Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR GAMBAR DSAI PAGI TADI

Posted: 23 Jun 2016 03:20 AM PDT



Salam DSAI kepada semua sahabat dan pendukung perjuangan dari Mahkamah Syariah KL pagi ini..semua pihak harus merendahkan ego..hentikan berbalah sesama sendiri dan sedia bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik untuk Malaysia..



Beri Anwar rawatan di hospital sepenuhnya, surat Izzah kepada Najib-

Posted: 23 Jun 2016 12:06 AM PDT

Dato Najib jangan lupa jasa Anwar terhadap beliau......


Anwar Ibrahim, after winning his appeal, 02/09/04





Y.A.B.Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Pejabat YAB Perdana Menteri Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
PENJAGAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEPENUHNYA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR ATAS FAKTOR KESIHATAN YANG MEMBIMBANGKAN
Pada tarikh 15 Jun 2016 Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang.
ANWAR2. Semalam, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI.
3. Berikut merupakan senarai faktor yang dikenalpasti menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil :
* Setelah berbelas laporan perubatan termasuk laporan daripada barisan panel doktor yang dilantik oleh kerajaan, yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun, di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik. Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu.
* Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala yang secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan reverse shoulder replacement yang ditawarkan oleh Georgetown University, untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot.
* Wujudnya ketumbuhan dalam ginjal.
4. Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Datuk Seri Anwar hanya mengalami 'frozen shoulder.' Namun, kerana penahanan yang berlangsung di dalam lokap tanpa katil buat bulan pertama dalam tahanan, sebelum dipindahkan ke ruang yang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing. Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Datuk Seri Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti tahun-tahun 1999-2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang yang berulang. Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun.
5. Justeru, saya kira Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.
Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak Y.A.B Datuk Seri mempertimbangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University.
Yang benar,
Nurul Izzah Anwar

PUCUK PIMPINAN TERTINGGI PAS LUPA PRINSIP ASAS PAKATAN – AZMIN

Posted: 23 Jun 2016 12:00 AM PDT

Tanpa dasar bersama pertembungan satu lawan satu bukan jaminan kalahkan BN

Posted: 22 Jun 2016 11:58 PM PDT



Tanpa dasar bersama pertembungan satu lawan satu bukan jaminan kalahkan BN



KUALA LUMPUR, 23 JUN: Pertembungan satu lawan satu dalam Pilihanraya Umum (PRU) bukan formula ajaib yang mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi komitmen kepada satu dasar dan hala tuju bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang negara ini.
Ia terbukti dalam dua Pilihanraya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu apabila sebahagian pengundi tidak mengundi PAS selepas perpecahan Pakatan Rakyat, sebaliknya memilih Amanah atau BN.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, malah, jika berlaku pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS sekalipun, BN diramal memenangi majoriti jauh lebih tinggi berbanding keputusan dua PRK itu yang mencatat majoriti lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar.
"Dalam kempen PRK itu, saya meramalkan PAS akan tewas dengan 10,000 undi di Sungai Besar dan 5,000 undi di Kuala Kangsar berbanding dengan keputusan Pilihanraya Umum 2013.
"Keputusannya, PAS tewas dengan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi berbanding dengan undi yang diperoleh oleh PAS dalam Pilihanraya Umum 2013 lalu," jelasnya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, ini kerana 80 peratus pengundi yang memilih calon Amanah dalam PRK berkembar itu tidak mengundi PAS setelah Pakatan Rakyat berpecah.
Kenyataan itu sebagai mengulas lanjut cadangan bahawa PAS seharusnya tumpukan di beberapa buah negeri Pantai Timur dan Utara manakala Amanah tumpukan negeri lain sesuai dengan pelarasan antara dua parti itu mendapat pelbagai reaksi.
"Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad menyifatkan cadangan ini sebagai tidak masuk akal dengan alasan PAS perlu bertanding di kawasan yang pernah ditandinginya untuk 'memaksimakan kemenangan pembangkang' seperti Sabtu lalu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Namun telahan beliau kurang tepat apabila merujuk kepada keputusan dua PRK tersebut setelah perpecahan Pakatan Rakyat akibat kegagalan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berpegang kepada kerangka bersama Pakatan Rakyat," ujar beliau.
Kit Siang membuat kesimpulan berdasarkan keputusan dua PRK ini, yang penting untuk menewaskan BN ialah dasar yang dipersetujui bersama dalam pakatan pembangkang.
"Satu lawan satu bukanlah formula ajaib untuk menewaskan BN tanpa kerangka dasar yang dipersetujui bersama," tegas beliau. -Roketkini.com

KATA KATA PUJANGGA KETUA PEMUDA PAS

Posted: 22 Jun 2016 11:55 PM PDT




GANJARAN PAHALA SELAMATKAN NEGARA LEBIH BESAR DARIPADA DUDUK DI ATAS SEJADAH


Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar  berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara.

Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja.

Jika pemimpin UMNO yang berkata demikian mungkin ia boleh diterima seadanya, mungkin kerana dedak sudah diterima, tetapi dalam hal ini pemimpin Pas pun lebih kurang sama saja nadanya.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, keputusan dua pilihanraya kecil baru-baru ini mengesahkan taring politik Tun Mahathir telah tercabut dan mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan hujung-hujung usianya di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah.

Itulah sebaik-baik kehidupan ketika berada si hujung hayat kehidupan, kata beliau lagi.
Apakah ini tanda-tanda pertuturan orang yang sudah dipengaruhi dedak juga?

Apa agaknya reaksi Nik Aziz Nik Mat jika bapanya itu masih hidup dengan kenyataan Nik Abduh itu sedangkan negara sedang diselubungi dengan begitu banyak kerosakan yang disebabkan onar Perdana Menterinya?

Kenapa Nik Abduh hanya meminta Tun Mahathir saja yang berehat dan berada di atas sejadah, tetapi tidak kepada Najib yang di seluruh dunia diketahui dan diperkatakan dengan skandal kewangannya?

Kenapa juga Nik Abduh tidak meminta Hadi Awang sendiri agar lebih banyak berada di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah berikutan persekongkolan Presiden Pas itu dengan pemimpin yang sedang membawa kerosakan kepada negara?

Antara Tun Mahathir, Najib dan Hadi Awang, siapa yang sedang berbuat pahala dan siapa pula yang sedang merosakkkan hari-hari tua sebelum menemui Tuhannya?

Dalam hal ini, harus disedari oleh Nik Abduh bahawa pahala dan mengutip bekalan sebelum mati bukan saja boleh diperolehi di atas sejadah atau dengan mengunjungi Kaabah semata-mata, bahkan berjuang dan terus berjuang menyelamatkan negara jauh lebih besar lagi ganjarannya.

Lagi pun, ibadah sembahyang wajib dan sunat sudah tentu menjadi amalan biasa setiap hari bagi Tun Mahathir dalam usianya seperti sekarang, manakala Kaabah pula sudah pun dikunjunginya beberapa kali sebelum ini.

Apakah dalam melihat pelbagai kerosakan yang sedang dilakukan Najib sekarang, Tun Mahathir masih perlu berada 24 jam di atas sejadah atau berulang alik setiap minggu mengunjungi Kaabah?

Tidakkah apa yang dilakukan Tun Mahathir waktu ini, malah dengan ikrar untuk terus berjuang, bahkan mungkin lebih keras lagi, adalah sesuatu yang lebih bermanfaat dan mendatangkan gandaan pahala berbanding hanya banyak sembahyang serta berumrah yang jelas pahalanya  untuk dakapan peribadi semata-mata?

Untuk makluman Nik Abduh juga, ketiadaan pahala dan bertambahnya dosa seseorang pula bukan saja  disebabkan oleh bersekongkol dengan pemimpin curang dan lebih membawa kerosakan, malahan dengan cuba menghalang orang lain daripada terus berjuang untuk mewujudkan kebaikan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. (SH 21/06/2016).

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT