Khamis, 1 Disember 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Amaran wakil Umno Pahang: Selesai masalah Felda atau hilang undi

Posted: 01 Dec 2016 06:34 PM PST


Shahaniza ShamsuddinShahaniza Shamsuddin
Felda perlu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi kerana dibimbangi golongan peneroka yang selama ini berada di belakang kerajaan menunjukkan undi protes pada pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata permasalahan Felda adalah perkara mustahak yang perlu diselesaikan khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
Beliau menambah isu lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) ialah sara hidup Felda Technoplant yang membebankan dan tidak dikemas kini, masalah perumahan generasi kedua dan kos sara hidup yang semakin menghimpit warga Felda.
"Penubuhan makmal bagi menyelesaikan masalah Felda tidak boleh memakan masa yang terlalu lama kerana kami warga Felda bukanlah 'tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji'," katanya.
Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Multimedia dan Komunikasi Pahang berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Shahaniza yang juga cucu kepada generasi pertama Felda dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul iaitu kawasan penanaman kelapa sawit, berkata undi kepada BN adalah 'satu penghargaan' kepada jasa kerajaan.
Pada perbahasannya, beliau turut menyentuh mengenai bekalan minyak masak terputus di kawasan Felda, sedangkan Felda merupakan antara pengeluar minyak masak terbesar di dunia.
"Tak jadi lawak ke tuan-tuan dan puan-puan, buka pintu rumah nan menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan harian," katanya.

RUU 355 pakej dengan ‘gencatan senjata’ Pas-Umno

Posted: 01 Dec 2016 06:33 PM PST


Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.
Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya dilihat sebagai berpakej dengan 'gencatan senjata' antara parti itu dan Umno, kata Ketua Pemuda Amanah Negeri Terengganu, Hasbie Muda.
"Ramai yang melihat isu RUU 355 hanya pada hal ehwal RUU itu semata-mata. Ramai yang lupa bahawa RUU 355 datang bersekali dengan 'gencatan senjata' antara Pas dan Umno sebagaimana yang pernah diumumkan Naib Presiden Pas, Ustaz Nik Amar. Ia berpakej," tegasnya.
Menurutnya, gambaran situasi gencatan senjata itu dapat dilihat pada sikap dan pendirian Pas mutakhir ini walaupun banyak kepincangan menyelubungi Presiden Umno dan rejim parti tersebut.
"Bahasa mudahnya, 'Jika puak kamu (Pas) mahu kami (Umno) bagi laluan pindaan RUU 355, jangan serang kami dengan bersungguh-sungguh. Serang olok-olok cukuplah.'
"Sebab itu walaupun Najib dan Umno dibelenggu pelbagai isu dan skandal yang sangat jelas terang lagi bersuluh, reaksi Pas seolah-olah tidak nampak semua itu," ujarnya dipetik daripada status Facebook beliau.
Menurut Hasbie, sikap Pas yang tidak 'menyerang' Umno seolah-olah ahli Pas terkecuali daripada dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak serta permasalahan ekonomi yang datang serentak antara inflasi dan deflasi.
"Seolah-olah ahli Pas semuanya hidup bahagia senang-lenang di bawah pemerintahan Najib. Umno bijak menggunakan kesempatan ini. Umno tahu bahawa jika pindaan RUU 355 gagal diluluskan, maka Pas akan kembali menyerang Umno sebagaimana sebelum 2013 dahulu," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat pelbagai alasan dicipta sehingga menyebabkan perbentangan bagi pindaan Akta 355 itu ditangguh dan terus ditangguh.

ORANG ASLI: AMANAH GESA MB KELANTAN BERUNDING SELESAI MASALAH

Posted: 01 Dec 2016 06:30 PM PST

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR TUN M ATAU JHO LOW – EZAM

Posted: 01 Dec 2016 04:57 AM PST

DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI

Posted: 01 Dec 2016 04:55 AM PST

DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI

Posted: 01 Dec 2016 04:53 AM PST

RUU355: Haji Hadi tertipu lagi????

Posted: 01 Dec 2016 04:49 AM PST



hadi_awang-pas_MUKTAMAR-190914-TMI-NAZIR

Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat  dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada.
Usaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual.
Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.
Apa maksudnya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?
Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi ke atas ketidakcekapan kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?
Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib. Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada POCA, POTA, SOSMA dan undang-undang lain yang zalim. Ini petanda orang yang berotak diktator. Di samping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib – institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman negara, kehakiman berada di bawah telunjuk Najib. Diktator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.
Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustadhafin.
Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korup dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat-ayat Al-Quran.
Bagaimana golongan seperti Haji Hadi mahu selesaikan masalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustadhafin.
Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam-peguamnya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, yang kaya dan yang berkuasa.
Jalan pintas ialah menambah kuasa dan isytihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri, hanya perlu memujuk emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang beragama Islam.
Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian rasional otak dan usaha yang lebih rapi, kesemuanya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.
Maka, salahkan semuanya kepada faktor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tidak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.
Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain.
Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 13:11.
Al-Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 8:53.
Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendaharaan nilai-nilai yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai-nilai positif yang lain? Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita.
*Datuk Mohamad Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub

RUU355: Takiyuddin tak perlu ‘syok sendiri’, Parlimen bukan sistem barter

Posted: 01 Dec 2016 04:48 AM PST




m_kulasegaran-e1459240763289
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan ditegur supaya faham dan tidak mempolitikkan Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) dengan RUU355 yang diusulkan Presiden PAS.
Ini kerana dua usul tersebut adalah berbeza dan kerajaan telahpun memulakan perbincangan berkenaan penukaran unilateral sejak tahun 2005.
Kerajaan juga telahpun menubuhkan tiga jawatankuasa bagi membincang dan meneliti pembaharuan akta itu.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, pembaharuan Akta 164 ini turut diterima baik Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam sendiri dan perlu disegerakan.
Beliau justeru mahu supaya Setiausaha Agung PAS itu tidak 'syok sendiri' mengganggap dirinya sebagai wakil dan suara kepada Ahli-ahli Parlimen muslim yang lain.
Kenyataan ini dibuat setelah Takiyuddin mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengugut bahawa "orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang" tersebut jika RUU355 terus dibantah dan diperdebatkan.
"Saya terkejut dengan Takiyuddin yang tidak sedar bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk melakukan 'sistem barter dan Ahli Parlimen mewakili dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum mahupun status ekonomi.
"Pembaharuan Akta 164 ini akan menjamin saudara baru bersungguh-sungguh menerima Islam dan bukannya menggunakan Islam sekadar platform untuk mengelakkan tanggungjawab mereka," jelasnya.
Tindakan beliau mempolitikkan pembaharuan Akta 164 itu kata Kula hanya menonjolkan keterdesakan PAS meneruskan hayatnya.
Hakikatnya, nasib RUU355 masih dalam keadaan yang sangat samar dan jauh berbeza dengan konteks dan keperluan mendesak pembaharuan akta perkahwinan dan penceraian tersebut khususnya berkaitan hak penjagaan anak seperti dalam kes Indira Ghandi. –

Tiada ulasan: