Tukar Tiub |
- MALAM INI
- KENAPA LETERIK PADAM
- TANDA DAN SIGNAL
- SELAMAT BERBUASA
- HAKIKI - SIAPA DIA?
- BODOH YANG BETUL BETUL BODOH
- KUPANG LAWAN SOTONG
- BERPUASA UNTUK APA?
- LAWAN SISTEM KAPITALIS
- MEDIA DAN PROPAGANDA
- KE MANA ARAHNYA JIRAN KITA
- SEMUA SEDANG DIATUR
Posted: 01 Jun 2016 06:30 PM PDT MALAM INI semua dijemput datang forum & pelancaran buku kedai buku gerakbudaya ALAMAT : 2, Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Phone:+60 3-7957 8342 Inilah hikayat Buyung bin Anu yang tidak wujud tetapi terdapat di mana-mana di alam virtual reality, yang digelar YB oleh orang kampung kerana dia lima kali kalah pilihan raya dan lima kali hilang wang pertaruhan. Adakah YB itu hanya untuk Yang Berhormat? Inilah anggapan YB sebenar yang menjadi antara tokoh dalam karangan ini, dan orang ramai. Sungguh cantik dan comel jika semua YB itu sekali gus yang baik, yang bagus, yang berusaha, yang bijaksana, yang berbakti, yang berbudi, yang berjasa, yang bersopan, yang berwibawa, yang bertakwa, yang berilmu, yang bestari, yang budiman, yang benar, dan yang lain-lain; bukannya YB itu yang bodoh, yang bengis, yang baran, yang bengkok, yang boros, yang bahlul, yang bebal, yang berbohong, yang berkendak, yang berjahat, yang belot, yang bolot, yang bacul, yang banggi, yang badut, yang busuk, dan yang lain-lain sejenisnya. Hikayat Buyung Lurus( Sebuah Hikayat Politik Melayu )Author/Editor: Mohd. Affandi Hassan --------- |
Posted: 01 Jun 2016 06:00 PM PDT USUL TOBAT ALLAH tak happy lah tu Patut orang orang PAS mintak USUL TOBAT Jangan jaja jaja AGAMA tuk cari makan Maruah hancus , sami sami buddha ke hulu hilir sebar agama pakai kain oren tak pakai kasut pun Lagi tinggi maruah sami sami buddha PAS nak main juta juta jugak giler nak pakai Alpahard Vellfire BENTLEY Apa otak otak BAHALOL sangka dengan jaja AGAMA boleh jadi BILLIONIR macam Donald Trump ke ???? Bodoh banget !!!!!! on TANDA DAN SIGNAL Anonymous on 6/2/16 TENGKOLOK GANTI SERBANG Allah sangat hot dengang PAS dan kasi PAS blakawot masa persidangang. Allah hot sebab PAS dah pandai tanggalkang jubah dan serbang .. padan muka mu. PAS kali ni berpakaiang tradisi Melayu yg mirip pakaiang kapir hindu. Tongkolok ganti serbang. Berkeris lagi .. ada yg seekor guna dua keris. Berlatar belakang muzik woyam kulit yg PAS pernah haramkang. DAP yg kapir dan sapelai arak pada ustaz Mat Sabu dan geng Amanah tak pernah pulak Allah hot dan blakawot kang perdidangang mereka .. kah kah kah padan muka. on TANDA DAN SIGNAL panglimo potaseh on 6/2/16 TAK BERKAT Mmg betul la tu bro... Tak berkat.. on TANDA DAN SIGNAL helmi yaakub on 6/2/16 ULAMAK MESIR ha ha ha lebih ulamak mesir bertumpu didakwah sahaja drp politik tak sesuai utk geng jual ugama yg bercabang lidah . Jangan melatah ya geng Pas semua akan selesai selepas pRU 14 .Selamat ber-online on TANDA DAN SIGNAL Anonymous on 6/1/16 CAYALAH Cayalah ustaz pak janggut Tiub.. on TANDA DAN SIGNAL Anonymous on 6/1/16 PAKAI KERIS Bila nak buh gambaq ulamak ni pakai keris ni..kah222222 on TANDA DAN SIGNAL Saiful on 6/1/16 ---------- |
Posted: 01 Jun 2016 06:00 AM PDT TANDA DARI ALLAH 'Blackout': Muktamar Pemuda, Muslimat tergendala KOTA BHARU - Perjalanan Muktamar Tahunan Pemuda dan Muslimat Pas yang berlangsung di sini tergendala sejak 12.10 tengah hari tadi apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba di kedua-dua lokasi majlis itu. Wakil di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) kemudiannya membuat pengumuman penangguhan seketika dan memberi laluan untuk perwakilan berehat lebih awal. Setakat ini tujuh pembahas sudah menyampaikan hujah untuk membahas Ucaptama Ketua Pemuda dan masih berbaki tujuh lagi perwakilan. BANJIR DATANG ALLAH MARAH BANYAK MAKSIAT PANAS DATANG KERANA ALLAH MURKA TETIBA LETERIK PADAM GELAP APAKAH KERANA ALLAH MURKA KERANA TIPU JUAL AGAMA SAJE TANYA JANGAN MARAH ----------- |
Posted: 01 Jun 2016 05:30 AM PDT TAK ADA DALAM QURAN Kalu kita pandu pada alQuran mencari maklumat yang lebih terang lagi jelas maka kita dapati tiada arahan dari Quran yakni wahyu dari Tuhan itu akan kita harus/wajib berpuasa pada waktu tertentu. Pada zaman Nabi kalendar Islam belum terdaftar lagi. Jadi ada orang2 yang berpengaruh selepas wafatnya Nabi telah menetapkan bila kita wajib berpuasa dalam setahun kalender Islam. Mungkin bagi mengkukuhkan lagi arahan-arahan ini mereka mencipta hadith yang memberi autoriti untuk mengistitusikan ibadah puasa yang semua tak boleh bantah mengikut tafsiran-tafsiran mereka, tafsiran orang lain yang berbeza sikit akan dihukum. Tafsiran mereka adalah yang paling afdal meskipun ia masih tak lagi dapat authoriti terus dari Tuhan. Yang biasa kita dengar ialah " berpuasalah kamu pada satu waktu yang ramadan ( panas). Pergertian Ramadan itu adalah satu tempoh/musim/era yang panas, mungkin makna intinya ialah kita berdisplin dalam mengharungi sesuatu ketika yang mencabar dan menguji. Jangan terus ghaplah on BERPUASA UNTUK APA? Anonymous at 7:08 PM KAYA DAN MISKIN Siang puasa menghayati kehidupan orang miskin, malam berbuka buffet kat hotel menghayati kehidupan orang kaya. KAH KAH KAH on BERPUASA UNTUK APA? Anonymous at 6:10 PM ULAMAK Berpuasa utk berbuka percuma dgn ulamak..... nk tum pang amin kan doa yg makbul. on BERPUASA UNTUK APA? Anonymous at 6:02 PM EKOSISTEM Puasa datang lagi. Dulu orang kata, puasa ini dapat kita dalami ekosistem orang yg papa kedana .. dapat rasa cam ne tak makan, minum dan entot, pancut pon tak leh, tapi pada siang je .. malam leh melantak sepuas nye. Realiti nye si papa-kedana ni soru tergelincir siang malam .. entot tetap entot tak kira waktu. Lepas tu ada kata puasa boleh dapat bergunung pahala .. hadis kata, bertarawih saja boleh dapat pahala 7 gunung tiap malam .. maka makin ramailah datang bertarawih .. makin kembunglah poket ustaz. Akhirnye pecah rahsia yg hadis tentang pahala tersebut adalah tipu bongak .. angkara yahudi kot sapa lagi. Realiti nye uztas tu iklan diri nya untuk dapat upah jadi imam tarawih .. jual agama la tu. Bab gi umrah pada bulan puasa gwa tak mau cerita la .. betul buat duit ooo .. bayangkan ustas yg ikhlas jual pakej umrah kurang 3 ribu je .. tapi ustaz jual agama punya pakej, cecah 6, 7 ribu .. apa hookooom nya tu. Apa pun seminggu sebelum puasa KL dah jem gila .. ini semua angkara cam on BERPUASA UNTUK APA? panglimo potaseh on 6/1/16 MAT KAMPAU BER POSA lah kamu sesungguh nya dapat menjimat duit juga dapat kurang sedekah baziran Masa POSA lah dapat makan FREE di mana mana Masjid Surau dan Jalanan Simpan lah duit masa POSA ini dan belanja lah pada Minyak Toll dan Sedekah Baziran di hari Raya nanti Jangan lupa Mat Kampau dan Mat Boroi juga nak duit Raya walau pun tak POSA Kan Melayu Melayu semua tu , mana boleh pakai pun..... on BERPUASA UNTUK APA? Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/1/16 ---------- |
Posted: 01 Jun 2016 05:00 AM PDT JENG JENG JENG KALAU TAK BETUL TUDUHAN INI SATU FITNAH KALAU BETUL SIAPA DIA? Azizah percaya Azmin takkan lindungi salah lakuPresiden PKR letak kepercayaan penuh terhadap Azmin dan yakin tiada individu akan dilindungi. Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan kepercayaan penuh terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam berdepan tuduhan terhadap kerajaan negeri itu. Azizah dipercayai merujuk dakwaan 'permintaan wang dan wanita' ketika berurusan dengan kerajaan Selangor dan yakin Azmin tidak akan melindungi pihak terlibat sekiranya terdapat bukti salah laku berkenaan. "Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Azmin Ali, menteri besar Selangor. "Kami yakin sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, menteri besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan tidak akan dilindungi," katanya pada kenyataan media. KAH KAH KAH kes dah berat masuk SPRM soalan hakiki betul ke? atau hanya cerita dongeng kah kah kah SPRM & SPR ------------ |
Posted: 01 Jun 2016 01:00 AM PDT |
Posted: 01 Jun 2016 12:00 AM PDT INI BERITA TEPAT LAGI BENAR LAGI SAHEH Kesal kaedah pemilihan calon PRK Sungai Besar - pencuri lawan pencuri KOTA BHARU - Dewan Ulamak Pas Selangor berasa kesal apabila pemilihan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar menggunakan kaedah 'pencuri lawan pencuri'. Perkara itu disuarakan perwakilannya, Nik Baki Nikmat sambil menegaskan masih ramai pimpinan profesional dan ulama dalam Pas yang berwibawa boleh diketengahkan untuk mewakili parti Islam itu dalam mana-mana pilihan raya. "Selangor merasakan ada sesuatu yang kalau boleh dewan ulamak ambil ketegasan dengan calon PRK, mungkin Selangor terasa dari sudut ada unsur pemilihan calon yang menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri atau 'harum manis lawan harum manis'. KAH KAH KAH woit sepatutnya mt sotong lawan mat kupang porno jepun lawan porno german harum manis lawan harun jin kah kah kah jual agama lawan jual jubah jula air jampi lawan jual air liur kah kah kah DEK MUNDEK --------- |
Posted: 31 May 2016 10:00 PM PDT KUASA RINGGIT DAN MODAL Bulan Ramadan sampai. Sekali lagi kita akan menyambut bulan puasa. Setiap kali bulan puasa sampai saya akan ngelamun kembali ke zaman kanak-kanak. Betapa susahnya 'berlapar' ketika di sekolah rendah. Lalu teringat dengan kesah-kesah menghantar kad hari raya. Dan memilih kad-kad yang paling spesial kepada Minah yang menjerut hati. Dipagi raya ada baju baru, songkok baru, kasut baru dan sapu tangan baru. Semua indah murni tidak ada cela dan gangguan. Zaman jujur - zaman lurus bendul. Zaman 'innocent' - zaman kanak-kanak yang tidak ada masaalah. Semua ini hanyalah ingat ingatan yang telah berlalu. Bila mendewasa saya melihat Ramadan dan Hari Raya dengan kaca mata yang agak berbeza. Tanda dan makna puasa itu menjadi lebih dalam dari memiliki sepasang kasut baru. Semakin mendewasa semakin sedar bahawa puasa ini diamalkan juga oleh pelbagai agama dalam dunia ini. Bukan orang Melayu sahaja berpuasa. Penganut agama Yahudi, Kristian, Druze, Hindu, Bahai, Majusi, Taoisma atau Buddha juga mengamalkan puasa. Berpuasa bukan monopoli umat Islam. Malah perkataan puasa dalam Bahasa Melayu ini berasal dari Sanskrit. Baru-baru ini sebuah Ngo - Sahabat Alam dari Pulau Pinang telah membuat kenyataan tentang Bulan Puasa. Ngo yang khusus bersuara tentang alam sekitar tetiba telah bangun untuk menjadi penjaga moral kita. Ngo ini telah menyatakan betapa hodohnya bulan puasa kebelakangan ini. Iklan-iklan tentang berbuka puasa telah mula disebarkan oleh tuan empunya hotel. Berbuka puasa di hotel telah menjadi satu feshen. Lagi mahal tempahan berbuka yang dibuat lagi berjaya puasa yang diamalkan. Malah mengikut kata Ngo ini - puasa telah hilang roh dan semangat keagamaannya. Apa yang disuarakan oleh NGO ini betul dan tepat. Kritikan tentang puasa yang telah hilang roh dan semangatnya juga betul. Pembaziran makanan di dewan-dewan makan hotel juga menjijikan. Ini juga betul. Apa yang berlaku dikebelakangan ini bukan lagi semangat dan roh puasa. Semua ini di tegah dan dilarang oleh semua agama. Tetapi kenapa saban tahun ianya terus berlaku? Untuk memahami ini kita wajib memahami apa yang membudayakan kita. Apa yang menjadikan kita ini kita. Apa yang melahirkan nilai yang menjadi pegangan hidup kita. Kita ini menjadi kita kerana apa? Saya tidak mahu menggunakan perkataan yang besar-besar saperti superstructure. Tapi inilah pekaranya yang saya cuba tuntaskan. Ketika saya berpuasa di sekolah rendah dahulu - Tanah Melayu baru sahaja ditinggalkan oleh penjajah British. Ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu belum lagi berkembang saperti ekonomi kita pada hari ini. British telah bermandi darah menghantar puluhan ribu tentera Commonwealth untuk mempertahankan Tanah Melayu dari jatuh ketangan Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Boestaman, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng. Ketika itu Tanah Melayu dipersimpangan dua jalan. Jalan aliran kapitalis dan jalan aliran nasionalis/ sosialis. British telah mewujudkan United Malays National Organistion sebuah parti rasis Melayu yang pro- kapitalis. Parti rasis Melayu ini menjadi parti pro pemodal yang akan menjamin harta kekayaan British di Tanah Melayu tidak akan dirampas untuk dimilik negarakan oleh Burhanuddin atau Boestaman. Maknanya pada ketika saya membesar sistem ekonomi kapitalis telah diamalkan di Tanah Melayu. Tetapi sistem ekonomi kapitalis pada ketika itu baru sahaja bertapak di Tanah Melayu. Sistem ini telah mengalami keruntuan sesudah zaman meleset 1929 dan zaman Perang Dunia Kedua. Justeru sistem kapitalis dizamam sesudah perang agak lemah. Dalam masa yang sama sesudah perang dunia kedua wujud blok ekonomi sosialis di Eropah Timur dan China. Pertempuran sistem kapitalis dan sosialis cukup sengit. Justeru sistem kapitalis bergerak dengan behati-hati. Hari ini semuanya telah berubah. Sistem kapitalis telah berjaya mendominasi dan mencengkam hampir seluruh dunia ini. Dunia kita hari ini sedang berkiblatkan kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini bertuhankan keuntungan maksima. Rukun iman sistem ekonomi kapitalis ialah untung. Amal jariah sistem kapitalis ialah bersedekah untuk melarikan diri dari cukai mukai. Sistem ekonomi kapitalis inilah yang melahirkan budaya kita. Sistem ini juga bertanggung jawab menetaskan nilai umat manusia dalam dunia hari ini. Hakikatnya sistem ini lebih kuat dari segala pengaruh dan pegangan agama. Sistem ini lebih kukuh dan meluas dari semua kepercayaan. Dalam dunia hari ini tidak ramai lagi umat manusia yang tidak dibalut atau dipengaruhi oleh budaya sistem ekonomi kapitalis. Terus kedengaran kritikan terhadap Bulan Ramadan yang dikomesilkan. Kritikan terhadap Hari Raya menjadi pesta jual beli. Semakin ramai yang menyuarakan rasa tidak senang dengan pembaziran di Pasar Ramadan. Semua betul. Sayang sekali - mereka yang mengeluarkan kritikan ini tidak memahami apa dari mana lahirnya nilai komersial ini? Dari mana lahirkan budaya yang menjadikan bulan puasa satu bulan komersial. Kenapa hari ini bulan puasa telah hilang roh keagamaannya? Jika Sang Kritikus ini berfikir dengan lebih mendalam maka mereka akan sedar bahawa semua ini muncul dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis - apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh dibeli untuk dijual akan dibeli. Justeru - jangan marah pada saya jika saya katakan bahawa pada hari ini jual beli agama telah menjadi satu industri yang besar. Sembahyang, kitab suci, kitab-kitab agama, naik haji, pergi umrah, belajar agama - semuanya telah di komersialkan. Inilah kekuatan sistem ekonomi kapitalis. Kita membaca bagaimana ada air bercampur tahik anai-anai yang makan kertas Al-Quran menjadi idaman ramai. Kita membaca berita air mineral yang bercampur dengan air Zam Zam menjadikan ibadah kita lebih suci. Kita terbaca bagaimana ayam yang didendangkan dengan ayat-ayat suci lebih mahal harga dari ayam biasa. Kalau menjemput Imam ke rumah untuk kenduri doa selamat - perlu duit disedikan. Untuk mengkebumikan mayat juga kini memerlukan modal. Kalau menjemput ustaz untuk memberi syarahan agama - kariah masjid wajib menyediakan modal. Kalau ustaz datang dari jauh perlu tiket kapal terbang. Perlu hotel penginapan. Dalam bulan Ramadan ini harganya menjual agama makin meningkat. Malah ramai pula Tok Ustaz kita mula berhijrah ke Austalia atau ke New Zealand untuk menjual agama dalam bulan Ramadan. Semua ini pekara baru. Tidak wujud ketika saya disekolah rendah atau menengah. Semua ini muncul dari sistem ekonomi. Kepada Ngo Sahabat Alam dari Pulau Pinang atau kepada sesiapa sahaja yang merasa janggal dan jijik melihat bulan puasa menjadi terlalu komersial - saya sarankan agar mereka membaca untuk memahami peranan sistem ekonomi kapitalis. Mengkritik atau hanya marah dalam bulan puasa sahaja tidak akan menyelesaikan masaalah secara tuntas. Sistem ekonomi kapitalis ini memerlukan penentangkan yang lebih tersusun. Memerlukan satu gerakan rakyat yang ampoh untuk meruntuhkan sistem ini. Sistem ekonomi kapitalis akan terus menjual apa sahaja. Akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan modal atau untuk dijadikan barang dagangan. Dalam kerangka politik Malaysia kita hari ini - agama Islam jelas sedang dijadikan modal politik. Apa yang sedang kita alami sekarang ini adalah manifestasi dari perniagan jual agama. Parti United Malaya National Organisation dan Parti Islam Se Malaysia sedang bermodalkan agama Islam. Parti PAS sedang menjual agama kepada orang ramai. Tetapi PAS tidak memiliki modal ringgit dan dolar yang lumayan untuk menjual agama secara meluas. Manakala United Malaysa National Organisation yang berkuasa dengan ringgit dan dolar akan mengambil 'barang jualan Pas" . Produk agama ini akan diberi baju baru dan dijual atas nama Ketuanan Melayu. Justeru jula beli agama ini bukan satu yang pelik. Ianya bukan lagi satu yang terlarang. Kaum kapitalis kini telah menjadi bagitu berkuasa dan berani sekali. Penjualan agama di Tanah Melayu ini telah menjadi bagitu lucah. Jangan marah kepada saya kerana memperkatakan hal ini. Sila perhatikan bagaimana beberapa menara masjid dalam Wilayah Persekutuan kini sedang dibaluti oleh alat-alat pemancar. Alatan ini dipasang oleh syarikat talikom untuk tujuan menyambuang ombak talian talipon. Apa yang terjadi ialah bagimana masjid - rumah ibadat - tempat suci - rumah Allah - telah dilucahkan dengan parabola talikom oleh kaum pemodal. Tuan empunya syarikat talikom tidak memiliki segan silu untuk berunding dengan Imam Masjid agar dapat diberi laluan untuk memasang alat pemancar ini. Dalam masa yang sama mata Imam telah buntang apabila melihat ringgit dan dolar melambak bertaburan diatas sejadah. Ajaran agama terhambur ke luar tingkap apabila berhadapan dengan modal. Inilah hakikat yang berlaku hari ini. Kuasa modal telah dan sedang bersaing hebat dengan kuasa agama. Jelas kelihatan kuasa ringgit dan modal telah dapat menandingi kuasa Tuhan. Maka apabila saya ngelamun tentang berpuasa lima puluh tahun dahulu - ianya hanya satu ingatan ketika sistem dan budaya kapitalis belum berkembang. Ketika itu kaum pemodal belum bergerak se lucah dan seganas hari ini. Hari ini pada hemat saya modal telah berjaya menundukan Yang Maha Esa. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ----------- |
Posted: 31 May 2016 09:28 PM PDT TANDA MAKNA KOMENTAR ini tandanya kehidupan rakyat biasa makin susah makin terok ekonomi makin merundum dalam suasana sademikian syarikat dan peniaga makin banyak buat untung dalam keadaan gawat yang untung berlipat ganda adalah kaum pemodal mereka menangguk kesusahan rakyat jawapan kepada ini ialah satu gerakan massa yang memberei kesedaran bahawa sistem kapitalis ini sedang membawa mudarat wajib diwujudkan satu sistem baru dimana bukan untung jadi kiblat perlu diwujudkan satu sistem ekonomi baru dimana kebajikan umat menjadi kiblat Curi susu bayi, ibu 2 anak dipenjara 4 hariTertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun. KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas. Mahkamah memerintahkan suri rumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas. ------------ |
Posted: 31 May 2016 08:57 PM PDT MEDIA DAN PROPAGANDA KOMENTAR hari ini media dalam dunia hanya dimiliki oleh 6 buah syarikat syarikat ini menelorkan berita syarikat ini menetaskan berita syarikat ini membuat berita syarikat ini melaporkan berita rtm tv3 utusan ke semua membeli berita melanggan berita dari syarikat-syarikat ini syarikat inilah yang megolah pandangan dan pendapat rakyat dunia 6 Giant Corporations Control The Media, And Americans Consume 10 Hours Of 'Programming' A DayIf you allow someone to pump hours of "programming" into your mind every single day, it is inevitable that it is eventually going to have a major impact on how you view the world. In America today, the average person consumes approximately 10 hours of information, news and entertainment a day, and there are 6 giant media corporations that overwhelmingly dominate that market. In fact, it has been estimated that somewhere around 90 percent of the "programming" that we constantly feed our minds comes from them, and of course they are ultimately controlled by the elite of the world. So is there any hope for our country as long as the vast majority of the population is continually plugging themselves into this enormous "propaganda matrix"?INI 6 SYARIKAT ITU 1 - Comcast 2 - The Walt Disney Company 3 - News Corporation 4 - Time Warner 5 - Viacom 6 - CBS Corporation --------- |
Posted: 31 May 2016 07:51 PM PDT SUARA JIRAN KITA Philippine president-elect says 'corrupt' journalists will be killedThe Philippine president-elect Rodrigo Duterte said corrupt journalists were legitimate targets of assassination, as he amped up his controversial anti-crime crusade with offers of rewards for killing drug traffickers. Duterte won this month's elections by a landslide largely due to an explosive law-and-order platform in which he pledged to end crime within six months by killing tens of thousands of suspected criminals. The foul-mouthed politician has launched a series of post-election tirades against criminals and repeated his vows to kill them – particularly drug traffickers, rapists and murderers. In a press conference called on Tuesday to announce the new cabinet, in his southern hometown of Davao, Duterte said journalists who took bribes or engaged in other corrupt activities also deserved to die. WOW! kalau PM yang korup macam mana? ------------ |
Posted: 31 May 2016 07:18 PM PDT RASA HATI ANAK WATAN Pemecatan keahlian hanya pengorbanan kecil – Syed RosliMesej penting yang ingin disampaikan Syed Rosli kepada UMNO ialah jangan mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam politik negara ini. PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail sedia dipecat UMNO, susulan pengumumannya untuk bertanding menentang calon BN di PRK Kuala Kangsar. Beliau menyifatkan tindakannya itu hanyalah pengorbanan kecil berbanding mesej penting yang ingin disampaikan kepada pucuk pimpinan parti. Tegasnya, BN perlu mengubah cara mereka berpolitik dengan tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme. "Kita lihat calon yang BN pilih (Mastura Mohd Yazid), bagi saya ia hanya meneruskan legasi wakil rakyat terdahulu, di mana tidak beri ruang dan peluang kepada pemimpin UMNO lain. "Ini ibarat memperlekehkan orang-orang tempatan di Kuala Kangsar yang berkemungkinan layak jadi calon. Sedangkan Mastura bukan orang Kuala Kangsar dan dia orang luar. Kenapa tidak diberi peluang kepada anak tempatan Kuala Kangsar sendiri bertanding," katanya kepada FMT KAH KAH KAH woit mamat ini tak faham apa itu cash is king tak faham apa itu PRK tak faham apa itu SPR tak faham apa itu daulah tak faham pengundian semua boleh diatur semua boleh disusun kah kah kah tak caya sila tunggu ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan