Isnin, 9 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tan Sri Irwan terlucu Selepas Yb Ahmad Maslan

Posted: 09 Jan 2017 05:33 AM PST


ORANG MISKIN BELI BARANG YANG TIADA GST

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. 1Malaysia terkejut dengan kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah yang menyatakan kenaikan kos kehidupan jangan disalahkan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).Kenyataan beliau mengenai masalah kenaikan harga barang adalah disebabkan pemborong dan peniaga yang menaikan harga dan mengambil keuntungan berlebihan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan diambil oleh KPDNKK.

*_"Jangan salahkan GST_*.Orang miskin tidak beli barang yang kena GST. *_Orang miskin beli barang yang tiada GST"_*,katanya.

2. Saya macam tidak percaya yang bercakap sedemikian rupa merupakan KSU Perbendaharaan.Mulanya saya ingat dia nak buat lawak macam peserta Maharaja Lawak Mega. *_Rupanya dia lebih gemar cara lawak Harith Iskandar yang nampak lebih Profesional_*.

"Memang melucukan apabila KSU Perbendaharaan membuat perbandingan dengan berkata semasa beliau di United Kingdom, harga jualan runcit petrol lebih 1 pound seliter dimana nilai 1 pound bersamaan lebih RM5 seliter. *_Saling tak tumpah macam Datuk Ahmad Maslan_*".

*WANITA MISKIN PUN KENA PAKAI TUALA PELEKAT BUKAN TAMPAL SURAT KHABAR LAMA*

3. *_'Mai dari BR1M,balik pi kepada GST'_*.Tambah celaru apabila Menteri Kewangan II Datuk Johari Abd Ghani menyatakan kerajaan bagi *_BR1M untuk tampung orang miskin bayar GST_*.Sebelum itu acap kali pemimpin UmnoBn canang BR1M untuk ringankan beban rakyat.Pada hal *_BR1M RM3.28 sehari untuk beli ikan temenung 'pecah perut' pun tak lepas_*.Tan Sri pula kata orang miskin tak beli barang yang kena GST. *_Malaysia makin 'ghosot'_* (celaru).

"Semuanya diminta guna BR1M. *_Sebenarnya Najib dah bagi BR1M seorang berapa juta Ringgit_* kepada rakyat yang layak ?

Petrol naik rakyat diminta guna BR1M untuk menyerap kenaikkan harga petrol ,harga barang dapur naik rakyat diminta guna BR1M untuk menampung kenaikkan itu,Keperluan sekolah naik harga diminta guna BR1M juga untuk kurangkan keperitan bahana dari kenaikkan itu".

Dalam pada itu penerima BR1M yang tidak memiliki kereta juga boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu UBER atau GRABCAR.

"Bayangkan jika penduduk Kg Lana Bulu di Jerlun,Kg Titi Kerbau di Changloon,Kg Bukit Pak Kiaw di Pokok Sena,Kg Paya Mat Inson di Pendang ikut cadangan Najib maka kita akan nampk lalulintas di jalan-jalan ban dan jalan-jalan di kebun getah akan menjadi sesak dek kerana UBER dan GRABCAR .
Andaikata semua penduduk ditempat tersebut menjadi pemandu UBER dan GRABCAR,siapa pulak yang akan jadi penumpang bilamana semua keluarga memiliki UBER dan GRABCAR.

Apabila dah tak ada penumpang, nak bayar ansuran bulanan dengan apa?. *_Sanggupkah kerajaan melihat rakyat 'tokak' tayar Proton Iriz tu sehari sebiji?_*"

4. Saya nak tanya Tan Sri Irwan,apa yang ada dalam kepala otak Tan Sri.Adakah Tan Sri fikir yang orang miskin tidak perlu membeli barang yang dikenakan GST itu 'masuk akai' ka?. *_Jangan ingat wanita miskin ketika 'datang bulan' (haid) hanya guna surat khabar lama yang dilipat tebal untuk tampal jadi tuala pelekat wanita_*.Adakah orang miskin selera makan mereka hanya kicap, belacan,budu dan kangkung sahaja.

"Saya yakin *_Tan Sri pun ambil 'hak' orang miskin juga dengan membeli kicap,belacan,budu,kangkung dan barang-barang yang tak kena GST_* dan saya tidak percaya jika Tan Sri hanya membeli barang yang kena GST sahaja.Tetapi jika *_orang miskin nak ambil 'hak' Tan Sri dan Datuk Seri Najib mereka perlu bayar GST_* sedangkan mereka rakyat marhaen yang miskin.

GST jadikan jurang perbezaan yang lebih besar antara orang miskin dengan orang kaya, *_'yang miskin tambah miskin, yang kaya lebih bergaya'_*".

5.Kenyataan KSU Perbendaharaan sangat *_memalukan sektor Perkhidmatan Awam_*.Apa akan jadi pada masa depan Malaysia.Amat malang bagi rakyat Malaysia memiliki *_PM,Menteri dan KSU Perbendaharaan yang hanya jadi 'kaki bodek',penglipur lara dan melucukan

_*."Najib pula berbangga bahawa pertumbuhan ekonomi antara 4.3 hingga 4.4 peratus yang dicapai negara adalah sesuatu yang hanya boleh diimpikan oleh negara-negara maju.

" *_Jika pertumbuhan ekonomi begitu bagus sehingga melebihi negara-negara maju, mengapa hanya tawaran menjadi pemandu UBER dan GRABCAR saja_* yang mampu ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat"?

*_Macam-macam ikhtiar rakyat sudah lakukan.Tanam sayur sudah, bawa bekal ke tempat kerja sudah, naik kenderaan awam sudah.Bagaimana lagi rakyat harus berjimat… bagaimana… bagaimana..???_*

Pada meraka yang bergaji sebagai KSU seperti Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, duit elaun pun tidak habis berbelanja, apatah lagi dengan duit gaji setiap bulan,memang tidak perlu cakap la,fikirkanlah masalah pengguna marhaen yang berpendapatan sederhana dan rendah.

#GstBebanRakyat
#TakNakGST
#PendedakAdaDiManaMana
#JanjiDicapati
#RakyatDerita
#RakyatBukanBengap
#SelamatkanMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena

Bagan Datuk diisytihar daerah ke-12 Perak

Posted: 09 Jan 2017 05:27 AM PST

Bernama ·


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menandatangani plak pengisytiharan Daerah Bagan Datuk ketika majlis pengisytiharan daerah ke-12 negeri itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – Gambar Bernama

BAGAN DATUK – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah ke-12 negeri itu.

Dengan perisytiharan itu, ejaan Bagan Datoh turut dengan rasminya ditukar kepada Bagan Datuk.

Majlis pengisytiharan itu berlangsung di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk dengan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan anggota Parlimen kawasan itu, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Exco kerajaan negeri.
Majlis itu turut dihadiri kira-kira 15,000 warga Bagan Datuk.

Lebih RM125 juta akaun bank, aset majikan gaji Pati akan dibeku: Imigresen

Posted: 09 Jan 2017 05:24 AM PST

mStar Online ·


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. - Gambar fail NSTP/Fariz Iswadi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. – Gambar fail NSTP/Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA – Lebih RM125 juta wang tunai di dalam akaun bank dan aset milik 15 majikan yang kini dalam siasatan Jabatan Imigresen akan dibekukan kerana melindungi dan menggaji pekerja asing tanpa izin (Pati).

Ia merupakan hasil siasatan Jabatan Imigresen dalam tempoh tiga bulan lalu selepas penguatkuasaan tindakan untuk membekukan aset majikan yang didapati melakukan kesalahan di bawah pelbagai akta sejak 1 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk mengambil tindakan ke atas tiga daripada 15 majikan tersebut dengan membekukan akaun bank dengan nilai terkumpul wang tunai sebanyak RM25 juta.

"Tiga kes ini dalam proses tindakan pembekuan akaun bank dan jumlah wang yang dikenalpasti itu belum termasuk pembekuan ke atas aset mereka yang lain.

"Baki 12 kes lagi melibatkan akaun bernilai lebih RM100 juta sedang dalam proses siasatan terakhir sebelum tindakan pembekuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen," katanya.

Menurut beliau, kebanyakan majikan yang dikenal pasti itu merupakan syarikat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di sekitar Lembah Klang.

"Kesemua kes ini disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang mana tindakan boleh diambil seperti membekukan aset dan akaun bank.

"Kes turut disiasat melibatkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Pasport 1966," kata Mustafar.

Sepanjang proses siasatan, Mustafar berkata, tindakan tegas akan diambil dengan membeku dan menyita sebelum melucutkan hak harta menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada 27 September lalu, Jabatan Imigresen menubuhkan unit Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001, bagi melakukan siasatan terhadap majikan yang melindungi dan menggaji Pati.

Unit yang dianggotai sejumlah pegawai jabatan dari ibu pejabat dan semua cawangan negeri-negeri itu turut mendapat kerjasama Jabatan Peguam Negara.

Mustafar berkata, lebih banyak lagi majikan akan diburu Jabatan Imigresen di atas kesalahan melindungi dan menggaji Pati.

Antara pendatang asing yang ditahan dalam operasi besar-besaran berdekatan Pasar Borong Selayang pada tahun lepas. - Gambar fail Utusan Online
Antara pendatang asing yang ditahan dalam operasi besar-besaran berdekatan Pasar Borong Selayang pada tahun lepas. – Gambar fail Utusan Online

"Setakat ini, 15 kes baharu telah kita perolehi dalam tempoh tiga bulan pertama selepas tindakan membeku aset dikuatkuasakan, maka lebih banyak majikan yang melakukan kesalahan akan dikesan," katanya yang merujuk kepada analisis pengkaji jenayah bahawa "jika satu kes dilaporkan, ada 10 lagi kes belum dilaporkan".

Mustafar menegaskan bahawa tindakan membekukan aset majikan adalah bertujuan untuk menangani masalah lambakan Pati di negara ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa pekerja asing sememangnya menjadi keperluan industri di negara ini tetapi majikan seharusnya bertanggungjawab mematuhi undang-undang dengan menggaji mereka secara sah.

"Apa yang kita kuatkuasakan ini adalah demi kedaulatan, kesejahteraan dan keselamatan negara," ujar Mustafar.

Menurut Mustafar, terdapat majikan yang menggaji Pati tetapi mereka tampil dengan mendaftar pekerja menerusi Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Program Rehiring).

Selain itu, katanya, Jabatan Imigresen turut memperkenalkan program 3+1 iaitu program penyerahan diri secara sukarela untuk Pati pulang ke negara asal.

Mengikut rekod Jabatan Imigresen, seramai 50,243 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditangkap sepanjang 2016.

Bagi tempoh sama, 1,174 majikan dan 24 ejen atau sindiket yang ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti melindungi atau menggaji Pati.

Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum

Posted: 09 Jan 2017 05:21 AM PST

Isma Web 


Pengerusi UMMAT, Aminuddin Yahaya. - Gambar fail Isma Web
Pengerusi UMMAT, Aminuddin Yahaya. – Gambar fail Isma Web

Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan Himpunan RUU355 pada 18 Februari depan mencetuskan perpecahan kaum.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, dakwaan Liow dianggap atas dasar kepentingan politik semata-mata dan sengaja menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat Malaysia khususnya orang bukan Islam.

Malah bidasnya, Liow juga dilihat sengaja mencetuskan provokasi kaum terhadap penganjuran itu yang langsung tidak menyentuh dan menganggu hak orang bukan Islam di negara ini.

"Liow dan beberapa pengikutnya yang sebenarnya menimbulkan perpecahan antara kaum kerana penganjuran Himpunan RUU355 bukan bertujuan untuk memusnahkan orang bukan Islam di Malaysia.

"Namun, Liow mereka-reka perkara ini, maka dia lah sebenarnya pihak yang cuba memecahbelahkan kaum," katanya hari ini.

Sebelum ini, Liow dilaporkan akan menentang perhimpunan mega yang dianjurkan oleh PAS itu ekoran menyifatkan ia bakal menjadi penyebab kepada perpecahan di negara ini.

Liow turut mengulangi pendirian partinya, MCA yang berterusan menentang pindaan akta yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei tahun lepas.

Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, MCA sehingga kini masih tidak memahami tujuan akta itu dipinda meskipun berulang kali dijelaskan, ianya tidak membabitkan orang bukan Islam.

"Disebabkan agenda politik, dia (Liow) membuat kenyataan dan dakwaan seperti itu…..menentang penganjuran perhimpunan berkenaan bermakna mereka tidak memahami undang-undang dan hak kebebasan orang Islam.

"Kita bukan mahu menimbulkan huru-hara seperti perhimpunan Bersih dan Baju Merah sebelum ini. Kalau orang bukan Islam mempunyai hak tertentu dan bebas, kenapa pula mahu disekat kebebasan dan hak orang Islam. Jadi saya rasa cukuplah bagi Tiong Lai untuk buat kenyataan seperti ini," katanya.

Himpunan dengan bertemakan warna ungu itu dijangka diadakan di Dataran Merdeka bagi meningkatkan kesedaran dan menghidupkan sokongan rakyat khususnya orang Islam di Malaysia terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

RUU 355: Amanah umpama 'cacing kepanasan', kata PAS

Posted: 09 Jan 2017 05:06 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menyifatkan Amanah sebagai 'cacing kepanasan' berikutan gesaan mereka yang meminta PAS membahaskan RUU 355 di Parlimen.
 
Mahfodz merujuk sikap Amanah yang sebelum ini kerap mengkritik usaha PAS untuk membawa cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, selain kemudiannya tampil dengan RUU alternatif yang didakwa 'lebih baik' dari apa yang dibawa PAS. 
 
"Mereka seperti cacing kepanasan. Sikap mereka sekarang (ialah) apa yang dilakukan oleh PAS kesemuanya salah. Apabila kita bentang RUU 355 mereka juga bentang RUU alternatif. Apa hak mereka? 
 
"Jika diluluskan nanti pun, yang akan mula laksanakan RUU 355 ini di Kelantan. Amanah mana ada negeri yang sibuk-sibuk begitu? Konon hendak bentangkan RUU mereka lebih baik, namun mujur tidak dapat kelulusan Parlimen," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata parlimen merupakan pentas yang sesuai untuk PAS membahaskan RUU 355 itu sebagai usahanya memberikan kefahaman lanjut berkenaan usahanya memartabatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
 
Respon itu diberikan selepas PAS pada kelmarin mengumumkan penganjuran Himpunan 355 pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya yang beragama Islam tentang hasrat partinya.
 
Usul pindaan akta itu akan dibahaskan di parlimen pada sesi akan datang selepas mendapat laluan daripada pihak kerajaan.
 
Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.
 
"Ketika mereka termasuk Salahuddin dan pemimpin Amanah ketika berada dalam PAS suatu ketika dahulu, sebenarnya dia yang mencadangkan (supaya PAS) bawa RUU dalam bentuk RUU 355.
 
"Jangan dibawa usul hudud Kelantan dan Perkara 76a, kerana jika kita teruskan tidak akan mendapat kelulusan majoriti dua per tiga. Maka mereka cadangkan RUU 355 dan boleh luluskan kerana boleh dapat majoriti mudah," demikian menurut Mahfodz lagi

Peguam, NST mengaku bersalah pada Anwar

Posted: 09 Jan 2017 05:04 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh hari ini memohon maaf terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaannya sebelum ini bersabit aktiviti penggubahan wang haram membabitkan Ketua Umum PKR itu.
 
Ranjit pada 2013 dan 2014 menerusi surat khabar New Straits Times (NST) menuduh Anwar terlibat dalam aktiviti itu tanpa sebarang bukti.
 
Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.
 
Selain Ranjit, NST juga mengaku bersalah dan bersedia menyiarkan permohonan maaf Ranjir, selain membayar saman fitnah bernilai RM60,000 kepada Anwar.
 
Kedua-dua defendan juga memohon maaf terhadap mendiang Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa sebagai menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.
 
Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Teoh Guat Cheng dan Kenail Singh, manakala NST diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir.
 
Sementara Anwar pula diketuai Sangeet Kaur Deo, selain Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof.
 
Persetujuan berkenaan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop dengan rundingan selama dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak.
 
 

Persempadanan semula SPR berat sebelah, ‘khianati’ Perlembagaan Persekutuan

Posted: 09 Jan 2017 04:53 AM PST


Roketkini.com

IPOH: Adakah persempadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersifat neutral dan masih menepati prinsip-prinsip selaras Perlembagaan Persekutuan?

Persoalan itu diutarakan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar yang mendapati persempadanan semula SPR berat sebelah dengan mengutamakan kepentingan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Keadaan yang berlaku ini, kata Ahli Parlimen Batu Gajah itu telah melanggar empat syarat yang diperuntukkan dalam undang-undang iaitu:
  • Kemudahan untuk pemilih-pemilih semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri
  • Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam pilihan raya itu
  • Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri
  • Memelihara hubungan tempatan
"Semua ini membuktikan bahawa syarat-syarat yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara tidak dihormati oleh SPR, malah badan yang kononnya bebas itu menggunakan pelbagai manipulasi bagi membolehkan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang," katanya.

Sebelum ini, SPR didakwa memindahkan sejumlah besar bilangan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain sehingga mendapat bantahan besar-besaran daripada Pakatan Harapan di hampir setiap negeri.

Pakatan Harapan Perak, misalnya, menyatakan terdapat lebih 16 kawasan DUN di negeri itu mempunyai bilangan pengundi melebihi kawasan Parlimen, iaitu sesuatu yang tidak logik.

Malah, wujud perbezaan jumlah pengundi yang terlalu besar antara bahagian-bahagian mengundi, sebagai contoh kerusi DUN Manjoi yang mempunyai 50,812 pengundi, sebaliknya DUN Kota Tampan dan Trong hanya mempunyai kurang 13,000 pengundi.

SPR juga didakwa memindahkan hampir 5,000 pengundi dari kawasan Batang Kali ke Kuala Kubu Bharu di Selangor.

Perkara sama turut berlaku di Johor apabila didapati semua bahagian Parlimen di negeri itu gagal mematuhi syarat bahawa kadar 15 peratus perlu digunakan sebagai kadar perbandingan bagi perbezaan antara jumlah pemilih di setiap kawasan.

Ia juga berlaku untuk bahagian DUN apabila Skudai mempunyai 69,132 pemilih manakala Bukit Kepong cuma mempunyai pemilih seramai 15,795 orang.

Perkara ini, kata Siva, menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap SPR untuk mengendalikan pilihan raya.

"(Perbuatan SPR) merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat dan Perlembagaan Persekutuan," tegasnya. -Roketkini.com


Kemiskinan di Sabah: Kakitangan awam ditangkap, “jerung besar” terlepas

Posted: 09 Jan 2017 04:51 AM PST


Oleh Foto Ahmad Yusufi
 
KOTA KINABALU: Rasuah dan salah guna kuasa melampau adalah punca kemiskinan di Sabah masih gagal ditangani dengan baik sejak membentuk Malaysia 53 tahun lalu.

Kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, jika pada tahun lalu Malaysia dinobat sebagai sebuah negara kleptokrasi dengan gelaran kerajaan pencuri, perompak dan penyamun, Sabah pula telah menjadi sebuah negeri paling kleptokratik di negara ini.

Ia jelasnya terbukti dengan skandal rasuah puluhan juta ringgit melibatkan Jabatan Air Sabah beberapa bulan lalu.

"Orang Sabah wajar bertanya, di sebalik segala kekayaan hasil mahsul Sabah, kemiskinan di Sabah pula terlalu teruk sehingga Sabah telah menjadi negeri termiskin di negara ini," katanya semasa pelancaran Pakatan Harapan Sabah, semalam.

Menurut Kit Siang, walaupun SPRM berjaya menahan beberapa pegawai kerajaan sebelum ini, ia bukanlah satu kejayaan besar terhadap kempen anti-rasuah agensi itu.

"Jika China dan Indonesia telah berjaya menangkap dan memenjarakan "harimau" dan "buaya" dalam kempen anti-rasuah mereka, SPRM masih gagal memenjarakan "jerung" negara ini.

"Kejayaan kempen anti-rasuah hanya akan berjaya jika SPRM dapat menangkap "jerung-jerung politik" negara ini. 

"Tumpuan SPRM terhadap kakitangan awam semata-mata tidak akan  memberi kejayaan besar terhadap kempen anti-rasuah mereka," tegas beliau.

Justeru, demi memulihkan semula keadaan negara dan Sabah, perubahan perlu dilakukan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Pakatan Harapan Sabah menawarkan kepada rakyat Sabah satu pilihan iaitu antara demokrasi ataupun kleptokrasi.

"Tawaran ini bukan sahaja di Sabah semata-mata, tetapi juga di seluruh Malaysia," ujar Kit Siang. -Roketkini.com


Hospital Selayang dilengkapi teknologi tercanggih dalam negara

Posted: 09 Jan 2017 04:47 AM PST

DETIK DAILY


 
KUALA LUMPUR: Pesakit kini boleh mendapat manfaat daripada teknologi tercanggih di Malaysia menggabungkan kaedah angiografi dan CT Scan iaitu mesin Angio-CT Hibrid di Hospital Selayang di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan berkata dengan menggunakan sistem hibrid menggabungkan kedua-dua kaedah, pesakit boleh diimbas serta merta selepas prosedur untuk menilai keberkesanan rawatan dan menyediakan baseline untuk imbasan susulan seterusnya.

"Pesakit tidak perlu dipindahkan dari meja atau ke bilik lain untuk tujuan ini. Tempoh prosedur juga dipendekkan, justeru mengurangkan masa menunggu keseluruhan," kata beliau pada majlis perasmian Unit Angiografi dan mesin Angio-CT Hibrid, di Hospital Selayang pada Jumaat.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan dihadiri oleh Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.

Dr Zailan berkata selain meletakkan ubat di organ dalaman di kedudukan yang tepat tanpa menjalani pembedahan utama, mesin Angio-CT Hibrid akan mengurangkan pendedahan radiasi kepada kakitangan yang bekerja di ruang intervensi.

Beliau berkata perkhidmatan angiografi dimulakan di Hospital Selayang pada 2009 tetapi pada tahun 2013 ia sering mengalami kerosakan sehingga ia diisytiharkan tidak dapat dibaiki.

Sementara itu, Dr Subramaniam pada sidang media selepas majlis tersebut berkata mesin yang berharga RM10 juta itu telah digunakan di Hospital Selayang sejak Oktober 2016 dan ia mampu memberi rawatan sehingga 10 kes dalam sehari.

Katanya kerajaan berhasrat memperluaskan penggunaan mesin itu ke hospital lain sekiranya mempunyai bajet.

Dalam pada itu Subramaniam berkata selain Hospital Selayang, setakat ini mesin angiografi telah diletakkan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Ampang dan Institut Kanser Negara.

"Mesin angiografi juga diletakkan di hospital negeri yang besar meliputi zon serantau seperti Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah untuk zon Utara, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu (zon Selatan), Hospital Umum Sarawak di Kuching dan Hospital Queen Elizabeth di Sabah (zon Malaysia Timur)," katanya. 
Beliau berkata setakat ini terdapat 11 pakar Intervensional Radiologi di seluruh negara yang memberi diagnosis dan rawatan dengan teknik invasif yang minimal dengan kaedah panduan fluoroskopi.

Sementara itu, enam lagi pengamal perubatan sedang mengikuti kursus dalam bidang ini, katanya. -- Bernama
 

PAS 2017

Posted: 09 Jan 2017 04:45 AM PST


 
Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Pada hujung 2014, bah besar melanda negeri Kelantan. Sangat besar sehingga tidak mungkin rakyat Kelantan melupainya. Beberapa bulan kemudian, pada pertengahan 2015, bah besar melanda PAS pula. Ia juga besar dan sangat sukar buat ahli PAS melupainya.

Bah besar adalah musibah. Setiap musibah pasti dibilang-bilang sebab dan akibatnya yang buruk-buruk. Tetapi nantinya akan terlihat hikmat dan kebaikan daripadanya. Ia kejadian dan takdir Allah yang selalu saja tersembunyi hikmat dan kebaikannya ditutup keburukan dan kecelakaan di mata kita manusia.
Justeru setiap musibah, selepas keburukannya mereda, ia akan menjadi nafas baru dan kebangkitan semula buat mangsanya. Ia hanya perlu kuat dan yakin. Jika tidak, musibah akan kekal menjadi musibah yang memanjangkan tempoh sedih, salah menyalah dan putus asa.

Kerajaan Kelantan dan rakyatnya telah berusaha bangkit daripada sengsara bah besar tersebut. Impak positif dicari-cari bagi meringankan tanggungan berat rasa terkejut, takut dan sedih. Bantuan semua pihak begitu banyak membantu pemulihan samada material dan kerohanian. Sudah pasti pemulihan terbaik adalah kepasrahan dan keyakinan yang tinggi terhadap kuasa Allah yang maha agong dan betapa dekatnya takdir Allah ke atas manusia.

PAS juga telah melalui proses yang sama. Kejutan perpecahan dan pergelutan amat dahsyat dirasakan. Ia seperti proses salin semula kulit yang amat jarang berlaku dalam parti. Kali terakhir adalah pada awal 80-an semasa konsep kepimpinan ulamak mula dibentuk. Ramai yang keluar parti kerana tidak setuju dan kecewa.

Tetapi PAS masa itu bangkit dengan cepat. Dalam beberapa tahun kemudiannya, ia memacu laju dengan kepimpinan baru yang lebih muda, bersemangat dan mahukan tajdid dan reformasi di dalam parti dan perjuangannya. Kejayaan mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1990 menjadi bukti besarnya impak positif daripada musibah perpecahan dalaman PAS pada awal 80-an itu.

Apa yang berlaku ke atas PAS lebih 30 tahun lepas itu, itulah yang sedang berlaku ke atas PAS hari ini. Bah besar atau musibah pergelutan dalaman yang memuncak pada 2015 itu sudah pun mereda sakan. Walaupun masih dirasai kesannya yang buruk, tetapi impak positif yang merupakan hikmah tersembunyi daripada setiap musibah ciptaan Allah mula tumbuh, berputik dan hampir membuahkan hasil yang baik.

Gema bahawa ahli PAS akan keluar beramai-ramai berakhir dengan pendedahan jumlah ahli PAN yang sedikit dan gagal menepati sasaran awal mereka. Sebaliknya PAS terus menerima pendaftaran ahli baru yang berkali ganda lebih ramai berbanding rekod bilangan ahlinya yang dikesan keluar parti dan masuk PAN. Lebih meyakinkan, pendaftaran ahli baru menyaksikan lebih 70 peratus adalah daripada kalangan anak muda.

Begitu juga, paling menggegarkan adalah keluarnya singa-singa besar PAS daripada PAS. Bermula bekas Timbalan Presiden, naib-naib, AJK PAS Pusat dan nama-nama besar di semua peringkat, PAS diandai akan pecah besar dan berdepan kecelakaan yang boleh meranapkan segala kekuatan yang telah lama terbina. Bagi sesetengah yang sukakan perpecahan ini, mereka menganggap bahawa ia adalah satu hukuman dan balasan yang setimpal ke atas kepimpinan baru PAS dan ahlinya yang menolak kepimpinan lama yang keluar parti kemudiannya.

Tetapi yang pergi telah pun pergi. Ia tidak pula menghalang yang datang untuk terus datang. Kini yang pergi telah dilupai. Nama mereka tidak lagi disebut kecuali sebagai lawan politik yang dipalang oleh perbezaan pandangan yang nyata. Mereka tidak lagi dilihat mewakili pandangan asal PAS, bahkan sebagai bekas penyusup dan penyeludup pandangan dan idea luar yang nyata bertentangan dengan dasar dan prinsip parti.

Kepimpinan baru PAS menyerlahkan tokoh-tokoh baru yang bukan baru di dalam PAS. Mereka telah lama bekerja di dalam dan untuk PAS. Jika ditanya di mana mereka hari itu? Kita hanya perlu menjawab, mereka berada di tempat mana pengganti mereka hari ini yang tidak juga dilihat. Ada kepimpinan yang perlu dilihat seterang-terangnya. Ada kepimpinan dan tempat yang tiada pun keperluan untuk dilihat secara terang-terang. Sampai masanya mereka akan dilihat atau diperlihatkan.

Di dalam PAS, pentarbiyahan mengajar ahlinya agar bekerja dan terus bekerja tanpa perlu mengejar apa-apa untuk dilihat oleh manusia dan dinobat dengan kemasyhuran. Ia kekuatan tersembunyi yang dimiliki PAS semenjak lama. PAS sentiasa elegan dengan elemen kejutannya untuk negara.

Kepimpinan baru PAS adalah memenuhi tuntutan semasa. Selain barisan profesional, aktivis dan ulamaknya yang kompeten, kini lahir para ilmuan dan ahli akademik yang menyumbang secara langsung untuk PAS. Tenaga yang pernah menyumbang di universiti dan institusi ilmiah daripada yang berjawatan profesor, doktor falsafah dan pakar kini seiring sederap melangkah di medan siyasah yang lebih mencabar yang memerlukan penguasaan dari segenap segi dan segmen kegiatan dan aktiviti masyarakat yang pelbagai dan rencam.

Kekuatan dan energi inilah yang memungkinkan PAS secara berani memperkenalkan satu pendekatan dan strategi baru yang lebih berdaya saing memacu perjuangan PAS yang bertunjangkan dasar dan prinsip Islam yang nyata. Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) dilancarkan oleh PAS bersama beberapa komponen sokongan lain yang bertujuan memahamkan dan menarik rakyat Malaysia untuk turut mendukung hala tuju perjuangan PAS ke arah membina negara Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.

Beberapa ciri dan kriteria utama di dalam BPMS seperti politik berprinsip, dakwah, berfakta, aman, berpenyelesaian Islam dan beberapa lagi, walaupun bukanlah suatu yang asing di dalam politik PAS, tetapi melalui BPMS, ia diperkasakan dan dijadikan satu budaya yang diharap mampu menjadi senjata utama di dalam membawa budaya politik negara yang lebih baik.

Kerana politik berprinsip dan berfaktalah, PAS mengambil pendirian menolak bekerjasama politik dengan DAP dan PAN. Kerana prinsip dakwah dan amanlah PAS meredakan ketegangan dengan Umno BN. Kerana politik berfakta yang menolak persepsi palsu dan berpenyelesaian Islamlah PAS memilih untuk menyokong dan membangkang sesuatu isu dan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Budaya politik sejahtera juga menjemput PAS untuk terus meningkatkan jalinan hubungan dengan semua institusi rakyat yang dibentuk melalui jabatan-jabatan kerajaan dan NGO-NGO yang menyumbang kepada kebangunan dan kemajuan negara. PAS yakin semua pihak harus dan mesti diberi hak dan peluang untuk memberi dan menyumbang.

Mungkin bagi sesetengah ahli dan penyokong PAS, ia kelihatan mengelirukan. Tetapi melalui proses pembudayaan yang mungkin memakan masa yang tidak pendek, lama-kelamaan kekeliruan itu akan berganti kejelasan dan keyakinan terhadap pendekatan baru PAS tersebut.

Mendepani cabaran 2017 yang dilihat oleh kebanyakan pengamat politik sebagai tahun diadakan PRU14, PAS begitu yakin bahawa PAS adalah pilihan terbaik untuk rakyat dan negara. Segala kekusutan yang melanda negara mestilah diatasi dengan penyelesaian yang kukuh dan lestari. Ia adalah penyelesaian Islam yang jelas, mudah, adil dan menaungi kebenaran.

Seluruh jentera kerja PAS mestilah bergerak seiring memastikan kejayaan parti PAS. Lupakan musibah lepas yang melanda. Ia lumrah perjuangan yang harus ditempuhi dengan kesabaran, keyakinan, azam dan tawakkal. Semoga Allah mengurniakan istiqamah hingga akhir nanti.

Selepas ikan, sayur pula naik harga

Posted: 09 Jan 2017 04:42 AM PST



DETIK DAILY




Belum selesai lagi dengan isu kenaikan harga ikan, kini pengguna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran.Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini mendapati harga kacang bendi meningkat kepada RM9 hingga RM10 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram sebelum ini.


Turut berlaku peningkatan ialah harga tomato daripada RM4 kepada RM5 sekilogram, manakala kubis bulat dan lobak merah mencecah RM6 sekilogram berbanding RM3 sekilogram.

Peniaga sayur, Sazali Ismail, 37, berkata kekurangan bekalan di pasaran adalah ekoran musim tengkujuh di negeri Pantai Timur yang turut menjadi punca kenaikan harga sayur ketika ini.

"Bukan semua sayur ada peningkatan harga, macam cili melaka masih kekal RM12 sekilogram, manakala sayur sawi masih murah iaitu RM2.50 hingga RM3 sekilogram.

"Kami hanya menaikkan sedikit harga apabila kami terpaksa membeli sayur lebih tinggi daripada pembekal agar memperoleh sedikit keuntungan," katanya ketika ditemui.

Rohaini Abdullah, 55, pula berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit turut menjadi punca kenaikan harga sayur-sayuran.

"Apabila barang kurang, ia terpaksa dibawa masuk dari Thailand, namun pemborong perlu bayar lebih akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia ketika ini.

"Keadaan ini menyebabkan pembekal terpaksa menaikkan harga borong kepada peruncit dan peruncit pula menaikkan harga bagi mendapat sedikit keuntungan," katanya.

Sementara itu suri rumah, Halimah Ahmad, 42, berkata kenaikan harga sayur-sayuran menambahkan lagi beban pengguna selepas kenaikan harga ikan dan santan di pasaran.

"Bawa RM50 datang pasar dapat beli beberapa jenis ikan dan sayur sahaja berbanding 10 tahun lalu, saya harap kerajaan dapat memantau atau membantu mengatasi masalah ini agar tidak terus membebankan rakyat," katanya.-Bernama

Tiada ulasan: