RAKYAT MARHAEN |
- Hanya UMNO Johor tentang judi bola
- Bahaya jika kita buta sejarah
- Ada Pertaruhan Tak..????
- Grand Theft Malaysia
- Umno Nak Jadi Tuhan..ha.ha..tuhan APCO..keh.keh..!!
- Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan
- Tak de modal lain ke puak UMNO@APCO...he.he..he...!!!
- umno Mentaliti Lembu...
- CERITA RAIS YATIM kate "MALAYSIA BEBAS MEDIA" adalah kelentong semate-mate...
- Anak Kucing Dibelai, Rakyat Diabai
- Khairy Terlibat Dalam Penawaran Lompat Parti?
- Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat
- Bahaya Zionis; Mengasaskan Komunisme, Kapitalisme dan Sekularisme bagi Menakluki Dunia.
- Shafie tak mahu PRU-13 awal, Hisham isytihar ‘perang’
- MALAM INI SEJARAH NEGARA BANGSA AKAN DIRUNTUHKAN
- Musa Hassan Diingat Perlu Perbetulkan Dirinya Dahulu
- Nazir: DEB gagal capai matlamat, perlu dikaji semula..ha..ha..adik najib pulak..!!!
- Nik Aziz: ‘Walaupun MB tapi saya hanya tumpang rumah orang’
- Awas !! kaligrafi menyerupai ayat Al Quran...tapi ia kitab injil...
- MELAYU KEMANA 2
- 10 Nama Cadangan untuk kucing Parsi Najib !
- Pasti ada sebab Karpal mahu pilihanraya kecil di Parlimen Batu...
- SPRM – dipersoalkan?
- Isu Parlimen Batu macam Bola Piala Dunia pulak
- PKR: Melakar Langkah Maju Ke Hadapan
| Hanya UMNO Johor tentang judi bola Posted: 19 Jun 2010 08:31 PM PDT Oleh - Tok Perak * KETIKA jutaan peminat bola sepak di negara kita tidak tidur malam kerana ketagih menyaksikan siaran langsung Piala Dunia dari Afrika Selatan, pasukan polis kita bercekang mata dalam debaran. Bukan berdebar sebab ingin mengetahui pasukan mana yang menang, tetapi terpaksa berjaga untuk mengesan judi haram bola sepak yang dikatakan semakin menjadi-jadi sejak sepakan pertama pada 11 Jun lalu. Saya ucapkan syabas kepada polis yang sejak sehari dua ini telah menunjukkan kesungguhan dan kecekapan dalam memerangi judi haram. Setakat rencana ini ditulis beberapa orang dalang (bookie) judi bola telah ditangkap. Antara yang ditangkap kerana berjudi bola secara haram ialah dua arkitek di ibu negara melibatkan pertaruhan RM5 juta, empat ditahan di Ipoh melibatkan pertaruhan RM2 juta, empat di Pulau Pinang, dan dua di Kuching, Sarawak. Pendek kata RM berjuta-juta-juta dilaburkan secara haram menerusi judi bola sepak sepanjang Piala Dunia yang akan berlangsung selama sebulan itu. Banyaknya duit orang kita! * TANGKAPAN beberapa orang bookie judi itu membuktikan andaian sesetengah pihak bahawa bola sepak dan juga lain-lain sukan mudah diseleweng dan dijadikan medan untuk orang-orang berduit, termasuk yang profesional, bertaruh secara haram. Walaupun bukti sudah ada, rakyat terbanyak tidak akan menerima ini sebagai alasan untuk kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Tan Sri Vincent Tan kata jika lesen judi diluluskan, judi haram dapat diatasi. Sebenarnya tidak ada jaminan bahawa meluluskan lesen akan menghentikan kegiatan judi haram. Kita sudah lesenkan judi Sport Toto dan Empat Nombor Ekor (ENE), tetapi yang haram masih banyak juga. Kalau mengikut cakap Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, di negeri itu sekarang ada lebih 4,000 kedai judi haram. Ertinya meluluskan lesen bukan cara terbaik membanteras judi haram. Saya masih percaya judi haram perlu diperangi habis-habisan dengan ketegasan dan kesungguhan penguatkuasaan undang-undang, tetapi bukan dengan meluluskan satu lagi lesen judi. Tertangkapnya bookie-bookie judi bola sepak itu membuktikan polis kita mampu bertindak. * MASIH mengenai judi, semua negeri Pakatan Rakyat (PR), sama ada yang diketuai oleh Islam (Kelantan, Selangor, Kedah) atau bukan Islam (Pulau Pinang), sudah menyatakan pendirian menolak kelulusan lesen judi bola. Ertinya, judi ditentang bukan sahaja oleh orang Melayu (Islam) tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Rasanya kalau buat undian kepada seluruh rakyat negara ini, pasti lebih ramai yang menentang judi. Sayang sekali selain NGO-NGO setakat ini yang menentang habis-habisan lesen judi bola sepak hanyalah parti-parti pembangkang, sedangkan parti-parti lain masih tidak bersuara dalam hal ini. Setakat ini hanya UMNO Negeri Johor yang secara rasmi – dan berani – menyatakan tentangan terhadap lesen judi. UMNO negeri itu menegaskan sebarang bentuk judi perlu ditentang "kerana amalan itu bercanggah dengan hukum Islam." Syabas UMNO Johor! UMNO negeri-negeri lain bagaimana? * ADA isu yang lebih menarik daripada judi bola sepak. Tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia kini berpuas hati dengan perkhidmatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka sudah ada cakap-cakap mengenai kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi. Baru tiga tahun kita habis berjuta-juta-juta ringgit untuk PRU-12, tiba-tiba hendak buat pula satu lagi pilihan raya umum. Tunggu, kasilah rakyat bernafas dulu! Lagi pun macam yang PM sendiri kata, tarikh pilihan raya tidak boleh dibincangkan sekarang kerana tumpuan kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan memperkukuhkan parti terlebih dahulu. Berilah peluang pada Najib dan teamnya untuk membuktikan keberkesanan idea-ideanya termasuk slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', konsep '1Malaysia' dan sebagainya. Jangan terikut-ikut sangat dengan cakap-cakap dan desakan sesetengah pihak supaya PRU-13 disegerakan. Rakyat pun masih letih dengan kerenah dan kempen-kempen beberapa pilihan raya kecil yang kita ada sebelum ini. * WARGA kota, terutama di Kuala Lumpur, kena lebih berjimat. Jika tidak mereka akan tercungap dan sesak nafas untuk menampung hidup di bandar dengan pendapatan bulanan RM3,000. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kemudahan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, antara penjimatan yang patut dilakukan oleh orang bandar ialah dengan memotong beberapa bayaran, termasuk Astro. Pada hemat saya, selain Astro, patut juga dipotong ialah penggunaan tiga atau empat telefon bimbit tercanggih yang bil bulanan mencecah ratusan ringgit. Potong juga bajet membeli-belah, makan di restoran. Hentikan kunjungan ke disko atau kelab dangdut. Kalau orang bandar dengan pendapatan RM3,000 pun terasa susah untuk bernafas, bagaimana agaknya orang kampung dengan pendapatan tidak sampai seribu ringgit hendak menampung setengah dozen anak? Dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 itulah penoreh getah, pekebun kecil dan nelayan hendak membayar makanan, yuran sekolah anak, tambang bas sekolah. Ada murid tidak ke sekolah sebab tidak ada duit tambang bas! Hari demi hari kita mendengar rintihan dan keluhan rakyat – baik di kampung mahu pun di bandar – mengenai kehidupan yang semakin sempit. * AKHIR kalam, tentulah sesuatu yang tidak kena, ketika rakyat mengeluh dan merintih tidak cukup duit untuk menampung hidup tiba-tiba kita mendengar cadangan untuk membina bangunan Parlimen baru di Putrajaya dengan biaya RM800 juta. Konon bangunan Parlimen yang ada sekarang sudah tidak sesuai, jika hendak dibaikpulih akan menelan belanja besar juga. Sebab itu perlu ada bangunan baru. Atau, satu cadangan lagi ialah menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya sekarang sebagai Parlimen baru. Apa pun semuanya masih di peringkat cadangan. "Masih belum ada apa-apa keputusan. Kabinet bulan lalu cuma meminta JKR menyediakan cadangan dalam tempoh tiga bulan," kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor. Ada baik juga difikirkan beribu-ribu kali sebelum dengan mudah kita meluluskan cadangan bina bangunan Parlimen baru. RM800 juta bukan sedikit, boleh disalurkan untuk banyak lagi projek rakyat. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian! - TOK PERAK | ||||||
| Posted: 19 Jun 2010 08:24 PM PDT 20 JUN — Saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memasukkan kurikulum bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Sekurang-kurangnya ia membantu orang Melayu Islam dalam menguasai bahasa ini, walaupun mungkin tidak sepandai mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan. Persoalannya, kala kerajaan mula bersikap terbuka dan memandang ke hadapan, bagaimanakah pula dengan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan? Adakah wajar Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diajar hanya tiga kali seminggu dengan silibus yang begitu mudah berbanding silibus sekolah kebangsaan? Sebarang penambahan waktu pembelajaran Bahasa Melayu dan penyeragaman silibus dianggap sebagai beban dan menggugat kedudukan bahasa ibunda. Apakah akan wujud keadaan selepas ini, orang Melayu boleh berbahasa bukan Melayu manakala mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan masih berada di takuk lama atau mungkin bagaimana? Inilah dilema yang akan dihadapi dan menghantui sistem pendidikan di negara kita. Sedangkan satu dunia maklum bahawa sistem pendidikan berasaskan sejarah bahasa kebangsaan adalah teras kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Apatah lagi matapelajaran sejarah 'Malaysia Negaraku' yang mahu dijadikan subjek di setiap sekolah bagi melahirkan semangat patriotisme dan jati diri. Subjek ini juga turut ditolak mentah-mentah di sekolah jenis kebangsaan kecuali jika ia diajar dalam bahasa ibunda. Sedangkan kita tahu pendidikan berteraskan sejarah adalah soal masa depan negara. Bagaimana akan lahir semangat patriotisme jika kita buta sejarah? Setiap bangsa dan negara ada sejarahnya, ia mesti dipelihara sebagai warisan generasi akan datang, kecuali jika kita mahu memadamkan sejarah dan mencipta sejarah baru seperti mana percubaan negara ultra kiasu di selatan negara kita. Percubaan mereka setakat ini hampir berjaya. Menolak sejarah bererti kita menolak asal-usul kita dan negara tercinta. Melalui komen-komen dalam laman blog ultra kiasu dan blog saya mengenai artikel minggu lalu, bertajuk Perlukah memorial Tan Cheng Lock?, ternyata kumpulan ultra kiasu ini kelihatan begitu marah apabila saya menyeru agar kita menghayati sejarah sebagai asas kehidupan bernegara. Blog saya dihentam dan digodam secara tidak bersopan dan tidak beradab, walhal saya tidak jemput pun mereka melayarinya. Berhenti membaca jika dirasakan bertentangan dengan naluri. Tidak ada paksaan. Apa yang saya minta cubalah memahami sejarah. Pada mereka, sejarah tidak penting kerana ia telah berlalu. Mengingati masa lalu akan merugikan dan memundurkan kita. Apa yang lebih penting adalah masa depan negara. Kita tidak akan ke mana-mana dengan memperkatakan perkara yang telah lepas. Cetek sungguh pemikiran mereka. Inilah golongan ultra kiasu yang saya sentiasa ingatkan supaya kita berhati-hati. Bagaimana kita boleh mendepani masa kini dan akan datang sekiranya tidak ada masa lalu? Apakah ada agenda untuk memadamkan sejarah ini atau memutar-belitkannya? Mana-mana negara bangsa di dunia ini memang tidak dapat lari daripada sejarah. Sejarah adalah asas dan tunggak kekuatan negara. Sejarah diwajibkan sebagai mata pelajaran asas yang mesti dipelajari suka atau tidak. Mereka mesti lulus matapelajaran ini berbanding kita yang masih menjadikan sejarah sebagai matapelajaran pilihan. Di peringkat sekolah rendah pula, sejarah langsung tidak diajar. Apakah kemunculan pengikut ultra kiasu hari ini disebabkan oleh mereka tidak memahami atau mempedulikan sejarah? Saya yakin masalah yang timbul hari ini disebabkan kita buta sejarah ataupun mungkin kita sengaja membutakan mata. Dengan makna, kita tidak cuba untuk memahami orang lain atau bangsa lain. Bila ada percubaan untuk memperkasakan sejarah, kita berasa terancam, sedangkan kita tahu jika mahu menjadi perkasa, sejarah adalah asas pemerkasaannya. Keras kepala Kita mahu berada dalam dunia sendiri yang akhirnya menjadi manusia yang keras kepala, tidak mahu mengalah dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, orang lain semua salah. Jika kita membuka sejarah masa lalu, kita akan bertemu kejadian-kejadian yang menimpa umat, mampu menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan semangat. Tidak hairanlah jika ada ulama yang mengatakan bahawa sejarah adalah tentera Allah SWT di muka bumi. Tidak ada manusia yang mampu melawan sejarah. Menurut Peter N Stearns, dari Persatuan Sejarah Amerika, history should be studied because it is essential to individuals and to society, and because it harbors beauty. Pada beliau, sejarah adalah satu bukti dan tidak pernah menipu. Sejarah dapat mengelakkan salah faham dan konflik sesama manusia dan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Dengan sejarah kita belajar soal masa depan, kerana sejarah masa lalu memandu masa depan. Manusia yang tidak pernah belajar daripada sejarah tidak akan punya inspirasi dan semangat untuk mencipta dan berjuang. Umat Islam sepatutnya mampu mengambil begitu banyak iktibar daripada sejarah untuk kembali mencipta kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sebelum ini. Biarkanlah ultra kiasu dengan labu-labunya. Suatu hari nanti pasti tembelangnya akan pecah. Bahkan para panglima perang dan penganalisis strategik, belajar daripada sejarah peperangan demi peperangan, baik mengenai politik, taktikal, medan, adat budaya musuh, sehinggakan sampai pada perkara-perkara yang kecil di ambil kira, selain kekuatan musuh. Begitulah pentingnya kita mesti mempelajari sejarah. Bangsa yang bongkak seperti Yahudi pun belajar daripada sejarah. Sudah sewajarnya kita umat Islam yang lebih perlu belajar daripada sejarah kerana kita mempunyai sejarah keagungan dan kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya. Apa yang menyedihkan hari ini, umat Islam tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah. Sejarah dijadikan alat untuk membalas dendam. Mereka rela diperalatkan daripada bekerjasama sesama umat seagama. Nampaknya percubaan ultra kiasu yang berusaha menjauhkan umat Islam daripada sejarah semakin berjaya. Mereka mengasak pemikiran kita dengan sejarah peradaban lain yang telah diubahsuai, seperti sejarah Barat dan Timur, revolusi industri, perang dunia dan perjuangan menuntut kemerdekaan, penjajahan orientalis, sosialis dan sebagainya. Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu menyebut sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan Islam. Mereka sahaja yang bertamadun, orang lain tidak. Jika ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam, ia cuba diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah Islam. Percubaan untuk meniru gaya pemerintahan Umar Abdul Aziz hanyalah untuk mencairkan kita sahaja. Masihkah kita ingat negara kecil Jepun suatu ketika dahulu mampu mengalah negara sebesar Rusia? Kemudian, Jepun digegarkan pula dengan kekalahan dalam Perang Dunia Kedua dengan kehancuran Hiroshima dan Nagasaki. Kenapa Jepun boleh bangkit melalui kehancuran tersebut? Saya yakin Jepun belajar daripada sejarah kemenangannya ke atas Rusia. Berbeza dengan kumpulan ultra kiasu di negara kita. Mereka cuba membasuh otak kita dengan mengatakan, "Kita tidak akan maju jika kita selalu melihat ke belakang". Sedangkan kita tahu negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sentiasa mewajibkan rakyatnya belajar daripada sejarah. Kekalahan mereka dalam Perang Vietnam memberikan impak besar kepada bangsa bongkak ini walaupun mereka menguasai segala teknologi peperangan dan senjata kimia. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan dan sentiasa terpahat di sanubari mereka. Filem-filem bercorak Rambo adalah percubaan untuk menaikkan imej mereka. Cuba kita fikir kenapa AS tidak bersendirian ketika menyerang Negara kaum muslim yang nampak kecil dan lemah seperti Afghanistan dan Iraq? Mungkin selepas ini Iran. AS selalu melibatkan negara-negara Eropah dan beberapa negara Asia untuk bersama-sama menyerang negara tersebut. Walhal jika dilihat dari segi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, mereka boleh lakukan secara bersendirian? Inilah strategi ultra kiasu hari ini, cuba memperalatkan kita demi kepentingan mereka. Mereka tahu, jika bertindak bersendirian, agar sukar untuk membuahkan hasil. Justeru, pelbagai strategi digunakan untuk mencari rakan sekutu dan mencairkan hati dengan menonjolkan kebaikan mereka seolah-olah nampak ikhlas, walaupun sebelum ini merekalah musuh dalam selimut menolak Islam secara nyata. Segelintir mereka mahu menjadi bangsa terhormat. Mereka tidak mahu masyarakat kita kembali melihat sejarah perjuangan masa lampau. Apatah lagi jika dikaitkan dengan orang Melayu dan Islam. Kalau boleh mereka mahu mengatakan sejarah negara ini semulajadinya sudah berbilang kaum. Tidak ada tuan asalnya. Tuan asalnya hanyalah Orang Asli. Ingatlah wahai semua saudaraku termasuk ultra kiasu, sejarah adalah pelajaran mengenai masa lampau kita. Dengan mempelajari sejarah kita akan lebih mengenal diri kita sendiri. Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini. Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan teladan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Memang menjadi sifat manusia, mereka lebih mengambil berat soal masih depan berbanding masa lalu. Sedangkan sejarah adalah pembelajaran masa lalu. Kenapa kita mahu sibuk-sibuk dengan masa lalu sedangkan ia tidak akan berulang lagi. Dalam Islam, Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar dan pengajaran, terutama kepada orang yang melihat. Pakar sejarah bukan pakar bedah, pakar jalan raya atau pakar pencegah jenayah. Dengan sebab masyarakat memandang lewa akan mereka. Sejarah sebenarnya lebih sukar daripada ilmu kejuruteraan dan perubatan. Ia tidak dapat dilihat oleh generasi yang tidak melaluinya berbanding hasil rekaan dan ciptaan. Sejarah mengandungi segala maklumat mengenai kedudukan manusia dan masyarakat serta tindak tanduk mereka. Jika sejarah itu tidak penting kenapa nenek moyang menjadi begitu penting sekali. Sehingga timbul pepatah, harta boleh dicari tetapi warisan nenek moyang tidak boleh dijual beli. — Mingguan Malaysia * Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, | ||||||
| Posted: 19 Jun 2010 07:59 PM PDT | ||||||
| Posted: 19 Jun 2010 07:56 PM PDT Many snouts in the public trough Mahathir also was behind an attempt by the then governor of Bank Negara, the central bank, to aggressively speculate in the global foreign exchange market. Bank Negara ended up losing an estimated RM20 billion. The governor, Jaffar Hussein, and the head of forex trading, Nor Mohamed Yakcop were forced to resign. Asia Sentinel The Port Klang Free Zone scandal may be big, but it is only the latest in a long line of Malaysian scandals going back to the early 1980s. Time Magazine quoted Daniel Lian, a Southeast Asia economist at Morgan Stanley in Singapore, saying that the country might have lost as much as U$100 billion since the early 1980s to corruption." The scandals listed below are only a small sample of the looting of the country's coffers: In July of 1983, what was then the biggest banking scandal in world history erupted in Hong Kong, when it was discovered that Bumiputra Malaysia Finance (BMF), a unit of Bank Bumiputra Malaysia Bhd, had lost as much as US$1 billion which had been siphoned off by prominent public figures into private bank accounts. The story involved murder, suicide and the involvement of officials at the very top of the Malaysian government. Ultimately it involved a bailout by the Malaysian government amounting to hundreds of millions of dollars. Mak Foon Tan, the murderer of Jalil Ibraim, a Bank Bumi assistant manager who was sent to Hong Kong to investigate the disappearance of the money, was given a death sentence, and Malaysian businessman George Tan who had participated in looting most of the funds, was jailed after his Carrian Group collapsed in what was then Hong Kong's biggest bankruptcy, and a handful of others were charged. No major politician was ever punished in Malaysia despite a white paper prepared by an independent commission that cited cabinet minutes of Prime Minister Mahathir Mohamad giving an okay to a request to throw more money into the scandal in an effort to contain it. That was just the first Bank Bumi scandal. The government-owned bank had to be rescued twice more with additional losses of nearly US$600 million in today's dollars. Ultimately government officials gave up and the bank was absorbed into CIMB Group, currently headed by Nazir Razak, the prime minister's brother. That scandal, which stretched over several years before its denouement in 1985, set the tone for 24 years of similar scandals related to top Malaysian officials and was the first to prove that in Malaysia, you can not only get away with murder, you can get away with looting the treasury as well. Perwaja Steel, for instance, lost US$800 million and its boss, Eric Chia, a crony of Mahathir's, was charged with looting the company. He stood trial, but was acquitted without having to put on a defense. In the mid 1980s, the Co-operative Central Bank, a bank set up to aid the Indian smallholder community, had to be rescued by Bank Negara, the country's central bank, after hundreds of millions of ringgit in loans granted to a flock of United Malays National Organisation and Malaysian Indian Congress politicians became non-performing. Some had never been serviced at all. Although the chief executive and general manager were charged with criminal breach of trust, none of the politicians were ever charged. Before that, the Malaysian government was believed to have lost US$500 million in an attempt at Mahathir's urging to corner the London tin market through a company called Maminco, driving the world price of tin from US$4.50 per tonne to US$7.50. It then sought to cover up the loss by establishing a US$2 company called Mukawasa from which allocations of new share issues to the government's Employees Provident Funds' were diverted. Mukawasa expected to sell the shares at a windfall profit to hide the tin speculation. Mahathir also was behind an attempt by the then governor of Bank Negara, the central bank, to aggressively speculate in the global foreign exchange market. Bank Negara ended up losing an estimated RM20 billion. The governor, Jaffar Hussein, and the head of forex trading, Nor Mohamed Yakcop were forced to resign. There have been many other political and financial scandals since. In 2005, Bank Islam Malaysia, the country's flagship Islamic bank, reported losses of RM457 million mainly due to provisioning totaling RM774 million as a result of bad loans and investments incurred by its Labuan branch. Cumulatively, Bank Islam ran up nonperforming loans of RM2.2 billion, partly from mismanagement and poor internal controls but also "years of regulatory indifference fueled by the misconceived notion of an untouchable Bank Islam because it was a favorite child of the Malaysian government, being the first and model Islamic bank in the country and region," according to a December 19, 2005 article in Arab News. "Bank Islam had a reputation in the market for being the spoilt child of the Malaysian Ministry of Finance; and the perception of the bank was more of a Muslim financial fraternity or government development financial institution," the report said. In 2007, in what was called Malaysia's Enron scandal, the publicly traded Transmile Group Bhd, whose chairman was former MCA President and Cabinet Minister Ling Liong Sik, was caught having overstated its revenue by RM530 million. A pretax profit from Rm207 million in 2006 was actually a loss of RM126 million, and a pretax profit of 120 million in 2005 was a loss of RM77 million, causing the government postal company Pos Malaysia & Services Holdings Bhd to warn that its earnings for the 2006 financial year might be affected by the reported overstatement, as the postal group owned 15.3 percent of Transmile. Over the years 2001 to 2006, the government had to spend billions to rescue seven privatized projects including Kuala Lumpur's two public transport systems, the perennially ailing Malaysia Airlines, the national sewage system and a variety of others that, in the words of one study, "had been privatized prematurely." The government also repeatedly bailed out highway construction concessionaires, all of them closely connected to Umno, to the tune of another RM38.5 billion. In 2008, it was revealed that Rafidah Aziz, who had served as trade and industry minister for 18 years, had been peddling approved permits for duty-free car sales and allegedly lining her pockets. Two companies which didn't even have showrooms – one of which belonged to the husband of Rafidah's niece – received scores of permits. Although Rafidah came in for heavy criticism from within Umno, she remained in office until she was defeated in party elections. In the 1960s, federal prosecutors in the United States who were attempting to jail the late labor boss Jimmy Hoffa for looting the Teamsters Pension Fund of millions of dollars with his cronies were puzzled by the fact that their revelations appeared to have little effect on the union's rank and file. It was because no matter how much money Hoffa and his cronies stole, there was always money left because the fund was so rich. That appears to be the case with Malaysia. | ||||||
| Umno Nak Jadi Tuhan..ha.ha..tuhan APCO..keh.keh..!! Posted: 19 Jun 2010 07:53 PM PDT KUALA LUMPUR, June 19 — Datuk Seri Nazri Aziz said the Najib administration's recent move ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Islam, Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Taoisme, dan macam - macam lagi agama yang wujud di dunia ini tidak pernah mengiktiraf dan menghalalkan judi. Siapa Umno yang mahu menghalalkan judi. Siapa Mahathir ingin menentukan hukum - hakam agama selain dari Islam. Siapa Nazri yang ingin menghalalkan judi di dalam agama selain dari Islam. Sudahlah definisi kalimah Allah di Umno kan, sekarang agama lain juga mahu diUmnokan. Umno perosak perpaduan kaum. Umno cuba menjadi Tuhan. Tanya kepada penganut agama lain apakah benar agama mereka membenarkan judi? Apa bodoh sungguh Nazri dan Mahathir. Saya ada kawan yang beragama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh. Semuanya mengharamkan judi. Mereka tidak pernah menjumpai ayat - ayat dalam kitab agama mereka yang mengharamkan judi. Hebat sungguh Nazri dan Mahathir kerana dapat mencari satu ayat dalam kitab - kitab mereka yang menghalalkan judi. Umno tidak dapat memerintah dengan baik. Duit dalam Bank Negara sudah hampir habis. Cara untuk mendapatkan wang dengan lebih pantas adalah membuat aktiviti perjudian dan menggesa rakyat untuk berjudi. Satu teori ekonomi kapitalis yang teramat jahat. Umno dan BN akan tumbang kerana telah cuba membodohkan penganut agama lain. Mereka punca kepada kekalahan besar BN kelak. Sesungguhnya kekalahan besar BN sedang tiba dan akan dicepatkan lagi oleh Mahathir dan Nazri. | ||||||
| Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan Posted: 19 Jun 2010 07:45 PM PDT SEMUA rakyat yang sayangkan negara mengalu-alukan langkah kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ekonomi meleset manakala pemimpin pula terkial-kial mencari idea macam mana untuk menambah pendapatan, apa juga ikhtiar oleh kerajaan perlu disokong oleh rakyat. Kerjasama dan sokongan rakyat sangat penting. Kalau tanpa sokongan rakyat usaha yang baik kerajaan tidak akan berhasil dan tanpa sokongan rakyat ia tidak membawa berkat. Bagaimana pun dalam hal ini kerajaan hendaklah memahami masalah rakyat. Janganlah semata-mata kerana kerana hendak tambah wang perbendahraan negara maka rakyat jadi mangsa. Dikikis wang dari saku rakyat. Memang pun rakyat perlu dimangsakan, tetapi jangan melampau sehingga menyusahkan.Ada beberapa tindakan kerajaan menunjukkan kerajaan begitu terdesak kerana ketiadaan wang dan rakyat dimangsakan sesuka hatinya. Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat. Pelik, sebelum ini kenderaan yang disaman ekor tidak disenaraihitamkan. Tetapi mulai April lalu ianya telah disenarai hitamkan. Saman yang tertunggal beberapa tahun sebelum yang diberikan pengecualian tiba-tiba dikenakan tindakan tegas. Sikap tiba-tiba menjadi iseng oleh JPJ dan polis ini menunjukkan keterdesakan kerajaan dalam mencari wang! Tindakan itu bertentangan dengan slogan Najib Razak Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan. Memahami dari seruan Najib itu, PM itu mahu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat disamping para pegawai kerajaan dan agensinya pula berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan mutu kerja. Apakah bagi polis dengan menguatkuasakan tindakan itu sebahagian kerja baik mereka? Kalau polis atau JPJ menyahut seruan Najib ini sudah pasti tindakan menguatkuasakan tindakan menyenarai hitam kenderaan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ataupun kalau hendak dikuatkuasakan haruslah dinotiskan dulu dan tidak melaksanakan undang-undang ikut suka hati dan nafsu saja. Mungkin kalangan rakyat yang terlibat dengan masalah ini dapat merasakan bagaimana kerajaan khasnya pihak polis dan JPJ menganiaya mereka. Bayangkan berapa seseorang kena bayar kalau mereka ada dua atau tiga saman? Bukankah separuh gaji mereka harus diberikan kepada Polis hanya untuk mendapat cukai jalan baru. Ini tidak adil kerana kesalahan yang ditunding kepada mereka belum pasti lagi betul atau tidak. Saya baru mendapat tahu hal ini dari beberapa orang rakan yang menghadapi kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rata-rata mereka mengeluh dan menyatakan kerajaan tidak adil, menyusahkan dan menganiayakan. Sebelum ini kenderaan yang disaman ekor (saman poerangkap laju) tidak dikenakan tindakan kenderaan disenarai hitamkan. Tuan punya masih boleh memperbaharui kenderaan masing-masing. Hanya saman di sekatan jalan yang ditanda tangani langsung oleh pemandu saja yang dikuatkuasakan. Mana-mana saman demikian kalau tidak dilunasi pihak JPJ tidak akan memperaharui cukai jalan melainkan selepas menjelaskan kepada pihak polis. Rasanya kelonggaran ini ada baiknya dan masih dirasakan tidak begitu menganiayakan rakyat. Manakala saman yang ditandan tangani patutlah kuatkuasakan. Ada alasannya kerana saman yang ditanda tangani itu jelas kenderaan itu melakukan kesalahan. Polis dan pemandu kenderaan itu sendiri dapat mengetahui akan kesalahan mereka. Berlainan dengan saman ekor, (perangkap laju) di mana polis bersembunyi di dalam semak atau di balik tembok. Di mana tuan punya kenderaan tidak mengetahui apakah dan dimana kesalahan mereka. Selalu terjadi bila mana kenderaan mereka dibawa oleh orang lain. Walaupun pihak polis ada mengeluarkan surat minta penjelasan siapa yang memandu kenderaan tempoh hari, tetapi surat penjelasan itu tidak pratikal. Adakalanya surat tidak sampai kerana pertukaran alamat. Kalau mengikut prosuder biasa mana-mana saman yang tidak diserahkan sendiri kepada si pesalah ianya tidak boleh dibawa ke mahkamah? Peraturan atau sistem saman sebegini tidak praktikal sebenarnya. Ia juga lebih kepada menganiaya rakyat. Rata-rata kalau saman ekor ini di bawa ke mahkamah saya rasa mahkamah akan menolaknya. Ada pendapat mengatakan saman ekor ini tidak valid untuk dibicarakan kerana ia tidak menurut peraturan-peratusan mengenai perundangan. Tetapi kerana sikap rakyat kita malas berurusan dengan mahkamah dan ingin mengelekkan berlaku 'kelecean' ke mahkamah menyebabkan mereka terus sahaja membayarnya. Mungkin baik juga kalau ada sesiapa yang menghadapi kenderaan mereka disenaraihitamkan ekoran tidak melunas saman ini membawanya ke mahkamah. Biar ianya menjadi precedent apakah saman itu valid atau sebaliknya. Persatuan-persatuan penggunan mungkin boleh menguruskan hal ini. Banyak perkara yang berlaku dalam negara ini di mana rakyat diminta bayaran sedangkan ianya tidak sepatutnya. Berbalik kepada tindakan iseng Polis menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman ekor kerana tidak melunasi kompoun itu perlulah dikaji balik. Musim ini musim 'kaat' - musim rakyat sesak janganlah menyusahkan lagi rakyat dengan kesusahan-kesusahan baru. Harapnya Perdana Menteri peka dan prihatin mengenai hal ini ada kemungkinan juga tindakan iseng Polis ini sebahagian dari ciri-ciri mensebotajkan dan menterbalikan seruan Najib itu, rakyat hendaklah disusahkan! MSO | ||||||
| Tak de modal lain ke puak UMNO@APCO...he.he..he...!!! Posted: 19 Jun 2010 07:43 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 19 Jun – Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO. "Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO yang lebih cemerlang," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi. Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, "dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia." Menyentuh mengenai perkembangan syiar Islam, beliau berkata, buat pertama kali di dalam sejarah mulai Perhimpunan Agung UMNO, Oktober ini, perwakilan akan menggunakan kemudahan bersolat Jumaat di PWTC. Urusan itu sudah diatur dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menyediakan khatib mulai minggu depan. Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO. "Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (secara langsung di dalam parti) ini. "Saya rasa kalau 100 ulama ini dapat kita terjemah sebagai 100 kekuatan luar biasa di dalam UMNO, Pas tidak akan tidur lena." -MediaUMNO | ||||||
| Posted: 19 Jun 2010 07:41 PM PDT Gua tabik spring pada Dr. Chua Jui Meng kerana dengan rela dan berlapang dada dengan arahan memulangkan 3 pingat kebesaran, dan beliau tidak berganjak dari pendirian beliau untuk tetap bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Kera...jaan Barisan Nasional yang haprak ini demi perubahan. Apakah puak2 gerombolan yahudi merasakan mereka cerdik kerana berjaya menghasut pihak istana supaya menarik balik pingat darjah kebesaran beliau, yang sebenarnya puak2 itu adalah bodoh nak mampus. Yang pada akhirnya mereka sendiri termalu... ha..ha..ha... Ini semua adalah taktik dan ugutan secara halus untuk menghalang Chua Jui Ming memperluaskan pengaruhnya dalam misi menawan Johor yang dikenali sebagai kubu kuat puak2 yahudi laknatullah umnoapco parti peningalan penjajah. Dalam masa yang sama juga puak yahudi umnoapco ini memberi mesej kepada para pemimpin parti dan komponen mereka supaya jangan cuba bermain dengan api, nanti akibatnya seperti Chua Jui Meng. Lagipun semua orang pun tahu budaya ugut mengugut ini sememangnya sudah sinonim dengan puak2 gerombolan yahudi umnoapco laknatullah yang serba hipokrit ini. Sesiapa yang cuba menongkah arus melawan umnoapco/bn yahudi laknatullah, itulah akibatnya... terpaksa menghadapi risiko daripada sebuah parti paling haramjadah di mukabumi ini... Sedangkan pelakon porno dalam parti komponen mereka yang tidak bermoral masih di tatang dan di sanjung, itulah bukti mentaliti puak2 yahudi umnoapco/bn laknatullah. Kebebalan serta kebodohan mereka sudah mencapai tahap lebih hina dari lembu... IkutSukaAku. | ||||||
| CERITA RAIS YATIM kate "MALAYSIA BEBAS MEDIA" adalah kelentong semate-mate... Posted: 19 Jun 2010 07:37 PM PDT Kalau sebelum nih, Anak Yatim, Rais nih kata Mesia bebas media kerana ada 2juta blogger... Memang bunyiknya macam kelentong... Sebab ia adalah kelentong... Tak caya korang tanya MSK... Dia dok survey blog, ada tak sampai 2000 blog sehari? Aku rasa kalau campur Blogger-blogger politik KOMPEM takan sampai 500ribu pun... Kalau nak sampai 2Juta sekalio pun aku ingat kena masukan Blogger Menu Masakan dan Blogger bahan lucah... Ataupun setiap askar kat Mesia nih kene buat blog ampu Najib, baru leh cecah 2Juta... Nak kelentong pun beragak lah Rais Yatim nih... Kira sekali blog-blog bukan hentam Umno watpe? Kira blog ampu Gomen watpe? Itu memanglah Rais taknak kacau... Kali ini negara luar pun bidas Rais AnakLelaki Yatim sudah bersuara... MESIA BEBAS MEDIA? Kahkahkah Baca laporan di bawah...
| ||||||
| Anak Kucing Dibelai, Rakyat Diabai Posted: 19 Jun 2010 07:34 PM PDT SHAH ALAM 20 Jun - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli anak kucing Parsi dan meminta rakyat Malaysia menamakan kucing tersebut dianggap sebagai cuba memancing dan 'membeli' perasaan rakyat Malaysia yang kini diheret ke dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu akibat salah urus tadbir kerajaan Umno-Barisan Nasional yang pincang. Gambar terbaru Najib mendukung anak kucing berkenaan yang disiarkan hampir di semua media tempatan, disifatkan sebagai cubaan menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang penyayang, di kala imejnya kian merosot dan terpalit dengan pelbagai skandal peribadi dan penyelewengan. Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail menganggap Najib sekadar mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai isu seperti lesen judi sukan bola sepak, Apco, Zionisme, penyerahan dua blok minyak kepada Brunei, tanah KTMB, kerugian Sime Darby, kemerosotan rizab Felda, skandal PKFZ, komisyen Scorpene dan pelbagai lagi isu yang membelenggu pentadbirannya. "Kita rasa tindakan beliau cuba memperlihat dan mengubah arus pandangan rakyat dengan mengalihkan perhatian terhadap RMK-10 yang baru dibentangkan, isu judi, isu Apco dan sebagainya. "Beliau harus menjawab semua persoalan oleh rakyat, bukannya dengan isu membeli kucing yang beliau ada masa untuk itu tetapi tidak mampu menjawab persolan yang lebih besar dari rakyat," ujar Siti Aishah. Siti Aisyah berkata, Serikandi menggesa Najib jangan terlalu beretorik di saat rakyat kini menderita dengan pelbagai isu seperti cadangan penarikan subsidi di tengah krisis ekonomi yang tidak menentu dan kegagalan urus tadbir ekonomi oleh kerajaan. "Isu judi, Apco, dia gagal beri penerangan, isu yang paling besar dan rakyat ternanti-nanti jawapan beliau. Saya berharap Najib jangan terlalu beretorik, dengan menunjukkan seolah dia seorang prihatin, rakyat mahukan penjelasan tentang isu-isu yang lebih besar. "Dia baru bentangkan RMK-10 yang perlukan banyak penjelasan, kerugian Sime Darby, Pos Malaysia, pembelian tanah KTMB di Singapura, gadaian blok minyak kepada Brunei dan banyak yang harus diteliti, bukan turun padang bermain dengan kucing. "Kita mahu Najib disamping menunjukkan aspek keprihatinan kepada aspek yang lain, jangan lari daripada isu sebenar, jangan cuba mengelak menjawab desakan rakyat," tegasnya lagi. | ||||||
| Khairy Terlibat Dalam Penawaran Lompat Parti? Posted: 19 Jun 2010 07:33 PM PDT SHAH ALAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa keghairahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 48 jam kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti video RM2 juta untuk lompat parti menimbulkan kesangsian samada beliau turut terlibat dalam penawaran kepada bekas ahli parlimen KEADILAN. "Kita yakin respons Khairy menunjukkan bahawa kemungkinan beliau terlibat dalam penawaran dalam usaha lompat parti sebelum ini. "Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bertindak seperti 'lebih sudu daripada kuah', sedangkan tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bersuara. "Daripada 'track record' Ketua Pembangkang, Anwar tidak pernah berbohong contohnya dalam isu video VK Lingam yang sebelum ini didedahkan," kata Shamsul Iskandar kepada Suara Keadilan ketika dihubungi. Katanya lagi, daripada 4 ahli parlimen KEADILAN yang melompat itu, tidak ada seorang pun yang menafikan perkara tersebut. Malahan semasa Anwar mendedahkan tentang kereta dan rumah baru yang dibeli oleh ahli parlimen yang melompat parti dalam Dewan Rakyat baru-baru ini tidak ada seorang pun daripada mereka yang terbabit bangun membantah kenyataan beliau itu. "Kesemua mereka sememangnya sudah dibeli dan kita ada video untuk membuktikannya. "Khairy juga perlu memberikan jawapan sama ada apakah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil tindakan selepas kita melaporkannya?," soal Shamsul Iskandar. Tambahnya lagi, mengikut rekod sebelum ini, banyak pendedahan yang telah dibuat oleh Anwar dan satu pun tidak diambil tindakan oleh SPRM yang seolah-olah bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN. Pengarah Strategik KEADILAN Tian Chua pula berkata Anwar telah pun membuat pendedahan dan mempunyai bukti kukuh malahan ahli parlimen yang melompat seperti Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim dan ahli parlimen lain yang turut melompat juga tidak membuat penafian. "Seperti yang dikatakan Ketua Umum, kita akan dedahkan pada masa yang sesuai, tidak perlulah Khairy menjadi jurucakap bagi pihak mereka. "Konsensus Bebas ini adakah mereka ini mempunyai maruah dan jika kita dedahkan sekarang, adakah mereka ini akan meletak jawatan?," soal Tian. "Tidak ada maknanya kita sahut cabaran Ketua Pemuda Umno ini sedangkan sebelum ini apabila kita serahkan video berhubung VK Lingam, tidak ada tindakan pun yang diambil. "SPRM sepatutnya menghubungi Anwar dan meminta beliau mengemukakan bukti tersebut dan jika benar tindakan terhadap mereka harus diambil dengan melucutkan jawatan mereka sebagai ahli parlimen," kata Tian Chua. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu itu turut berkata kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak serius dalam menangani isu lompat parti yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Sebelum itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat beberapa siri pendedahan berhubung ahli parlimen Bebas yang berpaling tadah menerima imbuhan sebanyak RM2 juta serta janji kontrak daripada agen Umno. Isnin lepas, beliau sekali lagi membuat pendedahan tersebut di dalam parlimen semasa perbahasan ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10. | ||||||
| Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat Posted: 19 Jun 2010 07:31 PM PDT 20 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 perlu diadakan lebih awal dengan alasan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan rakyat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor serta kedudukan ekonomi Negara yang semakin memberangsangkan. Faktor lain ialah perkembangan mutakhir yang menyaksikan ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dan menyertai UMNO serta beberapa anggota DUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang juga keluar parti dengan menyatakan sokongan terhadap BN, ditambah pula kemelut berlaku dalam PKR. Begitu juga isu dan konflik politik yang berlaku di kalangan pemimpin PKR dan PAS Selangor. Maka memang dirasakan BN dan Perdana Menteri perlu mengambil peluang ini untuk memperbaharui mandat baru daripada rakyat. Pada pandangan pemimpin BN dan UMNO, selagi komposisi Parlimen yang diasak sebilangan ahli Parlimen pembangkang (termasuk sesetengah ahli Parlimen BN juga) yang kurang bersikap 'parliamentarian', yang semacam merosakkan nama baik Parlimen dan perbahasan yang pada keseluruhannya tidak menguntungkan atau tidak memberi banyak faedah kepada rakyat, maka pertimbangan mempercepatkan PRU Ke-13 kelihatannya adalah wajar. Inilah kesempatan terbaik buat Perdana Menteri memilih bakal wakil rakyat terbaik berasaskan 'pemimpin mendahului rakyat dan pencapaian diutamakan'. Hal ini dilihat tidak perlu mengambil kira akan kekalahan BN di Sibu yang mungkin dianggap sesuatu yang kurang impak berbanding faktor ekonomi yang sudah pulih dan sokongan secara umum rakyat terhadap BN dan Najib yang semakin meluas. Pada hemat saya, saranan Dr Mahathir perlu dinilai secara serius kerana jika BN mengambil langkah terburu-buru, natijahnya akan memakan diri sendiri seperti berlaku ketika PRU Ke-12 yang sepatutnya tidak perlu diadakan pada 2008 kerana mandatnya boleh dilanjutkan sehingga akhir 2009. Kecuali PRU Ke-6 pada 1982, semua PRU sejak merdeka diadakan sekitar empat tahun dan yang terpendek tempoh mandatnya ialah tiga tahun lapan bulan (1978-1982). Justeru, tidak janggal sekiranya Najib mahu mengadakan PRU Ke-13 pada bila-bila masa, mungkin awal tahun depan, iaitu tempoh mandat tiga tahun saja daripada tarikh PRU 2008. Apapun, pada hemat saya, Perdana Menteri atau kerajaan yang ada mempunyai kuasa penuh untuk mengadakan PRU pada bila-bila masa yang pada pendapatnya wajar dan sesuai dengan kehendak kerajaan dan parti yang beliau pimpin. Persoalan pokok di sini bukanlah lama atau cepatnya tempoh mandat pilihan raya umum itu, tetapi dari segi pertimbangan politik yang memerlukan kewajaran dan rasional bagi mengadakan PRU lebih awal. Pertimbangan serius perlu dilihat, termasuk apakah kepemimpinan Najib benar-benar mendapat sokongan rakyat? Selain itu, apakah dengan pemulihan ekonomi dapat membantu melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO? Pertimbangan sedemikian penting difikirkan. Soal mengadakan PRU Ke-13 – cepat atau lambat – tidak timbul kerana ia pasti diadakan juga, walaupun sehingga mandatnya mencecah lima tahun pada 2013, popular atau tidak popular BN dan kepemimpinan UMNO, PRU mesti diadakan juga, kecualilah jika kita mahu sistem Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sekali lagi. Pandangan sesetengah penganalisis nampaknya lebih melihat kepada kritik atau isu dibawa pembangkang, sedangkan kritikan dalam BN dan UMNO sendiri, pada hemat saya perlu juga diambil kira secara serius sebelum keputusan mengadakan PRU Ke-13 dibuat. Sejarah menunjukkan kritikan atau isu dalam BN dan UMNO perlu ditangani dengan tuntas atau cekap. Bukan semua kritikan di kalangan ahli BN atau UMNO menentang kepemimpinan. Ini yang gagal difahami sesetengah pemimpin UMNO. Jika kritikan dalaman gagal diselesai, tidak mustahil UMNO sekali lagi berdepan masalah seperti sebelum ini. Mengenai sokongan akar umbi di luar bandar, pemimpin UMNO khususnya perlu meneruskan usaha merakyatkan parti sehingga terjalin hubungan mesra rakyat. Soalnya adakah rakyat sekarang sudah mula menerima BN dan UMNO? Saya masih ragu-ragu tahap sokongan rakyat, terutama di bandar dan luar bandar. Dalam beberapa pilihan raya kecil, sokongan orang Melayu terhadap BN dan UMNO tidaklah memberangsangkan, walaupun menunjukkan peningkatan. Justeru, transformasi UMNO bukan saja harus ditumpukan kepada pimpinan peringkat atasan dan negeri, malah juga pada peringkat bahagian dan cawangan. Jika semua faktor di atas dapat diambil kira dengan baik, tidak salah Najib mengadakan PRU Ke-13 lebih cepat. Beliau mahukan mandat semua rakyat, itu sudah menjadi lumrah politik demokrasi. Perdana Menteri berasakan bahawa mandat yang diberikan rakyat sejak 2008 lalu perlu diperbaharui. Beliau perlu mendapat sokongan padu rakyat dan juga perlu mendapat semula kuasa kerajaan memerintah di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan jika tidak pun Kelantan. Agak keterlaluan dikatakan mandat PRU Ke-12 adalah mandat yang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Najib hanya meneruskan mandat itu yang sepatutnya berakhir pada 2013. Perlu diingat, apakah semua isu rasuah perlu diselesaikan terlebih dulu, baru PRU Ke-13 hendak diadakan? Itu tidak mungkin. Yang penting, sudah ada kesungguhan kerajaan membanteras segala macam isu seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan ia sudah cukup sebagai suatu kewajaran mengadakan PRU Ke-13, jika mahu ia dipercepatkan. Walau apapun faktor dikemukakan sebagai asas mengadakan PRU, pada hemat saya, faktor ekonomi adalah yang terpenting. Ini adalah reality politik demokrasi di Malaysia. Jika ekonomi lemah, lazimnya sokongan rakyat akan berkurangan. Sebab itu, sekali lagi Dr Mahathir melihat faktor ekonomi sebagai asas cadangan beliau supaya PRU Ke-13 diadakan sekarang. Sebagai ahli akademik, saya juga berasa demikian. Sebabnya, kemerosotan BN/UMNO pada PRU Ke-3 (1969), Ke-10 (1999) dan Ke-12 (2008), jelas memperlihatkan faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika itu sebagai faktor nombor satu, selain faktor bukan ekonomi dalam mempertimbangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Dengan ekonomi makin berkembang, Keluaran Kasar Negara (GNP) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat, dengan petanda gaji kakitangan swasta dan kerajaan akan naik, harga barang stabil, subsidi kekal dan pelbagai lagi petunjuk politik, maka kewajaran mengadakan PRU Ke-13 sekarang mungkin berasas. — Berita Minggu * Ahmad Atory Hussain ialah pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial, USM. | ||||||
| Bahaya Zionis; Mengasaskan Komunisme, Kapitalisme dan Sekularisme bagi Menakluki Dunia. Posted: 19 Jun 2010 07:29 PM PDT Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Zionis yang sedang berusaha untuk merobohkan Masjid al-Aqsa untuk medirikan atas tapaknya sebuah kuil 'haikal sulaiman'. (Gambar - Dr Syeikh Abu Ubadah, (kiri) wakil Hamas Palestine, memperkatakan sesuatu kepada Dato' Seri Tuan Guru) Menurutnya, Zionis Israel juga percaya, di bawah al-Aqsa terdapat keranda 'Tabut' yang boleh mereka gunakan untuk menakluk dunia. "Mereka (Zionis) berjuang mendirikan negara Israel Raya (Greater Israel), bukan sekadar palestin bahkan ditulis di pintu parlimen, sempadannya dari Mesir, hingga ke Furat, termasuk Madinah al-Munawarah, "mereka mahu mengembalikan kerajaan yang memerintah dunia sebagaimana 'Sulaiman' mengikut fahaman mereka, "mereka berjuang untuk merobohkan Masjid al-Aqsa untuk di dirikan atas tapaknya kuil haikal sulaiman, mereka percaya di bawah Masjid al-Aqsa ada 'tabut' yang digunakan mengalahkan musuhnya,"katanya ketika berucap di Majlis bersama wakil gerakan Islam Eiretrea dan Palestin, disini semalam. Zionis juga katanya, mereka sedang menunggu 'al-masih' bangsa Yahudi, yang akan memimpin mereka menakluki dunia. Menurutnya, fahaman Zionis bukan sahaja dianuti oleh Yahudi Israel, malah golongan Kristian Protestan Ortodox yang percaya, nabi Isa akan lahir lalu mengajak Yahudi masuk ugama Kristian dan kemudiannya mengalahkan orang islam Oleh itu, bagi menajkluk dunia, kata Ustaz Abdul Hadi, mereka merosakkan bangsa-bangs lain dengan menguasai bidang politik dan ekonomi. 'Mereka menubuhkan ajaran komunis, Kaapitalis dan sekularisma yang memisahkan politik dari ugama, semuanya diilhamkan oleh Zionis untuk mengancurkan manusia, "Karl Marx yang mengasaskan komunisme berbangsa Yahudi, Adam Smith pengasas kapitalisme adalah yahudi,"jelasnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Zionis turut menyebarkan dadah, menyebarkan penyakit sosial dan pergaulan bebas. "Mereka (Zionis) menyebarkan dadah, menyebarkan penyakit sosial, pergaulan bebas, bila manusia lain runtuh, bangsa Yahudi akan menguasai dunia,"tegasnya. | ||||||
| Shafie tak mahu PRU-13 awal, Hisham isytihar ‘perang’ Posted: 19 Jun 2010 07:27 PM PDT KUALA KRAI, 19 Jun – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mengadakan pilihan raya umum ke-13 lebih awal atau dalam masa terdekat ini. Beliau berkata Umno tidak melihat pilihan raya umum perlu diadakan lebih awal hanya kerana berdasarkan sokongan dan kepercayaan rakyat yang meningkat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurutnya, pilihan raya bukan semata-mata dilihat untuk memastikan kemenangan parti, tetapi banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti pentadbiran kerajaan dan penyusunan jentera parti. "Mungkin bagi parti pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa kerana mereka merasakan mereka boleh memang, tanpa memikirkan aspek lain yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Krai hari ini. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa dari sekarang. Bercakap kepada pemberita di Tumpat, Rabu lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau. Shafie berkata, kerajaan tidak akan melakukan sesuatu atas desakan mana-mana pihak, terutama parti pembangkang yang melihat cadangan itu untuk kepentingan parti mereka tanpa memikirkan lebih jauh dari itu. Menurutnya, sebagai parti pemerintah, Umno bersedia bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya kerana parti sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia. "Yang penting, kita perlu meneliti banyak perkara, bukan sekadar memastikan parti menang dalam pilihan raya, tetapi lebih jauh dari itu, iaitu memastikan pentadbiran negara dan pengusunan jentera kerajaan dan parti berjalan lancar." Mengenai daftar pemilih, beliau mengarahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) meningkatkan usaha mendaftar lebih 600,000 orang sebagai pemilih selepas gerakan pemutihan dalam parti dijalankan Umno baru-baru ini. Beliau yakin masih ada 60,000 anggota Umno, terutama golongan muda yang tidak dapat dikesan status mereka selepas gerakan pemutihan parti itu dijalankan. Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengisytiharkan "perang habis-habisan" terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN. Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang. "Kita kena buktikan Umno sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat," tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini hari ini. Beliau mahu supaya mereka tidak bersikap seperti katak bawah tempurung yang hanya memperjuangkan ruang litup mereka sahaja, sebaliknya mengambil kira orang di luar parti. Menurutnya tiada gunanya mereka jadi jaguh dalam parti tetapi masyarakat luar menolak perjuangan parti. Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, kekalahan calon-calon BN dalam pilihan raya umum lalu bukan kerana Umno lemah tetapi kerana masalah dalam parti sendiri. "Pembangkang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu hingga kita kehilangan empat buah negeri dalam pilihan raya umum lalu," katanya. Sehubungan itu, katanya Biro Politik Umno yang bermesyuarat dua hari lalu telah memutuskan akan menggerakkan program-program tertentu dan akan mula membuat pemantauan keberkesanan program berkenaan setiap minggu mulai sekarang. Perhubungan-perhubungan Umno negeri katanya akan diminta menghantar laporan setiap minggu terhadap aktiviti parti dan perlaksaan projek-projek kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang. Hishammuddin juga mengajak perwakilan Umno bahagian Bakri berikrar bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Bakri, Dewan-dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Bentayan yang jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum lepas. | ||||||
| MALAM INI SEJARAH NEGARA BANGSA AKAN DIRUNTUHKAN Posted: 19 Jun 2010 07:21 PM PDT INI DIA CONTOH JELAS KEGANASAN ZIONIS TEMPATAN ![]() DI JEMPUT UNTUK MENJADI SAKSI KEGANASAN DI HADAPAN MATA malam ini penjara pudu akan di musnahkan. datang beramai ramai dari jam 7.00 petang bawa lilin dan bunga tanda setia terhadap sejarah negara bangsa. lihat dan saksikan keganasan gerombolan meruntuhkan banguanan yang beratus tahun umurnya inilah yang di namakan zionis tempatan. bukan shaja bangunan bersejarah di runtuhkan di baitulmukdis bangunan bersejarah juga diruntuhkan di haddapan mata. saksikan nanti bagaimana cukong cukong bergembira diatas derain air mata sejarah bangsa! TT | ||||||
| Musa Hassan Diingat Perlu Perbetulkan Dirinya Dahulu Posted: 19 Jun 2010 07:20 PM PDT Anwar dingat tak campuri keselamatan negaraKetua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak campur tangan dalam urusan dan masalah keselamatan negara. Katanya, Anwar cuba memperlekeh usaha PDRM dalam mengawal dan menangani ancaman kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini dengan mendakwa kononnya ia merupakan cerita rekaan. Anwar pada sidang media di lobi Parlimen semalam menuduh kerajaan sengaja mereka cerita kewujudan gerakan JI yang menjadi ancaman besar terhadap negara untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul. Dalam pada itu, Musa berkata polis akan memberi taklimat khas kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil-wakil IPTA pada Selasa ini mengenai usaha membendung penyebaran anasir pengganas di institusi pengajian tinggi (IPT). Beliau berkata taklimat itu turut merangkumi usaha mengekang kegiatan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) merekrut penuntut IPT menyertai kumpulan itu. Diminta mengulas dakwaan adanya penglibatan tenaga pengajar IPT dalam JI, beliau berkata "Saya tidak boleh hendak beritahu apa-apa, biar kita siasat dahulu". Musa bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) Institut Pengajian Tinggi Awam 2010 di Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata PDRM memantau segala bentuk aktiviti di negara ini termasuk yang berkaitan dengan pelampau agama dan perkauman dengan dibantu rangkaian risikan. "Apa sahaja yang boleh menyebabkan keadaan keselamatan negara tergugat, kita akan siasat dan ambil tindakan sepatutnya, sebab itu kita juga pantau melalui risikan bagi mendapatkan maklumat sebelum terjadi sesuatu. "Kita juga sedang memantau jika ada lagi ancaman militan selain dari JI dalam negara ini...bagaimanapun saya tidak boleh beritahu semuanya," katanya kepada Bernama. Musa berkata sehingga kini, belum ada mana-mana tangkapan terbaru melibatkan aktiviti JI tersebut. - Bernama Ulasan GB Jika rakyat tidak dibenarkan campurtangan di dalam urusan keselamatan negara, maka rakyat sudah tidak perlu memberikan kerjasama dengan polis di dalam penyaluran apa-apa maklumat dan seumpamanya. Jika Musa Hassan begitu yakin bahawa anggota perisikannya terhebat dan sudah memadai untuk mengawal keselamatan negara perlu apa lagi kerjasama dari rakyat? Inilah padahnya negara mempunyai seorang KPN yang taraf akademiknya pun amat diragui. Laporan di bawah ini berkaitan.
Jika benar Musa Hassan menipu mengenai kelulusan akademiknya berarti wang gaji yang diterimanya selama ini tidak sah dan perlu dibayar semula kepada Perbendaharaan Negara. Selain itu ia adalah "wang haram" kerana gaji yang diperolehi adalah tidak bersih kerana terdapatnya unsur penipuan untuk membolehkan beliau menjawat jawatan KPN. Bagaimana seorang anak kepada seorang ustaz (Hassan Azahari) boleh memakan harta dengan cara yang tidak betul dan bersih? | ||||||
| Nazir: DEB gagal capai matlamat, perlu dikaji semula..ha..ha..adik najib pulak..!!! Posted: 19 Jun 2010 07:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Seri Nazir Razak, anak perdana menteri kedua berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana hilang tujuan untuk mencapai matlamat asal dan disalah guna oleh pihak tertentu. Adik kepada perdana menteri semasa itu berkata, kajian itu memandangkan dasar tersebut gagal mencapai matlamat asal untuk mencapai perpaduan. "Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia "Jadi, kita perlu menilai DEB dalam konteks dan keperluan semasa, keadaan ekonomi terbuka yang dipraktikkan di Malaysia serta mengambil kira persaingan sengit untuk meraih pelaburan di antara negara," kata beliau dalam temu bual dengan Mingguan Malaysian disiarkan hari ini. Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB ini menambah, ketika DEB dilancarkan empat dekad lalu, Allahyarham Tun Razak menekankan bahawa dasar itu bukan bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kaum tertentu tetapi ia adalah rangka untuk kemajuan dan perpaduan negara. "Pada jangka panjang DEB adalah mengenai perpaduan. Tetapi sekarang kita sudah hilang tumpuan mengenai matlamat asal untuk mencapai perpaduan yang dinyatakan dalam DEB. "Bagi pihak tertentu, DEB menjadi punca perpecahan kerana dasar ini disalah guna oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan," katanya. Berhubung soalan sama ada matlamat DEB masih relevan, Nazir memberitahu, bagi beliau matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan tetapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat membina dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif. Katanya ia sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu. Bagaimanapun kata beliau, untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif "kita tidak dapat lari daripada mengkaji semula cara DEB dilaksanakan." "Kita tahu atas nama DEB, saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera tetapi persoalannya siapa yang layak dan siapa yang meraih keuntungan? "Anda lihat pemberian AP, apa asas pemberian AP, siapa yang dapat, bagi saham, siapa yang dapat? "Saya lihat orang yang senang dapat, senang juga menjualkannya," kata Nazir. Jelas Nazir, semasa beliau menguruskan penyenaraian pada 1990-an, ada seorang usahawan yang digelar sebagai 'Lord of The Second Board'. "Tetapi kemahirannya ialah mendapat peruntukan daripada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri). "Sejauh mana ia membantu bumiputera dalam jangka panjang?" kata beliau. Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu menentukan dengan jelas masa yang diberikan untuk perlindungan kepada Bumiputera. "Bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30 peratus di kalangan bumiputera dan pada masa sama bersaing dalam 70 peratus yang disaingi oleh semua pihak. "DEB perlu adil dan untuk Melayu berjaya, Malaysia perlu berjaya sepenuhnya," kata beliau. Malah tegas beliau, semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut. "Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya. "Itu pandangan saya. Sebab itu, perlu mewujudkan tempoh masa untuk melaksanakannya kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia," katanya lagi. | ||||||
| Nik Aziz: ‘Walaupun MB tapi saya hanya tumpang rumah orang’ Posted: 19 Jun 2010 07:17 PM PDT Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berkongsi kepimpinannya sebagai Menteri Besar Kelantan yang genap dua dekad tahun ini. - Gambar Choo Choy May "Hidup seorang pejuang mesti ada senang, ada susah... tiada masa saya susah, senang campur susah susah campur senang, saya boleh bertahan," kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di Kota Baru baru-baru ini. Mursyidul Am PAS ini menambah, sebagai seorang Islam beliau yakin bahawa apa yang dibuatnya adalah betul. "Allah akan bagi restu kepada saya, dunia akhirat, ini kelebihan Islam," kata pemimpin berusia 79 tahun ini yang sejak dua tahun kebelakangan ini berhadapan siri kritikan termasuk berhubung isu pelantikan anak dan menantunya dalam jawatan agensi kerajaan negeri. Mereka termasuk Nik Abduh dan menantu Ariffahmi Abdul Rahman. Mengulas lanjut peringkat awal memimpin Kelantan, Nik Aziz berkata, beliau sudah tentu berhadapan dengan kesukaran jika memimpin tanpa ada pandungan dan pengalaman pemimpin lain sebelum itu. "Tetapi oleh kerana sebelum saya datang, sudah ada pemimpin, pemimpin yang saya maksudkan ini ialah Nabi Muhammad... Nabi Muhammad adalah pemimpin yang dilantik oleh Allah sendiri," katanya. "Kesusahan yang menimpa saya dalam memimpin ini, 101 (peratus sedikit) berbanding dengan Nabi Muhammad, terlalu sikit kerana segala usaha penentangan yang dibuat oleh manusia kepada Nabi, orang yang sama... oleh yang demikian, saya hanya tiru, tiru, tiru ajaran Nabi Muhammad. "Perkara yang pertama Nabi Muhammad atasi ialah pemikiran manusia, bukannya jalan. Kalau Nabi Muhammad tak ada pun manusia akan buat jalan, saya pergi ke China tiga, empat kali, saya pergi ke London serupa sahaja. "Sedangkan China komunis, dan Amerika ini demokrasi, orang ini berperang bukan... tapi dari segi jalan serupa sahaja, fizikal serupa, yang penting ialah pemikiran. Nabi Muhammad bawa Islam supaya manusia tumpu pada Allah," katanya lagi. Dalam temu bual yang turut diselitkan dengan misalan-misalan prinsip agama, Nik Aziz menambah, oleh yang demikian manusia tidak boleh pandai-pandai bertindak. "Tak boleh pandai-pandai di atas bumi yang ditumpang ini. Macam saya, walaupun saya menteri besar, kalau saya pergi kampung saya tak boleh masuk dapur. "Saya menteri besar pun saya menumpang rumah orang," kata beliau. yang meluangkan setiap Jumaat untuk kuliah pagi di Dataran Ilmu, Kota Baru. Menggambarkan lagi perjalanan kepimpinananya, Nik Aziz memberitahu, Melayu Umno menggunakan dendam dan kekerasan dalam menghadapi perjuangan PAS. "Alhamdulillah... dulu dalam 50 tahun dulu, masa mula-mula PAS terima (ditubuhkan) dulu, Oh! bukan sahaja Umno-Melayu ini lawan saya, sampai tok guru agama pun ditangkap ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) oleh Umno, tok guru-tok guru banyak kena ISA kerana Umno tidak boleh jawab. "Bila kita soal orang, bila dia tidak boleh jawab, dia (akan) guna kuasa, manusia akan guna kuasa selagi dia tidak boleh jawab... macam sekatan jalan, polis buat sekatan jalan, (dan tanya) ada lesen? "Kalau boleh jawab kita jawab, (misalnya) baru sekejab tadi lesen jatuh dari poket saya, kita boleh jawab. Tapi bila lesen tak ada, pemandu ini guna kuasa dia melarikan diri atau dia merempuh polis. "Bila dia merempuh polis, bila kita tak boleh hujah kita menggunakan kekuasaan, manusia begitu," katanya sambil menambah, "begitu juga dengan PAS dan Umno." Nik Aziz mempertahankan partinya dengan berkata, PAS berada di jalan yang sebenar sejak ditubuhkan enam dekad lalu. "Umno tak boleh jawab, maka dia guna ISA untuk mendiamkan, mematikan pemikiran rakyat sendiri," kata Nik Aziz yang salah seorang anak lelakinya turut ditahan di bawah ISA ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. "Ini dendam yang dibuat oleh Melayu-Umno terhadap perjuangan PAS. Anak saya kena ditangkap ISA, tak tahu apa sebab, banyak (lagi) guru-guru agama," kata Nik Aziz lagi. Nik Adli ditahan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia "Tetapi saya dah tahu dari awal-awal lagi, lawan Umno ini bukan sebarangan orang, Umno ini ada kuasa," katanya sekali lagi merujuk kepada pengalaman Nabi Muhammad yang terpaksa meninggalkan Mekah untuk ke Madinah "oleh kerana jahatnya bapa saudara." "Jadi saya tahu, bila saya lawan Umno saya tahu benda ini, sedih, sedih lah tapi kita ada Tuhan, kita berdoa," katanya. Nik Aziz seterusnya menjelaskan bahawa beliau berpegang pada prinsip semua orang akan mati satu hati nanti. "Mu (kamu) akan mati aku (saya) akan mati, dia akan mati, mati dah banyak dah... ketua-ketua polis yang kacau itu dah mati habis dah. "Sebab itu kata saya tadi, walaupun tugas saya berat untuk melawan Umno, tapi saya ada contoh untuk tiru sebelum saya datang iaitu Nabi Muhammad, ada senang ada susah," kata beliau dengan menambah oleh kerana Umno dari awal-awal lagi sudah menolak Islam dengan menggunakan kebangsaan Melayu, maka tiada contoh kepimpinan untuk mereka jadikan sebagai teladan. "Dia buat salah, tak erti dosa, sekarang alhamdulillah bukan sahaja Melayu Umno sokong PAS, malah Cina, India... dia sokong dengan adanya Kelab Penyokong PAS, bukan Kelab Penyokong Umno. "Dia tahu PAS tidak ada apa-apa, tapi ada kebenaran, manusia boleh hidup dengan kebenaran, hati senang," katanya lagi. Ketika ditanya sama ada gembira dengan pencapaian sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menambah: "Alhamdulillah... saya walau bagaimanapun gembira. Pertama, saya berada di landasan yang betul, ini perkara pokok." "Soal orang hendak sokong, orang tidak mahu sokong, itu masalah orang. Saya gembira kerana saya berada di landasan yang betul iaitu Islam. "Islam datang daripada Allah, bukan daripada Nabi Muhammad, bukan dari PAS tidak," katanya. Mengenai kritikan terhadap kepimpinannya, Nik Aziz berkata, isu yang paling banyak dilontarkan oleh Umno ialah tiadanya pembangunan. "Tetapi sekarang ini dia sendiri boleh tengok pembangunan. Berbanding dengan 10 tahun dahulu sekarang pembangunan banyak (dapat dilihat di Kelantan). Susah Umno sekarang, susah Umno apabila melihat pembangunan di Kelantan dan di Kota Baru. "Dulu dia kritik tiada pembangunan, sekarang ada pembangunan, baru-baru (kami) menandatangani perjanjian pembangunan Bandar Baru Tunjong," kata Nik Aziz yang merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjong. Bandar yang meliputi kawasan seluas 800 hektar itu terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kota Baru dan mula diusahakan pada Februari 2006. Beliau juga menjelaskan, isu pelantikan Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. "Saya melantik menantu saya di depan penasihat undang-undang dalam mesyuarat penuh, depan setiausaha kerajaan negeri, dia tak kata apa-apa, dia senyap... dia tak kata apa-apa, diam. "Dalam Islam diam itu tanda bersetuju... tak salah saya, dia diam, tiada bantahan. Sekarang saya minta dia keluar (berhenti)," katanya lagi. | ||||||
| Awas !! kaligrafi menyerupai ayat Al Quran...tapi ia kitab injil... Posted: 19 Jun 2010 09:41 AM PDT | ||||||
| Posted: 19 Jun 2010 09:35 AM PDT "Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri. "Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya. "Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010). 1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya. 2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti. 3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih. 5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar. 6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah. 7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus. 8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus. 9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. 10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan. 11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar. 12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran. Dr. Mahathir Mohamad | ||||||
| 10 Nama Cadangan untuk kucing Parsi Najib ! Posted: 19 Jun 2010 08:27 AM PDT by MB Warrior Ini semua strategic communication APCO la.... Jangan nak tipu rakyat la woii.... kah kah kah Aku tak kesah Najib nak bela kucing , aku pun ada kucing. Tapi untuk seorang Perdana Menteri masuk dalam akhbar Utusan Malaysia mintak cadangan nama kucing ini semua kerja komunikasi APCO nih.. kah kah kah kah Najib beli kucing Parsi ni di Kempen Beli barang Buatan Malaysia ! Ironi ? Kempen - beli barang Malaysia , Kucing - Kucing Parsi . Sukar akal aku nak mencerna.Takpa la , memang rakyat marhaen ini selalu diperbodoh pun oleh Najib selama ni. Apa yang nak hairan. Ni semua kerja-kerja Yahudi APCO untuk mengalih persepsi rakyat Malaysia dari masalah dan skandal sebenar Najib.Ini juga strategi yang diguna pakai oleh Obama sebaik masuk ke White House.Berbeza dengan Obama , Najib punya palitan skandal dah melekat penuh ! Ini ilmu dalam mass communication ni. kah kah kah kah Aku akan rungkai setiap gerak geri puak Yahudi APCO yang berselindung di sebalik Putrajaya nih , jahanam-jahanam ni penuh dengan tipu muslihat dan diversion untuk mengalih dari isu sebenar. Ini memang kerja Yahudi dari zaman Musa a.s lagi. Aku bersumpah sebagai anak Melayu demi pertahan agama , bangsa dan negara akan dedahkan gerak geri Yahudi APCO meraih simpati rakyat demi memadamkan kebenaran dan masalah sebenar rakyat ! Yang hak itu akan terserlah jua akhirnya. Ini kerja-kerja APCO jahanam ni. Memang nampak lucu , Najib tanya nama kucing parsi dia pada rakyat ! Tapi ini membawa kepada perubahan persepsi yang efektif . Terma nya adalah 'diversion from the real issue'. Aku pun macam orang gila menulis. Tapi inilah hakikat komunikasi halus juak Yahudi APCO. Ini Obama dan anjingnya 'Bo'. Dalam kemelut perang anjuran Amerika di Afghanistan yang mendapat tentangan dari pelbagai pehak di Amerika dan dunia , muncullah 'Bo' di Washington. Bo ini anjing peliharaan Obama , dan semua strategist nya menyebarkan gambar Obama dan Bo dalam kempen propaganda untuk 'diversion'. Ini supaya Obama dilihat ciri penyayang dan 'humane' dan menarik 'empathy' rakyat Amerika. Ini kerana kematian askar Amerika di Afghanistan meningkat setiap hari , Obama perlukan satu propaganda untuk menunjukkan yang dia ni 'humane' . Juga sebagai senjata 'diversion' dari perang anjuran Amerika di Afghanistan yang membunuh ribuan rakyat Afghanistan !!! Aku namakan anjing ini sebagai 'Pashtun' !!! Maka sebagai rakyat Malaysia yang cintakan binatang peliharaan ; Ini 10 nama cadangan untuk kucing Najib yang patut rakyat Malaysia berikan ; 1."Altantuya" 2."APCO" 3."Vincent" 4."Perimekar" 5."PKFZ" 6."Darby" (Sime) 7." L & M " (Blok) 8."Scorpene" 9."Eurocopter" 10. " Ezam " , " Zul Nordin " , " Zahrain Tua Kutuk " , "Choo Keong" KAH KAH KAH yang no 10 ni persaingan sengit , tak kesahlah mana-mana KAH KAH KAH PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!! RAKYAT SELAMAT !!! PANGKAH BARISAN NASIONAL !!! NAMA KUCING JADI ISU NASIONAL !!! KAH KAH KAH KAH KAH | ||||||
| Pasti ada sebab Karpal mahu pilihanraya kecil di Parlimen Batu... Posted: 19 Jun 2010 08:24 AM PDT Jika tidak kerana Karpal Singh membangkitkan bahawa Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis, banyak pihak sudah melupakan kemungkinan adanya pilihanraya kecil terbaru selepas Sibu, Mei lalu. Sekaligus, timbul persoalan apakah motif Pengerusi DAP itu menyatakan kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada PRU ke 12 dahulu perlu diisytiharkan kosong sedangkan pembangkang pastinya tidak mahu lagi kekurangan kerusi selepas lima ahli parlimen PKR keluar parti. Karpal membangkitkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika disabitkan mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan. Mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari. Karpal yang juga seorang peguam merujuk kes pada 1975, apabila Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng, terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan. Bagaimanapun, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha yang mendengar rayuan Tian Chua pada Khamis mengurangkan hukuman terhadap pemimpin PKR itu atas alasan tidak mahu pilihanraya kecil mencetuskan beberapa persoalan. Bukan berniat menghina mahkamah tetapi ada pihak berpendapat jika timbul situasi yang tiada kepastian, hanya Speaker Dewan Rakyat berhak menentukan putusan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya setelah penyandangnya disabitkan kesalahan dan denda oleh mahkamah. Hal sama juga ditegaskan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana perkara itu termaktub dalam Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi parlimen berkenaan. "Perkara 53 (1) menyebut jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad,". Kini, SPR menunggu notifikasi atau pemakluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya. Bagaimanapun, dengan mengenepikan perkara itu, persoalan yang berbangkitkan kini kenapa Karpal Singh seolah-olah tidak sependapat dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut dan melihat perlunya ada pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Memang sebelum ini Tian Chua pernah menyatakan tidak akan merayu jika Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan di buat Mahkamah Majistret sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000. Bermakna, beliau sendiri mahu melepaskan kerusi itu dan mahu pilihanraya kecil diadakan. Ini juga menjadi teka teki. Namun, Agendadaily difahamkan, pembangkang khususnya PKR dan DAP mempunyai percaturan menarik dalam menentukan kerusi Parlimen Batu. Pilihanraya kecil jika diadakan kelak dianggap dapat meneruskan momentum pakatan rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan perbicaraan kes dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain kes tersebut, Anwat juga sedang berdepan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu Apco Worldwide yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan hukuman gantung menghadiri sidang Dewan jika didapati bersalah. Justru itu, Ketua Pembangkang tersebut perlukan 'platform' supaya kedua-dua kes itu di bawa 'ke mahkamah rakyat' untuk beliau meraih simpati dan dapat menegakkan benang basah. Dalam pada itu, ada juga maklumat kononnya pilihanraya kecil di Parlimen Batu kelak bagi membolehkan Datuk Zaid Ibrahim dicalonkan selepas tewas di Hulu Selangor, akhir April lalu. Idea meletakkan Zaid khabarnya turut disokong DAP yang melihat politik bekas menteri kerajaan Barisan Nasional itu .ngam' dengan idealogi parti itu. Agendadaily dimaklumkan, jika Zaid menang, kedudukannya dalam PKR lebih terjamin malah ada kemungkinan beliau akan menggantikan Anwar menerajui parti itu jika mantan timbalan perdana menteri itu didapati bersalah dalam kes liwatnya. Walaupun ada pihak melihat Azmin Ali lebih berpengaruh dan layak, namun Naib Presiden PKR itu dicadangkan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Andai semua percaturan ini benar, maka tidak hairanlah Karpal Singh bersuara menyatakan Tian Chua hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen Batu dan perlu ada pilihanraya di kawasan itu. | ||||||
| Posted: 19 Jun 2010 08:13 AM PDT
| ||||||
| Isu Parlimen Batu macam Bola Piala Dunia pulak Posted: 19 Jun 2010 08:08 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil. Semalam pulak dilaporkan:Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin.Tau la sekarang ni tengah demam Piala Dunia tapi tak payah la isu kerusi perlimen Batu ni pun depa nak buat macam bola, Parlimen tendang kepada SPR, SPR pulak tendang balik kepada Parlimen. Di pihak hakim pulak katanya dah bagitau yang keputusan tu sangat jelas. Denda yang dikenakan adalah RM2,000. Memang tak berapa kena kalau nak tanya hakim tu macamana dengan status Tian Chua sebagai ahli parlimen, lucut atau tak. Pasainya, hakim tu bicara untuk kes Tian Chua gigit telinga polis, bukan ada kena mengena dengan parlimen Batu. Kalau nak mahkamah buat keputusan berkenaan status pahli parlimen Batu tu, nak kena bicara lain pulak laa, khas untuk isu tu. Aku rasanya, buat masa ni sapa pun tak berani 'sepak bola' tu tala ke gol. Pasainya sampai saat ni 'kepten' pasukan takdak kata apa lagi. Memang kalau ikut cara main bola biasa, penjaga gol pun nak kalau boleh cuba jaringkan tapi masalahnya team ni team yang dah kena rasuah. Yang deal rasuah tu kepten pasukan. Pemain lain mana berani pandai-pandai buat jaringan, kalau silap masuk gol, mampuih depa kena belasah dengan kepten merangkap pengurus pasukan. Silap-silap lain kali tak boleh main dah. | ||||||
| PKR: Melakar Langkah Maju Ke Hadapan Posted: 19 Jun 2010 07:51 AM PDT Oleh Stephanie Sta Maria PETALING JAYA: PAS baru sahaja selesai menjayakan Muktamar Tahunannya ke 56 manakala DAP pula baru-baru ini meraikan kejayaannya pada pilihan raya kecil parlimen Sibu. Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula masih menepis serangan bekas ahli-ahlinya dan dianggap komponen paling lemah dalam Pakatan Rakyat. Sedemikian, pemilihan parti Disember ini membuka peluang terbaik tetapi terakhir buat PKR melakarkan usaha pengukuhan semula parti menjelang pilihan raya umum akan datang. Bagi mendapatkan gambaran corak lakaran persiapan parti langkah maju ke hadapan, Free Malaysia Today menemubual salah seorang pemimpinnya yang 'vocal', Datuk Zaid Ibrahim. Sebagai salah seorang ahli majlis pimpinan tertinggi parti, Zaid secara konsisten menyuarakan cadangannya ke arah membina semula parti dan kekuatan pucuk pimpinan parti. Khusus untuk wawancara ini, beliau bagaimanapun, menjelaskan bahawa beliau bukan bercakap bagi pihak parti tetapi beliau memberi pandangan berasaskan pemerhatiannya dalam tempuh setahun lalu. "Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem PKR hingga melemahkan gagasan Pakatan Rakyat," katanya, dan menambah, "salah satunya ialah jawatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai pemimpin 'de facto'." Beliau sepatutnya menjadi presiden parti untuk menggerakkan transformasi yang kita sebut-sebut. Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR sekarang ini merupakan seorang wanita yang baik tetapi beliau bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata yang sebenarnya. Zaid menerangkan bahawa peranan Anwar sebagai presiden akan membawa beberapa perubahan berlaku, dari jenis kepimpinan yang beliau mahu dan kepada apakah isu-isu yang harus diberi keutamaan. Menurut beliau, perubahan-perubahan yang perlu dibawa adalah tersangat penting dan seharusnya menjadi fokus PKR untuk masa depan. Apakah bentuk kepemimpinan? "PKR harus menjelaskan apakah bentuk kepemimpinan yang ia mahu, kemudian memilih mereka yang dapat memenuhi ruang struktur dan organisasi sejajar dengan bentuk kepemimpinan itu. "Buat masa ini, terdapat kekurangan pemimpin parti yang kuat di peringkat akar umbi. Kualiti organisasi banyak bergantung kepada perkara ini," katanya. "PKR perlu mengenal pasti mereka yang memiliki semangat reformasi dan percaya dengan demokrasi dan nilai murni kerajaan yang lebih baik. Inilah prinsip teras parti." Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat itu menerangkan bahawa setiap perjuangan mestilah mengandungi keyakinan yang mendalam, yang bermakna, tertanam kukuh dilubuk hati dan tidak boleh kekal dengan hanya bersandarkan keyakinan yang tidak boleh dirasai atau peristiwa masa lampau. "Kita mesti menaruh harapan bahawa kita sedang maju ke hadapan. Jika anda mahu menyemarakkan kembali semangat itu, maka kita perlu ada pemimpin yang berkeliber di peringkat negeri bagi membina jaringan yang penting buat sesebuah organisasi. Proses ini hendaklah bermula sekarang ini sebelum semangat perjuangan kembali pudar. Bukannya susah sangat tapi kita hendaklah memulakannya. Zaid juga menimbulkan kelebihan mengamalkan sistem demokrasi dalam parti, terutama apabila melibatkan pemilihan calon dan mencadangkan supaya pemilihan itu dibuat di peringkat akar umbi dan bukan oleh kepemimpinan pusat. "PKR adalah parti reformasi akar umbi maka kita perlu digerakkan oleh ahli akar umbi. Perlembagaan kita sekarang ini menyebut bahawa pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dipilih oleh pucuk pimpinan parti, sama seperti stail Umno. Jika pemimpin negeri dipilih oleh ahli di peringkat akar umbi maka terdapat unsur berhemah dan kebertanggungjawaban. Apabila anda bertanggungjawab untuk membuat keputusan, maka anda cenderung untuk memastikan keputusan itu berjalan lebih baik dan anda tidak menyalahkan orang lain apabila gagal. "PKR masih merupakan sebuah parti yang memberi arahan dari atas dan saya fikir ini perlu ditukar," ujar beliau Parti perlu pemimpin karismatik Zaid berkata ukuran kejayaan baginya ialah apabila tiba masanya para penyokong parti mengambil inisiatf untuk berusaha sendiri untuk melaksanakan sesuatu perkara. Sungguhpun beliau mengakui bahawa parti memerlukan pemimpin yang karismatik, bekerja keras untuk parti, tetapi beliau juga berkata, kekuatan ahli akar umbi dan ahli-ahli yang lebih berkualiti akan membawa PKR lebih jauh. "Anwar masih memegang kepimpinan PKR tetapi kita tidak boleh bergantung kepada beliau seorang. PKR sendiri harus menjadi kuat jika kita mahu dua parti lagi (DAP dan PAS) menghormati dan bekerja bersama kita. Apabila ditanya mengenai ketidaktentuan orang ramai berikutan tindakan keluar parti beramai-ramai, Zaid menyelar perbuatan itu dan memberi amaran bahawa lanskap politik baru di negara ini tidak mempunyai tempat untuk kejadian seumpama ini. "Ia satu tindakan yang ganas dan membeli kuasa," katanya. "Tetapi sekiranya kita mempunyai sekumpulan pemimpin yang lebih komited, perkara sebegini tidak mudah berlaku. Ada insentif, ada lompat parti PAS telah lulus ujian ini dengan baik sekali. Berkemungkinan mereka telah dilatih dan bersedia untuk menerima bentuk serangan seperti ini, manakala PKR pula belum bersedia." "Selagi masih ada insentif, akan ada yang lompat parti. Keadaan ini telah mendedahkan kerapuhan kita dan perlunya komitmen untuk mendapatkan orang yang betul. "Kita memerlukan mereka yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan mereka yang berdedikasi. Kita tidak boleh meletakkan calon-calon hanya kerana mereka mendapat kerlipan cahaya dari media. "Ramai ahli-ahli politik mendapatkan liputan berita dengan tujuan yang salah dan kita fikir mereka ini popular tetapi sebenarnya tidak. Ibrahim Ali sebagai contoh. Kita mesti memilih orang yang konsisten dengan perjuangan dan percaya dengan perjuangan kita. Kerapuhan parti kata Zaid, membuat pilihan raya parti menjadi penting supaya dapat ditadbir dengan baik dari segi memberi kuasa kepada para pemimpin yang dipilih. Ini menyerupai amaran keras kepada ahli-ahli politik di peringkat negeri dan mengingatkan supaya mereka bersikap realistik mengenai cita-cita politik mereka. "Beberapa pemimpin di peringkat negeri telah menimbulkan masalah kepada parti sejak dua tahun yang lampau tetapi tidak dapat disinggirkan tanpa bantuan daripada pucuk pimpinan. Oleh itu pucuk pimpinan harus mengalah dan memperakui ahli yang lebih positif. "Kita juga mesti lebih realistik tentang cita-cita politik dengan mengadunkan apa yang kita ada dengan apa yang kita mahu. PKR mahu memerintah negara ini tetapi persoalannya adakah kita mampu? Jika kita tidak, maka kita perlu realistik supaya kita tidak hilang kesemuanya. "Jika kita mampu, maka kita mestilah meletakkan orang yang sesuai pada tempat yang sesuai dan beri mereka kuasa untuk menjalankan tugas mereka. Sebagai contoh, Chua Jui Meng merupakan seorang ahli politik veteran dan sepatutnya menjadi pemimpin di Johor. Jika beliau menjadi pemimpin, beliau hendaklah diberi kuasa sepenuhnya untuk menyelamatkan Johor. Inilah apa yang saya maksudkan "mengurus dengan baik." Mengenai Pakatan Rakyat, Zaid berkata, ia berfungsi seperti parti politik tetapi belum lagi berfungsi sebagai sebuah kerajaan. "Ketiga-tiga parti ini menjadi semakin rapat tetapi agak berbeza cara mengendalikan kerajaan (negeri) masing-masing. Pakatan Rakyat mesti bergerak sebagai satu unit dalam menyelaraskan dasar-dasar di peringkat kerajaan negeri. "Hanya dengan cara ini, kita dapat mencipta momentum dan bergerak maju ke hadapan," ujar beliau sebagai mengakhiri wawancara. | ||||||
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.