Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BUKAN SOAL PELABURAN , TETAPI PEMILIKAN TANAH

Posted: 21 Jan 2017 02:58 PM PST

PAJAKAN 99 TAHUN ATAU PEGANGAN BEBAS?


Najib Razak berkata, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Perdana Menteri menafikan dakwaan Tun Mahathir kononnya seramai 700 ribu warga China akan dibawa masuk dibawah projek itu dan diberi kerakyatan.

"Bila kerajaan Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.

"Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi, di mana soal kedaulatan negara kita terkorban," kata Najib lagi.
Petikan berita diatas adalah bersumberkan Bernama, sebuah agensi kerajaan yang turut dipetik oleh beberapa portal, antaranya Sinar Harian.


Tetapi kemudian tersebar di media sosial satu papan iklan Forest City yang memberitahu tanah di situ adalah freehold (pegangan bebas) dan bukannya pajakan 99 tahun sebagaimana yang disebut Najib.

Jadi, mana satu yang betul? Pegangan bebas atau pajakan?
Untuk lebih lanjut, apa kata layari pula laman web Forest City sendiri - http://www.forestcitycgpv.com/en/garden.aspx?type=2

Dalam pada itu, jika kita semak kembali berita Bernama tentang kenyataan Najib mengenai Forest City itu, ternyata ia telah diubahsuai dan tidak terdapat lagi sebutan mengenai pajakan 99 tahun sebagaimana yang disebut Najib sebelum ini.


Pokoknya, kenapa agensi berita kerajaan iaitu Bernama turut melakukan U-Turn berkaitan ucapan Najib itu?

Adakah Najib sendiri hanya bercakap semberono saja mengenai fakta Forest City itu tanpa mendapatkan maklumat yang sahih mengenainya? 
Sementara itu, Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam menegaskan, kritikannya mengenai pembelian tanah oleh rakyat China bukan bermaksud beliau anti Cina.
"Saya mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China sebagaimana mengalu-alukan FDI dari mana-mana negara. Apa yang saya membantah adalah jenis FDI dari China.
"Ia bukan mengenai pelaburan dalam industri pembuatan di Malaysia. Ia adalah mengenai memperolehi tanah di Malaysia, membina penempatan, pekan dan bandar yang akan dijual kepada warga China yang akan datang dan tinggal di sini.
"Migrasi berskala besar yang kami membantah. Jika projek itu oleh kaum India dan beberapa juta kaum India untuk datang dan tinggal di Malaysia, kami juga akan membantah sekeras-kerasnya," tambah Tun Mahathir lagi. (SH 21/01/2017).

APA KHABAR ASRAMA MOKHTAR SENIK..NETIZEN SARAN JUAL KUDA HITAMNYA..

Posted: 21 Jan 2017 02:54 PM PST

Asrama sekolah pondok Mokhtar Senik terbakar


Asrana pondok Mokhtar Senik terbakar malam tadi namun tiada kemalanmgan jiwa. Gambar Pahang News.Asrana pondok Mokhtar Senik terbakar malam tadi namun tiada kemalanmgan jiwa. Gambar Pahang News.

Asrama pondok Pusat Pendidikan Islam Annur Jalan Pantai Sepat, Kampung Kuala Penor di sini yang dipimpin oleh Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama Pas Pahang terbakar kira-kira jam 8.00 malam tadi.(17 JANUARI LALU)
Pusat pendidikan tersebut menempatkan seramai 110 orang pelajar berumur antara 12 hingga 20 tahun, lapor Harakahdaily.
Menurut laporan rasmi pihak berkuasa, lapor lidah rasmi Pas itu, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan bangunan konkrit asrama pelajar lelaki di bahagian tingkat atas menempatkan seramai 60 orang pelajar manakala di tingkat bawah menempatkan 4 orang pelajar.
Semasa kejadian kesemua pelajar berada dalam masjid sedang menghadiri kuliah agama.
Maklumat daripada Ustaz Zaki, salah seorang guru di situ, pada mulanya dua orang pelajar mahu ke bilik air berdekatan dengan asrama dan pelajar tersebut ternampak api sedang marak di tingkat atas bangunan tersebut, seterusnya pelajar tersebut menghubungi Ustaz Zaki dan maklumkan kebakaran itu.
Seterusnya Ustaz Zaki terus menghubungi pihak bomba untuk bantuan memadamkan kebakaran, lapornya.
Menurut saksi, api dikatakan bermula dari tingkat atas bangunan asrama tersebut dan berjaya dipadamkan oleh empat jentera Bomba Balai Kuantan terdiri daripada tiga pegawai serta 23 anggota.
Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk memadam kebakaran dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.15 malam.
Siasatan terhadap kemusnahan akibat kejadian ini dapati bahagian tingkat atas serta bumbung asrama musnah sama sekali termasuk barangan perabot dan barangan pelajar serta dokumen-dokumen penting pelajar.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan melibatkan pelajar.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba manakala anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu Mokhtar dalam kenyataannya, mengucapkan terima kasih kepada anggota Bomba yang bertindak cepat memadamkan kebakaran tingkat atas asrama lelaki An Nuur.
Begitu juga dengan kehadiran segera Unit Amal, PAS Kawasan Kuantan dan ibu bapa pelajar yang menghulurkan bantuan secara spontan.
Tambahnya, kerugian dianggarkan RM400,000 dan kini An Nuur memerlukan:
50 katil dua tingkat
100 tilam dan bantal
100 almari
100 kain selimut dalam kadar segera

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT