Rabu, 1 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


Umno kena buat 'over-time' buat penerangan...

Posted: 01 Jun 2016 07:54 AM PDT

Related image

Ahli-Ahli Jawatankuasa umno Bahagian Kuala Kangsar dan lain-lain pemimpin umno/BN dari pusat sudah mula merungut-rungut sebab kini mereka terpaksa buat kerja lebih masa untuk membuat penerangan dan penjelasan kepada semua pengundi-pengundi di parlimen Kuala Kangsar pada masa kempen nanti kenapa calun pilihan mereka Mastura Mat Yazid tidak akan dapat menunjukan diri untuk mendekati pengundi-pengundi serta turun berkempen pada pilihanraya kecil itu nanti (ramai yang dah mula memaki hamun pun dah ada).

Biarpun ianya telah dijelaskan olih Zahid Hamidi akan sebab-sebab kenapa calun pilihan umno/BN di pilihanraya kecil Kuala Kangsar itu tidak dapat hadir dan tunjukan diri, namun 90 peratus pengundi-pengundi disana tetap mahu melihat kelibat dan wajah Mastura sebab mereka nak tengok sendiri siapa Mastura ini, dan soalan paling penting ialah sama ada dia mampu untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Berita mengatakan yang Mastura tidak akan dapat hadir untuk menyerahkan borang pencalunan pada hari penamaan calun serta semasa kempen nanti telah tersebar luas seluruh pekan dan pelusuk kampung diKuala Kangsar dan menyebabkan pengundi-pengundi diKuala Kangsar tertanya tanya "bolih kah dia ni jadi calun kita? atau umno/BN ni cuma nak tagih undi simpati dan undi kesian dari kita? Laporan-laporan risik pihak berkuasa dan parti-parti telah mengatakan umno/BN akan 'makan asap' pada pilihanraya kecil ini.

dollah yankee -
Kalau tanya gurkah-gurkah politik di'port' ini, calun pilihan mereka dari Pakatan Harapan ialah Nizar Jamaludin ada lah calun yang boleh menang.




Tiada ulasan: