Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Obor PPBM sudah nyala membakar semangat rakyat

Posted: 14 Jan 2017 11:04 PM PST

ULASAN

Muhyiddin, Dr Mahathir dan Mukhriz.
Walaupun ada usaha untuk membantut dan mengagalkan pergerakan Dr Mahathir Mohamad daripada memerangi Najib Razak sekaligus membela rakyat daripada terus dimanipulasikan oleh kerajaan UBN, tampaknya usaha itu gagal. Sebaliknya Dr Mahathir kelihatan makin gagah, terus melangkah dengan anggun dalam baju perang berwarna merah bagi menghadapi Najib.

Pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertempat di stadium Melawati Shah Alam malam tadi menjelaskan pendirian dan komitmen Dr Mahathir dengan agenda perjuangannya untuk menumbangkan Najib dan UBN.


Dr Mahathir tidak akan menarik brek dan berundur ke belakang lagi, sebaliknya akan terus meluncurkan bahtara dan menggerakan armada perjuangannya hingga jaya. Pelancaran secara rasmi parti PPBM malam tadi menggambarkan yang beliau sudah bersumpah dan berikrar akan melakukan apa sahaja yang diidamkan.

Dr Mahathir akan memberi gambaran matanya tidak akan tertutup selagi kemungkaran dilakukan Najib dan kerajaanya tidak dibersihkan.

Pemimpin parti pembangkang yang hadir.
Dengan pelancaran PPBM semalam ia merasmikan perjuangan Dr Mahathir khasnya dan meletakkan PPBM sebagai sebuah parti yang bakal menjadi wadah baharu untuk rakyat sandarkan harapan. Kejayaan pelancaaran semalam yang penuh gilamg gemilang walaupun dalam keupayaan terbatas, menunjukkan PPBM mendapat sambutan, dan ia tidak boleh diperkecil-kecilkan lagi.

Kehebatan majlis semalam seakan obor perjuangan PPBM sudah mula dibakar dan menyala, nyalaanya bakal membakar hangus segala kemungkaran Najib dan kuncu-kuncunya. Sesiapa jua yang waras akan teruja dengan suasana di stadium Melawati malam tadi yang diwarani dengan warna merah, warna bunga raya PPBM disulam gema dan jerik penuh bersemangat berjanji dan berikrar untuk menentang kemungkaran.

Kehadiran PPBM bukan wewenang, tetapi ia adalah satu takdir yang dikirimankan Tuhan. Dalam saat gabungan pembangkang keluyuran disebabkan ada ombak kecil di dalamnya apabila ada yang "bermukah" politik maka Tuhan mengirimkan PPBM untuk mengejapkan sendi-sendi pembangkang yang longgar itu.

Tampaknya kehadiran PPBM direstui apabila parti-parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai satu nekad memberi sokongan dan mengalu-alukan kehadiran PPBM. Kehadiran Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah, Mohamad Sabu timbalannya Salahuddin Ayub dan lain-lain sudah cukup untuk menerima bahawa PPBM kini sudah bersedia untuk berkolaborasi dengan kedua parti itu bagi menghadapi UBN dalam Piraum akan datang.

Demi perjuangan suci rakyat, Tuhan seakan tahu apabila parti mengakui memperjuangkan agama membuat onar dan mengkhianati amanah maka Dia kirimkan penggantinya PPBM. Apa yang berlaku seakana persis apa disebut dalam sirah di zaman dahulu kala, Tuhan memusnahkan sesuatu kaum yang ingkar dan menggantikan dengan kaum baharu.

Majlis semalam memberi kekuatan tersendiri kepada PPBM amnaya, dan khusus kepada, Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Bukan sahaja saya atau sesiapa, Muhyiddin sendiri juga terkejut dengan sambutan majlis semalam. Beliau juga barang kali tidak menduga majlis itu merah dan meriah.

Sebahagian yang hadir.
Seperti mana katanya beliau sebelum ini kurang yakin dengan parti baharu kerana beberapa faktor apa lagi ia ditubuhkan untuk melawan dengan Umno yang sudah ada legasi dan rekod tersendiri. Tetapi apabila berlangsung majlis semalam yang mendapat sambutan hangat, ia merujakannya. Kejayaan dan sambutan semalam menandakan bahawa Umno kian mereput dan ditolak.

Stadium Melawati menjadi merah menyala.
Ternyata tuduhan dan ejekan kepada PPBM sebelum ini meleset. Bayangkan dalam keadaan tidak berkeupayaan, tetapi ia boleh mengadakan sebuah majlis perdana (grand) seperti semalam sesuatu yang menakjubkan.

Apa yang berlaku semalam memberi petanda dan indikator parti itu mendapat sokongan dan berpotensi serta memiliki masa depan. Ia juga menunjukkan bahawa kepercayaan orang kepada Umno sudah mulai berkurangan, khasnya di kalangan anak-anak muda. Khabarnya lebih 60 peratus yang hadir semalam terdiri daripada generasi muda.


Saya tidak hadir, hanya mengikut siaran langsung menerusi facebook. Maklumat daripada kekawan dan membaca ulasan dalam media sosial, mengatakan kalangan anak muda mendominasi majlis malam tadi. Apakah ini menandakan anak muda bakal mengenderai parti berkenaan? Perkembangan ini cukup baik. Kalau Amanah mempunyai barisan pemimpin berkualiti dan profesional, PPBM pula memiliki manpower dari generasi muda. Suatu kombinasi yang baik.

Kalau ini menjadi realiti, kombinasi pembangkang, ia bakal memberi bahana besar kepada UBN dalam pilihan raya akan datang. Kolek kecil Pas sebagai penyelamat Umno tidak akan membawa apa-apa makna lagi.

Perkembangan itu juga menjadikan Najib tidak boleh mengejek dengan menggelarkan Mahathir sebagai lelaki tua dan usang lagi. Ternyata bekas PM 22 tahun itu masih beruara dan misi perjuangannya dikagumi. Ejekan dan sinikal Najib kepada Dr Mahathir telah menjadi makjun kuat (viagra) untuk bekas PM itu terus bergerak melawan Najib dan melumatkan kebobrakannya.

Apa mengejutkan saya semalam, Dr Mahathir masih mampu berdiri lebih satu jam untuk berucap merasmikan pelancaran itu dan menyampaikan mesej perjuangan PPBM kepada umum. Ucapannya bukan kosong tetapi sendat dengan masej dan kental dengan semangat yang menyentuh hati para pendengar dan merinding bulu roma segenap lapisan rakyat. Ternyata kehebatannya sebagai tokoh politik bangsa masih belum luntur.

Janji-janji atau pandangan diluahkan mencecahi kehendak jiwa orang ramai. Terseralah dalam diri Dr Mahathir, beliau bangun meneruskan perjuangannya "yang belum selesai" itu bukan sahaja kerana anaknya Mukhriz, seperti mana kita anggap sebelum ini, tetapi demi rakyat dan negara. Dari satu sudut Mahathir seakan telah melupai legasinya, tetapi meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada segalanya. Di sinilah terbeta kemurnian jiwa Dr Mahathir.

Kesediaan beliau untuk "memaaf"kan Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang bagai mencapai hasrat rakyat menjatuhkan Najib dan membersihkan kerajaan menggambarkan keikhlasan dan jiwa besar Dr Mahathir. Beliau sedia membakar dirinya dan membuka dada untuk dilontar lembing dan ditikam oleh musuh (Najib) semata-mata demi rakyat dan negara.

Dalam banyak perkara yang diutarakan semalam, apa yang menyentuh perasaan saya, apabila beliau menggambarkan kekecewaanya dengan apa yang berlaku dalam negara kini. Beliau tidak rela melihat apa yang beliau bangunkan di negara ini dimusnahkan begitu sahaja oleh Najib. Apa dilakukan Najib, membentuk kerajaan kleptokrasi sungguh menyesalkannya.

Berulang kali Dr Mahathir menuduh Najib sebagai pemimpin yang merompak hak rakyat, mencuri duit rakyat untuk diri sendiri menggambarkan beliau tidak secalit rasa pun dapat menerima Najib lagi. Segala-gala tentang Najib baginya sudah tidak tertinggal sisa lagi.

Bila bercakap fasal majlis malam tadi yang mengombakkan gelombang baharu dan memberi kesenangan kepada pembangkang ia tidak lengkap kalau tidak menyebut tindak tanduk parti agama (Pas). Ketidakhadiran mana-mana pemimpin Pas walaupun dijemput ke majlis itu menjadi buah mulut.

Sebenarnya saya sudah muak, bahkan termuntah untuk memperkatakan tentang Pas dalam konteks ini. Namun kerana Pas masih dipakej dalam gabungan pembangkang dan masih dimimpikan akan bersama, maka tidak dapat tidak ia terpaksa disebut juga walaupun mulut menjadi birat.

Pas juga dijemput ke majlis berkenaan dan telah pun berjanji untuk hadir, malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Tindakan Pas itu menyebabkan ia dilihat sebagai sebuah parti yang tidak berdisiplin dan pemimpinnya cakap bohong meneruskan sandiwara autanya. Untuk apa Pas berdolak dalik begitu?

Tidak ada masalah kalau pun tidak hadir, bagi mengelakkan penyokongnya hadir bagi tidak menampakkan majlis itu gah. PPBM sudah mempunyai peminat dan pendokong untuk memenuhi stadium berkenaan. Parti itu ada penyokong tegarnya sendiri. PPBM tidak mengharap kehadiran penyokong Pas meraikan majlisnya. Tetapi Pas jangan memberi janji untuk hadir tetapi tidak berbuat demikian kerana ia sedikit sebanyak menimbulkan masalah dan menyusahkan pihak urussetia majlis itu, dan kesan buruknya kepada Pas kerana ia akan dianggap dan dilihat parti yang bohong.

Saya rasa Dr Mahathir pun sudah tahu akan niat dan permainan pemimpin Pas itu. Tetapi kerana ia masih mengharapkan Pas dapat dijinak oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz maka dibiarkan sahaja. Dr Mahathir sengaja menyebut nama pemimpin Pas walaupun dia sudah tahu mereka tidak ada di kerusi ditempatkan. Apa tujuannya, ia untuk menggambarkan hapraknya pemimpin parti agama itu.

Dengan apa yang berlaku semalam, maka eloklah kalau PPBM atau semua parti pembangkang lain termausk juga PKR menutup dan mengunci pintu buat Pas. Biarlah Pas berada di luar dan mencari rumah baharu untuk berlindung. Tawaran dan harapan terus menerus kepada orang yang tidak tahu menilai dan menghormati orang lain, adalah perbuatan yang bodoh dan merugikan masa sahaja. Ia perbuatan seperti memberi cincin kepada si kudung.

Seperti ulasan awal saya dalam facebook sebelum ini, mulai saat ini PH perlu bergerak tanpa Pas. Kekuataan dan sokongan ditunjukkan dalam majlis PPBM semalam menyakinkan bahawa kekuatan pembangkang sudah mencukupi. Parti-parti yang ada dalam PH kini sudah mampu untuk berlawan dengan UBN dalam pilihan raya nanti tanpa memerlukan sokongan daripada Pas lagi.

Tentang Pas usahlah disebut dan dikenang lagi, biarlah ia dengan cara dan jalannya. Lakun di nunwaliyadin.

Mereka yang kini masih keliru untuk bersama Pas, menganggap Pas sebuah agama akhirnya akan mendapat jawaban pada saat parlimen dibubarkan nanti. Menjadi fitrah manusia itu tidak dapat merasai dan menemui sesuatu hakikat itu kalau ia belum merasainya sendiri.

Langkah yang perlu diambil oleh parti-parti pembangkang dalam PH kini ialah memantap dan meluaskan lagi bentuk pakatan pembangkang. Mungkin satu majlis himpunan raksasa bersama parti-parti pembangkang (PH) perlu diadakan. Himpunan itu nanti akan memberi gambaran kekuatan sebenar parti pembangkang. Himpunan itu juga akan menjadi penyuntik semangat kepada orang di atas pagar untuk meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada PH.

Majlis atau himpunan raksasa itu tidak boleh dibiarkan lama dan perlu diadakan dalam masa sebulan dua ini. Seelokknya pada himpunan itu nanti diumumkan gagasan atau manifesto Pakatan Harapan dan sebaiknya juga mengumumkan (pamerkan) simbol atau logo yang akan yang diupersewtuju bersama untuk digunakan dalam pilihan raya akan datang.

Atas pelancaran PPBM malam tadi diucapkan tahniah dan selamat maju jaya. [wm.kl. 2:41 pm 15/01/16]

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT