Ahad, 15 Januari 2017

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pelajar Sekolah Pula Ditahan Fitnah Kematian Adenan

Posted: 14 Jan 2017 01:53 AM PST



KUCHING – Seorang lagi individu iaitu seorang pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook 'Zera Zera' ditahan oleh polis Mukah pada pukul 10.45 pagi.

"Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.

"Setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan," katanya.

Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung. – BERNAMA





Tiada ulasan: