Sabtu, 19 Jun 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


'Nation with no consequences'

Posted: 19 Jun 2010 03:55 PM PDT

Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah has spoken out again against corruption, almost synonymous with Malaysian politics and his own party Umno.

He also raised eyebrows when offering insight into how cash changed hands - a dreary look into the inner workings of a political party and the corrupt.

"No domain seems safe. Some say that the humble school canteen is the domain of party branch chiefs.

"The golf course becomes a favoured way to pass the cash over. We can place bets for RM5,000 a hole. For some reason, one party keeps losing. And there are 18 holes. Money thus obtained is legal. It can be banked (in)," he said.

When giving his speech to launch former Anti-Corruption Agency (ACA) chief Shafee Yahaya's memoirs, Razaleigh (left) also recounted his days back when he was finance minister.

He told the audience of 300 - mainly retired civil servants - of the government's past fascination with the Exocet missile, which comes at a price tag of RM2 million a piece.

"As minister, I had to sign each time the military fired an Exocet missile for testing. Every time we test-fired one of them, RM2 million literally went out with a bang.

"When the UK went to war against Argentina, the UK government tried to borrow them from us because outside of the UK, we had the most of them in the world. We must have been under some extraordinary military threat which I did not understand," he quipped.

'Nation with no consequences'

The Kelantan prince, fondly known as 'Ku Li' also said that corruption is the real reason why political parties refuse to reform.

"And government servants have to face pressure from politicians who expect to be given these contracts because they need money for politics. This corruption is justified because the party's struggle is sacred. The civil servants can either join the game, or be bypassed," he said.

He also spoke of beefing up the legislation to combat corruption, calling for an array of laws including one to regulate donations to political parties and to repeal the Official Secrets Act so that the rakyat can speak up without fear.

"Another idea is that we should freeze the bank accounts of people who are being investigated for corruption... This may sound harsh, but only because we live in a country in which almost no one ever gets nabbed for corruption. In China, those found guilty are shot," he said.

Calling the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) one that has produced no results, he said that they may end up a mere public relation exercise, as they just take bits and pieces of Hong Kong's widely successful Independent Commission Against Corruption instead of adopting the model wholesale.

"In Malaysia, we read about MACC investigating this and that, but there are no convictions. No one has (ever) been punished. We are a nation with no consequences," he said.

The book 'The Shafee Yahaya's Story: Estate Boy to ACA Chief' is a memoir describing his meteoric rise as a graft czar, penned by his wife, Kalsom Taib.

Shafee was most famously known after testifying in the High Court 10 years ago that he had found wads of cash in former Economic Planning Unit head Ali Abdul Hassan's drawer when the ACA (Anti-Corruption Agency) raided his home back in 1998.

He told the court that then prime minister Dr Mahathir Mohamad had ordered him to close the file on the ACA investigation.

C4 Tuya nama popular anak kucing Najib!!

Posted: 19 Jun 2010 04:56 AM PDT

Lebih 80% pembaca blog ini yang turut serta dalam poll untuk menentukan nama anak kucing parsi Najib, telah memilih nama C4 Tuya.

PM wants public to name kitten

Dua nama lain yang diminati ialah Jibbon atau Jebon dan Bik Fat Cat.

Tuan2 masih ada masa 6 hari lagi untuk menolong PM kita menamakan anak kucing beliau.

Jika terpilih, miker semua mintalah hadiah dari Najib terus dari Seri Perdana. Khabonye Felda telah bersetuju untuk sponsor hadiah pertama...iaitu melancong ke Paris....of course without Big Mama to accompany the winner. He he...

MASJID-MASJID PATUT ANJURKAN MAJLIS KULIAH MAGHRIB DAN SUBUH UNTUK KHUSRIN.

Posted: 19 Jun 2010 12:32 AM PDT

Kita nak tengok juga macam mana orang-orang yang berautoriti dalam agama menyampaikan kuliah agama masing-masing. Datuk Khusrin janganlah membebel saja.

Kalau boleh, lepas menyampaikan kuliah terus sahaja beliau mengimamkan solat Isya' berjemaah.

Tentulah isu berpolitik di dalam masjid, mengajar ajaran sesat di dalam masjid dan macam-macam lagi perkara yang buruk yang tidak terkawal sekarang ini dapat dibendung dan dihapuskan terus.

Berita yang berkaitan di bawah....

Nazir Masjid Perlu Patuhi Arahan Tidak Jemput Penceramah Tak Bertauliah

SEPANG: Semua nazir masjid perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar tidak menjemput mana-mana penceramah tidak bertauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Mengulas lanjut, beliau berkata Nazir masjid juga perlu memastikan bahawa penceramah yang diundang itu tidak menyalahgunakan tauliah diberikan dengan menyampaikan isu tidak sepatutnya dibangkitkan di dalam masjid.

"Walaupun pelbagai arahan telah diberikan melalui notis-notis pemberitahuan yang dipaparkan di semua masjid dan surau, masih terdapat nazir dan ahli jawatankuasa masjid tidak mengendahkan arahan serta notis ini.

"Semua pihak seharusnya menghormati dan mematuhi arahan ini, dan tidak sepatutnya mempertikaikan pelaksanaan undang-undang itu termasuklah sesetengah wakil rakyat kerajaan negeri sendiri," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Masjid Sungai Merab yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Mohammed Khusrin berkata semua pihak perlu memberi kerjasama kepada usaha MAIS dan JAIS untuk menjadikan masjid di Selangor bebas daripada aktiviti ceramah yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat Islam. - BERNAMA

Sebebenonye, yang minoriti la ni UMNO.

Posted: 18 Jun 2010 11:53 PM PDT

Mamak Kerala lagilah minoriti kat Malaysia ni....Ini bukan assobiyah...ini kenyataan.

Kalau semua orang melayu bersatu di bawah PAS dan PKR, apa masalahnya. Kalau 20% orang melayu nak masuk DAPpun apa salahnya?? Lagilah kuat melayu. Itu kalau cakap pasal melayulah yob....

Tapi kalu cakap pasal Islam tak de le nak berkira sangat pasal bangsa-bangsa ni.

Cina kalu masuk Islam lagi bagus. Kuat kerja. Tekun. Pandai bisnes. Apa ada hal??

Dr M: 'Jumlah orang Melayu tak penting tapi kuasa'

June 19, 2010KUALA LUMPUR, 19 Jun — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaannya bahawa orang Melayu berisiko menjadi minoriti buat kali ketiga minggu ini dengan menegaskan, "bukan jumlah yang besar yang penting, tetapi keupayaan pasukan."

Dr Mahathir mengulangi bahawa secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu kerana permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah.

"Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya satu pertiga daripada 60 peratus iaitu hanya 20 peratus," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Ke Mana Melayu 2".

Dr Mahathir menambah ia akan menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik sebagai puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warganegara berjumlah 60 peratus.

"Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

"Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan," kata bekas presiden Umno ini.

Beliau menambah, tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar.

"Di kalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

"Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran," katanya.

Dr Mahathir memberikan pandangan terbaru ini sebagai mengulas kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya bahawa "sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri."

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," kata Azmi.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.

"Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya.

Pada hari pandangan itu dikeluarkan, Dr Mahathir mengulangi risiko orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini menerusi tulisan blognya bertajuk "Ke Mana Melayu".

Beliau melahirkan pandangan itu ketika berucap pada majlis anjuran Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.

Dengan kenyataan dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata beliau akui yang pemikirannya "belum matang seperti yang didakwa oleh Dr Azmi."

"Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan, jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti," katanya.Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Bagaimanapun kata beliau, orang Melayu sekarang berpecah tiga menyebabkan setiap puak atau parti hanya mempunyai sokongan 20 peratus.

"Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih," katanya.

"Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihan raya menunjukkan lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

"Yang baki 30 peratus terbahagi antara Umno dan PKR dengan Umno mungkin mendapat bahagian yang terbesar," kata beliau.

Beliau mengulangi bahawa dilihat dari segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk iaitu kurang daripada majoriti.

"Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.