Khamis, 23 Jun 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR GAMBAR DSAI PAGI TADI

Posted: 23 Jun 2016 03:20 AM PDT



Salam DSAI kepada semua sahabat dan pendukung perjuangan dari Mahkamah Syariah KL pagi ini..semua pihak harus merendahkan ego..hentikan berbalah sesama sendiri dan sedia bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik untuk Malaysia..



Beri Anwar rawatan di hospital sepenuhnya, surat Izzah kepada Najib-

Posted: 23 Jun 2016 12:06 AM PDT

Dato Najib jangan lupa jasa Anwar terhadap beliau......


Anwar Ibrahim, after winning his appeal, 02/09/04





Y.A.B.Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Pejabat YAB Perdana Menteri Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
PENJAGAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEPENUHNYA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR ATAS FAKTOR KESIHATAN YANG MEMBIMBANGKAN
Pada tarikh 15 Jun 2016 Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang.
ANWAR2. Semalam, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI.
3. Berikut merupakan senarai faktor yang dikenalpasti menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil :
* Setelah berbelas laporan perubatan termasuk laporan daripada barisan panel doktor yang dilantik oleh kerajaan, yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun, di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik. Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu.
* Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala yang secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan reverse shoulder replacement yang ditawarkan oleh Georgetown University, untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot.
* Wujudnya ketumbuhan dalam ginjal.
4. Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Datuk Seri Anwar hanya mengalami 'frozen shoulder.' Namun, kerana penahanan yang berlangsung di dalam lokap tanpa katil buat bulan pertama dalam tahanan, sebelum dipindahkan ke ruang yang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing. Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Datuk Seri Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti tahun-tahun 1999-2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang yang berulang. Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun.
5. Justeru, saya kira Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.
Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak Y.A.B Datuk Seri mempertimbangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University.
Yang benar,
Nurul Izzah Anwar

PUCUK PIMPINAN TERTINGGI PAS LUPA PRINSIP ASAS PAKATAN – AZMIN

Posted: 23 Jun 2016 12:00 AM PDT

Tanpa dasar bersama pertembungan satu lawan satu bukan jaminan kalahkan BN

Posted: 22 Jun 2016 11:58 PM PDT



Tanpa dasar bersama pertembungan satu lawan satu bukan jaminan kalahkan BN



KUALA LUMPUR, 23 JUN: Pertembungan satu lawan satu dalam Pilihanraya Umum (PRU) bukan formula ajaib yang mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi komitmen kepada satu dasar dan hala tuju bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang negara ini.
Ia terbukti dalam dua Pilihanraya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu apabila sebahagian pengundi tidak mengundi PAS selepas perpecahan Pakatan Rakyat, sebaliknya memilih Amanah atau BN.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, malah, jika berlaku pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS sekalipun, BN diramal memenangi majoriti jauh lebih tinggi berbanding keputusan dua PRK itu yang mencatat majoriti lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar.
"Dalam kempen PRK itu, saya meramalkan PAS akan tewas dengan 10,000 undi di Sungai Besar dan 5,000 undi di Kuala Kangsar berbanding dengan keputusan Pilihanraya Umum 2013.
"Keputusannya, PAS tewas dengan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi berbanding dengan undi yang diperoleh oleh PAS dalam Pilihanraya Umum 2013 lalu," jelasnya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, ini kerana 80 peratus pengundi yang memilih calon Amanah dalam PRK berkembar itu tidak mengundi PAS setelah Pakatan Rakyat berpecah.
Kenyataan itu sebagai mengulas lanjut cadangan bahawa PAS seharusnya tumpukan di beberapa buah negeri Pantai Timur dan Utara manakala Amanah tumpukan negeri lain sesuai dengan pelarasan antara dua parti itu mendapat pelbagai reaksi.
"Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad menyifatkan cadangan ini sebagai tidak masuk akal dengan alasan PAS perlu bertanding di kawasan yang pernah ditandinginya untuk 'memaksimakan kemenangan pembangkang' seperti Sabtu lalu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Namun telahan beliau kurang tepat apabila merujuk kepada keputusan dua PRK tersebut setelah perpecahan Pakatan Rakyat akibat kegagalan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berpegang kepada kerangka bersama Pakatan Rakyat," ujar beliau.
Kit Siang membuat kesimpulan berdasarkan keputusan dua PRK ini, yang penting untuk menewaskan BN ialah dasar yang dipersetujui bersama dalam pakatan pembangkang.
"Satu lawan satu bukanlah formula ajaib untuk menewaskan BN tanpa kerangka dasar yang dipersetujui bersama," tegas beliau. -Roketkini.com

KATA KATA PUJANGGA KETUA PEMUDA PAS

Posted: 22 Jun 2016 11:55 PM PDT




GANJARAN PAHALA SELAMATKAN NEGARA LEBIH BESAR DARIPADA DUDUK DI ATAS SEJADAH


Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar  berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara.

Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja.

Jika pemimpin UMNO yang berkata demikian mungkin ia boleh diterima seadanya, mungkin kerana dedak sudah diterima, tetapi dalam hal ini pemimpin Pas pun lebih kurang sama saja nadanya.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, keputusan dua pilihanraya kecil baru-baru ini mengesahkan taring politik Tun Mahathir telah tercabut dan mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan hujung-hujung usianya di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah.

Itulah sebaik-baik kehidupan ketika berada si hujung hayat kehidupan, kata beliau lagi.
Apakah ini tanda-tanda pertuturan orang yang sudah dipengaruhi dedak juga?

Apa agaknya reaksi Nik Aziz Nik Mat jika bapanya itu masih hidup dengan kenyataan Nik Abduh itu sedangkan negara sedang diselubungi dengan begitu banyak kerosakan yang disebabkan onar Perdana Menterinya?

Kenapa Nik Abduh hanya meminta Tun Mahathir saja yang berehat dan berada di atas sejadah, tetapi tidak kepada Najib yang di seluruh dunia diketahui dan diperkatakan dengan skandal kewangannya?

Kenapa juga Nik Abduh tidak meminta Hadi Awang sendiri agar lebih banyak berada di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah berikutan persekongkolan Presiden Pas itu dengan pemimpin yang sedang membawa kerosakan kepada negara?

Antara Tun Mahathir, Najib dan Hadi Awang, siapa yang sedang berbuat pahala dan siapa pula yang sedang merosakkkan hari-hari tua sebelum menemui Tuhannya?

Dalam hal ini, harus disedari oleh Nik Abduh bahawa pahala dan mengutip bekalan sebelum mati bukan saja boleh diperolehi di atas sejadah atau dengan mengunjungi Kaabah semata-mata, bahkan berjuang dan terus berjuang menyelamatkan negara jauh lebih besar lagi ganjarannya.

Lagi pun, ibadah sembahyang wajib dan sunat sudah tentu menjadi amalan biasa setiap hari bagi Tun Mahathir dalam usianya seperti sekarang, manakala Kaabah pula sudah pun dikunjunginya beberapa kali sebelum ini.

Apakah dalam melihat pelbagai kerosakan yang sedang dilakukan Najib sekarang, Tun Mahathir masih perlu berada 24 jam di atas sejadah atau berulang alik setiap minggu mengunjungi Kaabah?

Tidakkah apa yang dilakukan Tun Mahathir waktu ini, malah dengan ikrar untuk terus berjuang, bahkan mungkin lebih keras lagi, adalah sesuatu yang lebih bermanfaat dan mendatangkan gandaan pahala berbanding hanya banyak sembahyang serta berumrah yang jelas pahalanya  untuk dakapan peribadi semata-mata?

Untuk makluman Nik Abduh juga, ketiadaan pahala dan bertambahnya dosa seseorang pula bukan saja  disebabkan oleh bersekongkol dengan pemimpin curang dan lebih membawa kerosakan, malahan dengan cuba menghalang orang lain daripada terus berjuang untuk mewujudkan kebaikan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. (SH 21/06/2016).

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU PANDANGAN

Posted: 23 Jun 2016 08:00 PM PDT





WANG CUKAI SELANGOR PENANG
gua pernah baca dari seorg x editor nst ke bh ke kpd tmj,katanya keluar dari johor bukan la dari kuasa perdana menteri tetapi dari kuasa rakyat johor itu sendiri.so kalo rakyat selangor dan penang usulkan utk keluar dari projek malaysia makanya tiada kuasa pm najib rosmah utk masuk campur. menurut rakan gua dari uk, mereka undi keluar eu kerana uk memberikan byk dana wang fulus kepada eu tp ekonomi uk makin teruk.

 rakan dari itali kata matawang itali drop selepas join eu.kes ini sama seperti selangor dan penang.selangor dan penang membayar cukai kpd kerajaan pusat tiap2 tahun tetapi selangor dan penang tidak diberi peruntukan.utk warga selangor penang dan kepimpinan PH mesti la rasa tidak adil. 


wang cukai dari selangor penang ini diagih2kan kpd negeri2 miskin seperti perak,pahang dan lain2 termasuk kelantan.kelantan yg dikatakan kaya dgn minyak begitu bangga dgn islam kerana negeri islam la maka allah bagi kekayaan minyak.selangor dan penang tiada minyak sejak dulu tp lihat la on JAM 4:16 PAGI MALAYSIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/24/16



-----------

BREXIT

Posted: 23 Jun 2016 06:48 PM PDT




POUND JATUH


EU referendum: pound plunges after strong Brexit vote leaves UK on knife-edge – live
Brexit or remain? Rolling coverage of the results of the UK's EU referendum as they come in, with reaction and analysis




---------

PERANAN AGAMA BODOHKAN MELAYU

Posted: 23 Jun 2016 06:40 PM PDT







AGAMA AKAN

MEMASTIKAN

GEROMBOLAN

KETUANAN 

MELAYU TERUS

BERKUASA



Rakyat mesti taat 

kepada pemimpin 

walaupun dizalimi, 

kata Mufti
Ada hadis yang menunjukkan kita (rakyat) kena taat kepada pemimpin walaupun dia (pemimpin) zalim, selagi dia (pemimpin) tidak menyuruh kepada kemaksiatan


KUALA LUMPUR: Islam mengajar umatnya supaya taat dan patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu merupakan seorang yang zalim, kata Mufti Pahang. 
 
Tuan Haji Abdul Rahman Osman berkata, terdapat hadis yang menunjukkan rakyat perlu taat selagi pemimpin tersebut tidak menyuruh dan mengajak untuk melakukan kemaksiatan. 
 
"Ada hadis yang menunjukkan kita (rakyat) kena taat kepada pemimpin walaupun dia (pemimpin) zalim, selagi dia (pemimpin) tidak menyuruh kepada kemaksiatan


BOLEH CARI

AYAT AYAT

CARI HADIS

SEMUA ADA

NO PROBLEM

YG PENTING

MELAYU BODOH



----------

BODOHKAN MELAYU

Posted: 23 Jun 2016 06:00 PM PDT




KAMUS BAHASA
org melayu ni cukup tak sedar diri..kamus bahasa melayu banyak ciplak dari bahasa lain..majlis agama ni kena beli buku prof ahmat adam..kena faham cara membaca bahasa melayu versi portugis,versi british.dah la majlis agama ni bodoh...dia membodohkan org plak..berjangkit2 dosa pembodohan itu.bayangkan la berapa juta dosa majlis agama tu dpt..tak caya tanyaa ust2 ustazah2 tv al hijrah tv9 tv1..

ass tu bontot..bontot ini sama erti dgn puki dlm bahasa indon. jawa kata manok itu burung, pinoy kata manok tu ayam.sila rujuk kamus jawa zahid hamidi.tp ada org kata zahid hamidi org aceh..kalo org aceh maknanya zahid adalah pendatang. on SATU LAGI PROJEK BODOHKAN MELAYU
Anonymous
on 6/23/16

SIAPA PUNAY COP
cuba tengok siapa punya cop, majlis agama mana?org2 dlm majlis agama ni belajar kat mana?kalo pembaca tt baca mungkin akan ketawa berdekah dekah..lu org bygkan kalo org2 kampung yg takut mbaca takut berfikir tu membaca nota pembodohan itu..pasti akan kecut perut.tu belum masuk penganut2 tarikat, hakikat dan makrifat baca nota tu, bukan main takut dgn sume tu.ilmu mengenal tuhan ini tidak ditakuti oleh para kaum pemodal atau kaum kapitalis.

tetapi ilmu,kefahaman dan praktikal melwan kezaliman mengenai deep state, kapitalis, pemodal amat2 ditakuti dan wajib dipenjarakan.ni la akibatnya usrah, kuliah agana cuma 1way direction je. siapa byk soal maka dia akan dipulaukan.nnt kenduri takda org dtg, nnt mati, takda org sembahyangkan.ini praktis islam dibenua melayu.hidup islam dialam melayu lebih susah dari islam di benua kafir. on SATU LAGI PROJEK BODOHKAN MELAYU
Anonymous
on 6/23/16




---------

JAM 4:16 PAGI MALAYSIA

Posted: 23 Jun 2016 01:18 PM PDT





SILA BACA

ini tajuk akhbar independent
lihat di UK pun pemilihan
akan disabotaj oleh deep state
MI5 ialah polis rahsia yang
akan memastikan UK terus dalam EU

para pemilih dinasehat bawa pen sendiri
kerana pensil yang disedia mungkin
akan hilang dakwatnya
bawa pen sendiri untuk memangkah



Brexit supporters urged to take own pens to polling stations amid fears of MI5 conspiracy

Nearly a third of Ukip voters believe MI5 are involved in a plot to rig the vote, according to a survey this week





----------------

BELUM ADA KEPUTUSAN

Posted: 23 Jun 2016 01:03 PM PDT





JAM 9.01 PM

LONDON 

4.01 PAGI

MALAYSIA

KEPUTUSAN

BREXIT BELUM

SAMPAI





-----------

TEMU BUAL LEBIH PANJANG

Posted: 23 Jun 2016 06:00 AM PDT





TEMUBUAL 

LEBIH PANJANG

TAK PUAS HATI

YA AMPOON HUDUD DI BERUNAI

Posted: 23 Jun 2016 05:30 AM PDT










HUKUM HUDUD

DIKATAKAN

DARI ALLAH

BERUNAI

ADA HUDUD

SULTAN DAN

KELUARGA

DIKECUALI DARI 

HUKUM HUDUD

KENAPA ALLAH

KECUALIKAN 

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH



-----------

LAGI KENA TENDANG

Posted: 23 Jun 2016 05:00 AM PDT





INGAT 

MACAM MANA

BACA MEDIA?

BILA KATA

TAK KENA TEKAN

ERTINYA APA?

Saya letak jawatan bukan sebab ditekan'

UTRAJAYA - [DIKEMASKINI]  Abu Kassim Mohammad menegaskan, tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk beliau memendekkan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018.

Sebaliknya ia merupakan permohonan kali ketiga dibuatnya bagi mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya dan kali ini diluluskan oleh kerajaan, katanya.   
  
"Ini (permohonan) adalah atas permintaan saya. Saya telah menyatakan dalam kenyataan yang lepas-lepas, saya tidak akan bertindak mengundurkan diri atas mana-mana tekanan. Ini adalah jelas, berkali-kali saya nyatakan.

KAH KAH KAH

mula dihantar

ke amerika cabut

buah pinggang

patut berhenti

disember 2018

napa sekarang?

kah kah kah

APA RAHSIA?


--------------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 23 Jun 2016 04:00 AM PDT


 



SELAMAT 

BERBUKA


HARI INI
cuaca molek indah
terbaik terbest
tak ganggu jiwa
macam jerebu
macam bulan  tiga dulu
panas yang gila
tak tahu apa nak buat

KELMARIN
gua keluar dari kl
ini ritual tiap tahun
gua pergi hulu langat
beli kueh tepi jalan
beli lauk tepi jalan
beli buah tepi jalan
beli jering tepi jalan

hulu langat  tepi cheras 
macam pekan tapi masuk
dalam sampai kg orang asli
masuk dalam dalam lagi
naik genting perah
sampai jelebu rumah gua

KUEH GULUNG
akhirnya gua jumpa kuah gulung
gua juga dapat beli kerabu mangga
beli juga gulai ikan


KEDAI IKAN AIR TAWAR
tujuan nak ke sini
kedai ini tutup
orang lain yang niaga
ikan air tawar tak ada
tuan restoran bercuti

kemudian kami pusing-pusing
bunuh masa pergi kg orang asal
ada berok
ada anjing
dan beli durian 
durian kampong - gagal

kemudian cari kedai yang kosong
kami berlabuh dan berbuka puasa
banyak kedai  di hulu langat
yang  kami dah berlabuh
tiap tahun ritual 
ada kedai  dulu buka sekarang tutup
dan makin banyak kedai baru


RAYA LAGI

DUA MINGGU







--------

SPRM MULA BERSUARA

Posted: 23 Jun 2016 01:30 AM PDT






DULU SORANG 

BERSUARA

KALI INI 


SEORANG LAGI


APA MAKNANYA?



AWAS DAN WASPADA

Posted: 23 Jun 2016 12:30 AM PDT






AWAS AWAS

BETINA INI

AKAN LEBIH

GANAS DARI

JANTAN HITAM

BARACK OBAMA

Hillary Clinton's Likely Defense Secretary Wants More US Troops Fighting ISIS and Assad
By Patrick Tucker
Flournoy, has been making the case for sending more American troops into combat against ISIS and the Assad regime than the Obama administration has been willing to commit.




--------

INI BETUL POTONG STIM

Posted: 22 Jun 2016 11:00 PM PDT




INI BETUL

POTONG STIM

RAYA

-



Kastam rampas lebih 11 tan mercun

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 11 tan mercun di seluruh negara sejak lebih dua bulan lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata JKDM menjalankan operasi lebih awal kerana mercun biasanya mendapat permintaan tinggi khususnya menjelang musim perayaan.

"Pada masa ini, mercun-mercun yang kita rampas ini semuanya sangat canggih, yang memerlukan orang profesional untuk mengendalikannya. Kalau suka-suka nak bakar, amat berbahaya


ALAA MAK

TAHUN INI

GUA KENA

MAIN MERIAM

BULUH MACAM

ORANG SAYONG

KAH KAH KAH



----------

HUDUD DI PAKISTAN

Posted: 22 Jun 2016 09:15 PM PDT





PAKISTAN HUDUD
my god..ya allah.demi zeus...pakistan yg amalkan hudud pun ada kes2 mcm ni..agak2 si penembak ni dikenakan hudud tak?ulama2 hudud pakistan ni wajib belajar dari tuan punatsehat haji hadi sotong presiden ulama malaysia aka presiden parti seislam malaysia mengenai bagaimana hudud wajib dijalankan..

tak silap gua, perihal perlaksanaan hudud ni tak pernah dibincangkan oleh pesuruhjaya2 british opsss silap pesuruhjaya2 pas..yg dibincangkan pesuruhajaya2 pas ini adalah kerajaan perpaduan dgn united malay national organisation yg ditetaskan oleh british di ISTANA Johor.umno dikatakan dan terbukti bekerja sebagai barua british..

jgn lupa lepas raya nnt, kemerdekaan yg sebenar bukan sb genap puasa 30 hari, tp kemerdekaan sebenar gua adalah kerana pas mahu keluar dari kerajaan selangor..ameennn...jgn lupa, october nanti tuan presiden ulama malaysia aka presiden pas akan bentangkan hudud..semoga tuhan merahmati bumi malaysia, apabila tiada lg rakyat kelantan yg buat taik dinegeri org...kalo on AL- FATIHAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/23/16




-----------

DUA GENG SEDANG BEREBUT

Posted: 22 Jun 2016 08:30 PM PDT





PERTEMPURAN

DUA GENG

Pengerusi NGO anti jenayah ditahan peras ugut

 | June 23, 2016
Pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun.
PETALING JAYA: Akibat tidak tahan dengan peras ugut berterusan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan berkaitan jenayah, pengusaha judi ekor haram tampil membuat laporan polis.
Pengusaha itu mendedahkan suspek bergelar Datuk itu memeras ugut wang berjumlah RM25,000 sebulan.
Ekoran itu, suspek ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.
Menurut sumber seperti yang dipetik sebuah laporan portal, pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun


BRO

LU NGO

MANA LU BOLEH

LAWAN POLIS

KAH KAH KAH

MEREKA LEBIH

CEKAP PANTAS

BIJAK BERTUGAS


Dituduh khalwat: Pengerusi MyWatch lapor polis terhadap pengguna Twitter

PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Twitter yang mendakwa beliau ditahan polis dalam serbuan khalwat di sebuah hotel di Seremban.
Mengesahkan laporan itu hari ini, Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata beliau baru sahaja selesai membuat laporan polis.
"Tindakan undang-undang akan menyusul," tulisnya di Twitter.
Dalam laporan polis yang dilihat FMT malam tadi, Sanjeevan berkata satu twit bertarikh 10 Jun oleh seorang pengguna @mamifoo berkata: "Pengerusi MyWatch @SanjeevanSSS ditangkap khalwat dengan seorang pegawai polis di Seremban. Pencegah jenayah konon!!!"
-------------