Jumaat, 2 Julai 2010

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Aku,Senior,Junior,Warden dan Hostel

Posted: 01 Jul 2010 04:41 PM PDT

Membaca mengenai budak yang meninggal kena ragging tu mengingatkan aku kepada benda-benda yang aku dengan member-member aku pernah kena dulu.Waktu aku sekolah menengah,masa aku form one,aku telah kena benda-benda camni :

1. Cuba berdiri kemudian angkatkan tangan anda menghala ke depan.Bengkokkan lutut anda sehingga lutut dan punggung sama level.Tahan macam tu 3 jam dengan tangan anda yang diluruskan tadi menampung dua biji bantal.Bantal jatuh atau ada percubaan berdiri,akan disepak dari belakang.Ini dipanggil "Enjut-steng."

2. Merangkak bawah katil dengan baju sekolah putih ramai-ramai kerana bilik tak bersih sekeliling bilik.Ini adalah hukuman "komando."

3. Buat kurang ajar dengan senior?Senior akan meletakkan tapak tangan mereka ke muka dan kemudian akan menarik jari hantu mereka laju-laju dan lepaskan.Ini digelar "starlight."

Waktu form 2 aku takde benda kena sangat sebab senior aku best kecuali ada sekali aku bergaduh dengan member aku dalam bilik dan senior aku denda kitorang cium pipi masing-masing.Hahahahaha.Waktu form 3,aku telah dibelasah oleh 5 orang senior aku sebab aku keluar malam tak mintak lesen diorang (nak buat jahat,cthnya isap rokok atau keluar malam kena mintak izin dulu).Kemudiannya aku jugak pernah lah dibelasah sebab aku terbakarkan seluar senior.Aku pekena dia balik kemudian2 dengan meludah dua tiga kali ke dalam air yang dia suruh aku ambik dari water cooler.Peluang beb nak balas dendam.Sedap aje dia minum. (Nasihat aku,jangan sekali-sekali suruh junior anda ambik air untuk anda.Aku tak pernah sekalipun suruh)

Bila naik form four,nak buat jahat pun pandai-pandai sendirila.Tapi bila bergaduh,bergaduh ramai-ramai dan takde dah main denda-denda ni.Bertumbuk dan sparring.Masa ni aku dah tak terlibat dah,aku lagi suka lepak dengan member aku dan isap rokok kongsi-kongsi atau keluar malam selalu.

Adalah beberapa kejadian lagi bila kena tampar dengan warden sebab ponteng prep class atau kena tampar masa tengah tidur sebab tak bangun subuh atau kena tampar 7 kali berturut-turut sebab kena tangkap keluar malam.Bayangkan..kau tengah tidur sedap-sedap ada orang tampar kau!Warden pulak tu!Ada keluar paper cerita tu?

Bila kenang-kenang balik,sebenarnya budaya senior membuli junior ni,pada aku,satu benda yang memorable bila benda tu tak serius sangat.Maksudnya,niat dia sekadar nak mendidik bukan nak membelasah. Dari situ aku belajar respek orang tua (senior) dan belajar macam mana nak survive sendiri.Sapa lagi nak tolong kalau bukan orang2 yang ada dalam hostel kan?

Tapi sayangnya lepas kitorang masuk form 3,sekolah asing-asingkan bilik ikut tingkatan.Positifnya di sini adalah kitorang jadi lagi rapat dengan member dan takde lagi dah kes ragging kecil-kecilan tapi negatfinya sebenarnya terlalu besar;

a. Junior tak kenal senior dan sebaliknya
b. Semangat abang adik takde
c. Bila ada hal nak setel,kau kena pegi bilik senior,lagi gerun.
d. Bergaduh antara form.

Jika kau tanya aku,kenapa budak-budak sekarang ramai macam cilaka; aku akan jawab sebab diorang tak independent.Silap sikit,mak bapak turun.Silap sikit,wartawan turun.Sampai budak tu sendiri jadi terlalu berani buat apa yang diorang suka.Manja.Baju terpakai pun tiap2 weekend hantar balik rumah suruh mak basuhkan.Kaki buli memang akan ada.Itu normal bila kita bercakap mengenai sekolah asrama tapi bila terlalu banyak langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kehidupan pelajar sekolah asrama,diorang akan jadi terkongkong.Jadi seorang yang tidak normal.

Aku rasa sekolah sepatutnya terus mengamalkan hidup campur-campur antara senior dan junior kerana ini akan memberikan tanggungjawab kepada senior yang ada supaya protect junior2 sebilik mereka dan junior pulak akan bergantung harap kepada senior-senior.Biarkanla budak-budak tu membesar secara normal.Kitorang dah la terkongkong daripada dunia luar,terkawal daripada apa yang jadi kat luar sana dan yang paling tak best,kitorang LANGSUNG tak bergaul dengan perempuan.

Tapi bila wujud kes buli sampai mati...buang dia sekolah dan masukkan dia ke sekolah pemulihan.Tak kiralah dia siapa,walaupun bapak dia pengerusi PIBG sekalipun.Sebab mana-mana budak yang buat salah memang wajib kena hukum.Tapi kat sekolah aku,aku kena gantung dua minggu sebab hisap rokok.Anak pengerusi PIBG belasah budak?

Tak kena apa-apa.Jangan pilih kasih dalam menghukum yang salah dan biarkan budak-budak tu membesar normal.

PS - Gambar sekadar hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.