SANGGAHTOKSAGO.COM |
- Terbukti PAS berjaya menggerakkan hati nurani rakyat bangkit "serang" syaitan Israel lanaktullah!
- Sebuah keranda diusung ditengah-tengah limpahan penentang syaitan Zionis Israel
- Bakal pejuang Islam, benci judi benci Yahudi! Tolak Umno Apco...
- Wan Azizah dan Dr Lo' Lo' antara muslimat gigih yang turun padang menyanggah syaitan Israel
- Demontrasi tanam keyakinan diri: Muslimat makin berani dan lantang di jalan raya!
- Melentur buluh biar dari rebung, jahanam syaitan Israel, selamatkan Gaza
- Isu Gaza cetuskan kebangkitan anak muda jadi sebagai aset baru Pakatan Rakyat menumpaskan Umno-BN
- Laungan "Hancur Israel" dan "Khaibar Khaibar ya Yahud" bergema sepanjang jalan menuju Kedutaan Sekutu Israel,Syaitan Amerika
- Polis iringi lebih 20 ribu pendemontrasi, tiada provokasi dan tiada ledakan gas pemedih mata, FRU tenang!
- 200 sertai demontrasi BN di Masjid Negara: Umno tak sensitif, "hanya berlakon"
- Syaitan Zionis sekutu Apco Worlwide lancar serangan lobi antarabangsa terhadap Anwar
- Pentas Pakida tidak dapat sambutan, hanya 15 orang terpekik marahkan Israel tapi sokong Umno
- Lebih 20 ribu ummat Islam terjah sekutu syaitan Israel di Kedutaan Amerika laknatullah sekejap tadi
| Terbukti PAS berjaya menggerakkan hati nurani rakyat bangkit "serang" syaitan Israel lanaktullah! Posted: 04 Jun 2010 06:50 AM PDT |
| Sebuah keranda diusung ditengah-tengah limpahan penentang syaitan Zionis Israel Posted: 04 Jun 2010 06:43 AM PDT |
| Bakal pejuang Islam, benci judi benci Yahudi! Tolak Umno Apco... Posted: 04 Jun 2010 06:41 AM PDT |
| Wan Azizah dan Dr Lo' Lo' antara muslimat gigih yang turun padang menyanggah syaitan Israel Posted: 04 Jun 2010 06:37 AM PDT |
| Demontrasi tanam keyakinan diri: Muslimat makin berani dan lantang di jalan raya! Posted: 04 Jun 2010 06:29 AM PDT |
| Melentur buluh biar dari rebung, jahanam syaitan Israel, selamatkan Gaza Posted: 04 Jun 2010 06:26 AM PDT |
| Isu Gaza cetuskan kebangkitan anak muda jadi sebagai aset baru Pakatan Rakyat menumpaskan Umno-BN Posted: 04 Jun 2010 05:11 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ANAK-ANAK muda kini bangkit menyatakan amarah mereka terhadap syaitan Israel yang telah menyerang kapal Mavi Miamara hingga mengorbankan lebi 10 orang sukarelawan dari pelbagai negara, subuh 31 Mei lalu. Mereka mara bersama penyokong Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Lim Kit Siang. Lebih 20 ribu berhimpun di hadapan Kedutaan sekutu Israel, Amerika sambil melaungkan pelbagai slogan dan menempiaskan pelbagai ucapan yang mengutuk kekajaman Israel laknatullah. Di pihak Umno, dipercayai hanya 100 orang yang hadir memapah ketuanya, Khairy Jamaluddin bagi menjayakan demontrasi kutuk Israel tajaan BN. Ia disempurnakan di Masjid Negara. Tidak diketahui apakah demo itu mendapat restu Presiden Umno, Najib Tun Razak yang mempunyai hubunga akrab dengna yahudi Apco dalam pentadbirannya. Pihak polis berkawal baik termausk FRU yang bertindak profesional, dan tidak lagi mencetuskan provokasi sejak awal hinggalah perhimpuna tamat. Antara pemimpin yang hadir termasuklah Mohd Sabu, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ustaz Nuridah Mohd Salleh, Kartini Ahmad, Dr. Lo'Lo' Ghazali, Badrul Hisham Shaarin, Dato' Mahfozd Mohamad, Salahuddijn Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Dzulkifly Ahmad, dan ramai lagi. EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Redzuan Mohd Noor mengepalai demontrasi dengan melaungkan pelbagai slogan dan bertakbir di atas sebuah lori yang dijadikan pentas bergerak. Beliau dilihat bersama Salahudin Ayub, Ustaz Salahuddin Nasir, Badrul Hisham, Shamsul Mat Akin dalam beberapa EXCO Pemuda PAS. Sebelum itu, HaluanPalestine dan Lifeline4Gaza antara yang turut maju dan awal tiba di Kedutaan Amerika. Mereka berucap dan undur sebaik kumpulan demontaran Pakatan Rakyat tiba dan mengambil tempat mereka di hadapan Kedutaan Amerika. |
| Posted: 04 Jun 2010 04:11 AM PDT ![]() Cikgu Ishak dan seorang rakan lamanya yang dikatakan memilki wajah sama seperti Raja Nong Chik (tengah) bersama Tarmizi di tengah-tengah lautan manusia demo. ![]() Tiga Srikandi Harakah, Anis Nazri, Hazyani Zakaria (Harakahdaily) dan Intan Abdullah ketika membuat liputan langsung di hadapan Kedutaan Amerika. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() SAYA menaiki kereta Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad dari Pejabat Harakah menuju Masjid Kg. Baru tengahari tadi. Bersama saya, Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dan Wartawan Kanan Harakah Saidah Hairan. Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin yang sepatutnya bersama saya, menaiki kereta Harakah bersama Wartawan, Wan Nordin Wan Yaakob, Saadon Aksah dan juru gambar, Wan Zahari Wan Salleh. Kami bersama ke Masjid Kg. Baru. Saya solat bersebelahan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Di belakang saya, tidak jauh Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Kami solat di luar, atas batu tar yang bergerigi di bawah mentari yang tidak berapa terik. Limpahan ahli jemaah, terbuak hingga ke luar masjid, di jalan raya bahagian luar berhadapan Pusat Rawatan Al-Islam. Anwar, Ustaz Nasharuddin solat di dalam masjid. Unit Amal berpakaian merah menceriakan solat tengahari tadi. Mereka bertugas menjaga keselamatan. Anak-anak muda antara yang ramai dengan memamki selendang Palestine dan lilitan kepala.. Berangkali mereka datang dari ITPA dan IPTS sekitar Lembah Klang. Jam 2.00 petang, demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam. Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Kira-kira jam 2.30 petang: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar Khaibar ya Yahud" menjadi pakaian sepanjang perarakan aman sejauh 5 kilometar itu. Saya memang sudah mnejangkakan, tak boleh berjalan jauh kerana sakit gaut. Mujurlah sahabat saya, Mohd Noor Bujang yang kebetulan bermotosikal dalam perakan itu, menumpangkan saya menuju ke Kedutaan Amerika. Srikandi Harakah, Intan Abdullah, Anis Nazri, Roy Rasul dan Salmiyah Harun sudah berada di depan pintu masuk Kedutaan Amerika. Mereka menyambut ketibaan pemimpin utama Pakatn Rakyat menyerahkan memorandum. |
| Posted: 04 Jun 2010 03:37 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() APAKAH motif pihak polis kali ini, yang cukup memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat dalam mempastikan perjalanan perhimpunan aman ini lancar. Berpuluh polis berpakaian biru mengiringi pendemontrasi dari Masjid Kg Baru hinggalah ke hadapan Kedutaan Amerika. Selain polis trafik membantu arah tuju kesesakan lalu lintas, FRU hanya bersiap sedia tanpa provokasi. Agak menarik, polis iringi demontrasi. Mereka berada di hadapai sekali, yang lazimnya dilakukan oleh Unit Amal. Terlalu awal untuk menyatakan ia sebagai strategik pasukan itu untuk meredakan persepsi selama ini polis tidak mesra rakyat, atau polis yang dikaitkan dengan zionis yahudi dalam isu kominikasi digital pasuakan itu sebelum ini. Ummat Islam menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu. Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Turut serta sekumpulan bukan Islam dan warga Palestine yang berada di Kuala Lumpur. Ia dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. Apa yang jelas, jika tiada sekatan, halangan dan provokasi dari pihak polis, maka tiada sebarang kejadian yang buruk terjadi. Tetapi jika demontrasi ini dibelasah dengan gas pemedih mata, sudah tentulah banyak kejadian buruk terjadi. Apapun tahniah kepada polis, kerana testimoni ini membuktikan tanpa provokasi polis, apa jua perhimpunan / demontrasi akan berlangsung dengan aman. |
| 200 sertai demontrasi BN di Masjid Negara: Umno tak sensitif, "hanya berlakon" Posted: 04 Jun 2010 03:34 AM PDT ![]() KIRA-KIRA 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO. Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang". Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh EXCO Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki Zahid. Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia. Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat pemimpin parti komponen BN yang lain seperti MIC dan MCA. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel. "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya. Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka. Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's. "Katanya tidak kepada Israel," katanya. Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan. - Puteri Aida Haryani |
| Syaitan Zionis sekutu Apco Worlwide lancar serangan lobi antarabangsa terhadap Anwar Posted: 04 Jun 2010 03:08 AM PDT ![]() ![]() KETUA umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide. "Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang saya dibuat) di Parlimen," kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini. Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis. Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam terhadap pendedahannya di Parlimen – bahawa khidmat firma itu pernah digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif 'One Israel'. Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu "mempengaruhi" kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith untuk "menyerang" beliau. "Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya. Menurut satu laporan dalam surat tarikh 25 Mei kepada pengerusi jawatankuasa senat mengenai hubungan luar Amerika, John F Kerry, B'nai B'rith menyalahkan Anwar kerana menghasut kebencian terhadap Israel dan Zionis-Yahudi. Kumpulan pro-Yahudi itu juga mendesak Amerika supaya memutuskan semua hubungan dengan Anwar ekoran kenyataannya yang mengaitkan inisiatif "1Malaysia" Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan 'One Israel'. Mereka juga tersinggung dengan tuduhan Anwar bahawa ejen Israel telah menyusup ke dalam ibupejabat pasukan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman. Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu "aduan rasmi" kepada International Crisis Group (ICG) – sebuah organisasi yang dianggota Anwar – menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". "Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi. (Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya. "Saya mengkritik Apco kerana mereka berpengaruh, dan mereka telah berjaya mempengaruhi sebuah organisasi untuk menyerang saya secara peribadi, dan melabel saya musuh Israel. Mereka (Apco) yang mengelirukan kenyataan saya mengenai Israel sebagai rasis… (bila) kita cuba untuk melindungi keselamatan dan maruah negara kita," katanya. - S Pathmawathy |
| Pentas Pakida tidak dapat sambutan, hanya 15 orang terpekik marahkan Israel tapi sokong Umno Posted: 04 Jun 2010 02:49 AM PDT ![]() ![]() ![]() Pentas Pakida tidak disinggahi mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, dan ia lenggang dari tumpuan lebih 20,000 pendemontrasi PAKIDA yang mengambil kesempatan untuk muncul sebagai pemimpin demontrasi akhirnya terpaksa pulang awal setelah pentas yang diperalat dari sebuah lori krin yang disediakan tidak disinggahi oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO pro Palestine tengahari tadi. Mereka yang bersongkok hitam, berlilit kepala menaikkan pelbagai sepanduk meletakkan sebuah lori krin sebagai pentas utama berceramah, tiada jauh dari pintu masuk ke Kedutaan Amerika. Hanya seramai 15 orang penyokong kumpulan pro-Umno itu. Selain mengibarkan bendera Palestin, mereka juga mengibarkan sehelai bendera Umno dan sepanduk berbunyi "Mahathir sokong Intifadah". Percubaan Pakida untuk menarik perhatian penyokong demontrasi Pakatan Rakyat meleset. Semua memulau tempat mereka dan kumpulan itu hanya berceramah sendirian. Sekali imbas, mereka seolah-olah mengganggu ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat yang berhadap dengan mereka. Corong pembesar suara membingitkan. Pakida terpaksa "bungkus" awal sebelum Anwar, Lim Kit Siang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengadakan sidang media seusai menyerahkan memorandum. Para penyokong Pakatan Rakyat mulanya menyangka mereka sebahagian dari rakan demontarsi tetapi, setelah membaca dan melihat kelibat mereka sebagai Pakida, pendemontrasi meninggalkan kawasan tersebut. |
| Lebih 20 ribu ummat Islam terjah sekutu syaitan Israel di Kedutaan Amerika laknatullah sekejap tadi Posted: 04 Jun 2010 02:17 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() LEBIH 20,000 ummat Islam yang prihatin menerjah Kedutaan Amerika jam 3 petang tadi di Jalan Tun Razak setelah berarak dari Masjid Kg. Baru dan sebahagiannya dari Surau Bangunan Tabung Haji. Selepas solat Jumaat tengahari tadi, ummat Islam berkumpul di dua tempat berasingan dan berarak sambil meneriakkan pelbagai slogan dan bertakbir. Di Masjid Kg. Baru PAS diketuai Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersama Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Saleh, AJK, Dr. ZulkiflyAhmad, Hanipa Maidin dan ramai lagi. Memorandum diserahkan oleh tiga pemimpin utama Pakatn Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Kit Siang (DAP), Ustaz Nasharuddin Mat Isa (PAS). Turut mengiringi mereka ialah AJK PAS Pusat, Dr. Syed Ibrahim Syed Nawawi dan Naib Presiden PKR, Siva Rasiah. |
| You are subscribed to email updates from SANGGAHTOKSAGO.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan