Jumaat, 27 Januari 2017

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


UMS didakwa permainkan usaha rundingan mahasiswa

Posted: 27 Jan 2017 02:52 PM PST


Aqilah Zainuzi bersama surat untuk temu janji dengan Naib Canselor kelmarin.Aqilah Zainuzi bersama surat untuk temu janji dengan Naib Canselor kelmarin.
Aktivis mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Aqilah Zainuzi menyifatkan pentadbiran universiti itu mempermainkan usaha rundingan berhubung pertuduhan tatatertib ekoran menyertai Bersih 5, tahun lalu.
Usaha beliau dan rakannya untuk bertemu dengan Naib Canselor, Prof Dr Mohd Harun Abdullah kelmarin telah dihalang sebaliknya disaran untuk mengajukan tuntutan pengguguran pertuduhan itu kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) terlebih dahulu.
"Mahasiswa telah cuba berkompromi dengan segala sistem yang ada. Pintu rundingan juga telah dibuka sebagai menghormati pentadbiran universiti. Namun, ruang rundingan tersebut ditutup tanpa alasan yang kukuh diberikan kepada kami. Tindak tanduk yang ditonjolkan oleh pihak pentadbiran universiti seakan-akan sedang mempermainkan usaha rundingan yang kami cuba laksanakan.
"Jika ini adalah respon yang diberikan oleh pihak pentabiran tertinggi UMS, secara tidak langsung mereka memberikan desakan yang lebih kuat untuk kami bawa perkara ini di peringkat yang tertinggi. Sehingga kini, bukti sah pengharaman Bersih 5 tidak dapat pihak UMS kemukakan.
"Ini bermakna Pekeliling Khas Naib Canselor yang dikenakan ke atas kami juga tidak relevan untuk dijadikan asbab pertuduhan. UMS dilihat tidak menggunakan dan memahami konsep Keadilan Asasi dalam erti kata sebenar," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengimbas kembali detik beliau dan rakannya diarah meninggalkan perkarangan Canselori itu selepas gagal berbincang, Aqilah berkata, polis bantuan pada mulanya melarang mereka masuk sebaliknya meminta supaya tunggu di luar sehingga Naib Canselor turun untuk berurusan dengan mereka di ruang legar Canselori.
Selepas itu, jelasnya, mereka dibawa bertemu dengan Pegawai Khas Naib Canselor dan diminta agar tidak mengganggu masa Naib Canselor dengan tuntutan tersebut.
"Malah, beliau meminta untuk kami merujuk surat desakan tersebut kepada TNC HEP UMS sebelum dibawa kepada Datuk Naib Canselor. Kami menegaskan bahawa temu janji dan surat yang dibuat adalah untuk Datuk Naib Canselor, bukan untuk TNC HEP," katanya.
Melihatkan pihak UMS tidak serius untuk berunding dengan mahasiswa, beliau memberitahu desakan supaya pertuduhan tersebut ditarik semula sebelum tiba tarikh prosiding akan dibawa kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Dalam masa yang terdekat, isu ini akan kami bawa ke KPT untuk perhatian di peringkat kementerian di atas segala tindak tanduk yang dibuat oleh pihak universiti. Kami sangat serius dalam perlawanan sistem yang semakin menjerut kebebasan mahasiswa hari ini.
"Kami tidak akan berdiam diri dengan penindasan ini. Kami akan terus bangkit melawan apa jua bentuk penafian terhadap hak-hak rakyat. Pembawaan isu hingga KPT ini kami gunakan sebagai medan untuk mempertahankan hak mahasiswa beraktivisme yang saban hari dicabuli," tegasnya.
Beliau yakin reaksi pihak berautoriti yang mengancam hak mahasiswa diyakini didorong rasa gerun terhadap suara anak muda.
"Mereka menyangka hukuman yang diberikan akan dapat menutup mulut mahasiswa untuk bersuara. Namun, mahasiswa akan terus bangkit dan memastikan segala bentuk birokrasi dan ancaman kepada mahasiswa yang dibuat universiti akan gagal," tegas Aqilah lagi.
Beliau dan seorang lagi mahasiswa sekampusnya, Mukmin Nantang telah dipanggil untuk prosiding tatatertib melalui surat bertarikh 16 Januari lalu atas tuduhan terlibat dalam Bersih 5 di Taman Ujana Rimba Tropika, Kota Kinabalu pada 19 November tahun lalu.
Mereka turut diberitahu dikenakan tindakan disiplin mengikut Kaedah 3 (a) (ii) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.  

CYBERTROOPER SOKONG KERAJAAN TINGGAL 6.6 PERATUS, ZAHID CUBA AIBKAN NAJIB?

Posted: 27 Jan 2017 02:47 PM PST





Alamak...kenapa Zahid Hamidi meluahkan perkara memalukan seperti ini?

Apakah tujuan dan maksud tersirat di sebalik pendedahan beliau itu?

 Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka mengakui jumlah "cybertrooper"  yang mempertahan dan menyokong dasar kerajaan hanyalah 6.6 peratus berbanding yang menentang berjumlah 93.6 peratus.

Katanya, dapatan berdasarkan kajian yang menunjukkan perbezaan yang jauh ketinggalan itu sekaligus menyebabkan persepsi negatif berterusan terhadap UMNO, kerajaan dan para pemimpinnya.

Bagaimana boleh hanya tinggal 6.6 peratus saja lagi "cybertrooper" yang ada untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak sedangkan "dedak"  tanpa had bersama mereka?

Adakah "dedak", walau sebanyak mana ditabur sekali pun, sudah tidak mampu membuatkan "cybertrooper" itu kembali bersemangat untuk terus mempertahankan UMNO, kerajaan dan Najib?

Kurrr...kurrr...kurrrr....apakah "dedak" perlu ditambah lagi?
Apa yang jelas, pengakuan Zahid itu secara langsung dan tidak langsung menunjukkan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan amat lemah, tidak bermaya dan hampir lumpuh sekarang ini.

Dengan perbezaan amat ketara 6.6 peratus berbanding 93.4 peratus, Najib sekarang ini umpama pasukan perang yang sudah tiada lagi bala tentera untuk berjuang.

6.6 peratus yang tinggal itu pula bukanlah bala tentera yang sedia berjuang dan berperang, tetapi hanyalah kaki ampu, kaki bodek dan kaki kipas semata-mata.

"Cybertrooper"  UMNO dan kerajaan kebelakangan ini jika diperhatikan, ramai yang tiba-tiba senyap, hilang atau mendiamkan diri seolah-olah kecewa dengan tindakan Najib yang didapati terus menerus melakukan perkara-perkara tidak wajar yang menyusahkan rakyat.

Daripada bermewah, membazir, berjoli, "ber1MDB", "berJho Low" dan kini bergadai pula dengan China, hakikatnya "cybertrooper" UMNO dan kerajaan jadi lemah semangat dan tidak mampu lagi berbuat apa-apa kerana semua yang berlaku itu akhirnya jelas tidak memihak kepada rakyat.

Lama kelamaan, mereka jadi lesu, tiada upaya lagi menyusun ayat  dan hanya mampu menulis seminggu sekali saja. Sebab itulah kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini, Najib sendiri yang terkial-kial mempertahankan dirinya sendiri tanpa bantuan daripada jentera maya.

Berbeza dengan "cybertrooper" menentang kerajaan, perjuangan mereka adalah jelas kerana kebenaran dan untuk menyelamatkan negara, meskipun rata-rata adalah sukarela dan tidak menerima "dedak" walau sebutir sekali pun.

Secara tersiratnya juga melalui apa yang didedahkan Zahid itu, beliau cuba memberitahu bahawa lumpuhnya "cybertrooper" itu adalah disebabkan kepimpinan Najib yang terus-menerus ditolak oleh rakyat.

Penurunan dengan hanya tinggal 6.6 peratus itu  tidak lain berpunca daripada Najib dan tidak mungkin juga ia mampu ditingkatkan selagi "ibu masalah" kepada UMNO dan kerajaan itu iaitu Najib sendiri,  tidak diketepikan dengan segera.

Masihkah kita ingat apabila beberapa hari lalu Zahid ada mendedahkan bahawa sudah wujud gerakan mahu menumbangkannya di Bagan Datuk?

Siapakah yang berani dan mahu menumbangkan Zahid sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, jika bukan oleh orang yang berada diatas daripadanya atau setidak-tidaknya mendapat restu daripada orang nombor satu?

Melalui pengakuan memalukan bahawa cybertrooper UMNO dan kerajaan hanya tinggal 6.6 peratus saja, Zahid bukan saja cuba merendah dan memperlihatkan kepimpinan Perdana Menteri dalam keadaan yang amat lemah dan hanya menunggu masa untuk rebah, malah seperti sudah mengorak langkah untuk mula melawan.

Apabila "nombor satu" dan "nombor dua" sudah ada tanda-tanda berbalah, maka peluang Pakatan Harapan dan Bersatu mengambil alih kerajaan turut semakin cerah. (SH 23/01/2017).

Tugu banjir,masjid al Jauhar guna wang Tok Kenali tetap penyelewangan

Posted: 27 Jan 2017 02:41 PM PST



Che Ibrahim MohamadChe Ibrahim MohamadPengakuan pihak kerajaan bahawa wang dari Yayasan Tok Kenali (YTK) telah digunakan untuk membeli tanah menempatkan sebuah bangunan dua tingkat yang dibina oleh Pas Kawasan Kuala Krai yang disebut Masjid al Jauhar tetap dianggap satu penyelewengan.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata pembelian tanah yg dikatakan bernilai RM300,000 ternyata bukan sahaja satu pembaziran, tetapi telah menyeleweng daripada objektif sebenar penubuhan YTK.
Pihak kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Roslan Wan Hamat menafikan dakwaan Adun Salor, Datuk Husam Musa bahawa tanah adalah dibeli oleh YTK bagi tapak tugu banjir.
"Tujuan sebenar adalah menyelamatkan Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina diatas tanah milik individu," kata kenyataan itu.
Kerajaan negeri kata Che Ibrahim, tidak sewajarnya menggunakan alasan untuk menyelamatkan masjid sebagai asas kepada pembelian tersebut kerana urusan masjid adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
"Selain Masjid Jauhar yang didakwa sebagai asas pembelian tersebut, di atas tanah yang sama juga telah didirikan lima buah gerai oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan sudah lebih sepuluh tahun mengutip sewa daripada penyewanya," katanya.
Menurutnya, pembinaan Tugu Banjir juga adalah di atas sebahagian daripada tanah tersebut, walaubagaimana pun Ketua Penerangan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim yang mulanya mengaku kemudian mendakwa ianya dibina atas rizab jalan.
"Apabila Kerajaan menyedari tanah tersebut ada pemiliknya yang sah, barulah ada usaha untuk membeli tanah tersebut daripada pemilik asalnya," katanya.

Tiada ulasan: