Tukar Tiub |
- MARI TURUN KE DATARAN MERDEKA
- TUAN HAJI NAJIB
- MEDIA BUAT LAPORAN PALSU
- TURUN TURUN SEMUA TURUN
- TEMU BUAL EKSKLUSIF RADIO BANGSAR
- NAIK NAIK LAGI NAIK HARGA
- DENGAR SEKARANG
- TOK BIK TOK EZI
- MALAYSIA ADA MAU HU TANG
- MAHU HUTANG LAGI
- NEGARA DALAM BAHAYA
- AGENDA AH SENG
- ANDA BILA LAGI?
- BUKAN RASUAH KE?
- GILIRAN CHINA
- MEMBACA ARUS POLITIK
- PRU AMERIKA
- NIK FAIZAL DICARI POLIS
Posted: 03 Nov 2016 07:30 PM PDT |
Posted: 03 Nov 2016 07:00 PM PDT HAJI NAJIB Deyyy tambi, tu presiden dan lelakI kerusi china sedang nak tolong orang tertindas la tu. Kau tak perasan ke selama ni haji najib tu tertindas. Dulu dia elok je duduk bersemayam di negeri makmur tak perlu pening, tapi mahathir punya angkara tarik jawatan mb dia dan campak portfolio persekutuan pulak, tu yang sampai sekarang laki dia dendam kat mahathir sebab buatkan najib tertindas macamtu. Dah tu dia baru nak settle down dan baru dapat sesuaikan diri dengan kerenah jawatan persekutuan, baru je sepenggal tak sampai labuhkan bontot saiful, eh bontot dia atas kerusi tpm, tiba-tiba mahathir tendang dia tergolek dari kerusi tpm, sebaliknya diheret naik duduk kerusi pm pulak. Tertindas lagi dia dek angkara mahathir. Tapi paling menyayat hati dan merobek jiwa najib ialah bila raja saudi, bukan calang orang, raja arab raja minyak raja ugama islam raja terkaya dunia, bila putera raja ni iktiraf haji najib sebagai ugamawan dan pahlawan islam yang sangat tinggi darjat dia, lalu dikurnia on MALAYSIA ADA MAU HU TANG Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/3/16 ------------------------ |
Posted: 03 Nov 2016 06:30 PM PDT LAGI SALAH MEDIA BUAT LAPORAN PALSU Pas tidak akan runding dengan DAP KUALA LUMPUR - Pas tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PU14) akan datang, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz. "Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Beliau mendakwa kenyataan presiden parti, Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH GUA UDAH BILANG LU TAK CAYA MESTI MEDIA SALAH LAPOR -------------------- |
Posted: 03 Nov 2016 05:30 PM PDT TURUN TURUN TURUN TURUN TURUN TURUN SEMUA TURUN Bersih 5 tetap diteruskan, kata Maria KUALA LUMPUR – Walaupun tidak dibenarkan memasuki Dataran Merdeka, perhimpunan Bersih 5 tetap tetap diteruskan pada 19 November depan di tempat yang telah ditetapkan. Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, hasil pertemuannya dengan pihak polis semalam, mereka akan meneruskan perhimpunan Bersih 5 mengikut perancangan asal. SATU JUTA KE DATARAN MERDEKA -------------- |
TEMU BUAL EKSKLUSIF RADIO BANGSAR Posted: 03 Nov 2016 04:30 PM PDT |
Posted: 03 Nov 2016 06:00 AM PDT BADAN GEDEMPOL Naik 15sen maknanya kena tambah 6rgt setiap kali isi 40liter, kalau 60liter tambah 9rgt. Najib dan semua menteri kabinet tak perlu keluar duit sendiri beli petrol nak ulang alik kerja setiap hari. Malah guna kereta pergi berjalan pergi shopping pun elaun cover. Jadi menteri tak terkesan sikit pun kalau harga petrol naik 50sen atau 50rgt, menteri aiman tak kesah, rosmah lagi la tak turun 1/2gram pun berat badan gedempol dia. Yang terkesan dan semakin kering? Kita semua penyokong bersih dan abu. Tapi yang paling kesian, eh tak kesian pun, yang paling padan muka, ialah 2 kumpulan manusia, pertamanya ramai ahli umno yang tak suka pentadbiran najib tapi masih berdiam diri malah masih keras kepala mempertahankan umno-bn, dan keduanya majoriti rakyat sarawak tak kira melayu, melanau, iban, cina dan lain yang megah memenangkan bn lebih besar dari pilihanraya sebelum, ikut kata adenan satem 1mdb bukan isu bagi sarawak, hangpa semua terima je la hadiah istimewa dari rosmah dan menteri umno on BERITA BAIK Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/1/16 ------------ |
Posted: 03 Nov 2016 05:30 AM PDT |
Posted: 03 Nov 2016 05:00 AM PDT JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENGE JENG JENG PUTAAAAR TOK EZI Jika apa yang dituntut gagal, kerajaan perlu tutup Malaysiakini, kata JamalPengerusi Gabungan NGO Malaysia Jamal Md Yunos hari ini memberi tempoh sehingga jam 12 tengahari, Sabtu ini untuk portal berita Malaysiakini menjelaskan hubungan media itu dengan Operasi Society Faundation (OSF) yang menyumbangkan dana melalui Malaysian Program. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH TOK BIK ---------------- |
Posted: 03 Nov 2016 04:30 AM PDT PARTI KOMUNIS DATANG Dah lama aku tunggu Parti Kommunis datang. Tak sangka bahwa Komunis dijemput umno. Baik nya umno...Najib lu okay lah Melayu tak perlu heboh heboh atau buat huru hara. Kita harus sambut kedatangan Komunis dengan hati terbuka Dulu Siam ada , MajaPahit ada , Purtugal ada , Belanda ada Beritis ada , Jepun ada , sekali lagi datang Beritis ...sekarang giliran CHINA. Tak tahulah betulke Malaysia dah dipajak , digadai atau dijual. Dulu memang gua dah tulis Bahwa mana-mana pihak yang nak serang atau rampas negara Malaysia Memang tak perlu pakai senapang dan peluru. Sebab, Malaysia sedia dijual . CASh is King..ingat tu. CHINA ada cash..dan Najib perlu cash Ikut kiraan dan jangkaan serta andaian...RM akan "on-par" dengan matawang Yuan dalam 5 tahon dekat ni. Janganlah marah najib. Ini semua Allah yang izinkan nya. on KETUANAN MELAYU JADI KETUANAN CHINA Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/3/16 NILAI YUAN Yuan Dulu sepuloh tahon dulu ya..40 sen boleh beli 1 Yuan Karang..baru pi tengok..63 sen untok 1 Yuan Jangkaan 1 ringgit PAR 1 Yuan dalam 5 tahon tu salah dan silap Mungkin kena tunggu 3 tahon sahaja..kakakaka Hidup Mao Hu Tang.. Hidup Umno dan CCCP on GILIRAN CHINA Publish | Delete | Spam Anonymous at 3:03 PM APA MACAM? Isham duku hang kata sosialis macam China ni baik suka tolong rakyat tertindas, sekarang ni macam mana ? China sosialis duk sokong Najib, America yang selalu hang anjingkan pulak yang nak tolong rakyat tertindas. Dah terbalik dah ni. on DI PAJAK OLEH CHINA Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/2/16 ----------------- |
Posted: 03 Nov 2016 01:00 AM PDT Sembilan tahun Najib jadi Menteri Kewangan, Bebanan kewangan negara dan rakyat RM681 bilion, Transformasi Nasional paling besar dalam sejarah Malaysia. 3 November 2016 Isu yang paling hangat dibahaskan dalam bajet 2017 adalah isu hutang negara dan bebanan kewangan, bukan sahaja Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan malah juga MP dari BN merasakan kebimbangan terhadap bebanan hutang yang terlalu tinggi. Yang lebih membimbangkan adalah mantan Menteri Kewangan 2 YB Husni juga meluangkan perasaan bimbang terhadap keadaan hutang negara. Jadi timbul soalan berapakah hutang negara dan bebanan bakal projek-projek besar yang diluluskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Najib? Adakah hutang tersebut "sustainable" atau ia bakal menjejaskan keadaan ekonomi, debt servicing dan "rating" negara? Atas Persoalan-persoalan itu, pejabat saya telah membuat kajian kepada jumlah hutang negara, projek mega yang diumumkan oleh Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini akan memberi gambaran bagaimana bebanan kewangan negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib. Pertama sekali, kami meninjau dari segi hutang kerajaan. Pada tahun 2008 apabila Najib menjadi Menteri kewangan, Hutang negara hanya berjumlah RM 266 bilion, pada 2Q2016 hutang negara telah mencecah RM655 billion. Pendek kata di bawah 9 tahun beliau menjadi Menteri kewangan, beliau telah meminjam RM389 bilion lebihan hutang, lebih banyak daripada semua menteri kewangan sejak kemerdekaan. Kedua, kami mengkaji semua projek-projek raksasa yang diumumkan oleh beliau. Dari segi projek-projek rel yang diumumkan adalah seperti berikut: 1. MRT 1 Sungai Buloh-Kajang RM 23 Bilion 2. MRT 2 Sungai Buloh-Putrajaya RM 32 bilion 3. LRT 3 Bandar Utama-Klang RM 9 bilion 4. LRT extension atau Projek Penyambungan Jajaran LRT bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya RM 8 bilion 5. Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru RM7 bilion 6. Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (High Speed Rail) RM50 bilion 7. Projek landasan kereta api baru East Coast Rail RM55 bilion Jumlah Projek-projek rel atau rail projects yang diumumkan oleh Pentadbiran Najib ini telah berjumlah RM 184 bilion. Ketiga, kami mengkaji semua projek mega highway yang diumumkan oleh beliau: 1. Lebuhraya DUKE Fasa 2 RM 1.18 bilion 2. Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) RM 3.74 bilion 3. Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) RM 2.4 bilion 4. Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) RM 4.2 bilion 5. Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) RM 1.6 bilion 6. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat RM 6 bilion (West Coast Expressway) 7. Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway RM 5.3 bilion 8. Lebuhraya Pan Borneo RM 29 bilion Jumlah projek-projek lebuhraya yang diumumkan oleh PM adalah RM 53.42 bilion. Pinjaman YAB PM tidak berhenti di sana sahaja. Keempat, kami mengkaji projek-projek mega dalam sektor pembinaan. Projek Menara Warisan KL118 RM 3.4 bilion Projek Taman Tugu RM 600 juta 1MDB RM 50 bilion. Jumlah projek sektor pembinaan adalah RM 54 bilion. Maka jumlah hutang yang telah dipinjam, sedang dipinjam dan akan dipinjam oleh pentadbiran Najib akan mencecah RM 681 bilion! Secara kasar, kerajaan membiayai tanggungan hutang tersebut melalui 4 cara: 1. Hutang Kerajaan (Government Debt) 2. Government Guarentees (Contingent Liabilities) 3. Bail out. 4. Jual aset negara Boleh dikatakan kesemua projek mega di atas adalah dibiayai secara PPP (Public-Private-Partnership). Tetapi akhirnya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membiayai tanggungan hutang tersebut. Contoh seperti 1MDB, di mana kerajaan memberi surat sokongan atau letter of guarantee, kemudian SPV akan meminjam duit daripada pasaran bond negara atau luar negara. Jika projek gagal, kerajaan perlu tanggung hutang tersebut melalui bail out. Itu sebab kerajaan telah menjual aset strategik negara seperti Bandar Malaysia dan penjana elektrik kepada negara China. Satu lagi contoh adalah Pembiayaan projek-projek MRT/rel melalui pihak swasta akan memindahkan hutang negara kepada hutang syarikat swasta. Cara in dipanggil "off budget". Ia akan "mencantikan" bajet kerajaan, tetapi hakikatnya, hutang syarikat swasta akan ditanggung oleh kerajaan melalui government guarantee loan yang merupakan contingent liabilities. Untuk Projek-projek lebuhraya, walaupun bukan diklasifikasikan sebagai contingent liabilities, tetapi ia akan mengenakan tol dan bebanan rakyat. Jika tidak mencapai traffic volume yang ditetapkan, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi daripada bajet kerajaan Kementerian Kerja Raya. Oleh kerana kesemua projek tersebut perlu meminjam duit, ia akan meningkatkan beban hutang negara dan bebanan rakyat. Kesimpulan daripada kajian kami, cara pentadbiran kewangan Najib sebagai Menteri Kewangan sangat membimbangkan. Bebanan RM 681 bilion perlu ditanggung rakyat Malaysia sehingga cucu-cicik kita. Sim Tze Tzin MP Bayan Baru ----------------- |
Posted: 03 Nov 2016 12:30 AM PDT JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG BAHAYA Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa dalam membangunkan ekonomi, di sebalik penganugerahan kontrak dan perjanjian bernilai berbilion ringgit melibatkan syarikat China baru-baru ini. Anwar yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berkata walaupun kerjasama dengan China merupakan sesuatu yang positif, ia mencetuskan kebimbangan. "Kita tidak boleh dilihat terlalu bergantung kepada mana-mana negara, itu yang menjadi kebimbangan kita. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AH KAH KAH KANTOI ------------------- |
Posted: 02 Nov 2016 11:30 PM PDT LAGI LAGI AGENDA AH SENG Bersih 5 agenda asing hancurkan negara SHAH ALAM - Tindakan penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan mereka ditaja oleh Open Society Institute, didakwa berkait dengan National Endowment of Democracy (NED) kerana mempunyai tujuan yang sama. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim berkata, pembiayaan Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini oleh pihak asing mempunyai kaitan kuat dengan dana daripada hartawan George Soros. JUAL TANAH MELAYU PADA CHINA BUKAN AGENDA AH SENG KE? |
Posted: 02 Nov 2016 10:49 PM PDT |
Posted: 02 Nov 2016 10:14 PM PDT Kamal Zakariah @KamalZakariah @brozam @hafizgw18 @apekbuta @mozas_my29 @CabinetMr @ZainalRafique @IshamRais 2.6 billion Dana asing ..rasuah lagi YANG ITU BUKAN RASUAH KE? BIAARK BETUL! -------------- |
Posted: 02 Nov 2016 09:00 PM PDT GILIRAN CHINA Dah lama aku tunggu Parti Kommunis datang. Tak sangka bahwa Komunis dijemput umno. Baik nya umno...Najib lu okay lah Melayu tak perlu heboh heboh atau buat huru hara. Kita harus sambut kedatangan Komunis dengan hati terbuka Dulu Siam ada , MajaPahit ada , Purtugal ada , Belanda ada Beritis ada , Jepun ada , sekali lagi datang Beritis ...sekarang giliran CHINA. Tak tahulah betulke Malaysia dah dipajak , digadai atau dijual. Dulu memang gua dah tulis Bahwa mana-mana pihak yang nak serang atau rampas negara Malaysia Memang tak perlu pakai senapang dan peluru. Sebab, Malaysia sedia dijual . CASh is King..ingat tu. CHINA ada cash..dan Najib perlu cash Ikut kiraan dan jangkaan serta andaian...RM akan "on-par" dengan matawang Yuan dalam 5 tahon dekat ni. Janganlah marah najib. Ini semua Allah yang izinkan nya. on KETUANAN MELAYU JADI KETUANAN CHINA Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/3/16 ------------- |
Posted: 02 Nov 2016 09:00 PM PDT MEMBACA ARUS POLITIK DENGAN TEPAT Dalam tulisan-tulisan awal saya telah cuba memberi pencerahan tentang teori dan praktik politik jalan raya. Saya nyatakan dengan jelas bahawa politik jalan raya memiliki teori untuk difahami. Jika gagal memahami teori politik jalan raya maka politik jalan raya akan membawa kekecewaan. Pasti ada yang akan bertanya dari mana datangnya teori? Saperti ilmu pengetahuan, teori juga wujud dari pengalaman. Pengalaman yang terkumpul - yang dibukukan dan yang ditulis - menjadi teori. Pengalaman yang terkumpul juga menjadi asas kepada ilmu pengetahuan. Sebelum pengalaman itu menjadi satu hukum atau undang-undang atau syarat sosial ianya hanyalah teori. Wajib disedari bahawa teori adalah pandangan dan pendapat yang cuba menerangkan sesuatu. Pandangan ini berasaskan prinsip tentang apa yang ingin diterangkan. Hakikatnya teori bukan hukum. Teori bukan undang-undang yang terus menerus betul dan tepat. Teori bukan aljebra, bukan ilmu hisab bukan metametik. Justeru ianya dipanggil teori. BERSIH akan mengadakan perhimpunan mega pada Sabtu 19 November di Dataran Merdeka. Pada ketika ini para aktivis Bersih dari pelbagai Ngo bersama parti-parti politik sedang menggelodak Malaysia untuk mengajak, untuk menghasut, untuk menjemput anak semua bangsa turun ke jalan raya bersama BERSIH5. Dari segi teorinya langkah pertama telah tuntas direalisasikan. Penggalangan barisan bersatu yang maha luas telah dilakukan. United Front ini wajib diwujudkan untuk kejayaan politik jalan raya. Ini langkah paling asas dalam teori politik jalan raya. Dengan persetujuan asas - dengan program paling minima - semua NGO - semua parti-parti politik telah bersetuju menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Barisan bersatu ini telah meninggalkan jubah dan baju politik parti masing-masing untuk bersatu hati dalam satu tuntutan. Semua telah bersetuju menuntut Najib Rosmah mengudur diri. Tuntutan ini telah dimulakan dari BERSIH4 tahun lalu. Tuntutan Najib Rosmah berundur berpunca dari masuknya 2.6 bilion ringgit ke dalam akaun bank pribadi Najib di AmBank. Apa yang menjadikan kaum kerabat Bersih marah dan naik minyak ialah duit 'rompakan 1MDB ' ini telah digunakan oleh Najib untuk ' membeli' PRU13. Ini diakui oleh Najib sendiri. Najib menghalalkan duit samun ini kerana menurut lojik Najib duit ini bukan untuk kegunaan pribadi tetapi untuk PRU13. Justeru kemenangan United Malays National Organisation dalam PRU13 ialah dengan 'membeli undi'. Sah dan saheh PRUI3 telah dicuri oleh Najib dan gerombolan Ketuanan Melayu melalu dana yang amat lumayan - 2.6 bilion ringgit. Justeru, dari pandangan Bersih, dari pandangan kaum kerabat dan parti politik yang bersama menyokong Bersih, Najib Rosmah adalah pembawa malapetaka politik negara kita hari ini. Najib telah menjadi punca yang sedang menimbulkan suasana budaya politik kacau. Suasana politik kacau ini sedang mempengaruhi kedudukan ekonomi. Hakikatnya ekonomi Malaysia sedang merundum. Ekonomi ialah nadi kehidupan.Bila ekonomi jatuh maknanya kehidupan warga menjadi susah. Jika dikaji dari lensa ekonomi - malapetaka ekonomi yang kita hadapi sekarang berpunca dari kerenah dan perangai Najib Rosmah. Kes rompakan 1MDB adalah bukti yang saheh. Ini rompakan bertaraf global. Rompakan ini sedang menimbulkan politik kacau. Hampir setiap bulan - hampir setiap minggu ada shaja berita buruk yang melaporkan perkembangan tentang rompakan 1MDB. Laporan berita dari Wall Street Journal. Atau laporan siasatan Peguam Negara Swiss. Atau laporan dari Monetary Authority of Singapore. Atau laporan FBI sedang mencari Jho Low dan Riza Aziz. Semua laporan berita ini menambahkan suasana tegang politik kacau yang berpunca dari Najib Rosmah. Justeru menjadi tanggung jawab Bersih menuntut Najib Rosmah berundur.Menjadi tanggung jawab anak semua bangs turun ke jalan raya menuntut Najib Rosmah berundur Dengan penyingkiraan Najib Rosmah barulah kedudukan dan keyakinan ekonomi dapat dipulihkan kembali. Jika Najib Rosmah terus berkuasa maka Malaysia akan tergelincir pantas ke landasan negara gagal. Terbukti pada ketika ini Malaysia dibawah Najib sedang menuju ke taraf Zimbabwe, Pakistan atau Somalia. Dalam tulisan saya yang terakhir minggu lalu saya ada menulis tentang konsep - berani merebut kemenangan. Bunyinya cukup senang. Bunyinya amat enteng - merebut kemenangan. Tapi hakikatnya merebut kemenangan dengan garis politik jalan raya bukan semudah memesan sepinggan Nasi Goreng Kampong. Kepimpinan yang mengajukan perjuangan politik untuk menjatuhkan kerajaan lama dan mendirikan kerajaan yang baru wajib miliki kekuatan fikrah. Menghamburkan retorik politik amat mudah. Meraban dengan sumpah seranah politik juga amat senang. Mengutuk sosok politikus juga bukan satu yang susah. Yang susah ialah merebut kemenangan. Asas utama merebut kemenangan ialah bijak membaca nadi dan suasana politik. Membaca nadi politik ini amat-amat penting dalam garis politik jalan raya. Malah dalam politk pilihan raya juga membaca nadi politik cukup penting. Apa makna membaca nadi politik? Membaca nadi politik bermakna kita tahu masa dan saatnya telah sampai untuk merebut kemenangan. Atau masa dan saatnya belum ranum untuk merebut kemenangan. Sama saperti Pak Tani melihat padi disawah - pemimpian gerakan politik - jalan raya mahu pun pilihan raya - tahu bila padi itu telah masak. Bila padi itu wajib dituai. Jika terlewat tarikh dan harinya maka semuanya akan gagal. Bagaimana untuk mendapat tahu bila masanya telah sampai untuk merebut kemenangan itu? Apa tanda-tanda dan syarat-syarat yang menunjukan bahawa kemenangan akan sampai. Merebut kemenangan juga sama saperti menanam padi. Kita bekerja keras membajak. Menanam benih. Membubuh baja. Memastiika air yang cukup. Melihat cuaca yang tepat dan betul. Semua semua ini diatur hingga akan sampai masanya untuk kita menuai merebut kemenangan. Dari mana dapat kita tahu? Macam mana kita hendaka tahu bila kita wajib menuai? Semua ini datang dari pengalaman. Pengalaman adalah guru. Pengalaman adalah buku yang mengajar kita untuk membaca saat dan waktu tepat untuk merebut kemenangan. Pengalaman yang telah dibukukan wajib menjadi bacaan rujukan untuk kita merebut kemenangan. Saya mahu membawa para pembaca kepada apa yang berlaku di Pilipina pada awal 1980'an dahulu. Sila rujukan dan baca kembali bagaimana media antarabangsa sadikit demi sadikit - tetapi berterusan - telah membuat laporan tentang kerenah Presiden Marcos. Media dunia mula tertarik hati dengan kerenah Imelda Marcos. Tentang gaya hidup mewah bekas ratu cantik yang bernama Imelda. Untuk saya - laporan media dunia - adalah tanda tanda awal bahawa hari hari akhir untuk Marcos telah sampai. Saya masih ingat lagi bagaimana media antarabangsa mula melaporkan tentang kesehatan Presiden Marcos. Bagitu kerap sekali laporan media dunia ini sehinggakan telah memaksa Presiden Marcos berbuat sesuatu. Ketika lawatan resmi ke Amerika, Presiden Marcos pergi menziarahi Cancun. Cancun adalah kota peranginan tepi laut untuk gulungan elit yang kaya raya berpoya-poya. Di pantai Cancun Marcos telah main water ski. Ini untuk menunjukkan kepada dunia - kepada media dunia - bahawa tubuh badan Marcos adalah sehat walafiat. Enam tahun kemudian Marcos diterajang keluar dari Manila. Jika surah saya ini yang agak kuno maka mari kita buka surah Saddam Hussein. Lihat bagaimana media antarabangsa membuka kesah Saddam Hussein seawal tahun tujuh puluhan. Dunia diberitahu tentang kueh hari jadi Saddam yang beratnya melebihi satu tan. Bila saya membaca laporan ini maka saya anggap inilah permualaan hari hari akhir untuk Saddam. Mungkin babak Marcos dan Saddam masih terlalu jauh untuk ingatan para pembaca yang masih muda. Biar saya buka surah yang kita semua tahu. Yang kita semua masih ingat. Surah ini ialah bagaimana Mahathir Muhamad telah dinyahkan dari tampok kerajaan satelah Anwar Ibrahim dimasukan ke penjara pada tahun 1998. Lihat bagaimana media dunia - ingat kembali kepada media antarabangsa - yang membuat laporan Reformasi 1998 di Kuala Lumpur. Ingat kembali kepada imej demo yang dimainkan oleh CNN setiap kali berita CNN dimulakan. Malah ketika imej Presiden Clinton memelok ceweknya Monica Lewinsky - telah diselitkan juga gambar demo di Kuala Lumpur. Setiap jam ada gambar demo Reformasi. Ini berulang-ulang. Ini menjadikan Mahathir tidak selesa. Malah akhirnya Mahathir telah bersuara mempertikaikan sikap CNN dan media dunia. Untuk saya ini adalah tanda hari hari akhir untuk Mahathir. Ramalan saya tepat. Mahathir dengan bijak sebelum dilungkupkan telah meletak jawatan. Mahathir bijak dan licik untuk menyelamatkan diri. Kenapa saya berani menjadikan laporan berita luar negara ini sebagai tanda-tanda hari hari akhir untuk Saddam, Marcos atau Mahathir? Ini kerana ada berpuluh-puluh Presiden, ada berpuluh-puluh Perdana Menteri - dari Afrika, dari Amerika Latin, dari Eropah Barat dan Timur tetapi kita tidak dengar berita mereka. Hanya berita Najib yang terus menjadi induk berita. Mustahil para presiden di Afrika tidak rasuah. Mustahil Perdana Menteri Zambia bersih suci tidak ada skandal sex atau tidak ada kes bunuh model atau bunuh pegawai kerajaan dalam tong simin. Mustahil Tok Arab di Negara Telok baik dan suci belaka. Tetapi media antara bangsa memilih Najib. The Wall Street Journal, The New York Times, The Guardian, Financial Times dan dan dan… memilih Najib untuk di jadikan berita. Lalu akhbar dunia melaporkan biras Rosmah mencuri beg Hermes di New York. Lalu media melaporkan bakal menantu Rosmah menipu kelulusan untuk memasuki Universiti Colombia. Lalu media antara bangsa menulis tentang besan Rosmah yang juga terlibat dalam kes bunuh. Untuk saya ini amat amat jelas. Untuk saya ini adalah tanda tanda padi telah ranum. Untuk saya musim menuai telah sampai. Apakah ini yang dikatakan masa dan saat merebut kemenangan telah sampai? Sabar dahulu. Masih ada lagi tanda tanda yang wajib dilihat. Tunggu minggu hadapan. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 --------------- |
Posted: 02 Nov 2016 08:30 PM PDT SELASA 8 NOVEMBER If Donald Trump Wins, He Will Be 70 Years, 7 Months And 7 Days Old On His First Full Day In OfficeA couple of weeks ago, it looked like Hillary Clinton was all set to cruise to victory, but now the FBI has delivered an election miracle in the nick of time. A few of my readers had criticized me for suggesting that Trump might lose, but I don't know who is going to win the election, and so all I had to go on was the cold, hard numbers. And a couple of weeks ago the cold, hard numbers were telling me that Hillary Clinton was going to win. Of course it is entirely possible that the national polls might have been seriously wrong, but even the state polls in the most important battleground states consistently had bad news for Trump. So things didn't look good for Trump at the time, but now that the FBI has renewed their investigation into Hillary Clinton's emails the poll numbers have shifted dramatically in Trump's favor --------------- |
Posted: 02 Nov 2016 08:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan