Jumaat, 27 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRM, KAMI PUN TAK SABAR MENUNGGU!!

Posted: 27 Jan 2017 06:15 AM PST

shahbudindotcom


Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.

Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
 
 
 
 
Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?

Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?

Jika di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?

Sama seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu", rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM itu? 

Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini.
 
 

SPRM tuju amaran kepada “ikan jerung” atau sekadar “ikan bilis”?

Posted: 27 Jan 2017 06:02 AM PST

Roketkini.com.
 



 KUALA LUMPUR: Adakah amaran "tunggu" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik yang terlibat rasuah itu ditujukan khas kepada "Malaysia Official 1" ("MO1") yang dirujuk secara meluas sebagai perdana menteri?

Atau ia sekadar peringatan keras kepada "ikan bilis" sambil membiarkan "ikan jerung" dilepaskan begitu sahaja?

Demikian yang dipersoalkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang memberi peringatan terhadap ahli politik yang melakukan rasuah bahawa mereka akan ditangkap tidak lama lagi.

"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja – tunggu. Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini," kata Dzulkifli dalam temubual bersama Astro Awani malam semalam.

Mengulas lanjut kenyataan itu, menurut Kit Siang, rakyat negara ini sudah muak dengan pelbagai alasan SPRM apabila "rasuah besar-besaran" melibatkan pemimpin politik dibiarkan begitu sahaja seolah-olah mereka satu "spesis" yang harus dilindungi.

Alasan kekurangan peruntukan untuk mengaji kakitangan antaranya, kata beliau, adalah tidak boleh diterima kerana SPRM menerima RM250 juta peruntukan pada 2016 iaitu bersamaan enam kali ganda peruntukan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2000.

"Bolehkah Dzulkifli keluarkan laporan yang menunjukkan bahawa SPRM enam kali ganda lebih efektif daripada BPR pada 2000 dalam membasmi gejala rasuah, menahan dan menghukum sekecil-kecil dan sebesar-besar pesalah rasuah?" soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Namun, katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, dengan peruntukan yang lebih tinggi itu kedudukan Malaysia mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) masih ditahap yang rendah malah terus merosot sejak 2001.

"Kedudukan Malaysia pada tahun 2001 menurut CPI yang dikeluarkan TI itu adalah di kedudukan 36 daripada 91 negara dengan skor 50 daripada 100.

"Namun pada tahun lalu, kedudukan itu jatuh ke tangga 55 daripada 176 negara dengan skor yang lebih rendah di bawah separuh iaitu 49.

"Adakah ini peningkatan prestasi sebanyak enam kali ganda SPRM berbanding BPR pada tahun 2000?" soalnya. 

BPR merupakan agensi terdahulu yang diberikan tanggungjawab menjalankan tugas membanteras kegiatan rasuah di negara ini sebelum digantikan dengan SPRM pada 2009. – Roketkini.com.

Pulau Pinang kecualikan cukai pintu, bayar GST untuk rakyat

Posted: 27 Jan 2017 05:56 AM PST

*Kredit foto: Facebook CM Lim Guan Eng

Roketkini.com

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung serta penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

"Kami (kerajaan Pakatan Harapan) tahu bahawa ekonomi di tahap yang teruk, rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB. Nilai matawang jatuh. Kerajaan Persekutuan tidak ada duit dan terpaksa melaksanakan GST yang membebankan rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, langkah ini adalah berbeza dengan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang memungut enam peratus cukai daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka. – Roketkini.com


Penulis buku ‘Wolf of Wall Street’ sudah cium penyelewengan 1MDB

Posted: 27 Jan 2017 05:53 AM PST

ISMA WEB
 


BANGI – Jordan Belfort, individu di belakang tabir sehingga tercetusnya pembikinan filem blockbuster 'Wolf of Wall Street, mengaku menyedari urusan haram yang membawa kepada satu lagi skim penipuan – skandal penyelewengan dan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wolf of Wall Street diadaptasi daripada kisah kehidupan Belfort sebagai jurujual, broker saham di New York dan kemudian dipejarakan, dilakonkan Leonardo DiCaprio. Belfort juga mendakwa mengenali ahli perniagaan Malaysia, Jho Low.

"Jika anda melihat filem ini, misalnya, ia adalah satu kejayaan besar dan ternyata kemudiannya lelaki yang membiayainya adalah penjenayah. Dan lelaki itu ialah Jho Low. DiCaprio turut diheret sama, sedangkan dia adalah lelaki yang jujur.

"Tapi, saya bertemu dengan mereka. Saya memberitahu tunang dan rakan niaga saya, Anne Koppe, lelaki itu adalah penjenayah," katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal berita niaga, finews.com.

Dalam temu bual tiga siri itu Belfort bercakap panjang lebar mengenai pendidikan, mengapa dia mengundi DonaldTrump, bagaimana ketamakan Wall Street merosakkannya, bagaimana dia dapat mencium penyelewengan di sekeliling 1MDB yang didakwa membiayai Wolf of Wall Street berdasarka buku tulisannya dan bagaimana diamenjalani kehidupan sekarang.

Belfort berkata, dia pernah bertemu individu tertentu, termasuk Jho Low dalam sebuah parti bagi melancarkan filem berkenaan, walaupun ia belum diterbitkan.

"Mereka menerbangkan saya ke Cannes empat atau lima bulan selepas mereka membeli filem itu dan mereka mahumengumumkannya di Cannes. Filem itu masih belum diterbitkan dan mereka telah mengadakan majlis pelancaran.

"Mereka membelanjakan kira-kira AS$3 juta untuk parti pelancaran itu. Mereka menerbangkan Kayne West dansaya berkata kepada Anne, ini adalah satu penipuan. Sesiapa yang melakukan ini mempunyai wang yang dicuri," katanya.

Kepada soalan mengenai apa yang berlaku kepada Red Granite – pengeluar filem yang didakwa mendapat pembiayaan 1MDB – Belfort berkata, beliau menghabiskan banyak masa dengan DiCaprio tatkala filem itu dalam proses pengeluaran.

"Mereka mahu bertemu saya untuk makan malam dan mengikut mereka ke Las Vegas bersama DiCaprio. Mereka menawarkan saya wang dan segala-galanya untuk ke Vegas. Duit yang banyak. Seperti AS$500,000. DiCaprio dan Margo Ribbie yang juga pelakon tambahan dalam filem itu pergi. Saya tidak," katanya. – Agensi


Tawaran perlu dihadkan hingga pertengahan Febuari, tegas Amanah

Posted: 27 Jan 2017 05:45 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pakatan Harapan dan PPBM tidak perlu membuang masa mengajak Pas menyertai pakatan pembangkangPakatan Harapan dan PPBM tidak perlu membuang masa mengajak Pas menyertai pakatan pembangkang

Ketika PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih menggantung harap agar Pas turut bersama barisan pembangkang bagi memastikan kejayaan formula satu lawan satu bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, Amanah berpendapat tawaran itu perlu dibataskan sehingga pertengahan Februari.

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Harapan (PH) dan PPBM telah cukup terbuka dan menunaikan tanggung jawab besar bagi menyatukan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Masa telah tamat dan kita tidak boleh berlengah untuk merangka strategi besar menghadapi BN dalam apa kemungkinan sekalipun. Pertengahan Februari adalah garis penamat untuk PH dan PPBM membuat keputusan muktamad," tegas Salahuddin.

Pihaknya juga bersependapat dengan para pemimpin PH dan PPBM untuk memutuskan pendirian dengan mana-mana parti yang berhasrat untuk bersama dengan gabungan besar pembangkang sebagai persediaan akhir mendepani BN dalam PRU akan datang.

Malah Amanah, jelas beliau, mengambil sikap membuka pintu rundingan dan perbincangan dengan semua pihak demi kepentingan negara dan rakyat yang mahu melihat permuafakatan parti-parti pembangkang bagi menamatkan penguasaan BN.

"Kita menyaksikan betapa terbukanya pimpinan PKR menghulurkan salam permuafakatan dan yang terkini pimpinan utama DAP pula bersedia menerima Pas dalam gabungan pembangkang demi menyelamatkan negara yang dilanda krisis terbesar akibat salah guna kuasa Najib dan BN," ujarnya.
Amanah, tegas beliau yakin rakyat menyedari parti manakah yang konsisten menolak meja perundingan dan parti manakah yang konsisten berpadu dan bermaufakat untuk menentang BN.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PPBM Tan Sri Muhyidin Yassin mahu Pas dimasukkan dalam gabungan parti-parti pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.

"Di Kelantan ini, saya berpendirian Pas perlu dikekalkan, mungkin ada yang tidak setuju," katanya di majlis makan malam anjuran PPBM di Kota Bharu malam tadi.

Petang sebelumnya, Muhyiddin dilaporkan Harakahdaily telah berjumpa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pertemuan hampir dua jam itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar, JKR 10.

Laporan itu menyebut antara perkara yang dibincangkan termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi PRU14 nanti.

"Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar," kata Muhyiddin.

Selain itu, beliau turut memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS Febuari nanti.

Pertemuan itu sebagai lanjutan hasil pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini bagi membentuk kerjasama yang lebih erat.

Jelasnya lagi, pertemuan yang bakal berlangsung itu sebagai susulan untuk membincangkan draf  yang telah dikemukakan sebelum ini.

Tambahnya, secara umumnya draf ke arah kerjasama telah dipersetujui, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

Sehubungan itu Mahyuddin berkata, beliau akan mengambil perhatian terhadap pandangan Menteri Besar itu sebaik mungkin.

Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan partinya masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Pas, PPBM dan parti-parti lain "demi membuka tirai Malaysia Baru".

"Program bersama terus berjalan baik terutama di peringkat negeri Selangor dan di akar umbi demi membela nasib semua rakyat," kata Menteri Besar Selangor itu.

Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu

Posted: 27 Jan 2017 05:33 AM PST

Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu
Lokasi kejadian di rumah mangsa di Kampung Parit Pak Intan Parit Sikom.
 
PONTIAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di leher dan bahu serta tikaman di perut  akibat diserang beberapa individu di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Jaiman Sapar, 53 duda anak empat dipercayai diserang menggunakan senjata tajam iaitu parang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada pukul 12.38 tengahari.

"Selepas ditetak mangsa sempat menghubungi adiknya Siti Pujinah Sapar, 53 yang tinggal hanya kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.

"Mangsa ditemui berlumuran darah dan terbaring di kawasan semak samun di hadapan rumahnya. Mangsa dibawa segera ke Hospital Pontian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,"katanya.

Jelasnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan si pelaku merupakan penagih dadah.

"Serbuan dan pemeriksaan akan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi "port penagih dadah" di daerah ini.

"Polis sedang menyiasat kesemua bukti-bukti berkaitan di lokasi kejadian. Unit forensik dan anjing pengesan turut digunakan dalam siasatan kes,"katanya.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri  telah  diserang sebaik sahaja dia tiba di rumahnya selepas melawat adiknya Siti Pujinah.

"Polis percaya rumah mangsa telah dipecah masuk ketika mangsa tiada di rumah. Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, mangsa telah ditetak oleh beberapa individu dengan parang.

"Terdapat kesan umpilan pada pintu belakang rumah dan televisyen LCD milik mangsa hilang dipercayai telah dicuri,"katanya.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat.


UMS didakwa permainkan usaha rundingan mahasiswa

Posted: 27 Jan 2017 04:07 AM PST

 ARIF ATAN
 
 
Aqilah Zainuzi bersama surat untuk temu janji dengan Naib Canselor kelmarin.Aqilah Zainuzi bersama surat untuk temu janji dengan Naib Canselor kelmarin.

Aktivis mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Aqilah Zainuzi menyifatkan pentadbiran universiti itu mempermainkan usaha rundingan berhubung pertuduhan tatatertib ekoran menyertai Bersih 5, tahun lalu.

Usaha beliau dan rakannya untuk bertemu dengan Naib Canselor, Prof Dr Mohd Harun Abdullah kelmarin telah dihalang sebaliknya disaran untuk mengajukan tuntutan pengguguran pertuduhan itu kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) terlebih dahulu.

"Mahasiswa telah cuba berkompromi dengan segala sistem yang ada. Pintu rundingan juga telah dibuka sebagai menghormati pentadbiran universiti. Namun, ruang rundingan tersebut ditutup tanpa alasan yang kukuh diberikan kepada kami. Tindak tanduk yang ditonjolkan oleh pihak pentadbiran universiti seakan-akan sedang mempermainkan usaha rundingan yang kami cuba laksanakan.

"Jika ini adalah respon yang diberikan oleh pihak pentabiran tertinggi UMS, secara tidak langsung mereka memberikan desakan yang lebih kuat untuk kami bawa perkara ini di peringkat yang tertinggi. Sehingga kini, bukti sah pengharaman Bersih 5 tidak dapat pihak UMS kemukakan.

"Ini bermakna Pekeliling Khas Naib Canselor yang dikenakan ke atas kami juga tidak relevan untuk dijadikan asbab pertuduhan. UMS dilihat tidak menggunakan dan memahami konsep Keadilan Asasi dalam erti kata sebenar," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengimbas kembali detik beliau dan rakannya diarah meninggalkan perkarangan Canselori itu selepas gagal berbincang, Aqilah berkata, polis bantuan pada mulanya melarang mereka masuk sebaliknya meminta supaya tunggu di luar sehingga Naib Canselor turun untuk berurusan dengan mereka di ruang legar Canselori.

Selepas itu, jelasnya, mereka dibawa bertemu dengan Pegawai Khas Naib Canselor dan diminta agar tidak mengganggu masa Naib Canselor dengan tuntutan tersebut.

"Malah, beliau meminta untuk kami merujuk surat desakan tersebut kepada TNC HEP UMS sebelum dibawa kepada Datuk Naib Canselor. Kami menegaskan bahawa temu janji dan surat yang dibuat adalah untuk Datuk Naib Canselor, bukan untuk TNC HEP," katanya.

Melihatkan pihak UMS tidak serius untuk berunding dengan mahasiswa, beliau memberitahu desakan supaya pertuduhan tersebut ditarik semula sebelum tiba tarikh prosiding akan dibawa kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Dalam masa yang terdekat, isu ini akan kami bawa ke KPT untuk perhatian di peringkat kementerian di atas segala tindak tanduk yang dibuat oleh pihak universiti. Kami sangat serius dalam perlawanan sistem yang semakin menjerut kebebasan mahasiswa hari ini.

"Kami tidak akan berdiam diri dengan penindasan ini. Kami akan terus bangkit melawan apa jua bentuk penafian terhadap hak-hak rakyat. Pembawaan isu hingga KPT ini kami gunakan sebagai medan untuk mempertahankan hak mahasiswa beraktivisme yang saban hari dicabuli," tegasnya.

Beliau yakin reaksi pihak berautoriti yang mengancam hak mahasiswa diyakini didorong rasa gerun terhadap suara anak muda.

"Mereka menyangka hukuman yang diberikan akan dapat menutup mulut mahasiswa untuk bersuara. Namun, mahasiswa akan terus bangkit dan memastikan segala bentuk birokrasi dan ancaman kepada mahasiswa yang dibuat universiti akan gagal," tegas Aqilah lagi.

Beliau dan seorang lagi mahasiswa sekampusnya, Mukmin Nantang telah dipanggil untuk prosiding tatatertib melalui surat bertarikh 16 Januari lalu atas tuduhan terlibat dalam Bersih 5 di Taman Ujana Rimba Tropika, Kota Kinabalu pada 19 November tahun lalu.

Mereka turut diberitahu dikenakan tindakan disiplin mengikut Kaedah 3 (a) (ii) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. 


NGO didalangi parti pembangkang mahu jatuhkan Ahmad Zahid di Bagan Datoh

Posted: 27 Jan 2017 04:03 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan usaha menjatuhkan beliau di Bagan Datoh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, didalangi oleh sebuah parti pembangkang yang menggunakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan tertentu bagi mencapai matlamat tersebut.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan ia tidak membabitkan Umno atau parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Mengakui bahawa cubaan itu merupakan tugas hakiki pembangkang, beliau yang juga Ahli  Parlimen Bagan Datuk berkata modus operandi yang dilakukan pihak yang telah dikenal pasti itu amat berbeza berbanding pendekatan yang digunakan lawan di kawasan lain.

"Walaupun itu memang tugas pembangkang tetapi di Bagan Datoh  mereka menggunakan beberapa NGO, kumpulan tertentu untuk menentukan bahawa saya 'tercabut' dari akar sokongan.

"Mereka menggunakan organisasi dan individu tempatan untuk merobek segala sokongan yang diberikan rakyat terhadap saya selaku ahli Parlimen termasuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di bawahnya," katanya.

Beliau mengulas andaian parti pembangkang dan pihak tertentu yang menyifatkan pengumuman yang
dibuatnya pada malam Jumaat lepas (20 Jan) pada majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk itu sebagai tanda wujudnya krisis dalaman membabitkan Umno.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyempurnakan pemakaian pangkat Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada 38 ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dakwaan wujud krisis dalam Umno serta BN, khususnya di Bagan Datoh tidak benar kerana pengumuman mengenai usaha menjatuhkannya itu dibuat pada majlis yang disertai kepimpinan BN bagi Parlimen itu.

"Ini bererti saya mengingatkan parti komponen BN bahawa usaha itu datang dari luar dan semua parti harus sepakat dan bersiap siaga menghadapi apa sahaja serangan daripada pihak pembangkang menjelang PRU akan datang," katanya.

Ditanya adakah beliau mengenal pasti NGO dan kumpulan berkenaan, Ahmad Zahid berkata: "sudah kenal pasti, ia didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang".

Agenda perjuangan berbeza: Pas tutup rundingan dengan DAP

Posted: 27 Jan 2017 03:33 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 


Pas sudah menutup pintu rundingan dengan DAP kerana agenda perjuangan yang berbeza, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 New Straits Times melaporkan, Abdul Hadi berkata Pas bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

DAP pula kata ahli parlimen Marang itu, telah menunjukkan 'wajah sebenar' mereka kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

"Kami (Pas) bukan hanya bercakap tentang memenangi pilihanraya tetapi kami mahu membawa perubahan. Agenda kami berbeza," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Ditanya tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata Pas sedia mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama.

"Kita boleh bincang. Ini negara demokrasi," katanya.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob pada petang Khamis.

Lidah rasmi Pas itu melaporkan pertemuan hampir dua jam itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10.

Laporan itu menyebut pertemuan antara perkara yang dibincangkan oleh Muhyiddin dan Ahmad itu termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar," ujarnya lagi.

Muhyiddin juga dilaporkan turut memberitahu akan mengadakan satu lagi pertemuan dengan pemimpin tertinggi Pas, Februari nanti.

Pertemuan itu sebagai lanjutan hasil pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini bagi membentuk kerjasama yang lebih erat.

Noh Omar perlu hentikan mainan politik murahan dalam isu beg plastik di Selangor

Posted: 27 Jan 2017 03:23 AM PST

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor tidak setuju sama sekali tentang komen yang dilemparkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Tan Sri Noh Omar berkenaan Kempen Bebas Plastik yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor yang berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Baru-baru ini, Noh Omar telah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri untuk mengenakan caj 20sen terhadap pengguna yang mahukan plastik. Selain itu, beliau juga turut mencadangkan supaya Kerajaan Negeri tidak perlu membekalkan plastik langsung di semua premis beli-belah.

Terakhirnya, beliau juga menyoalkan dimanakah pergi 20sen caj yang dikenakan itu.

AMK Negeri Selangor merasakan bahawa ada keperluan untuk memberikan respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Noh Omar kerana kami berpendapat bahawa Noh Omar sengaja menanamkan benih negatif dalam sebuah kempen yang penuh dengan nilai-nilai positif.

Inisiatif bijak dan mesra alam ini diambil oleh Kerajaan Negeri atas beberapa sebab penting. Yang paling mustahak adalah beg plastik merupakan penyumbang terbesar kepada masalah pencemaran alam sekitar kerana hampir 1 trilion beg plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia.

Bag plastik mengambil masa yang sangat lama sebelum dilupuskan daripada muka bumi ini. Secara statistik, hampir 1 trilion beg plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia.

Bayangkan betapa besar impaknya terhadap alam sekitar sekiranya pengunaan bag plastik tidak dikawal dengan rapi.

Kerajaan Negeri mengutamakan pemeliharaan alam sekitar untuk masyarakat dan pada tahun 2017, kami mahu mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak yang mungkin.

Respon kepada mengapa perlu caj 20sen untuk beg plastik.

Kerajaan Negeri meletakkan denda sebanyak 20sen untuk satu plastik kerana ingin memberikan satu insentif kepada orang ramai supaya tidak lupa membawa beg sendiri ketika membeli-belah atau 'eco bag'.

Sekiranya caj 20sen ini tidak dikenakan, orang ramai tidak merasa perlu untuk membawa beg sendiri kerana beg plastik amat mudah diperolehi dengan percuma.

Justeru itu, agenda untuk mengurangkan kegunaan beg plastik tidak mungkin akan dicapai jika caj 20sen itu tidak dikenakan sebagai satu insentif untuk tidak lupa membawa beg sendiri.

Strategi ini juga diguna pakai oleh syarikat membeli-belah dalam perkhidmatan troli dimana pengguna dicajkan sebanyak 50sen untuk menggunakan satu troli.

Antara sebabnya ialah untuk mengingatkan pengguna supaya meletakkan semula troli yang telah digunakan ke tempat asalnya dan pada masa yang sama pengguna dapat mengambil balik 50 sen tersebut.

Respon kepada cadangan Noh Omar untuk tidak menyediakan plastik langsung kepada pengguna di premis AMK Negeri Selangor memandang cadangan ini sebagai satu cadangan yang tidak masuk akal sama sekali.

Cadangan retorik sebegini tidak mengandungi prinsip kepedulian kepada rakyat. Pembeli yang tidak membawa beg sendiri ke kedai harus diberi pilihan untuk membeli beg plastik tersebut supaya pembeli boleh terus membeli-belah tanpa menghiraukan masalah pengangkutan barang-barang tersebut apabila selesai membeli.

Cadangan Noh Omar ini akan menyusahkan pembeli yang hadir di premis beli-belah tanpa membawa beg plastik kerana mereka tidak ada pilihan lain untuk mengangkut barang-barang tersebut.
Ini adalah cadangan "typical" pemimpin UMNO yang tidak faham mengenai keperluan pembeli.

Sementara itu, Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan idea-idea rasional sebelum melancarkan kempen bebas plastik ini. Kerajaan Negeri sedar bahawa pembeli telah lama bergantung kepada beg plastik dan tidak semua barang-barang boleh dimasukan dalam beg shopping.

Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif peduli rakyat dengan mengeluarkan senarai pengecualian. Antara barang-barang yang masih boleh menggunakan beg plastic adalah:-
  • Makanan mentah – Ikan, lembu, ayam, khinzir, kambing dan produk-produk daging.
  • Makanan untuk haiwan atau kegunaan manusia – Gula-gula, pallet makanan haiwan dan makanan dalam bekas bagi mengelakkan kebocoran semasa pengendalian.
  • Biji benih yang tidak dibungkus.
  • Bunga.
  • Sayuran yang diselaputi tanah, seperti kentang, akar, halia.
  • Produk ubat-ubatan dan bahan racun bahaya.
  • Ikan hidup atau haiwan akuatik yang lain.
Respon kepada persoalan Noh Omar, dimanakah perginya caj 20sen tersebut

Caj 20sen yang dikenakan itu tidak disalurkan kepada Kerajaan Negeri sama sekali. Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebar fitnah palsu bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil hasil kutipan caj 20sen tersebut.

AMK Negeri Selangor ingin menjelaskan saluran wang yang dikumpul menerusi caj 20sen tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun peruncit/peniaga sama seperti semua produk-produk lain yang dibeli daripada peruncit/peniaga.

Kutipan tersebut kemudiannya akan disalurkan untuk melaksanakan program-program Corporate Social Responsibility "CSR" atau disalurkan kepada badan-badan amal bagi melaksanakan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Tidak benar sama sekali bahawa Kerajaan Negeri mengaut keuntungan hasil ini daripada poket rakyat.
AMK Negeri Selangor ingin memberitahu kepada Noh Omar supaya menghentikan politik "plastik".

Jangan sesekali menanamkam benih negatif dalam satu buah pikiran bernas Kerajaan Negeri yang cukup positif. Noh Omar harus mengaku kelemahan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu alam sekitar.

Kempen bebas plastik negeri Selangor wajib dijadikan contoh kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempelajari cara-cara untuk menyelamatkan alam sekitar.

Respon rakyat yang diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor cukup membanggakan Kerajaan Negeri.

Sebagai akhirul kalam, AMK Negeri Selangor menyokong penuh polisi mesra alam sekitar yang dilakukan di Negeri Selangor dan menyeru kepada negeri-negeri lain supaya mengikut jejak langkah Negeri Selangor.

* MUHAMMAD HARRIS IDAHAM BIN ABDUL RASHID. Ketua Biro Guaman, Angkatan Muda KEADILAN

Anak syarikat Felda muflis, rugi RM155 juta

Posted: 27 Jan 2017 03:19 AM PST

Oleh Aliff Fikri

rafizi

KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini mendedahkan satu lagi kerugian besar anak syarikat milik Felda dianggarkan sebanyak RM155 juta.

Naib Presiden, Rafizi Ramli berkata, syarikat bernama Felda Wellness Corporation Sdn Bhd itu kini telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada Mac 2016.

"Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Felda Wellness setelah beroperasi selama dua tahun setengah, jumlah hutang terkumpul adalah RM155 juta iaitu RM74 juta pada tempoh kewangan pertama dan RM81 juta pada tahun berikutnya.

"Jualan syarikat ini hanya RM2 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, sedangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasir Shafion mendabik dada pada 13 November 2015 menyatakan bahawa Felda Wellness mensasarkan RM100 juta dalam tempoh tiga tahun.

"Jumlah hutang ketika syarikat ini diisytiharkan muflis adalah RM154 juta," katanya dalam sidang media di pejabat INVOKE.

Felda Wellness adalah anak syarikat milik penuh Felda yang menyuntik RM5 juta sebagai modal awal syarikat tersebut.

Syarikat itu ditubuhkan pada 17 Julai 2013, iaitu selepas kemenangan Umno Barisan Nasional pada PRU 13.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sebuah syarikat farmaseutikal dari Australia iaitu Gordagen Pharmaceuticals Sdn Bhd kini sedang menuntut hutang sebanyak RM2.1 juta dari Felda Wellness.

Menurutnya, Gordagen berkali-kali menuntut hutang selama 14 bulan tetapi tidak dihiraukan pengurusan Felda Wellness.

Lebih parah lagi, jumlah kerugian RM155 juta itu dakwa Rafizi, telah dibelanjakan oleh pegawai kanan Felda untuk kepentingan diri.

"Hutang Felda Wellness kepada Gordagen adalah bagi perkhidmatan yang termaktub dalam perjanjian atas persetujuan Nasir dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Wellness, Muhammad Sufi Mahbub yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Felda.

"Salah satu dari perjanjian itu menetapkan bahawa dana dari Felda Wellness digunakan untuk membayar gaji dan kos sara hidup anak Muhammad Sufi di Australia," dakwa Rafizi.

Sehubungan itu, Rafizi mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad memberikan penjelasan berhubung pendedahan kerugian tersebut.

Beliau berkata, Shahrir perlu memberikan jawapan kerana melibatkan penyelewengan wang titik peluh peneroka Felda.

"Saya menunggu helah baru Shahrir untuk mengelak dari berdepan dengan isu ini.

"Sikap acuh tidak acuh Shahrir setakat ini menunjukkan beliau tidak serius untuk menyelamatkan Felda," katanya.

Pelaburan Perisai: Tabung Haji rugi RM64 juta wang milik pendeposit

Posted: 27 Jan 2017 03:16 AM PST

Oleh Aliff Fikri

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) digesa mengemukakan penjelasan berhubung kegagalan institusi itu melupuskan saham Perisai Petroleum Teknologi Berhad (Perisai) lebih awal hingga menyebabkan kerugian RM64 juta.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kecuaian pengurusan TH akhirnya membawa masalah kerana RM64 juta itu adalah milik pendeposit dan ia sewajarnya digunakan untuk mengurangkan kos ibadah haji.

"Kenapa pengurusan TH tidak melupuskan saham Perisai lebih awal ketika mula-mula membelinya, sedangkan harganya ketika itu jatuh merudum kerana kemelesetan sektor minyak dan gas?

"Apa tindakan yang telah diambil terhadap pegawai-pegawai kanan dan lembaga pengarah yang bertanggungjawab ke atas kerugian ini?

rafizi-lagi

"Apa tindakan yang diambil terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diberi amanah untuk mengawalselia perjalanan TH?" soalnya pada sidang media di pejabat INVOKE hari ini, merujuk pendedahan terbaru kerugian TH akibat pelaburannya dalam Perisai.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, semakannya mendapati TH secara senyap-senyap melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam Perisai pada 29 Disember tahun lalu.

Menurutnya lagi, sehari sebelum itu, pada 28 Disember tahun sama, TH telah pun menjual 8.8 juta sahamnya dalam Perisai.

Perisai adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewakan sistem carigali minyak (rigs) kepada syarikat minyak yang terlibat dalam aktiviti carigali.

Kata Rafizi, penjualan pada 29 Disember itu penting kerana akibat daripadanya menyebabkan jumlah saham yang dipegang TH jatuh ke paras bawah 5 peratus, sekaligus menjadikan TH pemegang kecil dalam Perisai.

"Saham-saham yang dilupuskan antara 28 dan 29 Disember sebanyak 19.1 juta dianggarkan diniagakan sekitar 5 sen sesaham, menyebabkan kerugian 78 sen sesaham atau RM15 juta.

"Pada anggaran 5 sen sesaham iaitu kerugian 78 sen, kerugian yang tidak dilaporkan akibat dari baki saham-saham yang telah ditanggung oleh TH adalah RM47 juta.

"Jadi, jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh pendeposit TH atas pelaburan ini saja dianggarkan mencecah RM64 juta dari pelaburan asal sebanyak RM66.3 juta," tegas beliau.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Posted: 27 Jan 2017 03:13 AM PST

SELANGOR KINI

ringgit


SHAH ALAM: Ringgit didagangkan pada 4.4290/4350 berbanding dolar AS, lebih rendah berbanding 4.4270/4310 penutup semalam.

Bagaimanapun, peniaga berkata ringgit dijangka mengukuh sepanjang hari ini mengambil kira faktor sentimen pasaran terhadap dolar.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding mata wang utama dunia.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1079/1138 daripada 3.1165/1200 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.8641/8696 daripada 3.8776/8828.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.5774/5859 daripada 5.5917/5981 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.7311/7392 daripada 4.7462/7509

Sementara itu, saham di Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih rendah pagi ini.

Indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI turun 3.27 mata kepada 1,695.49 berbanding penutup semalam.

Pada 9.02 pagi, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 57 berbanding 30, manakala 97 kaunter tidak berubah. Sejumlah 49,636,200 lot saham bertukar tangan.

Reuters melaporkan, harga minyak naik dua peratus, dilonjakkan rali di pasaran saham Amerika Syarikat (AS), sungguhpun kenaikan harga dihadkan oleh inventori yang besar.

Dagangan hadapan minyak mentah AS naik AS$1.03 kepada AS$53.78 satu tong, naik dua peratus, manakala penanda aras global Brent ditutup AS$1.16 lebih tinggi, atau 2.1 peratus, kepada AS$56.24.

Minyak mentah AS mencecah paras puncak AS$54.06, tertinggi dalam lebih tiga minggu, selepas Wall Street memulakan dagangan yang menyaksikan pasaran melanjutkan kenaikan hari sebelumnya apabila Dow Jones Industrial Average ditutup melepasi paras 20,000 buat pertama kalinya.

Pengarah Dagangan Hadapan di Mizuho Americas, Robert Yawger, berkata pasaran dijangka menolak harga ke arah AS$55 satu tong bagi dagangan minyak mentah AS. – Reuters/-nR-'

Annuar Musa sedia tarik diri jika Khairy tanding presiden FAM

Posted: 26 Jan 2017 08:50 PM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic


KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, sedia menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu bertanding.

Annuar yakin Menteri Belia dan Sukan itu adalah calon yang paling layak untuk menerajui kerusi panas itu, berikutan pengalamannya mengendalikan pasukan MyTeam, selain pernah memegang jawatan Timbalan Presiden FAM sebelum ini. 
 
"Pencalonan saya tidak lagi releven bila KJ (Khairy) sudi menerima pencalonan dirinya. Good luck KJ. 
 
"Saya harap beliau dapat memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat Malaysia sebagai Top 100 Nation dalam arena bola sepak. 
 
"Diharap KJ dapat memperluas Pelan Induk Pembangunan Bola Sepak Negara kepada satu blueprint komprehensif 30 tahun, yang memungkinkan berubahnya DNA bola sepak Malaysia," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 
 
Terdahulu, Khairy berkata, beliau belum membuat keputusan mengenai perkara itu dan sedia menarik diri jika seorang lagi calon, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat bertanding. 
 
Selain Khairy, Annuar dan Tunku Ismail, turut dicalonkan adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat. 
 
Bagaimanapun, sehingga kini, semua calon masih berteka-teki mengenai keputusan mereka sama ada mahu bertanding atau tidak. 
 
Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, usaha menolak peranan dan pembabitan ahli politik dalam bola sepak negara bererti menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa kini. 
 
Beliau berkata, 12 daripada 19 ahli gabungan FAM pernah atau sedang dipimpin oleh ahli politik daripada pelbagai latar belakang seperti UMNO, PKR, PAS dan DAP. 
 
"Presiden FAM yang menolak atau tidak bekerjasama dengan orang politik bakal gagal membangunkan bola sepak negara dengan berkesan. 
 
"Pembangunan bola sepak Malaysia memerlukan persefahaman dan kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh muafakat," katanya. 
 
Semua calon itu perlu memberi keputusan sama ada mahu bertanding sebelum tarikh tutup pada 13 Februari kepada Sekretariat FAM. 
 
Senarai akhir calon akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco FAM, manakala pengumuman kepada media akan dibuat pada 20 Februari.
 
 

Langkah DAP jelas makin terdesak - penganalisis

Posted: 26 Jan 2017 08:45 PM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
BANGI: DAP nyata terdesak untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak sekalipun seteru politiknya selama ini, Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Penganalisis politik Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, dalam keadaan sekarang parti yang dipimpin Lim Kit Siang itu sanggup melakukan apa saja selepas huluran salam perdamaian kepada PAS disambut dingin pemimpin parti itu. 
 
"Memang DAP terdesak sekarang ni sebab tu sanggup berbaik dengan Hadi, sebelum ni DAP kutuk Hadi. Ini adalah politik, apa-apa saja boleh berlaku. Kerana nakkan kuasa sanggup berbaik dengan Hadi, sanggup panggil parti komponen BN bersama mereka (DAP). Jadi inilah politik terdesak DAP menjelang PRU14.
 
"Untuk berkuasa mesti ada PAS, sekarang ni pun PAS mungkin tidak akan (kerjasama). Mereka melihat Tan Sri Muhyiddin gagal memujuk, Mahathir pun. Akhirnya DAP cuba menghulurkan tangan kepada PAS (tapi) mungkin PAS tidak akan (kerjasama). (Kit Siang) mungkin ada memikirkan satu lagi parti politik Cina iaitu Gerakan dan MCA," katanya ketika ditemubual Antarapos.
 
Selepas huluran salam perdamaian terhadap PAS tidak bersambut, Kit Siang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pemimpin atasan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Malaysia.
 
Katanya beliau bersedia untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan tersebut.
 
Tambah Fuad lagi, DAP cuba mencari peluang demi merealisasikan cita-cita pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain mahu mengisi jawatan timbalan perdana menteri jika berjaya menjadi kerajaan.
 
"DAP mencari apa juga peluang untuk mencapai matlamat mereka. Untuk menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita jadi TPM. Jadi oleh kerana itu mungkin Kit Siang baru terfikir, kenapa tak hulur tangan kepada pengundi Cina sendiri (dan) parti Cina juga. 
 
"Ini adalah strategi terakhir Lim Kit Siang untuk menawan (selepas) gagal dengan PAS, jadi yang tinggal adalah parti Cina," tambah beliau.
 
 

IKATAN sedia putus PAS jika mahu kerjasama dengan PH

Posted: 26 Jan 2017 08:41 PM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan mengikuti PAS jika parti itu mahu bekerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).
 
Menurut Presidennya Abdul Kadir Sheikh Fadzir, IKATAN tidak berminat dengan kerjasama tersebut kerana sudah mempunyai Gagasan Sejahtera.
 
"Kalau PAS mahu pergi kami tidak akan sertai. Gagasan, kami sedia berseorangan tanpa PAS.
 
"Sekarang ini kami blok ketiga kami ada juga gabungan dengan berpuluh lagi NGO tetapi soal rundingan nak masuk Pakatan Harapan (PH) itu kami tidak terlibat dan kami berminat," katanya yang dipetik Berita Daily.
 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdahulu memaklumkan akan melanjutkan perbincangan dengan PAS berkenaan penyertaan parti itu dalam kerjasama politik bersama-sama dengan Pakatan Harapan menerusi pertemuan yang akan diadakan pada 2 Februari.
 
Bukan hanya PPBM yang konsisten mengharapkan penyertaan PAS, DAP juga baru-baru ini menerusi veteran parti itu Lim Kit Siang, menawarkan salam perdamaian kepada PAS.
 
Namun pemimpin parti itu kecuali Presidennya Abdul Hadi Awang menggambarkan keengganan untuk kembali bekerjasama.
 
PAS pada 16 Mac 2016 mengumumkan pembentukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan.
 
Walau bagaimanapun Abdul Kadir tidak memberi tekanan dan halangan untuk PAS membuat keputusan.
 
"Kami di Ikatan serahkan perkara ini kepada budi bicara PAS.
 
Itu soal besar kami di parti Ikatan, kami serahkan sahaja kepada kebijaksanaan kepada PAS untuk buat keputusan kami tahu mereka telah mengadakan perbincangan secara informal tetapi keputusan itu macam seperti yang kita baca dalam berita (masih tiada)," tambah beliau.
 
Abdul Kadir dalam pada itu mengesahkan wujudnya perbincangan tidak rasmi mengenai perkara tersebut dengan PAS namun enggan mendedahkan secara terperinci.
 
"Ada juga perbincangan secara (informal) tidak rasmi. Saya tidak mahu mendedahkan perkara dalaman parti," menurutnya.
 
 

Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit

Posted: 26 Jan 2017 08:33 PM PST

OLEH NORHAYATI UMOR


51485316273_950x600


SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah Sabak Bernam meningkat sedikit kepada 356 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 352 orang malam tadi.

Menurut Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam, jumlah mangsa di Dewan Sri Bernam bertambah kepada 164 orang daripada 48 keluarga, berbanding 160 mangsa daripada 46 keluarga malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa banjir di Dewan Parit Baru dan Dewan Sri Nakhoda tidak berubah sejak malam tadi iaitu masing-masing 163 orang daripada 51 keluarga dan 29 orang daripada lapan keluarga.

Semalam, seramai 83 anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihantar ke Pusat Pemindahan Banjir Dewan Kampung Parit Baru.

51485316273_950x600

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan bergotong-royong memasak di pusat pemindahan berkenaan dan akan membantu kerja pembersihan rumah penduduk terjejas jika banjir reda.

Kerja membantu mangsa banjir di Sabak Bernam itu adalah kali pertama disertai RAMD yang selama ini terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir khususnya di Pantai Timur.

Laporan dikemukakan Unit Bencana Negeri Selangor menunjukkan jumlah taburan hujan pada Isnin hingga Selasa lalu jauh lebih besar daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, purata taburan hujan meningkat iaitu mencecah 240 milimiter (mm) dalam tempoh sembilan jam yang dicatatkan pada Isnin lalu.-nR-

Ops Bersepadu MBSA: 8 premis makanan ditutup sementara

Posted: 26 Jan 2017 08:29 PM PST

OLEH LIZAWATI MADFA

IMG_6326

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya lapan premis makanan ditutup sementara sempena Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sekitar Pusat Komersial, Seksyen 7, semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, tindakan penutupan sementara diambil atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Establisyemen Makanan MBSA 2007.

Katanya, MBSA turut mengeluarkan tujuh notis dan 11 kompaun terhadap premis makanan terlibat atas kesalahan seperti tiada suntikan anti-Typhoid (TY2) dan membuang sisa makanan ke dalam longkang.
"MBSA sentiasa mengambil langkah menguatkuasakan peraturan serta mengeluarkan notis dan kompaun kepada premis yang gagal mematuhi syarat dan peraturan.

IMG_6249

"Kami juga tidak akan berkompromi dengan isu kebersihan dan tidak teragak-agak menutup premis makanan sekiranya terdapat urungan lipas atau tikus ataupun premis makanan yang mempunyai rating kebersihan di bawah 50 peratus," katanya.

Shahrin berkata, MBSA sentiasa mengadakan operasi secara berkala bagi memastikan kebersihan premis dan pengendalian makanan berada pada tahap tertinggi.

"Penyediaan makanan tidak bersih boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti demam tifoid, kolera dan keracunan makanan.

IMG_6145

"Setiap premis makanan diingatkan supaya menjaga kebersihan serta mengamalkan pengendalian makanan betul serta memastikan pembantu kedai mendapat suntikan TY2 dan menghadiri kursus pengendalian makanan," katanya.

Diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran, Norhisham Muhammad, operasi turut disertai Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Notis dan kompaun dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Establisyemen Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil (UUK) Pengendalian Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.-nR-

Angin kencang di pantai timur, Sabah dan Sarawak sehingga Sabtu ini

Posted: 26 Jan 2017 08:25 PM PST

OLEH NORHAYATI UMOR

metmalaysia-air-pasang

SHAH ALAM: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sabah (Kudat dan Sandakan) sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Angin Timur Laut dengan kelajuan 10-40 kmsj dijangka bertiup di Semenanjung dan 20-40 kmsj di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Sehubungan itu, hujan di kawasan pantai di negeri-negeri Timur Semenanjung, Sarawak iaitu bahagian Mukah, Bintulu dan Miri.

Manakala Sabah, bahagian pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Pada sebelah malam hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan semua bahagian di Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.-nR-

Tiada ulasan: