Khamis, 3 November 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Siapa yang kena kencing ni

Posted: 03 Nov 2016 05:58 PM PDT



Bercakap pasal  presiden PAS kena kencing teringat penulis dengan hadis Wasilah menghapirkan diri kepada Allah Subhanahu watala dan pencapaian cintanya sepertimana yang maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, katanya: Rasulullah Shallahu alahi wasallam telah bersabda: sesungguhnya Allah subhanahu wataala berfiram: " barangsiapa memusuhi wali waliku, sesungguhnya aku mengisytiharkan perang keatasnya. Dan tiadalah seorang hamba itu menghampirkan diri kepadaku dengan sesuatu yang lebih aku cintai melainkan dengan barangsiapa yang telah aku fardhukan keatasnya, berterusanlah hambaku mendekatkan dirinya kepadaku dengan mengerjakan (amalan amalan) nawafil hinggalah aku mencintainya. Apabila aku mencintainya, aku akan menjadi pendengaranya yang dengannya ia mendengar, aku adalah pengelihatannya dengannya  ia melihat dan tangannya dengannya ia memegang dan kakinya dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dariku, aku akan mengurniakannya dan jika memohon perlindungan denganku, aku akan melindunginya"(Diriwayatkan oleh Al- Bukhari)

Hadis ini diriwayatkan oleh Al Bukhari didalam Ar Raqaq (Bab Tawadhu) Hadis no 6137 ini menyatakan sesungguhnya Allah subhanahu wataala memelihara dan menjaga para walinya dengan cinta dan pemeliharaanya. Dan Memerangi mereka yang buat jahat (memusuhi dan membenci) terhadap wali walinya.

Perkataan Presiden Pas kena kencing (memusuhi) yakni menyakiti, membenci, memarahi dengan perkataan dan perbuatan. Bukan sekatat itu sahaja malah boleh juga kita maknakan sebagai menghina wali Allah (alim ulamak)

Allah Subhanahu wataala isytihar perang terhadap mereka yang makan riba dan Allah subhanahu wataala isytihar perang juga terhadap mereka yang memusuhi walinya.
Bayangkan, jika Allah subhanahu wataala isytihar perang dengan mereka yang memusuhi wali walinya. Sudah pasti tindakan itu amat di murka dan besar dosanya.

Sesungguhnya aku mengisytiharkan perang atas mereka. Maknanya mereka yang menyakiti sesorang mukmin, sesungguhnya ia telah menyakiti Allah subhanahu wataaala.
Seorang wali Allah yang telah kena kencing tidak rasa kecewa dan tidak sekali kali putus asa dengan usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.
Allah nyatakan sepertimana firmannya yang maksudanya: Ingatlah! Sesungguhnya wali wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) bersedih hati (iaitu) orang orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada pengubahan bagi kalimah kalimah (janji janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar…(surah Yunus ayat 62-64).

Kita yang mengaku beriman dan mencintai Allah  kena ingat bahawa isytihar perang terhadap mereka yang membenci dan memusuhi wali walinya bukan suatu yang kecil dan boleh buat main main atau dipandang ringan.

Ia adalah suatu kesalahan yang nyata yang terjadi didalam kehiudpan laum muslimin dizaman akhir akhir ini kerana wali wali Allah suatu kedudukan yang tinggi yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang beriman dan bertakwa.

Setiap orang yang menyakiti , memusuhi dan membenci wali wali Allah dan bertindal melampaui batasan keatas harta, diri dan kehormatannya , maka Allah subhanahu wataala mengisytihar perang keatas mereka dan sama terhadap pemakan riba dan ia membinasakan kehidupannya didunia dan akhirat nanti.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MARI TURUN KE DATARAN MERDEKA

Posted: 03 Nov 2016 07:30 PM PDT








f.b

Sudah tentu harga barang-barang lain pun akan naik juga, boleh dikatakan semua barang makanan adalah berasaskan minyak masak.





















----------------

TUAN HAJI NAJIB

Posted: 03 Nov 2016 07:00 PM PDT






HAJI NAJIB
Deyyy tambi, tu presiden dan lelakI kerusi china sedang nak tolong orang tertindas la tu. Kau tak perasan ke selama ni haji najib tu tertindas. Dulu dia elok je duduk bersemayam di negeri makmur tak perlu pening, tapi mahathir punya angkara tarik jawatan mb dia dan campak portfolio persekutuan pulak, tu yang sampai sekarang laki dia dendam kat mahathir sebab buatkan najib tertindas macamtu. 

Dah tu dia baru nak settle down dan baru dapat sesuaikan diri dengan kerenah jawatan persekutuan, baru je sepenggal tak sampai labuhkan bontot saiful, eh bontot dia atas kerusi tpm, tiba-tiba mahathir tendang dia tergolek dari kerusi tpm, sebaliknya diheret naik duduk kerusi pm pulak. 

Tertindas lagi dia dek angkara mahathir. Tapi paling menyayat hati dan merobek jiwa najib ialah bila raja saudi, bukan calang orang, raja arab raja minyak raja ugama islam raja terkaya dunia, bila putera raja ni iktiraf haji najib sebagai ugamawan dan pahlawan islam yang sangat tinggi darjat dia, lalu dikurnia on MALAYSIA ADA MAU HU TANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/3/16







------------------------

MEDIA BUAT LAPORAN PALSU

Posted: 03 Nov 2016 06:30 PM PDT



LAGI SALAH

MEDIA BUAT

LAPORAN PALSU

Pas tidak akan runding dengan DAP

KUALA LUMPUR - Pas tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PU14) akan datang, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz. 
   
"Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.    

Beliau mendakwa kenyataan presiden parti,  Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah. 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
GUA UDAH

BILANG LU

TAK CAYA

MESTI MEDIA

SALAH LAPOR






--------------------

TURUN TURUN SEMUA TURUN

Posted: 03 Nov 2016 05:30 PM PDT








TURUN TURUN TURUN TURUN TURUN TURUN
SEMUA TURUN

Bersih 5 tetap diteruskan, kata Maria

KUALA LUMPUR – Walaupun tidak dibenarkan memasuki Dataran Merdeka, perhimpunan  Bersih 5  tetap  tetap diteruskan pada 19 November depan di tempat yang telah ditetapkan.

Pengerusinya,  Maria Chin Abdullah berkata, hasil pertemuannya dengan pihak polis semalam, mereka akan meneruskan perhimpunan Bersih 5 mengikut perancangan asal.

SATU JUTA

KE DATARAN

MERDEKA
--------------

TEMU BUAL EKSKLUSIF RADIO BANGSAR

Posted: 03 Nov 2016 04:30 PM PDT







MENUJU 

KE BERSIH5

TUNGGU NANTI

TEMUBAUL 

TERNOW 
TERHOTT


----------------

NAIK NAIK LAGI NAIK HARGA

Posted: 03 Nov 2016 06:00 AM PDT




BADAN GEDEMPOL
Naik 15sen maknanya kena tambah 6rgt setiap kali isi 40liter, kalau 60liter tambah 9rgt. Najib dan semua menteri kabinet tak perlu keluar duit sendiri beli petrol nak ulang alik kerja setiap hari. Malah guna kereta pergi berjalan pergi shopping pun elaun cover. Jadi menteri tak terkesan sikit pun kalau harga petrol naik 50sen atau 50rgt, menteri aiman tak kesah, rosmah lagi la tak turun 1/2gram pun berat badan gedempol dia. Yang terkesan dan semakin kering? 

Kita semua penyokong bersih dan abu. Tapi yang paling kesian, eh tak kesian pun, yang paling padan muka, ialah 2 kumpulan manusia, pertamanya ramai ahli umno yang tak suka pentadbiran najib tapi masih berdiam diri malah masih keras kepala mempertahankan umno-bn, dan keduanya majoriti rakyat sarawak tak kira melayu, melanau, iban, cina dan lain yang megah memenangkan bn lebih besar dari pilihanraya sebelum, ikut kata adenan satem 1mdb bukan isu bagi sarawak, hangpa semua terima je la hadiah istimewa dari rosmah dan menteri umno on BERITA BAIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/1/16




------------

DENGAR SEKARANG

Posted: 03 Nov 2016 05:30 AM PDT






DENGAR 

SEKARANG

JEMPUT DATANG

KE STUDIO

BANGSAR UTAMA
 

------------------

TOK BIK TOK EZI

Posted: 03 Nov 2016 05:00 AM PDT






JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENGE JENG JENG PUTAAAAR

TOK EZI







Jika apa yang dituntut gagal, kerajaan perlu tutup Malaysiakini, kata Jamal

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia  Jamal Md Yunos hari ini memberi tempoh sehingga jam 12 tengahari, Sabtu ini untuk portal berita Malaysiakini menjelaskan hubungan media itu dengan Operasi Society Faundation (OSF) yang menyumbangkan dana melalui Malaysian Program.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
TOK BIK



----------------

MALAYSIA ADA MAU HU TANG

Posted: 03 Nov 2016 04:30 AM PDT





PARTI KOMUNIS DATANG
Dah lama aku tunggu Parti Kommunis datang. Tak sangka bahwa Komunis dijemput umno. Baik nya umno...Najib lu okay lah Melayu tak perlu heboh heboh atau buat huru hara. Kita harus sambut kedatangan Komunis dengan hati terbuka Dulu Siam ada , MajaPahit ada , Purtugal ada , Belanda ada Beritis ada , Jepun ada , sekali lagi datang Beritis ...sekarang giliran CHINA. 

Tak tahulah betulke Malaysia dah dipajak , digadai atau dijual. Dulu memang gua dah tulis Bahwa mana-mana pihak yang nak serang atau rampas negara Malaysia Memang tak perlu pakai senapang dan peluru. Sebab, Malaysia sedia dijual . CASh is King..ingat tu. CHINA ada cash..dan Najib perlu cash Ikut kiraan dan jangkaan serta andaian...RM akan "on-par" dengan matawang Yuan dalam 5 tahon dekat ni. Janganlah marah najib. Ini semua Allah yang izinkan nya. on KETUANAN MELAYU JADI KETUANAN CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/3/16

NILAI YUAN
Yuan Dulu sepuloh tahon dulu ya..40 sen boleh beli 1 Yuan Karang..baru pi tengok..63 sen untok 1 Yuan Jangkaan 1 ringgit PAR 1 Yuan dalam 5 tahon tu salah dan silap Mungkin kena tunggu 3 tahon sahaja..kakakaka Hidup Mao Hu Tang.. Hidup Umno dan CCCP on GILIRAN CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:03 PM

APA MACAM?
Isham duku hang kata sosialis macam China ni baik suka tolong rakyat tertindas, sekarang ni macam mana ? China sosialis duk sokong Najib, America yang selalu hang anjingkan pulak yang nak tolong rakyat tertindas. Dah terbalik dah ni. on DI PAJAK OLEH CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/2/16



-----------------

MAHU HUTANG LAGI

Posted: 03 Nov 2016 01:00 AM PDT








Sembilan tahun  Najib jadi Menteri Kewangan, Bebanan kewangan negara dan rakyat RM681 bilion, Transformasi Nasional paling besar dalam sejarah Malaysia.
 
3 November 2016

Isu yang paling hangat dibahaskan dalam bajet 2017 adalah isu hutang negara dan bebanan kewangan, bukan sahaja Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan malah juga MP dari BN merasakan kebimbangan terhadap bebanan hutang yang terlalu tinggi. Yang lebih membimbangkan adalah mantan Menteri Kewangan 2 YB  Husni juga meluangkan perasaan bimbang terhadap keadaan hutang negara.

Jadi timbul soalan berapakah hutang negara dan bebanan bakal projek-projek besar yang diluluskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Najib? Adakah hutang tersebut "sustainable" atau ia bakal menjejaskan keadaan ekonomi, debt servicing dan "rating" negara?

Atas Persoalan-persoalan itu, pejabat saya telah membuat kajian kepada jumlah hutang negara, projek mega yang diumumkan oleh Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini akan memberi gambaran bagaimana bebanan kewangan negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib.

Pertama sekali, kami meninjau dari segi hutang kerajaan. 

Pada tahun 2008 apabila Najib menjadi Menteri kewangan, Hutang negara hanya berjumlah RM 266 bilion, pada 2Q2016 hutang negara telah mencecah RM655 billion. Pendek kata di bawah 9 tahun beliau menjadi Menteri kewangan, beliau telah meminjam RM389 bilion lebihan hutang, lebih banyak daripada semua menteri kewangan sejak kemerdekaan.

Kedua, kami mengkaji semua projek-projek raksasa yang diumumkan oleh beliau. Dari segi projek-projek rel yang diumumkan adalah seperti berikut:


1.    MRT 1 Sungai Buloh-Kajang               RM 23 Bilion

2.    MRT 2 Sungai Buloh-Putrajaya          RM 32 bilion

3.    LRT 3 Bandar Utama-Klang                RM 9 bilion

4.    LRT extension atau Projek Penyambungan Jajaran LRT bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya              RM 8 bilion

5.    Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru       
RM7 bilion 

6.    Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (High Speed Rail)                                        RM50 bilion

7.    Projek landasan kereta api baru East Coast Rail      
RM55 bilion
  
Jumlah Projek-projek rel atau rail projects yang diumumkan oleh Pentadbiran Najib ini telah berjumlah       RM 184 bilion.


Ketiga, kami mengkaji semua projek mega highway yang diumumkan oleh beliau:

1. Lebuhraya DUKE Fasa 2                                       RM 1.18 bilion 

2. Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)                RM 3.74 bilion

3. Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX)           RM 2.4 bilion

4. Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH)      RM 4.2 bilion

5. Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)          RM 1.6 bilion

6. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat                                        RM 6 bilion
(West Coast Expressway)

7. Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway                   RM 5.3 bilion

8. Lebuhraya Pan Borneo                                         RM 29 bilion

Jumlah  projek-projek lebuhraya yang diumumkan oleh PM adalah RM 53.42 bilion.

Pinjaman YAB PM tidak berhenti di sana sahaja. Keempat, kami mengkaji projek-projek mega dalam sektor pembinaan.

Projek Menara Warisan KL118          RM 3.4 bilion

Projek Taman Tugu                            RM 600 juta 

1MDB                                                 RM 50 bilion.

Jumlah projek sektor pembinaan adalah RM 54 bilion.

Maka jumlah hutang yang telah dipinjam, sedang dipinjam dan akan dipinjam oleh pentadbiran Najib akan mencecah RM 681 bilion!

Secara kasar, kerajaan membiayai tanggungan hutang tersebut melalui 4 cara:

1.    Hutang Kerajaan (Government Debt)
2.    Government Guarentees (Contingent Liabilities)
3.    Bail out.
4.    Jual aset negara

Boleh dikatakan kesemua projek mega di atas adalah dibiayai secara PPP (Public-Private-Partnership). Tetapi akhirnya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membiayai tanggungan hutang tersebut.

Contoh seperti 1MDB, di mana kerajaan memberi surat sokongan atau letter of guarantee, kemudian SPV akan meminjam duit daripada pasaran bond negara atau luar negara. Jika projek gagal, kerajaan perlu tanggung hutang tersebut melalui bail out. Itu sebab kerajaan telah menjual aset strategik negara seperti Bandar Malaysia dan penjana elektrik kepada negara China.

Satu lagi contoh adalah Pembiayaan projek-projek MRT/rel melalui pihak swasta akan memindahkan hutang negara kepada hutang syarikat swasta. Cara in dipanggil "off budget". Ia akan "mencantikan" bajet kerajaan, tetapi hakikatnya, hutang syarikat swasta akan ditanggung oleh kerajaan melalui government guarantee loan yang merupakan contingent liabilities. 

Untuk Projek-projek lebuhraya, walaupun bukan diklasifikasikan sebagai contingent liabilities, tetapi ia akan mengenakan tol dan bebanan rakyat. Jika tidak mencapai traffic volume yang ditetapkan, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi daripada bajet kerajaan Kementerian Kerja Raya.

Oleh kerana kesemua projek tersebut perlu meminjam duit, ia akan meningkatkan beban hutang negara dan bebanan rakyat.

Kesimpulan daripada kajian kami, cara pentadbiran kewangan  Najib sebagai Menteri Kewangan sangat membimbangkan. Bebanan RM 681 bilion perlu ditanggung rakyat Malaysia sehingga cucu-cicik kita. 

Sim Tze Tzin 
MP Bayan Baru





-----------------

NEGARA DALAM BAHAYA

Posted: 03 Nov 2016 12:30 AM PDT



JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG
BAHAYA


Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak
KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa dalam membangunkan ekonomi, di sebalik penganugerahan kontrak dan perjanjian bernilai berbilion ringgit melibatkan syarikat China baru-baru ini.
Anwar yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berkata walaupun kerjasama dengan China merupakan sesuatu yang positif, ia mencetuskan kebimbangan.
"Kita tidak boleh dilihat terlalu bergantung kepada mana-mana negara, itu yang menjadi kebimbangan kita.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AH KAH KAH
KANTOI


-------------------

AGENDA AH SENG

Posted: 02 Nov 2016 11:30 PM PDT







LAGI LAGI

AGENDA

AH SENG 

Bersih 5 agenda asing hancurkan negara

SHAH ALAM - Tindakan penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan mereka ditaja oleh Open Society Institute, didakwa berkait dengan National Endowment of Democracy (NED) kerana mempunyai tujuan yang sama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim berkata, pembiayaan Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini oleh pihak asing mempunyai kaitan kuat dengan dana daripada hartawan George Soros.

JUAL TANAH

MELAYU PADA

CHINA BUKAN

AGENDA 

AH SENG KE?

-----------------

ANDA BILA LAGI?

Posted: 02 Nov 2016 10:49 PM PDT




ANDA BILA LAGI?
Undilah Barisan Nasional, jadilah ahli UMNO. Bila nak beli minyak masak, sila tunjukkan kad keahlian anda, insyaAllah dapat harga istimewa. 
Saya dah cuba... anda bila lagi? #kahkahkah on HIDUP MAKIN PERIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/3/16





-----------

BUKAN RASUAH KE?

Posted: 02 Nov 2016 10:14 PM PDT






 
21 hours ago


YANG ITU

BUKAN 

RASUAH KE?

BIAARK BETUL!


--------------

GILIRAN CHINA

Posted: 02 Nov 2016 09:00 PM PDT








GILIRAN CHINA
Dah lama aku tunggu Parti Kommunis datang. Tak sangka bahwa Komunis dijemput umno. Baik nya umno...Najib lu okay lah Melayu tak perlu heboh heboh atau buat huru hara. Kita harus sambut kedatangan Komunis dengan hati terbuka Dulu Siam ada , MajaPahit ada , Purtugal ada , Belanda ada Beritis ada , Jepun ada , sekali lagi datang Beritis ...sekarang giliran CHINA. 

Tak tahulah betulke Malaysia dah dipajak , digadai atau dijual. Dulu memang gua dah tulis Bahwa mana-mana pihak yang nak serang atau rampas negara Malaysia Memang tak perlu pakai senapang dan peluru. Sebab, Malaysia sedia dijual . CASh is King..ingat tu. CHINA ada cash..dan Najib perlu cash Ikut kiraan dan jangkaan serta andaian...RM akan "on-par" dengan matawang Yuan dalam 5 tahon dekat ni. Janganlah marah najib. Ini semua Allah yang izinkan nya. on KETUANAN MELAYU JADI KETUANAN CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/3/16




-------------

MEMBACA ARUS POLITIK

Posted: 02 Nov 2016 09:00 PM PDT



MEMBACA ARUS POLITIK 
DENGAN TEPAT

Dalam tulisan-tulisan  awal saya telah  cuba memberi pencerahan tentang teori dan praktik politik jalan raya. Saya nyatakan dengan jelas bahawa politik jalan raya  memiliki teori untuk difahami. Jika gagal  memahami teori politik jalan raya maka politik jalan raya akan membawa kekecewaan.

Pasti ada yang akan bertanya dari mana datangnya teori? 

Saperti ilmu pengetahuan,  teori juga  wujud dari pengalaman. Pengalaman yang terkumpul - yang dibukukan  dan yang ditulis - menjadi teori. Pengalaman yang terkumpul juga  menjadi asas kepada ilmu pengetahuan. 

Sebelum pengalaman itu menjadi satu hukum atau undang-undang atau syarat sosial ianya hanyalah teori. Wajib disedari bahawa teori adalah  pandangan dan pendapat yang cuba menerangkan sesuatu. Pandangan ini berasaskan prinsip tentang apa yang ingin diterangkan. 

Hakikatnya teori bukan hukum. Teori bukan undang-undang yang terus menerus betul dan tepat. Teori bukan aljebra, bukan ilmu hisab bukan metametik. Justeru ianya dipanggil teori.

BERSIH akan mengadakan perhimpunan mega pada Sabtu 19 November di Dataran Merdeka. Pada ketika ini para aktivis Bersih dari  pelbagai Ngo bersama parti-parti politik sedang menggelodak Malaysia untuk mengajak, untuk menghasut, untuk menjemput anak semua bangsa turun ke jalan raya bersama BERSIH5.

Dari segi teorinya langkah pertama telah tuntas direalisasikan. Penggalangan barisan bersatu yang maha luas telah dilakukan. United Front ini  wajib diwujudkan untuk kejayaan politik jalan raya. Ini langkah  paling asas dalam teori politik jalan raya.

Dengan persetujuan asas - dengan program paling minima - semua NGO - semua parti-parti politik telah bersetuju menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Barisan bersatu ini telah meninggalkan jubah dan baju politik parti masing-masing untuk bersatu hati dalam satu tuntutan. 

Semua telah bersetuju menuntut Najib Rosmah mengudur diri. Tuntutan ini telah dimulakan dari  BERSIH4 tahun lalu.

Tuntutan Najib Rosmah berundur berpunca dari masuknya 2.6 bilion ringgit ke dalam akaun bank  pribadi Najib di AmBank. Apa yang menjadikan kaum kerabat Bersih marah dan naik minyak ialah duit 'rompakan 1MDB ' ini telah digunakan oleh Najib untuk  ' membeli' PRU13. Ini diakui oleh  Najib sendiri. Najib menghalalkan duit samun ini kerana menurut lojik Najib duit ini bukan untuk kegunaan pribadi tetapi untuk PRU13.

Justeru kemenangan United Malays National Organisation dalam PRU13 ialah dengan  'membeli undi'. Sah dan saheh PRUI3 telah dicuri oleh Najib dan gerombolan Ketuanan Melayu melalu dana yang amat lumayan - 2.6 bilion ringgit.

Justeru, dari pandangan Bersih, dari pandangan  kaum kerabat  dan parti politik yang bersama menyokong Bersih,   Najib Rosmah adalah  pembawa malapetaka politik negara kita hari ini. Najib telah  menjadi punca  yang sedang menimbulkan suasana budaya politik kacau. Suasana politik kacau ini sedang mempengaruhi kedudukan ekonomi.

Hakikatnya ekonomi Malaysia  sedang merundum. 

Ekonomi  ialah nadi kehidupan.Bila ekonomi jatuh maknanya kehidupan warga menjadi susah. Jika dikaji dari lensa ekonomi - malapetaka ekonomi yang kita hadapi sekarang berpunca dari kerenah dan perangai  Najib Rosmah. Kes rompakan 1MDB adalah bukti yang saheh. Ini rompakan bertaraf global. 

Rompakan ini  sedang menimbulkan   politik kacau. Hampir setiap bulan - hampir setiap minggu ada shaja berita buruk yang melaporkan perkembangan tentang rompakan  1MDB. Laporan  berita dari Wall Street Journal. Atau laporan siasatan Peguam Negara Swiss. Atau laporan dari Monetary Authority of Singapore. Atau laporan FBI sedang mencari Jho Low dan Riza Aziz.

Semua laporan berita ini menambahkan suasana tegang politik kacau yang berpunca dari Najib Rosmah.

Justeru  menjadi tanggung jawab Bersih menuntut Najib Rosmah berundur.Menjadi tanggung jawab anak semua bangs turun ke jalan raya menuntut Najib Rosmah berundur

Dengan penyingkiraan Najib Rosmah barulah kedudukan dan keyakinan ekonomi dapat dipulihkan kembali. Jika Najib Rosmah terus berkuasa maka Malaysia akan tergelincir pantas ke landasan negara gagal. Terbukti pada ketika ini Malaysia dibawah Najib sedang menuju ke taraf  Zimbabwe, Pakistan atau  Somalia. 

Dalam tulisan saya yang terakhir minggu lalu saya ada menulis tentang konsep - berani merebut kemenangan.  Bunyinya cukup senang. Bunyinya amat enteng - merebut kemenangan. Tapi hakikatnya merebut kemenangan dengan garis politik jalan raya  bukan semudah memesan sepinggan Nasi Goreng Kampong.

Kepimpinan yang mengajukan perjuangan politik untuk menjatuhkan kerajaan lama dan mendirikan  kerajaan yang baru wajib miliki kekuatan fikrah. Menghamburkan retorik politik amat mudah. Meraban dengan sumpah seranah politik juga amat senang. Mengutuk sosok politikus juga bukan satu yang susah.

Yang susah ialah merebut kemenangan. 

Asas utama merebut kemenangan ialah bijak membaca nadi dan suasana politik. Membaca nadi politik ini amat-amat penting dalam garis politik jalan raya. Malah dalam politk pilihan raya juga membaca  nadi politik cukup  penting.
Apa makna membaca nadi politik?

Membaca nadi politik bermakna kita tahu  masa dan saatnya telah sampai untuk merebut kemenangan. Atau masa dan saatnya belum ranum untuk merebut kemenangan. Sama saperti Pak Tani melihat padi disawah - pemimpian gerakan politik - jalan raya mahu pun pilihan raya - tahu bila padi itu telah masak. Bila padi itu wajib dituai. Jika terlewat tarikh dan harinya maka semuanya akan gagal.

Bagaimana untuk mendapat tahu bila masanya  telah sampai untuk merebut kemenangan itu? Apa tanda-tanda dan syarat-syarat yang menunjukan bahawa kemenangan akan sampai.

Merebut kemenangan juga sama saperti menanam padi. Kita bekerja keras membajak. Menanam benih. Membubuh baja. Memastiika air yang cukup. Melihat cuaca yang tepat dan betul. Semua semua ini diatur hingga akan sampai masanya untuk kita menuai merebut kemenangan.

Dari mana dapat kita tahu? Macam mana kita hendaka tahu bila kita wajib menuai?

Semua ini datang dari pengalaman. Pengalaman adalah guru. Pengalaman adalah buku yang mengajar kita untuk membaca saat dan waktu tepat untuk merebut kemenangan. Pengalaman yang telah dibukukan wajib menjadi bacaan  rujukan  untuk kita merebut kemenangan.

Saya mahu membawa para pembaca kepada apa yang berlaku di Pilipina pada awal 1980'an dahulu. Sila rujukan dan baca kembali bagaimana media antarabangsa sadikit demi sadikit - tetapi berterusan - telah membuat laporan tentang kerenah Presiden Marcos. Media dunia mula tertarik hati dengan kerenah Imelda Marcos. Tentang gaya hidup mewah bekas ratu cantik yang bernama Imelda. 

Untuk saya  - laporan media dunia - adalah tanda tanda awal bahawa hari hari akhir untuk Marcos telah sampai. 

Saya  masih ingat lagi bagaimana media antarabangsa mula melaporkan tentang kesehatan  Presiden Marcos.  Bagitu kerap sekali laporan media dunia ini sehinggakan  telah memaksa Presiden Marcos berbuat sesuatu. 

Ketika lawatan resmi ke Amerika, Presiden Marcos pergi menziarahi Cancun. Cancun adalah kota peranginan tepi laut untuk gulungan elit yang kaya raya berpoya-poya. Di pantai Cancun  Marcos telah main water ski. Ini untuk menunjukkan kepada dunia - kepada media dunia -  bahawa tubuh badan Marcos adalah sehat walafiat. Enam  tahun kemudian Marcos diterajang keluar dari Manila.

Jika surah saya ini  yang agak kuno maka mari kita buka surah Saddam Hussein. Lihat bagaimana media antarabangsa membuka kesah Saddam Hussein seawal tahun tujuh puluhan. Dunia diberitahu tentang kueh hari jadi Saddam yang beratnya  melebihi satu tan. 

Bila saya membaca laporan ini maka  saya anggap inilah permualaan hari hari akhir untuk Saddam.

Mungkin babak  Marcos dan Saddam masih terlalu jauh untuk ingatan para pembaca yang masih muda. Biar saya buka surah yang kita semua tahu. Yang kita semua masih ingat.  Surah ini ialah bagaimana   Mahathir Muhamad telah dinyahkan dari tampok kerajaan satelah Anwar Ibrahim dimasukan ke penjara pada tahun 1998.

Lihat bagaimana media dunia - ingat kembali kepada media antarabangsa -  yang membuat laporan Reformasi 1998 di Kuala Lumpur. Ingat kembali kepada imej demo yang dimainkan oleh  CNN setiap kali berita CNN dimulakan.  Malah ketika imej Presiden Clinton memelok  ceweknya Monica Lewinsky - telah diselitkan  juga gambar demo di Kuala Lumpur. Setiap jam ada gambar demo  Reformasi. Ini berulang-ulang. Ini menjadikan Mahathir tidak selesa. Malah akhirnya  Mahathir telah bersuara mempertikaikan sikap CNN dan media dunia.

Untuk saya ini adalah tanda  hari hari akhir untuk Mahathir. Ramalan saya tepat. Mahathir dengan bijak sebelum dilungkupkan telah meletak jawatan. Mahathir bijak dan licik untuk menyelamatkan diri.

Kenapa saya berani menjadikan laporan berita luar negara ini sebagai tanda-tanda hari hari akhir untuk Saddam, Marcos atau Mahathir?

Ini kerana ada berpuluh-puluh Presiden, ada berpuluh-puluh Perdana Menteri - dari Afrika, dari Amerika Latin, dari Eropah Barat dan Timur tetapi  kita tidak dengar berita mereka.  Hanya berita Najib yang terus menjadi induk berita.

Mustahil para presiden di Afrika tidak rasuah. Mustahil Perdana Menteri Zambia bersih suci tidak ada skandal sex atau  tidak ada kes bunuh  model atau bunuh pegawai kerajaan dalam tong simin. Mustahil Tok Arab di Negara Telok baik dan suci belaka.

Tetapi media antara bangsa memilih Najib.  The Wall Street Journal, The New York Times, The Guardian, Financial Times dan dan dan… memilih Najib  untuk di jadikan berita. 

Lalu akhbar dunia melaporkan biras Rosmah mencuri beg Hermes di New York. Lalu media melaporkan bakal menantu Rosmah menipu kelulusan untuk memasuki Universiti Colombia.  Lalu media antara bangsa menulis tentang besan Rosmah yang juga terlibat dalam kes bunuh.

Untuk saya ini amat amat jelas. Untuk saya ini adalah tanda tanda padi telah ranum. Untuk saya  musim menuai telah sampai. 

Apakah ini yang dikatakan masa dan saat merebut kemenangan telah sampai? Sabar dahulu. Masih ada lagi tanda tanda yang wajib dilihat. Tunggu minggu hadapan. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



---------------

PRU AMERIKA

Posted: 02 Nov 2016 08:30 PM PDT




SELASA

8 NOVEMBER




If Donald Trump Wins, He Will Be 70 Years, 7 Months And 7 Days Old On His First Full Day In Office

A couple of weeks ago, it looked like Hillary Clinton was all set to cruise to victory, but now the FBI has delivered an election miracle in the nick of time.  A few of my readers had criticized me for suggesting that Trump might lose, but I don't know who is going to win the election, and so all I had to go on was the cold, hard numbers.  

And a couple of weeks ago the cold, hard numbers were telling me that Hillary Clinton was going to win.  Of course it is entirely possible that the national polls might have been seriously wrong, but even the state polls in the most important battleground states consistently had bad news for Trump.  

So things didn't look good for Trump at the time, but now that the FBI has renewed their investigation into Hillary Clinton's emails the poll numbers have shifted dramatically in Trump's favor



---------------

NIK FAIZAL DICARI POLIS

Posted: 02 Nov 2016 08:00 PM PDT










JANTAN INI

NIK FAIZAL

SEDANG

DICARI POLIS

SIAPA ADA

MAKLUMAT

HUBUNGI 

BANK NEGARA

-------------