Jumaat, 2 Julai 2010

dollah yankee

dollah yankee


Tengku Razaleigh menunggu sapina mahkamah

Posted: 01 Jul 2010 05:24 PM PDT


Gurkah-gurkah politik di'port' telah mendapat maklumat mengatakan yang kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan telah bersedia untuk membawa kes 'pertelingkahan' dalam perkara tuntutan royalti minyak mereka ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.

Kerajaan persekutuan tetap 'ketegaq' dengan kenyataan mereka mengatakan yang kerajaan PAS/PR Kelantan tidak berhak untuk mendapat royalti seperti yang dituntut kerana dua telaga minyak yang tersebut terletak di luar pantai Kelantan itu berada pada kedudukan lebih dari 3 batu nautika.

Kalau kerajaan persekutuan tetap 'ketegaq' dengan kenyataan mereka, maka kerajaan PAS/Pakatan Rakyat Kelantan pun tetap 'ketegaq' juga dengan hasrat mereka untuk menuntut duit royalti itu dan berkeras mengatakan "kami berhak untuk duit royalti, bukannya duit ehsan dari tabung wang ehsan Petronas."

Manakala Tengku Razaleigh sanggup menjadi saksi pada kes itu kerana dia orang yang telah bertanggung jawab menubuhkan Petronas dan juga orang yang bertanggung jawab merangka dan merumuskan secara teratur Akta-Akta Pembanggunan Petroleum, Tengku Razaleigh Hamzah, tetap bersedia dari dulu lagi sejak 'pertelingkahan' tuntutan duit royalti ini terjadi untuk menjadi saksi dan memberi keterangan di mahkamah nanti kerana dia lebih paham akta itu. (Gurkah politik di'port' kata..akta petroleum itu ada dalam poket Ku Li,tak gaduh nak rujuk buku)

Entah di mana lah ada seorang gurkah politik di'port' telah kutip maklumat dan buat 'copy' untuk kami tengok dengan jelas mengatakan yang Akta Pembanggunan Petroleum telah memberikan hak kepada negeri-negeri termasuk Sabah dan Serawak hak untuk menuntut royalti minyak biarpun telaga minyak terletak diluar pantai tetapi dekat dengan negeri masing-masing.


dollah yankee -
Kadang-kadang idea Mahathir tentang perlunya majlis timbang-tara ada juga logiknya, tak perlu kuasa mahkamah untuk menentukan sesuatu keputusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.