Rabu, 30 Jun 2010

Era Pasca

Era Pasca


Shahidan cover NAJIB pulak... kahkahkah

Posted: 30 Jun 2010 12:37 AM PDT

Kalakar tengok isu ULAMAK MUDA nih... 

Belah sini kata depa bukan Ulamak!
Belah sinun kata depa 40Penyamun!
Belah sana kata depa Ular dalam semak!
Belah atas kata depa lah Ulamak yang betul!
Belah bawah lak kata mereka nih Ulamak yang kena tipu ngan Shahidan!
Belah rotan kata TAK PERNAH NAMPAK Ulamak nih!
Belah je lah pulak kata mereka nih Ulamak Pensyarah!

Sebab tu kalau korang pasan aku malas amik port pasal citer Ulamak Muda (kunonnye) nih....

Sebab pada aku lantak lah! kalau Pencurik atau Pembunuh nak masuk Umno pun apa aku kesah!? Jangan terkejut nanti kalau ShahrukhKhan dengan Obama masuk UMNO lak nanti... Kompem MELETUP isu ini.... Kahkahkah

Korang pikir sat soklan aku nih... APA KEPENTINGAN ULAMAK (depa kata Ulamak) pada diri aku ini apabila mereka masuk UMNO? kahkahkah

bzzzz.... Malas layan isu ini... yang aku nak posting kali ini pasal kes SHAHIDAN yang sanggup memalukan diri untuk cover-up kes ada Ulamak (ngaku ulamak) yang cakap depa kene tipu... Korang baca betul2... Kompem korang cakap macam SERKES...!

baca... SHAHIDAN sangkal tuduhan bahawa dia menipu tempoh hari!

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang 'ulama' untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka.
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.

"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur," katanya.

Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai Umno.

Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai Umno.

Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama" itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu.

- Bernama

Hishamudin ngaku tembak saspek! bukan penjenayah! AMINULRASHID camne?

Posted: 29 Jun 2010 09:08 PM PDT

Hishamudin nih mabuk kepayang ke? Tetibe leh ngaku POLIS tembak orang dalam dan luar lokap? Dan orang yang POLIS tembak dan BUNUH itu adalah seorang saspek! atau bahasa yang mudah di fahaminya ialah seperti kes adik AMINULRASHID... 
Adik AMINULRASHID di jatuhkan hukum tembak sampai mati oleh Polis Raja Di Malaysia setelah MAKAMAH tidak menjatuhkan apa-apa hukum bahawa dia bersalah ataupun tidak... HEBAT BUKAN!?
Siapa POLIS untuk menjalankan hukum? Siapa Hishamudin untuk membiarkan perkara ini berlaku tanpa mengambil sebarang tanggung jawab?

Kenapa perkara ini boleh berlaku...? Kalau ISA menangkap orang tanpa bicara, POLIS boleh tembak orang tanpa bicara ke? Ini ke yang di ajar oleh APCOUMNO? Korang pikir-pikir lah...
 
Petikan kata HISHAMUDIN di MALAYSIAKINI,
A total of 279 suspects have been shot dead by the police between 2000 and 2009, while 147 died in police lockup during the same period, revealed Home Minister Hishammuddin Hussein today.
Korang renungkanlah.... Agak-agak korang dalam 279 kes nih ada termasuk tak kes Aminulrashid dan kes TBH dan jugak kes BALA!? Silap-silap ALTANTUNYA punya kes pun temasuk sekali kut.... Ialah sape bunuh Altantunya kalau bukan 2orang polis yang tak menerima arahan sape-sape tu.....!?

NAJIB KATA NAK BOIKOT COCA COLA

Posted: 29 Jun 2010 03:45 AM PDT

KLAU DI KISAHKAN SUKARELAWAN MALAYSIA YANG KENA SERANG DENGAN ISRAEL ...HUIIIH KERAJAAN NAJIB NAMPAK MARAH..

ORANG NAJIB NAMPAK MARAH..
PENYOKONG NAJIB NAMPAK MARAH..
RAKYAT NAJIB PON NAMPAK MARAH..

'MARILAH KITA SAMA-SAMA BOIKOT BARANGAN ISRAEL'
ISRAEL NI TAK GUNA,JAHAT...

KALAU DENGAR PERHH!! NAIK SEMANGAT..TAPI KALAU LIHAT VIDEO NI UMMPHH!!!

HAMPEHHH....



Posted by CUPING MERAH at 02:18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.