanwhile, Tan also pointed out that the billion-dollar Petronas has never tabled its accounts in Parliament. He cited his experience as a member of the Public Accounts Committee (PAC) in 2006, where PAC had requested the Finance Ministry to allow it to examine Petronas' accounts. The committee, which comprises MPs from both sides of the divide, was told that Petronas did not come under the Finance Ministry portfolio, but rather the Prime Minister's Department. "As a GLC (government-linked company), Petronas belongs to the citizens of Malaysia," said Tan. The former deputy minister also challenged Najib to open up Petronas' account books for public scrutiny. "If the government does not dare reveal Petronas' accounts in Parliament, then they have plenty to hide," he said. Tan added that a former Petronas employee had told him that if the PKR leader found out more about the background and purported political interference, "it would give me a heart attack". |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.