Sabtu, 24 September 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


ADA SULTANG

Posted: 24 Sep 2016 07:00 PM PDT






SULTANG MELAYUANG
Teregganu 97% Melayu. Ada Sultang Melayu, Menteri Besar dan kesemua Menteri adalah Melayu. Terengganu juga ada Tuang Guru Hadi, ada Ayoh Pinn dan Tuhang dah bagi minyak banyok.

Terengganu punya pengeluarang hasil terbanyok dalam Malaysia. Malangnya negeri Ulik Mayong ini masih berterusang termisking. Apasal jadi cang ni .. hambo nak tahu jugak. on BILA MUSUH JATUH
panglimo potaseh
at 7:11 PM





------------

KESAH DARI API API

Posted: 24 Sep 2016 06:00 AM PDT







HARI INI DARI API API
tidak menarik sangat
petang gua ke pasar ikan
nasib baik masih ada tuna dan titir
esok pagi pulang
maka wajib beli ikan dulu
opp.... grab dan uber dah ada

tadi gua naik grab
kemudian gua ambil no pone dia
lepas beli barang gua talipon

ini keran gua tak ada talipon bijak
selalunya ada kawan yg tolong gua
tadi gua buat deal sendiri
gua bagi x-tra
bila gua ajak esok ke lapangan terbang
dia tak dapat - ke gereja kerja mencuci
amin



BUAH TERAP
sedang musim
sebiji 4 rm
tak ada di semenanjung
tak pernah gua jumpa
walau pun gua ini kaki rayau
kaki lawat semua pasar

gua dah makan satu biji
nak cuba bawa masuk
sebiji ke bangsar
biji ngua ak tanam di jalan talawi
atau kubur cina belakang rumah
kah kah kah

IKAN NAIK
tadi dibelakang pasar lepas jam empat
ada perahu nelayan naik
bawa ikan kembong
cukup segar
tapi saying telah ada pemilik
tok peraiah dah booking
kalau tidak gua nak buat umai



MANGGA
gila mahal
manga hodoh 20rm satu kilo
tak tahu apa hal sabah macam ini
hutan luas kenapa buah buah tempatan mahal
bayangkan buah delima 5 biji 10rm di chow kit
di pasar Sabah satu biji 10 rm
gila mahal

TAPI ADA YANG MURAH
ayam pilipina gua dengar murah
tapi ayam siam
ayam saigon
mahal

ESOK TERBANG PULANG
esok jam 8 pagi terbang
cilaka tak dapat terbang  jam 12
lepas subuh gua wajib redi
ikan dan masuk dalam deep freezer
tuan empunya hotel dah beri kebenaran

ESOK MALAM
gua ada buat show
di pj one
seksyen 17
politik dan komidi
masuh perkuma
tak payah bayar
datanglah kalau nak dengar cerita
ayam pilipina dua bawa dua ekor
kah kah kah



NOTA
disabah ini jam 6 petang dah gelap
cepat sangat siang hilang
patutlah pendatang haram
disini banyak anak
kah kah kah



------------------

SURUHAN JAYA DISURUH MENIPU

Posted: 24 Sep 2016 05:30 AM PDT









NOTA:
berapa kali
tukar tiub
dah cakap
spr penipu

INI SURUHANJAYA
DISURUH MENIPU

Umno tak sependapat dgn SPR??
Persempadan semula bukan utk kepentingan pihak tertentu??

INGAT, rakyat bodoh ka nak percaya kata2 mereka !!!.., Dgn MAKCIK PAKCIK Felda boleh la kamu kelentong..

SEJAK BILA Umno & SPR tidak sebulu !!!























---------------------

HARI INI DALAM SEJARAH

Posted: 24 Sep 2016 05:00 AM PDT





 NOTA
hari ini dalam sejarah
gua berada di kota kinabalu
memberi pencerahan
menghasut dan
meneruskan perjuangan



HARI INI DALAM SEJARAH RAKYAT: 21 September 1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, aktivis-aktivismahasiswa Universiti Malaya (UM) telah mengambil-alih kampus universiti daripada pentadbiran UM. Rampasan kuasa ini bertahan selama satu hari.

Akhbar Berita Harian melaporkan:

"Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya petang ini mengambilalih pentadbiran dan kampus Universiti Malaya. Tindakan itu diambil bagi meminta Kerajaan membebaskan dua orang mahasiswa yang ditangkap di Johor Bahru kemarin bersabit dengan tunjuk perasaan setinggan-setinggan di Tasek Utara."

Dua orang aktivis mahasiswa yang ditangkap ialah Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Yunus Ali, ahli-jawatankuasa PMUM.

Pada hari yang sama seramai 1,000 orang aktivis-aktivis mahasiswa dari Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM telah berdemonstrasi di luar kampus UM untuk menuntut pembebasan 2 mahasiswa yang ditangkap. Seramai 360 orang anggota polis FRU telah dihantar untuk menyekat demonstrasi tersebut. FRU telah bertindak melepaskan 18 das gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang dijalankan oleh mahasiswa itu. 

Sumber: Akhbar Berita Harian, 22 September 1974
 
 







------------

BILA MUSUH JATUH

Posted: 24 Sep 2016 04:00 AM PDT



MASA TEPAT

BILA MUSUH

JATUH KITA

LAGI TEKAN

LAGI TIBAI
 


Adun Terengganu tuntut 10 perkara, kembalikan royalti minyak, telaga minyak Bertam
 
Najib diminta untuk mempertimbangkan terma perjanjian dalam 'amicable agreement' serta mengembalikan semula hak royalti minyak dan telaga minyak Bertam 307 kepada kerajaan negeri Terengganu.
 
Gesaan ini dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam sepucuk surat terbuka kepada perdana menteri hari ini.
 
Menurut Dr Syed Azman sebagai anak Terengganu dan mewakili rakyat negeri itu beliau rasa tercabar dengan perjanjian dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dengan syarikat milik kerajaan Petronas dengan persetujuan tujuh terma perjanjian yang disebut sebagai '7 amicable agreement' yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat, Petronas dengan kerajaan negeri Sarawak


JANGAN BAGI

PELUANG

JANGAN BERI

UDARA TEKAN

LAGI TEKAN

 


----------

SILA AMBIL PERHATIAN

Posted: 24 Sep 2016 01:00 AM PDT





 
NAK JADI RAJA AFRIKA
madey..sila ambil perhatian..jgn tak percaya, dulu mahatir bercita2 ngin menjadi raja afrika.bukan saja mahatir malah daim juga ada bank dinegara afrika..kini raja afrika sudah jadi milik rosmah..kini rosmah adalah raja afrika dan queennya adalah najib..
 
maka segala haiwan disahara, didarat, di air, digurun atau didalam kolah2 berendam, wajib taat dan patuh akan arahan sang raja afrika..namun kuasa raja afrika ini ada hadnya, kesetiaan hanya la dari haiwan2 afrika sja , segala tumbuh2an seperti koko adalah kepunyaan negara british..
 
walaupun british sudah keluar eu, namun tanah nya masih terbentang luas diafrika..hanya padang masyar adalah milik ulama..tuhan hanya menunggu dan melihat keimanan2 ulama yg bersinar2 walaupun didunia ulama mungkir janji lepas raya...
 
yg mati wajib dihormati, maka firaun, abu lahab, abu jahal, turunan muawiyah yg membunuh hasan husin juga wajib dihormati..bukan dimaki2 dlm syarahan atau doa solat jumaat. on BERITA TER NOWW
Anonymous
on 9/23/16







-----------------

SILA BUAT PERSEDIAAN

Posted: 24 Sep 2016 12:00 AM PDT




BERSEDIA

sila ambil cuti jika perlu
sila tempah hotel
sila tempah tiket
kapal terbang
keretapi
bas
sila buat kumpulan
untuk datang ramai ramai
BERSIH5

SATU JUTA 

KE DATARAN

19 NOVEMBER



-----------

MENGGELODAK HASUT SATU NEGARA

Posted: 23 Sep 2016 11:30 PM PDT







KITA GELODAK

SATU NEGARA

MULA 

SATU OKTOBER


KITA HASUT

PEKAN 

 BANDAR 

KAMPONG


 


SATU JUTA

TURUN

19 NOVEMBER

DATARAN
-----------


ADA MACAM MACAM PAKAGE

Posted: 23 Sep 2016 11:00 PM PDT





 
 
 
TIDAK ADA ULAMA
 
diakhirat juga tiada ulama mufti..yg ada hanya la tidak dpt dibayangkan difikirkan..melainkan angan2 dan bayangan agakan sendiri..hakikatnya tiada siapa tahu..terlalu byk bayangan dari manusia bernafsu mengenai kehidupan disana..malaikat berkepak mcm tiru kitab kristus..nape tak berkepak mcm ikan terbang, nape tak berkepak mcm patung2,mcm kuda unicorn..
 
ketika amalan haji, sume nampak putih samada miskin atau kaya, namun putih saja tiada makna sb yg kaya pakai ihram putih berharga mahal berjenama barat dan bukan made in china, yg miskin memakai ihram berharga murah dan jarang, yg miskin tinggal bwh pokok kurma, dlm khemah panas bekipas khind, yg kaya duduk khemah berhawa dingin dan buah2an anggur dari negara kapir sejuk..
 
package miskin dan kaya juga berbeza2.tak mungkin tuhan bole ditipu dgn warna putih atau warna yg sama..atau tuhan buta warna dgn ulama perjuang keadilan dgn ulama tutup keadilan..yg pasti sekarang ini, ketua keadilan duduk dlm penjara..tiada la mana2 malaikat berkepak on BILA NAK SAMAN SARAWAK REPORT
Anonymous
on 9/23/16
 




------------

KERJA BERAT LAGI HEBAT

Posted: 23 Sep 2016 10:30 PM PDT





HEBAT HEBAT

TAHNIAH

UNTUK DIRI

MALAYSIA BARU


| September 23, 2016
anina-ppbm
Anina Saadudin berkata pasukan sukarelawan sedang menyelinap ke pelosok negara mengumpul keahlian dan permohonan secara online juga sedang rancak... More ››
 
BRO LU

INGAT SENANG

LU INGAT

BUAT PARTI

MACAM MAIN

GASING

 





----------------

MEMBADAK TANPA SUMBU

Posted: 23 Sep 2016 09:30 PM PDT




 
BERBADAN ROSMAH
dengan persempadanan semula maka padan la muka yb2 harapan dan berbahagia la wakil2 baru seperti ali tinju , dato jamal, rani kulup dan pejuang2 melayu asal keling..mereka tak perlu penat lelah keluarkan air liuh berceramah kerana semua kemenangan sudah pasti..tak perlu solat hajat atau doa selamat, pasti akn menang..dan kemenangan itu akan diberkati tuhan..kpd ahli2 pukida, perkasa dan lain2..
 
sila kerja keras pertahan najib , moga2 usaha kalian mendapat sinar dari kaca najib utk dijadikan wakil rakyat..gaji yb ni besor oiii..macam2 projek bole buat..namun perlu diingat, gaji besar nanti, jgn la berbini baru dgn gadis pun berbadan rosmah..c
 
ari la yg cun slim..puteri, sila sign up kelas2 kecantikan..kelas make up..cantik luaran je diperlukan, bila dah dpt laki dari yb, maka nasi kangkangkan je..bior dia dengor cakap..tak pun, minta ust2 ustazah2 ajarkan ayat2 pengasih al quran..lagi berkat dan selamat.. on INI SANDIWARA
Anonymous
on 9/23/16
 



------------

DENGAR DENGAR DENGAR

Posted: 23 Sep 2016 09:00 PM PDT



DENGAR ENCIK

CAKAP JANGAN

TAK DENGAR

NANTI ENCIK

MARAH



Ahmad RazifSpekulasi tukar 4 menteri besar disebar supaya Umno bergaduh

 
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata spekulasi mengenai pertukaran 4 menteri besar sebelum pilihan raya umum akan datang, disebarkan pihak yang mahu menimbulkan konflik sesama anggota UMNO.
 
"Usah peduli dengan apa sahaja spekulasi dan khabar angin yang tersebar ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut kepulangan beliau dan isteri Halina Zakaria dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji, di Seri Iman di sini, hari ini.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



-----

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Surat Layang Fitnah kepada Dato Husam dan Datok Wan Rahim

Posted: 24 Sep 2016 06:11 AM PDT


  Jahat sungguh puak-puak yang menyibarkan berita surat palsu yang memfitnah untuk memburuk-burukan Datuk Husam Musa dan Dato Wan Rahim.

Fitnah tersebut mula dimuatnaik menerusi fesbuk Gabungan Anak Muda Sayang Kelantan (GASAK) yang kononnya menerima daripada Ust Taftazani Atiqullah.

 Menurut GASAK : Pihak admin telah menerima kiriman surat maya dari penyokong AMANAH yang kecewa dan mereka meminta agar admin GASAK viralkan surat maya mereka.Demi memenuhi hasrat mereka,maka pihak admin GASAK pamirkan surat tersebut tanpa diedit sepatah pun.

Fitnah tersebut boleh diakses di sini . Ia turut dimuat naik oleh Tranungkite On line.

 Berikutan itu, Ust Taftazani Atiqullah yang menggunakan nama Abe Biey di fesbuk telah membuat penafian mengenai dakwaan admin GASAK.

السلام عليكم ورحمة الله...Sahabat2 yg dikasihi sekelian...

Unk makluman tuan/puan yg mendapat kiriman FB atau sebaran artikel melalui wasap spt di dlm gambar... Atas nama TAFTAZANI ATIQULLAH..
Ambo dgn ini menafikan sekeras2nya knyataan tersebut..dia bukan milik ambo 100%..page GASAK telah menggunakan nama ambo sbg admin..padahal ambo tak tahu menahu pun segala yg d sebarkan d atas..mohon sahabat2 bhenti drp mnyebarkan artikel tsebut..krn akan menimbulkn bibit2 fitnah..

Drp:Taftazani Atiqullah (original)
24.9.2016 ; 2.47 ptg Tlg sebarkan.

   Fitnah tersebut turut dinafikan oleh aktivis #R Kelantan, Syam Ghaz :
Selepas pihak kami membuat semakan, TIDAK ADA makhluk manusia bernama Che Ibrahim Awang Hassan.

 Nama yg hampir dgnnya adalah sahabat Dato Wan Rahim sejak 1979, Che Abd Hamid Awang Hassan yg lebih dikenali sbg Tok Ngulu Nordin.

 Pd program 16 September 2016 di Wisma Tok Guru, hanya ada 4 orang daripada Dabong yg duduk depan di barisan depan pentas ucapan:

1. Abd Aziz Daud
2. Abd Ghani Mat Sin
3. Ismail Mat Dahan
4. Zuki Mat Ali

 Gambar saf hadapan hadirin Ceramah 16 September 2016 disertakan.

Nyata surat itu berniat jahat dan ingin menjatuhkan imej Dato Husam Musa dan Dato Wan Rahim.

Jadi pihak kami berpandangan surat itu tidak wajar dipenjangkan, yang menyebarnya seperti menyebar fitnah, terimalah balasan di akhirat kelak.

Kami juga ingin memohon jasa baik pengarang, mohon tampilkan diri dan menghubungi pihak kami. Andaikata ada wujud. Terima kasih.
 Sebarkan.

Syam Ghaz
24 September 2016

"BERANI KERANA BENAR!"

BERANI KERANA BENAR

"BERANI KERANA BENAR!"


5 perkara dalam urusan jual beli rumah

Posted: 23 Sep 2016 08:15 PM PDT

Oleh Nazri Mustafa

 FAHAM 

Dalam urusan jual beli rumah, biasanya ada dua pihak yang berkontrak. Pihak yang berkontrak ialah pemilik rumah sebagai Penjual dan Pembeli. Kedua-dua pihak disarankan untuk membaca dengan teliti surat tawaran jual beli sebelum menurunkan tandatangan.

Surat tawaran jual beli adalah peringkat pertama di mana kedua-dua pihak membenarkan diri masing-masing diikat dengan undang-undang. Seterusnya barulah perjanjian Jual beli oleh kedua pihak, setelah terma dan syarat-syarat lain di dalam perjanjian dipersetujui bersama.

Bagaimana pula dengan pihak yang tidak diwakili oleh peguam? Biasanya dalam urusan jual beli rumah, ramai penjual melepaskan hak mereka untuk melantik peguam atas alasan untuk menjimatkan kos.

Oleh kerana perjanjian jual beli biasanya disediakan oleh pihak yang diwakili oleh peguam dan pembeli adalah pihak yang biasanya melantik peguam, penjual hanya me­nyerahkan nasib mereka untuk terikat kepada perjanjian yang dibuat oleh peguam pembeli, tanpa mendapatkan apa-apa nasihat dan pandangan daripada pihak lain yang mahir dalam perundangan jual beli rumah.

Walau bagaimanapun, penjual masih boleh melantik peguam untuk hanya membaca dan meneliti draf perjanjian jual beli yang dibuat oleh peguam pembeli dan membayar fi guaman untuk pembacaan dan penerangan isi kandungan perjanjian tersebut, sebagai langkah untuk mengelakkan daripada terjerat dengan sesuatu peruntukan yang penjual sebenarnya tiada mampu untuk melakukannya.

Satu contoh , terdapat perbezaan ketara dari segi pematuhan tempoh penjualan di mana jika dinyatakan dalam perjanjian bahawa tempohnya ialah sembilan puluh hari (90) hari kalendar, ia adalah berbeza dengan jika dinyatakan sebagai sembilan puluh (90) hari bekerja.

Ringkasnya, pihak kepada perjanjian hendaklah memahami isi kandungan perjanjian dan apa yang ditandatangani.

Soalan
Sebagai pihak yang melantik peguam, anda tidak seharus­nya menyerahkan bulat-bulat kepada peguam. Anda harus juga mengambil tahu serba sedikit berkenaan prosedur jual beli rumah.

Oleh kerana anda telah me­lantik peguam, sebaiknya anda tahu apa soalan yang hendak dan perlu ditanya kepada peguam apabila anda hadir untuk menandatangani perjanjian. Dengan sedikit ilmu, anda boleh bertanyakan soalan dan soalan yang baik akan mendapat jawapan yang baik.

Tandatangan tanpa soal

Semua dokumen yang anda tandatangan dan tandatangan ringkas (initial) akan mengikat diri anda. Alasan bahawa anda tidak memahami apa yang anda tandatangan, tidak tahu, tidak baca, atau disuruh tandatangan oleh pihak ketiga, sukar diterima dari sudut undang-undang melainkan wujud unsur paksaan, contohnya seperti ia membahayakan nyawa jika tandatangan anda tidak diturunkan ke atas perjanjian tersebut.

Semua tidak sama

Setiap transaksi jual beli adalah unik dan tersendiri. Ia mungkin serupa dengan transaksi yang lain tetapi tidak semestinya sama. Setiap transaksi jual beli hartanah melibatkan hartanah yang berbeza, pihak yang berbeza, mungkin harga yang berbeza dan peguam perlu berurusan dengan pihak-pihak yang berbeza. Kecepatan tindak balas daripada pihak yang terlibat juga berbeza.

Sebagai contoh, ada aduan yang dibuat menyatakan bahawa jiran yang menjual rumah di deretan yang sama lebih cepat selesai berbanding dengan transaksi jualan penjual tersebut.

Setelah disemak, didapati bahawa jiran berkenaan telah membuat transaksi tukar nama ke atas namanya apabila hak milik individu rumah tersebut dikeluarkan berbanding dengan penjual tadi yang hanya mendiamkan diri apabila hak milik individu untuk rumah beliau telah dikeluarkan dan tidak memberi respons apabila pihak pemaju meminta meng­hubungi peguam jual beli de­ngan pemaju, untuk menyempurnakan pindah milik atas nama beliau.

Oleh itu, proses jual beli beliau memakan masa lebih lama kerana dua pindah milik perlu dilakukan iaitu daripada pemaju kepada penjual dan kemudian daripada penjual kepada pembeli.

Kos

Pelantikan peguam dalam transaksi jual beli melibatkan kos. Jumlah bayaran adalah berbeza kerana ia dikira berdasarkan nilai transaksi jual beli. Jumlah duti setem atas pindah milik juga melibatkan jumlah yang besar.
Lebih besar nilai transaksi lebih besar jumlah wang yang pembeli perlu peruntukkan untuk maksud tersebut.
Dengan sedikit usaha, anda boleh membuat anggaran kos yang terlibat dalam urusan pembelian rumah anda. Terdapat banyak aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membantu anda membuat kiraan, selain membuat carian di laman web atau yang lebih baik jika anda bertanya terus dengan peguam pilihan anda.

Nazri Mustafa adalah 
seorang peguam yang beroperasi 
di Cheras dan Sentul, Kuala Lumpur.

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] Muhyiddin Seru Rakyat Tolak UMNO BN Pada Pilihanraya Akan Datang Ini

Posted: 24 Sep 2016 01:26 AM PDT

Presiden Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyeru rakyat untuk tolak UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang ini dan menyatakan dengan tegas beliau tidak akan sertai semula UMNO selepas ini.

Beliau membuat seruan dan kenyataan tegas itu di dalam ucapannya di majlis Sambutan Setahun AMANAH anjuran Pati Amanah Negara di Bakri Muar malam tadi.

Menurutnya UMNO sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Budaya UMNO sudah jauh berbeza akibat dari perbuatan Presidennya Dato Seri Mohd Najib Razak yang dianggapnya sebagai orang paling korup dan menyalahgunakan kuasanya sehingga sistem di dalam negara kita tidak dapat berfungsi (dysfunctional).


Jentera dan agensi kerajaan yang sepatutnya membela rakyat tetapi kini menjadi senjata kepada Najib untuk menahan dan menangkap para pengkritik dan penentangnya.

Beliau menegaskan bahawa parti-parti pembangkang perlu bersatu dan ketepikan perbezaan ideologi politik bagi menghadapi UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Muhyiddin juga mengucapkan tahniah kepada AMANAH yang menyambut setahun kelahirannya dan menyatakan PPBM akan terus bersama AMANAH dan parti-parti politik di dalam Pakatan Harapan di dalam memperjuangkan kebenaran dan menumbangkan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Dewan Y Connexion Muar yang boleh memuatkan 1,000 orang penuh sesak sehingga ramai yang terpaksa berdiri di bahagian belakang dan di luar dewan untuk mengikuti pidato para pemimpin AMANAH dan PPBM.

Diantara yang berucap malam tadi termasuklah YB Aminolhuda Hassan, ADUN Parit Yaani selaku tuanrumah, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), YB Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj. Salahuddin Ayub.

Hari ini pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena karnival Setahun AMANAH seperti Senamrobik, pelancaran Keluargaku AMANAH, Pertandingan Memancing, Sukan Futsal, Derma Darah, Food Festival, Tarian Singa, Zapin, Pertandingan Kolum Kaum India, Catur Cina, Kaligrafi Arab, Auto & Motor Show, Kompang Berirama, Pesta Tanglung dan Gema AMANAH menutup tirai pada sebelah malamnya. -Greenboc



VIDEO



GAMBAR-GAMBAR






FEATURED ADS