Selasa, 17 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PEMBANGUNAN J.B.

Posted: 17 Jan 2017 04:02 AM PST


1. Saya tidak tahu samada benar atau tidak cabaran yang dilontarkan oleh DYMM Sutan Johor terhadap saya berkenaan pembangunan JB.

 2. Mungkin hanya akhbar The Star yang mentafsirkan apa yang dititah DYMM Tuanku sebagai melontarkan cabaran terhadap saya.

 3. Tetapi selagi DYMM Tuanku tidak menafikan mencabar saya, saya akan anggap laporan The Star sebagai benar.

 4. Saya mengaku bahawa saya berada di dalam keadaan yang agak lemah. Sementara sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa terhadap saya, dan saya mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan mereka berbuat demikian, saya harap di dalam menjawab terhadap cabaran DYMM Tuanku, saya tidak akan dipenjara tanpa bicara. Jika perbicaraan dapat diadakan, silalah tangkap saya. 

5. Apakah yang telah diperkatakan oleh saya? Tidak lebih daripada apa yang dilaporkan Bloomberg di dalam akhbar. Tetapi saya boleh terima kenapa laporan Bloomberg tidak akan dicabar atau dinafikan.

 6. Apakah yang diperkata oleh Bloomberg di dalam laporannya pada 22hb November lepas? Ia mengatakan yang sebuah syarikat dari China akan membangunkan Forest City yang akan memuatkan 700,000 penduduk. Ianya juga melapor bahawa orang Cina dari China diterbangkan untuk melihat pameran model sebesar manusia (bergambar) dan mereka ini sudah, malahan akan membeli kebanyakan hartanah di Forest City.

 7. Saya tidak fikir ramai Melayu atau Cina Johor telah beli atau akan beli apartment ini. Malaysia tidak mempunyai penduduk yang begitu ramai untuk membeli kesemua hartanah ini.

 8. Bloomberg, di dalam laporan yang sama turut menyatakan tentang 60 pembangunan lain yang mirip Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada rakyat tanah besar China.

 9. Melihat kembali pada tahun 1819, apabila Sutan Johor, Sultan Ali tidak mahu memajak Singapura kepada British, Temenggung telah menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini adalah negara asing – memanglah ia dibangun dengan mudah, tetapi ia tetap negara asing.

 10. Lebih sejuta rakyat asing akan tinggal di Forest City JB dan 60 pembangunan lain disekitarnya. Semua tempat baru ini tidak akan menjadi negara asing tetapi akan mengandungi peratus orang asing yang tinggi. Jika mereka tinggal untuk satu tempoh yang lama yang ditetapkan, mereka layak untuk menjadi rakyat Malaysia.

 11. Ya, saya yang mempromosi Pelaburan Langsung Asing (FDI – Foreign Direct Investment). Tetapi ianya bukan bertujuan membeli tanah di Malaysia, membangunkannya dan menjualnya kepada rakyat asing, yang akan tinggal di sana.

 12. FDI ialah berkenaan pelaburan di dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat akan bekerja di dalam industri-industri tersebut. Mereka akan mempelajari kemahiran dan akan memulakan perniagaan pengeluaran barangan mereka sendiri.

 13. Kontraktor Malaysia berkebolehan membina pelbagai jenis bangunan dan memajukan tanah. Kita tidak perlu orang asing untuk ini. Lihatlah Malaysia hari ini. Sembilan puluh peratus atau lebih daripada bangunan baru ini dan pembangunan lain dibuat oleh syarikat Malaysia. Majoriti pembeli juga rakyat Malaysia dan mereka juga bermastautin di situ.

 14. Tetapi apabila rakyat asing beli tanah, tidak terdapat aliran masuk wang pun. Kebanyakan sumber kewangan dipinjam dari dalam negara. Dan mereka juga boleh berniaga dengan menggunakan bank mereka sendiri.

 15. Apa sahaja pendapatan syarikat asing ini perolehi akan dihantar pulang dan menyebabkan pengaliran keluar wang. Apabila diperkenalkan skim di mana pembeli boleh beli hartanah di negara China dan mendapat satu unit rumah pangsa atau rumah secara percuma di Malaysia, tidak akan ada keuntungan yang dibuat di Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak akan mendapat hasil cukai.
16. Benarkanlah semua transaksi dibuat dengan telus. Terbitkanlah semua dokumen berkaitan pelaburan, jumlah pekerja asing, negara asal mereka, pembeli, bank yang menyediakan pinjaman serta kesemua penghantaran balik wang keluar. Keluarkanlah ini dengan jujur. Jangan berselindung. Janganlah pulak disuruh seseorang yang bernama Tunku Aziz untuk mengesahkannya. Mungkin dia ini pada satu masa mengetuai Transparency International, tetapi dia menerima tanpa belah bagi rompakan dan rasuah yang terjadi dalam 1MDB.
17. Jadi biarlah Transparency International yang benar-benar "International" memeriksa dokumentasi rasmi yang dikeluarkan. Biarkan rakyat meneliti dokumen tersebut untuk buktikan kesahihannya.

 18. Pandang ke Timur bukan bermakna mengajak negara-negara di Timur membeli tanah di Malaysia, membangun dan menjual kepada rakyat dari negara-negara mereka. Ya, kita menggalakkan orang asing untuk jadikan Malaysia rumah kedua mereka (Malaysia My Second Home). Tetapi jumlah mereka ini sedikit. Dasar Pandang ke Timur bukan untuk membenarkan migrasi secara besar-besaran melibatkan ratusan ribu. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia mempelajari bagaimana negara-negara di Timur ini membangun dan memajukan negara mereka.

 19. Mudah sekali untuk menuduh saya ini racist, atau bersikap perkauman. Sebelum ini pun saya pernah digelar Malay ultra.

 20. Label atau panggilan serta usaha untuk memburukkan imej ini lebih menunjukkan kegagalan untuk mematahkan apa yang saya buat atau katakan. 

21. Ia mencerminkan ketiadaan asas untuk hujah bagi melawan hujah saya.

22. Ini adalah negara berbilang kaum. Rakyat berlainan keturunan, bahasa, agama, budaya dan pencapaian ekonomi telah tinggal dengan aman.

23. Di banyak negara, hanya kerana perbezaan interpretasi yang sedikit pada agama yang dianuti bersama menyebabkan pergaduhan dan peperangan. Tetapi Malaysia stabil dan aman.

24. Ianya stabil dan aman kerana kita terima keadaan sesama kita. Selama 22 tahun saya jadi Perdana Menteri, tidak terdapat pergaduhan kaum yang serius. Konflik ada. Tetapi tanpa keganasan. Dan negara dapat dibangun.

25. Jika saya amalkan perkauman, zaman saya akan terlihat ketidaktentuan dan kemuduran di negara ini.

26. Sesiapa boleh pertikai apa yang saya katakan. Itu hak demokratik sesiapa. 

27. Saya cabar The Star untuk siarkan apa yang saya katakan ini secara keseluruhan. Tanda ketakutan Kerajaan terhadap kebenaran boleh digambarkan dengan sejauhmana media arus perdana dikawal.

 28. Saya terima jika penulisan ini tidak disiarkan sama sekali kerana kita hidup di dalam sebuah negara kleptocratic di mana kebenaran merupakan satu bala, hanya boleh dibisik tetapi tidak boleh diperkatakan secara terus terang.

29. Saya rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kedah.

 30. Malaysia adalah rumah saya dan objek kesetiaan saya. Jika saya harus dituduh sebagai penderhaka kerana apa yang saya perkatakan, tuduhlah.

Dr Mahathir bin Mohamad 
16 Januari 2017

P/s: Di dalam kes Hong Kong and Macau, Pondicherry, Goa dan lain-lain wilayah Peranchis dan Portugis di India, sebaik sahaja penjajah melepaskan empayar mereka, tempat-tempat ini terus dilepaskan dan dipulangkan semula kepada negara asal. Demikian juga semua tanah jajahan dikembalikan kepada pemilik asal wilayah-wilayah ini.

 Surat asal yang disunting telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh Jan 17, 2017, di ruangan surat. ~ Chedet

Pas parti yang sangat bercelaru

Posted: 16 Jan 2017 10:00 PM PST


Pas mengaku mengamalkan politik matang dan sejahtera tetapi sebenarnya ia adalah sebuah parti yang bercelaru.

Pas mengaku sebagai rakan pembangkang, tapi tidak pernah sehaluan bersama pembangkang dalam tindakannya.

 Dengan Umno pun mahu bersama, tapi Mursyidul 'Amnya kata, tidak mahu bersama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular....

Kalau ini bukan celaru namanya apa dia?

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man suruh Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Menurut TITM, AMANAH akan 'membuat kacau' dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi dan bukannya PAS.

  Apasal TITM sibuk-sibuk nak nasihat orang lain? Ini tentu kerana marah dan dengki sebab Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memilih untuk bersama Pakatan Harapan dan tidak bersama Pas.

  Kalau PPBM memilih untuk bersama Pas, apakah Pas tidak akan berebut kerusi dengan PPBM? Apakah Pas akan beri laluan kepada PPBM?

  Kelebihan PH ialah permuafakatannya. PPBM dan AMANAH bertanding di kerusi majoriti Melayu pastinya akan ada masalah. Namun masalah tersebut pastinya akan dapat diselesaikan perundingan yang ada tolak ansur di semua pihak yang terbabit. Kelebihan dipihak AMANAH ialah kesetiaaannya berpegang kepada janji.

 Berbanding dengan Pas, melalui pengalaman sewaktu dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas yang sering mengkhianati janji bersama.

Nak tergelak pula bila TITM mengaku partinya sebagai rakan pembangkang dan minta  dihormati sebagai rakan pembangkang!

TITM melalut apa ni? Dia lupakah yang partinya asyik-asyik mengambil sikap berkecuali dan tidak mahu bersama dengan pembangkang dalam banyak isu.

Pas mengambil sikap berkecuali da­lam usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rah­man seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu 8 Mac lalu.

Dalam Bajet 2017, sebelas Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian di Dewan Rakyat.

Pada sidang DUN Perak, PAS tidak mengundi bagi memilih speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru.

 Kemudiannya pula setelah 5 hari berdebat, tapi ketika proses undi bajet negeri untuk 2017, 3 orang ADUN PAS iaitu ADUN Gunung Semanggol, Titi Serong & Selinsing tidak mengundi.

PAS berkecuali terhadap Deklarasi Rakyat ditaja oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pas bukan sahaja berkecuali dengan kebangkitan arus perdana rakyat yang menuntut pilihan raya bersih melalui himpunan BERSIH 5, malah mencerca dan menghina kebangkitan rakyat yang mahukan pembaharuan.

Tingkahlaku parti PAS yang memilih untuk berkecuali dalam beberapa hal diatas itu memberi mesej yang cukup jelas bahawa mereka tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PAS telah memilih suatu pendirian berkecuali yang pada hakikatnya lebih cenderung terhadap UMNO dan dilihat membantu Umno / BN.

Dan paling bercelaru lagi bila Mursyidul 'Am Pas, Hashim Jasin menegaskan, mereka tidak akan sekali-kali bersama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular.

Katanya lagi, Pas tidak akan bersama-sama dengan mana-mana parti kecuali parti itu sedia menerima Pas sebagai pemimpin!!

Pas mahu orang lain ikut kata dia? Kah! Kah! kah! .... dengan parti yang kleptokrasi tak mengapa ??

Khalid Samad kesal penyerang tiada dalam kawad cam

Posted: 16 Jan 2017 05:06 PM PST

Inilah anak Tajuddin Pasir Salak
 Khalid Samad kesal kerana pihak polis tidak menampilkan watak utama yang melakukan  serangan di luar bangunan  parlimen pada 22 November lalu.

Khalid meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memandang serius kes terbabit.

Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.

Pada hari kejadian, dilaporkan polis telah menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan. Siap dengan nama masing-masing. Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

Samseng Pasir Salak memakai baju petak-petak
"Dari video yang dikongsikan saya dapati watak-watak utama tidak hadir untuk kawad cam itu di mana anak timbalan menteri yang terlibat pada ketika itu saya cari tidak ada.

"Ada dua, tiga individu yang bertindak kasar dengan salah seorang mereka memakai baju petak-petak pun tidak ada, yang bertakbir dan cakap banyak pun tak ada," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat parti AMANAH hari ini.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan orang mendakwa dari Pasir Salak, Perak, ekoran pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antaranya dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

 Tajuddin juga merupakan ketua bahagian Umno Pasir Salak merangkap anggota parlimen kawasan berkenaan.

 Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan. Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

  "Kita mengharapkan bahawa pihak pejabat Peguam Negara mengambil tindakan yang cepat, segera dan serius untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pejabat Peguam Negara itu sendiri kerana sudah banyak isu yang timbul seperti 1MDB," kata Khalid. ~ sumber

Tiada ulasan: