Anak Cucu Nabi Adam |
- Perbicaraan liwat ditangguh
- Nasib aktivis tidak tentu
- 12 rakyat Malaysia selamat
- Berapa Kali Mau Rombak Kabinet Daa
- Minum Ludah Ustaz Palsu
- Lambang Zionis Israel Dalam Komputer
- Komandan Penyerangan Kapal Kemanusiaan
- APCO lewat nasihat Najib?
- PAS serah memo ke Kedutaan Amerika bantah Israel
- Rakyat Malaysia perlu berkabung
- 48 jam untuk Najib adakan sidang khas Parlimen
- Najib diberi 48 jam untuk bertindak
- 480 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara
- PAS susun siri bantahan ke atas Israel
- Wisma Putra diarah selamatkan rakyat Malaysia
- Jangan Lukakan Rakyat
- Agenda Siapa Hapus Subsidi?
- Kenyataan Paling "KAW" oleh pemimpin Islam Dunia
- "Dey Samy Lu Boleh Blah la"
- Kutuk Israel Tapi Sokong ACPO
- Malaysia Kutuk Serangan Israel
- Boikot Produk Israel
- Ulama Umno Bakar Kapal
- Ya Allah Selamatkanlah Konvoi Bantuan Gaza
- Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya
| Posted: 01 Jun 2010 05:47 AM PDT Perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung Khamis ini dengan kehadiran saksi pembela yang terdiri daripada pakar forensik perubatan dari Australia. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah menangguhkan perbicaraan hari ini selepas dimulakan dengan melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium Desa Damansara pagi tadi. Menurut peguam Karpal Singh, pakar tersebut dibawa bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur terhadap pemeriksaan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pakar itu, Dr David Wells dijangka tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini. Dalam perbicaraan pagi tadi, pihak Anwar didakwa gagal melawat unit kondominium (tempat kejadian meliwat didakwa berlaku) seperti yang mereka pohon, sebaliknya hanya dibawa ke sebuah unit yang sama pernah dilawati mereka awal Februari lalu. ~harakah~ |
| Posted: 01 Jun 2010 05:46 AM PDT Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong. Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel. Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel. Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv. Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka. Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat. Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai. ~harakah~ |
| Posted: 01 Jun 2010 05:45 AM PDT Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.Dua hari lalu, kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera. Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel. Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza. Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain. ~MK~ |
| Berapa Kali Mau Rombak Kabinet Daa Posted: 01 Jun 2010 05:42 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu. Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru. Jawatan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA. Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru. Sementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat. Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin. Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri. Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA yang baru, Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu. Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim. Perdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri. Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini. Berikut senarai rombakan berkenaan: 1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan. 2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan. 5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri. 6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar. 9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan. 11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan. |
| Posted: 01 Jun 2010 05:42 AM PDT Siasatan awal mendapati dakwaan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya terdapat upacara telan air ludah penceramah di sebuah masjid di Selangor beberapa bulan lalu adalah tidak benar. Sebaliknya, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata apa yang berlaku hanya sesi meminum air zam-zam yang dikongsi antara jemaah dalam satu cawan bersama penceramah berkenaan. "Tidak wujud upacara yang didakwa, sebaliknya ia hanya air zam-zam yang dikongsi antara mereka," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini. Beliau berkata amalan yang sama turut berlaku ketika zaman Nabi Muhammad SAW di mana para sahabat berkongsi meminum susu di dalam satu gelas yang sama. Sehubungan itu, Muhammad Khusrin berkata siasatan lanjut akan dijalankan termasuk menyoal siasat seorang lagi saksi iaitu kariah masjid itu dan sekiranya sah upacara berkenaan tidak terlibat, Mohd Asri boleh didakwa. Beliau berkata dakwaan terhadap Mohd Asri boleh dilakukan kerana menyebarkan dakwaan palsu melalui kenyataan yang dibuat olehnya mengikut Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah 2003 di bawah Seksyen 211. "Kita juga akan memanggil Mohd Asri untuk meminta penjelasan daripadanya," katanya. Pada 13 April lepas, JAIS memanggil Mohd Asri berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwanya dilakukan oleh seorang tokoh agama di negeri itu dalam portal berita Malaysiakini. Mohd Asri hanya datang memberi penjelasan di pejabat JAIS pada 19 April lepas selepas pihak berkuat kuasa agama negeri itu memberi amaran akan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Dalam perkembangan lain, Muhammad Khusrin berkata JAIS juga sedang mengumpul maklumat terperinci sebelum melakukan tindakan selanjutnya terhadap pengikut pergerakan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, kerana dilaporkan masih aktif. Katanya, gerakan itu masih mempunyai pengikut yang ramai berdasarkan konsert yang diadakan untuk memperingati ketua ajaran itu, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya terutamanya di kawasan Country Home, Rawang. Kumpulan itu mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas, empat hari selepas Ashaari, 73, meninggal dunia pada 13 Mei lepas akibat jangkitan paru-paru. ~Bernama~ |
| Lambang Zionis Israel Dalam Komputer Posted: 01 Jun 2010 01:24 AM PDT Mungkin ramai umat Islam yang tidak perasan atau tidak tahu di dalam komputer kita ada tersimpan lambang Rejim Zionis Laknatullah. Jika pembaca semua tak percaya sila pergi ke 'C' drive komputer anda dan lihat di sini: C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF
|
| Komandan Penyerangan Kapal Kemanusiaan Posted: 01 Jun 2010 01:16 AM PDT Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kelmarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah kelab tari telanjang di Tel Aviv. Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia. Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel. Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. |
| Posted: 01 Jun 2010 01:14 AM PDT Selepas 12 jam serangan dilakukan Israel ke atas kapal Mivi Marmara sehingga membunuh 20 sukarelawan dan 30 cedera, barulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat kutukan ke atas serangan itu."APCO lambat nasihatkah?" tanya AJK PAS Pusar, Datuk Husam Musa dalam laman komuniti facebook. Najib membuat kenyataan itu pada jam 12:04 minit malam tadi melalui twitter beliau iaitu setelah lebih 12 jam peristiwa serangan berlaku. "Kenapa begitu lambat sedangkan negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk yang bukan Islam pun, mengeluarkan kenyataan mengutuk Israel dalam 3 jam pertama insiden itu berlaku," soal Husam. Husam dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan Malaysia berdengkur dalam pelukan APCO apabila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk keganasan Israel. Tulisannya, sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini. "Menteri Luar masuk tidur begitu awal?" soal Husam. Atau, kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang? "Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?" soal beliau bertalu-talu dalam kenyataan itu. Bagi beliau, Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - APCO - sebeberapa segera. "Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu," katanya. Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza! Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera, tulisnya. Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka. "Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!" katanya. "Mungkinkah mereka juga terkorban?" soal beliau. Antara yang berada di atas kapal itu adalah:- 1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin 2. Dr Mohd Arbai'e bin Syawal, HALUANPalestin 3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin 4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin 5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin 6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif 7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal 8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM) 9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care 10. Mustafa bin Mansur, MAPIM 11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO 12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus dibanggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki. Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar. Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat, tulisnya. Malaysia? Bagi beliau, Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat. "Dalam respon segera, DAP, Pemuda UMNO, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco," katanya. Taja pelajar Palestin Bagi rakyat Kelantan, menerusi NGO Cakno Palestin, mereka kini menaja sekitar tiga puluh pelajar anak-anak kelahiran Palestin belajar di negara ini. Jumlahnya kecil tetapi ia boleh ditambah jika dana sedia ada dapat didokong bersama rakyat Malaysia yang prihatin. Dengan luka yang dilakukan oleh Israel kini, menjadi kewajipan kita serius dalam keprihatinan kita terhadap penindasan tak kunjung tamat oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin, kata Husam lagi. ~harakah~ |
| PAS serah memo ke Kedutaan Amerika bantah Israel Posted: 01 Jun 2010 01:12 AM PDT PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali. Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid. Lebih 200 warga prihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel. Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya. Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin. Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut. Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah. Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel. "Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya. Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang. Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra. Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera. Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan. Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel. ~harakah~ |
| Rakyat Malaysia perlu berkabung Posted: 01 Jun 2010 01:11 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghormatan terakhir ke atas kehilangan 16 nyawa peserta frotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel semalam."Seluruh rakyat Malaysia perlu berkabung bagi menghormati kehilangan 16 nyawa setakat ini, dalam serangan kejam tentera Zionis itu," katanya. Katanya, tindakan tentera Zionis itu sama sekali tidak boleh diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Selangor kerana ia merupakan perbuatan kejam dan melampaui batas kemanusian. "Kerajaan Selangor mendesak Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat dan bertindak terhadap tentera Zionis kerana melakukan jenayah yang dikutuk seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Khalid juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia telah memutuskan semua hubungan diplomatik dan perniagaan dengan kerajaan serta rakyat Israel. "Perdana Menteri perlu mengistiharkan bahawa Malaysia secara rasmi telah membatalkan kontrak dengan (firma perunding) Apco (Worldwide) dan mengharamkan sistem teknologi keselamatan untuk kegunaan polis yang dibekalkan syarikat Eropah dan Amerika Syarikat dengan nasihat teknikal Yahudi," katanya. ~MK~ |
| 48 jam untuk Najib adakan sidang khas Parlimen Posted: 01 Jun 2010 01:09 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan pengganas-pengganas Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dalam tempoh 48 jam itu juga, kerajaan juga hendak membentang pelan menyelamatkan rakyat Malaysia yang sedang ditahan oleh pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen tersebut. "(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya. Mahfuz juga menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel. Beliau juga sangat kecewa terhadap Perdana Menteri yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam. "Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya. Kelembapan Perdana Menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi zionis itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amarika terhadap kerajaan Malaysia kini. "Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel. "Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas beliau. ~harakah~ |
| Najib diberi 48 jam untuk bertindak Posted: 01 Jun 2010 01:09 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. "(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel. Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam. "Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia. "Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel. "Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau. ~MK~ |
| 480 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara Posted: 01 Jun 2010 01:08 AM PDT Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam. Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain. Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel. Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel. ~MK~ |
| PAS susun siri bantahan ke atas Israel Posted: 01 Jun 2010 01:07 AM PDT PAS akan mengadakan beberapa siri bantahan terhadap rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam sehingga membunuh kira-kira 20 sukarelawan di samping ramai yang cedera.Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memberitahu, beberapa program telah diatur bermula dengan penyerahan memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat tengahari ini, dan majlis solat hajat dan himpunan aman rakyat Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam diikuti dengan perhimpunan aman rakyat pada Jumaat ini. "Berhubung serangan tentera Yahudi terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ini, PAS telah akan mengadakan beberapa program sebagai menunjukkan kecaman terhadap tindakan mereka itu," katanya pada sidang media (gambar) di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Menurutnya, PAS juga merupakan salah satu parti yang terlibat dalam komuniti gerakan Islam membantah tindakan kejam Israel itu. "PAS sedang berkomunikasi dengan komiti gerakan Islam dan hasil perbincangan sebelum ini, kita akan membawa seorang wakil daripada Palestin untuk bersama-sama dalam program di Stadium Malawati Khamis ini," katanya yang juga ahli parlimen Bachok. Sebelum itu, beliau membacakan kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tindakan lebih keras dan tegas dikenakan kepada rejim zionis Israel berhubung tindakan ganas mereka sehingga melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan berbelas-belas aktivis konvoi berkenaan. Surat kepada PM Sementara itu, Naib Presiden, Salahudin Ayub berkata, PAS akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini bagi meminta satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu ini. "Kami akan fakskan satu surat kepada Datuk Seri Najib bagi meminta satu sidang khas Parlimen diadakan dalam masa terdekat ini. Amat wajar bagi kita membincangkan di Parlimen isu besar yang melibatkan rakyat Malaysia yang berada dalam kapal tersebut. "Kita harap Parlimen Malaysia boleh bersidang sebelum 7 Jun ini untuk menunjukkan rasa tanggungjawab dan kepekaan kita," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian. Hadir sama pada sidang media itu naib presiden, Datuk mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, bendahri, Dr. Hatta Rasmi, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad dan Dr. Syed Azman Nawawi dan setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad. ~harakah~ |
| Wisma Putra diarah selamatkan rakyat Malaysia Posted: 01 Jun 2010 01:05 AM PDT Wisma Putra diarah selamatkan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan mendapatkan maklumat terkini daripda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga."Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Katanya, Malaysia juga akan mengusulkan tindakan diambil berhubung pencabulan dan keganasan Israel terhadap konvoi kapal ke Gaza yang diserang semalam ke Majlis Keselamatan PBB. Majlis Keselamatan PBB dijangka bersidang minggu depan dan usul itu kata Perdana Menteri membolehkan satu tindakan diambil terhadap regim Zionis itu. Ditanya sama ada tindakan yang bakal diambil itu termasuk memboikot barangan dari Israel dan Amerika, Najib menolak cadangan berkenaan. "Boikot tidak akan mencapai keputusan yang diharapkan...Lagipun, kita tidak mempunyai barangan Israel secara langsung di negara ini," kata perdana menteri. Seramai 12 rakyat Malaysia, termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal Turki iaitu Mavi Marmara yang diserang Israel. Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib semua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh. Menurut laporan agensi berita asing, Israel telah menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain. ~MK~ |
| Posted: 31 May 2010 07:59 PM PDT Rakyat itu selalu diam,tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri, tapi pancainderanya tajam, kuat instuisinya dangan akal budi, lalu jangan sekali-kali melukakannya, jangan melukainya berkali-kali, kerana sekali ia bangkit, rosaklah segala apa-apa. Rakyat itu penyabar, kerana kesedaran nuraninya yang dalam, rakyat hanyalah penonton, segala perbuatan pemimpin di atas pentas bangsanya, rakyat akan mudah faham, akan kesalahan pemimpinnya, kerana ia ular sawa, ia tetap melingkar diam kerana kenyangnya, tapi kalau kesalahan itu sudah subur, dengan sikap keras kepala, maka lingkaran diamnya pun hilang, lalu ia pun mengamuk membinasakan dengan mata butanya. Rakyat itu suka menunggu, rakyat itu adalah gerakan raksasa, rakyat itu tidak pernah tergesa-gesa, bertindak apalagi memberontak, ketika rakyat sambil menunggu, ia pun menilai, penilaian rakyat selalunya benar, hati nuraninya bersih tuntas, kerana sabar menunggu, rakyat pun menjadi peka melihat peluang, rakyat selalu mengerti tentang suasana. Rakyat sering menunggu peluang, bila terjadi amat menakutkan, ia tidak mudah berhenti, tidak pula mudah dijinakkan, rakyat tidak mudah puas, rakyat itu orang yang berhati-hati, menaruh kepercayaan, maka janganlah menipu rakyat, maka janganlah membohongi rakyat, jangan sekali-sekala munafik, dan jangan berbuat bodoh di depan rakyat. Rakyat itu tidak mahu dibodohkan, rakyat itu cerdas hati nuraninya. Rakyat itu diam, rakyat itu sabar, rakyat itu pandai membaca peluang, jangan sekali-kali anggap rakyat tidak berbahaya, kerana diamnya, kerana sabarnya, rakyat itu memang sabar, tapi jangan terus disakiti, ditekan dan dibohongi. Rakyat itu mampu sabar, seperti ular besar yang perutnya berisi, tapi kalau ia kelaparan, bumi lingkarannya akan bergegar, rakyat itu seperti binatang purba, tidak berasa disakiti meski diinjak, kalau perutnya kenyang. Makanya… jangan biarkan rakyat lapar, jangan bodohkan rakyat, jangan tindaskan rakyat, kerana sifat diamnya akan hilang, kesabaran akan lupus, bijaksananya menjadi gila, disebarkan air dendam yang tidak akan memilih sesiapa. Rakyat yang lapar mahunya satu, keadilan! rakyat yang tertindas mahunya satu, keadilan! rakyat yang diam mahunya satu, saksama! rakyat yang bergerak mahunya satu, kebebasan! rakyat yang bantah mahunya satu, ketulusan! Peradilan adalah perhitungan, Jangan, jangan pamerkan di ekspo massa, tentang kedustaan, tentang kemunafikan, tentang ancaman, jangan, jangan hulurkan, kertas pemalsuan, dokumen tekanan, ular sawa masih melingkar tidur, kerana perutnya masih terisi, tapi apabila sudah tidak terbeli, maka hatilah-hatilah yang selama ini disakiti, hentikan pameran dusta, hentikan sandiwara dan lakon berseni, hentikan ancaman, hentikan main sembunyi. Rakyat berfikir dalam diam, rakyat itu diam dalam perhitungan, rakyat itu menghitung satu demi satu, harga diri hanyalah jujur, harga mahal ialah berani mengakui kesalahan pada rakyat, rakyat itu memang diam, tapi selalu melihat, selalu mendengar, selalu menilai, rakyat itu selalu melihat, mendengar, dan menilai, kalau masih dapat makan, akan tetapi rakyat yang lapar akan makan semuanya, rakyat yang tertindas akan ingat luka-luka masa lampau, mereka dinamakan rakyat bodoh, yang membuat peradilan sendiri, hukumannya hanya luka-luka. Bila semakin parah pisau melukakannya, semakin keraslah hukuman bodohnya. Rakyat adalah binatang buas, yang kelihatan jinaknya melalui hati nurani, maka, hindarilah peradilan rakyat! (dipetik daripada buku 'Luka Rakyat' – Azizi Hj Abdullah. Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang) *Diolah semula menjadi puisi daripada artikel 'Peradilan Rakyat' tulisan Jacob Sumardjo, terbitan Pustaka Hidayah (IKAPI) Bandung – Penulis (Azizi Hj Abdullah) |
| Posted: 31 May 2010 07:58 PM PDT ~HALIK ZAMAN~ KERAJAAN Barisan Nasional kini menghadapi satu lagi dilema ekonomi Negara seperti mana yang dinyatakan oleh Datuk Idris Jala, Menteri berbangsa 'Sakai' bukan Islam yang merupakan 'Pakar Ekonomi' yang terkenal di Malaysia. Menurut analisa dan anggaran beliau, Malaysia berkemungkinan menghadapi bahana kebangkrapan dalam tahun 2019 iaitu sembilan tahun daripada sekarang. Idris Jala sebelum ini merupakan seorang CEO Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berjaya menyelesaikan kemelut kewangan Mas yang sebelum beliau merundum cemas dan lemas. PM 1Malaysia, Najib Tun Razak kini dilihat agak gusar dengan fenomena ini dan sedang menimbangkan sama ada kos subsidi minyak dan subsidi barang makanan rakyat perlu dikekalkan atau dihapuskan. Pendapat orang ramai yang pro dan kontra begitu mengusutkan fikiran Dato' Najib. Dari pandangan logik rakyat Malaysia, kita dapat mengandaikan Kerajaan akan mengambil langkah drastik; yakni menghapuskan semua subsidi merangkumi kos subsidi minyak petrol dan barangan makanan demi untuk mengatasi masalah kewangan yang kian meruncingkan Malaysia. Memandangkan ada pandangan yang menyatakan bahawa Kerajaan akan memperolehi keuntungan RM beratus billion seandainya penghapusan kos subsidi minyak petrol dan barangan makanan dilaksanakan, maka rakyat yang akan menanggung bebanan kerana keborosan para pemimpin Negara; mana tidaknya peruntukan negeri-negeri di Malaysia kerap bolos dan cair di tangan individu, bak kata pepatah 'kapal karam, yu yang kenyang'. Bagi mereka yang berada di 'kedudukan' teratas dalam status sosial Negara seperti ahli-ahli korporat UMNO/BN serta usahawan-usahawan dagangan barangan makanan yang memperdagangkan kepada rakyat Malaysia, langkah penghapusan subsidi ini pasti amatlah dialu-alukan. Keadaan ini memandangkan keuntungan berlipat-ganda pasti akan menjadi milik mereka. Malah golongan 'atas kayangan' ini pasti menantikan 'saat' yang amat bernilai buat mereka kerana Menteri tidak akan merasakan kesan penghapusan subsidi walau sedikitpun memandangkan gaji dan 'serba kemudahan' yang mereka kecapi setiap bulan tidak mensasarkan apa-apa masalah seandainya berlakunya kenaikan harga petrol dan barangan makanan. Yang akan mendapat 'ribut' ekonomi yang hebat adalah para pengundi yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Perbelanjaan bulanan mereka pasti terjejas dengan segala kenaikan ini dan bebanan ini pasti ditambah seandainya mempunyai anak yang bersekolah melebihi dua orang. Golongan yang paling dahsyat memikul bebanan ini adalah penduduk-penduduk kampung di pedalaman Sabah. Pendapatan mereka yang terhasil dari kerja-kerja kampung, nelayan, petani dan peladang amat terhad dan sudah pasti bujet kehidupan mereka pasti tersasar dari landasan seandainya penghapusan subsidi minyak petrol dan kos makanan dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Jika diamati, kita dapat melihat dengan jelasnya bagaimana punca berlakunya kemerosotan kewangan negara. Terlalu banyak pembaziran telah dilakukan oleh Kerajaan BN untuk program-program yang hanya berkepentingan untuk BN sahaja. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk melobi 'pertemuan' dengan Presiden Amerika Syarikat. Untuk apa? Untuk 'tunjuk glamour'? Begitu juga peruntukan untuk memperkenalkan kempen 1Malaysia kepada rakyat Malaysia. Tidak cukup dengan slogan dan iklan-iklan 1Malaysia, peruntukan dikeluarkan juga untuk kroni-kroni 1Malaysia. Bukankah ianya satu pembaziran yang amat ketara? Begitu juga program 'Juara Rakyat' yang kononnya untuk rakyat, tapi jika diselidiki dengan jelas, 'kumpulan orang berkepentingan' sahaja yang senang-lenang dengan program-program sebegini. Program PLKN menelan ratusan juta setahun, hasilnya untuk apa? Khas untuk orang UMNO yang berkepentingan. Tidak kurang juga wang untuk 'beli katak' walaupun bukan wang Kerajaan tapi wang dari 'Macai' yang dapat kontrak melalui 'tender runding harga' untuk diberikan terus kepada kroni-kroni dengan harga yang lebih mahal sehingga tabung negara semakin tiris. Dengan segala keuntungan penghapusan subsidi yang bernilai beratus billion, Kerajaan BN akan membelanjakan wang tersebut untuk menaik-taraf kota dan bandar dan untuk merealisasikan pembangunan kemodenan kota dan Bandar; maka akan terhasillah 'tender runding terus' yang menjadi satu 'anugerah' untuk kontraktor-kontraktor 'kroni' yang bakal 'memadatkan' lagi akaun-akaun peribadi mereka. Yang putih mata siapa? Yang terkebil-kebil mata menahan kesusahan kehidupan siapa? Bukankah penduduk kampung dan pengundi yang tidak 'mampu' untuk merasa segala kemodenan kota dan bandar? Maka, beringatlah, berubahlah sebelum kita lebih jauh terjerumus dalam kancah kemiskinan sementara 'orang bangsawan akan terus menerus menikmati kehidupan mereka yang penuh gemerlapan dan keindahan. |
| Kenyataan Paling "KAW" oleh pemimpin Islam Dunia Posted: 31 May 2010 07:55 PM PDT Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad mengatakan bahawa serangan biadab Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Jalur Gaza adalah indikator besar akhir kesudahan entiti Zionis. Nejad mengatakan, Isnin (31/5), apa yang terjadi hari ini terhadap armada kebebasan adalah ujian sesungguhnya sejauh maja komitmen Negara-negara yang menyerukan HAM. Nejad menegaskan akhir kesudahan Zionis Israel sudah dekat. Dia mengatakan, "Hari ini kita menyaksikan bagaimana entiti Zionis yang Zalim membunuh para aktivis antarabangsa yang membawa bantuan internasional untuk penduduk Jalur Gaza dan menculik sejumlah dari mereka. Sebahagian pihak memandang ini adalah bukti kekuatan entiti Zionis, namun sesungguhnya itu adalah indikator besar bahawa lenyapnya Israel sudah dekat dan awal kesudahannya." Nejad menyerukan kepada Negara-negara yang mendukung entiti Zionis Israel dengan mengatakan, "Jika anda ingin memiliki kedudukan dan kredibiliti di dunia, maka hentikannya dukungan kalian kepada para penjahat Zionis yang mahir melakukan pembunuhan dan kehancuran." |
| Posted: 31 May 2010 07:53 PM PDT "Samy, sudah sampai masanya untuk pergi," kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menambah "dalam kepimpinan saya, hampir setiap orang telah bersara, termasuk diri saya"."(Yang) tinggal (hanya) dia (Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu) seorang sahaja," katanya kepada pemberita selepas menonton teater "Mulan & Mushu" karya Robert D San Sousi yang diolah semula oleh Sheery Mariam dan diarah oleh OwYeong Soon Ling pada festival Akademi Seni Budaya Dan warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur malam semalam. Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih tiga dekad itu bagi memberikan peluang kepada calon lain. Beliau berkata Samy Vellu telah mencatat rekod bersejarah dengan memegang jawatan presiden sebuah parti politik di negara ini yang paling lama. "Bila dia pegang jawatan terlalu lama, sudah tentu orang tidak mahu dia," katanya. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai krisis MIC sekarang terutama mengenai langah terbaru Samy Vellu memecat setiausaha agung parti S Murugessan semalam. ~Bernama~ |
| Posted: 31 May 2010 07:52 PM PDT Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera. Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu. "Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang? "Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka? " katanya dalam kenyataan medianya hari ini. Menurut Husam, pemimpin dunia lain termasuk tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan bertindak mengarahkan duta Israel di Ankara supaya berundur manakala tiga latihan ketenteraan dengan negara itu dibatalkan. "Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia? "Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini," kata Husam. Sehubungan itu, katanya Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. "Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu. "Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat," katanya. Menurut Husam, dalam respon segera, DAP, Pemuda Umno, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan. "Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco," katanya. ~MK~ |
| Malaysia Kutuk Serangan Israel Posted: 31 May 2010 07:48 PM PDT Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat. "Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di Kuala Lumpur, semalam. Beliau juga berkata "seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu". "Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya. Najib berkata serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa. Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu. Sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel semalam berdekatan Gaza. Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui. ~Bernama~ |
| Posted: 31 May 2010 08:58 AM PDT Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya semalam memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu. Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang. Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000. Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram. Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang. Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya. Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). "Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya. Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. ~Bernama~ |
| Posted: 31 May 2010 08:58 AM PDT ~Dr Mohd Asri Zainul Abidin~ Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti. Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif. Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut. Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad. Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya. Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain. Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno. Keserasian wajah 1Malaysia Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut? Di manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini? Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini. Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian. Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'? Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut. Peguam bukan Islam Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam. Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan. Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam. Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai? Apakah ini secocok dengan keadilan Islam? Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam! Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu? Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi. Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah. Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu. Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil. Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama. Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah. Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam! Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'. Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam? Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam. Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian. Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam. Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam. Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini. Isu kalimah Allah Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini. Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru. Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju. Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham. Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu? Isu masuk masjid Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama. Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam. Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk. Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya. Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan! Isu Sebat Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang. Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar. Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku. Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini. Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan. Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan. Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno! Perarakan Maulid Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza. Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia. Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini. Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik! Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam? Barah Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno. Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno. 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini. Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan. Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan. PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman. Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat. Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia! Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara. |
| Ya Allah Selamatkanlah Konvoi Bantuan Gaza Posted: 31 May 2010 08:58 AM PDT Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana. Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal. Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUANPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau. Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan. Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan. katanya. Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel. Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus. Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600. Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. |
| Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya Posted: 31 May 2010 08:58 AM PDT Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya. "Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi)." Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini. Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu. Karpal yang berkerusi rodak kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand. Beliau kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor 9sekarang ini senator), Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka), bekas ratu trek negara, Datuk Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya yang dikenali sebagai Tuah danseorang guru agama yang dipanggil Atuk. Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar. Saiful menjawab dia tidak tahu. Karpal: Ada Timbalan Perdana Menteri beri apa-apa nasihat? Saiful: Pada mulanya beliau terkejut, ragu-ragu. Tapi lepas cerita dengan terperinci, beliau kata beliau tidak boleh buat apa-apa kerana ini adalah masalah peribadi Anwar dan melibatkan masa depan saya. Karpal: Adakah pada bila-bila masa anda membuat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri, dan orang lain tadi? Saiful: Sebelum 26 Jun 2008 (dakwaan berlaku liwat), saya tidak membuat laporan polis. Karpal: Tidak ada siapa yang beri nasihat kepada anda supaya membuat laporan polis? Saiful: Tidak ada. Mereka bimbang tentang masa depan saya. Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful diliwat. "Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan," kata Karpal. Karpal: Jika TPM atau yang lain tidak membuat laporan polis, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan. Tahu atau tidak? Saiful: Saya tidak tahu. Karpal: Tidak mengapa, saya akan beritahu awak sekarang. Apa yang anda beritahu TPM adalah perkara serius iaitu anda diliwat tanpa kerelaaan Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu. Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar. Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal. Karpal: Kenapa buat pada tarikh dekat dengan hari penamaan calon? Saiful: Ini kebetulan (jawapan Saiful membuatkan orang awam yang duduk di tempat duduk awam ketawa). Saya nak angkat sumpah awal pada bulan Julai tapi keadaan tidak izinkan. Karpal: Saya cadangkan ini rancangan anda untuk tentukan Anwar kalah. Itu tujuannya, bukan? Saiful: Tidak setuju. Karpal kemudiannya memohon supaya pemeriksaan balasnya terhadap Saiful ditangguhkan dan pihaknya akan memanggil semula Saiful. Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan. Saiful berkata beliau tidak pernah memberitahu Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, yang merawatnya, bahawa ada terdapat kemasukan objek plastik di bahagian duburnya. "Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur." Ketika diminta membaca laporan perubatan oleh Dr Osman (kiri), Saiful berkata beliau tidak berapa jelas dengan laporan perubatan yang ditulis tangan itu. Menjelaskan semula mengenai kenyataan medianya kepada laman web Malaysiakini, bahawa kejadian liwat itu merupakan pertama kali berlaku, Saiful berkata : "Maksud kenyataan saya itu ialah kejadian yang berlaku adalah pertama kali yang dilakukan oleh Anwar". Kepada soalan lain, Saiful juga berkata semua orang yang beliau temui berhubung kejadian liwatnya tidak menggalakkan beliau membuat laporan polis kerana bimbang dengan masa depannya kerana beliau masih muda. Anwar didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Itu adalah gambar lambang kemenangan zionis. Untuk delete gambar ni,copy link di bawah:














Tiada ulasan:
Catat Ulasan