Selasa, 24 Januari 2017

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Media Presiden PAS "PANDANGAN POLITIK PAS"

Posted: 24 Jan 2017 03:15 PM PST



Kenyataan Media Presiden PAS

"PANDANGAN POLITIK PAS"

1) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

2) PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

3) Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

4) Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.

5) PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.

6) PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.

7) PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.

8) PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Isnin 19 Rabiul Awwal 1438H / 19 Disember 2016M

Kapten bergambar nga kasut baru Adidas edisi khas yang akan dipakai menentang PKNS jumaat ini

Posted: 24 Jan 2017 03:43 AM PST



Kapten bergambar nga kasut baru Adidas edisi khas yang akan dipakai menentang PKNS jumaat ini.

Gomo Piya Gomo.

PAS kunjungi Gereja, perjelas Akta 355

Posted: 24 Jan 2017 03:37 AM PST



PAS kunjungi Gereja, perjelas Akta 355

PAS mengadakan pertemuan dengan penganut Kristian Katolik di Gereja St Anne's, Bukit Mertajam semalam.

Mereka antaranya membincangkan cadangan parti itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang) Kuasa Jenayah) 1965.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan PAS bersama beberapa pemimpin tempatannya, selain aktivis NGO.

Pihak gereja pula diketuai oleh biskop, Dato' Sebastian Francis.

"Ia pertemuan mesra antara pemimpin PAS, wakil NGO dan rakan-rakan Katolik kita," kata penyelaras antara agama PAS, Abdul Rahman Kassim

Rahman berkata Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menjelaskan usaha PAS untuk meminda undang-undang dikenali sebagai Akta 355 itu.

Usul dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan hukuman 100 sebatan.

YB. Dato' Taki & YBhg. Datin Hariza Yusoff @ Himpunan Muslimat Muda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor

Posted: 24 Jan 2017 03:34 AM PST



YB. Dato' Taki & YBhg. Datin Hariza Yusoff @ Himpunan Muslimat Muda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.

Pemilik serta tiga pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bangi yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Posted: 24 Jan 2017 03:31 AM PST



Pemilik serta tiga pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bangi yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata keempat-empat wanita berusia berusia antara 24 dan 46 tahun yang ditahan sejak Jumaat lepas direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis sedang menunggu arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

--BERNAMA

[Tonton BNC di ASTRO 502, HyppTv 410 , MyTV 121 & webtv.bernama.com]

BERKENAAN OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN PERHUTANAN BERSAMA BATALION 8 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) KELANTAN DAN OPERASI MEMBUKA HALANGAN (BLOCKADE) DAN MENGUATKUASAKAN ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA 1984 (PINDAAN 1993) DI HUTAN SIMPAN BALAH PADA 23 JANUARI 2017

Posted: 23 Jan 2017 07:01 PM PST

KENYATAAN MEDIA JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN

BERKENAAN OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN PERHUTANAN BERSAMA BATALION 8 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) KELANTAN DAN OPERASI MEMBUKA HALANGAN (BLOCKADE) DAN MENGUATKUASAKAN ENAKMEN PERHUTANAN NEGARA 1984 (PINDAAN 1993) DI HUTAN SIMPAN BALAH PADA 23 JANUARI 2017

(1) Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memaklumkan tindakan penguatkuasaan perhutanan bagi membuka halangan (blockade) semasa Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Perhutanan yang dijalankan pada 23 Januari 2017 sebagai langkah susulan kerana sebahagian masyarakat Orang Asli masih berdegil dan enggan mematuhi amaran yang telah dikeluarkan oleh JPNK pada 29 November 2016. Operasi bersepadu kali ini turut dibantu oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Batalion 8 Pasukan Gerak Am (PGA) Pengkalan Chepa, Kelantan dan pasukan Polis DiRaja Malaysia Kelantan.

(2) Kumpulan Orang Asli tersebut yang disyaki diketuai oleh kumpulan Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK) masih enggan berganjak dan mematuhi amaran yang telah dikeluarkan sebelum ini. Kumpulan tersebut masih tetap dengan pendirian mereka untuk mendirikan lebih banyak halangan (blockade) sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh JKOAK melalui media massa selepas isu tangkapan Orang Asli seramai 54 orang pada 29 November 2016 hingga 1 Disember 2016 baru-baru ini di kompartmen 245 Hutan Simpan Balah, kompartmen 260 Hutan Simpan Perias dan kompartmen 27 Hutan Simpan G. Stong Selatan. JPNK juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan media sebelum ini berhubung tindakan sebilangan masyarakat Orang Asli adalah menyalahi peruntukan di dalam Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana status kawasan yang didirikan halangan (blockade) dan pondok-pondok adalah merupakan kawasan berstatus Hutan Simpanan Kekal dan bukannya kawasan perkampungan mereka yang sebenarnya.

(3) Operasi kali ini melibatkan seramai 133 orang pegawai dan kakitangan melalui Operasi Bersepadu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain. Seramai lima (5) Orang Asli lelaki telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang dalam mendirikan (blockade) dan pondok-pondok yang didirikan secara haram di atas kawasan Hutan Simpanan Kekal. Pihak JPNK mengesyaki campurtangan daripada pihak luar menyebabkan sebilangan besar Orang Asli bertindak melampaui batas perundangan sedia ada. Walaupun begitu melalui pemerhatian di lapangan semasa operasi di kompartmen 245 Hutan Simpan Balah pada 23 Januari 2017 mendapati sokongan dan penglibatan masyarakat Orang Asli di dalam lokasi (blockade) semakin berkurangan. Ini mungkin disebabkan mulai wujud kesedaran bahawa mereka telah dipermainkan oleh pihak luar terutamanya bagi kepentingan inividu.

(4) Pihak JPNK juga memaklumkan mulai 13 Januari 2017 melalui konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) pihak JPNK telah bekerjasama dengan Batalion 8 PGA Kelantan bagi menunjukkan komitmen JPNK dalam menguatkuasakan Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) di dalam aspek pengawalan pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan membenteras sebarang bentuk aktiviti pembalakan haram di Kelantan. Ini termasuk operasi di beberapa kawasan hitam yang dikenalpasti merangkumi kilang-kilang haram yang menyumbang kepada aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

(5) Hasil Operasi Bersepadu selama seminggu beberapa kejayaan awal telah diperolehi oleh JPNK dengan bantuan PGA iaitu lima (5) kes melibatkan tangkapan seramai enam (6) orang merangkumi empat (4) kes pencerobohan di dalam Hutan Simpan Ulu Galas dan satu (1) kes kilang haram. Kesemua kes telah disiasat di bawah Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) untuk dibawa ke pihak pendakwaan.

(6) Kenyataan media ini bertujuan bagi menangkis beberapa tanggapan negatif dan tuduhan liar sebelum ini oleh pihak NGO terhadap beberapa operasi yang telah dan akan dijalankan oleh JPNK pada tahun 2016 dan 2017. Mengenai isu tuntutan Orang Asli pihak JPNK telah menerangkan sebelum ini beberapa tindakan segera di sudut pentadbiran telah diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam membantu menyelesaikan isu-isu tuntutan Orang Asli. Walau bagaimanapun, sebahagian masyarakat Orang Asli perlu menghormati undang-undang sedia ada yang di bawah Pihak Berkuasa Negeri dan tidak terlalu mudah diperdaya dan dipengaruhi oleh pihak luar kerana ini bukan caranya menyelesaikan isu tuntutan Orang Asli.

(7) Jelas sekali aktiviti membina halangan (blockade) dan mendirikan pondok-pondok sementara di laluan utama jalan pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal telah menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk Orang Asli dan menganggu aktiviti penguatkuasaan oleh pihak JPNK. Pihak JPNK juga memaklumkan bahawa beberapa mesyuarat bersama-sama penghulu Orang Asli dan tok batin yang dilantik secara sah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan (JAKOA) juga telah diadakan pada 10 Januari 2017 dan 19 Januari 2017 dan hasilnya amat positif. Mesyuarat sebegini akan diteruskan bagi melestarikan aspek pembangunan sosial diantara perlaksanaan aktiviti perhutanan oleh JPNK dengan kemajuan pembangunan ekonomi Orang Asli di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal khasnya boleh direalisasikan melalui peranan awal oleh Jawatankuasa Penghulu-Penghulu dan Jawatankuasa keselamatan Kampung (JKK) Orang Asli Kelantan.

(8) Pihak JPNK ingin memaklumkan bahawa Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Perhutanan bersama-sama Batalion 8 PGA Kelantan akan diteruskan kerana telah menunjukkan hasil yang positif dan JPNK akan terus mengawal sebarang tindakan pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan pembalakan haram yang menyalahi Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993). Selain itu peranan JPNK juga akan diperluaskan bagi membantu masyarakat Orang Asli melalui JAKOA khasnya dalam sektor perhutanan khususnya bagi hasil-hasil kecil hutan seperti buluh dan sebagainya.

PENGARAH
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
24 Januari 2017M/25 Rabiul Akhir 1438H

Tiada ulasan: