Sabtu, 16 Julai 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DUA KEM PAS

Posted: 16 Jul 2016 07:00 PM PDT




PAS SELANGOR

PAS RUSILA





17 Julai 2016
SHAH ALAM - Kesemua wakil rakyat Pas di negeri ini menyokong kenyataan Timbalan Presidennya,  Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya,  Iskandar Abd Samad agar parti pembangkang menumpukan usaha menumbangkan BN bukannya bertelagah sesama sendiri.

PAS SEKARANG

ADA DUA KEM

KEM HADI

KEM ANTI HADI

BILA NAK

TENDANG HADI

SAJE TANYA 

BIAR GELABAH




---------

NAJIB TERUS KELENTONG

Posted: 16 Jul 2016 06:00 AM PDT





INGAT PESAN PM Najib Razak..
Kalau tol tak naik RAKYAT AKAN SUSAH !!
Ekonomi negara TAK AKAN STABIL !!!
Bayar tol itu.. SATU JIHAD !!!
KALAU TAK NAK BAYAR TOL, sila guna jalan biasa..
KALAU TAK SUKA KERAjaanBN, sila keluar dari M'sia..
Sekian, terima kasih.





-------------

SIAPA SAUDI ARABIA

Posted: 16 Jul 2016 05:30 AM PDT



STUDENT MEKAH DEMO
adakah keberanian utk student2 mekah dan madinah utk demo di istana riyadh bagi membantah pembunuhan?kalo tiada, apakah teori yg dibelajar di kelas2 itu hanya teori semata2.nape tiada hukum, fakwa mengenai laporan itu?nape isis tak letupkan istana saudi yg sebesar padang bola?atau student2 ini pun bole belajar kat mekah dan madinah atas tajaan al saud.pasti arwah nik aziz tahu cerita ini.tak mungkin abduh tak tau.

yg letupkan wtc adalah warga saudi, nape us dan zionis tak serang saudi?nape?sehingga kini ayam ternak saudi iaitu ISIS masih belum letup zionis israel?nape?maka sesungguhnya surah2 songsang isham rais lebih tepat dari surah2 labon tok2 kiyai tok2 ulama atau presiden ulama dunia.sesapa yg dok saudi tp taktau dimana istana diriyadh, baik dok diam2.

ku menyaksikan dipadang pasir itu tersembunyi senjata2 rahsia.samada perjalanan kemekah atau madinah..sapa2 kata hudud saudi adalah hudud allah, baik bungkus air ikat tepi..jgn nak kencing.ku melalui pengalaman jahanam itu.apa on BUKAN SATU RAHSIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/15/16
------------

KESAH JAI DISAMBUNG LAGI

Posted: 16 Jul 2016 05:00 AM PDT






UNTUK SESIAPA

 YANG ADA 

HAIWAN SAYANG


HOSPITAL UPM

ADALAH 

TERBAIK


DI UNIVERSTI PERTANIAN
SERDANG

WAD YANG TERATUR

JAI DALAM WAD 

JAI DIPEREKSA 
SEBELUM PULANG

INI DOKTOR JAI
BERI GUA ARAHAN
UNTUK BERI UBAT PADA JAI

SAMPAI KE RUMAH
BISUL
LEHER JAI DIBALUT


----------------

INI LAGI ROCK n ROLL

Posted: 16 Jul 2016 01:30 AM PDT





TERIMA KASEH

PRESIDEN 

REAGAN



KATAK MUNCUL KEMBALI PART 2

Posted: 16 Jul 2016 12:18 AM PDT





MEETING DENGAN WALI
confirm masuk pas.tok heng kata "tak malu ke islam dan islam bergaduh". perkasa dan pukida akan sokong dgn usul melayu islam.pru14 adalah pru paling kotor. najib rosmah wajib menjadi PM walau 100tahun lagi.walau tubuh sudah tua, tapi ruhul kudusnya bole berkeliaran dan bole menhadiri mesyuarat2 terutama mesyuarat2 para wali.tak caya tanya hadi. 
mesti hadi pernah meeting dgn wali2 di mekah almukaramh..kalo tak pernah, maknanya belum sampai tahap tertinggi lg..malu la kalo tak pernah, sb ayah pin pun bole buat..tu belum lg ilmu pecah tujuh, maknanya hadi bole berada di tujuh tempat dlm masa yg sama.takkan tuan guru syeikhul kudus ulama sedunia tak bole buat mcm tu..org2 tua dulu bole buat.mungkin hadi kena balajo dari harun din..

tp harun din bole buat ke?apakata kita test..buat 7meeting di 7 tempat berlainan pada waktu yg sama.kalo tak bole, macam ne bole bagi hadiah syurga kepada pengundi pas?macam ne tau hal2 gaib?takat baca buku, isham rais pun bole.pengalaman melalui ada ke?ckp on KATAK MUNCUL KEMBALI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/15/16

PILIH  KAYU
Kalau pru akan dtg si katak ni bertanding lawan kayu...aku lebih rela pilih kayu...ada pahammm??? on KATAK MUNCUL KEMBALI
Anonymous
on 7/15/16

MASUK IKATAN
Elok masuk parti ikatan bersama kadir syeikh fazil dan berjaya genapkan keanggotaan parti tu kepada bilangan 80 org... kahkahkahhh... on KATAK MUNCUL KEMBALI
Anonymous
on 7/15/16

DEDAK SIMPANAN
Dedak simpanan dah surut.. pencen pun sikik.. biasa makan dedak dlm talam, siap bungkuih lagi bawak balik utk anak menantu cucu.. skrg cicit pun dah ramai.. nak syoruuu pun makin senak.. on KATAK MUNCUL KEMBALI
Anonymous
on 7/15/16

SUDAH YILLEK
Modal sudah yillek, projek pun kabarnya dah kureng masyuk untuk braheng ali. Presiden perkasa pun sudah goyang, nak kerah anak buah turun demo mesti nak kena hulur hulur. Braheng ali molek kalau join umno, boleh jadi anjing suruhan TPM. Nak kerja dgn najib, haritu awak dah tibai PM. 

Kerusi presiden perkasa sila lepaskan pada tokey ikan bakar, dia byk duit. Nak lagi molek, sila minta ampun dgn suami PM, itu pusat laba, jadi anjing suruhan rosmah paling apdal.... oopss.. afdal. on KATAK MUNCUL KEMBALI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/15/16

MANA SAKMONGKOL
Harap TT siasat mana pergi al-fadhil Sheikh Sakmongkol Al Ariff Sobri Al Pekani. Blog sakmongkol x blh bukak. x blh aku nk blaja inglis level tinggi.cibai btul.ke aripp sobree ni da mmpus di puki minah indon? ataupun dah dapat rm5juta utk lompat ke amnoooooooooooo.

TT bukitikan org Jelebu ade batu....cari mat arippppp..da puas aku melalak kat sini..xpernah lg kau bogkar temberang mat aripp ni...bila masuk dap semua jadi suci mcm masuk pas jugakkk ke? jgn jadi bingai mcm amnooooo..ke kau pn ejen amno ni...kakhkahkahkahahkhakha. on KATAK MUNCUL KEMBALI
Anonymous
on 7/15/16

CLAYPOT
lompat sana sini last sekali sembelih buat moi claypot katak demam . on KATAK MUNCUL KEMBALI
Anonymous
on 7/15/16






-------------

PELBAGAI PADANGAN

Posted: 15 Jul 2016 11:30 PM PDT






MAZHAB SHAFIE
Wow. Ini yang paling menarik. Kerana kita di malaysia. Kena pegang mazhab shafie. Tak boleh tukar tukar. Sefaham saya. Islam tu satu. Tiada pecahan dan memang tak boleh tukar. Pernah dengar cerita jemaah kita nk ke umrah atau haji? Dikatakan perlu niat tukar mazhab. Perlu tukar mazhab yang dianut disana? Dasyat perkara ini kerana bermain dgn niat. on DAPAT WAHYU DIRECT
Publish | Delete | Spam
underBear
on 7/16/16

MUNGGALLAZAH
Aduhai... Orang kita masih belum faham mengenai anjing. Secara asasnya daging anjing HARAM dimakan jika tidak darurat manakala tubuh badannya NAJIS MUNGALLAZAH. Apa yang susah sangat. Jangan makan dagingnya. Samak jika menyentuhnya. Ada terma dan syarat yang lain untuk memudahkan.Fahami dulu asasnya... on DAPAT WAHYU DIRECT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/16/16

SIBUK JAGA IBADAT ORANG LAIN
Nur barzakh ni sibuk nak jaga ibadat org lain apahal? Ini bukan masalah modified agama laa bangang. Semua mazhab pun sembah tuhan yg satu. Mazhab shafie la sangat, contoh paling mudah kau bayar zakat fitrah dgn apa bhai? Beras ke duit? Amalan di malaysia sekarang pakai duit, itu bukan pandangan imam shafie, imam shafie suruh bayar guna makanan asasi, konteks di malaysia ialah beras abih tu kau nak cakap pihak berkuasa agama di malaysia modified agama ke? Bodoh tapi nak jadi pak lobai. on DAPAT WAHYU DIRECT
Anonymous
on 7/16/16

RAJIN BUKA AL-QURAN
Nur Barzakh, tak perlulah nak bermahzab-mahzab ni. Biarlah tt nak bela anjing, salah atau betul biar Allah yang hukum. Yang kamu ni sibuk nak jaga dosa pahala orang lain kenapa ya. Kalau rasa diri kita dah bagus sangat dari orang lain pi minta mati dari Allah. Tak caya buka Al-Quran 62:6. 

Jangan petik daun hadith sebelum beritahu dimana anjing tu haram dibela dalam Al-Quran ya. Tiada hadith bole mengatasi Al-Quran dan jangan pula guna taktik tuduh anti hadis pulak. Rajin2 la buka Al-Quran dan jangan guna trick tak bole belajar Al-Quran tanpa guru takut nanti belajar dengan setan. Macam-macam invention orang cari makan dengan agama ni. Hisshhhh. on JAI TIDOO DI HOSPITAL
Publish | Delete | Spam
Muhammad Rosli
on 7/16/16

NAJIB APA?
Kah kah kah...Habes tu camna nk basoh berak plak Saudaraku yang budiman? Taik kita tu kategori najis apa? Mukhaffafah? Mughallazoh? Mutawassitah? Atau Mashitah? Haha..lawak betol la baca pasal taksub Mazhab nih...MAZA kata 'Isi Borang Mazhab kat mana?' on DAPAT WAHYU DIRECT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/15/16

MAT BAHLOL
Ha ha ha ha ha Mat Bahalol ada mana mana kan Melayu kan semua nya tu Kalau LAHAP PAU tak ada masalah Biasa lah on DAPAT WAHYU DIRECT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/15/16

GOYANG INUL
kat nusantara pogang syafie, kat mokah pasai apa pinjam mazhab lain?tok2 kiyai tabung haje kata bole..solat subuh kat mokah madinah takda qunut, pasal apa bole ikut, tp kat msia kalo tak baco qunut, hah siap la nanti..kat mokah madinah tu bukan syafie pun bukan hanafi pun bukan maliki pun tapi wahabi..hah..langsung takda bau kentut dgn nabi..camno tu?camno sume mazhab bole solat berimamkan wahabi ni?

sah ke solat.sah ke solat berimamkan pembunuh rakyat yemen?indon ado syiah.indon negaro terbesar umat islam, cubo tgk ekonomi diorg.cuba g jakarta, cuba tgk rumah2 tepi2 sungai.semua bole dijual,asal bisa jadi wang pak..ini cakap org indon sendiri.tak cayo, g la tanya org susah diindon tu.jgn hanya ke jakarta utk poie ke tropical spa jo..happy ending..

kena goyang inul sume mazhab pun hilang..jumaat ke masjid india, zakat bagi ke dapur jalanan.tidak menyimpan tabung hajee dan menghasut kwn2 agar boikot pusat zakat jais jakim.belo anjing ni susah, nak kena apply lesen.bela kucing on DAPAT WAHYU DIRECT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/15/16

NAPA TAK IKUT HANAFI
siapa suruh ikut mazhab shafie?nape tak ikut hanafi, maliki yg berasal dari madinah atau hambali?nape bila tang nak umrah tang nak haji, ust2 tabung hajee kata bole pinjam mazhab lain?nape kita kat msia tak bole pinjam meminjam mazhab lain gak.contohnya bab zakat.ikut hanafi, barang siapa berhutang maka tiada wajib berzakat.

atau penentuan ikut shafie ni sb ekonomi gak.tapi imam2 ni mati bukan dlm kekayaan sebagai penjawat awam , sebagai mufti ataupun kadi jauh sekali menteri..kalo ikut shafie, apa hukum najis hutang 1mdb, apa hukum menteri pakai duit zakat, apa hukum ulama bedolak dalik, apa hukum mufti mengkafir harbi kan org..yahudi buta yg kafir itu diberi mkn oleh nabi sehingga akhir hayat.boikot zakat ke pusat zakat. on JAI MASIH DALAM HOSPITAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/14/16

---------

PROJEK BODOHKAN RAKYAT

Posted: 15 Jul 2016 10:00 PM PDT



Suara Rakyat
9 hrs
Kalau kamu nak perbodohkan & kencingkan cai2 Umno bolehlah..
SAMPAI BILA mereka ini nak perbodohkan rakyat !!!







































------------

TERIMA KASEH PRESIDEN REAGAN

Posted: 15 Jul 2016 09:00 PM PDT





TERIMA KASEH

RONALD REAGAN

BEBASKAN

INTERNET

KINI KITA TAHU

MACAM MACAM

JENIS AGAMA

USTAZ X BOLEH

PUTAR LAGI





KURANG LEMAK BADAN
Bagi saya, tidak salah untuk mengurangkan lemak dibadan dan menjaga kesihatan jantung dengan cara menari sebegitu ... sambil berzikir kepada Tuhan. Salut utk kamu Cool Dude! on COOL DUDE
Suku Samdol
on 7/16/16


CHECHEN

broo...ni tradisi etnik chechen di hari raya on COOL DUDE
Anonymous
on 7/16/16

GELEK PERUT
Mahu shuffeling pun tak bley...oooo... Lagi malas dan lembab islam ni lagi bagus untuk pemerintah sebenarnya... Gelek perut boleh.. Gelek janggut... Tangkap.... Kakakakakka on COOL DUDE
DIDI KOTA BELUD
on 7/16/16

ISLANG ENDAH
Kah kah kah .. islang itu modah .. islang itu endah. Islang itu endah pada Sultan Brunai, Sultan Pahang, Soltan Kelantan .. takde sapa nak kira dosa bagindo .. muftee pon tak berani. on COOL DUDE
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 7/16/16



MALAM INI

Posted: 15 Jul 2016 08:00 PM PDT





MALAM INI











JEMPUTAN

SOLIDARITI 

DI AMJAL 

RESTORAN



MALAM INI

SETIA KAWAN 

DENGAN SAFUAN


Displaying 13654339_517164981806345_6540456339228896638_n.jpg


-------------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Fethullah Gulen adalah dalang dalam percubaan rampasan kuasa ini

Posted: 16 Jul 2016 08:37 AM PDT



Fethullah Gulen adalah dalang dalam percubaan rampasan kuasa ini.

Menurut Erdogan, Fethullah Gulen, ahli politik berprofil tinggi yang berpengkalan di US merupakan dalang kepada cubaan rampasan kuasa di Turki. Bukan sekali, tapi sudah berkali-kali Gulen sebagai orang utama dan dalang dalam melakukan rampasan kuasa terhadap Kerajaan Turki.

Gulen sudah menjadi orang buangan di U.S kerana beliau mengkhianati sahabat baiknya Recep Tayyip Erdogan dan Negara Turki.

PERCUBAAN RAMPASAN KUASA YANG DIGAGALKAN DI TURKEY

Posted: 16 Jul 2016 02:08 AM PDT



PERCUBAAN RAMPASAN KUASA
YANG DIGAGALKAN DI TURKEY
-------------------------------------------------
Hari ini rakyat Turki telah berjaya mencatat satu sejarah kemenangan kerana berjaya menghalang suatu kudeta yang diusahakan oleh sekumpulan kecil pihak askar.

Usaha Kudeta yang berlaku pada 16 Julai 2016 ini bukanlah kudeta yang pertama, ia pernah berlaku berkali-kali pada tahun 1960, 1971 dan 1997. Ia juga pernah berlaku pada era Uthmaniyyah oleh pihak askar elit Janissary.

Namun kerana kemajuan teknologi telekomunikasi dan juga kemampuan pemerintah Turki menggerakkan rakyat marhaen dalam masa yang singkat untuk turun ke jalan juga telah menjadi sebab usaha mematahkan kudeta ini daripada berjaya.

Apa yang berlaku di Turki pada saat ini menjadi satu contoh dimana masyarakat/rakyat mampu menghalang sebarang usaha jahat dan mampu melakukan perubahan. Namun usaha ini haruslah bersifat kolektif.

Alhamdulillah hari ini kita melihat semua parti2 pembangkang, top general, masyarakat dunia telah bersama-sama menunjukkan penentangan terhadap usaha kudeta terhadap kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Laporan Said Imaddudeen

Lagi rujukan
http://www.hurriyetdailynews.com/situation-largely-under-control-after-coup-attempt-turkish-pm-.aspx?pageID=517&nID=101669&NewsCatID=341

#TurkeyCoupFailed
#MAPIM
#StayStrongTurkey
#saniarabyalkahery

CUBAAN RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA TURKI GAGAL

Posted: 15 Jul 2016 05:49 PM PDT



CUBAAN RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA TURKI GAGAL (like & share untuk semua tahu)

Polis cawangan khas Turki telah berjaya menangkap mereka yang terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan yang SAH di Turki. Berlaku pertempuran menyebabkan 17 orang polis terbunuh menurut sumber berita.

Rakyat Turki kelihatan turun ke jalanan membantah percubaan rampasan kuasa yang berlaku malam tadi. Masjid-masjid di Turki melaungkan azan berterusan sebagai tanda musibah yang mengharapkan bantuan Allah swt.

Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik.

Jika ini perancangan jahat musuh-musuh maka mari la sama-sama kita berdoa kesejahteraan di Turki.

Ya Allah peliharakah Turki dari perancangan2 jahat musuh-musuh

#prayforturkey

Cubaan rampasan kuasa di Turki

Posted: 15 Jul 2016 05:03 PM PDT



Cubaan rampasan kuasa di Turki

Didoakan agar Turki kembali aman untuk kepentingan umat sejagat.

Semoga semua pihak kembali ke meja perundingan.

Semoga mereka yang berniat jahat seharusnya dibawa segera ke muka pengadilan dan hukuman yang setimpal.

Zionis antarabangsa dan kuasa besar dunia sememangnya ingin melihat Turki dihimpit oleh permasalahan dalaman dan luaran agar agenda mereka terus berjaya.

http://www.bbc.com/news/world-europe-36809083

https://www.rt.com/news/351343-turkey-coup-military-attempt/

Turkey coup attempt: Army group says in control - News from Al Jazeera
http://www.aljazeera.com/news/2016/07/turkey-military-blocks-bridges-istanbul-160715195444742.html#

https://www.google.com/amp/mobile.nytimes.com/2016/07/16/world/europe/military-attempts-coup-in-turkey-prime-minister-says.amp.html#

http://m.utusan.com.my/berita/
nasional/rampasan-kuasa-polis-turki-tahan-50-komander-tentera-1.303717

http://www.malaysiagazette.com/ms/dunia/rampasan-kuasa-di-turki-jambatan-utama-lapangan-terbang-ditutup

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gerakan: Lim, Nga kena belajar dari 'Superman DAP'

Posted: 16 Jul 2016 06:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming perlu belajar daripada bekas ahli parti itu Hew Kuan Yau yang melepaskan jawatan ekoran kenyataan kontroversinya.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, Hew mengambil tanggungjawab itu selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa negara adalah milik China.

"Mereka berdua (Lim dan Nga) perlu belajar dari Hew yang mengambil tanggungjawab terhadap perkara itu.

"Kami (Gerakan) tidak bersetuju dengan Hew tapi kami rasa DAP perlu belajar perkara itu," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Gerakan hari ini.

Hew yang digelar sebagai 'Superman DAP' sebelum ini melepaskan jawatannya daripada parti itu selepas dibidas teruk kerana mendakwa Laut China Selatan adalah miliki China.

Beliau dikritik kerana didakwa tidak patriotik sedangkan Malaysia sendiri menuntut sebahagian daripada perairan dan wilayah yang dikenali sebagai 'sembilan-sempang'.

Berbeza dengan Hew, Lim yang berdepan dua tuduhan rasuah masih kekal sebagai ketua menteri Pulau Pinang selepas Exco kerajaan negeri memutuskan beliau tidak perlu meletakkan jawatan.

DAP juga tidak mengambil tindakan terhadap Nga yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri baru-baru ini selepas menerima penjelasannya.

Mengulas lanjut, Tan juga menegaskan bahawa dalam DAP, "pemimpin berjawatan kecil" terpaksa meletakkan jawatan manakala "pemimpin besar" dilindungi oleh parti.

"Hanya kes-kes yang melibatkan pemimpin kecil, mereka (DAP) mendesak beliau (pemimpin kecil) meletakkan jawatan, tetapi pemimpin-pemimpin berjawatan besar dalam DAP semua dilindungi.

"Saya rasa ini adalah sesuatu perkara yang kita kena tengok dalam DAP," tegasnya.

Sementara itu Tan turut mengingatkan bahawa mereka menghormati kebebasan bersuara, DAP perlu lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Mereka adalah pemimpin sebuah parti politik. Mereka tidak boleh membuat kenyataan sensitif yang menyinggung perasaan rakyat Malaysia," katanya.




Polis sentiasa pantau, elak kejadian tidak diingini

Posted: 16 Jul 2016 06:44 AM PDT

Nur Jazlan
Nur Jazlan


JOHOR BAHRU - Kerajaan sentiasa memantau aktiviti pengganas menerusi risikan yang dijalankan pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini berikutan, kini pelbagai cara digunakan oleh pihak pengganas untuk melakukan kekejaman yang adakalanya tidak dapat dijangka.

Menurutnya, bagaimanapun, setakat ini tahap keselamatan di Malaysia masih selamat dan tidak perlu dibimbangkan.

"Namun, rakyat masih perlu berwaspada serta melaporkan sebarang aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat.

"Apa yang berlaku di Selatan Perancis semalam yang mana pengganas melakukan serangan trak dengan merempuh sekumpulan penduduk yang sedang merayakan Hari Bastille hingga meragut banyak nyawa rakyat negara itu menunjukkan antara tindakan yang tidak dapat dijangkakan oleh pihak penggganas.

"Selain risikan, kerajaan turut menggunakan teknologi dan media sosial terutama facebook untuk mencari rangkaian yang digunakan pengganas untuk berhubung," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Larian Kempas 2016 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kempas Baru, di sini, pagi tadi.

Larian berkenaan melibatkan penyertaan seramai 400 peserta yang bertujuan untuk memupuk semangat kekeluargaan serta cinta akan alam sekitar dan sejarah kawasan Kempas.

Dalam pada itu, mengenai salah guna senjata api yang kerap dilaporkan sebelum ini,  Nur Jazlan memberitahu senjata berkenaan diseludup dari negara jiran oleh kumpulan jenayah atas tujuan tertentu.

"Senjata api dan peluru perlu dilesenkan oleh Ketua Polis Negeri dan salah guna senjata api ini adalah melibatkan mereka yang tidak mempunyai lesen dan diseludup dari negara jiran.

"Polis, bagaimanapun, sentiasa memantau untuk memastikan sindiket penyeludupan senjata api ini dapat dilumpuhkan bagi mengekang aktiviti jenayah," katanya.


Senarai ahli parti baharu tidak benar!

Posted: 16 Jul 2016 06:33 AM PDT

Senarai ahli parti baharu tidak benar!
Gambar dan senarai yang menjadi viral di laman sosial.
 
 
SHAH ALAM - Bekas ahli wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, menafikan bahawa beliau salah seorang ahli dalam parti baharu.

Sebelum ini, viral di alam maya melalui satu keratan kenyataan yang mendakwa bahawa Anina merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi dalam sebuah parti baharu yang digelar parti Melayu Baru Bersatu.

Dakwaan itu wujud, dipercayai selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat, dimana seperti yang diketahui umum bahawa Anina merupakan orang kuat Mahathir.

"Tidak benar," tulis Anina dalam kenyataan rasmi di Facebooknya, disertakan dengan senarai ahli parti Melayu Baru Bersatu.

Sementara itu, memetik senarai pimpinan yang kononya digelar parti Melayu Baru Bersatu antara yang disebut berada dalam senarai parti itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ,merangkap presiden parti, sementara Timbalan Presiden ialah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Antara lain, ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjawab jawatan naib presiden parti

MP PKR perlu ditarbiah kata Umno Selangor

Posted: 16 Jul 2016 06:26 AM PDT

Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Umno dari Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim menegaskan Ahli Parlimen PKR dari Penampang, Darell Leiking yang mempertikaikan khutbah Aidilfitri di negeri ini perlu ditarbiah agar tidak lagi celupar dalam mengeluarkan kenyataan.

Menurutnya, kedaifan Naib Presiden PKR itu dalam memahami isu dan menghormati agama lain serta institusi diraja perlu disedarkan dengan mengheretnya ke mahkamah.

"Beliau dengan lantangnya berani mengaitkan khutbah tersebut seolah-olah Selangor sedang diuruskan oleh golongan ekstremis hanya kerana kandungan Khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu melafazkan kesyukuran dan memuji Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kerana berjaya membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat.

"Siasatan terhadap beliau perlu dijalankan kerana dikhuatiri beliau mempunyai niat yang tidak baik seperti mahu menjatuhkan institusi diraja. Tindakan beliau ini hanya mengguris perasaan Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri berlandaskan undang-undang tubuh negeri Selangor dan membangkitkan lagi kemarahan khususnya umat Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2 Syawal lalu, Darell memuat naik status bertanya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sama ada Timbalan Presiden PKR itu bersetuju dengan kandungan khutbah Aidilfitri tersebut selain mengibaratkan negeri ini ditadbir golongan ekstremis.

Jais dan beberapa NGO di Selangor kemudiannya membuat laporan polis terhadap kenyataan Darell itu.
Dalam pada itu, Irmohizam yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kenyataan Darell hanya cenderung ke arah sentimen keagamaan dan rasis semata-mata.

"Setiap kenyataan berkaitan agama atau budaya sesuatu kaum yang dikeluarkan, perlulah berhati-hati agar tidak mencetuskan kontroversi. Kita tidak perlu menjadi terlalu emosional dan taksub sehingga mencetuskan pergaduhan dan akhirnya berlaku perselisihan agama.

"Sikap seperti Darrell ini harus dikikis dari hati segenap lapisan masyarakat. Saya mencadangkan agar institusi-institusi pendidikan mula merancang memperbanyakkan program-program yang menjurus ke arah pembentukan silaturahim," katanya.

Sementara Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mencabar PKR mengambil tindakan segera ke atas naib presidennya itu.

"Demi untuk mengelakkan perkara ini terus berulang lagi, saya mencabar PKR dengan segala kuasa yang mereka ada, supaya tidak hanya berpeluk tubuh dan mengandaikan tindakan Darell itu tidak membawa apa-apa makna atau kesan kepada masyarakat.

"Sebaliknya, PKR khususnya Azmin Ali perlulah dengan seberapa segera untuk mengambil tindakan kepada Darell sebagai pengajaran dan panduan untuk masa mendatang," katanya.

Menurutnya lagi, tidak wajar untuk Azmin sebagai menteri besar di negeri ini membiarkan tindakan Darell itu.

"Saya memilih untuk bersetuju dengan tindakan Jais yang difahamkan telah membuat laporan terhadap Darell mengenai isu tersebut hari ini demi menjaga kedudukan Islam di negeri ini," katanya.

Melalui kemas kini status terbaharu, Darell menyatakan kesediaannya disiasat atas pandangan yang dikeluarkannya itu.

"Sebagai ahli Parlimen dari Sabah, saya mesti mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan tentu akan menyoal dan menyuarakan pendapat saya apabila RUU yang diusulkan Ustaz Hadi disokong biarpun oleh Jais.

"Jika mereka tidak hormati pandangan saya, tiada masalah. Mereka boleh soal tapi jangan 'spin'. Saya tidak pernah menyebut nama orang ataupun Sultan (Selangor)," katanya hari ini.


Pemain kebangsaan bersara awal rugikan negara

Posted: 16 Jul 2016 06:20 AM PDT

SINAR  HARIAN
Tengku Abdullah Ahmad Shah
Tengku Abdullah Ahmad Shah
 
 
"IA merupakan satu kerugian kepada pasukan negara," demikian reaksi Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengumuman empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bersara daripada skuad kebangsaan.

Tengku Abdullah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertitah kesemua pemain terlibat sepatutnya berbincang dengan badan induk bola sepak negara tentang masalah yang dihadapi sebelum mengambil tindakan sedemikian.

"Saya kena dapat laporan, saya sendiri pun baharu saja mendapat tahu berita ini. Memang saya tahu kita (pemain) kena bersara suatu hari nanti tetapi kalau nak bersara awal tanpa tahu sebabnya ia merupakan satu kerugian," titah baginda.

Baginda ditemui selepas berangkat menghadiri majlis pengurniaan sumbangan kepada 192 mangsa ribut di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri serta Pegawai Daerah Temerloh Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Sejak Selasa lalu, empat pemain JDT dalam pasukan kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Safiq Rahim, S Kunalan dan Amirul Hadi mengumumkan persaraan daripada skuad Harimau Malaysia.

Tindakan mereka itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kebimbangan di kalangan peminat bola sepak negara berikutan khidmat mereka masih diperlukan bagi menguatkan pasukan negara yang kini berada di ranking 167 bola sepak dunia.

Dalam masa yang sama baginda tetap menghormati keputusan empat tunggak utama pasukan kebangsaan itu.

Tengku Abdullah bagaimanapun enggan membuat sebarang andaian berhubung perkara itu, walaupun ada pihak mengandaikan satu usaha untuk 'mensabotaj' FAM.

Berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap empat pemain berkenaan Tengku Abdullah menyatakan baginda menyerahkan perkara itu kepada FAM.

"Elok kemuka terus (soalan) kepada pengurusan tertinggi dan pihak yang berkenaan," titah baginda. - Bernama


Adun Meranti terlibat kemalangan

Posted: 16 Jul 2016 06:17 AM PDT

Adun Meranti terlibat kemalangan
Keadaan kereta yang membawa Mohd Nassuruddin.


TUMPAT - Adun Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu, pagi tadi.

Bagaimana pun, beliau terselamat selepas kereta Toyota Camry yang dinaiki beliau berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja di Chabang Empat, di sini.

Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, kereta terbabit dipandu pemandunya.

Mohd Nassruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan berkata, ketika kejadian itu dia bersama seorang pemandu dan dua orang lagi dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.

"Sebaik tiba di Chabang Empat, tiba-tiba kereta yang dinaiki dirempuh oleh sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki.

"Kejadian itu cukup pantas, dipercayai motosikal itu keluar dari stesen minyak sebelum merempuh bahagian kiri kereta yang kami naiki. Motosikal itu datang dari arah bertentangan," katanya.

Mohd Nassruddin berkata, akibat kemalangan itu, remaja terbabit mengalami  kecederaan di bahagian kaki, tangan dan muka.

"Kemalangan itu mengakibatkan kereta milik kerajaan negeri rosak teruk di bahagian kiri selain remaja terbabit mengalami patah tangan dan kaki.

"Saya berharap remaja terbabit cepat sempuh, saya juga sudah bertemu dengan keluarganya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Kejadian kemalangan itu menyebabkan Mohd Nassrudin membatalkan perjalanannya ke Kuala Lumpur bagi menghadiri program Aidilfitri Perakan Lembah Pantai malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharuddin Rasip mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.


Parti baru Dr M tamparan buat DAP, PKR dan AMANAH

Posted: 16 Jul 2016 06:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pergerakan Pemuda UMNO melihat hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai tanda ketidakyakinan beliau terhadap parti-parti pembangkang sedia ada.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata kegagalan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyebabkan Dr Mahathir terpaksa menubuhkan parti baharu dan tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang lain.

"Kalau beliau yakin dengan rakan-rakan pembangkang beliau yang baharu ini iaitu DAP, PKR dan Amanah, tak perlu beliau tubuhkan parti baharu.

"Ini bagi saya satu tamparan buat DAP, PKR dan Amanah sampai negarawan usia 90 tahun terpaksa keluar daripada persaraan dunia politik untuk tubuhkan parti sendiri," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong, Rembau hari ini, yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.

Di Larut, Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir secara tidak langsung mendedahkan matlamat bekas anggota UMNO itu yang selama ini kononnya berjuang demi parti.

Hamzah berkata penyertaan bekas anggota UMNO dalam parti baharu tersebut jelas menunjukkan mereka merupakan individu yang gilakan kuasa.

"Kami tidak mahu musang yang berbulu ayam dalam parti. Bila Tun Mahathir buat parti baharu, kita nampak dengan jelas siapa yang nak sangat kuasa.

"Sebelum ini mereka beriya kata penyertaan dalam UMNO adalah atas nama perjuangan, tapi sekarang siapa yang tamak nak kuasa," kata Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan 2016 sempena program kepenggunaan Parlimen Larut di Ijok hari ini yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Sehubungan itu, Hamzah menolak dakwaan bahawa penubuhan parti baharu itu dibuatatas nama kesepakatan bersama pembangkang.

Di Serdang, anggota MT UMNO Tan Sri Noh Omar berkata penubuhan parti baharu tanpa matlamat perjuangan yang jelas tidak akan mampu menyaingi UMNO dalam meraih kepercayaan dan sokongan rakyat.

Beliau berkata walaupun mungkin diterajui bekas individu tersohor dan dikenali seperti Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sesebuah parti baharu mesti mempunyai falsafah dan matlamat perjuangan yang jelas seperti UMNO, bukannya sekadar untuk menjayakan agenda individu tertentu atau atas nama deklarasi rakyat.

"Dalam berpolitik, bila hendak tubuh parti mesti ada falsafah atau matlamat perjuangan dan dalam hal ini apa falsafah dan matlamat perjuangan parti baharu yang kononnya akan digerakkan Tun Mahathir itu.

"Kalau matlamatnya hanya sekadar untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau bagi menjayakan deklarasi rakyat, ia tentunya tidak akan tercapai malah terbukti telah ditolak rakyat seperti ditunjukkan melalui PRN Sarawak dan PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Noh berkata sejarah juga membuktikan parti tunjang orang Melayu itu akan terus bertahan, malah makin kukuh walaupun pernah tercatat bahawa pengasas penubuhannya iaitu Allahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti baharu.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata parti itu juga kekal utuh dan terus diterima rakyat walaupun ada pemimpinnya keluar parti dan menubuhkan parti baharu iaitu PAS dan Semangat 46, khusus bagi menyaingi UMNO.

"Jadi, perbezaan antara UMNO dan parti-parti lain ialah UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana menyokong pemimpin sebaliknya UMNO menyokong perjuangan...pemimpin datang dan pergi namun parti kekal teguh, ini prinsip kita," katanya, yang menambah parti yang ditubuhkan kerana seseorang individu akan berkubur apabila pemimpin tersebut tidak ada.

Di Sandakan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Juslie Ajirol menyifatkan kewujudan pakatan baharu diketuai Dr Mahathir itu tidak menggugat kekuatan UMNO di Sabah.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Libaran melihat UMNO Sabah tetap kukuh dan kuat di bawah kepimpinan Najib sebagai presiden parti dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Beliau tidak menafikan ada individu yang mungkin menyertai pakatan berkenaan.

"Semangat perpaduan dan berjuang untuk parti UMNO, iaitu pemimpin dan anggota akan terus bersama UMNO dalam meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbukanya di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Tiram Batu 19, dekat Sandakan, hari ini.

Juslie yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional Sabah berkata UMNO merupakan sebuah parti yang besar dan telah menjadi parti yang amat berjasa pada seluruh rakyat Malaysia.

"Kita tahu dia (Mahathir) berjasa kepada rakyat Malaysia tetapi kita juga tahu, jasanya semua datang daripada UMNO," katanya.- Bernama