Khamis, 3 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Pemimpin Umno-BN jelas 'double standard' terhadap Hamas dan perjuangan

Posted: 03 Jun 2010 03:00 PM PDT


UMMAT Islam wajar memberi sokongan kepada gerakan Islam atau parti Islam yang jelas berpendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin hari ini. "Kita (PAS) hendak supaya hubungan persaudaraan Islam diperkuatkan dan orang Islam kena beri sokongan kepada gerakan Islam, parti Islam yang jelas menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Sedangkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak jelas sikap mereka. 'Double Standard' iaitu ketika Mahmood Abas dari Parti Fatah memerintah Palestin, mereka (Malaysia) bersama dengan Mahmood Abas dan Parti Fatah.


Tetapi, apabila Parti Hamas memenangi pilihan raya di Palestin. Mereka (pemimpin Umno-BN) mengambil sikap tidak menyokong Hamas tetapi terus mengambil sikap menyokong Fatah yang kalah pilihan raya," jelas AJK PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

Bahkan, katanya kerjasama kerajaan dengan sebuah Syarikat Yahudi APCO Worldwere merupakan bukti jelas bahawa Malaysia sekarang telah 'diresapi' oleh Yahudi. Menurutnya, agen Yahudi telah berada dalam kerajaan serta menguasai pemerintahan dan pentadbiran Negara ini. Malaysia tidak boleh membersihkan nama baik tersebut melainkan segera membuat pendirian memutuskan hubungan dengan Syarikat APCO.

"Di Malaysia, yang mewakili puak Amerika dan Yahudi adalah dari kumpulan Palestine Liberation Organization (PLO). Sepatutnya, kedutaan PLO tidak boleh berada di Malaysia dan perlu diganti dengan wakil kerajaan Hamas. Barulah, menampakkan Malaysia mengiktiraf kerajaan yang memenangi pilihan raya di Palestin iaitu Hamas," ujarnya.

detikdaily


Share

Karpal kemukakan alibi pergerakan Anwar

Posted: 03 Jun 2010 10:00 AM PDT

Thursday, 03 June 2010
Oleh erapakatan


KUALA LUMPUR : Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan pembelaan bahawa ketua pembangkang itu tidak berada dalam unit kondominium yang didakwa oleh pengadu Saiful bukhari Azlan sebagai tempat beliau diliwat.

Peguam Karpal Singh berkata Anwar berada di unit kondominium sebelah menghadiri mesyuarat dengan beberapa orang semasa Saiful mendakwa kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 antara pukul 3 hingga 4 .30 petang.

Hakim Zabidin Mohd Diah, pendakwaraya dan peguambela Anwar hari ini meninjau unit berkenaan di Desa Condominium yang dimaksukkan oleh Anwar itu sebelum perbicaraan bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saiful yang dipanggil semula memberi keterangan menafikan Anwar tidak berada di dalam unit Kondominium yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap ketua pembangkang.
Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Saiful: Tidak, Anwar di 11-5-1.

Karpal: Kau bohong.

Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.

Karpal kemudiannya memohon perbicaraan diteruskan secara tertutup. Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.

Karpal turut menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.

Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.

Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.

Saiful menjawab mereka melarikan diri. "Saya tak pasti," katanya.

Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.

Karpal keemudian bertanya sama ada dia sedar bahawa Faez diancam. Namun soalan itu dibantah oleh Ketua pendakwa, Datuk Mohd Yusof.

Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.

"Kami berpuas hati dengan perkembangan ini," kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.

Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia

Erapakatan

Share

4 pelajar sekolah lahir anak luar nikah

Posted: 03 Jun 2010 08:03 AM PDT

2010/06/03


KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.

Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.


Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.


Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.


Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. "Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. "Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak," katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan.

hmetro


Share

Presiden Umno Tidak Sertai Himpunan 100,000 Rakyat Kecam Israel

Posted: 03 Jun 2010 05:00 AM PDT



Presiden Umno Najib Abdul Razak menolak jemputan Pakatan Rakyat ke persidangan meja bulat mengecam serangan tentera rejim Tel Aviv keatas misi kemanusiaan Freedom Flotilla.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan menyeru Presiden Umno ini untuk turun berhimpun bersama rakyat di Kampung Baru, Jumaat depan.
Perhimpunan di ibu negara ini diadakan sebagai reaksi kepada serangan komando Tentera Laut Israel keatas konvoi membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Semenanjung Gaza, yang dihimpit sekatan ekonomi Mesir-Israel.
Pakatan Rakyat akan turut menganjurkan persidangan meja bulat membabitkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan pada jam 11 pagi di lokasi yang sama.
"Tidak, kita akan debat isu ini di Parlimen pada hari Isnin. Kita akan bentang usul mengecam serangan ganas Israel dan pencabulan hak asasi manusia," kata Najib kepada pemberita di Balai Polis Seapark, semalam.
Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pernah menyaksikan perhimpunan orang Melayu menentang penjajahan British.

tvs


Share

Lelaki terima panggilan maut

Posted: 03 Jun 2010 03:00 AM PDT

SIK - Seorang lelaki berusia 33 tahun mati dalam kereta, setelah ditembak beberapa das di kepala dan muka di Kampung Batu 8, di sini, kira-kira jam 8 malam semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa, Kia Chian Joo bersama seorang lagi rakan berumur lingkungan 40-an dalam perjalanan balik dari Baling ke Alor Setar.

Menurutnya, pada masa itu, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon seorang individu yang meminta mangsa menemuinya untuk urusan proses jual beli getah di kawasan itu.

"Mangsa bersama rakan kemudiannya bersetuju menemui individu terbabit dan mereka kemudiannya memandu kereta ke kawasan tempat kejadian sebelum membuat keputusan memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Namun tidak lama selepas itu, muncul sebuah kereta berwarna hitam berhenti bersebelahan kereta yang mereka naiki sebelum melepaskan beberapa das tembakan di muka dan kepala mangsa. Dia mati di tempat kejadian," katanya.

Zakaria berkata, rakan kepada mangsa sempat melarikan diri dari turut sama menjadi mangsa tembakan, walaupun suspek cuba berusaha mengejarnya, namun tidak berjaya dan dia terselamat.

"Mangsa bersama rakannya berasal dari Alor Setar, sehingga kini pihak polis masih mengesan motif sebenar kejadian tembakan itu dan kami percaya tindakan berkenaan dilakukan dengan niat membunuh.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Share

Pembetulan Kebinet, Mengecewakan Khairy dan Senator Boy

Posted: 03 Jun 2010 01:00 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

ROMBAKAN (sebenarnya pembetulan bagi saya) kabinet dilakukan Najib Razak  sekali lagi menyaksikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus kempunan untuk menjadi menteri bila menantu bekas PM itu tidak disenaraikan sebagai jemaah menteri.

Begitu juga gembar-gembur mengatakan orang bertanggunjawab meluluskan judi perlawanan bola sepak piala dunia Awang Adek Hussein kononnya akan dilantik menjadi menteri penuh, juga tidak kesampaian. Desas desus mengatakan Ahmad Shabery Chik akan digugurkan juga tidak menjadi kenyataan.



Sebaliknya apa yang berlaku Najib hanya membetulkan kabinetnya dengan menggugurkan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dengan memasukkan Kong Sho Ha untuk mengambil alih tenpat bekas presiden MCA yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu dua bulan lalu.

Kedudukan Cho Ha sebagai diganti oleh Chor Chee Heung yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kewangan yang cuba ditonjolkan sebagai orang bertanggungjawab dalam meluluskan judi bola sepak. Saya tidak fikir pertukaran Chee Heung itu kerana hukuman ke atasnya yang ditonjolkan sebagai insan bertanggungjawab meluluskan lesen judi itu.

Dalam pembetulan kabinet itu juga naib presiden kanan PPP, Senator Maglin Dennis D'Cruz dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan Komunakasi dan Kebudayaan. Perlantikan Denis D Cruz ini dilihat sebagai persiapan sekiranya M Mugiah yang kini bermasalah di dalam PPP terlucut jawatannya sebagai Presiden yang kini berebut dengan M Kayveas.

Kemasukan Maglin itu sebagai mengganti Heng Seai Kie.

Calon MIC untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor yang ditolak oleh Umno, G Palanivel pula dilantik sebnagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Perlantikan Palanivel ini dilihat sebagai pemenuhi janji - kompromi antara MIC dengan Umno semasa pertelingkahan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kesan dari 'perbalahan' Umno dengan MIC telah memberi keuntungan kepada MIC apabila selain dari mendapat kerusi Hulu Selangor MIC juga dapat satu lagi kerusi Timban Menteri.

Seorang wakil dari SUPP Richard Riot pula dilantik menjadi timbalan menteri luar negeri. Perlantikan Riot sebagai mengganti tenpat dikosongkan mendiang Robert Yew yang meninggal dunia baru-baru ini.

Anak Presiden MCA, Chua Tee Young pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Perlantikan ini dilihat sebagai latihan untuk anak Chua Soi Lek itu belajar politik untuk bergerak lebih jauh.

Dua lagi Naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pembetulan kabinet hari dilihat sebagai memenuhi kehendak parti komponen BN sahaja dan ia tidak melibatkan menteri-menteri Umno. Apakah tiada perubahan anggota menteri dan timbalan menteri melibatkan Umno itu menunjukkan prestasi mereka semuanya baik dan memuaskan.

Mungkin apa yang paling mengejutkan dalam pembetulan Kabinet ini apabila tidak disenaraikan Senator Boy sebagai anggota kabinet. Sebelum ini budak-budak senator boy telah menjaja ke seluruh negara hingga ke Bachok dan Gua Musang kononnya senator boy akan dilantik menjadi anggota kabinet.

Beliau kononnya akan di letak di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan khas untuk menjaga kaum belia dalam negara ini . Kesimpulannya pembetulan kabinet dilakukan Najib hari ini benar-benar mengecewakan penyokong Khairy Jamaluddin dan senator boy (Ezam Mohammad Noor).

Kedudukan ini menepati apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa Najib tidak akan melakukan rombakan Kabinet melibatkan anggota menteri Umno kerana ekoran kedudukan parti itu kecil buat masa ini. Situasi ini menyebabkan Najib tidak mempunyai banyak pilihan melainkan mengekalkan menteri, timbalan menteri yang sedia ada. Beliau juga tidak akan menukar ganti menteri dan timbalan menteri Umno bagi mengelakkan timbul suasana tidak senang kepadanya. Sesungguhnya Najib sangat takut kepada kecelaruan.



detikdaily


Share

Dipaksa melacur untuk dapatkan makanan

Posted: 02 Jun 2010 11:00 PM PDT

Jual diri jika mahu makan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/06/03

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan gadis remaja bawah umur dipaksa melacur oleh satu sindiket pelacuran jika mahu mendapatkan makanan.

Difahamkan, kumpulan gadis warga Filipina terbabit perlu melayan pelanggan sebaik mungkin dan tip daripada layanan yang diberi akan diserahkan kepada ibu ayam sebelum digunakan untuk membeli makanan.

Namun jika gagal mendapatkan tip daripada pelanggan, mereka dihukum ibu ayam terbabit dengan dibiarkan kelaparan sedangkan wang bayaran perkhidmatan pelacuran RM350 diambil sindiket.


Berdasarkan maklumat, semua lapan gadis berusia 14 hingga 27 tahun terbabit diperdaya seorang ibu ayam yang mengajak mereka datang ke Sandakan, Sabah kononnya untuk bekerja sebagai pelayan restoran dengan gaji lumayan RM2,500 sebulan.


Tertarik tawaran itu, semua mangsa yang berasal dari selatan Filipina diseludup ke negara ini menggunakan bot laju sebelum disembunyikan di sebuah rumah di Sandakan, Sabah.


Mangsa bagaimanapun dipaksa melacur dengan modus operandi dihantar sindiket menaiki kenderaan kepada pelanggan yang membuat tempahan sama ada mengikut jam atau sekali perkhidmatan dengan kadar RM150 hingga RM350.


Difahamkan semua wang bayaran khidmat pelacuran itu diambil keseluruhannya oleh sindiket manakala mangsa diarah mencari wang tip sendiri.


Bagaimanapun, selepas lebih dua bulan dipaksa melacur dengan tidak diberi makan, mangsa nekad melarikan diri dari rumah itu sebelum meminta bantuan seorang pesara tentera yang ditemui di hadapan sebuah kedai.


Lelaki berusia 40-an itu segera membantu dengan membawa semua mangsa menaiki dua teksi menuju Telupit, Sabah bagi mengelak dijejaki sindiket terbabit.


Pesara tentera berkenaan menempatkan semua mangsa di sebuah hotel murah beramai-ramai sebelum menghubungi pihak berkuasa.


Difahamkan, ketika ditemui semua gadis terbabit dalam keadaan trauma dan ketakutan melampau berikutan pengalaman ngeri pernah dialami selepas dijual sebagai hamba seks.


Semua mangsa sengaja ditakutkan ibu ayam terbabit mereka akan ditahan pihak berkuasa jika melarikan diri berikutan tidak mempunyai pasport dan dokumen perjalanan sah ke Malaysia.


Berdasarkan soal siasat polis, mangsa mendakwa pernah tidak diberi makan tiga hari oleh ibu ayam selepas gagal memperoleh tips daripada pelanggan.


Namun mangsa dianggap bijak kerana sempat melarikan gambar 'ibu ayam' terbabit yang turut mengandungi maklumat nama serta alamat pada belakang gambar itu sebelum bukti itu diserahkan kepada polis.


Bersandar maklumat penting itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Mawar, Sandakan, sebelum memberkas ibu ayam terbabit yang tinggal di rumah berkenaan bersama seorang ahli sindiket lelaki berusia 41 tahun Hasil siasatan lanjut mendapati ibu ayam berusia 25 tahun itu wanita warga Filipina, namun mempunyai dokumen perjalanan masuk sah ke negara ini dan dipercayai pernah memperdaya ramai gadis.

hmetro


Share

Kabinet Senator - Petanda Umno-BN Bakal Hancur

Posted: 02 Jun 2010 09:00 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM 2 Jun - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan tindakan yang bertentangan dengan prinsip KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang beliau sendiri laungkan.
"Najib cenderung untuk memilih mereka yang dirasakan mudah bekerja untuk kepentingannya. Beliau mengenepikan pandangan akar umbi dengan melantik kroni menjadi menteri melalui jawatan senator.
"Secara rasionalnya, kredibiliti barisan kabinet itu terletak kepada kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri dan lantikan barisan kabinet baru ini sebenarnya akan memburukkan lagi imej negara," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurut Abdullah Sani lagi, Najib masih lagi mahu melantik orang yang diragui prestasi dan rekodnya, malahan ada di antara mereka turut terpalit dengan beberapa skandal yang melibatkan dana awam dengan jumlah peruntukan yang besar.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak melantik ahli parlimen di kalangan Umno seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad yang dilihat lebih baik dan meyakinkan.
"Individu seperti ini boleh memberikan harapan kepada rakyat untuk melaksanakan tugas dan amanah. Saya menganggap kestabilan politik dalam Umno-BN bagaikan 'telur di hujung tanduk'.
"Mereka ini tidak lagi relevan dan bakal hancur dan ini adalah ketentuan Ilahi," katanya lagi.
Tambah beliau, semua ini berpunca apabila kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada orang yang berwibawa.
"Saya cadangkan Datuk Seri Najib Razak segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana jawatan itu tidak sesuai untuk beliau," katanya dalam nada sinis.

SK


Share

'Merangkak di kawasan berlumuran darah'

Posted: 02 Jun 2010 07:00 PM PDT



Jun 2, 10

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi Isnin lalu.

Menceritakan insiden itu melalui telefon setelah dihubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata aktivis Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu.

Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi mereka pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari ini.

Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.

Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.

"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.

Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.

"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.

"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.

malaysiakini


Share

Model dipenjara kerana benarkan tubuhnya diraba

Posted: 02 Jun 2010 05:00 PM PDT


ROM - Model seksi majalah lucah Playboy, Brigitta Bulgari dihukum penjara selepas didapati membenarkan remaja sekolah berumur 15 tahun meraba-raba dirinya dalam satu persembahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang hakim Itali mereman gadis berambut perang yang berusia 27 dan berketurunan Hungary itu selepas dia melihat rakaman video telefon bimbit mengenai tarian erotik tersebut.

Rakaman itu didakwa menunjukkan beberapa orang remaja menyentuh punggung model tersebut dalam satu persembahan erotik.

Hakim Giuiliano Mignini menolak satu permohonan ikat jamin dengan berkata: "Saya terfikir risiko sama ada dia akan berhubung dengan remaja tersebut semula selepas ini.

"Saya berpendapat tindakan menghukum Brigitta di penjara buat sementara waktu merupakan tindakan yang betul," ujarnya.

Model majalah lucah itu disabitkan dengan kesalahan melakukan persembahan tidak senonoh di hadapan remaja di bawah umur.

Namun peguam bela model seksi itu, Bruno Oberta dengan marah berkata: "Saya berpendapat hakim tersebut terlalu bias terhadap wanita seksi. - Agensi/kosmo

Share

Tiada ulasan: