Rabu, 30 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


Nazri disyorkan potong elaun RM10.00

Posted: 30 Jun 2010 02:00 AM PDT

Janganlah buat lawak 10 sen Nazri.

Parlimen bukannya tempat jual petai dan sambal tempoyak.

Janganlah mencemarnya dengan cakap bohong. Kamu sorang je yang suka berbohong atau memang orang Umno semuanya perangai macam ni?

Jangan kerana wujud beberapa kerat ahli Parlimen yang layak jadi pak badut boleh mencemar serta menjatuhkan kewibawaan Parlimen.

Integriti serta kewibawaan sesebuah Parlimen tidak memadai dengan ucapan memohon maaf, disyorkan elaunnya dipotong RM10.00.

Bukan jumlah potongan yang menjadi ukuran, tapi kebertanggungjawapan amat dituntut. [sumber.]

Iman dan Aqidah Orang Umno dah mantap?

Posted: 29 Jun 2010 10:47 PM PDT

Tu dia, dah buat perancangan baik punya.

Nak perkuatkan iman dan aqidah umat Islam. Dia tak sebut pulak iman dan aqidah orang-orang Umno. Ini bermakna iman dan aqidah orang-orang Umno, semuanya sudah kuat-kuat dan mantap.

Dia guna slogan Islam for All, hampir-hampir sama dengan PAS for All.

Agak-agak selepas ini mungkin rancangan hiburan di TV milik mereka dan yang sewaktu dengannya akan buat kelainan.

Besar kemungkinan setiap selepas 4 lagu akan diadakan tazkirah. Mungkin di setiap program realiti yang bercorak hiburan akan menjemput salah sorang dari mereka menjadi juri.

Mungkin mereka akan dilantik menjadi panel syariah pada setiap program hiburan. Penyanyi, pelakon dan penonton mungkin akan meminta nasihat 'syariah' sebelum sesuatu 'show' diadakan.

Mungkin selepas ini dia akan buat satu garis panduan atas kapasiti penasihat syariah untuk pemilihan jawatan.

Mungkin diletak syarat 'sumbangan ikhlas' paling minimum kepada penyokong untuk sesuatu jawatan. Jumlah 'sumbangan ikhlas' bergantung kepada tinggi rendah...... serta.....penting tak penting sesuatu jawatan. [sumber .]

Nota:

Sedikit musykil, kenapa tidak dikuatkan iman dan aqikah ahli-ahli dan pimpinan Umno yang ada......jawapannya.....nak mampuih.

Perahu Berundur di Jeram Yang Deras?

Posted: 29 Jun 2010 06:00 PM PDT

Ajal maut di tangan Allah SWT. Sesiapa yang pergi menghadapNYA dengan hati yang sejahtera, maka berbahagialah kehidupannya di sana.

Sehubungan dengan kes Tan Sri Khalid, jika ditakdirkan beliau ber'undur', ini adalah untuk kebaikan Pakatan Rakyat khususnya dan rakyat Selangor amnya.

Walau apapun perubahan yang akan berlaku, diharapkan ia dibawa berbincang dengan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat, yakni DAP dan PAS, kerana Kerajaan yang masih bertahan adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Selain dari Umno di luar sana, rakyat terutama penyokong yang tidak berparti akan membaca setiap ruang dan niat serta sebarang tindak-tanduk dan keputusan yang dibuat, samada ia secara konsensus atau sebaliknya.

Berubah untuk kebaikan, sangat-sangat dituntut, tetapi jika ia hanya menuju kepada kehancuran, rakyat di luar sana akan mengutuk dan di ketika itu usah bercakap pasal terlajak perahu boleh diundur kerana mana mungkin perahu boleh berundur jika perahu berada di jeram yang deras.

al-brangi:

Kita pakat tengok 'riwayat' Umno setakat mana nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.