Ajijoi |
- PAS serah memo ke kedutaan Amerika bantah Israel
- Umno patut malu dengan DAP: PAS Perak
- PAS Perak gesa Solat Hajat dan Doa Qunut Nazilah perlu konsisten
- IPMM desak kerajaan Malaysia hentikan khidmat Apco dan konsisten dalam menyelesaikan isu hak kemanusiaan
- Putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir
| PAS serah memo ke kedutaan Amerika bantah Israel Posted: 01 Jun 2010 05:37 AM PDT |
| Umno patut malu dengan DAP: PAS Perak Posted: 01 Jun 2010 05:32 AM PDT IPOH, 1 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan dalam kenyataannya medianya bahawa UMNO patut malu dengan pendiriaan DAP yang turut sama mahukan supaya lessen judi sempena kejohanan piala dunia 2010 diharamkan serta merta bagi mengelakkan gejala tidak bermoral menular di negera ini. Menurut beliau, UMNO perlu sedar bahawa bukan PAS dan KEADILAN sahaja yang menentang kejahilan UMNO dalam isu pengharaman lesen judi ini, bahkan DAP yang ahli dan pimpinannya yang majoriti dikalangan bukan Islam juga turut menentang kejahilan UMNO dalam isu pemberian lesen judi ini. Beliau menjelaskan bahawa UMNO juga sepatutnya mencontohi tindakan yang diambil oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam menyekat mudharat judi yang akan merosakkan seluruh rakyat Malaysia dengan cara mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan surat kepada pengusaha loteri akan pengharaman lesen perjudian sempena kejohanan bolasepak piala dunia ini. Menurut beliau, PAS Perak khususnya akan terus konsisten menentang dan mendesak semua jenis perjudian tidak kira kecil atau besar yang melibatkan umat Islam khususnya diharamkan, perkara ini penting kerana judi adalah satu perkara jelas bertentangan dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al Quran dan sunnah. Beliau menambah lagi, PAS begitu kecewa dengan sikap pimpinan melayu UMNO yang terus mempertahankan kejahilan mereka dalam menentang hukum yang di tetapkan Allah SWT, bagi PAS jika UMNO begitu degil dalam mempertahankan kejahilan mereka dengan membelakangkan perintah Allah SWT, maka sudah tiba masanya seluruh umat Islam di Malaysia memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka agar kesucian agama Islam itu dapat dipelihara berdasarkan perintah Allah SWT. Sehubungan dengan itu beliau juga menegaskan bahawa, PAS Perak juga akan terus konsisten bersama Pakatan Rakyat dalam menentang kejahilan UMNO mempertahankan untuk meneruskan lesen judi ini. |
| PAS Perak gesa Solat Hajat dan Doa Qunut Nazilah perlu konsisten Posted: 01 Jun 2010 05:27 AM PDT Menurut beliau, kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa sekarang segala pintu dan jalan keluar buat saudara-saudara kita di Gaza semakin tertutup, bermula dengan pemotongan bekalan air, elektrik dan komunikasi, disusuli dengan pengeboman keperluan-keperluan awam seperti hospital dan pasaraya, ditambah lagi dengan sekatan ketat yang menghalang bantuan antarabangsa dari aspek perubatan, makanan dan kemanusiaan, apa lagi yang kita boleh harapkan? Dalam kata mudahnya, mereka seolah-olah terkepung, terperangkap dan hanya menunggu masa untuk dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Israel. Lantas, adakah kita akan terus-menerus mengalah dengan berada di bawah naungan keegoan Israel yang bongkak ini selama-lamanya? Dengan dominasi mereka yang menguasai politik, ekonomi dan ketenteraan dunia, ini tidak harus jadi sebab kita mati rasa dan mengiyakan semua penguasaan mereka. Ingat, dalam kerendahan, kemiskinan dan serba kekurangannya kita, kita tetap masih mempunyai doa. Sesungguhnya doa itu di sisi Allah S.W.T. amat tinggi nilainya, jelas beliau. Oleh itu umat Islam perlu yakin dengan janji ALLAH SWT di dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam Surah As-Saff ayat ke-8 " Mereka ingin dan berusaha untuk memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamanya miskipun orang-orang kafir enggan menerimanya, tetap menentang dan menolaknya" Ini adalah janji Allah SWT kepada hambanya dan ayat wajib tersemat di hati setiap umat Islam. Sehubungan dengan itu beliau meminta agar seluruh ahli PAS di peringkat cawangan, kawasan serta negeri Perak khususnya, agar meneruskan solat hajat dan doa qunut nazilah dengan kosisten serta yakin dengan janji Allah SWT " Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang yang beriman. (As-Saff :13) |
| Posted: 01 Jun 2010 05:23 AM PDT Menurut beliau, Jika benar kerajaan Malaysia mengutuk tindakan Israel merampas dan menyerang kapal 'Mavi Marmara' serta mengakibatkan kematian dan syahidnya 16 orang aktivis dan cederanya lebih 32 orang atas misi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk GAZA, Kerajaan Malaysia perlu buktikan dengan jelas dengan memberhentikan serta merta khidmat APCO yang bernilai bernilai RM20 juta itu. Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. IPMM mewakili generasi anak muda mencadangkan beberapa usaha yang mesti digerakkan untuk menunjukkan konsistensi kita dalam berhadapan dengan isu yang membabitkan hak kemanusiaan. Menurut beliau lagi, pihaknya menggesa agar rakyat Malaysia menyatakan bantahan samada menyertai himpunan untuk menyerahkan memorandum di setiap pejabat konsul Israel dan kedutaan Amerika, Menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin berhubung dengan tindakan lanun menyerang kapal konvoi supaya memanggil siding trgempar OIC dan mengheret Israel ke muka pengadilan. Sehubungan dengan itu Menurut Pengarah Hubungan Luar & Antarabangsa Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Abdul Rahman Jabir beliau juga turut menggesa agar Anak muda mesti bangkit dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk survival mereka untuk mempertahankan tanah air dan hak mereka. Memetik ucapan beliau " Ini soal kemanusiaan yang harus kita dokong bersama, Generasi muda perlu meneliti usaha seorang aktivis kemanusiaan daripada Amerika, Rachel Corrie, 23 tahun. pada 6 tahun lepas yang nekad meninggalkan Amerika dalam misi untuk membantu Gaza dan akhirnya mati dibunuh ketika beliau nekad menghalang bulldozer rejim Zionis daripada meroboh rumah-rumah Palestin. Malah, satu yayasan telah ditubuhkan iaitu Rachel Corrie Foundation for Peace & Justice. Corrie tidak pernah kenal patriotisme yang buta. NGO anak muda dan seluruh pertubuhan non partisan mesti menjiwai semangat anak muda ini." Selain itu Institut Pemikir Muda Malaysia juga menggesa supaya Parlimen membuat sidang khas berhubung dengan isu serangan tentera rejim Zionis supaya resolusi dapat dikeluarkan. Bagi gerakan anak muda ini sekarang bukan masanya hanya sekadar mengutuk serangan dan mengeluarkan kenyataan yang tipikal dan bosan setiap kali peluru membunuh nyawa rakyat yang tidak berdosa di bumi Palestin. Pihak IPMM juga menggesa agar rakyat Malaysia teruskan memberi sumbangan derma dan bantuan kemanusiaan dengan menyokong sebarang usaha yang dibuat oleh Viva Palestin. Penyertaan rakyat dan pelajar Malaysia dalam konvoi Viva Palestin pada Disember 2009 lepas perlu dicontohi walaupun telah digagalkan daripada memasuki Gaza atas maksud kemanusiaan. |
| Putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir Posted: 01 Jun 2010 05:20 AM PDT Serangan berdarah ke atas kapal MV Mavi Marmara oleh pasukan komando Syayetet 13 rejim zionis hanyalah sebahagian dari wajah zalim dan bongkak yang ditayangkan kepada dunia sejak sekian lama. Laporan wartawan Associated Press, Steven Gutkin menyebut kapal berkenaan dianggarkan memuatkan 600 hingga 700 sukarelawan Free Gaza Movement dari 20 buah negara termasuk Malaysia dan sehingga kini 9 aktivis dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa semalam. Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng menegaskan tindakan Majlis Keselamatan yang mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan rejim zionis hanyalah sandiwara yang diulang setiap kali rejim berkenaan bertindak di luar batas kemanusiaan dan tidak memberikan sebarang kesan kepada rejim zionis disamping sikap Amerika Syarikat yang sentiasa melindungi kepentingan rejim berkenaan. DPPKG menyatakan bahawa punca misi kemanusiaan yang disertai oleh rakyat dari berbilang negara mengambil keputusan untuk menggunakan jalan laut untuk menghantar bantuan kepada 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza adalah kerana penutupan Sempadan Rafah oleh Mesir dan rejim zionis. Penutupan sempadan berkenaan sejak Jun 2007 telah menutup sepenuhnya pintu masuk untuk bantuan antarabangsa ke Gaza selain memisahkannya dengan wilayah Tebing Barat. DPPKG menegaskan tindakan menutup sempadan Rafah selepas kemenangan Hamas dalam pilihanraya pada Januari 2006 adalah tindakan paling tidak berperikemanusiaan oleh sebuah negara Islam terhadap negara saudaranya. Tindakan tersebut telah menyebabkan hampir 1.5 juta penduduk Palestin mengalami kebuluran dan tidak mendapat rawatan secukupnya akibat kekurangan bekalan ubat-ubatan. Tidakkah kerajaan Mesir mengetahui bahawa lebih 60% dari penduduk Gaza adalah kanak-kanak berusia 19 tahun ke bawah? Tidakkah kerajaan dan pemimpin Mesir mengetahui lebih dari separuh kanak-kanak di Gaza mengalami kebuluran saban hari? Tidakkah kerajaan Mesir mengetahui 69% kanak-kanak di Gaza mengalami masalah psikologi akibat perang yang serius? Tidakkah Mesir mengetahui lebih dari 50 orang kanak-kanak Palestin dibunuh oleh rejim zionis setiap tahun? Tidakkah kerajaan Mesir mengetahui lebih 71% keluarga di Gaza hanya bergantung harap kepada bantuan bekalan makanan? dan soalan utama, apakah kerajaan Mesir tidak mengetahui bahawa yang ditembak, yang dipenjara, yang dibunuh adalah saudara seagama mereka. DPPKG menyatakan bahawa satu mesej jelas dan tegas harus dihantar kepada kerajaan Mesir yang bersekongkol dengan kerajaan haram Israel melakukan jenayah kemanusiaan ke atas saudara-saudara Islam kita di Gaza. Oleh itu DPPKG dengan ini menggesa agar Kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik secara rasmi dengan kerajaan Mesir sebagai bantahan kepada sikap dan tindakan mereka yang bersekutu dengan rejim Zionis. DPPKG juga menuntut agar Kedutaan Mesir segara ditutup dan kerajaan menghantar balik diplomat-diplomat Mesir ke negara mereka. Tindakan ini juga sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan membebaskan Palestin dari rejim zionis. DPPKG merasakan tiada gunanya bersahabat dengan sebuah negara yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap jiran yang seagama dan sebangsa dengan mereka. DPPKG juga mengajak semua rakyat Malaysia melakukan tindakan boikot terhadap semua barangan buatan Mesir sebagai sebahagian dari sumbangan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Akhir sekali , DPPKG mendoakan agar rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut selamat dan mengharapkan agar saudara mara di Malaysia tabah menghadapi ujian ini. Sekian. HARIS ALIMUDIN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng Mesir memang sedari dulu bertindak seolah-olah mereka adalah ejen kepada rejim Zionis Israel. |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.