Rabu, 1 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


Umno kena buat 'over-time' buat penerangan...

Posted: 01 Jun 2016 07:54 AM PDT

Related image

Ahli-Ahli Jawatankuasa umno Bahagian Kuala Kangsar dan lain-lain pemimpin umno/BN dari pusat sudah mula merungut-rungut sebab kini mereka terpaksa buat kerja lebih masa untuk membuat penerangan dan penjelasan kepada semua pengundi-pengundi di parlimen Kuala Kangsar pada masa kempen nanti kenapa calun pilihan mereka Mastura Mat Yazid tidak akan dapat menunjukan diri untuk mendekati pengundi-pengundi serta turun berkempen pada pilihanraya kecil itu nanti (ramai yang dah mula memaki hamun pun dah ada).

Biarpun ianya telah dijelaskan olih Zahid Hamidi akan sebab-sebab kenapa calun pilihan umno/BN di pilihanraya kecil Kuala Kangsar itu tidak dapat hadir dan tunjukan diri, namun 90 peratus pengundi-pengundi disana tetap mahu melihat kelibat dan wajah Mastura sebab mereka nak tengok sendiri siapa Mastura ini, dan soalan paling penting ialah sama ada dia mampu untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Berita mengatakan yang Mastura tidak akan dapat hadir untuk menyerahkan borang pencalunan pada hari penamaan calun serta semasa kempen nanti telah tersebar luas seluruh pekan dan pelusuk kampung diKuala Kangsar dan menyebabkan pengundi-pengundi diKuala Kangsar tertanya tanya "bolih kah dia ni jadi calun kita? atau umno/BN ni cuma nak tagih undi simpati dan undi kesian dari kita? Laporan-laporan risik pihak berkuasa dan parti-parti telah mengatakan umno/BN akan 'makan asap' pada pilihanraya kecil ini.

dollah yankee -
Kalau tanya gurkah-gurkah politik di'port' ini, calun pilihan mereka dari Pakatan Harapan ialah Nizar Jamaludin ada lah calun yang boleh menang.




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Posted: 01 Jun 2016 05:30 PM PDT

Malaysia dateline



 Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.
Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.
Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.
"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.
Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.
Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.
Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".
Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.
Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.
Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.
"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang turut berucap memberikan jaminan, pemimpin DAP akan berada setiap hari dalam kawasan pilihan raya kecil yang mempunyai 33% pengundi Cina ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan.
Turut berucap adalah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan naib presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof.
Dengan pengumuman ini, pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar iaitu Pakatan Harapan melawan calon Barisan Nasional yang diwakili Budiman Radhi dan calon Pas Dr Rani Othman.
Malam ini, Pakatan Harapan akan memperkenalkan calon mereka di Kuala Kangsar pula.
Kedua-dua pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ahli parlimen mereka dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 18 Jun ketika umat Islam sedang berpuasa.

Azhar calon Pakatan Harapan di PRK Sungai Besar

Posted: 01 Jun 2016 03:42 PM PDT


Azhar Ab Shukur (dua dari kiri) calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Pakatan Harapan meletakkan Ketua Amanah Sungai Besar Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar untuk menentang dua calon lain dari BN dan Pas pada 18 Jun ini.
Azhar,51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru  yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.
Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.
Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.
Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.
Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman  Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.
Esok Pakatan Harapan akan mengumumkan  pengisytiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.
Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.
Barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengisytiharan nama calon yang akan bertanding  bagi kerusi Parlimen  Sungai Besar yang diadakan malam tadi.Barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengisytiharan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar yang diadakan malam tadi.

Bukan pembangkang yang buat rakyat Perak derita kerana GST

Posted: 01 Jun 2016 03:38 PM PDT



Howard_Lee

IPOH, 2 JUN: Dakwaan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazal ibahawa rakyat negeri Perak suatu ketika dahulu mengalami penderitaan kononnya akibat daripada pemerintahan pakatan pembangkang, dibidas Sosialis Muda DAP (Dapsy) Perak.
Ketuanya Howard Lee Chuan How berkata, tohmahan seumpama itu menonjolkan kegagalan Tajol melihat masalah rakyat daripada perspektif nasional selain sikap tidak peduli beliau terhadap dasar-dasar membebankan rakyat yang dilulus dan dipertahankan kerajaan Barisan Nasional.
"Kenyataan beliau begitu jelas menonjolkan betapa 'out of touch' sesetengah pemimpin politik UMNO-BN.
"(Cukai) GST yang benar-benar menderitakan rakyat dilaksanakan oleh siapa?
"Peningkatan kos sara hidup yang mendadak akibat pelaksanaan GST itu berlaku di bawah pemerintahan parti mana?" katanya kepada Roketkini.com.
Sehubungan itu, Howard yang juga Adun Pasir Pinji menasihati pemimpin-pemimpin negara, terutamanya daripada UMNO-BN supaya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan 'separuh masak' seperti itu.
"Sebagai seorang mantan menteri besar dan orang lama dalam politik, nak retorik pun biarlah benar dan berdasarkan fakta. Jangan sampai meludah ke langit, muka sendiri yang kena," ujarnya.
"Kami menghormati sesiapa yang telah menyumbang kepada negeri dan negara. Tetapi, jika kurang tahu dan faham keadaan semasa, mungkin kerana telah terlalu lama berada dalam kalangan puak elit dan kelas atasan, janganlah memalukan diri dengan kenyataan yang mengelirukan seperti itu," tambahnya.
Baru-baru ini, Tajol dalam satu majlis di Kuala Kangsar dilaporkan sebagai berkata bahawa sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, rakyat telah mengalami penderitaan ekoran salah faham yang berlaku dalam pakatan pembangkang berkenaan.
Tuduhan yang dibuat secara rambang itu tidak pula menjelaskan langsung apakah penderitaan yang beliau maksudkan. – Roketkini.com

Kajian dapati Pas bakal hilang 6 hingga 8 ribu undi Cina Sg. Besar

Posted: 01 Jun 2016 12:02 AM PDT


CEO Ilham Centre Hisomuddin BakarCEO Ilham Centre Hisomuddin BakarRata-rata pengundi Cina di Parlimen Sungai Besar yang ditemui oleh Ilham Centre dalam tinjauan lapangan badan kajian politik itu baru-baru ini menyatakan penolakan mereka secara berterus-terang terhadap Pas.
Pengerusi Eksekutifnya, Hisomudin Bakar berkata, reaksi spontan pengundi Tionghoa di parlimen tersebut dipercayai ekoran perubahan dasar kepimpinan Pas termasuk bertindak keluar daripada blok pembangkang sekaligus memecahkan gabungan Pakatan Rakyat.
"Pengundi Cina sudah tentu tak akan undi Pas. Melalui pertemuan dengan penduduk Cina di Sungai Besar, bila ditanya kepada mereka, berapa peratus Cina boleh bagi (undi) pada Pas, mereka ada yang jawab, kalau dapat 1 peratus pun, Cina buta saja yang undi Pas," ujarnya.
Berkongsi hasil pemerhatiannya pada forum "Tiga Penjuru: Pembangkang Rugi?" di Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi, beliau memberitahu, pengundi Cina di Parlimen Sungai Besar jelas marah dengan pendirian politik Pas.
"Jadi, ke mana pengundi cina pergi? Kepada Amanah kebarangkalian tinggi, atau dapat nombor dua (jumlah undi). Jika kena dengan strategi, Amanah juga akan meraih undi daripada kelompok atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atas tiket pakatan pembangkang," jelasnya.
Walau bagaimanapun, Hisomudin mengakui pihaknya tidak terlalu optimis dengan jumlah undi yang diterima Amanah sekiranya peratusan pengundi Cina keluar mengundi merosot atau pengundi muda di luar Sungai Besar enggan pulang untuk mengundi.
Mengulas perkembangan semasa Pas di Sungai Besar, beliau berpendapat parti diterajui Datuk Seri Hadi Awang itu sedang mengalami banyak masalah.
"Suramnya kempen Pas di Sungai Besar setakat ini. Pas tak buka lagi 40 cawangan. 15 cawangan saja yang buat (mengadakan) mesyuarat. Itupun tak buka UPU (Unit Peti Undi) mereka.
"Mereka sudah tahu keputusan (PRK). Pas dijangka hilang 6,000 hingga 8,000 undi daripada pengundi Cina," ujarnya.
Melihat potensi yang ada pada Amanah ekoran kemelut Pas itu, menurutnya, situasi tersebut berbeza di antara Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Ada kelompok harummanis (masih ahli Pas tetapi kritis terhadap parti) yang masih belum keluar. Kelompok ini lebih ramai di Sungai Besar berbanding Kuala Kangsar. Pada peringkat awal lalu, mereka yang masuk Amanah ini ramainya adalah guru dan aktivis Pas," katanya lagi.
Sementara itu, pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon bertanding di Sungai Besar, ujarnya, keputusan BN itu lebih bersandarkan faktor populariti.
"Budiman dia ini begitu popular termasuk kalangan mat-mat rempit. Umno ingin mengambil jalan mudah kerana calon sudah dikenali. Kita juga perlu memahami cara berfikir penduduk tempatan yang tegar pemikirannya sama ada di sebelah Umno mahupun Pas," tambahnya lagi.
Forum anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) selama kira-kira dua jam itu tetap diteruskan dalam keadaan bergelap dan panas akibat terputusnya bekalan elektrik ketika memasuki jam kedua program tersebut.
Walau bagaimanapun, pentas forum masih diterangi sedikit cahaya apabila beberapa peserta secara spontan menyalakan fungsi lampu pada telefon pintar masing-masing.

Husam dipindah ke kerusi pembangkang di Dun Kelantan

Posted: 31 May 2016 11:59 PM PDT


Adun Salor Datuk Husam MusaAdun Salor Datuk Husam Musa
Kedudukan kerusi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini secara rasminya telah diubah dan tidak berada di kerusi Adun Pas.
Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'cob berkata, perpindahan tersebut berkuatkuasa hari ini sempena Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dun Kelantan hari ini.
"Kita letak Husam di kerusi bebas yang berada sebaris dengan barisan kerusi pembangkang. Pemakluman mengenai perkara itu dibuat sejak dua minggu sebelum persidangan bermula.
"Ini sudah menjadi perkara biasa apabila individu itu tidak lagi menjadi ahli Pas mahupun parti yang memerintah kerajaan," katanya kepada media di luar dewan sebentar tadi.
Bagaimanapun untuk hari pertama persidangan hari ini Husam tidak hadir.

Azhar, Ahmad Termizi disebut-sebut calon Amanah PRK serentak

Posted: 31 May 2016 11:43 PM PDT

JANGAN  LUPA  YB NIZAR  PENTING  DI PERAK....




Azhar, Ahmad Termizi disebut-sebut calon Amanah PRK serentak
Majliis presiden Pakatan Harapan adalah pemilik kata putus siapa bertanding
Menjelang pengumuman calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar malam ini dan Kuala Kangsar esok, teka-teki bagi kedua-dua calon hampir terjawab.
Di Sungai Besar nama Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur disebut-sebut akan diumumkan malam ini.
Malaysiadateline difahamkan, nama Azhar, 50, yang juga anak tempatan dan bekas guru itu calon tunggal yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional.
"Apapun, keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh Amanah Nasional," kata sumber yang rapat dengan Amanah Selangor kepada Malaysiadateline.
Bagi PRK Kuala Kangsar, dua nama disebut-sebut iaitu bekas pensyarah Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli dan seorang anak muda Hasnul Zulkarnain yang juga Ketua Parlimen Amanah Kuala Kangsar.
Sementara itu, Malaysiadateline juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi memuktamadkan calon bagi kedua-dua PRK itu yang akan diumumkan pada majlis berasingan malam ini dan esok.
Majlis Pengisytiharan calon Sg. Besar malam ini akan berlangsung di Dewan Sri Sekinchan, manakala bag Kuala Kangsar malam esok akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.
Pengisytiharan kedua-dua calon Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan ini akan disempurnakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Khamis lalu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membuat keputusan bahawa mereka akan menghantar calon bagi kedua-dua PRK itu selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAM INI

Posted: 01 Jun 2016 06:30 PM PDT




MALAM INI

semua dijemput datang
forum & pelancaran buku
kedai buku gerakbudaya


ALAMAT : 2, Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Inilah hikayat Buyung bin Anu yang tidak wujud tetapi terdapat di mana-mana di alam virtual reality, yang digelar YB oleh orang kampung kerana dia lima kali kalah pilihan raya dan lima kali hilang wang pertaruhan. Adakah YB itu hanya untuk Yang Berhormat? Inilah anggapan YB sebenar yang menjadi antara tokoh dalam karangan ini, dan orang ramai. Sungguh cantik dan comel jika semua YB itu sekali gus yang baik, yang bagus, yang berusaha, yang bijaksana, yang berbakti, yang berbudi, yang berjasa, yang bersopan, yang berwibawa, yang bertakwa, yang berilmu, yang bestari, yang budiman, yang benar, dan yang lain-lain; bukannya YB itu yang bodoh, yang bengis, yang baran, yang bengkok, yang boros, yang bahlul, yang bebal, yang berbohong, yang berkendak, yang berjahat, yang belot, yang bolot, yang bacul, yang banggi, yang badut, yang busuk, dan yang lain-lain sejenisnya.

Hikayat Buyung Lurus

( Sebuah Hikayat Politik Melayu )

Author/Editor: Mohd. Affandi Hassan
Condition: Good
ISBN: 9789832344568
Publisher: Gerakbudaya
Published: 2016

---------

KENAPA LETERIK PADAM

Posted: 01 Jun 2016 06:00 PM PDT






USUL TOBAT
ALLAH tak happy lah tu Patut orang orang PAS mintak USUL TOBAT Jangan jaja jaja AGAMA tuk cari makan Maruah hancus , sami sami buddha ke hulu hilir sebar agama pakai kain oren tak pakai kasut pun Lagi tinggi maruah sami sami buddha PAS nak main juta juta jugak giler nak pakai Alpahard Vellfire BENTLEY Apa otak otak BAHALOL sangka dengan jaja AGAMA boleh jadi BILLIONIR macam Donald Trump ke ???? Bodoh banget !!!!!! on TANDA DAN SIGNAL
Anonymous
on 6/2/16

TENGKOLOK GANTI SERBANG
Allah sangat hot dengang PAS dan kasi PAS blakawot masa persidangang. Allah hot sebab PAS dah pandai tanggalkang jubah dan serbang .. padan muka mu. PAS kali ni berpakaiang tradisi Melayu yg mirip pakaiang kapir hindu. 

Tongkolok ganti serbang. Berkeris lagi .. ada yg seekor guna dua keris. Berlatar belakang muzik woyam kulit yg PAS pernah haramkang. DAP yg kapir dan sapelai arak pada ustaz Mat Sabu dan geng Amanah tak pernah pulak Allah hot dan blakawot kang perdidangang mereka .. kah kah kah padan muka. on TANDA DAN SIGNAL
panglimo potaseh
on 6/2/16

TAK BERKAT
Mmg betul la tu bro... Tak berkat.. on TANDA DAN SIGNAL
helmi yaakub
on 6/2/16

ULAMAK MESIR
ha ha ha lebih ulamak mesir bertumpu didakwah sahaja drp politik tak sesuai utk geng jual ugama yg bercabang lidah . Jangan melatah ya geng Pas semua akan selesai selepas pRU 14 .Selamat ber-online on TANDA DAN SIGNAL
Anonymous
on 6/1/16

CAYALAH
Cayalah ustaz pak janggut Tiub.. on TANDA DAN SIGNAL
Anonymous
on 6/1/16

PAKAI KERIS
Bila nak buh gambaq ulamak ni pakai keris ni..kah222222 on TANDA DAN SIGNAL
Saiful
on 6/1/16








----------

TANDA DAN SIGNAL

Posted: 01 Jun 2016 06:00 AM PDT






TANDA DARI

ALLAH



'Blackout': Muktamar Pemuda, Muslimat tergendala
KOTA BHARU - Perjalanan Muktamar Tahunan Pemuda dan Muslimat Pas yang berlangsung di sini tergendala sejak 12.10 tengah hari tadi apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba di kedua-dua lokasi majlis itu.

Wakil di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) kemudiannya membuat pengumuman penangguhan seketika dan memberi laluan untuk perwakilan berehat lebih awal.

Setakat ini tujuh pembahas sudah menyampaikan hujah untuk membahas Ucaptama Ketua Pemuda dan masih berbaki tujuh lagi perwakilan.




BANJIR DATANG

ALLAH MARAH

BANYAK

MAKSIAT

PANAS DATANG

KERANA ALLAH

MURKA

TETIBA LETERIK

PADAM GELAP

APAKAH KERANA

ALLAH MURKA

KERANA TIPU 

JUAL AGAMA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

-----------

SELAMAT BERBUASA

Posted: 01 Jun 2016 05:30 AM PDT





TAK ADA DALAM QURAN
Kalu kita pandu pada alQuran mencari maklumat yang lebih terang lagi jelas maka kita dapati tiada arahan dari Quran yakni wahyu dari Tuhan itu akan kita harus/wajib berpuasa pada waktu tertentu. Pada zaman Nabi kalendar Islam belum terdaftar lagi. Jadi ada orang2 yang berpengaruh selepas wafatnya Nabi telah menetapkan bila kita wajib berpuasa dalam setahun kalender Islam.

Mungkin bagi mengkukuhkan lagi arahan-arahan ini mereka mencipta hadith yang memberi autoriti untuk mengistitusikan ibadah puasa yang semua tak boleh bantah mengikut tafsiran-tafsiran mereka, tafsiran orang lain yang berbeza sikit akan dihukum. Tafsiran mereka adalah yang paling afdal meskipun ia masih tak lagi dapat authoriti terus dari Tuhan. 

Yang biasa kita dengar ialah " berpuasalah kamu pada satu waktu yang ramadan ( panas). Pergertian Ramadan itu adalah satu tempoh/musim/era yang panas, mungkin makna intinya ialah kita berdisplin dalam mengharungi sesuatu ketika yang mencabar dan menguji. Jangan terus ghaplah on BERPUASA UNTUK APA?
Anonymous
at 7:08 PM

KAYA DAN  MISKIN
Siang puasa menghayati kehidupan orang miskin, malam berbuka buffet kat hotel menghayati kehidupan orang kaya. KAH KAH KAH on BERPUASA UNTUK APA?
Anonymous
at 6:10 PM

ULAMAK
Berpuasa utk berbuka percuma dgn ulamak..... nk tum pang amin kan doa yg makbul. on BERPUASA UNTUK APA?
Anonymous
at 6:02 PM

EKOSISTEM
Puasa datang lagi. Dulu orang kata, puasa ini dapat kita dalami ekosistem orang yg papa kedana .. dapat rasa cam ne tak makan, minum dan entot, pancut pon tak leh, tapi pada siang je .. malam leh melantak sepuas nye. Realiti nye si papa-kedana ni soru tergelincir siang malam .. entot tetap entot tak kira waktu. Lepas tu ada kata puasa boleh dapat bergunung pahala .. hadis kata, bertarawih saja boleh dapat pahala 7 gunung tiap malam .. maka makin ramailah datang bertarawih .. makin kembunglah poket ustaz.

Akhirnye pecah rahsia yg hadis tentang pahala tersebut adalah tipu bongak .. angkara yahudi kot sapa lagi. Realiti nye uztas tu iklan diri nya untuk dapat upah jadi imam tarawih .. jual agama la tu. Bab gi umrah pada bulan puasa gwa tak mau cerita la .. betul buat duit ooo .. bayangkan ustas yg ikhlas jual pakej umrah kurang 3 ribu je .. tapi ustaz jual agama punya pakej, cecah 6, 7 ribu .. apa hookooom nya tu. Apa pun seminggu sebelum puasa KL dah jem gila .. ini semua angkara cam on BERPUASA UNTUK APA?
panglimo potaseh
on 6/1/16



MAT KAMPAU
BER POSA lah kamu sesungguh nya dapat menjimat duit juga dapat kurang sedekah baziran Masa POSA lah dapat makan FREE di mana mana Masjid Surau dan Jalanan Simpan lah duit masa POSA ini dan belanja lah pada Minyak Toll dan Sedekah Baziran di hari Raya nanti

 Jangan lupa Mat Kampau dan Mat Boroi juga nak duit Raya walau pun tak POSA Kan Melayu Melayu semua tu , mana boleh pakai pun..... on BERPUASA UNTUK APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/1/16


----------

HAKIKI - SIAPA DIA?

Posted: 01 Jun 2016 05:00 AM PDT




JENG JENG JENG

KALAU TAK 

BETUL TUDUHAN

INI SATU FITNAH

KALAU BETUL

SIAPA DIA?


Azizah percaya Azmin takkan lindungi salah laku


Presiden PKR letak kepercayaan penuh terhadap Azmin dan yakin tiada individu akan dilindungi.

Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan kepercayaan penuh terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam berdepan tuduhan terhadap kerajaan negeri itu.
Azizah dipercayai merujuk dakwaan 'permintaan wang dan wanita' ketika berurusan dengan kerajaan Selangor dan yakin Azmin tidak akan melindungi pihak terlibat sekiranya terdapat bukti salah laku berkenaan.
"Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah  Azmin Ali, menteri besar Selangor.

"Kami yakin sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, menteri besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan tidak akan dilindungi," katanya pada kenyataan media.

KAH KAH KAH

kes dah berat

masuk SPRM

soalan hakiki

betul ke?

atau hanya

cerita dongeng

kah kah kah

SPRM & SPR


------------

BODOH YANG BETUL BETUL BODOH

Posted: 01 Jun 2016 01:00 AM PDT







KEBODOHAN

YANG TAK ADA

BANDINGAN


FACE BOOK
Kecerdikan pemimpin yg lahir dari 'universiti Umno' jangan disangkal..



---------

KUPANG LAWAN SOTONG

Posted: 01 Jun 2016 12:00 AM PDT





INI BERITA

TEPAT LAGI

BENAR LAGI

SAHEH



Kesal kaedah pemilihan calon PRK Sungai Besar - pencuri lawan pencuri


KOTA BHARU - Dewan Ulamak Pas Selangor berasa kesal apabila pemilihan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar menggunakan kaedah 'pencuri lawan pencuri'.

Perkara itu disuarakan perwakilannya, Nik Baki Nikmat sambil menegaskan masih ramai pimpinan profesional dan ulama dalam Pas yang berwibawa boleh diketengahkan untuk mewakili parti Islam itu dalam mana-mana pilihan raya.

"Selangor merasakan ada sesuatu yang kalau boleh dewan ulamak ambil ketegasan dengan calon PRK, mungkin Selangor terasa dari sudut ada unsur pemilihan calon yang menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri atau 'harum manis lawan harum manis'.


KAH KAH KAH
woit 
sepatutnya 
mt sotong lawan mat kupang
porno jepun lawan porno german
harum manis lawan harun jin
kah kah kah
jual agama lawan jual jubah
jula air jampi lawan jual air liur
kah kah kah

DEK MUNDEK




---------

BERPUASA UNTUK APA?

Posted: 31 May 2016 10:00 PM PDT






KUASA RINGGIT DAN MODAL

Bulan Ramadan sampai. Sekali lagi kita akan menyambut bulan puasa. Setiap kali bulan puasa sampai saya akan ngelamun kembali ke zaman   kanak-kanak. Betapa susahnya 'berlapar' ketika di sekolah rendah. Lalu teringat dengan kesah-kesah menghantar kad hari raya. Dan memilih kad-kad yang paling spesial kepada  Minah yang menjerut hati.

Dipagi raya ada baju baru, songkok baru, kasut baru dan sapu tangan baru. Semua indah murni tidak ada cela dan gangguan. Zaman jujur - zaman lurus bendul.  Zaman 'innocent' - zaman kanak-kanak  yang tidak ada masaalah. 

Semua ini hanyalah  ingat ingatan yang telah berlalu.

Bila mendewasa saya melihat  Ramadan dan Hari Raya dengan kaca mata yang agak berbeza. Tanda dan makna puasa itu menjadi lebih dalam dari memiliki sepasang kasut baru. Semakin mendewasa semakin sedar bahawa puasa ini diamalkan   juga oleh pelbagai agama dalam dunia ini. Bukan orang Melayu sahaja berpuasa. 

Penganut agama Yahudi, Kristian, Druze, Hindu, Bahai, Majusi, Taoisma atau Buddha juga mengamalkan puasa.  Berpuasa bukan monopoli umat Islam. Malah perkataan puasa dalam Bahasa Melayu ini  berasal dari Sanskrit.

Baru-baru ini sebuah Ngo - Sahabat Alam  dari Pulau Pinang telah membuat kenyataan tentang Bulan Puasa. Ngo yang khusus bersuara tentang alam sekitar tetiba telah  bangun untuk menjadi penjaga moral kita.

Ngo ini telah menyatakan betapa hodohnya bulan puasa kebelakangan ini. Iklan-iklan  tentang berbuka puasa telah mula disebarkan oleh tuan empunya hotel.  Berbuka puasa di hotel telah menjadi satu feshen. Lagi mahal tempahan berbuka yang dibuat lagi berjaya puasa yang diamalkan.
Malah mengikut kata Ngo ini - puasa telah hilang roh dan semangat keagamaannya.

Apa yang disuarakan oleh NGO ini betul dan tepat. Kritikan tentang puasa yang telah hilang roh dan semangatnya juga betul. Pembaziran makanan di dewan-dewan makan hotel juga menjijikan. Ini juga betul. 

Apa yang berlaku dikebelakangan ini bukan lagi semangat  dan roh puasa. Semua ini di tegah dan dilarang oleh semua agama. Tetapi kenapa saban tahun ianya terus berlaku?

Untuk memahami ini kita wajib memahami apa yang membudayakan kita. Apa yang menjadikan kita ini kita. Apa yang melahirkan nilai yang menjadi pegangan hidup kita. Kita ini menjadi kita kerana apa?

Saya tidak mahu menggunakan perkataan yang besar-besar saperti superstructure. Tapi inilah pekaranya yang saya cuba tuntaskan.

Ketika saya berpuasa  di sekolah rendah dahulu - Tanah Melayu baru sahaja ditinggalkan oleh penjajah British. Ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu belum lagi berkembang saperti  ekonomi kita pada hari ini. 

British telah bermandi darah menghantar  puluhan ribu tentera Commonwealth untuk mempertahankan Tanah Melayu dari jatuh ketangan Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Boestaman, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng. Ketika itu Tanah Melayu dipersimpangan dua jalan. Jalan aliran kapitalis dan jalan aliran nasionalis/ sosialis.

British telah mewujudkan United Malays National Organistion sebuah parti rasis  Melayu yang pro- kapitalis. Parti rasis Melayu ini  menjadi parti pro pemodal yang akan menjamin harta kekayaan British di Tanah Melayu  tidak akan dirampas untuk dimilik negarakan oleh Burhanuddin atau Boestaman.

Maknanya pada ketika saya membesar sistem ekonomi kapitalis telah diamalkan di Tanah Melayu. Tetapi sistem ekonomi kapitalis pada ketika itu baru sahaja bertapak di Tanah Melayu. Sistem ini telah mengalami keruntuan sesudah zaman meleset 1929 dan zaman Perang Dunia Kedua. 

Justeru sistem kapitalis dizamam sesudah perang agak  lemah. Dalam masa yang sama sesudah perang dunia kedua wujud blok ekonomi sosialis  di Eropah Timur dan China. Pertempuran sistem kapitalis dan sosialis cukup sengit. Justeru sistem kapitalis bergerak dengan behati-hati.

Hari ini semuanya telah berubah. Sistem kapitalis telah berjaya mendominasi dan mencengkam  hampir seluruh dunia ini. Dunia kita hari ini sedang berkiblatkan kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini bertuhankan keuntungan maksima. Rukun iman sistem ekonomi kapitalis ialah untung. Amal jariah sistem kapitalis ialah bersedekah untuk melarikan diri dari cukai mukai.

Sistem ekonomi kapitalis inilah yang melahirkan budaya kita. Sistem ini juga bertanggung jawab menetaskan nilai umat manusia dalam dunia hari ini.

Hakikatnya sistem ini  lebih kuat dari segala  pengaruh dan pegangan agama. Sistem ini lebih kukuh  dan meluas dari semua kepercayaan. Dalam dunia hari ini tidak ramai lagi umat manusia yang tidak dibalut atau dipengaruhi oleh budaya  sistem ekonomi kapitalis.

Terus kedengaran kritikan terhadap Bulan Ramadan  yang dikomesilkan. Kritikan terhadap Hari Raya menjadi pesta jual beli. Semakin ramai yang menyuarakan rasa tidak senang dengan pembaziran di Pasar Ramadan. Semua betul. 

Sayang sekali - mereka yang mengeluarkan kritikan ini tidak memahami apa dari mana lahirnya nilai komersial ini? Dari mana lahirkan budaya  yang menjadikan bulan puasa satu bulan komersial. Kenapa hari ini bulan puasa telah hilang roh keagamaannya?

Jika Sang Kritikus ini berfikir dengan lebih mendalam maka mereka akan sedar bahawa  semua ini muncul dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis - apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh dibeli untuk dijual akan dibeli.

Justeru - jangan marah pada saya jika saya katakan bahawa pada hari ini jual beli agama telah menjadi satu industri yang besar. Sembahyang, kitab suci, kitab-kitab agama, naik haji, pergi umrah, belajar agama - semuanya telah di komersialkan. Inilah kekuatan sistem ekonomi kapitalis.

Kita membaca bagaimana ada air bercampur tahik anai-anai yang makan kertas Al-Quran menjadi idaman ramai. Kita membaca berita air mineral yang bercampur dengan air Zam Zam menjadikan ibadah kita lebih suci. Kita terbaca bagaimana ayam yang didendangkan dengan ayat-ayat suci lebih mahal harga dari ayam biasa. 

Kalau menjemput Imam ke rumah untuk kenduri doa selamat - perlu duit disedikan. Untuk mengkebumikan mayat juga kini memerlukan modal. Kalau menjemput ustaz untuk memberi syarahan agama  - kariah masjid wajib  menyediakan modal.  Kalau ustaz datang dari jauh perlu tiket kapal terbang. Perlu hotel penginapan.

Dalam bulan Ramadan ini harganya menjual agama makin meningkat. 

Malah ramai pula Tok Ustaz kita mula berhijrah ke Austalia atau ke New Zealand untuk menjual agama dalam bulan Ramadan. Semua ini pekara baru.  Tidak wujud ketika saya disekolah rendah atau menengah. Semua ini muncul dari sistem ekonomi.

Kepada Ngo Sahabat Alam dari Pulau Pinang atau kepada sesiapa sahaja yang merasa janggal dan jijik melihat  bulan puasa menjadi terlalu komersial - saya sarankan agar mereka membaca untuk memahami peranan sistem ekonomi kapitalis. Mengkritik atau hanya marah  dalam bulan puasa sahaja tidak akan menyelesaikan masaalah secara tuntas.

Sistem ekonomi kapitalis ini memerlukan penentangkan yang lebih tersusun. Memerlukan  satu gerakan rakyat yang ampoh untuk meruntuhkan sistem ini.

Sistem ekonomi kapitalis akan terus menjual apa sahaja. Akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan modal atau untuk dijadikan barang dagangan.

Dalam  kerangka politik Malaysia kita hari ini - agama  Islam jelas sedang dijadikan modal politik. Apa yang sedang kita alami sekarang ini adalah manifestasi dari perniagan jual agama.

Parti United Malaya National Organisation dan Parti Islam  Se Malaysia sedang bermodalkan agama Islam. Parti PAS  sedang menjual agama kepada orang ramai. Tetapi PAS  tidak memiliki modal ringgit dan dolar yang lumayan untuk menjual agama secara meluas.  Manakala United Malaysa National  Organisation yang berkuasa dengan ringgit dan dolar akan mengambil 'barang jualan Pas" . Produk agama ini akan diberi baju baru dan dijual atas nama Ketuanan Melayu.

Justeru jula beli agama ini bukan satu yang pelik. Ianya bukan lagi satu yang terlarang. Kaum kapitalis kini telah menjadi bagitu berkuasa dan berani sekali.  Penjualan agama  di Tanah Melayu ini telah menjadi bagitu lucah.

Jangan marah kepada saya kerana memperkatakan hal ini. Sila perhatikan bagaimana beberapa menara masjid dalam Wilayah Persekutuan kini sedang   dibaluti oleh alat-alat pemancar. Alatan ini dipasang oleh syarikat talikom untuk tujuan menyambuang ombak talian talipon.

Apa yang terjadi ialah bagimana   masjid - rumah ibadat - tempat suci - rumah Allah - telah dilucahkan  dengan parabola talikom oleh kaum pemodal.

Tuan empunya syarikat talikom tidak memiliki segan silu untuk berunding dengan Imam Masjid agar dapat diberi laluan untuk memasang alat pemancar ini. Dalam masa yang sama mata Imam telah buntang apabila melihat ringgit dan dolar melambak bertaburan diatas sejadah. Ajaran agama terhambur ke luar tingkap apabila berhadapan dengan  modal.

Inilah hakikat yang berlaku hari ini.  Kuasa modal telah dan sedang bersaing hebat  dengan kuasa agama. Jelas kelihatan kuasa ringgit dan modal telah dapat menandingi kuasa Tuhan.

Maka apabila saya ngelamun tentang berpuasa  lima puluh tahun dahulu - ianya hanya satu ingatan ketika sistem dan budaya kapitalis belum berkembang. Ketika itu kaum pemodal belum bergerak se lucah dan seganas hari ini. Hari ini pada hemat saya modal telah berjaya  menundukan Yang Maha Esa. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-----------

LAWAN SISTEM KAPITALIS

Posted: 31 May 2016 09:28 PM PDT





TANDA MAKNA


KOMENTAR
ini tandanya kehidupan rakyat biasa
makin susah makin terok
ekonomi makin merundum
dalam suasana sademikian
syarikat dan peniaga
makin banyak buat untung
dalam keadaan gawat
yang untung berlipat ganda
adalah kaum pemodal
mereka menangguk kesusahan rakyat

jawapan kepada ini
ialah satu gerakan massa
yang memberei kesedaran
bahawa sistem kapitalis ini
sedang membawa mudarat
wajib diwujudkan satu sistem baru
dimana bukan untung jadi kiblat

perlu diwujudkan
satu sistem ekonomi baru
dimana kebajikan umat menjadi kiblat

Curi susu bayi, ibu 2 anak dipenjara 4 hari

May 31, 2016
Tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun.





KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.
Mahkamah memerintahkan suri rumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.


------------

MEDIA DAN PROPAGANDA

Posted: 31 May 2016 08:57 PM PDT






MEDIA DAN

PROPAGANDA

KOMENTAR
hari ini media dalam dunia
hanya dimiliki oleh 6 buah syarikat
syarikat ini menelorkan berita
syarikat ini menetaskan berita
syarikat ini membuat berita
syarikat ini melaporkan berita
rtm tv3 utusan ke
semua membeli berita
melanggan berita
dari  syarikat-syarikat ini

syarikat inilah yang megolah
pandangan dan pendapat rakyat dunia



6 Giant Corporations Control The Media, And Americans Consume 10 Hours Of 'Programming' A Day

If you allow someone to pump hours of "programming" into your mind every single day, it is inevitable that it is eventually going to have a major impact on how you view the world.  In America today, the average person consumes approximately 10 hours of information, news and entertainment a day, and there are 6 giant media corporations that overwhelmingly dominate that market.  In fact, it has been estimated that somewhere around 90 percent of the "programming" that we constantly feed our minds comes from them, and of course they are ultimately controlled by the elite of the world.  So is there any hope for our country as long as the vast majority of the population is continually plugging themselves into this enormous "propaganda matrix"?

INI 6 SYARIKAT ITU

1 - Comcast
2 - The Walt Disney Company
3 - News Corporation
4 - Time Warner
5 - Viacom
6 - CBS Corporation



---------

KE MANA ARAHNYA JIRAN KITA

Posted: 31 May 2016 07:51 PM PDT







SUARA JIRAN

KITA




Philippine president-elect says 'corrupt' journalists will be killed

The Philippine president-elect Rodrigo Duterte said corrupt journalists were legitimate targets of assassination, as he amped up his controversial anti-crime crusade with offers of rewards for killing drug traffickers.
Duterte won this month's elections by a landslide largely due to an explosive law-and-order platform in which he pledged to end crime within six months by killing tens of thousands of suspected criminals.
The foul-mouthed politician has launched a series of post-election tirades against criminals and repeated his vows to kill them – particularly drug traffickers, rapists and murderers. In a press conference called on Tuesday to announce the new cabinet, in his southern hometown of Davao, Duterte said journalists who took bribes or engaged in other corrupt activities also deserved to die.

WOW!

kalau PM

yang korup

macam mana?



------------

SEMUA SEDANG DIATUR

Posted: 31 May 2016 07:18 PM PDT







RASA HATI

ANAK WATAN


Pemecatan keahlian hanya pengorbanan kecil – Syed Rosli

 | May 31, 2016
Mesej penting yang ingin disampaikan Syed Rosli kepada UMNO ialah jangan mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam politik negara ini.






Syed-Rosli-Jamalullail
PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail sedia dipecat UMNO, susulan pengumumannya untuk bertanding menentang calon BN di PRK Kuala Kangsar.
Beliau menyifatkan tindakannya itu hanyalah pengorbanan kecil berbanding mesej penting yang ingin disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.
Tegasnya, BN perlu mengubah cara mereka berpolitik dengan tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme.
"Kita lihat calon yang BN pilih (Mastura Mohd Yazid), bagi saya ia hanya meneruskan legasi wakil rakyat terdahulu, di mana tidak beri ruang dan peluang kepada pemimpin UMNO lain.
"Ini ibarat memperlekehkan orang-orang tempatan di Kuala Kangsar yang berkemungkinan layak jadi calon. Sedangkan Mastura bukan orang Kuala Kangsar dan dia orang luar. Kenapa tidak diberi peluang kepada anak tempatan Kuala Kangsar sendiri bertanding," katanya kepada FMT


KAH KAH KAH
woit mamat ini
tak faham apa itu
cash is king
tak faham apa itu PRK
tak faham apa itu SPR
tak faham apa itu daulah
tak faham pengundian
semua boleh diatur
semua boleh disusun
kah kah kah
tak caya sila tunggu

SEDANG DIATUR


-----------