Sabtu, 4 Jun 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HAKIKAT SEBENAR DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Posted: 04 Jun 2016 03:59 PM PDT




Betul kata menteri ini, apa yang berlaku kepada Pas sekarang tidak lain menunjukkan parti itu menyokong dan mengakui apa yang diperjuangkan UMNO selama ini.
Pengarah Pilihanraya Pas, Mustaffa Ali pula mengesahkan musuh mereka dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah Amanah dan bukannya UMNO.
Lalu, benarlah bahawa walaupun di atas kertas berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi hakikatnya ialah perlawanan dua lawan satu iaitu Pakatan Harapan melawan BN yang dibantu oleh Pas selaku sekutu barunya.
Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang bermula hari ini akan dihidangkan dengan pelbagai jamuan kempen sehingga 18 Jun depan, diharapkan tidak sesekali terkeliru dengan hakikat ini. 

Di antara dua, pilihan hanya satu dan eloklah diabaikan parti yang sudah berubah laku. (SH 05/06/2016).

PKR arah anggota semua peringkat bantu kempen calon PH di Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 04 Jun 2016 03:55 PM PDT


Wan Azizah akan bersama mengiringi calon Amanah di Sungai BesarWan Azizah akan bersama mengiringi calon Amanah di Sungai Besar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan sepenuh kerjasama membantu jentera kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata jentera PKR dari seluruh negara akan dipimpin sendiri oleh Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) iaitu YB Nurul Izzah Anwar di Sungai Besar dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail di Kuala Kangsar.
"Untuk perarakan mengiringi calon esok, Dato' Seri Presiden, Dato' Dr Wan Azizah Wan Ismail akan hadir bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan yang lain untuk mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar, Ustaz Mohd Azhar Abdul Shukur.
"Manakala pimpinan PKR yang lain juga akan turut bersama-sama mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli ke pusat penamaan calon," katanya dalam satu surat yang diedarkan hari ini.
Beliau juga menyeru supaya anggota PKR dan aktivis reformasi turun beramai-ramai mengiringi calon-calon Pakatan Harapan ke pusat penamaan calon pada 5 Jun 2016 ini untuk menzahirkan sokongan padu dan komitmen PKR kepada Pakatan Harapan dalam kedua-dua pilihanraya kecil.
Beliau juga mengarahkan pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPRN) supaya berbincang dengan Nurul Izzah Anwar dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail bagi tujuan penyelarasan tugasan.
"Secara umumnya, negeri-negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Kuala Kangsar sementara negeri-negeri Selatan/Tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar," katanya.
Beliau mendoakan semua ahli dan penyokong turun beramai-ramai menyertai jentera PKR yang telah ditugaskan di kedua-dua kawasan untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
"Kemenangan itu In Sha Allah akan menjana gelombang rakyat membawa reformasi dan membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Ng Suee Lim: Kita Kena Jelas, Siapa Musuh Kita Sekarang?

Posted: 04 Jun 2016 07:03 AM PDT

Mat Sabu: Rasuah Dalam Negara Kita Dah Jadi Bahan Ketawa Dunia

Posted: 04 Jun 2016 07:01 AM PDT








Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak

Posted: 03 Jun 2016 11:02 PM PDT



Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak

Kenyataan Umum

4 Jun 2016

FORENSIK PDRM HARUS BERTINDAK, CUBAAN MENIPU AGONG
  1. che'GuBard dengan ini menyambut baik beberapa laporan polis yang dibuat semalam mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi mengenal pasti penipuan / pemalsuan 'tandatangan' sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir.
  2. Antarayang membuat laporan polis semalam (3 Jun 2016) ialah

      - Siti Nor Hafiza Azmi (Naib Ketua, AMK Bayan Baru) dengan diiringi oleh Azrizal Tahir, Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru dan Mohd Aidil Fitri Ibrahim, bekas Ketua AMK Bayan Baru.

     - - Ali Azhari Ahmd (aktivis PKR Hulu Terengganu) dengan diiringi Asyraf, AJK AMK Terengganu

    - Muhamad Zulkhaire Dzulcaply dan Megat Khairul Anuar Razali masing - masing merupakan aktivis aktif PKR turut membuat laporan di Seremban dan Kuala Kubu Bharu
  3. che'GuBard bersetuju dengan laporan polis ini mendesak agar PDRM menggunakan kepakaran 'forensik' mereka menyiasat senarai sokongan Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir.
  4. 26 Mei lepas muncul seorang lelaki dengan akuan bersumpahnya menuntut seorang wanita yang bernama Syarul Ema atau dikenali sebagai Ratu Naga menyelesaikan baki pembayaran RM4,000 yang dijanjikan kerana membekalkan senarai nama (pengkalan data) untuk digunakan dalam melengkapkan senarai sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir untuk dipersembahkan ke Istana Negara. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/tandatangan-jutaan-rakyat-dipalsukan.html). Maka ini jelas merupakan cubaan menipu secara sedar DYMM SPB Yg Di Pertuan AgOng. Ini diperjelaskan dalam Akuan Bersumpah yang dibuat Azharuddin Othman yang dikepilkan sekali dengan salinan 'print screen' komunikasi whats app bersama Ratu Naga yang bertindak bagi pihak Seketeriat Deklarasi Mahathir.
  5. Penafian perempuan yang dimaksudkan dengan mengangkat Al Quran bukan sahaja tidak menjawab apa - apa sebaliknya hanya menghina Islam dengan menyalah gunakan kitab suci Al Quran. Jelas Ema menipu kerana selepas akuan bersumpah itu didedahkan, Ema panik dan terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin dan dibawah ini disertakan 'print screen' dia bertanya berkenaan Azharuddin. Soalnya bukan dia kenal atau tidak Azharudin tetapi benar atau tidak kejadian 'pembelian' senarai nama (pengkalan data) itu berlaku. Sila klik sinibagi melihat pendedahan penuh lampiran print screen kumpulan Azharruddin bersama Ema. (http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html)



    (dua print screen whats app dari Ema yang mana dari dua nombor berlainan yang sering digunakannya terus menghubungi kumpulan Azharuddin walaupun selepas akuan bersumpah didedahkan)
  6. Penafian Seketeriat Deklarasi Mahathir memang sudah dijangka dan saya sudah jangka. Dalam Perenggan ke 6 Kenyataan balas saya pada 28 Mei saya sudah nyatakan Seketeriat Deklarasi Mahathir sudah tidak ada jalan lain dan akan menafikan Ema terlibat dalam aktiviti mengumpulkan sokongan terhadap deklarasi.
  7. Menurut kenyataan Seketeriat Deklarasi Mahathir sendiri menyatakan tandatangan secara tulis  tangan hanya 200,000 sahaja itulah usaha mereka turun pasar malam dan seumpamanya, itupun angka genap itu meragukan. Manakala sokongan secara atas talian pula 1,071,997 dan hanya 253,205 telah dibuang kerana bertindih dan maklumat tidak lengkap tetapi bagaimana dengan kemasukan maklumat lengkap tidak bertindih tetapi disalin dari pengkalan data lain ?

    Tidak menolak kemungkinan Data secara borang tulis tangan juga dipalsukan tetapi tumpuan sokongan mudah dipalsukan melalui sokongan atas talian di mana hanya memerlukan data seperti Nama Penuh, No.Kad Pengenalan dan eMail. Maknanya sesiapa sahaja boleh memuat naik sokongan jika punya senarai maklumat di atas dan lebih mudah jika punya aplikasi salinan muat naik automatik
    "print screen" dari laman sesawang untuk menyatakan sokongan kepada Deklarasi Mahathir
  8. Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir. Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut ? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan. Jika Seketeriat Deklarasi enggan bekerjasama maka sudah tentu mereka juga sedar mengenai penipuan ini dan mahu menutupnya.
  9. Telah saya sebut Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato' Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan Datuk Kamaruddin Jaafar beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.
  10. Saya tegaskan sekali lagi, belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan: