Jumaat, 23 September 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAK KELUAR DARI MASALAH

Posted: 23 Sep 2016 08:00 PM PDT





 
KELUAR MALAYSIA
puan..dah tau spr itu alat umno, dah tau spr adalah jentera daulah, pasal apa susah nak faham..kalo isham rais bole bersama dgn mahatir yg mengisakannya utk membentuk front united, apakata kita buat united state of malaysia baru..
 
cuba la buat petisyen atau undi kpd rakyat selangor dan rakyat penang, siapa yg bersetuju utk keluar dari malaysia. kalo selangor dan penang keluar dari malaysia, jgn kata terlepas dari hutang 1mdb malah terlepas dari persempadanan semula spr..
 
menurut mursidul ngi isham rais, pakatan akan kalah di pru14 nanti,apa salahnya kita cuba..kenapa masih lurus bendul dgn undang2 korup negara najib rosmah..lihat britain, bila keluar dari eu, matawang jatuh, namun kini mereka sdg berusaha utk bangun balik.britian masih ada byk tanah dinegara2 miskin..
 
dlm koperat, rugi memang tetap rugi tp minimakan kerugian utk terus bernafas..cuba buat undian dulu siapa mahu keluar dan siapa mahu stay dinegara 1mdb?kalo selangor penang keluar dari malaysia, sabah juga akan ada tarikh on TUKAR TIUB DAH CAKAP
Anonymous
on 9/23/16
 



-----------------

FOBIA ISLAM

Posted: 23 Sep 2016 07:00 PM PDT







selesai membaca kitab ini..
kesimpulan ringkas;

1. sewajarnya tidak wujud fobia dengan islam. yang sewajarnya berlaku adalah fobia dengan gerakan islam. kerana, ketakutan banyak datang dari sikap gerakan islam, bukan pada hakikat islam itu sendiri.
...

2. gerakan islam gagal menampilkan pendekatan yang mampu menjadi tauladan, kerana banyak gerakan terrorisme dan keganasan bermuarakan dengan pengaruh gerakan islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

3. syariah dilihat oleh gerakan islam terlalu sempit, iaitu dari sudut kanun (undang-undang) sahaja, sedangkan menurut Isom Talimah ia hanya 2 peratus sahaja, jika dibandingkan ada ribuan perkara islam diabaikan oleh gerakan islam semasa berkuasa.
See More











---------

SEMUA MAKIN JELAS

Posted: 23 Sep 2016 06:00 AM PDT






SHARE 4 CHANGE
Jangan biar mereka tipu kita. SHARE kartun ini kepada 5 orang. Anda boleh mengubah!
Dont let them donkey-shit us. SHARE this cartoon with 5 persons. You can make change!


























------------

JANGAN MAKAN DEDAK

Posted: 23 Sep 2016 05:30 AM PDT


 
 
 
PUAK AGAMA PIS
 
 
 
 
 
 
 
puak agama pis, akan gelak tergolek2... kalah geng TT gelakkn kak ros... pengikut2 dia kata ~ takpe la klu yg maha korup masih memerintah, janji org kita, janji masyook... sedih ak.. tak tau la apa nak cakap lagi... tak tahu la jenis pecaturan politik ape yg dia org nak main nie...
 
adakah klu saman time mengundi, lepas tu kalah takpe, tp menang undi.. adakah ini strateginy... mcm fitnah di kg kerinchi.. mesti mempertahankan yang hak... dia org tak tahu lagi ke ~ api kecil jd kawan, besar jd neraka ~ matlamat tidak menghalalkan cara, duit dedak tak boleh dibuat jihad, ~
 
saman cepat serawak pos klu tak betul ~ dedak takboleh dimakan oleh manusia ~ berhenti sokong langkah sumbang pemikir korang, ini langkah kapitalis... on LU DEGIL TAK DENGAR CAKAP
Anonymous
on 9/23/16








-----------

BEG CAP BADAK

Posted: 23 Sep 2016 05:00 AM PDT







Bila di depan rakyat punyalah nasihat rakyat jangan boros berbelanja...

TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!

Gila ke apa.. beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!






































-------------

JANGAN NAIK STIM PENJUAL AGAMA

Posted: 23 Sep 2016 04:00 AM PDT






BETUL TEPAT

KALAU KATA

USTAZ COOL

YANG COOL

HANYA DIA

YANG LAIN

JANGAN STIM



zaid-ibrahim
| September 23, 2016
Beliau menjawab kritikan Isma yang menggelarnya tidak faham manusia dan tidak pintar. More ››
 
PETALING JAYA: Selepas dibidas PAS dan Isma kerana mempersoalkan tindakan polis menyamakan mereka yang mengkritik ulama sebagai menghina Islam, Zaid Ibrahim hari ini menjemput kedua-dua pertubuhan itu berbincang dengannya secara terbuka mengenai perbezaan agamawan dan orang politik yang menjual agama.
 
"Isma dan PAS boleh menjawab dan membahas isu ini secara terbuka. Inilah cara Islam yang sebenar dalam menyelesaikan perbezaan pendapat," kata Zaid dalam penulisan di blognya.
 
Beliau mengulas reaksi Isma yang berkata Zaid "tidak pintar" kerana menganggap penghinaan terhadap pemimpin agama dan politik tidak sama dengan menghina Nabi Muhammad.
 
Ia susulan tindakan polis menangkap Sidek Kamiso, selepas bekas wartawan itu dituduh "menghina Islam" kerana kiriman Twitter berkenaan kematian Haron Din, mursyidul am PAS yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada 16 September.
 


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


------

TUKAR TIUB DAH CAKAP

Posted: 23 Sep 2016 03:00 AM PDT







TT CAKAP

RAMAI TAK

CAYA PRU

SEMUA TIPU


                      
23 September 2016
Nurul Izzah AnwarSHAH ALAM - Cadangan persempadanan semula melalui sempadan kerusi Parlimen yang baru merupakan rampasan hak rakyat yang terbesar oleh kerajaan undi minoriti, dakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.



KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH




------------

JAWABNYA SATU SAJE

Posted: 23 Sep 2016 01:00 AM PDT








JAWABNYA

SATU SAJE

1 JUTA TURUN

JALAN RAYA
 


SPR WP enggan temui wakil pembangkang bincang persempadanan semula

Pakatan Harapan kecewa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan yang enggan bertemu mereka bagi berbincang mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Hatta Ramli berkata, tindakan SPR sangat tidak adil kerana Pakatan Harapan yang menggabungkan Amanah, PKR dan DAP merupakan pelanggan mereka.
 
"SPR pelanggannya ialah orang ramai dan parti politik. Dia tak boleh halang kita nak jumpa apatah lagi melibatkan urusan pilihan raya yang melibatkan seluruh rakyat.
 
"Arahan yg dimaklumkan pihak keselamatan SPR tak mahu berjumpa sesiapa atas urusan persempadanan semula untuk tempoh sebulan. Ini tidak adil kerana untuk membantah kita memerlukan maklumat dan data-data.



SATU JUTA

TURUN

19 NOVEMBER

DATARAN

 


-----------

KESAH DARI API API

Posted: 23 Sep 2016 12:30 AM PDT







DARI API API
 

tahukah tuan bahawa Sabah itu adalh pisang
nama Sabah dari pisang



PAGI INI
gua bangun terus cari kedai kopi
salah masuk
oder kopi dan air suam
wow - silap tak ada roti bakar
tak ada telor setenagh masak
ada itik panggang
awal sangat lalu beredar
kopinya baik - lalu dibungkus
terjumpa kedai yang diidamkan

aduh -gadis Sabah extra puteh
macam campuran dh mat salleh
oppps... lupa namanya
minta cawan kosong
roti bakar kaya
2 biji telor rosmah... oppps... ayam

LEPAS ITU
saperti biasa
gua masuk kedai gunting
bercukur dan potong 1 inci ponytail
agak mahal juga tapi ini Sabah

KE PASAR
merayau-rayu
tak sangka gua tak jauh dari wilayah pelancung
tapi gua bukan pelancung
gua musafir
gua berkelana mencari hati hati

saperti biasa gua wajib dating melawat pasar
wow wow
ikan ikan udang ketam ketam
murah gila
sedang merancang bagimana nak bawa pulang

tapi awas!
buah buah mahal
malam tadi gua beli durian bungkus
tapi tak boleh bawa masuk hotel
lalu makan  di kedai mamak

durian murah
tapi durian merah 45 ringgit satu kilo



UMAI
naik atas pasar
gua dah tahu tempat ini
kedai makan bajau

gua minta umai
ikan titir
tak tahu apa nama di semenanjung
gua makan tanpa nasi
hanya 3 rinngit
dengan the o kosong
kalau dengan harimau
atau dengan air anggur puteh
pasti enak ( sedang merancang )

kedai makan ini ada jual
sinagong buntal
ini special masakan bajau
( gua telah merancang )
ada puyutoh - ini ubi kayu
kalau makan umai baik dg putoh
tapi gua sudah kenyang

MALAM INI
ada benkel untuk anak muda Sabah
tentang demokrasi dan bersih
ini siri BBC - bersih boot camp

tbbc elah dijalankan di JB
telah dijakankan di PENANG
telah dijalankan di IPOH
kini KOTA KINABALU
tapi ... amat susah untuk ke KUCHING
puuudrak muuudrak

NOTA:
nanti gua minta ustaz cool
talipon bekas mufti perlis
dia dah jadi orang besar

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



-------------------

SELUAR JEAN ISLAM?

Posted: 22 Sep 2016 09:00 PM PDT








FACE BOOK
Saya pakai seluar jeans.
Seluar jeans yang saya pakai ikut piawaian syariah, iaitu menutup aurat.

Apakah perlu saya nak namakan seluar jeans itu sebagai "seluar jeans islam"?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



-----------

NAK JAWAB BUAT APA?

Posted: 22 Sep 2016 08:30 PM PDT




JAWAPAN

UNTUK APA





 








23 September 2016
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar memberi penjelasan di atas tindakan mereka melakukan persempadanan semula kepada pihak-pihak yang terlibat.



SPR HANYA

TERIMA

ARAHAN SAJA







---------------

NAK SAMAN KE TAK?

Posted: 22 Sep 2016 08:00 PM PDT




DAPAT KARUNG
PAS miskin dan PAS kaya mana nak sama Tak sama dah Dapat KARUNG cara hidup cara pikir pun sudah tukar lebih baik Sudah kenyang buat apa nak buat bebende bodoh sakit badan saja Holiday pun dah ke LONDON , saman tak jadi apa pun Yang rugi orang orang Melayu kampung yang sah BODOH saja ikut buta tuli 90 juta KARUNG tu banyak tak habis 7 keturunan wokay Biasa lah on SILA BUAT PERSEDIAAN
Anonymous
on 9/22/16



---------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Perjuangan Datuk Dr Haron Din tetap diteruskan

Posted: 23 Sep 2016 12:08 AM PDT



Artikel penuh saya tanpa edit mengenai Tuan Guru Dato Dr Haron Din adalah seperti berikut, oleh kerana kekurangan ruang, keseluruhan artikel tak dpt disiarkan:-

Perjuangan Datuk Dr Haron Din tetap diteruskan.

Negara kehilangan sebutir permata atas pemergian Datuk Dr Haron Din kembali ke pangkuan Penciptanya pada 16 September lalu di Amerika Syarikat. Saya berkesempatan akrab dengan Almarhum mulanya sebagai anak murid dan selepas itu pelbagai program bersama dengan Almarhum menyebabkan tatkala saya menukilkan rencana ini mengalir airmata mengenangkan saat-saat bersamanya. Saya juga berpeluang memberi sedikit nasihat perundangan kepada Almarhum di dalam hal ehwal yang dihadapinya serta juga Pertubuhan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa' yang mana Almarhum adalah pengasas dan penasihatnya.

Umum mengetahui keintelektualan dan kegigihan Almarhum sebagai aktivis agama khususnya dalam bidang dakwah dan pengubatan Islam. Bagi saya Almarhum merupakan peribadi yang banyak mencorak pemikiran saya dalam konteks pelaksanaan syariah di Malaysia. Selain Almarhum dua tokoh lain ialah Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Prof Datuk Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua mereka juga telah mendahului kita menemui Yang Maha Esa. Saya mendoakan ketiga-nama nama besar di dalam perundangan Islam ini ditempatkan bersama roh orang yang beriman.

Walaupun almarhum Datuk Dr Haron Din juga terlibat di dalam arena politik nama almrahum lebih masyhur di pentas dakwah dan pengubatan Islam. Jawatan almarhum di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa dijadikannya wadah menegakkan syiar Islam dan tekad mengarusperdana syariah.

Almarhum amat tegas di dalam prinsip tetapi pemurah dengan senyuman. Ketinggian ilmu almarhum tidak menyebabkan almarhum mendabik dada tetapi membumi akhlak almarhum menyebabkan ramai yang menyenangi almarhum. Amat terperinci di dalam meneliti sebarang syor atau saranan dan tidak alpa kesan terhadap sesuatu tindakan.

Almarhum amat pemurah dan tidak pernah menetapkan sebarang bayaran untuk ceramah atau pengubatannya. Almarhum tidak pernah menjadikan bayaran sebagai prasyarat untuk mendapat perkhidmatan almarhum. Malah acapkali juga diperhatikan wang yang diberikan kepadanya dipulangkan kembali untuk kegunaan umum secara senyap-senyap.

Usaha almarhum telah membuahkan hasil apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016 (Akta 775) telah memasukkan pengubatan Islam sebagai pengubatan komplimentari yang diberi pengiktirafan untuk diamalkan dan diberi ruang di beberapa hospital moden. Akta 775 tersebut merupakan suatu akta bagi menagwal selia perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia termasuk pengubatan Islam. Ia akan menjadikan pengubatan Islam lebih tersusun bersistematik dan diuruskan sejajar dengan ajaran Islam.

Mungkin hasil titik peluh almarhum ini tidak dapat dilihatnya semasa hayat almarhum tetapi masyarakat sudah pasti dapat menikmati perjuangan almarhum yang mahukan perubatan moden ini berjalan seiring dengan perubatan Islam.

Almarhum selalu menegaskan walaupun beliau terlibat di dalam pengubatan Islam namun perubatan moden tidak seharusnya ditolak. Beliau sendiri mendapat khidmat perubatan moden walaupun logiknya almarhum menghafal pelbagai doa meminta kesembuhan. Malah anak dan menantu almarhum juga beramal sebagai seorang doktor perubatan dan mempunyai klinik sendiri. Hal ini berbeza dari anggapan umum yang menyatakan perubatan Islam menolak perubatan moden.

Perubatan moden dan kaedah pengubatan Islam seharusnya saling komplemen antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi bukan bersaing antara satu sama lain.

Pemergian Almarhum menjadikan negara pilu dan bersedih. Pelbagai pihak menzahirkan kedukacitaan mereka dalam pelbahai wadah. Namun begitu terdapat juga pihak yang sangat tidak bertanggungjawab memfitnah dan menghina Almarhum dengan pelbagai tohmahan. Kalau sebelum ini merekalah mendakwa juara keterbukaan minda, menghormati orang lain dan tidak rasis. Namun lakonan mereka terserlah dengan pelbagai hinaan dan cercaan terhadap Almarhum. Pelbagai perkataan dan reaksi kurang ajar ditunjuk mereka menggambarkan sikap sebenar kumpulan ini. Mereka hanya akan meminta orang lain menghormati mereka tetapi mereka sendiri seolah-olah berada di atas neraca akhlak dan undang-undang.

Amat menyedihkan insiden sebegini masih berlaku pada zaman yang didakwa penuh dengan tamadun. Ia menzahirkan sebahagian masyarakat bukan Islam sangat berprasangka terhadap orang Islam. Insiden yang sama juga berlaku di kalangan orang Islam. Hal ini perlulah diperbaiki di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira ras budaya dan agama.

Bagi saya pemergian Almarhum ke alam baqa' ibarat sebuah mahligai kaca yang terhempas berderai di lantai. Namun sebagai salah seorang anak didik yang menjadikan Almarhum sebagai tanda aras perjuangan saya tetap akan mengutip deraian kaca yang terhempas tersebut dan menyusunnya kembali membentuk mahligai yang baru. Walau saya sedar mahligai tersebut tidak akan sama dengan yang dibina Almarhum sekurang-kurangnya kami dapat mendirikan sebuah mahligai juga inshaALLAH.

Wasiat Almarhum mahu disemadi di tempat kematiannya Amerika Syarikat boleh juga dikiaskan dengan wasiat Abu Ayyub Al-Ansari yang mahu disemadikan di Kota Konstantinople yang ketika itu masih di bawah pemerintahan bukan Islam. Apabila ditanya mengenai wasiat beliau, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera (Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh) ketika mereka bergerak masuk membebaskan Konstantinople. Diharapkan suatu hari nanti Amerika Syarikat juga akan menjadi negara Islam kelak.

Sebutir permata yang telah digilap bersinar kini sudah tiada lagi. Sebagai salah seorang anak murid almarhum saya turut bersama dengan keluarga almarhum berdukacita atas kehilangan besar ini. Jika boleh saya mahu almarhum terus berada di sisi kamu namun perancangan Allah adalah lebih baik selaras dengan ingatan ALLAH di dalam surah Al Insan ayat 29-30 yang bermaksud ' Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan, maka sesiapa yang menghendakinya nescaya dia akan mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan jika kamu tiadalah kamu kehendaki sesuatu melainkan jika Allah menghendakinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana'.

Kami mendoakan Almarhum aman disisiNya. Berehatlah Tuan Guruku di taman syurgamu. Perjuanganmu akan tetap diteruskan.

Rencana ini ditulis oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Artikel terbaru Tun Mahathir: MEMPERTAHANKAN NAJIB

Posted: 22 Sep 2016 05:02 PM PDT



MEMPERTAHANKAN NAJIB
22 Sep 2016 | http://chedet.cc/?p=2261

1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.

2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.

3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa "Malaysian Official 1" (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.

4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.

5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.

6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.

7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.

8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.

9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.

11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.

14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

16. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba "corner the market". Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

17. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?

20. Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

21. Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

23. Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

24. Apakah sebabnya yang Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan pelawak Apandi.

25. Kenapakah undang-undang Negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

27. Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

28. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pengarah SPR Wilayah Persekutuan halang wakil Rakyat Pakatan Harapan

Posted: 23 Sep 2016 07:21 AM PDT


  Info oleh fesbuker  Sabtu Awab , yang berada ditempat kejadian melaporkan bahawa wakil Rakyat Pakatan Harapan (gambar atas) telah tidak dibenarkan berjumpa dengan Pengarah Pilihanraya Wilayah Persekutuan (SPR) untuk menyatakan bantahan mereka mengenai rancangan persempadanan semula kawasan pilihanraya seluruh Malaysia dalam tempoh bantahan sekarang. 

Mereka di halang oleh Ketua Pengawal Keselamatan Tabung Haji atas arahan Pengarah SPR. 

 Ini adalah kali pertama dalam sejarah yang pelanggan (wakil rakyat) tidak dibenarkan langsung berurusan dengan SPR.

 Apa alasan SPR Wilayah Persekutuan mengenai dakwaan tersebut?

PM Najib dah semakin kalut....

Posted: 22 Sep 2016 05:59 PM PDT

Kenyataan media PM Najib
  Nampaknya, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang yang terjebak dengan berbagai masalah nampak semakin kalut.

 Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilaporkan di sini PM Najib sudah tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia apabila membuat kenyataan yang menunjukkan fakta yang salah.

 Mahfuz mempertikaikan kewibawaan PM Najib membuat kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Yang di-Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterima mengadap pada 15 September lalu.

 Menurut Mahfuz, peristiwa pertemuan empat mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit. Yang peliknya Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut.

 Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan Najib. Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ia dilaporkan oleh media, soal Mahfuz.

 Begitu juga dengan fakta Deklarasi Rakyat yang disebut oleh Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Mahathir dan disertai oleh individu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

 Waktu itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pun belum tubuh lagi. Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal masih lagi ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat. 

 Sementara itu pula, Malaysiadateline melaporkan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berasa agak pelik apabila PM Najib mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 "Saya ingin bertanya, sejak bila Dato' Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?" Soal Salahuddin.

 Menurut Salahuddin, adalah sesuatu yang pelik apabila Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.

 "Bagi saya, ianya suatu yang melanggari kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat," ujarnya.