Khamis, 1 Disember 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Amaran wakil Umno Pahang: Selesai masalah Felda atau hilang undi

Posted: 01 Dec 2016 06:34 PM PST


Shahaniza ShamsuddinShahaniza Shamsuddin
Felda perlu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi kerana dibimbangi golongan peneroka yang selama ini berada di belakang kerajaan menunjukkan undi protes pada pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata permasalahan Felda adalah perkara mustahak yang perlu diselesaikan khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
Beliau menambah isu lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) ialah sara hidup Felda Technoplant yang membebankan dan tidak dikemas kini, masalah perumahan generasi kedua dan kos sara hidup yang semakin menghimpit warga Felda.
"Penubuhan makmal bagi menyelesaikan masalah Felda tidak boleh memakan masa yang terlalu lama kerana kami warga Felda bukanlah 'tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji'," katanya.
Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Multimedia dan Komunikasi Pahang berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Shahaniza yang juga cucu kepada generasi pertama Felda dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul iaitu kawasan penanaman kelapa sawit, berkata undi kepada BN adalah 'satu penghargaan' kepada jasa kerajaan.
Pada perbahasannya, beliau turut menyentuh mengenai bekalan minyak masak terputus di kawasan Felda, sedangkan Felda merupakan antara pengeluar minyak masak terbesar di dunia.
"Tak jadi lawak ke tuan-tuan dan puan-puan, buka pintu rumah nan menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan harian," katanya.

RUU 355 pakej dengan ‘gencatan senjata’ Pas-Umno

Posted: 01 Dec 2016 06:33 PM PST


Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.
Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya dilihat sebagai berpakej dengan 'gencatan senjata' antara parti itu dan Umno, kata Ketua Pemuda Amanah Negeri Terengganu, Hasbie Muda.
"Ramai yang melihat isu RUU 355 hanya pada hal ehwal RUU itu semata-mata. Ramai yang lupa bahawa RUU 355 datang bersekali dengan 'gencatan senjata' antara Pas dan Umno sebagaimana yang pernah diumumkan Naib Presiden Pas, Ustaz Nik Amar. Ia berpakej," tegasnya.
Menurutnya, gambaran situasi gencatan senjata itu dapat dilihat pada sikap dan pendirian Pas mutakhir ini walaupun banyak kepincangan menyelubungi Presiden Umno dan rejim parti tersebut.
"Bahasa mudahnya, 'Jika puak kamu (Pas) mahu kami (Umno) bagi laluan pindaan RUU 355, jangan serang kami dengan bersungguh-sungguh. Serang olok-olok cukuplah.'
"Sebab itu walaupun Najib dan Umno dibelenggu pelbagai isu dan skandal yang sangat jelas terang lagi bersuluh, reaksi Pas seolah-olah tidak nampak semua itu," ujarnya dipetik daripada status Facebook beliau.
Menurut Hasbie, sikap Pas yang tidak 'menyerang' Umno seolah-olah ahli Pas terkecuali daripada dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak serta permasalahan ekonomi yang datang serentak antara inflasi dan deflasi.
"Seolah-olah ahli Pas semuanya hidup bahagia senang-lenang di bawah pemerintahan Najib. Umno bijak menggunakan kesempatan ini. Umno tahu bahawa jika pindaan RUU 355 gagal diluluskan, maka Pas akan kembali menyerang Umno sebagaimana sebelum 2013 dahulu," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat pelbagai alasan dicipta sehingga menyebabkan perbentangan bagi pindaan Akta 355 itu ditangguh dan terus ditangguh.

ORANG ASLI: AMANAH GESA MB KELANTAN BERUNDING SELESAI MASALAH

Posted: 01 Dec 2016 06:30 PM PST

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR TUN M ATAU JHO LOW – EZAM

Posted: 01 Dec 2016 04:57 AM PST

DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI

Posted: 01 Dec 2016 04:55 AM PST

DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI

Posted: 01 Dec 2016 04:53 AM PST

RUU355: Haji Hadi tertipu lagi????

Posted: 01 Dec 2016 04:49 AM PST



hadi_awang-pas_MUKTAMAR-190914-TMI-NAZIR

Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat  dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada.
Usaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual.
Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.
Apa maksudnya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?
Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi ke atas ketidakcekapan kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?
Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib. Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada POCA, POTA, SOSMA dan undang-undang lain yang zalim. Ini petanda orang yang berotak diktator. Di samping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib – institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman negara, kehakiman berada di bawah telunjuk Najib. Diktator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.
Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustadhafin.
Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korup dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat-ayat Al-Quran.
Bagaimana golongan seperti Haji Hadi mahu selesaikan masalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustadhafin.
Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam-peguamnya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, yang kaya dan yang berkuasa.
Jalan pintas ialah menambah kuasa dan isytihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri, hanya perlu memujuk emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang beragama Islam.
Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian rasional otak dan usaha yang lebih rapi, kesemuanya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.
Maka, salahkan semuanya kepada faktor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tidak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.
Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain.
Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 13:11.
Al-Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 8:53.
Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendaharaan nilai-nilai yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai-nilai positif yang lain? Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita.
*Datuk Mohamad Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub

RUU355: Takiyuddin tak perlu ‘syok sendiri’, Parlimen bukan sistem barter

Posted: 01 Dec 2016 04:48 AM PST




m_kulasegaran-e1459240763289
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan ditegur supaya faham dan tidak mempolitikkan Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) dengan RUU355 yang diusulkan Presiden PAS.
Ini kerana dua usul tersebut adalah berbeza dan kerajaan telahpun memulakan perbincangan berkenaan penukaran unilateral sejak tahun 2005.
Kerajaan juga telahpun menubuhkan tiga jawatankuasa bagi membincang dan meneliti pembaharuan akta itu.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, pembaharuan Akta 164 ini turut diterima baik Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam sendiri dan perlu disegerakan.
Beliau justeru mahu supaya Setiausaha Agung PAS itu tidak 'syok sendiri' mengganggap dirinya sebagai wakil dan suara kepada Ahli-ahli Parlimen muslim yang lain.
Kenyataan ini dibuat setelah Takiyuddin mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengugut bahawa "orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang" tersebut jika RUU355 terus dibantah dan diperdebatkan.
"Saya terkejut dengan Takiyuddin yang tidak sedar bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk melakukan 'sistem barter dan Ahli Parlimen mewakili dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum mahupun status ekonomi.
"Pembaharuan Akta 164 ini akan menjamin saudara baru bersungguh-sungguh menerima Islam dan bukannya menggunakan Islam sekadar platform untuk mengelakkan tanggungjawab mereka," jelasnya.
Tindakan beliau mempolitikkan pembaharuan Akta 164 itu kata Kula hanya menonjolkan keterdesakan PAS meneruskan hayatnya.
Hakikatnya, nasib RUU355 masih dalam keadaan yang sangat samar dan jauh berbeza dengan konteks dan keperluan mendesak pembaharuan akta perkahwinan dan penceraian tersebut khususnya berkaitan hak penjagaan anak seperti dalam kes Indira Ghandi. –

Tukar Tiub

Tukar Tiub


WATAK UTAMA

Posted: 01 Dec 2016 08:00 PM PST




WATAK UTAMA
Saya rasa watak utama dlm Perhimpunan United Malay National Organisation kali ini adalah Tun Mahathir. on INI PELIK DAN BENAR
Publish | Delete | Spam
Loh CK
on 12/1/16




----------------

AL- FATIHAH

Posted: 01 Dec 2016 07:30 PM PST








AL- FATIHAH


Fawlty Towers star Andrew Sachs, who played Spanish waiter Manuel in the sitcom, has ...





-----------

BILA PRU14 AKAN DIADAKAN?

Posted: 01 Dec 2016 07:00 PM PST








SEMUA
SEMUA TANYA

SEMUA RAMAL

BILA PRU14?


AWAL APRIL

TAHUN DEPAN?

BULAN OGOS?

BILA? BILA?



JAWABNYA

PRU 14

AKAN BERMULA


BILA JO LO

BILA RIZA

BILA SUBUH

BILA NIK

BILA CASEY

BILA JASMINE

DI TANGKAP

ATAU

ADA WARAN

TANGKAP


BILA INI

BERLAKU

PRU14 AKAN

SAMPAI




------------

JO LO CHINA KE BANJAR?

Posted: 01 Dec 2016 06:30 PM PST







SAH - SAHEH

MALAYSIA

AKAN JATUH

KE TANGAN 

CHINA


NAJIB DAH 

GADAI SEMUA

TANAH MELAYU

PADA CHINA


Malaysia-China menterai perjanjian projek ECRL esok | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../malaysia-china-menterai-perjanjian...
Translate this page
Oct 31, 2016 - BEIJING: Malaysia dan China akan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan dan Kontrak Kejuruteraan, Pemerolehan, ...

Syarikat Malaysia, China meterai 14 perjanjian bernilai RM114 bilion ...

www.freemalaysiatoday.com/.../syarikat-malaysia-china-meterai-14...
Translate this page
Nov 1, 2016 - BEIJING: Syarikat Malaysia dan China mencatatkan sejarah hari ini dengan permeteraian 14 perjanjian bernilai RM144 bilion. Perdana ...

Malaysia, China tandatangan 14 MoU, perjanjian - Nasional - Sinar ...

www.sinarharian.com.my/.../malaysia-china-tandatangan-14-mou-...
Translate this page
Nov 2, 2016 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) dan Perdana Menteri China Li Keqiang (kanan) menyaksikan Memorandum ...

 

Najib: Mara, Felda, Risda, Felcra… semuanya lenyap kalau DAP menang

 | December 1, 2016
Begitu juga, institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, di samping insitusi wakaf dan zakat akan diperlekeh dan dicabar.
KUALA LUMPUR: Najib hari ini memberi amaran semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap sekiranya DAP berkuasa.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno hari inni, presiden Umno itu menyifatkan DAP sebuah parti sekular memperjuangkan "liberalisme melampau".
"Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.
"Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap," kata Najib.


JO LO INI

BUDAK JAWA?

JO LO INI

ASAL BANJAR?

SAJE TANYA

KALAU DIA 

CHINA PASTI

BAWA BAHAYA

PADA MELAYU

PADA ISLAM

PADA MELAYU

BUMIPUTERA






------------------

BANGANG SAMPAI KE OTAK

Posted: 01 Dec 2016 06:00 PM PST








MNGKOK INI

TAK FAHAM

ATAU TAK

MAHU FAHAM

KOMENTAR
presiden parti
terlibat dalam kes bunuh
ada kes bunuh altantuya
ada kes bunuh kevin
ada kes bunuh najadi
ada kes rasuah scorpene
ada kes curi 1MDB

ini semua jadi sebab utama
mahathir mahu jatuhkan najib

mustahil tak sedar
mustahil tak faham
mustahil tak tahu kes

makan dedak okay
tapi makan sampai buntang
makan dedak sampai lupa salah benar


'Kenapa Tun M tak sayang kami lagi?'

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad berpihak kepada pembangkang dalam banyak hal, begitu dikesali.

Perwakilan Kedah,  Wira Othman Abdul berkata, perbuatan itu sungguh mengecewakan, kerana ianya bercanggah dengan apa yang diperjuangkan tokoh pemimpin itu ketika bergelar presiden parti suatu ketika dahulu.

"Dahulu Tun kata kita lawan Kit Siang, kerana dia rasis, jangan sertai Bersih kerana perhimpunan jalanan merosakkan negara, buang Anwar Ibrahim kerana dia kotor orangnya.

"Tapi sungguh kami kesal, DAP belum berubah, Kuning juga tak berubah, hanya Tun M sahaja yang berubah tak sayang kita lagi," katanya pada sesi perbahasan usul ucapan Dasar presiden, pada Perhimpunan Agung Umno 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata, semua ahli perlu taat kepada presiden parti selagi pemimpin itu tidak menyuruh perkara maksiat.

"Lagipun apa salahnya setia pada Najib, sedangkan beliau juga pernah menabur bakti dengan tidak berbelah bahagi sewaktu tahun 1987, ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Mahathir untuk jawatan presiden suatu ketika dahulu," katanya.



MANGKOK INI

BANGANG TAK

BOLEH DIBANTU

BODOH SAMPAI

OTAK BERSIMIN








------------------

HAMLAU DUA EKOR

Posted: 01 Dec 2016 05:30 PM PST



HAMLAU DUA EKOR
Ahad ni Mappadulung dan Lebai Sotong bersatu berdemo untuk membela Puak Rohinga .. dengar kabar hamlau dua ekor ni akan melumur bedak sejuk Myanmar kat pipi memasing. Puak Asli Gua Musang sape lak nak bela. on BEBASKAN TAHANAN ORANG ASAL
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/1/16



------------------

KANG KONG BUAT LAWAK

Posted: 01 Dec 2016 05:00 PM PST







LAWAK

KANG KONG

PAGI JUMAAT


Jangan panik, ringgit tak 

akan merudum - 

pakar ekonomi
Satu analisis corak aliran ringgit bagi setiap suku tahun ini, jelas menunjukkan bahawa ringgit tidak akan merudum atau melepasi paras 4.50 berbanding dolar US biarpun ia lemah dan menyebabkan ramai panik, kata pakar ekonomi.

Sambil menyanggah ringgit akan lumpuh, Ketua Pakar Ekonomi/Strategis Pelaburan IQI Group Holdings, Shan Saeed berkata unit tempatan itu sebaliknya akan pulih dalam lingkungan paras 4.20-4.30 berbanding dolar US dalam masa sebulan ini atau menjelang Januari depan.
Jelasnya, ringgit terus lemah berbanding dolar US berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang didorong faktor 'Trumponomics' serta impak positif bakal Presiden AS, Donald Trump terhadap pasaran kewangan.

ORANG RAMAI

TAK PERCAYA

CAKAP GAMIN

TAK PERCAYA

CAKAP MENTERI

PUTERI UMNO

SENDIRI

TAK PERCAYA

CAKAP NAJIB




----------------

JANGAN TIPU ANAK MUDA

Posted: 01 Dec 2016 09:12 AM PST




JANGAN TIPU KAMI
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan juga sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini. "Kami semua intelek -najib dan menteri dia zalim selama ini memperkotakkan keupayaan mudamudi -najib dan menteri dia bodoh kerana pikir mereka saja pandai, belia tak -najib dan menteri dia bodoh kerana gagal memaksimakan kegunaan belia untuk kebaikan negara, kerana tak tau pun mudamudi bijaksana -(ayat paling bawah) mudamudi kesemuanya bijak dan berkeupayaan, najib dan menteri dia bukan semua pandai Jangan tipu kami. 

Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Hadir mendengar ucapannya ialah pemangku Timbalan Presiden Umno -najib dan menteri dia termasuk zahid selama ini menipu atau membelit, khususnya perihal ekonomi Norsarfinaz yang juga ketua Puteri Umno Bahagian Jerantut meminta supaya kerajaan berhenti melindungi kebenaran daripada rakyat, sebaliknya beritahu mereka "Jadi berterus terang dengan kami dan biar kami bekerjasama dengan kerajaan on BUNYI SUARA LAIN MACAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/1/16







-----------------

SEMUA DIBEBASKAN

Posted: 01 Dec 2016 05:00 AM PST







F.B


Semua tahanan dibebaskan tanpa tuduhan.
Menunggu mereka keluar dari IPD Gua Musang.



OA-1: PAS-0.






------------

INI PELIK DAN BENAR

Posted: 01 Dec 2016 04:30 AM PST







PELIK & BENAR

GEROMBOLAN

KATA BERSATU

TAK ADA APA2


TAPI DALAM

PERHIMPUAN

SAJAK MADEY

DIBACA

NAMA MADEY 

DISEBUT SEBUT

KALAU MADEY

TIDAK ADA

PENGARUH

KENAPA NAMA

MADEY TERUS

DIRUJUK






-------------

MAK LEMBU GEMOK MEMBADAK

Posted: 01 Dec 2016 04:00 AM PST




MAK LEMBU DITERKAM
Saya dapat merasakan kesucian hatinya. Saya dapat merasakan Saya jantungnya. Saya dapat merasakan bau badannya. Saya dapat merasakan amat dekat dengannya. 

Saya dapat.....haissssh! Nasiblah saya ni dah ada suami tau! Suami saya pulak bukan calang you! Tokey lembu kondo gitu, bukan macam youolls kat kampung kat estet tu, gembala lembu kurus, lembu sakit, lembu busuk tak mandi, sikit je pulak tu! 

Suami I wangi, lembu dia wangi duduk kondo. I tau la, kan dia suami I, walaupun I tak tau apa dia atau anak saya buat! on MAT MONGOL AKAN TERKAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/30/16





------------

BEBASKAN TAHANAN ORANG ASAL

Posted: 01 Dec 2016 03:30 AM PST






Bebaskan Segera 47 Orang Asal dan Pertahan Hak Mereka Di Bawah Perlembagaan Malaysia

Kami amat marah dan kecewa dengan penahanan 47 Masyarakat Orang Asal susulan tindakan berani mereka membina sekatan balak bagi mempertahankan hak tanah adat daripada dicerobohi dimana ianya merupakan sumber utama makanan dan mata pencarian.

47 Orang Asal dan keluarga mereka bukan sahaja kehilangan tempat perlindungan, malah kehilangan hak ke atas tanah dan sumber alam sepertimana yang termaktub dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP).

UNDRIP merupakan "piawai minimum untuk mempertahankan kewujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal sedunia" bagi memastikan supaya kesemua 370 juta Orang Asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun eksploitasi.

Walaupun hampir 10 tahun Malaysia mengundi untuk mempersetujui pengesahan UNDRIP dalam Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007, hak Orang Asal ke atas tanah dan sumber masih dinafikan.

Perkara 8(5)(C) Perlembagaan Persekutuan, secara tuntas memperuntukkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menjaga hal ehwal Orang Asal. Begitu juga di dalam Akta 134, tahun 1954 hak mereka mesti dilindungi khususnya terhadap tanah yang diduduki.

Orang Asal adalah antara kumpulan masyarakat yang termiskin dan minoriti di dalam negara. Hak mereka ke atas tanah dan sumber seharusnya dihormati dan dilindungi bagi meningkatkan mutu kehidupan mereka. Pembangunan mapan juga mesti diamalkan bagi melindungi alam semulajadi daripada kemusnahan.

Ini adalah antara prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan telahpun diterjemahkan dalam bentuk program dan dasar di Selangor, antaranya Sambutan Hari Orang Asal Sedunia dan pembentukan Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS).

Kami mendesak Anggota Dewan Negara mewakili Orang Asal, YB Senator Isa Ab Hamid dan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Ismail Sabri Bin Yaakob untuk menyatakan pendirian mereka terhadap penahanan Masyarakat Orang Asal ini.

Kami juga menyeru Kerajaan Negeri Kelantan mencari penyelesaian secara muafakat dalam perkara ini supaya masyarakat Orang Asal di Gua Musang tidak terus hidup dalam kesusahan dan terbiar. Kami juga berpandangan sudah sampai masanya YBM Ahli Parlimen Gua Musang memainkan peranan yang proaktif di dalam merungkai permasalahan ini.

Kepedulian rakyat dan rasa kemanusiaan seharusnya menjadi prinsip asas mana-mana pentadbiran bagi memastikan rakyat hidup saksama, sejahtera dan selamat.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat |
Anggota Dewan Rakyat








----------------

MAKIN RAMAI TAK MAKAN NASI

Posted: 01 Dec 2016 01:00 AM PST





MAKIN RAMAI

WARGA 

MALAYSIA

MENOLAK

MEMAKAN NASI






MEREKA

MEMILIH

YANG LAIN

DARI NASI





 INI PENEOMENA

TERBARU 

TER NOW

FESHEN TERKINI


CHINA YANG MANA JAHAT?

Posted: 01 Dec 2016 12:30 AM PST






BUKAN SAJA

CINA TEMBAM

TIPU MELAYU

NAJIB SENDIRI

GADAI TANAH

MELAYU PADA

CHINA MERAH


KJ dan Pemuda Umno pengkhianat negara sebenar, kata Ezam

Pengkhianat negara sebenarnya bukan  Mahathir Mohamad tetapi Khairy Jamaludin dan Pemuda Umno, kata Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin Pemuda Umno.
Ezam yang kini meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan di mana Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ apabila pemuda Cina yang bernama Jho Low menyapu duit berpuluh bilion dari rakyat.
"Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion, mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?
"Malu lah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Mana pemuda Umno Melayu?" tanya bekas ketua pemuda Parti Keadilan Nasional kini PKR itu

GEROMBOLAN

SERANG CINA 

PARTI DAP

TAPI KOMUNIS

CHINA REMBAT

TANAH MELAYU

SENYAP TIKUS

BILA CHINA

SINGAPURA

REMBAT KTM

SENYAP

NEGERI JOHOR

TERGADAI

PADA CHINA

KENAPA TAK

HEBOH HEBOH



-----------

BUNYI SUARA LAIN MACAM

Posted: 30 Nov 2016 11:30 PM PST








BUNYI SUARA

LAIN MACAM

APA SUDAH JADI




Usah bodohkan rakyat lagi, kata perwakilan Puteri

 | November 30, 2016
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan jangan kata ekonomi baik sedangkan rakyat sendiri boleh nampak orang lain mula hilang pekerjaan.






KUALA LUMPUR: Perwakilan Puteri Umno Pahang hari ini menyampaikan pesanan keras kepada kerajaan, mendesak pemimpin berhenti menutup kebenaran mengenai ekonomi negara.
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan juga sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.
"Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik," katanya ketika membahaskan usul agama di perhimpunan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.
Hadir mendengar ucapannya ialah pemangku Timbalan Presiden Umno  Ahmad Zahid Hamidi.
Norsarfinaz yang juga ketua Puteri Umno Bahagian Jerantut meminta Zahid mendengar rayuannya supaya kerajaan berhenti melindungi kebenaran daripada rakyat, sebaliknya beritahu mereka supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Jadi berterus terang dengan kami dan biar kami bekerjasama dengan kerajaan menangani isu ini," katanya.
Dengan nada sinis, Norsarfinaz berkata dalam kerajaan menasihati rakyat berjimat dengan melancong dalam negara, sekurang-kurangnya pastikan destinasi itu cukup menarik untuk dikunjungi.
"Contohnya, jika kami hendak bercuti, mungkin kami boleh ke Pahang. Lebih pun tahun depan tahun melawat Pahang.
"Tetapi jika kami pergi sana, pastikan hutan tak ditebang. Masalah bauksit diselesaikan, jadi tidaklah ia tebal macam foundation (mekap) kami.
"Dan sungai janganlah nampak macam teh tarik," katanya.

SAH RAKYAT

TERDESAK

HIDUP

MAKIN SUSAH


INI SUARA

BERANI BUKAN

SUARA BODEK



------------------

HIBURAN LEPAS MAKAN

Posted: 30 Nov 2016 10:30 PM PST







TONGKOL 

KEBAL MEBAL

LAGI BEBAL


KETIKA BERSIH5 BERLANGSUNG

Posted: 30 Nov 2016 09:00 PM PST





KETIKA BERSIH5 BERLANGSUNG

Minggu lalu saya tidak menulis Dari Brickfields. Saya telah ditangkap di Jalan Kemuja - dibelakang LRT Bangsar pada Sabtu jam 10:15 pagi. Ini hari Sabtu bersejarah - Hari Sabtu 19 November 2016 - hari Bersih5.

Sebelum ditangkap saya sempat memberi ucapan  terima kaseh kepada semua yang turun ke jalan raya. Ini ucapan pertama dan terakhir saya pada hari Bersih5. 

Saya ditangkap oleh sembilan  anggota polis yang tidak memakai baju polis dihadapan kawan-kawan saya Warga Bangsar.  Saya tidak tahu nama anggota polis,  dari cawangan apa atau pangkat mereka.  Salah seorang dari mereka  mengenalkan diri bahawa mereka datang dari  Bukit Aman. Ini yang saya dengar jelas.

Tidak ada bentrokan berlaku. Hanya laungan sokongan yang saya dengar dari kawan-kawan ketika saya diiringi ke dalam kereta polis. Perlu saya nyatakan disini - kereta polis ini juga kereta biasa yang tidak ada tanda POLIS. Ianya terletak amat jauh dari tempat saya ditangkap.

Saya tidak terkejut. Saya merancang jika ditangkap - biarlah salepas perhimpunan. Ini harapan saya yang telah meleset.

Kami meligari Kuala Lumpur kerana banyak wilayah yang dilarang masuk. Ada tempat dimana kereta dihadapan saya akan berunding dahulu  dengan  Polis Beruniform yang bertugas agar kami boleh melintas jalan. Kereta saya diekori oleh sebuah lagi kereta. 

Polis   membawa saya ke ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur di hadapan penjara Pudu lama. Saya dibawa masuk  ke dalam bangunan IPK. Semua ruang diaras  ini telah dipenuhi oleh ribuan anggota polis. Mereka berbaris - tersusun beratur - menunggu arahan. 

Saya melihat polis-polis muda yang mungkin pertama kalinya berhadapan dengan tunjuk perasaan. Pengalaman pertama mereka. Berapa jumlahnya yang berbaris tersususn - saya tidak tahu tapi saya yakin mencecah ribu.

Polis yang mengawal saya membuka jalan mengenepikan polis-polis  muda yang tersusun bebaris. Polis-polis muda ini  melihat saya yang memakai baju kuning Bersih5 diiring masuk. Saya tidak digari. Saya yakin mereka sedar yang  saya adalah orang tangkapan polis. Saya amati muka mereka - ramai  yang tersenyum.

Apa makna senyuman ini?

Saya rasa semua anggota polis dalam negara telah didatangkan ke Kuala Lumpur untuk mengawal Bersih5. Malah - saya ternampak - polis  dari Mahkamah Jalan Duta juga turut sama beratur menunggu arahan. Polis Mahkamah adalah polis yang paling tidak polis . Polis mahkamah bekerja di pejabat.

Saya dibawa ke tingkat 7 untuk disoal siasat.

Untuk warga yang tidak pernah mengalami apa yang saya alami pasti akan gentar. Tapi saya ini telah 'lusuh' dengan pengalaman ini.  Saya telah terlupa berapa kali saya telah ditangkap kerana kerja-kerja politik. Malah saya berani mengakui diri saya sebagai sosok yang pernah meniduri hampir ke semua balai dan rumah pasong di Kuala Lumpur ini.

Aras 7 - Aras Siasatan. Kad pengenalan dan talipon cap ayam saya diambil. Pegawai polis yang mengambil talipon saya tersenyum apabila melihat Nokia lama saya yang berwarna merah. Saya tahu sosok ini kurang yakin yang saya TIDAK memiliki talipon bijak.

Kemudian baju kuning  Bersih5 yang saya pakai juga perlu dirampas sebagai bahan bukti. Aduh! Saya tak ada baju lain. Pejabat ini semuanya berhawa dingin.  Saya menerangkan duduk pekara.

Tetiba muncul seorang hamba Allah yang mengeluarkan satu baju t dari beg bimbitnya. Kenapa dan mengapa sosok ini ada menyimpan sahelai baju dalam beg bimbitnya - wallah hu alam bis sawab. 

Baju Bersih saya disita  dan saya dapat baju baru. Saya berterima kaseh dan  ingin mengenali Si Polan ini agar saya dapat memulangkan kembali baju ini. Si Polan ini menolak cadangan saya. Lalu kami ketawa terbarai. Hakikatnya - tidak ada siapa yang saya kenali nama mereka disini.

Saya menunggu dan menunggu. Pekara ini amalan biasa jika ditahan atau sedang dalam siasatan polis. Apa yang menarik ialah ramai anggota polis ini telah mengenali saya. Mereka sebanyak sadikit tahu siapa Hishamuddin Rais. Malah ada yang menyebut nama filem Dari Jemapoh. 
Jangan lupa teknoloji juga telah beralih. Ramai sosok-sosok ini memiliki potensi untuk menjadi  Ansel Adam atau David Bailey atau Steve McCurry. Mereka juga sedang merakam  detik-detik sejarah.

Hakitanya - biar saya nyatakan disini - pada tahun 2016 ini tingkah lalu polis amat amat berbeza dari tahun 1974 atau  pengalaman saya pada tahun 1998 - zaman Reformasi.

Mata saya mengamati  dan merakamkan semua yang berlaku. Saya rakamkan sebagai bahan sejarah kerana tidak ramai yang berpengalaman ditangkap pada thun 1974, di tangkap pada tahun  1998 dan ditangkap lagi pada tahun 2016.  

Mungkin ada sosok kongsi gelap yang keluar masuk penjara. Tapi mungkin tidak ada diantara mereka yang  merakamkan apa yang saya rakam untuk pengetahuan  dan bacaaan umum.

Satu pekara yang ingin saya terangkan disini tentang konsep relatif.  Ini bersangutan dengan konsep masa. Saya amat yakin Maria Chin Abdullah yang sedang ditahan dibawah SOSMA sedang merasakan apa yang saya tulis ini.

Ketika dalam tahanan, ketika dalam penjara - masa berjalan amat lambat sekali. Setiap detik yang berjalan diruang bebas akan bergerak dengan pantas berbanding dengan detik dalam tahanan. Justeru menunggu dalam tahanan adalah penungguan yang maha lama.

Saya menunggu dan menunggu. Ada pegawai polis yang datang bertanya, ada yang melihat dari jauh. Tetiba datang seorang anggota polis membawa makanan - Nasi ayam.  Sebenarnya ketika dalam tahanan amat jarang saya memiliki selera untuk makan. Tapi saya wajib makan. 

Selesai makan tetiba muncul seorang anak gadis - bertudung - belum melintasi 25 tahun. Di leher tersangkut kamera. Anak gadis ini memandang saya. Dia sedang menunggu arahan. Ah! Si Minah ini adalah jurukamera polis. 

Lalu saya teringat kepada Acino juru kamera The Malaysian Insider - portal yang telah diarwahkan. Acino lulusan photography dari UITM Seri Iskandar - apakah Si Gadis ini juga dari kampus yang sama? Saya tidak tahu nama gadis ini, jika saya tahu pasti saya usulkan kepada Acino.

Seorang pegawai mengarahkan agar gambar saya diambil.  Saya memakai kembali baju kuning Bersih. Saya dibawa disebuah bilik yang memiliki latar puteh untuk saya digambari. Ini gambar portrait polis - Hishamuddin Rais - OPS BERSIH 12/16. Saperti biasa saya akan tersenyum ketika digambari.

Kenapa saya tersenyum?

Seratus tahun dari hari ini ketika anak cucu cicit kita membuka sejarah BERSIH5 - saya yakin mereka  akan terjumpa gambar Hishamuddin Rais yang terseyum. Maka anak cucu cict kita akan berkata - 'Ah! Mereka tidak gentar menghadapi  penjara tali gantung. Mereka tersenyum'.

Jika cucu cicit kita ketika itu  sedang berjuang  melawan kezaliman  mereka TIDAk akan patah semangat. Senyuman saya dalam tahanan polis ini adalah tanda semiotik  generasi 2016.

Wajib saya nyatakan disini saya telah hampir 4 jam di IPK. Saya masih belum menemui Pegawai Penyiasat atau IO - Investigation Officer.  Sebelum Nokia saya ditahan saya telah sempat berhubung dengan SUARAM untuk memberitahu dimana saya ditahan. Suaram memberi tahu bahawa peguam akan datang. Tapi peguam tidak muncul-muncul.

Dalam bilik berhawa dingin saya kerap ke tandas. Kali ketiga ke tandas saya terserempak dengan sorang anak muda China yang memakai baju kuning Bersih5. Dia berdiri sendirian di ruang menunggu lift tanpa kawalan. Lalu saya bertanya apakah dia juga ditahan. 

Tidak anak muda tidak ditahan. Dia  adalah pembantu YB Howard Lee dari Pasir Pinji  Ipoh.

Ah! Rupa-rupanya saya ada teman. Saya kenal dengan Si YB ini. Malah saya pernah dijemput ke Ipoh untuk bersama sidang akhbar ketika melancarkan program Bersih5 di Perak. Tapi dimana YB ini disimpan? Pulang dari tandas  mata saya liar mencari. 

Pada ketika ini saya akan dibawa ke bilik Pegawai Penyiasat. Tim yang menangkap saya  ingin beredar. Kami bersalaman. Dan saya sekali  lagi berterima kaseh kerana dapat baju baru. Jelas tugas  tim itu hanyalah menangkap dan membawa hasil tangkapan ke IPK. 

Sebelum beredar salah saorang dari tim ini bersuara ' dimana kamu malam tadi… kami cari…' Mungkin ini suara dari yang pegawai yang  berpangkat.

Saya ketawa kuat dan terus menjawab… ' ada saya ada dirumah… tak kemana mana…lain kali boleh  talipon minta saya ke balai. Tak perlu datang ke rumah. Anjing saya - Ezi akan bising menyalak jika orang tak dikenali datang..' Kami bersama -sama  terbarai ketawa. 

Betul telah dua kali polis datang menyerbu  ke flet tumpangan saya.  Ezi akan menderam ganas jika ada aroma yang tidak dikenali berdiri diluar pintu. 

Selesai berjabat tangan saya dibawa masuk ke dalam bilik siasatan. Bilik ini tidak luas. Ada satu meja dan dua kerusi. Satu PC. Di dinding ada tertera gambar-gambar orang yang telah disiasat. Ada beberapa keping gambar jantan Afrika. Beberapa keping gambar lelaki India.

Seorang polis muda masuk dan duduk dimeja. Apakah ini Pegawai Penyiasat? Untuk melunakkan keadaan  saya melawak ..' pastikan lepas ini gambar saya ada ditampal sama…'

Bayangkan: nama pegawai polis ini juga ialah Hisham. Saya hampir tidak pecaya. Tapi inilah sejarah. Apa pangkat Hisham saya tidak pula  bertanya. Yang saya tanyakan adakah dia Pegawai Penyiasat?

Hisham menjawab ' tidak'. Pegawai Penyiasat ialah  ASP Tan dari Balai Dang Wangi.  Dalam bilik ini  dia hanya mengambil maklumat asas - nama, tarikh lahir dan nama keluarga.

Kemudian saya ingin ke tandas sekali lagi. Rasa saya jam telah melintasi lebih dari pukul tiga. Saya hilang kiraan waktu. Kali ini diruang masuk saya ternampak Arman pemimpin Baju Merah. Ah! Arman juga ditahan. 

Arman mengenali saya. Saya menghampiri dan terus bersalaman. Diatas dinding tempat  Arman duduk tertera nama-nama sosok yang dijangkkan akan hadir di BERSIH5.  Gambar Arman dan gambar saya ada tertera. Semakian jelas untuk saya aras ini adalah aras  OPS Bersih.

Gambar siapa lagi didinding? Tunggu minggu hadapan. (tt)

NOTA:
Ketika menulis tulisan ini
Berita Maria Chin dibebas sampai. Salut!



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45















----------------

KES DOJ DITERUSKAN

Posted: 30 Nov 2016 08:30 PM PST






LARI LARI

LARI FBI

SEDANG CARI


AS medan wang haram antarabangsa, DoJ beri contoh kes 1MDB
 | December 1, 2016
Penolong peguam negara AS itu berkata ia hanya memerlukan sedikit kecanggihan bagi penjenayah menyembunyikan hasil haram mereka.





PETALING JAYA: Kelemahan perundangan Amerika Syarikat merupakan antara faktor sektor kewangan negara itu diperalatkan penjenayah bagi melakukan transaksi wang haram, kata seorang jurucakap Jabatan Kehakiman AS (DoJ) yang turut memberikan contoh kes membabitkan 1MDB.
Penolong Peguam Negara AS, Leslie Caldwell yang bertanggungjawab bahagian jenayah DoJ, berkata permohonan menyita aset sejumlah AS$1.2 bilion membabitkan syarikat milik kerajaan Malaysia itu merupakan contoh terbaik bagaimana penjenayah bagi menyembunyikan hasil aktiviti haram mereka.
"Jurang dalam undang-undang di seluruh dunia membenarkan sesiapa sahaja yang ada kecanggihan asas untuk membuka akaun atas nama syarikat kosong dan mengelak daripada mendedahkan pemilik akaun tersebut," kata Caldwell dalam komen disiarkan Bloomberg, menjelang sebuah persidangan antarabangsa menangani jenayah rasuah global di Panama, hari ini.
Bagaimanapun, Caldwell berkata di sebalik usaha canggih penjenayah, pihaknya menerusi kerjasama antarabangsa berjaya "mengangkat kain" yang menutupi identiti sebenar mereka yang menerima wang yang DoJ percaya dilesapkan daripada 1MDB.
"Tetapi ia proses yang memakan masa dan sumber yang banyak disebabkan pencarian dokumen dan soal siasat dengan saksi," tambahnya.
Calwell berkata sistem kewangan AS menjadi tarikan kepada penjenayah antarabangsa, yang menjadikannya pengkalan menyembunyikan wang haram.
Menurutnya, penjenayah secara licik menyembunyikan hasil mereka tanpa dikesan pihak berkuasa.
"AS mesti menutup kelemahan yang dieksploitasi pegawai kerajaan luar negara dan lain-lain yang menyembunyikan hasil daripada aktiviti haram mereka, dan membantu pihak penguatkuasa undang-undang mencegah dan menyiasat jenayah kewangan," katanya.
Pada 20 Julai, DoJ menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion dilencongkan daripada dana 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.
DoJ memfailkan saman sivil di Los Angeles untuk merampas sejumlah AS$1.2 bilion aset yang dibeli dengan dana didakwa digelapkan daripada 1MDB dan dipindahkan ke AS menggunakan syarikat kosong, dan menamakan beberapa individu.

KES ROMPAKAN

1MDB TIDAK

AKAN SELESAI

SELAHI NAJIB

JADI PM

INI AJENDA

LEBAI SOROS

YANG ANTI  

PEMIMPIN 

MELAYU &

ANTI ISLAM