Ahad, 27 Mac 2016

kalam Perantau

kalam Perantau


Selepas Kedah, giliran politik Terengganu bergolak? 

Posted: 27 Mar 2016 08:58 PM PDT

Oleh: Shuhaimi Al Maniri

Belum pun pergolakan politik Kedah yang dicetuskan Ahmad Bashah terhadap Mukhriz Mahathir reda, tetiba Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya pula melempar 'bom jangka' kepada politik Pulau Pinang dengan meminta SPRM menyiasat dakwaannya di Parlimen bahawa Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang melakukan rasuah dengan membeli rumah banglo dibawah harga pasaran semasa seperti yang dilakukan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo.

https://i1.wp.com/assets.nst.com.my/images/articles/irb27.transformed.jpgDilaporkan dalam pelbagai media, Lim Guang Eng membeli sebuah rumah banglo daripada Miss Phang pada harga RM 2.8 juta. Sebelum itu pada tahun 2008, hartanah tersebut dibeli pada harga RM 2.5 juta dan telah dilakukan ubahsuai sebelum disewakan kepada beliau dengan kadar RM5,000 sebulan sehingga dijualkan kepada beliau pada tahun 2015.

Ekoran kenyataan ini perdebatan di parlimen menjadi kecoh terutama dari blok Pakatan Harapan. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan jarang berada di parlimen  kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media di Komtar, George Town, Pulau Pinang pada 18.3.2016 'menjemput' Datuk Shabudin Yahaya, Pengerusi PERDA merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka secara satu-sama-satu "Mencari Kebenaran Daripada Fakta" di hadapan pihak media massa di pejabat saya di Komtar pada hari Ahad, 20 Mac ini jam 11am.

Sebagaimana yang dijangka, tidak ada keperluan untuk ahli politik UMNO Pulau Pinang tersebut untuk memenuhi jemputan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada parti DAP. Malah Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula mencabar Lim Guan Eng memberi penjelasan secara gentleman di Parlimen yang akan bersidang Isnin ini berhubung pembelian rumah berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa bukan mencabar Shabuddin pada Ahad ini kerana kenyataan Datuk Shahbudin di Parlimen meminta SPRM menyiasat dakwaannya bukan minta berdebat dengan Guan Eng.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan hal pembelian rumah ini dengan lebih mendalam sama ada berlaku rasuah atau tidak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan selanjutnya.

Mungkinkah DUN Terengganu dibubarkan sebelum PRU14?

Dalam kolum Kalam Perantau pada dua minggu lepas, saya ada menulis, "Tidak dipastikan sama ada akan berlaku atau tidak lagi pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain selepas ini sebelum Pilihanraya Umum ke-14 nanti".

Sejak pertukaran Menteri Besar pada 2014, politik negeri Terengganu kembali tenang dan sesekali berlaku 'suam-suam kuku' dipermukaan, tetiba mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal dalam ucapannya pada 8hb Mac, 2016 ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyebabkan DUN Terengganu menjadi kelam kabut seketika.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Datuk Abdul Razif Abdul Rahman yang lebih terkenal dengan jolokan "Menteri Besar Seberang Takir" ini mampu atau tidak bertahan hinggga akhir penggal ini. Ura-ura untuk beliau membubarkan DUN Terengganu tidak dapat ditolak jika kerajaannya yang ibarat 'telur dihujung tanduk' tidak dapat dipertahankan daripada serangan dalaman UMNO sendiri.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah status ADUN Kijal tersebut, sama ada masih menjadi ADUN UMNO dan penyokong kerajaan ataupun sudah bertukar menjadi ADUN Bebas kerana peruntukan beliau sebagai ADUN Kerajaan telah ditarik balik dan diuruskan sendiri oleh Pejabat Menteri Besar.

Jika usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Razif dibenarkan oleh DUN Terengganu baru-baru ini, belum tentu Datuk Razif Abdul Rahman tidak mengalami nasib yang sama seperti Daud Samad, Menteri Besar Terengganu.

Ternyata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong "menyelamatkan" Datuk Razif dari kerusi Menteri Besar dengan menolak usul itu dan kemudian menangguhkan sidang DUN.

https://kalamperantau.files.wordpress.com/2016/03/c7226-razifmatsaid.png?w=320&h=225Ianya bukan lagi ibarat 'telor dihujung tandok' tetapi merupakan 'mimpi ngeri' kepada Razif kerana Ahmad Said tidak akan duduk diam bila Razif juga telah berndak balas. Jika ADUN Kijal bukan lagi ADUN Umno dan Penyokong kerajaan maka DUN Terengganu terikat 16 (UMNO) dan 16 (14 PAS, 1 PKR dan 1 Adun Kijal) disebelah pembangkang.

Percaturan politik di Terengganu sekarang ini adalah bergantung kepada usaha Ahmad Said (ADUN Kijal) untuk menjadi 'kuasa politik ketiga' di DUN Terengganu yang terdiri dari UMNO (16 kerusi) dan PAS (14 kerusi) serta PKR (1 kerusi) setelah ADUN Kijal ditolak oleh Menteri Besar Terengganu.

Kalau 'kuasa politik ke3' dalam DUN Terengganu yang bakal diusahakan Ahmad Said dapat mengumpulkan lebih daripada 3 orang ADUN, kuasanya tawar menawar mantan Menteri Besar (yang bukan pilihan UMNO sebelum ini) menjadi lebih besar daripada beliau bersendirian sahaja menjelang PRU ke-14 akan datang.

Tidak dapat dipastikan sama ada politik Datuk Razif di Terengganu sekarang ini mampu bertahan sehingga hujung penggal atau pun terpaksa dibubar DUN lebih awal bagi diadakan pilihanraya negeri yang baru sekiranya beliau tidak berjaya menangani 'api dalam sekam' politik UMNO di negeri tersebut.

Setakat ini Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah kerajaan negeri Terengganu adalah Daud Samad dari PAS yang mampu bertahan dari PAS pada 1959 – 1961, iaitu selama 2 tahun lebih sahaja.


dollah yankee

dollah yankee


Puas, walau 3 jam tunggu Mat Sabu ..

Posted: 27 Mar 2016 07:04 AM PDT





dollah yankee -

Nama Anwar Ibrahim banyak kali disebut dalam kongres ini ...

#bebaskan Anwar Ibrahim#

Panas ...

Posted: 27 Mar 2016 06:25 AM PDT


Sungguh-sungguh panas cuaca sekarang ini ...

Panas nya ada lah sepanas keadaan dalam negara kita yang tak pernah sejuk dengan rasuah, rasuah dan rasuah, isu cover-up, isu 1MDB, isu 2.6 billion, dan yang terbahru ialah isu "Kongres Deklarasi Rakyat". 

Ahli-ahli politik yang mewakili parti BN/umno semuanya sama ...

Semuanya buat kita sakit kepala, buat kita sakit perut, dan buat kita 'hangat kati'.  Akhirnya apa yang kita ada?

Yang tinggal hanyalah cinta.

Cinta kepada kehidupan.

Cinta kepada alam.

Cinta sesama manusia dan cinta kepada kucing, cinta kepada anjing dan cinta kepada binatang ...

Cinta yang memberikan harapan untuk terus hidup.

Dari mana datangnya cinta ye?




dollah yankee -
Selalu dengar lagu dangdut 'cinta ku 100%' ...



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE: People's Congress 2016 - The fall of Najib?

Posted: 27 Mar 2016 04:43 AM PDT


PENGANTAR DWI BAHASA: ‘PELAJAR HADAPI KRISIS PENGUASAAN ILMU’ – PROFESOR

Posted: 26 Mar 2016 10:06 PM PDT

PEMILIK RUMAH TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN NEGERI – GUAN ENG

Posted: 26 Mar 2016 09:43 PM PDT

SUKU PERTAMA 2016, 400 RIBU RAKYAT MENGANGGUR

Posted: 26 Mar 2016 09:39 PM PDT

MUHYIDDIN DEDAH PINJAMAN DARI ANANDA KRISHNAN

Posted: 26 Mar 2016 06:04 AM PDT



Muhyiddin dedahkan lepas pinjam RM2 Bilion dari Ananda, 1MDB nak pinjam lagi RM3 bilion

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.



"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.
Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.
"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.
"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.
"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."
Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.
"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi.
Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan.
"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.
"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.
The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.
Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.
Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.
"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.
Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya.
"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat.
"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SOALAN KURUN INI

Posted: 27 Mar 2016 07:00 PM PDT






SOALAN HAKiKI

BUKAN 

BiLA HENDAK

DiTENDANG

TAPi

BERANi KE?



Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin


KUALA NERANG - Umno perlu mengambil tindakan tegas terhadap dua pemimpinnya  Muhyiddin Yassin dan  Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Mahdzir Khalid berkata, tindakan Mukhriz selaku Ketua Umno Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.
Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.

"Menyatakan bahawa mereka menyayangi Umno, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut ... parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.   

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini, hari ini. - 

KAH KAH KAH

BERAPA KALI

NAK CAKAP DAA

NAK AMBIL 

TINDAKAN DAA

TOK IS CHIP

KAH KAH KAH



----------

HANYA SATU TUJUAN

Posted: 27 Mar 2016 06:30 PM PDT





MENGGALANG

BARISAN

BERSATU



'Memang Tun M pernah penjarakan kami, tetapi…'

SHAH ALAM – "Memang  Mahathir Mohamad pernah penjarakan kami, tetapi sekarang itu semua sejarah," demikian ujar Menteri Besar Selangor,  Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, meskipun pernah dipukul, ditahan dan dipenjarakan di bawah bidang kuasa Mahathir, beliau sanggup mengetepikan semua detik hitam itu demi perjuangannya untuk rakyat.

Kata Mohamed Azmin lagi, berdirinya beliau di sisi Mahathir pada Kongres Rakyat 2016 hari ini sebagai bukti yang beliau sudah melupakan peristiwa lalu.

"Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu,  Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Itulah sejarah. Sejarah ajar saya untuk menghayati makna perjuangan rakyat. Kami mahu jadi orang yang lebih baik bukan orang yang lebih teruk daripada sebelumnya," katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berkongsi pengalaman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Mahathir.

Menurut Mohamad, meskipun pernah ditahan di bawah ISA, namun hari ini beliau sanggup mengetepikan dendam silam demi selamatkan negara dan boleh sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya gementar berceramah di depan bekas pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.

"Dua kali saya ditahan ISA. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam," katanya dalam kongres yang sama.

HANYA SATU

TUJUAN

SINGKIR NAJIB


------------

REKOD KERJA BANGANG

Posted: 27 Mar 2016 06:32 AM PDT




REKOD BUAT KERJA 
BANGANG


TAYAR PANCIT
Satu lagi rekod yg tunggu utk dipecahkan: setakat ni rekod nya sifar...rekod penukar tiub serentak terbesar, tercepat dan terbanyak motor tayar pancit dari padang besar sehingga tambak johor, dari sitiawan sehingga kuala trengganu, dari kuching sehingga tawau. Penjumpaan penukar penukar tiub sa-malaysia... on USM BUAT REKOD
Anonymous
on 3/26/16
UNIVERSITI SEX MALAYSIA
Tu lah kata tt nasib kita terletak pada tangan .. tapi tangan perlu ada sabun .. sabun kena beli .. yang murah sabun buku. USM yang pernah dikenali sebagai Universiti Sex Malaysia pada tahin 80 an, apabila beberapa pelajar nya didapati nenggok video (kartridge) ngentot. USM patut pecah satu lagi rekod .. pancut beramai-ramai sehingga setenggah baldi airnya. on USM BUAT REKOD
panglimo potaseh
on 3/26/16

------------

GWA DUDAK BILANG

Posted: 27 Mar 2016 01:00 AM PDT





GWA 

UDAH BILANG

MANYAK KALi

LU TAK CAYA KE?



LEMBAGA HITAM DI TABUNG HAJI

Posted: 27 Mar 2016 12:00 AM PDT






SATU LAGI

KES PUTAR

ALAM


TUAN HAJI LODIN WOK KAMARUDDIN PERLU LETAK JAWATAN DARI LTAT; MINTA MAAF KEPADA PESARA TENTERA

Pendedahan hari ini bahawa kedudukan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut terkesan akibat skandal 1MDB kerana 1MDB gagal membayar Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan. Sehingga September 2015, tunggakan bayaran dari 1MDB kepada PPHM adalah RM396.41 juta yang sudah tentu akan mempunyai kesan kepada keupayaan kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang tamat perkhidmatan tepat pada masanya.

Penglibatan Tuan Haji Lodin Wok Kamaruddin sebagai Pengerusi 1MDB dan juga Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah satu konflik kepentingan ("conflict of interest") yang terlalu jelas. Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama di dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada ratusan (jika tidak ribuan) pesara-pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan.

Tanggungjawab paling utama yang sepatutnya beliau perlu laksanakan ialah menjaga kebajikan pesara-pesara tentera dan mempertahankan hak mereka mengatasi kepentingan perniagaan lain. Apabila ada keluarga pesara tentera yang terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain; saya berpendapat Tuan Haji Lodin Wok Kamaruddin perlu mengambil tanggungjawab di atas masalah yang berlaku ini.

Saya akan berunding dengan persatuan-persatuan bekas perajurit seperti PAHLWAN, persatu veteran dan lain-lain untuk menggerakkan satu kempen mendesak supaya Tuan Haji Lodin Wok Kamaruddin berundur dari LTAT dan meminta maaf secara terbuka dengan pesara-pesara tentera dan keluarga mereka.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



--------------

PENDEDAHAN PUTAR ALAM

Posted: 26 Mar 2016 11:00 PM PDT




LAGI

PENDEDAHAN

PUTAR ALAM



1MDB GUNA RM288 JUTA WANG (YANG SEPATUTNYA DIBAYAR KEPADA ANAK SYARIKAT LTAT) UNTUK MEMBAYAR FAEDAH PINJAMAN 1MDB

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, 1MDB dan LTAT masih tidak memberi sebarang maklumbalas kepada kenyataan saya semalam bahawa sejumlah RM396.41 juta bayaran yang sepatutnya dilunaskan kepada PPHM (anak syarikat LTAT yang menjadi "turnkey" kontraktor kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara) masih lagi tertunggak setakat September 2015. Selalunya 1MDB dan LTAT akan mengeluarkan kenyataan balas sepintas kilat selain dari mengugut untuk mengambil tindakan saman.

Saya percaya 1MDB dan LTAT masih tidak memberikan sebarang kenyataan balas kepada pendedahan saya kerana kedua-dua syarikat dan tabung milik kerajaan ini tahu saya mempunyai dokumen sebagai bukti kepada dakwaan saya itu.

Salah satu sebab utama kepada berlakunya tunggakan sehingga mencecah RM396.41 juta jumlah yang 1MDB berhutang kepada PPHM (setakat September 2015) ialah kerana dana yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB untuk membayar PPHM digunakan bagi tujuan yang lain.

Untuk memahami bagaimana tempangnya kedudukan kewangan 1MDB dalam perkara ini, saya nyatakan fakta-fakta berikut yang dipetik dari kenyataan-kenyataan 1MDB sendiri:

1.    Projek pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara telah dianugerahkan kepada 1MDB oleh Kerajaan Persekutuan pada harga RM2.7 bilion. Keseluruhan projek ini kemudiannya diserahkan oleh 1MDB kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) iaitu anak syarikat LTAT

2.    Dana yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar PPHM jumlah RM2.7 bilion ini datang dari 2 sumber: sebanyak RM1.0865 bilion adalah geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB (lihat petikan Laporan Ketua Audit Negara di bawah) dan RM1.5 bilion dari terbitan sukuk. Maknanya, dana yang diambil adalah mencukupi untuk membiayai projek ini.


3.    Setakat September 2015, ada tunggakan bayaran kepada PPHM sebanyak RM396.41 juta yang bermakna sebahagian dari dana yang diberikan kerajaan iaitu RM1.0865 juta telah digunakan bagi tujuan-tujuan lain

Berdasarkan dokumen rahsia Kerajaan Persekutuan yang saya ada, saya boleh mengesahkan pengurusan 1MDB mengakui bahawa sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bayaran penempatan semula telah digunakan oleh 1MDB untuk membayar faedah pinjaman 1MDB sendiri (bukannya untuk membayar PPHM seperti yang sepatutnya).

Apabila geran Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk membayar anak syarikat milik LTAT telah dibelanjakan bagi tujuan menutup kepincangan kewangan 1MDB (dengan membayar faedah pinjaman), sudah tentu itu akan mengheret LTAT ke dalam masalah 1MDB. Akhirnya untuk memastikan kerja-kerja terus berjalan, LTAT berkemungkinan besar telah mendahulukan dananya terlebih dahulu.

Tindakan yang kurang pintar oleh pengurusan LTAT inilah yang saya khuatiri telah memberi kesan kepada kelancaran pembayaran caruman oleh LTAT kepada pesara tentera yang baru tamat perkhidmatan.

Saya menunggu jawapan dari 1MDB dan LTAT kepada pendedahan ini. Saya juga masih menunggu LTAT mengemukakan senarai jumlah pesara tentera yang bayaran caruman persaraan mereka masih tertunggak.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

--------------

NANDEK PUTAR ALAM

Posted: 26 Mar 2016 10:00 PM PDT



March 26, 2016
Arul-Kanda_jho-low_1mdb_600
Arul Kanda menegaskan Jho Low tiada sebarang aktiviti dalam syarikat, tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberi tugas untuk... More

HANG CAYA

NANDEEEK NI?

KALAU HANG

MACAM ITU

HANG  JUGA 

PERCAYA

KENTUT TAK ADA

HUBUNGAN 

DENGAN TAHIK

-------------

APA DIA RAHSIA ITU?

Posted: 26 Mar 2016 09:00 PM PDT





SATU DUNIA

MENANTI

RAHSIA DARI

MAT SAID


Bilakah Mat Said akan bongkar rahsia Najib? | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../b...
Translate this page
Free Malaysia Today
Mar 10, 2016 - Rakyat mendoakan ada pimpinan UMNO terus menyerang dan menghinaMat Said supaya beliau boleh mendedahkan rahsia besar Najib ...

Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../s...
Translate this page
Free Malaysia Today
Mar 9, 2016 - PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, ...

--------------

TOK BOMOH SOKONG NAJIB

Posted: 26 Mar 2016 08:00 PM PDT




FACE BOOK
Tok bomoh pun percaya kat Najib. Main2 ke?

15,000 Tok Bomoh Seluruh Malaysia Yakin Dengan Kepimpinan Najib Razak 

HAMPIR 15,000 orang yang terlibat sebagai Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) seluruh negara hari ini tampil menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Najib.
Dalam satu kenyataan pada hari ini, para pengamal PTK berkenaan memberi sepenuh kepercayaan terhadap Najib Razak untuk terus memimpin negara ini, sekali gus tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu menggulingkan institusi Perdana Menteri yang dipilih melalui sistem demokrasi.




-------------

PETANG INI DI SHAH ALAM

Posted: 26 Mar 2016 07:30 PM PDT




PETANG INI

DI SHAH ALAM


Ucapan Mahathir, Muhyiddin 'kemuncak' Kongres Rakyat petang ini

Kongres Rakyat 2016 yang akan mendesak siasatan bebas terhadap 1MDB dan peletakan jawatan PM Najib berlangsung di Shah Alam petang iniok





---------------