Khamis, 7 April 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAWAK PAGI JUMAAT

Posted: 07 Apr 2016 06:30 PM PDT






PURTAN

BUAT LAWAK

BERDIRI



Laporan PAC buktikan Najib tak bersalah

SHAH ALAM - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didakwa pembangkang.

Azalina Othman Said berkata, laporan PAC itu turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan kewangan dan tiada duit yang hilang seperti didakwa sebelum ini.


KAH KAH KAH

ia tak jenayah

kah kah kah

ini lawak berdiri

pagi jumaat

tak sunat ketawa

tapi wajib kentut

kah kah kah

betul ke ini?

laporan betul?

kah kah kah

KARIPAAP LAA



------------

TELANJANG BOGEL

Posted: 07 Apr 2016 06:00 PM PDT







SAEKOR LAGI

PAHLAWAN

BUGIS 

DISERANG


Isu MB Terengganu: 'Jangan cabar saya' kata Razif


KEMAMAN – "Jangan cabar saya! Okay, kalau sama-sama nak buka (bongkar) kita buka, sama-sama nak telanjang kita telanjang tapi untuk mengalah tidak sama sekali kerana saya juga adalah keturunan darah pahlawan (Bugis)," itu amaran Menteri Besar,  Ahmad Razif Abd Rahman.

Amaran itu disuarakan beliau berikutan keadaan politik Terengganu ketika ini dan 'serangan' yang dilakukan Adun Kijal,  Ahmad Said terhadapnya.

Ahmad Razif berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan perang jika terus diasak kerana beliau juga mempunyai had kesabaran.

"Mula-mula memang (layan) cara baik tapi kalau ada orang cabar, saya kena peranglah. Saya pun ada had kesabaran…jangan tengok saya begini (berlembut) maka kata menteri besar penakut dan tak berani.

"Jadi jangan mencabar dan jangan runtuhkan 'rumah' Umno yang telah kukuh dan kuat ini, jangan sekali-kali (buat) kerana kita (ahli Umno) tidak pernah diajar untuk kurang ajar tapi pantang kita dicabar," katanya.

KAH KAH KAH

woit

tak sangka

ada saekor lagi

kah kah kah

ingatkan sekor

tapi ada lagi

kah kah kah

lawan jangan

tidak lawan

terajang sepak

pijak ketuk

kah kah kah

telanjang kan

sesama telanjang

baru hebat 

baru pahlawan

baru bugis

kah kah kah

KONTO LOYO





---------------

ORANG DALAM BUKA RAHSIA

Posted: 07 Apr 2016 01:30 AM PDT






INI DIA BUKTI

ORANG DALAM

ANAK SPEAKER

BUKAN KOMAN

ANAK ANGKUT

Saman, dan saya akan tunjuk bukti – anak Speaker Johor


Shukur mahu dicabar tunjuk bukti kewujudkan gerakan menggulingkan Khaled Nordin di mahkamah

PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad akan menunjukkan bukti wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor,  Mohamed Khaled Nordin, hanya jika dia disaman.
Beliau sebelum ini mendakwa adanya komplot yang diketuai kumpulan penyokong Najib untuk menggantikan Menteri Besar di Darul Takzim.
Justeru, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kontroversi yang tercetus supaya meletakkan jumlah saman yang ingin dikenakan.
"Kalau saya salah saman lah saya, berapa pun saya terima, kalau saya menang saya tidak akan saman balik sebaliknya saya akan pastikan benda ini (gerakan jatuhkan Mohamed Khaled) ini terpampang di dada akhbar selama seminggu.

"Jangan cabar saya suruh tunjuk bukti di media sosial, kita cabar tunjuk bukti di mahkamah, biar mahkamah jadi penentu.
"Saya akan kelurkan semua bukti seperti yang kata (wujud gerakan jatuhkan Menteri Besar), saman saya hari ini, buat laporan polis kata saya fitnah. Tetapi kalau dia (kumpulan penyokong Najib) tak nak buat laporan polis, saya tidak akan keluarkan bukti dalam waktu terdekat," katanya kepada FMT.

KAH KAH KAH

kacau lagi kacau
bilau lagi bilau
perang terus
kah kah kah
bangsa johor
bangun melawan
kah kah kah
gerakan tendang
gerakan singkir
kah kah kah

TERAJANG SEKALI

--------------

FACE BOOOK SIAPA?

Posted: 07 Apr 2016 12:00 AM PDT





SIAPA PUNYA

FACE BOOK INI

SAJE TANYA

JANGAN MARAH





SYUKUR  NI

ORANG SAMA

DENGAN

HAJI DESAS KE?

SAJE TANYA

NAK JADI

BATU API

KAH KAH KAH




-------------

ABANG ABDOOH

Posted: 06 Apr 2016 10:30 PM PDT







BETUL KE

DIA CAKAP?




'Saya benci, menyampah tindakan polis pada Rafizi'

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini secara lantang menyampaikan rasa marahnya kepada tindakan pihak berkuasa ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Menurutnya, pihak berkuasa langsung tidak berpegang kepada janji dan arahan agar semua ahli parlimen bebas daripada sebarang gangguan sepanjang menghadiri sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen dan sekitarnya.

"Saya nak bagi tahu itu abang-abang polis, saya benci tindakan kamu ke atas YB Rafizi Ramli. Sila bagi tahu ketua kamu, saya benci dan menyampah!


KAH KAH KAH

woit

tergolek dog

mak ketawa

kah kah kah

mak benci nyah

mak tak suka

mak nyampah

kah kah kah

kiutlaaa nyah

nyah manjalah

kah kah kah

abang polis ni

mak nyampah

kah kah kah

MAK DAH KATA

-------------

AMARAN ABANG TUA

Posted: 06 Apr 2016 09:50 PM PDT




VELLFIRE
Tak ada dlm kitab orang2 Melayu dan PAS. Dok pi tadah kitab.. sepatah haram pun x masuk telinga pasal menjaga alam. Sbb tu rembat balak, lajuuu ja lobai2 ni.. masyukkkk. Serius.. dalam quran pun x habaq pasal menjaga alam.

 Boleh pederaih dgn VELLFIRE dan MINICOOPER bro. Kalo trus cenggini, lu saja lah ikut sunnah nabi.. naik unta, kuda dan keldai mcm umat Islam di Perlis. Depa sana hidup penuh sunnah nabi. Tok2 imam hari2 pegi mesjid naik kambing jo. Kambing pulak xguna kudrat sendiri, taruk bateri. Jadi x menyiksa binatang bro. Inilah indahnya Islam walkepalabutuh bakhang.. on SATU LAGI PESANAN DARI ABANG TUA
Anonymous
on 4/7/16
BILA STRESS
Jika aku stress aje, aku gi ke blog TT...mngkin cetusan idea yg tk makan saman, tanpa kekangan, tk amek pot ape org nk kata mnyebbkn aku lega...ade jugak manusia yg melanggr arus perdana ni survived ..tqvm TT on AMARAN ABANG TUA
Anonymous
on 4/6/16
ATMOSFERA CO2
Betul pemanasan global terjadi kerana terdapat lumayan jejak kaki karbon seperti lapisan karbon diodsida atau CO2 terapung di atmosfera lalu menyimpan haba yang menyiksakan manusia dan tumbuhan2 lain. Penyumbang tersohor CO2 ni datangnya dari negara industri besar seperti Amerika Syarikat, China dan India yang masing2 hebat dalam melaksanakan sistem ekonomi yang bermazhab kapitalisme.

 PPB dah tak larat nak meminta negara2 berkenaan mengurangkan lepasan CO2 yang telah mencabul integriti kehidupan manusia. Manusia dah bosan dan mengalami keletihan mental dalam menghadapi suhu yang luar biasa panas ni. Maka kritikan harus difokus pada 3 negara itu. Ketiga3 negara tu cakap first class nak hapuskan global warming tapi tindakan2 mereka lebih hebat lagi mengeluarkan CO2 ke atmosfera pada skala yang menggerunkan. on AMARAN ABANG TUA
UNCLE RAMLI
on 4/6/16

TAK ADA KAJIAN DALAM ISLAM
Haha.. dalam Islam mana ada ada istilah kajian abang Isham ooi.. yang depa tau, baca dan dengar, kendian tetiba ada bukti dilambakkan yang Maha Esa.. itu saja.. Al Quran is a sign, not science!!! Yang dok gi mengaji depan tok2 guru pun, berapa ekor yang bawak kitab bro.. tengok sendiri ceramah UAI..ceramah ostat berlambak2 dalam youtube.. semua gi dengar joo.. 

balik kontot kaddaboom..habih berselerak ilmu bersepai.. Sbb tu dalam Islam, tak ada barang2 dicipta, sbb Tuhan sudah ciptakan. Budaya mengkaji langsung tak ada.. Kalo harap Nik Abduh dan Haji Hadi, alamat kita pakai cawat sabut kelapa laaaa.. sarung tetek pun guna tempurung... serban pun guna kulit batang pisang.. Budaya menulis jauh sekali. Yang ada ulamak dua tiga kerat ajolah.. lain2 tumpang glamer.. on AMARAN ABANG TUA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/6/16

-------------


BERITA ORANG DALAM

Posted: 06 Apr 2016 09:15 PM PDT







INI BERITA

SOHEH DARI 

ORANG DALAM

HAJI DESUS

ANAK SPEAKER

INI ORANG

DALAM LAH


Desas-desus Johor pula akan dapat MB baru

Selepas Kedah, terdapat desas-desus bahawa Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran menteri besarnya.
Menurut tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad - anak kepada Speaker DUN Johor  Mohamad Aziz, beliau mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin
ORANG DALAM

MAKNANYA

ANAK LUAR

NIKAH KE?

KAH KAH KAH

BUKAN LUAR

NIKAH TAPI

LUAR KELAMBU

KAH KAH KAH



-----------

SATU DUNIA TUNGGU

Posted: 06 Apr 2016 08:36 PM PDT






SATU MALAYSIA

SATU DUNIA

TAK SABAR

NAK TAHU




Kebenaran 1MDB bakal diketahui rakyat – Tony Pua


Kita juga bakal mengetahui sama ada Arul Kanda adalah penipu terbesar dalam skandal 1MDB atau tidak."
SHAH ALAM: Pada Khamis jam 10 pagi, rakyat akan mengetahui kebenaran disebalik kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Tony Pua berkata laporan setebal 100 muka surat yang memuatkan hasil siasatan jawatankuasa itu akan menjelaskan samada dakwaan yang dilemparkan pada 1MDB berasas atau tidak.
"Selepas berbulan bermesyuarat, pergaduhan, ketegangan antara yang sebelah sana dan sebelah sini, laporan telah siap," katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Pakatan Harapan di sini.
Dalam ucapannya, Tony Pua enggan menyingkap penemuan jawatankuasa bersama hadirin. Menurut Tony, beliau tidak mahu ditahan sepertimana rakan perjuangannya daripada PKR kerana melanggar akta kerahsiaan.


PUTAR KE?

SENGAT KE?

RAHSIA Ke?

MACAM MANA

NAK TAHU?

ATAU HANYA

KONDA KONDI

KAH KAH KAH
-----------

YB TURUN BERDEMO

Posted: 06 Apr 2016 08:08 PM PDT




PARA YB

TURUN BERDEMO

 DARI PARLIMEN 

KE 

BUKIT AMAN




Opposition MPs marched from Parliament House to Bukit Aman police headquarters today to protest the arrest of Pandan MP Rafizi Ramli.
At 9.10am, about fifty MPs from Pakatan Harapan and PAS started the walk chanting, "Selamatkan Malaysia (Save Malaysia)", "Release Rafizi", "Najib and IGP resign".
Participants included PKR president Wan Azizah Wan Ismail, PKR Sungai Petani MP Johari Abdul, DAP supremo and Gelang Patah MP Lim Kit Siang, Parti Amanah Negara Shah Alam MP Khalid Samad, Kuala Krai MP Hatta Ramli and PAS Pokok Sena MP Mahfuz Omar.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/336849#ixzz45AZakwne



---------------

MAT LCE BODEK

Posted: 06 Apr 2016 07:57 PM PDT



MAT

L.C.E


 | April 6, 2016
kedah-declartion
Deklarasi Kedah sebagai bukti UMNO Kedah menyokong penuh Najib Razak terus kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti. More


BODEK



-------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PENJELASAN ISU KONONNYA YB RAFIZI BERLAKON DIGARI

Posted: 06 Apr 2016 05:03 PM PDT

  Hebohlah puak-puak macai dan walauta tuduh Rafizi Ramli berlakonlah pula... Rafizi berjalan diiringi polis dengan berpura-pura tangannya macam kena gari....

 Puak-puak macai dan walauta ini tuduh Rafizi ini sebagai penipu dan sengaja jaja gambar macam itu untuk meraih simpati orang ramai...

   Kenapa begitu benci sekali mereka ini kepada Rafizi? Kerana Rafizi banyak mendedahkan skendal dan korupsi negara?

 Apakah kalangan mereka yang bencikan Rafizi ini mahu bersekongkol dan bersyubahat dengan segala kemungkaran yang Rafizi telah berjaya dedahkan selama ini?

Berikut adalah penjelasan Saiful Izham Ramli, Peguam YB Rafizi Ramli :

 Beliau tidak digari sepanjang proses tengahari tadi. Ini jawapan umum yg saya berikan kpd teman2 yg bertanya ttg 'insiden' yg menjadi bualan..  
 Menarik membaca pandangan teman2 yang Ä·urang faham prosedur kawalan mereka yg dihadapkan ke mahkamah. 
 Arahan memegang pergelangan tangan bagi membataskan pergerakan tangan sambil kedua2 lengan dipegang kemas kiri dan kanan oleh pegawai2 pegawai ialah amalan biasa pihak polis bagi situasi dimana orang yg disyaki atau dituduh tidak bergari, terutamanya sekiranya mereka tidak dikatagorikan sebagai pesalah atau penjenayah tegar. 
 Ianya bukan perbuatan 'lakonan' atau 'wayang' atau 'menagih simpati' tetapi prosedur biasa pihak polis dalam membawa OKT di dalam katagori ini ke mahkamah dalam mengawal pergerakan mereka. Semuanya atas budibicara pegawai polis yg mengiringi. 
   Sebaiknya, bertanyalah pada yg tahu dan faham prosedur dari membuat andaian atau kesimpulan yg hanya menjerumuskan kita ke lembah fitnah."

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa Wayang Yang PAS Main Dalam PRN Sarawak?

Posted: 07 Apr 2016 07:48 AM PDT

KELAB GREENBOC


Letak calon bukan Islam tidak bantu Pas
 

KUALA LUMPUR - Tindakan Pas yang buat julung kalinya meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak hakikatnya tidak akan membantu parti itu untuk meraih sokongan pengundi, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata selain cenderung untuk menolak Pas disebabkan agenda hukum hudud yang diperjuangkan parti itu, pengundi di Sarawak lazimnya mengundi parti yang mewakili kaum masing-masing.


"Strategi Pas meletakkan calon bukan Islam tidak akan mengubah pola pengundian masyarakat Sarawak kerana pengundi tidak melihat kepada calon, tetapi parti yang diwakili oleh calon terlibat."

"Ini kerana isu yang dibawa oleh mereka adalah bersifat nasional seperti 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan hudud, sedangkan rakyat negeri itu lebih bertumpu kepada isu tempatan seperti pembangunan, kemudahan infrastruktur, pendidikan, peluang pekerjaan dan tanah adat," katanya kepada Bernama.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang, 59, sebagai calon Dun Kakus.

Clement adalah antara 11 calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya negeri, yang mempunyai 82 kerusi kali ini. Calon-calon Pas lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda Pas Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi Dun baharu).

Satu-satunya calon wanita Pas adalah Hamidah Mokthar, 26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah Pas Sarawak akan bertanding di kerusi Dun Beting Maro.

Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata strategi 'tidak menjadi' Pas itu juga secara langsung mencalar dan mengenepikan imej parti Islam yang diperjuangkan selama ini, semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.

"Sebenarnya Pas cuba untuk mencapai kemenangan dengan apa jua cara... Tanpa menghiraukan hakikat bahawa Pas adalah sebuah parti Islam. Strategi ini sebenarnya memberi impak buruk kepada parti itu yang sebelum ini tidak pernah meletakkan calon bukan Islam,"
katanya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. -Bernama

ULASAN GB

GB tertarik dengan ulasan seorang sahabat di kumpulan WA. Cuba baca:



Ya, GB ulangi: apa wayang yang PAS mainkan sekarang?

Kedua, dahulu Presiden PAS sendirilah yang menyatakan "Mereka yang tidak berpendidikan peluk Kristian.


Bukan main kutuk Kristian. Sekarang dengan muka tak tahu malu, pilih Kristian untuk jadi calon PAS. Apakah PAS sudah menjadi parti yang terdesak yang yang tinggal hanyalah orang-orangnya sudah tidak berpendidikan setelah ditinggalkan golongan profesyenal?

Ketiga, di dalam satu video yang viral di media sosial, sempat pula dia menuduh AMANAH sebagai "khadam DAP".

Apa yang disebutkan oleh Presiden PAS itu sebenarnya hanya melahirkan jiwanya yang kacau dan hatinya yang berpenyakit. Menuduh yang bukan-bukan, melabel secara membabi buta kerana sebenarnya beliau cuba menutup rasa cemburu dan irihatinya dengan perkembangan AMANAH yang kini walaupun hanya baru beberapa bulan ditubuhkan sudah mampu menyaingi partinya di seluruh negara.

Rakyat Sarawak berpusu-pusu mengisi borang AMANAH

GB perturunkan jawapan yang menarik dari Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengenai kenyataan Presiden PAS itu:

Terima kasih Hadi kerana sahkan Amanah bukan khadam Najib, kata Wan Rahim

Hakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.

"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.

"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang,"
katanya.

Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.

"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) di pihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.

Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.

"Sebut perkataan 'dedak' rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.

Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah 'khadam DAP'.


Gaji minimum baharu munasabah dan berpatutan - Wahid Omar

Posted: 07 Apr 2016 07:45 AM PDT

Pritha Manivannan, Astro Awani
 
Gaji minimum baharu munasabah dan berpatutan - Wahid Omar
Majikan harus menilai semula model perniagaannya jika tidak mampu membayar gaji minimum baharu pekerja. -Foto BERNAMA
 

KUALA LUMPUR: Majikan harus menilai semula model perniagaannya jika tidak mampu membayar gaji minimum baharu pekerja.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, ini harus dilakukan berbanding membuang pekerja atau meningkatkan harga barangan.

Pada masa sama, Wahid berkata jumlah gaji minimum baharu iaitu RM1,000 sebulan adalah munasabah dan berada pada paras yang berpatutan.

"Pada pendapat saya, jika anda melihat paras munasabah bagi gaji minimum, saya rasa ia berpatutan.

"Jika perniagaan melihat kadar ini sebagai terlalu tinggi, mereka harus mengambil langkah meningkatkan produktiviti dan menilai semula model perniagaan untuk menarik lebih ramai pelanggan," kata Abdul Wahid.

Tambah beliau, sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk meningkatkan gaji minimum, beberapa faktor telah dinilai.

Ini termasuk cadangan yang diberikan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), persatuan pekerja dan wakil kerajaan.

Pada 5 Mac, kerajaan memutuskan kadar gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja bermula Julai ini adalah RM1,000.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata keputusan itu diambil selepas menilai pelbagai aspek termasuk kos sara hidup dan perkembangan ekonomi negara.

Tingkatkan produktiviti selaras gaji minimum baharu

Sementara itu, pakar ekonomi Asian Development Bank, Jayanth Menon berkata produktiviti pekerja di Malaysia harus ditingkatkan selaras dengan kadar gaji minimum yang baharu kepada RM1,000 sebulan.

"Jika gaji ditingkatkan, tetapi cara pekerjanya melakukan kerja tidak berubah, ia mungkin memberi kesan negatif dan akan menyumbang kepada pembuangan pekerja.

"Jika persatuan pekerja ingin berusaha meningkatkan tahap produktiviti supaya kos pekerja seunit tidak berubah, ia akan memberi kesan positif kepada pekerja dan juga majikan," kata Jayanth.

Beliau turut berkata penyusutan nilai ringgit sebelum ini telah menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

Oleh itu, peningkatan gaji minimum ini akan membantu pekerja menampung perbelanjaan isi rumah.

Turut senada, Ketua Ekonomi Kumpulan IQI, Shan Saeed berkata peningkatan gaji minimum ini akan memberi manfaat jika kemahiran pekerja turut ditingkatkan.

"Pada pendapat saya, cara yang paling efektif dengan peningkatan gaji minimum ialah dengan meningkatkan kadar kemahiran pekerja yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi," kata Shan.
Tambahnya, keputusan yang diambil kerajaan ini akan menjadikan pekerja lebih efisien dan meningkatkan produktiviti pada tahap makro dalam jangka panjang.

Selain itu, Pengarah Pusat EU-Asia, Fraser Cameron berkata peningkatan gaji minimum akan menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia.

"Ini akan meningkatkan perbelanjaan pengguna. Ini bermakna Malaysia akan mendapat golongan pekerja yang bermotivasi tinggi, mereka akan mempunyai kuasa pembelian yang tinggi, dan ia akan memanfaatkan semua," kata Fraser.

Beliau berkata demikian selepas Debat Presiden ACCA di Kuala Lumpur pada Rabu.

Laporan 1MDB: Pinjam RM550 juta, terbit nota US$3 bilion untuk biaya hutang

Posted: 07 Apr 2016 07:39 AM PDT

Rizal Zulkapli, Astro Awani
 
Laporan 1MDB: Pinjam RM550 juta, terbit nota US$3 bilion untuk biaya hutang
Hutang 1MDB pada tahap RM5 bilion pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding aset sebanyak RM51 bilion, pada tahun kewangan berakhir 31.03.2014-Foto AFP
 
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) melaporkan 1MDB tidak menggunakan sejumlah wang yang dipinjam dan daripada terbitan hutang untuk tujuan yang dimaksudkan daripada 2 proses kewangan tersebut.

Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang diserahkan kepada Parlimen pada Khamis, memperincikan penggunaan pinjaman berjangka daripada Ambank (M) Berhad (Ambank) berjumlah RM550 juta.

Menurut laporan berkenaan, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 3 Disember 2013 telah memberi persetujuan kepada 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) untuk menerima kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM550 juta dengan kadar faedah tahunan 5.09%.

Tambahnya, pinjaman adalah bagi membiayai sebahagian kos pembinaan kemudahan penggantian dari Pangkalan Udara Sungai Besi (PUKL) ke tapak penempatan semula, serta sebahagian perbelanjaan awal dan berkaitan kos infrastruktur projek Tun Razak Exchange (TRX).

Penyata bank 1MDB RE bagi bulan Januari 2014 menunjukkan ia menerima RM550 juta dalam akaunnya pada 7 Januari 2014.

Pada tarikh yang sama, 1MDB RE telah memindahkan kesemua jumlah berkenaan kepada akaun 1MDB.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit Negara mengandaikan pinjaman berkenaan telah digunakan untuk melunaskan satu lagi pinjaman berjumlah RM670 juta ringgit.

Laporan tersebut menyatakan RM550 juta itu telah diberikan kepada 1MDB "…sebagai pendahuluan dan bukan digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Bandar Malaysia (iaitu tujuan sebenar pinjaman diambil)."

Penggunaan peruntukan PUKL

Laporan PAC turut menyebut, kerajaan bersetuju untuk menanggung sebahagian kos pembangunan bagi penempatan semula PUKL berjumlah RM1.117 bilion manakala 1MDB akan menanggung sejumlah RM1.60 bilion.

Ini mengikut Perjanjian Penempatan Semula Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur bertarikh 15 Jun 2011.

Sehingga bulan Mei 2015, Kerajaan telah menyalurkan sepenuhnya peruntukan berjumlah RM1.117 bilion.

Bagaimanapun, sejumlah RM288 juta telah didahulukan kepada 1MDB dan tidak digunakan sepenuhnya bagi membiayai kos penempatan semula PUKL seperti tujuan sebenar peruntukan tersebut diberikan oleh Kerajaan.

Terbitan Nota US$3 bilion

Laporan tersebut turut menyebut, 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Global Investments Ltd. (1MDB GIL) telah menerbitkan Nota US$3 bilion pada 19 Mac 2013 dengan surat sokongan Kementerian Kewangan.

Nota ini diterbitkan bagi tujuan modal permulaan untuk pelaburan dalam Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd. (ADMIC).

ADMIC adalah syarikat usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS, serta untuk tujuan korporat am.
Penyata kewangan 1MDB GIL bagi tahun 2014 menyatakan ADMIC adalah syarikat usaha sama yang ditubuhkan untuk membangunkan projek TRX.

Terbitan Nota US$3 bilion ini tidak disalurkan langsung untuk pembangunan projek TRX, sebaliknya digunakan bagi perbelanjaan berikut:

  • Pindahan kepada 1MDB: US$1.0 bilion (lunaskan Syndicated Term Loan RM2.5 bilion, Term Loan US$300 juta dan dan tambahan Syndicated Term Loan RM2.5 juta)
  • Pindahan kepada 1MDB Energy Ltd.: US$24.85 juta
  • Pindahan kepada Brazen Sky Ltd.: US$1.50 juta
  • Pelaburan di luar Negara: US$1.58 bilion
  • Derma kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia:  US$35.00 juta
Jumlah: US$2.65 bilion

PAC dalam bahagian 'Rumusan dan Cadangan' mendapati bahawa struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan dan syarikat bergantung kepada pembiayaan semula (refinance) untuk pembayaran balik hutang matang dan juga mengambil hutang baru untuk, antara lain, pembayaran faedah hutang sebelumnya.

Hutang 1MDB pada tahap RM5 bilion pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding aset sebanyak RM51 bilion, pada tahun kewangan berakhir 31.03.2014. 
 
 

Laporan PAC: Tiada kesalahan dalam 1MDB semasa saya berkhidmat - Shahrol Azral

Posted: 07 Apr 2016 07:35 AM PDT

BERNAMA


Laporan PAC: Tiada kesalahan dalam 1MDB semasa saya berkhidmat - Shahrol Azral
SHAHROL AZRAL: Saya akan terus beri kerjasama penuh, yakin dengan sepenuh hati bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada apa yang hendak disembunyikan. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini berkata tiada kesalahan atau aktiviti melanggar undang-undang berlaku dalam syarikat itu ketika di bawah pengawasannya.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini, Shahrol Azral berkata ketika penyiasatan dijalankan terhadap syarikat itu, beliau menghadap anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan memberi penjelasan penuh dan secara jujur kepada mereka tentang perkara yang berlaku ketika beliau menjadi CEO 1MDB.

Shahrol Azral juga berkata beliau akan terus memberi kerjasama penuh tentang perkara itu.

BACA: 5 percanggahan utama tindakan pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Semasa siasatan dijalankan, saya banyak kali hadir di hadapan anggota PAC yang dihormati.

"Saya ceritakan sepenuhnya dan dengan jujur semua perkara semasa saya menjadi CEO 1MDB. Seperti yang dijelaskan kepada PAC, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sebarang perbuatan salah atau aktiviti yang melanggar undang-undang berlaku dalam syarikat itu ketika dalam pengawasan saya.

BACA: Ahli lembaga pengarah 1MDB: Siapa mereka?

"Saya akan terus beri kerjasama penuh, yakin dengan sepenuh hati bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada apa yang hendak disembunyikan".

BACA: Lembaga Pengarah 1MDB tawar peletakan jawatan susulan laporan PAC
PAC, dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkannya di Dewan Rakyat hari ini, meminta pihak berkuasa menyiasat Shahrol Azral dan para pegawai lain yang berkenaan.

PAC berkata Shahrol Azral perlu bertanggungjawab bagi kelemahan dan kekangan yang wujud dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Apabila dihimpit skandal, MARA jadi sasaran politik perkauman Najib

Posted: 07 Apr 2016 07:31 AM PDT

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09
Oleh Fatih Hassan Nordin

 
KUALA LUMPUR: MARA kini menjadi mangsa terbaru politik perkauman yang dimainkan Datuk Seri Najib Razak apabila beliau sebagai Perdana Menteri mendakwa "tanpa UMNO, MARA akan terkubur, dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur".

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, dakwaan perkauman yang berunsur ugutan itu pernah diucapkan berkali-kali oleh pemimpin yang terlibat dengan pelbagai skandal terbabit, malah mengulangi skrip sama yang bertujuan meraih sokongan kaum Melayu.

"Seperti biasa, pemimpin UMNO tiada jalan lain kecuali kembali kepada politik ekstrem perkauman. 
Mereka berharap orang Melayu akan kabur dari melihat rasuah dan salahguna kuasa pemimpin apabila mereka membangkitkan isu menyelamatkan kaum kononnya.

"Namun, saya yakin rakyat termasuk orang Melayu bukan bodoh untuk diperdaya dan diugut oleh Najib," katanya kepada Roketkini.com.

Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA kelmarin yang menyentuh antara lain, kaitan di antara kedudukan orang Melayu, MARA dan UMNO sebagai satu bentuk pengukuhan kuasa.

Najib dilaporkan media sebagai berkata: "….. Kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka."

Pada 22 Ogos tahun lalu di sebuah majlis kelolaan UMNO, Najib turut dilaporkan media sebagai berkata: 
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat…tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan."

Sheikh Omar berkata, adalah lebih baik jika Najib sebagai pemimpin negara menjelaskan kepada rakyat, terutamanya orang Melayu, tentang masalah dan skandal MARA yang mencemar imej Malaysia di luar negara.

"Najib sepatutnya memberikan penjelasan berkaitan isu pembelian hartanah di Australia oleh MARA melibatkan penyelewengan sekitar Jun dan Julai tahun lalu. Beliau tidak sepatutnya membuat ugutan ala mafia terhadap orang Melayu," katanya.

MARA pernah terlibat dalam skandal pembelian hartanah di London dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. Badan yang menjaga kepentingan Bumiputera itu juga terlibat dalam skandal pembelian bangunan di Australia yang menimbulkan keraguan kerana membabitkan syarikat luar pesisir.

Tahun lalu, sebuah akhbar Australia telah mendedahkan tentang skandal MARA yang membeli sebuah asrama Dudley House di Melbourne dua tahun sebelum itu dengan harga yang sangat mahal, iaitu AUD22.5 juta atau RM65 juta sedangkan harga pasaran cuma  AUD17.8 juta (RM51.6 juta). – Roketkini.com

'Closed door. No media,' kata urusetia dialog Mahathir

Posted: 07 Apr 2016 07:16 AM PDT

ARIF ATAN


Dialog Anak MudaDialog Anak Muda


Tindakan pihak urusetia tidak membenarkan media menyertai dialog yang dihadiri Tun Mahathir di Universiti Malaya (UM), petang ini dilihat bercanggah dengan dasar ketelusan dan akses kepada maklumat.

Percubaan Malaysia Dateline memohon izin kepada Asheeq Ali di talian 018- 372 3395 untuk mengikuti program anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya itu hanya dijawab dengan, "Closed door. No media."

Dalam hal berkaitan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan keengganan penganjur membenarkan media masuk itu sebagai mencemarkan ketelusan Deklarasi Rakyat.

"Setelah berteka-teki, akhirnya telah disahkan bahawa wakil media tidak dibenarkan masuk membuat liputan untuk program dialog Deklarasi Rakyat bersama Mahathir petang ini.

"Dialog Anak Muda 'Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi' akan berlangsung di Clubhouse Persatuan Alumni UM.

SAMM kecewa dengan sekatan ini namun tetap akan hadir untuk berdialog dengan Mahathir," ujarnya.
Menurut Edy, program soal jawab yang turut menampilkan Pengerusi Bersih Maria Abdullah dan aktivis sosial Datuk S Ambiga itu sepatutnya bukan hanya tidak wajar dijalankan secara tertutup tanpa media malah harus disiarkan secara langsung demi mengangkat sebuah deklarasi yang telus.
"Apakah syarat seperti ini ditentukan oleh Mahathir seperti mana dia berkuasa dulu? Penetapan seperti ini juga seumpama 'From #NothingToHide to #SomethingToHide'.

"Kamu bicara soal 'institutional reform', kamu sebut ia deklarasi rakyat, tetapi kamu gagal dalam soal 'transparency' walau hanya untuk berdialog," bidasnya.

Sehubungan itu, SAMM ujarnya, berharap agar tiada halangan untuk bertanya ketika dialog berkenaan berlangsung.

Batal semua lesen melombong bauksit, wajibkan EIA untuk lesen baru

Posted: 07 Apr 2016 07:12 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


fuziah salleh 2fuziah salleh 2Ketika tempoh moratorium (penggantungan) aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan berbaki seminggu lagi, kerajaan digesa membatalkan semua lesen melombong bauksit sedia ada dan mewajibkan laporan kesan penilaian alam sekitar (EIA) kepada permohonan baru lesen melombong.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dalam satu kenyataan media berkata, perintah kualiti alam sekitar Ogos 2015 juga perlu dikuatkuasakan ke atas semua lombong sedia ada.

"Dalam tempoh berbaki tujuh hari sebelum tempoh moratorium ke atas bauksit berakhir pada 14 April 2016 warga Kuantan masih belum mendapat kepastian berkenaan dengan nasib mereka.

"Prosedur operasi standard (SOP) yang diuar-uarkan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Pahang masih kabur dan cetek, tidak merangkumi penyelesaian kepada semua aspek pencemaran," ujarnya yang juga pengerusi badan bertindak menentang pencemaran bauksit.
Menurut Fuziah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa kualiti air sungai di sekitar Kuantan bertambah baik di dalam waktu tempoh moratorium.
Fuziah turut merujuk edaran 'keputusan analisis kimia kualiti air bagi Sungai Riau, Sungai Mabok, Sungai Pinang dan Sungai Balok yang terletak di kawasan aktiviti perlombongan bauksit.

Beliau menambah, oleh kerana undang-undang tidak mewajibkan EIA ke atas lombong-lombong berkeluasan di bawah 250 hektar, maka kesemua lesen lombong bauksit sebelum ini dikeluarkan tanpa memerlukan EIA.

"Apabila perintah kualiti alam sekitar diwujudkan pada bulan Ogos 2015, ianya tetap tidak boleh diguna pakai ke atas lombong yang sedia ada kerana perintah tersebut tidak boleh dipakai ke atas lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut. Maksudnya tidak boleh diaplikasi secara secara retrospektif," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar semua lesen melombong bauksit dibatalkan dan setiap permohonan lesen baru disyaratkan mematuhi EIA.

Menurut Fuziah, ketika aktiviti perlombongan bauksit berjalan, penduduk Kuantan menghadapi kesan pencemaran udara manakala air laut menjadi merah.

Oleh kerana EIA tidak dilaksanakan, tiada mekanisme untuk mengenal pasti impak sebenar industri perlombongan bauksit ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.

"Dengan itu cara yang paling baik untuk memastikan keselamatan penduduk Kuantan adalah untuk melaksanakan EIA ke atas tapak melombong, tapak mencuci bauksit dan juga tapak 'central stockpile'," ujarnya.

Beliau turut menggesa tempoh moratorium dilanjutkan sehingga wujud SOP yang lebih komprehensif melibatkan perlombongan, pemulihan tapak lombong, mencuci bauksit, pengangkutan, menyimpan stokpile sehingga kepada mengalihkan bahan mineral ke atas kapal.

"Juga batalkan lesen melombong sedia ada dan diwajibkan permohonan semula di mana EIA menjadi (syarat) mandatori," tegasnya.

Lembaga Pengarah 1MDB tawar letak jawatan

Posted: 07 Apr 2016 07:10 AM PDT

 
Walaupun keputusan itu sukar diambil, tetapi ia adalah langkah yang betul bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti dicadangkan PAC.


1mdb



PETALING JAYA: Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini secara kolektif menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan 100% pemegang saham syarikat terbabit.

Lembaga Pengarah 1MDB dalam satu kenyataan menjelaskan, walaupun ia merupakan keputusan sukar, tetapi pihaknya percaya ia adalah langkah betul dalam situasi itu, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurut kenyataan itu, Lembaga Pengarah 1MDB telah berjaya membawa syarikat itu mengharungi satu tempoh unik yang mencabar dan percaya laporan PAC yang dibentangkan hari ini boleh menghentikan semua dakwaan palsu dilemparkan terhadap syarikat terbabit.

"Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes "RM42 bilion hilang", seperti didakwa sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

"Juga telah disahkan, 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan itu.

Lembaga Pengarah 1MDB juga menjelaskan, mereka telah memainkan peranan dan tanggungjawab sebaik mungkin, termasuk melaksanakan pelbagai langkah tadbir urus korporat, seperti mewujudkan prosedur operasi standard untuk syarikat, menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah.

"Di samping itu, Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang menjalankan siasatan ke atas syarikat ini. Semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan," katanya.

Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan PAC hari ini mendapati, struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan strategik itu 'kurang memuaskan' yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Hasil siasatan PAC turut mendapati, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

Laporan itu turut mengesyorkan Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat itu.

Pada masa sama, PAC meminta agensi penguatkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan.

Gabenor Pulau Pinang buat Muhyiddin

Posted: 07 Apr 2016 06:51 AM PDT



 

Oleh SUBKY LATIF


DAKWAAN Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia ditawarkan untuk jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang boleh dipercayai. Beliau menolaknya justeru dia ada maruah.

Maruah macam mana tidak perlu tanya. Tentu ada sebab tawaran itu dibuat.

Risik tentang gabenor tentu datang dari Perdana Menteri Najib. Yang boleh menasihatkan Yang Dipertuan Agong memperkenan menjadi gabenor hanya Pedana Menteri. Jika ada sesiapa mahu orang itu dan orang ini jika Perdana Menteri tidak setuju, ia tidak akan jadi.

Percayalah kita ia adalah politik Najib. Bagaimana Najib boleh terikir begitu adalah masalahnya.

Percubaan memenangi hati Muhyiddin itu kira-kira imbas perlantikan Perdana Menteri Tun Razak ke atas Tan Sri Sardon Jubir bagi menjadi Yang Dipertua Negeri Puau Pinang seleps kematian Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail tahun 1973.

Orang Umno paling kanan selepas Tun Dr. Ismail ialah Menteri Tan Sri Sardon Jubir. Dia naib presiden pertama Umno masa itu. Dua naib presiden yang lain ialah Kapten Hussein Onn dan Encik Ghafar Baba.

Pilihan Perdana Menteri Tun Razak bagi Timbalan Perdana Menteri ialah Kapten Hussein Onn, tetapi bagaimana hendak mengenepikan Tan Sri Sardon sedang dia bukan saja kanan dalam parti tetapi pimpinan kanan Umno zaman Dato' Onn lagi.

Dari tahun 1951 Kapten Hussein yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno itu hilang dalam parti justeru ayahnya Dato' Onn keluar Umno hingga dia timbul semula tahun 1969.

Ketika Tun Razak singgah di Perhimpunan Agung Umno dan dipilih jadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Sardon adalah Timbalan Yang di Pertua Agung Umno. Justeru Tun Razak lebih berminat untuk jadi timbalan kepada Tunku Abdul Rahman, maka Tun Razak dan Sardon tukar jawatan suka sama suka. Tun Razak jadi timbalan dan Sardon jadi ketua pemuda.

Tidak diketahui atas nasihat siapa, Tun Razak mencadangkan Tan Sri Sardon menjadi Gabenor Pulau Pinang yang baharu. Apabila dia jadi gabenor, maka jadilah Kapten Hussein, biras Tun Razak orang Umno paling kanan bagi menggantikan Tun Ismail.

Ada juga gosip melangkah kedudukan Sardon itu, tetapi justeru setia Sardon pada Tun Razak, dia menerima. Apabila Tun Razak menyelitkan dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno bahawa Tan Sri Sardon akan dilantik jadi gabenor. Antara kelebihan Sardon untuk jawatan itu ialah Inggerisnya sehebat Inggeris orang Universiti Oxford.

Ketika ucapan penggulungan Sardon membangkitkan tidak senangnya perlantikan gabenornya justeru bahasa Inggeris diibaratkan dengan Inggeris Oxford. Dia minta maaf pada Tun membangkitkan isu itu dalam Perhimpunan.

Dia tidak dapat terima gurauan Tun Razak itu. Dia terima jawatan Gabenor itu semata-mata kerana setianya dan perhormatannya kepada Tun. Dengan alasan bahasa Inggeris Oxford itu katanya 'Saya boleh tolak' perlantikan gabenor itu.

Kebanyakan orang kanan Umno mengira reaksi Sardon itu satu tamparan kepada Tun Razak.

Kira-kira 42 tahun dulu Tun Razak tawarkan menteri dari Pontian jadi Gabenor Pulau Pinang dan kali ini Perdana Menteri Najib pula tawarkan jawatan sama pada bekas TPM dari Pagoh.

Kedua-dua tawaran itu ada ceritanya

Mini Stroke: Jangan Ambil Mudah! Ketahui Petandanya

Posted: 07 Apr 2016 06:45 AM PDT





DETIK DAILY


Siapa yang tak kenal dengan penyakit stroke? Kemungkinan ada di antara sanak saudara terdekat anda mengalaminya. Kalau di negara kita, penyakit ini tersenarai dalam 3 penyakit pembunuh utama selain jantung dan kanser.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu tubuh akan memberi isyarat bahawa seseorang akan terkena stroke yang dikenali sebagai mini strokeMini stroke atau yang disebut juga Transient Ischemic Attacks (TIA) memberikan tanda-tanda yang sama seperti ischemic stroke.

ff7963ffee15c154ac977fda139fc950

Ia akan terjadi dalam tempoh lebih kurang 5 minit sahaja dan tidak akan menyebabkan kerosakan otak seperti stroke. Kajian menunjukkan 1 daripada 3 orang yang mengalami stroke akan mengalami gejala mini stroke dahulu dalam tempoh 7 hari sebelum serangan stroke sebenar.


Namun, sayangnya ramai yang ambil tak endah dengan gejala ini. Jadi, apa kata kita mula ambil tahu sedikit tentang gejala-gejala mini stroke ini sebagai persediaan:


1. Tiba-tiba susah untuk bercakap, keadaan seperti anda gagap dan sukar mengeluarkan kata-kata.


2. Tiba-tiba sukar untuk melihat, sama ada terjadi pada salah satu mata atau kedua-duanya sekali secara mendadak.



A health care worker (L) assists a man during an eye check up at the Tambora community health centre in Jakarta March 29, 2011. Indonesia plans to encourage the private sector to build more hospitals with a quarter of beds reserved for the poor, as it aims to boost free health care and tackle the rise of disease from stroke to AIDS, Health Minister Endang Rahayu Sedyaningsih said. REUTERS/Beawiharta (INDONESIA - Tags: HEALTH POLITICS)

3. Bingung dan terpinga-pinga untuk seketika, padahal sebelumnya anda aktif dan mudah memahami situasi.

5. Pening kepala yang bersangatan, padahal sebelumnya tidak ada apa-apa masalah.

download (1)

4. Anggota badan mati seketika, yang paling mudah terkena ialah muka, lengan  dan kaki secara mendadak. Pesakit tiba-tiba merasa kebas di bahagian tersebut dan tidak dapat rasakan pergerakan anggota badan.

6. Tiba-tiba hilang daya keseimbangan badan, pesakit akan terasa sukar nak pusingkan badan ke arah berlainan, mudah jatuh dan ada situasi yang menyebabkan pesaki terus tidak boleh berjalan.

Vertigo-desequilibrio-incapacitante-y-riesgoso

Jika anda atau ahli keluarga anda atau rakan-rakan anda mengalami gejala-gejala seperti ini, bolehlah terus rujuk kepada doktor pakar.

Antara faktor-faktor mendorong kepada mengalami gejala mini stroke atau TIA ini ialah:

Mempunyai penyakit jantung, dan ramai yan tak sedar mereka mengalami penyakit jantung
Ada anggota keluarga yang pernah mengalami stroke, jadi perlu berhati-hati walaupun stroke bukan penyakit keturunan.

Tekanan darah tidak normal, tekanan darah sekejap naik sekejap turun. Anda boleh rasa sendiri contohnya jika anda cepat gemuruh walau tidak ada apa-apa berlaku.

tekanan-darah

Kolesterol tinggi, berkaitan dengan pemakanan seharian yang mengandungi minyak berlebihan.

Kurangkanlah sebelum terlambat.

Diabetes, atau sinonim dengan masyarakat kita dengan penyakit kerat kaki iaitu kencing manis, akibat gula berlebihan.

Obesiti, kalau anda pergi semak dengan Institut Jantung Negara pun anda akan lihat ramai pesakit di sana adalah obesiti.

050812DDD3EF601A

Merokok, tak nak tegur, jangan tunggu dah bersedia baru nak berhenti. Dah terlantar atas katil wad baru nak menyesal, itu terlambat sudah.

Ingat! Stroke tidak mengenal usia!

Ada Kes: PAC Arah Siasat 1MDB

Posted: 07 Apr 2016 02:06 AM PDT


ADA kes terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Itulah yang boleh disimpulkan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ini terbukti apabila badan Parlimen itu meminta pihak agensi penguat kuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, (Datuk) Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Shahrol Pikul Beban Tanggungjawab

Menurut laporan Bernama, PAC juga mahu siasatan dijalankan ke atas anggota pengurusan lain, termasuk Lembaga Pengarah atas "kelemahan-kelemahan pengurusan syarikat itu."
 
Ia turut mencadangkan agar Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama artikel 117 di dalam memorandum dan artikel persatuan syarikat. Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.

PAC mendapati, terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab atas kelemahan itu.

Arahan PAC agar agensi penguat kuasa menyiasat 1MBD adalah penting kerana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia, Ketua Juruaudit Negara dan Pejabat Peguam Negara telah pun menjalankan penyiasatan, sama ada secara bersendirian atau berkumpulan, sebelum dibubarkan dan diarah berhenti pada pertengahan tahun lalu.

Malah Bank Negara telah dua kali mengemukakan perakuan agar 1MDB dituduh di mahkamah kerana melanggar peraturan pemindahan wang tetapi ditolak oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali atas alasan tidak ada kes.


Mohamed Apandi tolak perakuan Bank Negara

Laporan PAC itu memutuskan yang "segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri" perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan bahawa 1MDB adalah kepunyaan Menteri Kewangan Diperbadankan (KMD).

Selain Perdana Menteri, Mohd Najib juga memegang jawatan Menteri Kewangan.

Laporan lengkap PAC boleh diperoleh menerusi laman web Parlimen www.parlimen.gov.my.


Mohd Najib bertanggungjawab terus ke atas 1MDB
Perkara 117 di bawah memorandum dan artikel persatuan 1MDB, antara lain menetapkan semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB, serta sebarang komitmen kewangan, termasuk keputusan pelaburan 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.

Dalam laporannya, PAC mendapati pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah atau pun bertindak sebelum mendapat kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah.

"Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci (termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat) dan beberapa keputusan besar telah dibuat melalui resolusi bertulis," menurut laporan itu.

PAC juga berpendapat, penggunaan hutang yang berlebihan dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliran tunai syarikat tidak mencukupi.

Ia juga menyarankan kawal selia yang lebih rapi oleh Lembaga Pengarah, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.

Bagaimanapun, PAC mendapati kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Pengurusan tertinggi baharu 1MDB telah dibawa masuk selepas itu sebelum pelan rasionalisasi dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

Kesimpulan

Daripada laporan Bernama itu, kesimpulan yang boleh dibuat bahawa terdapat banyak kelemahan dan perlanggaran urus tadbir korporat melibatkan pengurusan, Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan badan kawal selia teratas, iaitu Kementerian Kewangan.

Daripada apa yang telah didedahkan secara rasmi oleh penyiasatan dalam dan luar negara atau yang diperkatakan dengan meluas, jelas kelemahan-kelemahan yang disebutkan oleh PAC itu mungkin mempunyai unsur-unsur kecuaian, pecah amanah dan corporate malfeasance .

Dengan arahan PAC itu, tidak ada alasan lagi bagi agensi penguat kuasa, khususnya SPRM, PDRM dan Bank Negara untuk tidak meneruskan siasatan ke atas 1MDB atau cuba mensabotajnya kecuali mereka sengaja mengingkari arahan Parlimen.

Wallahuaklam.


ORANG JOHOR TENTU TAHU SIAPA YANG PALING BERANGAN NAK JADI MB

Posted: 07 Apr 2016 02:03 AM PDT

 shahbudindotcom

 

 
 
Apabila tiba-tiba timbul desas-desus mengenai usaha menyingkirkan Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor, ramai yang tidak begitu terkejut dengan perkhabaran itu, apatah lagi ia dikatakan diketuai oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri.

Ini kerana di sebalik Khaled  agak "slow" dalam memperlihatkan sokongannya kepada Najib Razak, timbalan menteri yang mengidam jawatan itu juga bukanlah rahsia lagi di kalangan orang-orang Johor.

Tambahan lagi yang menimbulkan isu tersebut ialah anak Speaker DUN Johor, Mohamed Aziz yang tentunya beliau tidaklah "omong kosong" saja mengenai perkara itu.

Sekarang ini ada enam timbalan menteri UMNO daripada Johor iaitu:-

- Ahmad Maslan
- Razali Ibrahim
- Aziz Kaprawi
- Hamim Samuri
- Nur Jazlan Mohamed
- Halimah Saddique 

Jadi, siapakah di antara enam nama di atas yang paling mungkin berpotensi mengetuai gerakan itu?

Tetapi, politik Johor mungkin agak berbeza dengan negeri-negeri lain. Menukar Menteri Besar di Johor tidak cukup sekadar dengan restu Perdana Menteri atau hanya dengan mencukupkan bilangan sokongan ADUN atau Ketua-Ketua UMNO bahagian saja kerana faktor istana adalah juga penentu pentingnya.

Sehingga ini Khaled mempunyai hubungan yang cukup baik dengan istana dan tidak pernah timbul apa-apa masalah, malah beliau juga adalah rakan sekolah dengan Sultan Johor suatu ketika dahulu.

Hubungan Khaled dengan Najib pula tidak pula boleh disamakan dengan kedudukan Mukhriz di Kedah yang berjaya ditumbangkan baru-baru ini.

Lantaran itu, menukar Khaled sebelum PRU 14, boleh jadi terlalu sukar dan dikira mustahil, lebih-lebih lagi jika pihak istana tidak merestuinya.

Tambahan lagi, di kalangan Adun Johor sedia ada tiada yang terlebih ghairah mahu merampas kedudukan Khaled itu.

Namun, jika gerakan itu itu berujuan memastikan Khaled ditukar selepas PRU 14 dan mahukan timbalan menteri yang mengetuai gerakan itu sebagai penggantinya, ia tidaklah dilihat sesuatu yang asing.

Ia mungkin sebahagian langkah "usaha tangga kejayaan" dalam mencapai sesuatu yang diidam-idamkan dalam kehidupan oleh timbalan menteri berkenaan.

Maknanya, mereka boleh berusaha dan mewujudkan gerakan ke arahnya, menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada banyak perkara selepas itu.

Antaranya, apakah Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri, penerimaan istana serta bolehkah UMNO terus berkuasa di negeri itu?

Dan di kalangan enam timbalan menteri tersebut, ramai orang Johor sendiri tahu siapakah yang paling mengidam dan berangan-angan untuk menjadi Menteri Besar selama ini.

Timbalan menteri berkenaan dikatakan selalu menonjolkan hubungannya yang lama dan rapat dengan Najib sebagai asas untuk memimpin negeri itu.

Seorang pemimpin bahagian Johor berkata, jika daripada sekarang lagi sudah wujud perebutan untuk menjadi Menteri Besar, ini hanya akan menyebabkan lebih mudah UMNO kecundang memandangkan pihak pembangkang sudah pun mempunyai 18 kerusi sehingga ini.


Potong gaji Pandikar 35% – Lip Eng

Posted: 07 Apr 2016 01:57 AM PDT

 
Lim Lip Eng berkata, pemotongan gaji Pandikar itu adalah mesej buat Najib yang beliau benar-benar serius dan mahu cadangan keempat pembaharuan Parlimen diterima Kabinet.



Lim-lip-eng


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kini perlu bersetuju gajinya dipotong, memandangkan hanya tiga daripada empat cadangan pembaharuan Parlimen diluluskan Kabinet.

Tahun lalu, Pandikar menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri dan beliau hanya bersetuju menarik balik keputusan itu, selepas dijanjikan pembaharuan Parlimen akan dilaksanakan tahun ini.

Susulan itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa Pandikar menunjukkan beliau benar-benar serius untuk mengotakan janjinya dalam melaksanakan pembaharuan Parlimen.

Ini kerana, satu daripada empat cadangan pembaharuan Parlimen itu telah ditolak Kabinet.

"Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang telah bersetuju terhadap empat cadangan pembaharuan Parlimen itu, namun hanya tiga diterima.

"Pertama, penubuhan Dewan kedua (atau) satu Parlimen mini. Kedua, tambahan 30 minit diberikan kepada menteri-menteri bagi menjawab soalan-soalan kami dan ketiga, pendekkan tempoh penyerahan soalan wakil rakyat dari 14 hari kepada 10 hari.

"Tetapi, cadangan paling penting telah ditolak Kabinet, iaitu Jawatankuasa Pemilihan.

"Bagi saya, ini paling penting (kerana) sebelum rang undang-undang boleh dibentangkan di Parlimen, akan ada Jawatankuasa Pemilihan yang dianggotai (wakil rakyat) BN dan pembangkang untuk bincang dan teliti rang undang-undang itu," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, Lip Eng berkata, Pandikar perlu menunjukkan kepada Najib yang beliau benar-benar serius mahu melaksanakan pembaharuan Parlimen, melalui potongan gaji sebanyak 35 peratus.

"Bagi saya, beliau (Pandikar) sekadar Speaker 'cari makan'. Cium tangan Najib dan kata 'thank you'.
"Beliau kata akan letak jawatan, jika tiada pembaharuan (dilakukan) pada sesi pertama tahun ini.

"Jika beliau enggan meletak jawatan, sekurang-kurangnya potong gaji sebanyak 35 peratus. Bukan untuk memalukan beliau, tetapi untuk menghantar mesej kepada Najib yang beliau benar-benar serius dan mahu cadangan keempat itu diterima," katanya.

Mana laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB? soal MP pembangkang

Posted: 07 Apr 2016 01:39 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Sidang media ahli parlimen pembangkang di lobi Dewan RakyatSidang media ahli parlimen pembangkang di lobi Dewan Rakyat


Ahli parlimen pembangkang mempersoal ketiadaan dokumen laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dibentangkan hari ini.

Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, seharusnya dokumen berkaitan 1MDB disertakan memandangkan siasatan ke atasnya sudah berakhir dan tidak perlu dikelaskan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) lagi.

"Amat malang dan mengecewakan kerana satu lagi dokumen yang kita nantikan iaitu laporan daripada Ketua Audit Negara berhubung 1MDB tidak disekalikan dalam laporan PAC.

Beliau menggesa Ketua Audit Negara memberikan satu tempoh masa bagi dokumen 1MDB tidak lagi dikelaskan di bawah OSA supaya semua ahli parlimen mendapat maklumat mengenainya.

"Saban tahun kita mendapat semua laporan daripada Ketua Audit bukan sahaja syarikat GLC atau jabatan-jabatan tanpa ada klasifikasi tapi dalam isu ini agak memeranjatkan kerana ia dilabelkan di bawah OSA.

"Oleh demikian sesiapa yang ada maklumat atau mendedahkan maklumat berhubung isu itu dianggap melanggar OSA.

"Kita mendesak Ketua Audit Negara memberikan tempoh masa sama ada seminggu, dua minggu atau tiga minggu untuk dokumen ini didedahkan kerana ia hak ahli parlimen untuk mengetahui sebelum sesi parlimen berakhir," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Ketua Audit Negara perlu bersikap telus dan terbuka dengan menyertakan dokumen 1MDB dalam pembentangan laporan PAC hari ini bagi mengelakkan rakyat terus mempunyai persepsi negatif terhadap ketelusan kerajaan.
"Kebimbangan saya apabila dokumen 1MDB ini diklasifikasi bawah OSA ia boleh menimbulkan ketidakpercayaan orang ramai terhadap (Jabatan) Audit Negara.

" Mereka perlu tunjuk sikap telus, terbuka dan bebas tapi apabila diklasifikasikan laporan yang sangat penting yang tidak pun menyentuh persoalan ketenteraman negara mungkin hanya menyentuh ketenteraman perdana menteri dan juga pimpina kerajaan tiba-tiba ketua audit mengklasifikasikan sebagai OSA," katanya.

Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan ketiadaan laporan 1MDB adalah bagi menyelamatkan individu tertentu.

"Mungkin ketua audit negara ingin mengelakkan beberapa isu yang bersabit dengan individu tertentu tapi tindakan sebegini menambahkan lagi andaian negatif dan rasa tidak yakin rakyat dan mereka menganggap semeangnya berlaku penyelewengan.

"Niat ketua audit untuk membantu menutup perkara teetrntu tak membantu. Rakyat terus akan rasa ada penyelewengan dan rasuah dan sebagainya," katanya.

Hari ini, PAC membentangkan laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB selepas laporan ini dipersetujui sebulat suara serta konsensus ketika mesyuarat penyediaan laporan pada Isnin lalu.

Pembangkang berarak di Bukit Aman gesa pembebasan Rafizi

Posted: 07 Apr 2016 01:31 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pembangkang hari ini mendesak Rafizi Ramli segera dibebaskan selepas Ahli Parlimen Pandan itu ditahan atas kesalahan mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata memo menuntut pembebasan itu diserahkan pada pagi tadi dan diterima oleh  pegawai yang bertugas di pejabat Ketua Polis Negara USP Rizal Abdul Rahman Sidik.
 
Kira-kira 50 peserta perarakan, yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen, wakil daripada badan bukan kerajaan ( NGO), ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) dan bekas-bekas ahli Parlimen berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 9 pagi tadi.
 
Antara yang kelihatan di perarakan tersebut adalah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Foke; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad , termasuk Johari.
 
Terdahulu Rafizi ditahan jam 6.05 petang Selasa lalu sejurus keluar dari bangunan Parlimen mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana membuat kenyataan media berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan mengaitkannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Rafizi kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mempertahankan tindakan pihaknya menahan Rafizi di perkarangan Parlimen petang kelmarin kerana ianya mengikut undang-undang.
 
Tegasnya terpulang kepada pemimpin politik untuk bercakap apa sahaja sesuka hati mereka mengenai tindakan itu.
 
 

PRN Sarawak: PAS, PKR bertindih di beberapa kawasan - Shaharuddin

Posted: 07 Apr 2016 01:20 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati binti Syed Abdul Aziz
Post Pic
SHAH ALAM: PKR akan mengambil pendekatan berunding dengan PAS berikutan beberapa kerusi yang mahu ditandingi parti Islam itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, adalah kerusi tradisional PKR, ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Shaharuddin berkata, terdapat beberapa kerusi yang diumumkan PAS sebenarnya adalah kawasan tradisional PKR bertanding sejak PRN Sarawak 2001 lagi.

"Masalahnya ada dua tiga kerusi, apa dia yang ada mungkin memang kita akan meletakkan calon. Sebagai contoh di Pantai Damai, yang keduanya di Gedong, saya tak pasti kena semak balik (kawasan itu). Itu dua kawasan la yang saya boleh kenal pasti, maknanya Keadilan akan meletakkan calon di situ.

"Jadi bagi saya kalau boleh ada penyelesaian mesti lakukan, pasal hubungan ada di antara PAS dan Keadilan. Jadi kita akan cuba selesaikan sebaik mungkin untuk memastikan supaya tidak ada pertembungan yang berlaku. Kalau pertembungan maknanya rugi kat kita, BN akan senyum dan gelaklah," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai 11 kerusi yang sudah pun ditetapkkan oleh parti Islam Se-Malaysia itu yang akan ditandinginya pada PRN Sarawak ke 11 nanti.

Bagi PRN Sarawak ke-11, PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru.

Ketika ditanya sama ada PKR akan beralah dengan PAS bersabit beberapa kerusi yang dilihat bertindih, Shaharuddin mempersoalkan keapa perlunya PKR berbuat demikian.

Tegasnya, kerusi bertindih itu adalah kerusi lama PKR, justeru turut mempersoalkan kewajaran PKR meminta kebenaran terlebih dahulu daripada PAS.

"Kita tak minta apa-apa, sebelum itu di kawasan itu yang bertanding itu adalah Keadilan. Tempat Gedong dan Pantai Damai itu, itu adalah tempat tradisinya yang ditandingi oleh Keadilan setiap tahun sejak 2001.

"Jadi tak timbullah kita hendak minta kerusi (daripada PAS), orang lainla kena minta pada kita sebab kita bertanding di situ sejak 2001, cuma kita hendak bertanding di tempat itu, cuma itu," katanya.

Shaharuddin yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bagaimanapun percaya, rundingan bersama dengan PAS itu akan berjalan dengan baik walaupun PAS sudah mengumumkan calon-calon mereka pada PRN Sarawak yang ke 11 itu.

"Tapi kalau boleh buka perundingan itu semula. Tak timbul soal siapa hendak bertanding kat mana, atau pun siapa hendak bagi siapa, atau pun siapa hendak minta siapa.

"Jadi selagi kita ada hubungan itu, kita akan selesaikan apa dia masalah perundingan kerusi itu sampailah pada penamaan calon akan datang nanti," katanya.

Untuk rekod, dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Sementara PKR setakat ini masih lagi belum membuat sebarang pengumuman rasmi bersabit calon-calon yang akan dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11 walaupun sebelum ini memberitahu pencalonan itu akan diumumkan kelmarin oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Kenyataan penuh PAC berkaitan laporan 1MDB

Posted: 07 Apr 2016 01:14 AM PDT

Hasan Arifin 




Hari ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan ini dipersetujui sebulat suara serta konsensus ketika mesyuarat penyediaan laporan pada Isnin lalu.

PAC yang dianggotai 14 anggota parlimen, sembilan ahli daripada parti BN dan lima daripada parti pembangkang, dalam menyiapkan laporan ini secara kolektif mengemukakan rumusan serta cadangan kepada kerajaan berhubung kawalan pengurusan tadbir urus syarikat 1MDB yang dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

PAC memulakan laporan prosiding Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB pada 19 Mei 2015 dan mengakhiri prosiding ini pada 11 Februari 2016 dengan memanggil semua pihak yang bertanggungjawab terhadap syarikat 1MDB termasuk Kementerian Kewangan (MoF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Lembaga Pengarah 1MDB, pengurusan tertinggi 1MDB dan juruaudit 1MDB.

PAC ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara (JAN) kerana membentangkan Laporan Pengauditan 1MDB kepada PAC pada 4 dan 7 Mac lalu.

Jawatankuasa ini bersandarkan maklumat daripada laporan yang disediakan JAN selaras dengan keputusan kabinet mengarahkan Laporan Audit 1MDB dibentangkan kepada PAC untuk menjalankan siasatan, menyiapkan serta merumuskan Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB.

PAC mengakui bahawa syarikat 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan terperinci dalam laporan ini.

PAC juga mendapati bahawa struktur modal 1MDB terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.

PAC juga berpuas hati dengan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB pelan rasionalisasi syarikat 1MDB dan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam tempoh singkat bagi memulihkan syarikat ini.

Atas sebab itu, PAC menyarankan supaya pihak penguatkuasa perlu mengkaji dengan teliti laporan ini dan membuat siasatan lanjut. Jika didapati wujud kesalahan, tindakan undang-undang perlu diambil.

DATUK HASAN ARIFIN Pengerusi jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merangkap anggota parlimen Rompin.

PAC letak kelemahan 1MDB di bahu bekas CEO

Posted: 07 Apr 2016 01:10 AM PDT

MALAYSIAKINI




Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat terdapat kekangan dan kelemahan tertentu oleh pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.

"Secara khusus, PAC berpendapat bahawa mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekangan-kekangan tersebut.

"Oleh itu, pihak agensi penguat kuasa diminta untuk membuat siasatan ke atas Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan lain-lain pengurusan yang berkaitan," menurut laporan PAC berkaitan 1MDB.

Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
Lembaga penasihat perlu dimansuh 

Dalam laporan lebih 100 halaman itu, PAC juga membuat rumusan seperti berikut:
  • 1MDB perlu mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik.
  • Penggunaan hutang berlebihan dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliram tunai syarikat tidak mencukupi.
  • Lembaga pengarah gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham serta tidak mengambil tindakan sewajarnya atau proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.
  • Kawal selia yang lebih rapi diperlukan oleh lembaga pengarah, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.
  • Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan, bersama Artikel 117 di dalam memorandum dan artikel syarikat. Segala rujukan kepada perdana menteri perlu ditukar kepada menteri kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD.
  • Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB (TRX, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, tanah Pulau Indah) harus diserahk kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.

MP Segambut hina saya sebagai speaker, kata Pandikar

Posted: 07 Apr 2016 01:04 AM PDT

Zulaikha Zulkifli




Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap tindakan anggota parlimen DAP Lim Lip Eng yang memintanya meletakkan jawatan sebagai menghina.

Pandikar turut berkata tindakan anggota parlimen Segambut itu tidak menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Macam apa yang Segambut buat, bila dia kata begitu, dia hina saya sebagai speaker. Mana boleh ahli parlimen hina kedudukan speaker.

"Bukan hina saya sebagai Pandikar tetapi sebagai kedudukan speaker itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pandikar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang sebelum ini menggesa speaker Dewan Rakyat itu meletakkan jawatan kerana hanya menerima tiga daripada empat penambahbaikan parlimen yang dicadangkan.

PAC: 1MDB bayar RM4 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah

Posted: 07 Apr 2016 01:01 AM PDT

MALAYSIAKINI





1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan bahawa Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), menurut laporan PAC.

"Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

"1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC.

"Syarikat offshore incorporations limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI (British Virgin Islands).

"JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangan 2013 dan 2014.

Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan dana 1MDB dibayar kepada Aabar Ltd, yang didakwa syarikat British Virgin Islands yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS.


PAC: Prestasi kewangan 1MDB 'kurang memuaskan'

Posted: 07 Apr 2016 12:53 AM PDT

SINAR HARIAN


1MDB
1MDB
 
 
KUALA LUMPUR - Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan', yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Namun, PAC mendapati bahawa kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

"Tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat.

"Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula sebagai pembayaran balik hutang matang, dan mengambil hutang baharu, antara lain untuk pembayaran faedah hutang sebelumnya," menurut laporan itu.

Laporan tersebut menjelaskan model perniagaan 1MDB yang terlalu bergantung kepada pinjaman mengakibatkan syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.

Laporan setebal 106 halaman itu turut mendedahkan terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat.

"Pihak Lembaga Pengarah didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham, serta tidak mengambil tindakan proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.

"Lembaga Pengarah perlu mengawal selia dengan lebih rapi, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang," kata laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat itu hari ini.  

PAC berpendapat Lembaga Penasihat syarikat perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat, dengan segala rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, dan tanah Pulau Indah, seharusnya diserahkan kepada MKD supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.

Setelah beroperasi lima tahun, 1MDB, anak syarikat milik penuh kerajaan, menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014.

Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Bhd, untuk menjana dana yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah.

Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor dalaman syarikat serta luaran.
Berikutan itu, kerugian pertama syarikat sebanyak RM665 juta, yang diumumkan pada November 2014, menyebabkan keyakinan terhadap syarikat itu terhakis.

Susulan itu, 1MDB tidak dapat membiayai semula hutang sebanyak RM2 bilion, yang hampir matang pada ketika itu.

Kesimpulannya, hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014.

Pada Januari 2016, hutang tersebut mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit). - Bernama

Isu singkir MB Johor buang masa

Posted: 07 Apr 2016 12:45 AM PDT

Hishammuddin
Hishammuddin


KUALA LUMPUR - Isu menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Khaled Norden daripada jawatan Menteri Besar Johor seharusnya tidak timbul kerana kepimpinan cemerlang yang dipamerkan olehnya, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, gerakan menukar menteri besar tersebut merupakan satu tindakan yang sia-sia dan membuang masa.

Katanya, beliau tetap memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpunan Mohamed Khaled.

"Saya tengok tidak sepatutnya menjadi isu kerana kepimpinan beliau di peringkat kerajaan negeri dan juga Badan Perhubungan Umno serta BN, saya tengok berjalan dengan cukup baik dan membanggakan.

"Jadi kalau ada mana-mana pihak untuk menidakkan atau memperlekehkan Johor dan kepimpinan Johor, saya mahu nyatakan di sini bahawa mereka tidak ada asas dan membazirkan masa sahaja. Saya secara peribadi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, laman Facebook, Shukur Mohamad iaitu anak kepada Speaker Dun Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Johor.

Gerakan ini dikatakan diketuai oleh seorang timbalan menteri.

Timbalan menteri itu juga didakwa akan menjawat jawatan tersebut menggantikan Mohamed Khaled.

"Saya tidak tahu siapa individu itu. Isunya sudah jadi perkara yang dibincangkan. Cukup-cukuplah kerana pemimpin-pemimpin tertinggi dari Johor sudah membuat kenyataan dan hari ini saya sebagai Naib Presiden Umno yang datangnya dari Johor dan mengenali Mohamed Khalie secara dekat, isu ini tidak seharusnya timbul.

"Kalau inilah pendirian kita, siapalah dia. Saya tidak tahu di Johor ini boleh menidakkan suara-suara pemimpin Johor yang memegang jawatan diperingkat tertinggi parti dan dalam kerajaan," katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan Umno Bahagian Pagoh yang mahu menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Umno Bahagian, Hishammuddin berkata, perkara itu bukan menjadi keutamaan parti dan ia merupakan kehendak Umno Pagoh.

"Kalau ada apa-apa tindakan di peringkat bahagian, itu hak ahli-ahli Umno kita di Pagoh. Kalau sekiranya kedudukan Ketua Umno Bahagian Pagoh,  kedudukannya di peringkat parti, ia harus diputuskan oleh Majlis Tertinggi.

"Saya tengok ia membazirkan masa kerana saya nak lihat kehadapan dan yang penting adalah kita rapatkan barisan. Kita selesaikan perkara-perkara yang rakyat nak tahu berbanding kita bercakaran sesama kita dalam parti," katanya.


PAC minta bekas CEO 1MDB disiasat

Posted: 07 Apr 2016 12:39 AM PDT

SINAR HARIAN


1MDB
1Malaysia Development Berhad


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan.

Menurut PAC, Shahrol Azral perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Sebelum ini, PAC telah memanggil Shahrol Azral untuk memberi taklimat dan penjelasan pada 25 dan 30 Nov 2015.

Sementara itu, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin, dalam kenyataannya, menyarankan pihak penguat kuasa perlu membuat siasatan lanjut dan, mengambil tindakan undang-undang sekiranya wujud kesalahan.

PAC dalam laporan itu seterusnya mengesyorkan supaya Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan berserta Artikel 117 dalam Memorandum dan artikel syarikat itu.

"Segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan)," menurut jawatankuasa Parlimen itu dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, yang diedarkan di Parlimen di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PAC: Prestasi kewangan 1MDB 'kurang memuaskan']

Laporan itu turut dimuat naik di laman web Parlimen www.parlimen.gov.my.

Artikel 117 di bawah memorandum dan artikel 1MDB antara lain menetapkan semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB, serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan 1MDB boleh mempunyai kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.

Dalam laporannya, PAC mendapati pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah atau pun bertindak sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah.

"Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci (termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat) dan beberapa keputusan besar telah dibuat melalui resolusi bertulis," menurut laporan itu.

PAC juga berpendapat, penggunaan hutang yang berlebihan di dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliran tunai syarikat tidak mencukupi.

Ia juga menyarankan kawal selia yang lebih rapi oleh lembaga pengarah termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.

Bagaimanapun, PAC mendapati kerajaan telah mengambil langkah serta merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Pengurusan tertinggi baharu 1MDB telah dibawa masuk selepas itu, sebelum pelan rasionalisasi dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

Pada 4 Mac, 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan pada hari berkenaan, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemerksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.- Bernama


AirAsia siasat dakwaan cicak dalam nasi lemak

Posted: 07 Apr 2016 12:33 AM PDT

AirAsia siasat dakwaan cicak dalam nasi lemak
Gambar nasi lemak yang dikongsikan penumpang AirAsia.


SHAH ALAM - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum dan sedang menyiasat aduan mengenai penemuan cicak oleh seorang penumpang ketika menikmati nasi lemak dalam pesawat milik syarikat itu.

Bahagian Komunikasi AirAsia berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan bagi mendapatkan fakta dan punca pencemaran yang dikatakan oleh penumpang tersebut.

"Pihak kami telah berkomunikasi dengan penumpang itu bagi mendapatkan fakta sebenar, namun apa yang dikesali ialah penumpang itu tidak menyerahkan dengan kadar segera makanan itu kepada kami bagi membolehkan kami mengenal pasti punca pencemaran itu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Menurut AirAsia lagi, pihaknya mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan penumpangnya.

"Kami sedang mencari fakta sebenar dan menolak sebarang perbuatan khianat," katanya.

Sementara itu, katanya mengenai dakwaan keracunan makanan, pihaknya akan membantu penumpang itu bagi membiayai perbelanjaan perubatan dan masih menunggu laporan dan bil-bil perubatan penumpang tersebut.

"Pihak katerer kami diperakui oleh ISO 22000: 2005 oleh SGS United Kingdom, dan telah mendapat perakuan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Gred A, Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor," katanya.

Terdahulu, seorang penumpang yang dikenali sebagai Waseem Abbas, 27, memberitahu Sinar Online bahawa dia terkejut kerana menemui seekor cicak ketika menikmati juadah nasi lemak yang disediakan oleh syarikat penerbangan tersebut.

"Dalam beberapa suapan saya rasa macam lain macam sahaja sambal itu , saya tanya isteri ini apa? Isteri kata ikan bilis, saya cakap tidak mungkin ikan bilis mempunyai kaki.

"Saya tanya mereka (penumpang lain), mereka 'confirmkan' ini cicak dan bukan ikan bilis, terus saya loya tekak," katanya.

Selepas itu katanya, dia membawa makanan itu kepada kabin krew dan meminta mereka memeriksa makanan tersebut.

Kabin krew kemudian mahu menukarkan nasi lemak itu dengan hidangan lain.

"Saya tidak mahu, selepas itu tiba sahaja saya di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching saya membawa nasi lemak itu balai polis dan membuat laporan," katanya.

Sementara itu, katanya pihak syarikat penerbangan itu ada menawarkan penebusan bayaran balik tiket penerbangan namun katanya dia menolak permintaan itu dan berhasrat mahu membawa kes itu ke mahkamah.

"Saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa, ini melibatkan nyawa," katanya.