Khamis, 3 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar-Gambar Solat Hajat Perdana Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 03 Jun 2010 09:43 AM PDT

Muslims perform a special prayer in support of Palestinians to protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council.

Muslims perform a special prayer in support of Palestinians to protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council.

Malaysian Muslims offer prayers during a special prayer for the victims of Israel's deadly raid on aid ships bound for Gaza in Shah Alam, outside Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, June 3, 2010. Israel's army has been using confiscated videos to justify its deadly raid against a Gaza-bound aid flotilla, and the Foreign Press Association wants it to stop.

Malaysian Muslims offer prayers during a special prayer for the victims of Israel's deadly raid on aid ships bound for Gaza in Shah Alam, outside Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, June 3, 2010. Israel's army has been using confiscated videos to justify its deadly raid against a Gaza-bound aid flotilla, and the Foreign Press Association wants it to stop.

A young Muslim girl wears a Palestinian scarf as she performs a special prayer in support of Palestinians to protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council.

A Muslim woman cries as she reads a prayer during a gathering in support of Palestinians to protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council.

Muslims wear headbands in support of Palestinians during a special mass prayer to protest against the Israeli storming of a Gaza-bound aid flotilla, in Shah Alam outside Kuala Lumpur June 3, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council.






Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Esok Rakyat Kelantan Jangan Lupa Datang Himpunan Membantah Kekejaman Zionis!

Posted: 03 Jun 2010 08:30 AM PDT

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2010/06/11.jpg?w=500&h=764


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Saman Ibrahim Ali Kosong Dan Sia-Sia

Posted: 03 Jun 2010 08:00 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 3 Jun - Tindakan saman RM2 juta yang dilakukan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan akhbar Suara Keadilan dianggap sebagai saman kosong dan usaha sia-sia sahaja.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ketika dihubungi oleh Suara Keadilan memberitahu tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali itu umpama saman kosong sahaja dan tidak boleh diambil tindakan.

"Sehingga sekarang saya belum lagi menerima saman yang dikemukan oleh Ibrahim Ali itu, tetapi apa yang ingin saya nyatakan adalah setiap apa yang diperkatakan oleh anngota parlimen di dalam Dewan Rakyat mempunyai imuniti tersendiri dan tidak boleh dibawa ke mahkamah, jadi perkara yang dilakukan oleh Ibrahim umpama saman kosong dan sia-sia.

"Bila perkara yang berlaku di dalam dewan di bawa ke mahkamah maka perkara tersebut akan dibatalkan terus oleh mahkamah setelah Saifuddin membuat permohonan.

"Saya yakin dengan Saifuddin setiap apa yang beliau hujahkan itu mempunyai bukti dan yakin dengan kebolehannya. Beliau akan mempertahankan setiap apa diperkatakan olehnya," katanya yang juga merupakan peguam kepada Saifuddin berhubung kes saman Ibrahim.

Beliau juga memberitahu disebabkan belum menerima apa-apa dokumen saman yang telah dikemukakan oleh Ibrahim, beliau tidak dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut.

"Saya tidak dapat berikan komen dengan terperinci sebab sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa dokumen saman, setelah saya meneliti segala isi kandungan dalam saman tersebut baru kita boleh tahu bentuk tindakan yang boleh kita ambil.

"Mengenai saman terhadap akhbar Suara Keadilan tidak ada apa alasan yang kukuh dapat Ibrahim kemukakan kerana Suara Keadilan hanya mengeluarkan berita melalui hujahan yang di lakukan oleh Saifuddin di dalam dewan bukannya dil uar," sambungnya lagi.

Sebelum itu Ibrahim telah mengemukakan saman RM2 Juta terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu kerana didakwa memfitnah beliau dengan membabitkan beliau dengan perniagaan perjudian Tan Sri Vincent Tan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Mac lalu.

Ibrahim juga mahu mengemukakan saman tehadap lidah rasmi KEADILAN atas alasan yang sama.

Sehingga sekarang Saifuddin dan juga akhbar Suara Keadilan belum menerima dokumen saman yang dikemukan oleh Ibrahim


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Esok Saya Akan Datang Lagi - Manikavasagam

Posted: 03 Jun 2010 07:45 AM PDT

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 3 Jun - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini sekali lagi hadir pada Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Selcat) berhubung salahguna kuasa dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Seawal pukul 10 pagi tadi, beliau kelihatan setia menunggu namanya dipanggil sebagai saksi di pejabat Selcat di mana berlangsungnya pendengaran awam itu.

Bagaimanapun, panel Selcat masih belum memanggilnya untuk memberi penerangan pada hari kedua pendengaran awam ini berlangsung.

Walau apa pun katanya, beliau akan tetap hadir pada hari terakhir esok meskipun tidak mendapat kebenaran daripada Speaker Dewan Rakyat,Teng Chang Kim.

"Mungkin petang ini saya akan dapat surat kebenaran daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosme Hamzah.

"Saya belum lagi dipanggil hari ini. Saya kena tunggu dapat kebenaran daripada Dewan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selepas pendengaran awam Selcat tengahari tadi ditangguhkan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu juga menegaskan tentang kesediaan beliau sepenuhnya untuk menghadiri pendengaran awam tersebut.

"Saya memang sedia, saya tidak takut dan tidak gentar untuk beri semua dokumen dan saya telah datang ke sini dua hari sebab saya yang bongkarkan isu ini.

"Kalau Dewan Rakyat kata okey saya tak ada masalah. Saya memang sedia. Tetapi sekiranya sehingga pagi esok surat tersebut masih belum diperolehi, saya tetap hadir untuk serahkan semua dokumen dan maklumat berkaitan isu ini tetapi saya tidak akan cakap apa-apa.

"Saya cuma nak ikut undang-undang sahaja dan tidak mahu dikenakan tindakan 'contempt of court'," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar itu telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mendapat kebenaran bagi menghadiri pendengaran awam itu.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya perlu mendapatkan kebenaran daripada Speaker terlebih dahulu.

"Saya juga tidak boleh bercakap atau menjawab sebarang soalan dari Selcat kerana telah dinasihatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Beliau juga memberitahu sehingga kini beliau telah menerima sebanyak 12 aduan berkenaan salah gunakuasa dalam KSSB.

"Pengadu semuanya sudah 12 orang. Saya ada tujuh orang saksi yang penting, tiga orang kontraktor Semesta dan dua orang kakitangan Semesta.

"Bagaimanapun, saya sudah menyiapkan semua dokumen lima saksi yang berkaitan dan saya akan serahkan senarai saksi esok kalau dipanggil," katanya lagi.

Manikavasagam turut mencadangkan pendengaran awam Selcat bagi kes ini dapat dilanjutkan untuk satu tempoh yang lebih panjang bukannya hanya terhad kepada tiga hari sahaja.

"Selcat tak cukup tiga hari untuk kemukakan kesemua saksi. Saya sendiri mempunyai lebih kurang lima orang ataupun lebih yang kita terima. Sepatutnya ia boleh dipanjangkan pada minggu akan datang untuk melengkapkan pendengaran awam kesemua mereka terbabit," tambahnya lagi.

Manikavasagam baru-baru ini mendedahkan salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam syarikat berkenaan.

Berikutan itu, beliau diarahkan untuk memberi penerangan kepada Selcat sementara SPRM pula telah mengambil dokumen mengenai perkara itu.

Ahli Parlimen Kapar itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa yang didakwanya berlaku dalam syarikat berkenaan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

palestin – hanya apabila kita bersatu

Posted: 03 Jun 2010 07:22 AM PDT

Salam Palestin,

Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.

Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.

Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagi ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindk secara betul.

Maka kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.

Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak – anak batu yang dipecah – pecahkan menggunakan batu – batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak – anak muda, bahkan anak – anak kecil Palestin yang masih hingusan.

Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat – sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.

Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi.

Jika anda pernah terkena semburan gas pemedih mata di anjung Masjid Negara, anda akan tahu bagaimana si pemberani akan menjadi ketagih untuk terus berdemo menentang kezaliman dan kebaculan.

Tetapi misi Flotila juga adalah memalukan. Memalukan umat Islan sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang seawalnya dimiliki para pejuag intifadah itu kini dimiliki pula oleh kumpulan aktivis kemanusiaan dan keamanan sedunia. Adapun, negara – negara Islam sedunia, mereka terus dibuai ketakutan dan kebingungan. Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!

Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.

Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada' Malaysia ke syurga tuhan.

Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya' sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.

Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.

Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.

Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

palestin – hanya apabila kita bersatu

Posted: 03 Jun 2010 07:22 AM PDT

Salam Palestin,

Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.

Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.

Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagi ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindk secara betul.

Maka kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.

Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak – anak batu yang dipecah – pecahkan menggunakan batu – batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak – anak muda, bahkan anak – anak kecil Palestin yang masih hingusan.

Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat – sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.

Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi.

Jika anda pernah terkena semburan gas pemedih mata di anjung Masjid Negara, anda akan tahu bagaimana si pemberani akan menjadi ketagih untuk terus berdemo menentang kezaliman dan kebaculan.

Tetapi misi Flotila juga adalah memalukan. Memalukan umat Islan sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang seawalnya dimiliki para pejuag intifadah itu kini dimiliki pula oleh kumpulan aktivis kemanusiaan dan keamanan sedunia. Adapun, negara – negara Islam sedunia, mereka terus dibuai ketakutan dan kebingungan. Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!

Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.

Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada' Malaysia ke syurga tuhan.

Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya' sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.

Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.

Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.

Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

60 NGO desak heret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague

Posted: 03 Jun 2010 06:15 AM PDT

Kami, 60 Pertubuhan masyarakat sivil seperti di bawah, mengutuk sekeras-kerasnya tentera laut Israel menyerang kapal menghantar barang bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan kematian 9 orang dan lebih 30 orang cedera. Tindakan zalim dan pembunuhan Israel terhadap sukarelawan kemanusiaan bertentangan dengan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa; penyekatan barang bantuan kemanusiaan ke tangan orang Palestin yang perlu diselamatkan, telah mencabul hak asasi manusia orang Palestin untuk mendapat barang perlu kehidupan.

Sungguhpun kerajaan Israel telah melepaskan 124 orang termasuk 12 orang warganegara Malaysia, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel. Selain daripada memanggil mesyuarat tergempar parlimen, kami menggesa kerajaan berpakat dengan Negara-negara lain yang berjuang atas prinsip hak asasi manusia untuk mengheret dan menghukum Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague, menuntut keadilan untuk 9 orang mendiang dibunuh yang kurang nasib.

Rakyat Malaysia juga disaran supaya terus meneliti perlakuan kejam dan penganiayaan Israel terhadap orang Palestin serta bertentangan konvesyen antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - menduduki tanah Palestin, membina kawasan kediaman di tanah yang diduduki, meroboh rumah dan mengusir orang Palestin, membina tembok pemisah bagi menyekat tanah wilayah Palestin secara haram, menutupi lima pintu masuk perbatasan di sekitar tebing barat - Israel dan Gaza- Israel dan mengawal pengedaran barangan, menyerang kawasan kediaman Palestin dengan senjata api berat membunuhi ramai orang Palestin yang tidak bersalah.

Masyarakat antarabangsa mesti memberi tekanan berterusan kepada Israel supaya kembali ke meja perundingan dan meminta Amerika Syarikat tidak lagi membenarkan tindakan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia Israel. Kedua-dua pihak harus menjalankan proses perdamaian semula, menginstitusikan satu pelan damai untuk mewujudkan sebuah Negara Palestin.
Pertubuhan yang menandatangani :

1. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
2. Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (CRC-KLSCAH)
3. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
4. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
5. Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
6. Youth Section of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
7. Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
8. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
9. Persatuan Bahasa Tionghua USM
10. Gerakan Mahasiswa Maju,UPM
11. Student Progressive Front USM
12. Student Progressive Front UUM
13. Student Progressive Front New Era College
14. New Era College Alumni Association
15. Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia
16. Malaysian Tamil Forum
17. Malaysian Hindu Youth Council
18. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
19. Tamil Foundation
20. Malaysian Dravidian Association
21. Group of Concerned Citizens
22. Malaysian Association of Indian University Graduates
23. Federation of Indian Non-Governmental Organisations
24. Malaysian Indian Historical Association
25. Klang Consumer Association
26. Malaysian Indian Development & Unity Association
27. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
28. Persahabatan Semparuthi
29. Child Development Initiative
30. Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
31. Sarawak Native Land Rights Owners (TAHABAS)
32. Sarawakians Access (SACCESS);
33. Wanita Desa Sarawak (WADESA)
34. Jaringan Orang Asal SeMalaysia Sarawak (JOAS)
35. Borneo Research Institute Sarawak (BRIMAS)
36. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
37. Saya Anak Bangsa Malaysia
38. Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & K.L
39. Bahagian Pemuda Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuan K. L & Selangor
40. Bahagian Pemuda Persatuan Ka Yin W.P & Selangor
41. Bahagian Pemuda Persatuan Kwang Si Selangor & K.L
42. Bahagian Pemuda Persatuan Kwang Tung Rawang
43. Bahagian Pemuda Persatuan Char Yong Selangor & W.P
44. Bahagian Pemuda Persatuan Fui Chiu W.P & Selangor
45. Bahagian Pemuda Persatuan Eng Choon K.L
46. Bahagian Pemuda Persatuan Shing An Selangor & K.L
47. Bahagian Pemuda Persatuan Fui Chiu W.P & Selangor
48. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & K.L
49. Bahagian Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
50. Persatuan Murid-Murid Tua SRJK (C) Naam Kheung
51. Persatuan Bahasa Cina UM
52. University Malaya New Youth Association
53. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien Selangor & K.L
54. Student Union New Era College
55. Persatuan Alumni PBT USM Selangor
56. Persatuan Bahasa Tionghua UPM
57. Bahagian Pemuda Persatuan Huian Quangang KL & Selangor
58. Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju)
59. Penggerak Belia Zon 23,MPSJ
60. Persatuan Penduduk Taman Muhibbah Seri Kembangan


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Polis Kata Jangan Join Himpunan Anti Israel Esok. Menbahayakan Keselamatan

Posted: 03 Jun 2010 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.
"Perhimpunan ini juga dikhuatir akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. - BERNAMA


nate bengong

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Temubual Tn Hj Noorazman (Ketua Misi Malaysia) di minit 1:36

Posted: 03 Jun 2010 04:30 AM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Dah KJ Tidak Cukup Merit Nak Buat Macam Mana

Posted: 03 Jun 2010 04:00 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak sentiasa melupakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam barisan kabinetnya.

Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menyuarakan hasrat itu supaya Najib dapat mengambil berat permintaan itu kerana ia pernah disuarakan sebelum ini.

"Jawapan yang diberikan Najib (adalah) mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita (Pemuda Umno sedia) berkhidmat dalam parti dahulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

khairy jamaluddin and umno youth pemuda Bagaimanapun, tambahnya, akar umbi pergerakan itu tetap akur dengan keputusan rombakan terbaru itu kerana "apa-apa kuasa adalah di tangan Najib".

Selepas rombakan terbaru kabinet Najib kelmarin - yang menyaksikan Khairy sekali lagi tidak terpilih mengganggotai jemaah menteri - terdapat suara bantahan beberapa pemimpin pergerakan itu.

Selepas mengambilalih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, nama Khairy tidak tersenarai dalam barisan anggota kabinet barunya.

Dan dalam rombakan terbaru semalam, sekali lagi nama ketua Pemuda Umno itu yang juga ahli parlimen Rembau tidak tersenarai.

Dalam tradisi Umno, ketua Pemudanya sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuklah Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

khairy jamaluddin umno youth chief 250309 Sementara itu, Naib Pemuda Umno Perak Ali Zainal Abidin pula berpendapat Khairy selaku ketua Pemuda Umno, sepatutnya diberikan jawatan sekurang-kurang sebagai timbalan menteri.

Menurutnya, jika Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, secara tidak langsung semangat anggota pergerakan itu akan menjadi lemah, sekaligus menjejaskan gerak kerja BN untuk pilihan raya umum akan datang.

"Nanti susah hendak tarik orang muda untuk menyokong BN sebab ketua sendiri pun tidak ada jawatan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali juga menzahirkan perasaan dukacitanya dengan tindakan "pelik" perdana menteri yang melanggar tradisi memperuntukkan kerusi kabinet kepada ketua Pemuda Umno.

"(Peranan) Pemuda (seperti) tidak dihargai oleh mereka," katanya dengan nada kecewa.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel Memanipulasi Media – Danny Schechter

Posted: 03 Jun 2010 04:00 AM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Surat Terbuka Pemuda Pakatan Rakyat Kepada Najib Berhubung Serangan Pengganas Zionis

Posted: 03 Jun 2010 03:30 AM PDT

SURAT TERBUKA: CUKUP DENGAN KENYATAAN, ANAK MUDA BERTINDAK MEMBANTAH TINDAKAN PENGGANAS ZIONIS !

Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YAB Dato Sri,

CUKUP DENGAN KENYATAAN, ANAK MUDA BERTINDAK MEMBANTAH TINDAKAN PENGGANAS ZIONIS !

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas untuk perhatian serius daripada YAB Dato Seri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) sangat dukacita dengan kelesuan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri dalam memberi respon yang seiring dengan gelodak emosi dan sensitiviti rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya ke atas apa yang berlaku di Gaza.

Serangan kejam dan penahanan biadap oleh askar komando Israel ke atas para aktivis kapal Turki Mavi Marmara yang mengetuai konvoi Freedom Flotilla yang dijadualkan tiba di Genting Gaza adalah suatu tindakan terdesak rejim tersebut bagi menyekat kemaraan dan bantuan dari negara luar, membuktikan sekali lagi keikhlasan Israel dalam perjanjian damai Palestin-Israel layak dipersoalkan.

YAB Dato' Sri,

Keganasan bertentangan dengan hak kemanusiaan dan perundangan perairan antarabangsa ini tidak boleh dimaafkan, dan AMK mendesak kerajaan Malaysia agar segera menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB untuk mengadakan suatu sidang khas bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Jenayah Perang Antarabangsa bagi menghentikan kekejaman puak Zionis ini daripada terus liar menindas rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Dilaporkan 19 aktivis maut dan 66 yang cedera manakala 11 sukarelawan NGO termasuk 6 rakyat Malaysia adalah antara anak kapal yang ditahan. Kerajaan Malaysia sehingga kini tiada memaklumkan penyiasatan butiran lanjut tentang keadaan dan nasib mereka secara rasmi dengan pihak Israel. Situasi ini amat menyedihkan banyak pihak yang terkilan dengan kerajaan yang sekan tidak hirau dengan nasib rakyat Malaysia sendiri.

YAB Dato' Sri,

Selaku Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam, YAB Dato' Sri perlulah menghormati kehendak dan sensitiviti rakyat dalam isu ini yang jelas melibatkan maruah Islam. Tindakan tentera Zionis ini nyata membuktikan bahawa rejim palsu ini sudah tidak lagi menghormati undang-undang perang Kesatuan Geneva dan PBB sebagai institusi tertinggi antarabangsa.

AMK mendesak agar kerajaan segera membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik serta segala bantuan yang berkaitan dengan negara rejim Israel. Bersandarkan rekod perdagangan dan ekonomi negara, Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis ini. Buktinya, kerajaan Malaysia mempunyai pemegangan saham sebanyak 31% di Pantai Holding Berhad iaitu sebuah anak syarikat kepada Parkways Holdings Limited, yang dimiliki pelobi besar Zionis Richard C.Blum.

Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) walaupun Kerajaan Umno-BN mendakwa sudah menghentikan khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.

Sehingga kini, penjelasan mengenai mengapa Asiasoft syarikat yang berpengkalan di Tel Aviv, Israel dibenar mengendalikan sistem komputer PDRM begitu lama walaupun ada laporan polis terhadap isu itu, dibuat sebelum itu, masih belum terjawab.

Ini ditambah dengan pendedahan yang begitu spesifik oleh Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung dengan keberkaitan APCO Worldwide dengan regim Zionis yang antara lain memperincikan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada YAB Dato' Seri sendiri.

Dalam pendedahan yang sama juga. YB Dato' Seri Anwar turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia dan yang berikutnya ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Sebagaimana diketahui umum, masih belum ada penafian mengenai hal ini, melainkan sekadar penafian verbal semata-mata.

YAB Dato' Sri,

Meneruskan segala urusan dengan rejim ini nyata membuktikan bahawa kerajaan Malaysia juga turut bersubahat dengan tindakan pencabulan hak kemanusiaan oleh Israel selama ini. Jika hubungan berkepentingan ini diteruskan, maka rakyat meletak persepsi bahawa kerajaan Malaysia sememangnya gagal dan takut membela kesucian penganut Islam dan warganegaranya yang ditindas sama dalam tragedi serangan ini. Tuntutan ini adalah amat penting dalam konteks situasi serangan yang melibatkan kematian dan kecederaan pelbagai warganegara Islam yang lain dan imej Malaysia sebagai Negara Islam dan menolak terorisme yang biadap.

Kesimpulannya AMK mendesak YAB Dato' Sri perlu bertindak pantas dalam tempoh 24 jam (Khamis 3 Jun 2010) memanggil satu sidang khas di Dewan Parlimen, dan selanjutnya ke peringkat lebih tinggi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu khususnya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama agar melakukan desakan inkuiri bebas dan hukuman yang perlu dijatuhkan dengan kadar segera. Sekiranya gagal, YAB Dato' Sri harus meletak jawatan kerana gagal berfungsi sebagai eksekutif pentadbiran berkesan, tidak prihatin dan sanggup berkompromi dengan penjenayah Zionis Yahudi antarabangsa yang dikutuk seluruh dunia.

Demi Islam, demi Malaysia, demi Ummah, rakyat tuntut ketegasan YAB Dato' Sri.

Yang benar,

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Nasruddin Hassan Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


YB Loke Siew Fook

Ketua DAPSY

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Atas Nasihat APCO ke Semakin Banyak Syarikat Yahudi Di Malaysia

Posted: 03 Jun 2010 03:00 AM PDT


Syarikat Israel tersebut beroperasi di alamat berikut.


A-G-13 SME Technopreneur Centre
Cyberjaya
2270 Jalan Usahawan 2,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

Sila ke link ini dan lihat sendiri http://www.ness.com/Global/Company/locations/Pages/Location.aspx


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kenyataan media tentang isu pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur

Posted: 03 Jun 2010 02:30 AM PDT

Sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang mengemukakan kertas kabinet berkenaan pembangunan Kg Baru dengan cadangan membuka peluang 40% kepada kaum bukan Melayu adalah amat dikesali. Rata-rata pemilik dan pewaris aset-aset Kg Baru tidak bersetuju dengan cadangan ini. Pendirian menolak cadangan ini bukanlah bersifat perkauman tetapi adalah merupakan satu pendirian tegas pemilik dan pewaris dalam mempertahankan Kg Baru sebagai satu-satunya aset Melayu Islam dalam kawasan di tengah-tengah Kota Metropolitan KL.

Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kg Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya, tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah. Mereka lebih rela membangunkan Kg Baru dengan cara dan kemampuan sesama mereka sendiri daripada aset yang penuh sejarah dan sangat berharga ini dilepaskan sebahagian atau mungkin juga akhirnya terlepas langsung kerana tidak mampu bertahan dengan himpitan pembangunan dan tawaran wang ringgit yang lumayan.

Ramai yang melihat cadangan 60:40 ini menyerlahkan kegagalan kerajaan Pusat yang diterajui UMNO/BN. Kegagalan pertama adalah kegagalan untuk mempertahankan satu-satunya kawasan atau kampung yang 100% milik Melayu Islam walau pun UMNO selamanya mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu. Tunjukkan dimana ditengah-tengah Kota Metro KL yang boleh dikatakan kemegahan dan kepunyaan Melayu Islam, mungkin ada beberapa buah seperti Maju Junction; sedangkan UMNO menerajui Kerajaan Pusat selama hampir 53 tahun. Kegagalan kedua ialah UMNO mengakui bahawa tanpa kaum Bukan Melayu orang Melayu tidak boleh maju, tidak mampu membangunkan kampung sendiri, tiada daya upaya untuk berdiri-sendiri dengan lebih bermaruah.

Malang sekali kerana maruah Melayu diperlekehkan oleh tidak lain tidak bukan oleh UMNO yaang tunjang perjuangannya adalah Melayu, Apakah kerajaan begitu sengkek sehingga tidak mampu menyediakan satu dana yang sewajarnya untuk membangunkan sebuah Kg Tradisi ditengah-tengah KL. Kemana lagi orang Melayu mahu dipinggirkan, ke Flat mana, ke Pangsapuri mana lagi sambil berputih mata melihat tanah mereka tergadai, Mungkin Menteri WP akan mengatakan kita kena bersiakap realistik, jangan emosional dalam isu Kg Baru ini. Apakah tidak realistik untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah Melayu ini yang diwariskan oleh Kerajaan British sebelum merdeka.

Sekali lagi disini saya menggariskan beberapa perkara dasar yang perlu diberi perhatian dalam proses Pembangunan Kg Baru:

1- Pembetukkan Badan Amanah yang disertai oleh wakil-wakil dari setiap kampung dalam Kg Baru, wakil penjawat MAS, wakil NGO-NGO dan individu yang diiktiraf oleh anak-anak Kg Baru, wakil dari pihak kerajaan iaitu DBKL, KWPKB, JPM dan Wakil Rakyat Titiwangsa.

2- Penubuhan Konsortium Pemaju yang terdiri dari pemaju-pemaju kalangan anak-anak Kg Baru bagi memastikan kebertanggung-jawaban yang tinggi terhadap kelangsungan pembangunan yang boleh juga diterajui GLC seperti Tabung Haji yang menjaga kepentingan Melayu Islam.

3- Dana Khas yang sewajarnya dari Kerajaan Pusat dengan itu tidak perlu penglibatan pihak swasta mahupun pelabur-pelabur asing bagi memastikan pemilikan yang berterusan dan bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan pengekalan aset mereka.

4- Memastikan pemilikan 100% kekal ditangan Melayu Islam tanpa kompromi.

5- Pembangunan mesti mengambil kira pembangunan yang berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual. Pembangunan yang tidak diurus dengan amanah dan jujur akan melahirkan bangunan-bangunan konkrit yan diisi oleh keruntuhan akhlak, keboborokan budaya dan kepincangan sosial.

6- Masjid Kg Baru hendaklah menjadi nadi pembangunan bagi memastikan pemusatan terhadap Aqidah dan Syariah Islam itu menjadi agenda utam.

7- Pembangunan yang menjurus kearah Kg Baru sebagai Pusat Sehenti Melayu dimana segala-segalanya berkenaan Melayu ada diwakili disini termasuk dari konsep arkitek, buadaya, ekonomi, sosial dan kesenian serta sejarah Melayu.


Adalah diharapkan Menteri Wilayah Persekutuan konsisten dengan kenyataan dan tindakan beliau untuk tidak mempolitikkan isu pembangunan Kg Baru. Pembangunan Kg baru mampu diteruskan sekiranya ada keikhlasan, kejujuran, amanah dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.


Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Md Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Suasana Sidang Parlimen Israel Panas!

Posted: 03 Jun 2010 02:15 AM PDT

Aksi penyerangan Israel terhadap kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada Senin (31/5) lalu tak hanya mencetuskan gelombang protes besar dari dunia internasional, tetapi juga dari dalam negeimen) Israel.

Dalam sidang Parlimen Israel yang digelar siang hari Rabu (2/6) kemarin, seorang anggota parlemen dari Partai Likud, Merry Regev, menyampaikan kritik dan kekesalannya kepada seorang anggota parlimen lainnya dari Parti Persatuan Demokrasi Hanin El-Zoghby yang mendukung dan ikut serta aksi kemanusiaan pembebasan sekatan Gaza.

Dengan suara lantang dan berapi-api, Regev mengatakan kepada El-Zoghby bahwa El-Zoghby telah bergabung dengan kelompok teroris, dan tindakan tersebut adalah cacat moral bagi Israel.

El-Zoghby adalah anggota parlimen Israel dari unsur Arab yang naik melalui partai Persatuan Demokrasi.

"Anda telah mengkhianati Israel," kata Regev kepada El-Zoghby.

Dikatakan sedemikian rupa, El-Zoghby pun tidak terima. Ia balik mengecam dan membalas kritikan Regev dengan tak kurang kerasnya.

"Jiwa saya bersama Gaza, wahai pengkhianat," kata El-Zoghby dalam bahasa Arab.

Suasana pun kian ricuh dan tak terkawal ketika anggota parlimen dari unsur Arab lainnya, dan anggota parlimen dari unsur Israel yang pro-perdamaian Palestin, ikut serta membela El-Zoghby, sementara anggota parlimen dari unsur Israel, utamanya dari sayap konservatif, ikut serta mendukung Regev.

Mohammed Baraka, anggota dari faksi Front Demokrasi untuk Perdamaian dan Persamaan, melayangkan protesnya atas ketidakhadiran PM Benyamin Netanyahu dan Menteri pertahaman Isarel Ehud Barak di sidang tersebut.

"Mereka berdua adalah penjahat utama dalam kejahatan pembajakan dan penyerangan kapal Mavi Marmara," kata Baraka.

Di sisi yang lain, para anggota parlimen dari unsur Israel pun segera menghujani pernyataan Baraka dengan umpatan dan kecaman. Seorang anggota dari partai Kadima, Yisroil Hassoun, yang juga mantan kepala biro intelejen Savak untuk urusan Arab, segera maju lalu membentak dan mengumpat di depan muka Baraka.

Beberapa pihak berusaha melerai pertikaian dan perang caci maki dalam sidang parlimen Israel siang itu. El-Zoghby dan beberapa anggota parlemen lainnya pun beranjak dari sidang. (ags/aby)

Siapa dalang di belakang Mugilan desak Samy undur?

Posted: 03 Jun 2010 02:00 AM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Hanya Dato' Seri S. Samy Vellu sendiri yang lebih tahu siapa dan apakah yang telah berjaya melembutkan pendirian kerasnya sehingga menyebabkan beliau menyatakan kesediaan berundur dari jawatan Presiden MIC.

Dalam kenyataannya kepada media, 18 Mei lalu, Samy Vellu memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan disandangnya lebih 31 tahun itu sebelum tempohnya berakhir Mei 2012


"Saya akan melepaskan jawatan (Presiden MIC) lapan atau sembilan bulan sebelum penggal berakhir dan saya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak," katanya.

Pengumuman itu agak mengejutkan memandangkan sebelum ini Samy Vellu diketahui amat tegas menolak sebarang usaha mengundurkan beliau dari kerusi tertinggi parti itu. Bahkan, beberapa pemimpin yang pernah mencabar beliau berakhir dengan penyisihan dari kepimpinan MIC.

Itulah yang pernah dialami bekas Naib Presiden MIC, mendiang Tan Sri M.G. Pandithan yang akhirnya dipecat dari parti. Bekas Timbalan Presiden MIC, Dato' S. Subramaniam pula gagal mempertahankan kedudukannya apabila Samy Vellu secara terbuka mengisytiharkan Subra sebagai musuh politiknya.

Samy Vellu mula memangku jawatan Presiden MIC pada 1979 ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri V. Manickavasagam. Pada pemilihan parti dua tahun kemudian, beliau disahkan sebagai presiden dan kekal menyandangnya hingga kini.

Pengaruh dan kuasa politik Samy Vellu dalam segenap peringkat organisasi MIC amat mencengkam. Jarang ada pemimpin parti itu berani menyanggah pendirian dan keputusan dibuatnya.

Dalam kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) pula, suara Samy Vellu dianggap pemutus bagi segala perkara berkaitan masyarakat India. Bahkan, usaha beberapa parti kecil kaum India seperti IPF dan Kimma untuk ikut menyertai BN digagalkan oleh Samy Vellu menerusi kuasa vetonya.

Namun selepas kemunculan Hindraf sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, kuku dan taring Samy Vellu dikatakan mula hilang bisanya. Tidak sedikit dari masyarakat India secara terbuka menolak MIC dan mengecam kepimpinannya.

Kecenderungan itu diterjemahkan menerusi peti undi. MIC ditolak rakyat pada pilihan raya itu. Ia kalah di enam kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ditandinginya. Paling memalukan ialah apabila Samy Vellu sendiri gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenanginya sejak 1974.

Berikutan itu, MIC berdepan kecaman hebat dari pelbagai peringkat BN. Prestasi buruk parti itu dikatakan antara punca BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Samy Vellu sendiri selain hilang jawatan Kabinetnya turut dihujani desakan agar melepaskan jawatan presiden parti. Suara-suara menuntut reformasi dan perubahan kepimpinan dalam MIC berkumandang, terutama di kalangan para pendukung BN sendiri.

Apabila mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada desakan agar berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Najib, ia bagaikan isyarat kepada parti-parti komponen lain ikut berbuat serupa. Mereka diseru agar mencontohi langkah perubahan dilakukan Umno itu.

MIC (maksudnya Samy Vellu) antara yang menjadi sasaran gesaan itu. Malangnya, beliau hanya buat 'pekak badak' atau 'lembu kenyang'. Beliau kekal dengan pendirian kerasnya menolak desakan itu. Samy Vellu membuktikan dirinya bukanlah pemimpin yang mudah mengaku kalah atau tunduk kepada sebarang desakan.

Tidak semua pemimpin komponen BN, khususnya Umno dapat menerima baik keengganan beliau melayan tuntutan itu. Bagi mereka selagi MIC kekal diterajui bekas Menteri Kerja Raya itu maka selagi itu sokongan kaum India terhadap BN sukar dipulihkan.

Sebab itu pengumuman Samy Vellu untuk berundur antara Ogos atau September 2011 disambut bagaikan pucuk dicita ulam mendatang buat sebilangan pemimpin BN. Malah keghairahan mereka melihat hasrat itu direalisasikan lebih cepat seakan gagal disembunyikan.

Jalan cerita pernah dialami Tun Abdullah selepas mengumumkan pelan peralihan kuasa dulu seakan cuba diulangi ke atas Samy Vellu. Abdullah yang pada asalnya menyatakan hasrat berundur pada 2010 dipaksa mempercepatkan peralihan itu ekoran desakan bertubi-tubi sebilangan anak buahnya sendiri.

Keadaan serupa kini menimpa Samy Vellu. Beliau didesak agar tidak menunggu tahun depan, sebaliknya menyerahkan segera jawatan Presiden MIC kepada penggantinya.

Pada zahirnya yang menjuarai desakan tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan. Malah media kroni BN memetik katanya, Samy Vellu "kini menjadi beban kepada parti dan BN".

Ekoran desakan itu, Mugilan dipecat dari MIC. Samy Vellu bagaimana pun mendakwa pemecatan itu kerana beliau melanggar kepentingan parti pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April lalu.

Boleh jadi apa dimaksudkan Samy Vellu itu ialah kerana Mugilan mencabar satu-satunya nama dicalonkan partinya. Diketahui umum MIC hanya mencalonkan Timbalan Presidennya, Dato' G. Palanivel, manakala nama Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor itu dipertahankan pemimpin Umno.

Ertinya, jika kesediaan Mugilan melawan keputusan partinya dalam cubaan mewakili BN di Hulu Selangor itu disokong pemimpin Umno, apakah tidak mungkin kelantangannya mendesak Samy Vellu segera berundur kini juga didalangi pihak yang sama?

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Erdogan : Israel, permusuhan Kita Akan Lebih Kuat!

Posted: 03 Jun 2010 01:45 AM PDT

Perdana Menteri Turki Recep Tayyep Erdogan mengatakan yang pihaknya tengah mengkaji untuk menjatuhkan hukuman setimpal kepada Israel yang menyerang kapal bantuan kemanusiaan asal negerinya, Mavi Marmara.

"Kelakuan Israel mesti diadili, mesti dibalas, tanpa adanya keraguan lagi. Tidak ada satu pihak luar manapun yang mencuba menguji kesabaran Turki," kata Erdogan.

Erdogan juga menegaskan, bahawa hubungan antara kedua negara tidak dapat kembali mesra sebagaimana dahulu. "Hubungan itu tidak akan kembali mesra sebagaimana dahulu kala, tidak akan," kata PM kharismatik itu.

Ditambahkan oleh Erdogan, Turki bukan negara lemah dan pengecut, tetapi Turki adalah negara besar, kuat, dan disegani. Pertemanan pihak luar dengan Turki sangat menguntungkan dan berharga, dan menuoba mencari gara-gara dengannya adalah kerugian besar.

Pendiri dan pengempu Partai Keadilan dan Pembangunan Turki itu juga mengingatkan Israel akan masa depan hubungan diplomatiknya dengan Turki. "Sebagaimana pertemanan kita yang kuat, maka permusuhan kita juga akan jauh lebih kuat lagi," tegasnya.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu menegaskan jika Israel hendak memperbaiki hubungan diplomatiknya dengan Turki, maka pihak Turki mensyaratkan terlebih dahulu untuk membuka sekatan Gaza. (ags/qds)


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Rakyat belum bebas daripada fahaman Yahudi

Posted: 03 Jun 2010 01:30 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Jun: Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide.

Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel, namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik.

"Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun," ujarnya yang juga Musyidul Am PAS.

Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

"Setiap kali sembahyang kita membaca al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani," ujarnya.

Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Air mani bukti tembusan walaupun dubur Saiful tak koyak

Posted: 03 Jun 2010 12:55 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 3 Jun — Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini diperkatakan dengan ketiadaan koyakan, hari ini dimaklumkan oleh doktor kerajaan — kewujudan air mani di dubur pengadu memadai untuk merumuskan wujudnya tembusan.

Dr Mohd Razali Ibrahim, salah seorang daripada tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 memberitahu, ujian sampel menunjukkan adanya air mani walaupun tiada kesan koyakan atau kecederaan pada bahagian dubur.

Ujian itu dijalankan dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

"Dengan kesemua laporan yang ada di depan saya, saya boleh mengatakan adanya bukti penembusan walaupun tanpa kecederaan klinikal," kata beliau lagi.

"Dengan kehadiran kesan air mani, ada bukti penembusan (di bahagian) dubur," katanya.

Dr. Razali berkata demikian ketika ditanya oleh pendakwa raya.

Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal mengenai laporan doktor itu sebelum ini, pada 28 Jun yang menyebut "tiada kesan kecederaan, tidak koyakan,,, tiada penemuan konklusif tentang wujudanya penetrasi di dubur."

Doktor itu menjawab bahawa pada masa itu beliau tiada pengetahuan tentang kewujudan sampel calitan yang diambil daripada Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengakui tiada bukti wujudnya kecederaan atau trauma.

Menurut satu lagi laporan sampel-sampel calitan itu menunjukkan adanya kesan air mani.

Laporan itu hanya ditunjukkan kepada Dr. Razali oleh pasukan pendakwa raya hari ini ketika sesi soal.

Ini menyebabkan Dr. Razali mengubah rumusan beliau.

Beliau juga membacakan kandungan laporan yang mengatakan sampel calitan B5, B7, B8 dan B9 yang menyebut tentang kesan air mani di dubur.

"(Dengan ini) saya boleh merumuskan (sekarang) bahawa adanya bukti tembusan," kata Dr. Razali.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh dijangka menyoal balas doktor itu selepas ini.

Dua minggu lalu Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Pada November lalu, pasukan pembela menegaskan dakwaan liwat terhadap Anwar berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi.

Malah sebelum ini peguam-peguam Anwar memberitahu berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal.

Mereka mendakwa perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kini dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Islam bakal penyelamat hubungan kaum di Malaysia

Posted: 02 Jun 2010 11:30 PM PDT

Mohamed Zainalabidin Hussin

KOTA BHARU 3 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin masa semakin hampir untuk Malaysia menerima Islam sebagai penyelesai kemelut hubungan kaum yang telah berlarutan begitu lama di Malaysia.

"Adalah aneh sebuah parti yang menjadikan pegangan perkauman seperti Umno kononnya menawarkan penyelesaian bagi menamatkan konflik perkauman dan berjanji untuk memberi keadilan untuk kam-kaum lain di negara ini.

"Kita PAS sebagai parti Islam penuh yakin akan menjadi pilihan rakyat kerana pegangan kita sejak awal tidak menjadikan perkauman sebagai asas perjuangan sebaliknya mementingkan keadilan dan kebenaran yang sudah pasti akan berguna kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," kata beliau merasmikan Seminar Hubungan Muslim - Non Muslim dalam konteks Malaysia di Hotel New Pacific di sini pagi ini.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Petang Ni Minta Semua Pergi Ke Solat Hajat Perdana

Posted: 02 Jun 2010 11:06 PM PDT



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kabinet Najib

Posted: 02 Jun 2010 11:00 PM PDT

Media di negara ini nampaknya masih tidak tahu mengenai Kabinet atau Jemaah Menteri apabila semua laporan menyebut mengenai rombakan kecil kabinet baru-baru ini.

Apa yang dilakukan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah memenuhi keperluan perubahan dalam kepimpinan MCA kerana rombakan sebenarnya membabitkan pengguguran Ong Tee Keat selaku Menteri Pengangkutan dan menaikkan pangkat Chor Chee Heung daripada timbalan menteri ke menteri penuh.

Portfolio pengangkutan kini disandang oleh mantan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Kong Cho Ha manakala Chor, mantan timbalan menteri kewangan, mengambil alih portfolio Kong.

Perubahan itu sahaja yang melibatkan Kabinet.

Jemaah Menteri atau Kabinet merujuk kepada menteri penuh dan tidak membabitkan timbalan menteri. Timbalan menteri bukan anggota Kabinet. Timbalan menteri tidak boleh menghadiri mesyuarat Kabinet.

Apabila seseorang menteri bercuti atau menjalankan tugas rasmi di luar negara, timbalannya tidak boleh memangku jawatannya, menteri berkenaan perlu meminta seorang menteri lain untuk memangku portfolio tersebut dengan kebenaran Perdana Menteri.

Oleh itu, perlantikan beberapa orang sebagai timbalan menteri tidak melibatkan Kabinet dan laporan yang menyebut sebaliknya adalah tidak tepat. Timbalan menteri bukan anggota Kabinet.

http://kudaranggi.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Lemah urus kewangan punca negara muflis

Posted: 02 Jun 2010 10:30 PM PDT

PETALING JAYA - Wanita Keadilan menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) jujur dan konsisten dalam kenyataan berkaitan ekonomi negara.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Haniza Mohd Talha berkata, kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 ternyata bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri bahawa Malaysia akan menjadi negara maju menjelang 2020.

Haniza berkata, kenyataan negara akan bankrap kerana pemberian subsidi adalah tidak tepat.

"Bagaimana pula dengan ketirisan RM24 bilion yang berlaku setiap tahun. Begitu juga dengan pengaliran wang rakyat berjuta untuk projek segera semasa pilihan raya kecil.

"Mengapa dibiarkan pemberian subsidi minyak kepada syarikat besar luar negara untuk penjanaan tenaga elektrik?" katanya.

Haniza berkata, membiarkan terus berlakunya ketirisan dan pembaziran wang rakyat, ternyata menunjukkan kelemahan dan ketidakupayaan pihak pengurusan.

Katanya, tindakan menarik balik subsidi bagi mengelak kegawatan ekonomi tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan negara.:

"Bekas Pengurus Bursa Malaysia, Datuk Salleh Majid juga menjelaskan bahawa penarikan subsidi hanya akan mengundang masalah inflasi yang lebih tinggi selain kos hidup terus meningkat.

"Peniaga dan peruncit akan mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Golongan miskin terutamanya miskin bandar akan terus meningkat sekiranya subsidi ditarik balik," katanya.

Justeru, Wanita Keadilan Selangor mengesyorkan kerajaan perlu memperbaiki pengurusan kewangan negara iaitu berjimat dalam perbelanjaan, elakkan ketirisan dan telus dalam urusan kewangan, bukan menarik balik subsidi.

Katanya, sebagai langkah susulan sebelum subsidi ditarik balik, Wanita Keadilan Selangor juga mencadangkan supaya perbelanjaan harian, keistimewaan dan elaun ke luar negara pemimpin negara dan negeri dibekukan.

"Kita juga menyarankan agar Kerajaan Malaysia belajar dari negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang berjaya menguruskan kewangan negeri masing-masing dan membuat penjimatan dalam perbelanjaan awam.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) bawah kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat pujian kerana berjaya melaksanakan perbelanjaan berhemah dan seterusnya sejumlah besar peruntukkan dapat dijimatkan," katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada kecederaan tetapi liwat tetap berlaku – Dr HKL

Posted: 02 Jun 2010 10:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, tidak ada sebarang tanda atau kecederaan pada dubur Saiful Bukhari Azlan untuk membuktikan ia diliwat ketika ia diperiksa oleh sekumpulan doktor Hospital Kuala Lumpur.

Namun begitu, Dr Razali dari HKL dalam keterangannya berkata, oleh kerana ada air mani pada rectum Saiful, maka beliau membuat kesimpulan liwat telah berlaku.

Ini kerana, liwat tetap boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan, kata beliau ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sebelum itu, Saiful telah dipanggil ke kandang saksi sekali lagi hari ini.

Peguam Karpal Singh menyoal Saiful berhubung upacara angkat sumpah dengan menggunakan al- Quran yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh di mana Anwar bertanding merebut kerusi itu.

Namun Saiful mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia hanya kebetulan sahaja. -HARAKAH


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

UMNO Marah Kepada Gerakan Kerana Sertai GERAKAN MANSUH JUDI

Posted: 02 Jun 2010 10:00 PM PDT

UMNO dituduh buli Gerakan

ALOR SETAR - UMNO didakwa membuli Gerakan apabila membidas tindakan rakan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN) itu menyertai Gerakan Mansuh Judi Sukan (GMJ) yang dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kedah.

Pengerusi Sekretariat GMJ Negeri Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, Pemuda UMNO tidak sepatutnya mengawal tindak tanduk Pemuda Gerakan, kerana masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan walaupun berada di bawah satu bumbung, BN.

"Saya kesal dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mahu Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memaklumkan terlebih dahulu hasrat menyertai GMJ, sedangkan ianya bukan bertunjangkan isu politik, sebaliknya memperjuangkan isu moral," katanya.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, tindakan Pemuda Gerakan itu harus diberi pujian kerana sanggup mengenepikan perbezaan politik, dengan bergabung dengan parti lawan untuk membantah isu lesen judi Piala Dunia.

"Pada majlis dialog lalu, masing-masing menyatakan pendirian bahawa kedua-dua pihak hanya bersetuju untuk bersatu dalam isu lesen judi sahaja, dan bukannya perkara-perkara lain. Ianya juga tiada kena mengena dengan tujuan politik," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran pelekat dan risalah membantah lesen judi GMJ, di sini.

Menurutnya, sejak gerakan itu ditubuhkan, jumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertainya kini bertambah kepada 30, berbanding 22 semasa pelancaran minggu lalu.

"Ini menunjukkan GMJ mendapat sokongan banyak pihak, sekali gus membuktikan isu lesen judi dibantah banyak pihak. Saya harap Pemuda UMNO memperbetulkan tafsiran mereka terhadap GMJ dan tidak membuat andaian negatif yang berbaur politik," katanya.

Mohd Nasir berkata, tindakan Pemuda UMNO juga menunjukkan sayap parti itu tidak menghormati rakan dalam parti komponennya dan tidak menghormati prinsip Pemuda Gerakan yang lebih bersikap terbuka.

Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, pihaknya bukan mempelawa Pemuda Gerakan sahaja untuk menyertai badan itu malah beliau sendiri lima kali menelefon Badrol Hisham untuk mengajak Pemuda UMNO namun tidak mendapat maklum balas.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada ulasan: