Sabtu, 4 Jun 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HAKIKAT SEBENAR DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Posted: 04 Jun 2016 03:59 PM PDT




Betul kata menteri ini, apa yang berlaku kepada Pas sekarang tidak lain menunjukkan parti itu menyokong dan mengakui apa yang diperjuangkan UMNO selama ini.
Pengarah Pilihanraya Pas, Mustaffa Ali pula mengesahkan musuh mereka dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah Amanah dan bukannya UMNO.
Lalu, benarlah bahawa walaupun di atas kertas berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi hakikatnya ialah perlawanan dua lawan satu iaitu Pakatan Harapan melawan BN yang dibantu oleh Pas selaku sekutu barunya.
Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang bermula hari ini akan dihidangkan dengan pelbagai jamuan kempen sehingga 18 Jun depan, diharapkan tidak sesekali terkeliru dengan hakikat ini. 

Di antara dua, pilihan hanya satu dan eloklah diabaikan parti yang sudah berubah laku. (SH 05/06/2016).

PKR arah anggota semua peringkat bantu kempen calon PH di Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 04 Jun 2016 03:55 PM PDT


Wan Azizah akan bersama mengiringi calon Amanah di Sungai BesarWan Azizah akan bersama mengiringi calon Amanah di Sungai Besar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan sepenuh kerjasama membantu jentera kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata jentera PKR dari seluruh negara akan dipimpin sendiri oleh Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) iaitu YB Nurul Izzah Anwar di Sungai Besar dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail di Kuala Kangsar.
"Untuk perarakan mengiringi calon esok, Dato' Seri Presiden, Dato' Dr Wan Azizah Wan Ismail akan hadir bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan yang lain untuk mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar, Ustaz Mohd Azhar Abdul Shukur.
"Manakala pimpinan PKR yang lain juga akan turut bersama-sama mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli ke pusat penamaan calon," katanya dalam satu surat yang diedarkan hari ini.
Beliau juga menyeru supaya anggota PKR dan aktivis reformasi turun beramai-ramai mengiringi calon-calon Pakatan Harapan ke pusat penamaan calon pada 5 Jun 2016 ini untuk menzahirkan sokongan padu dan komitmen PKR kepada Pakatan Harapan dalam kedua-dua pilihanraya kecil.
Beliau juga mengarahkan pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPRN) supaya berbincang dengan Nurul Izzah Anwar dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail bagi tujuan penyelarasan tugasan.
"Secara umumnya, negeri-negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Kuala Kangsar sementara negeri-negeri Selatan/Tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar," katanya.
Beliau mendoakan semua ahli dan penyokong turun beramai-ramai menyertai jentera PKR yang telah ditugaskan di kedua-dua kawasan untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
"Kemenangan itu In Sha Allah akan menjana gelombang rakyat membawa reformasi dan membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Ng Suee Lim: Kita Kena Jelas, Siapa Musuh Kita Sekarang?

Posted: 04 Jun 2016 07:03 AM PDT

Mat Sabu: Rasuah Dalam Negara Kita Dah Jadi Bahan Ketawa Dunia

Posted: 04 Jun 2016 07:01 AM PDT








Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak

Posted: 03 Jun 2016 11:02 PM PDT



Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak

Kenyataan Umum

4 Jun 2016

FORENSIK PDRM HARUS BERTINDAK, CUBAAN MENIPU AGONG
  1. che'GuBard dengan ini menyambut baik beberapa laporan polis yang dibuat semalam mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi mengenal pasti penipuan / pemalsuan 'tandatangan' sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir.
  2. Antarayang membuat laporan polis semalam (3 Jun 2016) ialah

      - Siti Nor Hafiza Azmi (Naib Ketua, AMK Bayan Baru) dengan diiringi oleh Azrizal Tahir, Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru dan Mohd Aidil Fitri Ibrahim, bekas Ketua AMK Bayan Baru.

     - - Ali Azhari Ahmd (aktivis PKR Hulu Terengganu) dengan diiringi Asyraf, AJK AMK Terengganu

    - Muhamad Zulkhaire Dzulcaply dan Megat Khairul Anuar Razali masing - masing merupakan aktivis aktif PKR turut membuat laporan di Seremban dan Kuala Kubu Bharu
  3. che'GuBard bersetuju dengan laporan polis ini mendesak agar PDRM menggunakan kepakaran 'forensik' mereka menyiasat senarai sokongan Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir.
  4. 26 Mei lepas muncul seorang lelaki dengan akuan bersumpahnya menuntut seorang wanita yang bernama Syarul Ema atau dikenali sebagai Ratu Naga menyelesaikan baki pembayaran RM4,000 yang dijanjikan kerana membekalkan senarai nama (pengkalan data) untuk digunakan dalam melengkapkan senarai sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir untuk dipersembahkan ke Istana Negara. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/tandatangan-jutaan-rakyat-dipalsukan.html). Maka ini jelas merupakan cubaan menipu secara sedar DYMM SPB Yg Di Pertuan AgOng. Ini diperjelaskan dalam Akuan Bersumpah yang dibuat Azharuddin Othman yang dikepilkan sekali dengan salinan 'print screen' komunikasi whats app bersama Ratu Naga yang bertindak bagi pihak Seketeriat Deklarasi Mahathir.
  5. Penafian perempuan yang dimaksudkan dengan mengangkat Al Quran bukan sahaja tidak menjawab apa - apa sebaliknya hanya menghina Islam dengan menyalah gunakan kitab suci Al Quran. Jelas Ema menipu kerana selepas akuan bersumpah itu didedahkan, Ema panik dan terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin dan dibawah ini disertakan 'print screen' dia bertanya berkenaan Azharuddin. Soalnya bukan dia kenal atau tidak Azharudin tetapi benar atau tidak kejadian 'pembelian' senarai nama (pengkalan data) itu berlaku. Sila klik sinibagi melihat pendedahan penuh lampiran print screen kumpulan Azharruddin bersama Ema. (http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html)



    (dua print screen whats app dari Ema yang mana dari dua nombor berlainan yang sering digunakannya terus menghubungi kumpulan Azharuddin walaupun selepas akuan bersumpah didedahkan)
  6. Penafian Seketeriat Deklarasi Mahathir memang sudah dijangka dan saya sudah jangka. Dalam Perenggan ke 6 Kenyataan balas saya pada 28 Mei saya sudah nyatakan Seketeriat Deklarasi Mahathir sudah tidak ada jalan lain dan akan menafikan Ema terlibat dalam aktiviti mengumpulkan sokongan terhadap deklarasi.
  7. Menurut kenyataan Seketeriat Deklarasi Mahathir sendiri menyatakan tandatangan secara tulis  tangan hanya 200,000 sahaja itulah usaha mereka turun pasar malam dan seumpamanya, itupun angka genap itu meragukan. Manakala sokongan secara atas talian pula 1,071,997 dan hanya 253,205 telah dibuang kerana bertindih dan maklumat tidak lengkap tetapi bagaimana dengan kemasukan maklumat lengkap tidak bertindih tetapi disalin dari pengkalan data lain ?

    Tidak menolak kemungkinan Data secara borang tulis tangan juga dipalsukan tetapi tumpuan sokongan mudah dipalsukan melalui sokongan atas talian di mana hanya memerlukan data seperti Nama Penuh, No.Kad Pengenalan dan eMail. Maknanya sesiapa sahaja boleh memuat naik sokongan jika punya senarai maklumat di atas dan lebih mudah jika punya aplikasi salinan muat naik automatik
    "print screen" dari laman sesawang untuk menyatakan sokongan kepada Deklarasi Mahathir
  8. Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir. Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut ? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan. Jika Seketeriat Deklarasi enggan bekerjasama maka sudah tentu mereka juga sedar mengenai penipuan ini dan mahu menutupnya.
  9. Telah saya sebut Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato' Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan Datuk Kamaruddin Jaafar beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.
  10. Saya tegaskan sekali lagi, belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia

Komentar Kini

Komentar Kini


Puasa tahun ini bermula selasa

Posted: 04 Jun 2016 01:32 AM PDT


Salah satu rukun Islam ialah puasa bulan Ramadan.Kewajipan berpuasa bulan Ramadan adalah mutlak berdasarkan Al Quran sepertimana Firmannya yang bermaksud: " Hai orang orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari hari yang lain. Wajib bagi orang orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidiyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang didalamnya  diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan poembeza (diantara yang hak dan yang batil). Oleh kerana itu, barangsiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka) Maka (wajiblah bagi berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. Allah s,w.t menghendaki kemudahan bagi kamu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah S.W.T diatas petunjuknya yang diberikan kepada kamu. Supaya kamu bersyukur" (surah Al Baqarah ayat 183-186)

Rata rata mengatakan mula berpuasa pada tahun ini ialah jatuh pada hari Isnin dan ada yang tidak setuju mula berpuasa pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Memang mengikut kelandar  1 Ramadan 1437 bersamaan 6 Jun 2016 jatuh pada hari Isnin dan melihat anak bulan yang ditentukan oleh pihak kerajaan diadakan pada petang hari Ahad, iaitu 29 Syaaban 1437 bersamaan  5 Jun 2016. Maka ratab rata mengatakan puasa jatuh pada 6 Jun 2016.

Faktanya, Jika anak bulan tidak kelihatan pada petang Ahad 5 Jun 2016 puasa tidak jatuh pada hari Isnin dan ia akan disytihar mohar raja bahawa puasa jatuh pada hari Selasa, iaitu pada 2 Ramadan 1437.

Penentukan puasa tetap diadakan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan dan juga jangan kamu berbuka puasa (mengakhiri bulan puasa) sehingga kamu melihat anak bulan. Apabila kamu terhalang (untuk melihat bulan) maka genapkanlah hitunganya" ( Ibn Taimiyah Majmu fatawa. Jilid v Hlm 133-134)

Maksud sabda nabi, genapkanlah hitungannya, iaitu sempurnakan hitungan atau jemlah bulan Syaaban menjadi 30 hari sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam riwayat Abu Hurairah yang dicantumkan oleh Bukhary dalam kitabnya Sahih Al Bukhary yang bermaksud " Puasalah kamu sekalian sekiranya sudah melihat anak bulan dan berbuka puasalah kamu jikalau kamu sudah melihat bulan. Apabila bulan tersebut tertutp atau tidak dilihat oleh kamu, maka genapknlah hitungan bulan Sya'aban 30 hari.

Oleh itu, puasa di Negara satu Malaysia pada tahun ini jatuh pada hari selesa iaitu 2 Ramadan 1437 bukan pada hari Isnin, I Ramadan 1437. Sepertimana yang dinyatakan kebanyakan umat Islam dua tiga hari ini.




Tukar Tiub

Tukar Tiub


SELAMAT DATANG PUASA

Posted: 04 Jun 2016 09:30 AM PDT






SELAMAT


DATANG


PUASA





--

GEROMBOLAN GADUH LAGI

Posted: 04 Jun 2016 06:00 AM PDT







BERITA BAIK

UNTUK PHR

PAKATAN 

HARAPAN

 | June 4, 2016
Datuk-Kamilia-Ibrahim




Kamilia berpendapat, ramai pemimpin dalam Wanita dan Puteri UMNO Perak yang lebih layak untuk dicalonkan pada PRK Kuala Kangsar.

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim menyifatkan tindakan parti itu menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di PRK Parlimen Kuala Kangsar sebagai langkah yang silap dan hanya mengundang sabotaj kepada kempen BN.
Beliau menjangkakan pencalonan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham  Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bakal mengundang perpecahan di dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar memandangkan bukan semua pihak yang menyenanginya.
"Tetapi Mastura bukanlah orang yang sesuai. Kedudukannya sebagai balu bekas ahli Parlimen bukanlah sebab yang cukup untuk mewakili rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam wawancara bersama FMT.

KAH KAH KAH

gaduh gaduh

jangan tak gaduh

keluar keris

mula bersilat

kah kah kah

GADUH LAGI

----------

LIHAT BUKIT

Posted: 04 Jun 2016 05:30 AM PDT





LIHAT BUKIT 
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?" Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. 

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib-gaib". Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". 

Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh on SIAPA BOLEH ONLINE DENGAN TUHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/3/16




-----------

AHLI PAS CABUT LARI

Posted: 04 Jun 2016 05:00 AM PDT





BERITA APA

INI?

KENAPA 

DIBOCORKAN


PAS akui keahlian merosot teruk, 20 peratus keluar parti, mati

KOTA BARU, 3 Jun ― Keahlian PAS merosot 20 peratus sejak tahun lalu, sewaktu parti itu bergolak susulan krisis kepemimpin sehingga melahirkan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).
Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan mengakui di muktamar PAS bahawa ia kini mempunyai kira-kira 800,000 anggota berbanding sejuta orang pada Mac 2015.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pas-akui-keahlian-merosot-teruk-20-peratus-keluar-parti-mati#sthash.Evnofxzs.2PHcSAIh.dpuf

KAH KAH KAH

makin berat

makin kalut

musuh sudah

tahu semua

kah kah kah

ramai cabut

ramai lari

kah kah kah

yang tinggal 

mat sotong

MAT KUPANG



----------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 04 Jun 2016 04:30 AM PDT











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

SIAPA TAHU

Posted: 04 Jun 2016 01:00 AM PDT








SIAPA TAHU

DIMANA BOLEH

DAPATKAN

BORANG

UNTUK BELI

PAHALA

TANYA DULU

SEBELUM CERITA

JANGAN MARAH






-----------

LU PIKIR SENDIRI

Posted: 04 Jun 2016 12:30 AM PDT





MADE IN CHINA
bro, lu pikir berapa juta nak buat menara telco ni? bukan main riban2 tau..sume makan ribu, kalo tak salah ingatan, satu menara kosnya rm1juta sblm kes 1mdb..skrang sume telco sudah kering kantong.yg kaya ceo coo dan jawatan2 C yg lain..sekarang sume telco melayu suda pakai barang made in china. diulangi made in china.tak silap gua, bomba, tudm pun ada pakai brgan made in china pun..

so dato jamal ikan bakar tolong jaga2 sket.selain megurangkan kos bina tower, sewa menara masjid ni antara rm3k-5k sblm..bygkan kalo ada 5 operator.maknanya rm3kx 3 atau 5 operator, lu kira la sndiri.ni la ruang dan peluang yg selalu direbut2kan utk jadi pengerusi masjid, atau ajk2 masjid.bugas gak ada intenet kat masjid ni bole la gua baring2 sambil baca tukartiub..

bole juga la tgk ustaz kijang berbicara perihal nabi dan kijang secara online..bahkan dgn adanya syarikat2 telco ni, kita juga bole online direct ke tuhan..takyah dah nak susah2 masuk pas dan suh hadi sampaikan hajat kita..errr..bole gak tgk on GUA SUDAH CAKAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/3/16




------------

SILA HULUR BANTUAN

Posted: 03 Jun 2016 10:30 PM PDT



TELAH DIBETUL

TERIMA KASEH


akaun no tak cukup 1 angka lagi. Maybank kena 12 digit. on SAMA SAMA KITA MEMBANTU
Publish | Delete | Spam
Ruzita Gani
on 6/1/16



AMAL JARIAH

SAMA SAMA  

KITA MEMBANTU



CIK GU FARIZ




105038093534

MAY BANK

Mohd Fariz bin Abdul Talib @ Musa

Diabetes punca kaki Fariz Musa dipotong, Wan Azizah zahir simpati

PETALING JAYA 24 MEI: Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa dilaporkan menjalani pembedahan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.
Presiden KEADILAN,  Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kesedihannya ketika melawat Fariz di hospital Ahad lalu.
-----------

SUDAH MEROSOT

Posted: 03 Jun 2016 09:30 PM PDT





DAH MEROSOT

DARI 340,000 

SATU KELUARAN

KINI  27,000



Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah

KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah.

Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu.

"Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita.



KAH KAH KAH

adakah ahli pas

lebih suka 

menonton

filem jerman

sekarang

kah kah kah

tergolek dog

PORNO SERBAN

------------

BULAN PUASA DI NEGARA KAPIR

Posted: 03 Jun 2016 08:00 PM PDT




FACE BOOK

Zulhazry Mohd Yusoff telah berkongsi foto ‎ثقافة‎.
6 jam
Jerman, mengecualikan cukai kepada restoran orang Islam dan kedai menjual barang makanan untuk memastikan harga barang tidak naik sepanjang bulan puasa.
Pemimpin Islam yang bersunat buat apa untuk mengawal harga barang?
Buat bodoh?



















------------