DIALOG RAKYAT |
- Sistem kehakiman sudah tidak bebas ?
- Awan berbentuk jenazah
- PAS Selangor alu-alukan Azmin Ali
- Tian Chua fail kebenaran merayu esok
- Tok Batin, ADUN Perak lawat Sarawak
- KDN putus status permit Suara Keadilan esok
- DAP: Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman
- Bertasbih tapi menghalalkan yang haram
- Tidak keluar lesen judi kerana agama?
- Pengundi: Umno punca Melayu tidak daftar
- Americk: SPRM benar Bala ditemani peguam 5 Julai
- Peguam Anwar Failkan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan
- BN Beri Amaran Kepada Ketua Kaum Di Sarawak
- Sultan Johor Tamatkan KMJ 2010, Peroleh Lesen Memandu Keretapi
- Universiti Malaysia Perlu Belajar Kesan Keganasan Pelajar
- Peningkatan Kes Babitkan Kanak-Kanak Membimbangkan: Shahrizat
- Suara Keadilan Diberi Tempoh Seminggu Jawab Isu Felda Muflis
- 40 Orang Ulamak Masuk Umno – ‘Pendustaan berterusan; dulu, kini dan Selamanya’
- Shaziman: Parlimen tidak akan dipindahkan
- PBB tubuh unit siber tangkis pembangkang, blog
- KJ berusaha menangi undi orang muda?
- Mahkamah arah k'jaan dedah perjanjian konsesi air
- Daftar online selesai semua masalah
- Tambah 1,000 Pasti lagi pada masa depan
- Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid
| Sistem kehakiman sudah tidak bebas ? Posted: 28 Jun 2010 11:20 PM PDT DETIK DAILY KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengekalkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menimbulkan kontroversi. Ia menjadi perdebatan ramai ekoran keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 ke atasnya selepas didapati bersalah mengigit seorang penjawat awam yang bertugas. Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, menjelaskan kelayakan seorang ahli Parlimen gugur jika beliau dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat keampunan Bagi menjelaskan kontroversi ini, TARMIZI MOHD JAM mendapatkan pengamatan pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkenaan simpang-siur isu ini. Apa pandangan profesor terhadap kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu? PROF. DR ABDUL AZIZ BARI: Saya fikir isu ini mudah dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan. Kalau kita lihat undang-undang ia cukup jelas di mana Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 48(1)(e) jelas menyebut bahawa Tian Chua hilang kelayakan kerana beliau telah disabitkan dengan satu kesalahan dan dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000. Dalam kes ini, Tian Chua didenda RM2,000 jadi apa yang tidak jelas? Saya setuju dengan pandangan yang sama yang dinyatakan oleh YB Karpal Singh dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato' NH Chan. Malaysia menjadi bahan ketawa dunia kerana bertengkar dalam soal yang cukup jelas. Orang biasa yang tak belajar undang-undang pun tahu maksud "tidak kurang daripada dua ribu". Apa yang hendak dibelit lagi? Kalau begitu apa yang jadi kelam kabut dan timbul macam-macam pandangan tentang sama ada Tian Chua masih atau telah terbatal kedudukannya sebagai ahli parlimen? Saya rasa kita tahu kenapa jadi begitu. Kita tahu kenapa Tian Chua diseret ke mahkamah dan disabitkan. Tetapi selepas kekalahan di kubu mereka di Sibu, Barisan Nasional (BN) jadi takut. Kita boleh faham kenapa SPR sendiri dengan tiba-tiba macam tidak begitu berminat mengadakan pilihan raya. Dan saya sendiri pelik kenapa soal mengelakkan pilihan raya kecil disebut oleh Hakim Dato' Ghazali Cha. Apakah Profesor menganggap kenyataan hakim berkenaan tidak betul? Saya tidak fikir hakim berkenaan patut berkata begitu. Kita kena sedar bahawa kes Tian Chua ialah kes jenayah dan dengan itu ia perlu ditangani mengikut undang-undang jenayah. Kalau beliau bersalah beliau perlu dihukum mengikut undang-undang. Pada saya hakim tidak perlu mengambilkira kesan hukuman itu; itu pertimbangan politik bukan undang-undang. Macam juga kes Bung Mukhtar yang berpoligami tanpa kebenaran. Hukumlah mengikut undang-undang yang berkenaan. Jangan kaitkan benda yang tidak relevan. Dan saya amat prihatin dengan kenyataan YB Tian Chua yang menyebut bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak melayan hujahnya yang mahukan keterangan yang diterima oleh majisteret dalam mensabitkan dirinya. Ini cukup penting bagi saya; yakni sama ada benar Tian Chua menggigit anggota polis berkenaan sebagaimana yang dituduh atau sebaliknya. Mengandaikan Profesor menjadi hakim dalam kes Tian Chua ini, apa yang akan Profesor akan lakukan? Kalau saya duduk di situ, saya akan timbangkan hujah Tian Chua yang mempertikaikan bukti-bukti yang diterima dalam mensabitkan beliau. Kalau majisteret itu betul, kekalkan hukuman yang dikenakan ke atas Tian Chua. Kalau tidak batalkan keputusan majisteret itu dan bebaskan Tian Chua. Apa kaitan dan relevannya soal pilihan raya kecil? Di sinilah kesalahan hakim mahkamah tinggi itu. Mungkin dia tidak baca dengan teliti peruntukan perlembagaan tadi walaupun beliau hendak mengelakkan pilihan raya kecil. Apa pun saya sudah katakan tadi, ini tak betul kerana tak ada kaitan. Kalau Tian Chua bersalah dia perlu dihukum; soal sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau tidak tidak ada kaitan. Kerana kesilapan hakim itu seluruh negara jadi kelam kabut sebab isu yang kecil ini. Kita semua jadi bodoh kerana membincangkan satu benda yang cukup jelas; yang tidak ada keraguan. Apa yang menyebabkan kelam kabut ini timbul? Pada saya mudah sahaja. Inilah yang berlaku apabila kehakiman sudah tidak bebas. Walaupun ada pihak yang akan menafikan, kita tahu, berdasarkan kes-kes yang dibawa ke mahkamah, undang-undang dibaca dengan pelik dan ganjil. Saya tidak fikir kita tidak tahu mengapa Tian Chua dibawa ke mahkamah. Dan kita tahu mengapa beliau disabitkan atas keterangan yang begitu dipersoalkan. Saya tak nampak logiknya Tian Chua menggigit anggota polis. Lainlah kalau kita memang anti Tian Chua dan sentiasa mencari jalan untuk membatalkan kerusi parlimen yang disandangnya. Profesor menyebut kehakiman yang tidak bebas; boleh huraikan lebih lanjut khususnya dalam konteks kes Tian Chua ini. Pertama bebas atau tidak itu adalah soal tanggapan, soal persepsi. Tetapi ini kita rumuskan berdasarkan apa yang berlaku di depan mata kita. Dalam kes Tian Chua ini seperti yang saya katakan tadi ia perlu diputuskan berdasarkan undang-undang; khususnya undang-undang jenayah dan undang-undang keterangan. Bukan kerja hakim untuk mengatakan bahawa pilihan raya kecil patut diadakan atau tidak. Hakim patut mengelakkan dari dari meletakkan mahkamah dalam kontroversi. Sekarang ini kita lihat ada dua aliran; yang pertama kes-kes diputuskan dengan cara membaca undang-undang melalui cara yang ganjil dan luar biasa dan yang kedua kita lihat hasil akhirnya sering memihak kepada Barisan Nasional (BN). Saya tak fikir ini satu kebetulan. Semacam ada sesuatu yang dirancang. Apalagi bila undang-undang tidak dibaca dengan betul. | ||||
| Posted: 28 Jun 2010 10:46 PM PDT SABAH DAILY
| ||||
| PAS Selangor alu-alukan Azmin Ali Posted: 28 Jun 2010 10:45 PM PDT
PAS Selangor mengalu-alukan perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang baru. Perlantikan ini diyakini akan dapat memantapkan lagi jentera PKR Negeri Selangor selain menyumbang ke arah memperkasakan lagi jentera Pakatan Rakyat Negeri Selangor khasnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Selain itu PAS Selangor akan mengaturkan pertemuan segera dengan beliau bagi menyelaraskan gerak kerja politik antara kedua-dua parti selain menantikan kehadiran beliau dalam mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat Negeri Selangor.
PAS Selangor terus komited untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat bukan hanya dalam mempertahankan Negeri Selangor dengan lebih mantap lagi malah menyumbang ke arah kejayaan untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang. *Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir, selaku Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS negeri Selangor. | ||||
| Tian Chua fail kebenaran merayu esok Posted: 28 Jun 2010 10:23 PM PDT PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang @ Tian Chua akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan kesalahannya kerana mencederakan seorang anggota polis. Peguamnya, Ranjit Singh ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengemukakan fail permohonan itu ke pejabat pendaftar esok pagi.
Beliau berkata, permohonan untuk kebenaran merayu itu akan menjurus terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret, dan bukannya rayuan mengenai hukuman yang membabitkan denda sebanyak RM2,000. "Memandangkan perkara ini pada awalnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Majistret, rayuan tidak boleh dikemukakan secara terus di Mahkamah Rayuan, dan ia berbeza dengan prosedur di Mahkamah Sesyen. "Jadi selepas failkan permohonan itu, kita akan tunggu sama ada Mahkamah Rayuan akan membenarkan kes Tian Chua untuk didengar disitu atau tidak, terpulang kepada hakim yang menerima kes ini," katanya. Sementara itu, Tian Chua ketika dihubungi berkata rayuan yang dikemukakan ini merupakan usahanya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, bukannya untuk mempertikaian denda yang dikenakan ke atasnya sekaligus membuktikan kesahihan status sebagai Ahli Parlimen. "Walaupun penetapan hukuman denda telah menjadi pertikaian umum, permohonan untuk menangguhkan hukuman bagi rayuan akan dikemukakan, sebahagian besarnya bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mempertahankan sabitan tersebut," katanya. Terdahulu, Tian Chua, 46, didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar pada kira-kira pukul 10.45 pagi, 11 Disember 2007, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Beliau didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pada 22 Oktober tahun lepas, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan didenda RM3,000 terhadap Tian Chua. Setelah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Ghazali Cha pada 17 Jun lalu mengurangkan hukuman tersebut kepada denda RM2,000 atau penjara dua bulan, atas pertimbangan mahu mengelak satu lagi pilihan raya kecil di adakan. | ||||
| Tok Batin, ADUN Perak lawat Sarawak Posted: 28 Jun 2010 10:18 PM PDT
Penasihat khas di pejabat ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Malaysia bukan sahaja dilimpahkan dengan kekayaan pelbagai sumber asli tetapi keunikan budaya dan warisan yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum. "Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana kita hidup aman dan mesra antara satu sama lain dan perbezaan kaum tidak harus menjadi satu masalah atau penghalang pembangunan negara tetapi menambahkan kekayaan negara. "Jangan jadikan perbezaan kaum, budaya dan agama di kalangan rakyat Malaysia satu bahan pertelingkahan yang akan menjatuhkan negara kita. Biarlah ia menyatupadukan kita," katanya pada majlis makan malam, anjuran Kerajaan Sarawak sempena lawatan Tok-tok batin Orang Asli negeri Perak ke Sarawak, di Kuching, malam semalam. Seramai 166 Tok Batin serta beberapa ADUN Perak melawat negeri Sarawak selama tiga hari, bermula Ahad. Rombongan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan Negeri Perak, Datuk Sa'arani Mohamad melawat di sekitar bandar raya Kuching dan juga destinasi pelancongan seperti Kampung Budaya Sarawak. Dalam ucapan balas, Sa'arani berkata lawatan ke Bumi Kenyalang akan menyuntik semangat kepada para peserta rombongan yang juga penghubung atau wakil kerajaan dengan rakyat setempat untuk mendokong hasrat kerajaan dan meneruskan keseinambungan pembangunan negara. | ||||
| KDN putus status permit Suara Keadilan esok Posted: 28 Jun 2010 10:16 PM PDT
Sehubungan itu, beliau juga perlu menjawab kesemua tiga surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan oleh kementerian itu sebelum ini. Tambahnya, akhbar itu juga diberikan tempoh selama tujuh hari untuk satu lagi surat tunjuk sebab yang dikemukakan dalam pertemuan Dzulkarnain dengan KDN semalam. Sementara itu menurut Bernama, dua surat tunjuk sebab pada Januari dan April itu, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian.Satu lagi surat pada Februari adalah berkaitan tiga laporan akhbar tersebut, bertajuk "Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas", "BN Bolot Jualan Saham Pernas" serta "Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan. Surat terbaru yang dikemukakan dalam satu pertemuansemalam pula menuntut penjelasan berhubung satu laporan dalam edisi terbaru akhbar tersebut, yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis. Pertemuan selama satu jam itu dihadiri ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam, timbalannya Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz serta Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad. | ||||
| DAP: Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman Posted: 28 Jun 2010 10:14 PM PDT
Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman. Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang. Trend lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya 2008 juga disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peningkatan pendaftaran pengundi bukan Melayu adalah kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina. | ||||
| Bertasbih tapi menghalalkan yang haram Posted: 28 Jun 2010 10:12 PM PDT
| ||||
| Tidak keluar lesen judi kerana agama? Posted: 28 Jun 2010 10:05 PM PDT
| ||||
| Pengundi: Umno punca Melayu tidak daftar Posted: 28 Jun 2010 10:05 PM PDT
| ||||
| Americk: SPRM benar Bala ditemani peguam 5 Julai Posted: 28 Jun 2010 05:10 PM PDT Dalam surat yang dihantar kepada pegawai penyiasat kes Balasubramaniam, peguam detektif persendirian itu Americk Sidhu berkata, beliau difahamkan SPRM telah bersetuju untuk membawa bersama peguamnya. Salinan surat yang dihantar kepada pegawai penyiasat SPRM Penguasa Abdul Rahman Bachok turut dipanjangkan kepada The Malaysian Insider. Dalam surat itu Americk mendakwa walaupun pegawai berkenaan sebelum ini menyebut yang peguam Balasubramaniam tidak akan dibenar hadir bersama, tetapi pegawai kanan suruhanjaya telah memberi "lampu hijau" membenarkan peguam pilihan dibawa bersma. Americk berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehnya SPRM akan membenarkan seorang peguam mengiringi Balasubramaniam pada sesi diambil keterangan kelak. "Anda (Abdul Rahman) membayangkan dalam surat bertarikh 21 Jun lalu bahawa protokol SPRM tidak membenarkan kehadiran peguam ketika pegawai SPRM mengambil keterangan daripada saksi. "Kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak bersetuju dengan pandangan anda memandangkan pelanggan saya mempunyai hak di bawah perlembagaan untuk memiliki seorang peguam pilihannya ketika diambil keterangan dan ini akan mengatasi apa jua protokol yang pejabat anda amalkan," katanya. Selain itu kata Americk, pihaknya juga gembira dengan maklumat terbaru ekoran jaminan Pengarah Siasatan Mustafar Ali, sebagaimana disiarkan dalam media baru-baru ini bahawa seorang peguam akan dibenarkan pada 5 Julai ini. "Oleh itu kami akan menunggu kehadiran anda (SPRM) di London pada 5 Julai ini," kata Americk dalam surat itu. Oleh itu kataya, Balasubramaniam akan membawa kesemua dokumen berkaitan untuk tujuan memberi keterangan kepada SPRM pada tarikh berkenaan. Kelmarin Americk memberitahu The Malaysian Insider bahawa SPRM akan menemui Balasubramaniam minggu pertama bulan depan, tetapi sama sekali tidak membenarkan peguamnya hadir sama. SPRM akan menemui Balasubramaniam di London pada 5 Julai ini. Americk berkata, pihaknya kini di peringkat akhir perundingan dengan SPRM. "Semua sudah dibincangkan kecuali SPRM tidak mahu membenarkan peguam kami untuk hadir sama apabila mereka menemu bual subjek (Balasubramaniam). "Kami tidak bersetuju dengan ini, dan kami akan mengetahui hasilnya minggu depan," kata Americk lagi. | ||||
| Peguam Anwar Failkan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan Posted: 28 Jun 2010 05:09 PM PDT TV SELANGOR Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk penuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas. Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya Karpal Singh tengah hari ini. Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen dokumen itu. Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya. Katanya Mohd Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tapa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat. Perbicaraan disambung 14 Julai. | ||||
| BN Beri Amaran Kepada Ketua Kaum Di Sarawak Posted: 28 Jun 2010 05:05 PM PDT TV SELANGOR Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin. "Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di Samarahan hari ini. Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum. Manyin berkata oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat. Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun. | ||||
| Sultan Johor Tamatkan KMJ 2010, Peroleh Lesen Memandu Keretapi Posted: 28 Jun 2010 05:04 PM PDT BERNAMA JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini tiba di JB Sentral setelah menamatkan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, dengan menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama yang meliputi empat daerah di negeri ini. Baginda dan rombongan diraja serta peserta kenamaan tiba di JB Sentral pada pukul 5 petang dan disambut kira-kira 500 rakyat jelata. Selepas memandu sendiri kereta api dan melakukan prosedur 'turn table' bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan pada pagi ini, Sultan Ibrahim telah layak menerima Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26. Lesen itu diserahkan kepada baginda oleh Presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan pada satu majlis di stesen tersebut. Dengan itu juga, baginda menjadi sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari sejak Jumaat lepas. Ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) dan sijil pengiktirafan disampaikan kepada baginda oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi. Dalam ucapan pada majlis penutupan kembara itu di JB Sentral, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman melahirkan rasa bangga rakyat Johor atas kejayaan Sultan Ibrahim memperoleh lesen tersebut. "Sesungguhnya Kembara Mahkota Johor 2010 ini sangat istimewa kerana Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri memandu kereta api," katanya. KMJ edisi ke-12 dimulakan pada 2001 hasil cetusan Sultan Ibrahim sendiri ketika menjadi Tunku Mahkota Johor yang bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat itu turut disertai isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris, dan dua anakanda baginda iaitu Tunku Aminah serta Tunku Idris. | ||||
| Universiti Malaysia Perlu Belajar Kesan Keganasan Pelajar Posted: 28 Jun 2010 05:03 PM PDT BERNAMA SINGAPURA: Universiti di Malaysia boleh mengelak dijadikan tempat untuk merekrut anggota oleh kumpulan ekstremis jika pegawai tinggi dan anggota keselamatan mereka dilatih mengesan aktiviti keganasan, menurut sebuah firma perunding keselamatan hari ini. Joshua Kwai, pengarah dan perunding prinsipal CFE Homefront Security Consultancy (IHSC) berkata tanpa latihan sewajarnya, bukan mudah untuk mengesan sesuatu yang tidak jelas. Beliau mengulas pendedahan pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini mengenai operasi militan oleh kumpulan ekstremis, seperti Jemaah Islamiah, yang menggunakan universiti awam untuk merekrut pelajar antarabangsa sebagai anggota baru mereka. Dilaporkan beberapa pensyarah daripada universiti berkenaan turut dikatakan terbabit dalam menyebarkan fahaman ekstremis itu. Dalam temu bual dengan Bernama di sini, Kwai berkata institusi pengajian tinggi boleh mengambil peranan proaktif dalam menghadapi ancaman atau cabaran baru itu dengan melengkapi warga kerja peringkat tinggi, bahagian kawalan dan keselamatan mereka dengan pengetahuan mengenai langkah menangani keganasan. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan luar terutama daripada firma perunding keselamatan untuk mengkaji atau menyemak dasar atau standard prosedur operasi keselamatan mereka untuk membendung ancaman atau pelanggaran peraturan keselamatan, katanya. IHSC ialah divisyen perniagaan ICFE (Pemeriksa Jenayah Siber dan Forensik Antarabangsa) Group of Companies yang mengendalikan pengurusan risiko penipuan, penyiasatan dan pencegahan, dengan mempunyai pejabat di Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Divisyen itu, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan keselamatan, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di Singapura dan antarabangsa. Kwai berkata IHSC mempunyai semua perkidmatan penting yang diperlukan untuk memberi panduan kepada mana-mana pihak untuk menghadapi sebarang aktiviti atau perbuatan jenayah yang boleh memberikan ancaman, bukan sahaja kepada entiti tetapi juga negara. Katanya terdapat banyak peluang bagi IHSC memperluaskan perniagaannya di Malaysia, berbanding dengan Singapura berikutan pasarannya semakin tepu ekoran mempunyai terlalu ramai pemain tempatan dan antarabangsa manakala projeknya sedikit. Kwai berkata beliau merancang membangunkan IHSC daripada divisyen perniagaan kepada anak syarikat dalam lima tahun lagi, dan membuka lebih banyak pejabat daripada tiga sedia ada, di lokasi baru seperti Thailand, Indonesia, Brunei, China, India, Jepun dan tempat lain di Asia Pasifik dan Timur Tengah. Mengenai kerjaya sebagai anggota keselamatan, katanya mereka perlu berbangga dengan kerja mereka dan menjalankan tugas secara profesional. | ||||
| Peningkatan Kes Babitkan Kanak-Kanak Membimbangkan: Shahrizat Posted: 28 Jun 2010 05:02 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Perangkaan kes-kes penderaan fizikal, cabul kehormatan dan rogol melibatkan kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan apabila kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencecah 2,193, bagi tempoh Januari hingga sekarang. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata statistik PDRM juga menunjukkan peningkatan dua kali ganda kes-kes itu di mana 2,236 kes dilaporkan pada 2005 dan 5,744 pada 2008. "Kes kehilangan kanak-kanak juga membimbangkan dengan jumlah kes yang dilaporkan pada 2008 ialah 982 kes dan daripada jumlah itu, seramai 500 orang masih hilang," katanya dalam ucapan perasmian kempen "Missing Children Reuniting Families" di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1) anjuran Kumpulan Perbankan RHB di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Senator Heng Seai Kie. Shahrizat berkata Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara yang diluluskan Kabinet pada 29 Julai tahun lepas bertepatan dengan usaha gigih kerajaan menangani masalah itu. Shahrizat berkata bagi menyelesaikan masalah itu, kementerian akan mengambil beberapa tindakan segera termasuk mewujudkan talian bantuan kanak-kanak bagi membolehkan kanak-kanak dan orang ramai membuat laporan secara terus kepada pelindung atau pihak berkuasa keselamatan yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Buat masa ini, sebarang aduan mengenai penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak boleh disalurkan melalui Talian Nur 15999, katanya. Selain itu, kementerian juga mewajibkan semua institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak berpandukan rangka dokumen Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. "Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian petugas di rumah perlindungan sendiri mendera, mengeksploitasi, merogol dan sebagainya ke atas kanak-kanak," katanya. Shahrizat berkata kementerian akan mempertingkatkan tindakan bersepadu dengan PDRM dan Jabatan Imigresen bagi memperincikan pembangunan sistem amaran awal tentang kehilangan atau penculikan kanak-kanak. Sementara itu, kempen "Missing Children Reuniting Families" anjuran Kumpulan Perbankan RHB yang diperkenalkan sejak 2007 diteruskan dengan mengedarkan buku panduan keselamatan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak yang akan diedarkan ke semua sekolah rendah seluruh negara. Kumpulan perbankan itu memperkenalkan maskot khas sempena kempen ini, Mr Bling, yang akan berkongsi tip keselamatan dan mendidik kanak-kanak menjaga keselamatan diri mereka. - | ||||
| Suara Keadilan Diberi Tempoh Seminggu Jawab Isu Felda Muflis Posted: 28 Jun 2010 05:00 PM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Akhbar Suara Keadilan akan diberikan tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk memberi penjelasan berhubung laporan berita yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, selain penjelasan berhubung isu berkenaan, akhbar itu juga diminta memberikan keterangan berhubung kegagalannya menjawab tiga surat tunjuk sebab yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini. Penjelasan bagi ketiga-tiga surat itu katanya, harus diberikan tidak lewat dari pukul 5 petang esok di kementerian berkenaan jika gagal akan berhadapan dengan tindakan tegas. "Antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung atau membatalkan permit mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung dengan keputuan Felda untuk menyaman akhbar itu ekoran laporan muka depannya pada keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010. Ketika ditanya mengenai kandungan tiga surat tunjuk sebab berkenaan, beliau berkata surat tunjuk sebab pada Januari dan April, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan untuk mematuhi peraturan KDN iaitu menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian. "Setiap akhbar kena hantar lapan salinan kepada KDN, bermula dari waktu ia dicetak untuk setiap keluaran. Kalau akhbar harian hantar setiap hari dan macam dia (Suara Keadilan) seminggu dua kali. Dia tak pernah buat...(ia) tak pernah berlaku," kata Mahmood. Surat tunjuk sebab pada Februari, katanya mengenai tiga artikel dalam akhbar berkenaan yang bertajuk Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas, BN Bolot Jualan Saham Pernas serta Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan. "Saya rasa anda semua faham mengenai tanggungjawab ini, janganlah berdegil sangat. Kita hantar peringatan dan berulang kali mengingatkan (mereka)...degillah dan kita panggil (dia) hari Jumaat lepas, dia tak datang juga dan dia keluarkan kenyataan pada kita, jadi tak eloklah keluar kenyataan macam tu kan," tambahnya. "Ini kali pertama KSU (Ketua setiausaha) panggilkan, KSU tak pernah panggil sebelum ini," katanya. Ketika ditanya sama ada penjelasan itu perlu dijawab melalui surat atau secara lisan oleh editor, Mahmood berkata segalanya terserah kepada budi bicara pihak akhbar itu untuk menentukannya. "Terpulang kepada dia. Kami memerlukan penjelasan mereka dan selepas itu kita akan bermesyuarat untuk melihat sama ada penjelasan itu boleh diterima pakai atau tidak. "Dia janji dia akan datang. Itu sangat adil kerana kita dah bagi dia surat ingatan. Alasan dia kata dia tak terima (surat) jadi itu sangat mustahil," katanya. Sementara itu, Dzulkarnain ketika ditemui selepas pertemuan itu mendakwa, ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya sedangkan pejabat operasi akhbarnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. "Mungkin (ada kesilapan) dari segi komunikasi sebab pejabat operasi Suara Keadilan terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan surat itu dihantar ke ibu pejabat parti di Tropicana. "Kita perlu lihat surat itu dan kita akan patuh serta telah memberi jaminan untuk beri sepenuh kerjasama kepada KDN," katanya. Beliau berkata, surat jawapan itu akan dihantar esok manakala surat tunjuk sebab berhubung isu Felda akan dihantar pada kadar segera, seboleh mungkin menjelang Rabu ini. "KSU mahu kami hantar surat ini secepat mungkin, kalau boleh menjelang 30 Jun kerana mereka juga dalam masa yang sama sedang meneliti permohonan kami untuk memperbaharui permit yang akan tamat pada tarikh yang sama, 30 Jun. "Permohonan untuk memperbaharui permit itu telah kami hantar tiga bulan lepas," tambahnya. Dzulkarnain juga mendakwa, beliau telah memohon sedikit masa kerana perlu meneliti tiga artikel yang disebut dalam surat tunjuk sebab berkenaan tetapi Mahmood bertegas agar jawapan bagi ketiga-tiga surat diberikan esok. Beliau juga menarik perhatian berhubung kegagalan syarikat mematuhi peraturan untuk menghantar lapan salinan akhbar kepadanya bagi setiap keluaran, katanya. | ||||
| 40 Orang Ulamak Masuk Umno – ‘Pendustaan berterusan; dulu, kini dan Selamanya’ Posted: 28 Jun 2010 04:55 PM PDT
Katanya, Ustaz Hosni dalam kenyataannya yang dipetik Harakahdaily berkata beliau dan rakan-rakannya hanya dimaklumkan dijemput kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
"Hosni berkata, mereka telah dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
"kami juga menyelar kenyataan Datuk Abdullah Mat Zin yang menyokong kemasukan kononnya 40 orang ulama muda ke dalam Umno yang dibuatnya semalam(27 Jun 2010) di Besut yang disiarkan dalam portal Bernama,"tegasnya ketika dihubungi Buletinonline
Justeru, beliau menyeru beberapa kerat 'ulama muda' yang tersalah masuk Umno agar membuat pengisytiharan keluar semula dari Umno dan menyertai perjuangan PAS untuk mewujudkan negara yang adil dan berkebajikan terhadap rakyat seluruhnya.
Katanya, kami juga ingin mengingatkan rakyat seluruhnya khususnya bagi negeri Terengganu bahawa kalaulah terhadap ulama pun mereka boleh berbohong, apa lah sangat dengan kita rakyat awam negeri Terengganu.
"Insiden tersebut menjadi bukti yang sangat jelas bahawa memang Umno merupakan parti bohong dulu, kini dan selamanya,"kata Ustaz Mohd Nor | ||||
| Shaziman: Parlimen tidak akan dipindahkan Posted: 28 Jun 2010 04:50 PM PDT
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan akan menaik taraf bangunan sekarang, dan dalam tempoh berkenaan, Parlimen akan bersidang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). "Kerajaan mahupun kabinet tidak pernah mengatakan bahawa kita akan memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Kita tidak pernah menyatakannya," kata beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam ucapan penggulungan kementeriannya. Jawapan Shaziman itu jelas bercanggah dengan jawatan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 9 Jun lalu, yang menyatakan kabinet telah memutuskan untuk membina bangunan baru Parlimen dengan kos RM800 juta. "Sama seperti kita, ketika menunjukkan wajah keriput, kita pergi dan melakukan facial (rawatan muka)," kata Shaziman. Menurutnya, pemindahan sementara Parlimen adalah perlu kerana kerja menaik taraf yang membabitkan penggunaan jentera berat, serta bunyi bising. | ||||
| PBB tubuh unit siber tangkis pembangkang, blog Posted: 28 Jun 2010 04:48 PM PDT
Beliau berkata unit itu dikenali Unit Media Baru, akan menangkis dakwaan pembangkang di samping memantau blog dan laman web dengan memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan yang menjejaskan rakyat. "Kami tidak akan melakukan serangan peribadi tetapi mahu memberikan gambaran lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan untuk menangkis tuduhan pembangkang," katanya kepada Bernama. Katanya penubuhan unit itu tepat pada masanya, lebih-lebih lagi selepas permukiman Barisan Nasional (BN) di Taman Negara Mulu di Miri minggu lepas, di mana banyak isu dan masalah dikenal pasti dan dibincangkan sebelum pilihan raya negeri akan datang diadakan. Mengenai gesaan Presiden PBB dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib, beliau berkata unit itu menyelaraskan tugas utama biro dalam menyelenggara pangkalan data anggota dan menganjurkan latihan komputer untuk membantu menyebarkan fakta yang betul mengenai isu yang diputar-belitkan oleh pihak tertentu. Beliau berkata timbalan presiden parti Datuk Amar Abang Johari turut menggesa unit siber PBB memantau blog-blog yang antikerajaan. Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sih Hua Tong berkata pergerakan itu akan terus menggalakkan anggotanya berinteraksi melalui siber termasuk melalui blog untuk "memberikan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku". Dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu baru-baru ini, SUPP telah menanggung akibat daripada langkah pakatan pembangkang yang menggunakan pendekatan agresif untuk memenangi pilihan raya kecil itu untuk DAP, termasuk memanfaatkan siber. Bagaimanapun, Sih berkata anggota telah diingatkan agar tidak memutar-belitkan maklumat untuk mendapatkan sokongan siber kerana cara terbaik ialah memberikan penjelasan yang betul mengenai dasar dan program kerajaan bagi membolehkan rakyat mengetahui cerita sebenar di pihak mereka. Sementara semakin ramai pelawat laman web yang kini tidak lagi mempamerkan sikap antikerajaan yang keterlaluan, beliau berkata anggota Pemuda BN yang mahir internet perlu mensasarkan golongan antikerajaan tegar yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi. | ||||
| KJ berusaha menangi undi orang muda? Posted: 28 Jun 2010 04:45 PM PDT Aidila Razak "Tidak ada politik dalam tentera, dan jika saya dapat tarik pemimpin lain Pemuda, sama ada mereka dari BN, PKR, PAS atau DAP, atau mereka atas pagar untuk menyertai Askar Wataniah sebagai anggota simpanan, itu akan baik untuk negara," kata ahli parlimen yang 34 tahun itu. Ini termasuk pembabitannya dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia, muncul di muka depan Harper's Bazaar (kanan) dan berlakon dalam projek filem pendek '15Malaysia ', telah menimbulkan pertanyaan: Apakah niat sebenar Khairy? Mereka yang mengikuti karier Khairy mungkin melihat pendekatan 'budaya pop' yang diambil oleh ahli parlimen MP Rembau itu, dalam percubaannya untuk memposisikan semula dirinya sebagai "radikal moderat". | ||||
| Mahkamah arah k'jaan dedah perjanjian konsesi air Posted: 28 Jun 2010 04:40 PM PDT
Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen tersebut - yang diklasifikasikan kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - diumumkan kepada awam. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut. Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut. "Ia juga bertentangan dengan prinsip urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelutsan dan kepentingan rakyat harus didahulukan," katanya dalam hatinya. Hadhariah memutuskan bahawa oleh kerana kerajaan telah gagal memenuhi prinsip-prinsip tersebut, maka mahkamah terpaksa memerintahkannya untuk berbuat demikian. Hadhariah membuat keputusan tersebut dalam kes semakan kehakiman yang dikemukakan oleh presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dan 13 orang lagi, terhadap kementerian Tenaga, Air, dan Telekomunikasi, dan kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan. Menurut peguam para Plaintif, Ang Heng Leng, ini adalah keputusan penting yang membolehkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, boleh dicabar demi kepentingan awam dan masyarakat mempunyai hak untuk melihat dokumen tersebut. | ||||
| Daftar online selesai semua masalah Posted: 28 Jun 2010 04:38 PM PDT
| ||||
| Tambah 1,000 Pasti lagi pada masa depan Posted: 28 Jun 2010 04:37 PM PDT
| ||||
| Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid Posted: 28 Jun 2010 04:32 PM PDT
|
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan