Selasa, 1 Jun 2010

SANGGAHTOKSAGO.COM

SANGGAHTOKSAGO.COM


Gempar penyokong Perkasa cuba kelar leher kerana terlalu marah syaitan Israel?

Posted: 01 Jun 2010 03:11 AM PDT


Memang menggemparkan. Dia bukanlah ahli atau penyokong PERKASA pimpinan Ibrahim Ali. Tetapi dengan memakai pengikat kepala PERKASA sudah cukup untuk menarik perhatian orang ramai. Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir.

Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan. Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.

Rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza

Posted: 01 Jun 2010 03:06 AM PDT

Ada syarikat berita asing melaporkan mereka telah dibawa ke Haifa. Ada yang menyatakan mereka kini dikurung dalam kapal Mavi Maruma dan ada khabar angin mengatakan terdapat individu relawan Malaysia yang sudah syahid.

Berikut senarai nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel awal pagi semalam. Maklumat adalah berdasarkan laman web Lifekine4Gaza.

* Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
* Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
* Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
* Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
* Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
* Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
* Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
* Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
* Mustafa Mansur, Mapim
* Ashwad Ismail, wartawan Astro
* Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro

Nasib mereka masih belum diketahui. - Malaysiakini

Tiada ulasan: