Sabtu, 3 Julai 2010

pasforall

pasforall


Jangan Tahan ISA..kurung aje bawah...

Posted: 02 Jul 2010 06:05 AM PDT

buang masa dan duit kalau tangkap bawah ISA...nanti dia akan jadi lebih popular dari rais anak yatim.....kurung aje bawah TEMPURUNG..selama 90 hari diakan mamai dan lupa cerita-cerita hindustan yang dok hafal..ahah ahah katak mana ada orang tangkap ISA...cekup dgn TEMPURUNG buruk aje.....biulllllllllllll...terus banggang..ahhh ahhh ahhh aaaa wayang lebih le org tua ni..

Ibrahim Ali: Saya sedia ditahan ISA kali ke-3 kerana Perkasa

July 02, 2010

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — ekoran kenyataan beberapa pihak mendakwanya menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam edisi sulung Suara Perkasa semalam.

"Saya bersedia untuk ditahan di bawah ISA bila-bila masa jika polis merasakan Perkasa ataupun saya menjadi mudarat kepada keselamatan negara," kata beliau mengulas desakan agar disiasat oleh pihak berkuasa ekoran artikel dalam Suara Perkasa.

Edisi pertama akhbar itu muncul di pasaran semalam.

Ibrahim (gambar) kali pertama ditahan di bawah ISA selama dua tahun bermula 1974 dan kemudian selama 60 hari pada 1987.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali meskipun saya menyokong kuat agar akta ini dikekalkan.

"(Ditahan) kali ketiga bermakna saya menerima (ijazah) PhD dari Amerika," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

baca seterusnya

PECAH REKOD dan AKAN pecah KUALI pulak...hi hi

Posted: 02 Jul 2010 04:50 AM PDT

Ketua Pengarang PERKASA dipanggil KDN.(PECAH REKOD..BARU SEHARI DIPASARAN..DAH MENGHADAP KDN)....tapi..mungkin ramai akan terkencing dgn keputusan yang bakal di buat KDN..?...PERKASA DIBENARKAN TERBIT..dgn beberapa syarat...?ahh ahh (TERPECAH KUALI...mengalahkan cerita Hindustan)..crook tembak pakai M16,hero pakai pisau blade yang akan menang...haaa hhha hha hha ini ragam NEGARA KU.....kartun ditakut lebih dari KUMPULAN KATAK...HAAA HHHA HHHA HHHAAAAA..khikh khikh


Sehari di pasaran, Suara Perkasa 'mengadap' KDN

Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA.

Dalam laporan muka depannya semalam, Suara Perkasa memetik Timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman A Bakar sebagai mendesak Wee memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa Mara.

Dalam artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Daud juga memberitahu, KDN juga mahukan penjelasan berhubung satu artikel pada mukasurat 19 tabloid dua kali sebulan itu yang bertajuk "Akhbar Cina... kenapa KDN takut bertindak?".

Artikel itu antaranya mengkritik orang-orang Cina yang 'di sebelah sana' yang sering menyerang PERKASA, yang kononnya menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Cina.

Artikel itu juga antaranya mendakwa "serangan rasis" tersebut diteruskan saban hari dengan anggapan orang Melayu tidak membaca akhbar berbahasa Cina.

Daud juga memberitahu, pengarang Suara Perkasa Amirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh," katanya.

Daud berkata, beliau juga tidak takut terhadap tindakan KDN itu kerana "ia merupakan proses biasa."

"Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya.

Amirudin selesai memberikan keterangan kira-kira sejam bermula jam lima petang tadi manakala Daud pula akan hadir bagi sesi yang sama pada jam 12 tengah hari pada Isnin depan.

Ada yang Padam..

Posted: 02 Jul 2010 12:56 AM PDT

ring ring ...jam 3.45 ptg,hello..salam,w,salam...sirr..ada adun BN padam ke hari ini..?
gitu le suara ditelefon..yang bertanya..?
aiii leee hang dapat berita mana?:aku
ada member gitau:tel
bila,adun mana..?:aku
entah le dengar ada adun BN Padam,itu aje...kena bersiap PRK ..le aku:tel
leeee hang ini mana punya berita le ini..ngarut aje...:aku
mana tau kot kot katak CJ padam ke..aritu heboh sakit cam nak mampus:tel
issss...ok le....salam:aku

masih lagi ada harapan dan doa.ditujukan kepada ADUN Lompat dari CJ.

Jeng jeng...GANTUNGGGGGGGGGG.....DIpOKOK tAUGE..

Posted: 01 Jul 2010 09:28 PM PDT

KDN gantung permit Suara Keadilan
Jul 2, 10 10:58am
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.

Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.

"Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

"Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari berkaitan artikel bertajuk "Felda Bankrap," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

"Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh Kementerian ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.