Kelab Greenboc |
- Jambatan Bengkok : Nazri Saja Sakitkan Hati Mahathir
- Bekas Pegawai Penjara Bidas Menteri Mengenai Penjara Pudu
- SPRM Terus Diperkudakan Untuk Rampas Selangor Dari PR
- Mahkamah Benar Putrajaya Tangguh Dedah Dokumen Syabas
| Jambatan Bengkok : Nazri Saja Sakitkan Hati Mahathir Posted: 02 Jul 2010 07:33 PM PDT Nazri: Jambatan bengkok ganti Tambak Johor tidak dibinaPentadbiran Najib tiada rancangan untuk menghidupkan semula jambatan bengkok yang pernah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tambak Johor, kata Datuk Seri Nazri Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan akan kekal dengan keputusan yang dicapai antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu itu. "Keputusan pentadbiran kerajaan semasa kekal dan berpegang pada keputusan yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini, di bawah (kepimpinan) Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Jambatan bengkok tidak akan dibina. Tidak ada perbincangan untuk menghidupkan projek ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Tegas Nazri, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberi reaksi kepada laporan media, yang memetik individu-individu tertentu yang mendesak agar idea itu dihidupkan semula. Sebaliknya kata beliau, persetujuan dan permintaan daripada pelbagai perlu dipertimbangkan sebelum projek ini boleh dihidupkan semula. "Perlu ada kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri Johor dan Singapura juga perlu bersetuju dengannya," kata Nazri lagi. Bagaimanapun kata beliau, kerajaan Singapura belum bersetuju dengan perkara berkaitan dengan jambatan bengkok. "Oleh itu adalah sukar, di banyak peringkat, untuk meneruskan projek ini," kata menteri undang-undang ini dan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen. "Ketika era beliau, Dr Mahathir mahu membina (jambatan bengkok) untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Tetapi, malah ketika itu pun Singapura tidak bersetuju," katanya. Keputusan kerajaan ini dinyatakan oleh Nazri di sebalik pandangan Dr Mahathir baru-baru ini dan permintaan Sultan Johor minggu lalu agar menghidupkan semula projek berkenaan. Dalam tulisan menerusi blognya Rabu lalu, Dr Mahathir mengulangi pendirian beliau agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghidupkan semula pelan membina "jambatan bengkok" yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Johor dan Singapura. Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Najib enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu. "Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor. "Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan. "Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," kata Dr Mahathir. Pada 26 Jun lalu, Sultan Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor. Dalam ulasan segera pada hari yang sama Najib berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu. Dr Mahathir menegaskan terdapat juga surat daripada bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong yang disiarkan oleh kerajaan Singapura dalam buku "Water Talks - If Only It Could" bahawa beliau tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh Malaysia. Oleh itu kata Dr Mahathir, yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah Abdullah yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat timbalan perdana menteri ketika itu iaitu perdana menteri sekarang telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed pula berkata Dr Mahathir memberi tumpuan perkara remeh-temeh dan sebab utama beliau membawa semula isu ini adalah kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian terbaru antara Malaysia dan Singapura. "Dr Mahathir hanya tidak gembira dengan perjanjian terbaru dengan Singapura. Apakah nilai sebenar jambatan bengkok ini? Mengambil kira kos asas, tidak munasabah untuk menghidupkan semula projek ini," kata beliau ketika dihubungi. Ketua Umno Bahagian Pulai itu berkata, meskipun jambatan alternatif hendak dibina ia tidak akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. "Kesesakan masih akan wujud pada waktu puncak di Tambak Johor, jambatan bengkok tidak akan mengubah keadaan itu," katanya lagi. Jelas beliau, kerajaan sudah mula melakukan pengubahsuaian di Tambak Johor dengan membenarkan lebih banyak kereta dan bot kecil dan feri berulang alik dari Johor ke Singapura. "Sudah ada kerja-kerja mendalamkan perairan yang menghubungkan sebelah kiri dan kanan Tambak Johor, bagi membolehkan feri, bot menggunakan terusan ini," kata Nur Jazlan. Dalam pertemuan antara Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini isu jambatan bengkok atau jambatan ketiga tidak dibincangkan pada pertemuan mereka. Najib mengemukakan idea jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dan Malaysia Jun tahun lalu, yang boleh mencergaskan pembangunan di sebelah timur Johor dan di kawasan-kawasan seperti Mersing dan Desaru.
Ulasan GB Semua orang kenal Nazri. Menteri yang tak der kredibiliti sebagai menteri. Yang ada pada dirinya ialah sifat mengampu. Masa Mahathir jadi PM, diampunya Mahathir, semasa Pak Lah jadi PM, diampunya Pak Lah dan kini semasa Najib jadi PM, Najib pula diampunya. Beliau menyerang Mahathir habis-habisan. Sekalipun Najib sendiri menyatakan kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor, tapi Nazri mendahului kabinet dengan menyatakan Pentadbiran Najib tiada rancangan untuk menghidupkan semula jambatan bengkok. Tujuan Nazri ialah untuk mempersenda dan menyakitkan hati Mahathir kerana Mahathir orang yang mengilhamkan jambatan itu. Kita tahu Najib tidak dapat mengenepikan Nazri sekalipun Najib cuba memenuhi hasrat Mahathir kerana Najib terhutang budi kepada Nazri selaku menteri undang-undang dan Nazri telah membantu Najib menyerang Pakatan Rakyat di Parimen. Tergantungnya Gobind Singh Deo dari Parlimen kerana menghentam Najib adalah diatas usaha Nazri. Kini Anwar yang merupakan musuh no. 1 Najib juga dalam proses penggantungannya akibat dari tindakan Nazri. |
| Bekas Pegawai Penjara Bidas Menteri Mengenai Penjara Pudu Posted: 02 Jul 2010 07:18 AM PDT Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (Expoam) mengusulkan bantahan sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein mengenai 'Penjara Pudu yang tidak perlu dibanggakan'.Setiausaha Agungnya, Ali Othman berkata, kenyataan menteri itu yang menyebut "mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama" ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2010, benar-benar mengguris dan menghina ahli-ahli persatuan dan pegawai penjara yang sedang berkhidmat kini. Kenyataan itu turut tersiar di sebuah akhbar tempatan keesokan harinya. "Melalui Perhimpunan Agung Ke-10 persatuan, baru-baru ini, kami membuat usul bantah sekeras-kerasnya kenyataan beliau kerana merasakan seolah-olah perkhidmatan yang diberikan pegawai penjara khususnya yang telah berkhidmat di Penjara Pudu tidak dihargai, jauh sekali dari menjadi kebanggaan. "Perlu diingatkan dengan adanya bangunan penjara atau jabatan penjara telah membuktikan wujudnya sistem keadilan yang lengkap di negara ini seiring dengan adanya mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Menurutnya, penjenayah wajar dibenci kerana melakukan jenayah tetapi bukan terhadap penjara itu sendiri kerana penjara adalah tempat penjenayah jalani hukuman. -SH
![]() Ulasan GB Selain Awang Adek, Rais Yatim juga menyatakan Penjara Pudu tiada nilai warisan. Mungkin jika Awang Adek dan Rais Yatim dimasukkan ke penjara Pudu, kedua-dua orang ini akan bersama-sama dengan Pegawai Penjara membuat demontsrasi membantah tindakan merobohkan penjara berkenaan. Ada diperuntukkan komisyen ker untuk pembangunan projek pembinaan bernilai RM5 bilion di tapak berkenaan kepada kedua-dua menteri ini? GB sekadar bertanya jer. |
| SPRM Terus Diperkudakan Untuk Rampas Selangor Dari PR Posted: 02 Jul 2010 05:00 AM PDT Siasatan SPRM terhadap 2 ADUN PKR bermotif politikKerajaan negeri Selangor mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mengucar-kacirkan pentadbiran negeri itu dengan menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai kegiatan melombong pasir. Semalam ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung skandal melombong pasir di negeri berkenaan. ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, siasatan ke atas kedua-dua ADUN tersebut bermotifkan politik. "Cara mereka menyiasat mirip siasatan terhadap Teoh Beng Hock," katanya yang bercakap bagi pihak perhimpunan penyokong-penyokong Selangor dalam sidang media di ibu pejabat kerajaan negeri di sini hari ini. Teoh yang merupakan setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas disoal siasat semalaman oleh SPRM di ibu pejabatnya, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kematiannya. "Malah kejadian sama turut berulang dan kali ini membabitkan Suhaimi dan Amirudin yang disoal siasat berhubung 'penyalahgunaan dana kerajaan negeri' iaitu dakwaan yang sama terhadap Teoh," kata Lau. Suhaimi dan Amirudin diuar-uarkan sebagai di antara empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal keluar parti kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang cara kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Namun mereka menafikan perkara tersebut, sementara Lau dan para penyokong memberi sokongan penuh ke atas mereka sekaligus menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri mengalami perpecahan. "Saya Tidak Tertekan" Dalam pada itu, Suhaimi berkata beliau tidak berasa tertekan dengan tindakan SPRM itu malah akan memberi kerjasama yang baik kepada mereka. Namun beliau berulang kali menegaskan bahawa tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyabitkannnya dalam hal tersebut. "Penyiasatan dijalankan secara profesional, saya tiada sebarang tekanan, dan yakin bahawa mereka hanya mengumpulkan maklumat kerana jelas SPRM cuba mencari maklumat lanjut berhubung skandal pasir itu. "Walaupun pada awal saya tidak jelas dengan siasatan itu namun saya tidak nampak perkara sedemikian berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today. Walau bagaimanapun Suhaimi tidak menolak kemungkinan siasatan itu wujud pergerakan politik seperti didakwanya dalam blog Free Malaysia Today semalam. "Saya rasa ada sedikit 'movement' politik dalam siasatan ini," katanya ringkas. Sementara itu, siasatan terhadapnya akan bersambung di Ibu Pejabat SPRM, 5 Julai ini pada pukul 2 petang. -FMT
|
| Mahkamah Benar Putrajaya Tangguh Dedah Dokumen Syabas Posted: 02 Jul 2010 02:13 AM PDT Mahkamah benar Putrajaya tangguh dedah dokumen Syabas Isnin iniMahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan pusat agar pelaksanaan keputusan berkaitan pendedahan dokumen perjanjian dan laporan audit, yang ditandatangani dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada 2004, ditangguhkan. Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata, beliau membenarkan permohonan itu agar hak kerajaan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan tidak terjejas. Kata Hadhariah, memandangkan kedua-dua dokumen itu akan didedahkan Isnin ini, jika beliau tidak memutuskan agar urusan itu ditangguhkan sebarang usaha mengemukakan rayuan kelak akan kelihatan dipertikai. Isnin lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatanganinya dengan kerajaan negeri Selangor dan Syabas. Dalam keputusannya itu, Hadhariah berkata pendedahan dokumen tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam. Sebaliknya, kata beliau, ia akan memenuhi kepentingan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam. Hadhariah membuat keputusan itu bagi memenuhi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai. Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000! Pada 7 Nov 2006, mereka menghantar sepucuk surat kepada menteri itu memohon agar laporan audit dan butiran perjanjian konsesi berkenaan didedahkan kepada umum, tetapi ditolak kementerian berkenaan pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen terbabit telah diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia. Utiliti itu kini terletak di bawah portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Dalam penghakiman beliau, Hadhariah berkata walaupun perjanjian konsesi itu belum didedahkan kepada umum, tetapi maklumat tentang air bukan hasil (NRW) dan peratusan pengurangannya, formula peningkatan tarif, tempoh kajian semula dan pembayaran pampasan kepada Syabas telah diedarkan oleh media dan pihak ketiga. "Oleh itu, ia tidak lagi boleh dianggaap sebagai maklumat rahsia kerana ia merupakan isu-isu utama. Lagipun, perjanjian konsesi bukan suatu perjanjian persendirian. Ia dibuat dengan mengambil kira kepentingan awam," kata beliau. Hadhariah berkata orang ramai bergantung pada konsesi dan tadbir urus yang baik oleh kerajaan bagi melindungi kepentingan mereka dan oleh itu, demi kepentingan awam juga, perjanjian itu perlu diumumkan kepada orang ramai. Pemohon berkata mereka telah menulis surat kepada menteri berkenaan pada 7 Nov 2006 bagi meminta dua dokumen berkenaan daripada beliau, tetapi ditolak kementerian itu pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen berkenaan telah diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia kerajaan. Pemohon diwakili peguam Ang Hean Leng, manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili menteri berkenaan dan kerajaan Malaysia dan Md Azhari Abu Hanif, pembantu penasihat undang-undang Selangor, mewakili kerajaan negeri itu. -TMI Ulasan GB. Tepat seperti yang GB jangkakan. GB sebelum ini amat sangsi dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan kerajaan pusat agar pelaksanaan keputusan berkaitan pendedahan dokumen perjanjian dan laporan audit, yang ditandatangani dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada 2004. Petikan dari SINI.
Setiap sesuatu keputusan mahkamah yang berpihak kepada PR akan segera diterbalikkan kemudiannya. Itu hal institusi kehakiman yang sudah dilihat tidak mempunyai integriti di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan. |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.