Selasa, 1 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Qunut nazilah dalam solat lima waktu

Posted: 01 Jun 2010 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Harakahdaily


Share

Keputusan TM Liga Super 01/06/10

Posted: 01 Jun 2010 08:08 AM PDT

Akibat percayakan seorang 'ustaz', gadis jadi mangsa cabul

Posted: 01 Jun 2010 05:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU 31 Mei - Akibat percayakan seorang 'ustaz' untuk membantu menyelesaikan masalah dengan teman lelakinya, seorang pelajar perempuan sekolah menengah dicabul ketika menerima 'rawatan' lelaki itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, mangsa mengenali suspek berusia 38 tahun baru-baru ini, yang merupakan fasilitator di sebuah kem motivasi.

Katanya, kerana percayakan suspek, mangsa yang berusia 17 tahun menceritakan masalahnya iaitu sukar melupakan teman lelakinya sehingga terjejas pelajaran.

"Ustaz tersebut mengaku boleh merawat secara tradisional dan menelefon mangsa untuk melakukan rawatan di rumahnya, 21 Mei lalu.

"Dalam rawatan itu, mangsa diminta supaya menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ketika melakukan 'rawatan' tersebut, suspek menyentuh dada dan memeluk pinggang mangsa.

"Selain itu, ustaz tersebut juga meramas punggung dan buah dada selain kemaluan mangsa.

"Mangsa turut diminta mencium pipi suspek selepas rawatan. Gadis itu hanya mengikut arahan kerana menyangka ia sebahagian daripada rawatan," ujarnya.

Manoharan berkata, mangsa yang merasa curiga dengan rawatan pelik itu kemudian menelefon agensi perunding di tempat suspek tersebut bekerja.

"Namun dia dimaklumkan suspek telah dipecat 12 Mei lalu kerana telah jauh terpesong. Mangsa lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak di sini, pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin.

"Mangsa bersama ibu bapanya serta majikan suspek kemudian membuat perangkap dengan menelefon suspek dan menahannya di rumah itu," katanya.

Beliau memberitahu, suspek ditahan reman sehingga 3 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.



Share

Malaysia berdengkur dalam dakapan Apco

Posted: 01 Jun 2010 04:00 AM PDT


Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.

Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.

“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

“Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka? “ katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

palestine middle east conflict 160407 deadMenurut Husam, pemimpin dunia lain termasuk tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan bertindak mengarahkan duta Israel di Ankara supaya berundur manakala tiga latihan ketenteraan dengan negara itu dibatalkan.

“Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia?

“Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini,” kata Husam.

Sehubungisraeli air strikes against hamas gaza strip palestinean itu, katanya Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera.

“Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

“Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat,” katanya.

Menurut Husam, dalam respon segera, DAP, Pemuda Umno, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.

“Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco,” katanya.

malaysiakini


Share

Serangan Israel, kecaman tiada lagi makna!

Posted: 01 Jun 2010 02:00 AM PDT



Oleh: Anak Sengat

Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan ! Tindakan!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!

Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.!

Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untu umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily

Share

Seram: Pontianak Balai Polis

Posted: 01 Jun 2010 12:00 AM PDT

Oleh Alias Abd Rani

2010/06/01

BETONG: Jelmaan lembaga berbaju putih dengan berambut panjang dipercayai pontianak bukan saja menganggu anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, malah tahanan lokap turut menerima nasib sama.

Lembaga berkenaan dikatakan 'menjaga' salah satu lokap berkenaan dan seringkali menjelma di setiap sudut menyebabkan tahanan tidak lena tidur.

Menurut sumber, seorang ustaz dipanggil untuk 'merawat' lokasi berkenaan kerana sering menerima gangguan daripada lembaga itu.


"Ustaz itu memberitahu, salah satu lokap memang tempat lembaga itu dibunuh. Sebab itulah, 'dia' sering mengganggu tahanan yang ditempatkan di situ," katanya.


Tambah sumber itu lagi, beberapa anggota polis yang bertugas pada waktu malam turut melihat kelibat dua hingga tiga kanak-kanak berlari dalam bangunan itu.


"Pernah seorang anggota terserempak dengan dua kanak-kanak sedang berlari dan bermain air. Pada keesokan harinya dia mendapati kawasan berkenaan basah," katanya.


Katanya, gangguan seumpama itu tidak asing bagi anggota dan pegawai IPD berkenaan, malah ketika berada di bangunan lama, mereka turut mengalaminya "Memang ada gangguan ketika IPD lama, tapi ia tidak sehebat di sini. Malah suatu ketika, macam-macam bunyi yang meremangkan bulu roma dapat dengar," katanya.


Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga anggota dari IPD Betong hampir trauma selepas didakwa diganggu makhluk berbaju putih serta rambut panjang sejak sebulan lalu.


Peristiwa ini berlaku sehari selepas IPD berkenaan dipindahkan ke bangunan baru kira-kira dua kilometer dari bangunan lama.


Kejadian bersiri itu berlarutan dan kali terakhir Jumaat lalu memaksa seorang ustaz dipanggil untuk 'menangkap' lembaga berkenaan.


Pontianak balai polis
Oleh Alias Abd Rani

2010/05/31

BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.

Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.


Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit 'menyamar' rakan setugas mereka.


Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.


"Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, 'anggota' terbabit hanya mendiamkan diri," katanya.


Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.


"Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.


"Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu," katanya.


Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.


"Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.


"Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai," katanya.


Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk 'menangkap' lembaga terbabit.


Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit 'tidak tenteram'.


"Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini," katanya.

hmetro

Share

Kedai seks untuk suami isteri

Posted: 31 May 2010 10:00 PM PDT


KHADIJA Ahmed berbual dengan seorang pelanggannya di kedai seks miliknya di Isa, utara Manama pada 19 Mei lalu.


MANAMA - Seorang wanita berpurdah, Khadija Ahmed, 32, membuka sebuah kedai barangan seks yang pertama di Bahrain khas untuk pasangan suami isteri.

Wanita itu berkata, dia tidak menganggap satu kesalahan untuk menjual produk seks seperti pelincir dan beraneka alat permainan seks termasuk vibrator kerana menurutnya, Islam tidak mengharamkan kenikmatan di bilik tidur.

"Ia bukan kedai seks seperti yang terdapat di Barat," kata wanita itu.

"Kedai ini bertujuan untuk membantu pasangan yang telah berkahwin dan hanya pasangan suami isteri dapat menikmati seks dengan sepenuhnya," tambahnya.

Kedai tersebut yang bernama Dar Khadija, dilancarkan secara dalam talian pada 2007 tetapi Khadija memutuskan untuk membuka perniagaan itu ekoran sambutan menggalakkan daripada pelanggan. - AFP

kosmo


Share

Lambang zionis di dalam komputer anda

Posted: 31 May 2010 08:16 PM PDT



Salam... ramai yang tak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis macam yang kat atas tu...

Tak percaya?...

Sila pergi ke c drive komputer anda dan lihat di sini :

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF


Itu adalah gambar lambang kemenangan zionis....


Untuk delete gambar ni,copy link di bawah:

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\

Klik mycomputer pada komputer anda dan paste di ruangan address pada komputer anda,tekan enter,kemudian cari fail J0285926.WMF dan delete.

Harap tolong hebahkan..


Share

KEADILAN Desak Kerajaan Batal Kontrak APCO

Posted: 31 May 2010 07:00 PM PDT

Serang Konvoi Bantuan Kemanusiaan, KEADILAN Desak Kerajaan Batal Kontrak APCO


Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan komando Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP


PETALING JAYA 31 Mei -KEADILAN hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa (Freedom Flotilla) ke Gaza yang mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.
Ketua Penerangan Latheefa Koya berkata serangan kejam itu terhadap sebuah daripada enam kapal yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza.
"Pembunuhan terhadap aktivis konvoi bantuan itu merupakan satu tindakan yang kejam dan salah sama sekali.
"Tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa yang membolehkan rejim zionis itu bertindak sedemikian," kesalnya.
Tambahnya, konvoi kapal tersebut turut membawa Ahli Parlimen dari Eropah, pemegang Nobel Peace Prize, wanita dan beratus-ratus aktivis keamanan.
"KEADILAN menyeru dunia mengutuk dan mengambil tindakan terhadap rejim zionis itu dan mendesak kerajaan membatalkan kontrak APCO dengan segera," tegas Latheefa lagi.

SK

Share

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

Posted: 31 May 2010 05:00 PM PDT

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.
israel invades gaza strip hamas palestine
"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kagaza israel attack 120109 05mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

malaysiakini


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.