WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- LIVE: People's Congress 2016 - The fall of Najib?
- PENGANTAR DWI BAHASA: ‘PELAJAR HADAPI KRISIS PENGUASAAN ILMU’ – PROFESOR
- PEMILIK RUMAH TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN NEGERI – GUAN ENG
- SUKU PERTAMA 2016, 400 RIBU RAKYAT MENGANGGUR
- MUHYIDDIN DEDAH PINJAMAN DARI ANANDA KRISHNAN
LIVE: People's Congress 2016 - The fall of Najib? Posted: 27 Mar 2016 04:43 AM PDT |
PENGANTAR DWI BAHASA: ‘PELAJAR HADAPI KRISIS PENGUASAAN ILMU’ – PROFESOR Posted: 26 Mar 2016 10:06 PM PDT Pengantar Dwi bahasa: 'Pelajar hadapi krisis penguasaan ilmu' – ProfesorLangkah kerajaan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak 2003 melahirkan generasi pelajar yang ramai tidak menguasai bahasa dan ilmu dalam bidang berkaitan. Ahli akademik, Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah kebangsaan selama sembilan tahun itu mengakibatkan majoriti penuntut keliru kerana penguasaan ilmu sains dan bahasa adalah dua perkara yang jauh berbeza. "Pengalaman saya di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (di Universiti Kebangsaan Malaysia) mendapati bukan sedikit pelajar kita mengalami krisis penguasaan ilmu. "Mereka yang melalui PPSMI, ramai yang Sains tidak pandai, bahasa Inggeris pun ke laut – tak pandai. Mereka tak tahu konsep sains sama ada dalam bahasa Melayu apa lagi dalam bahasa Inggeris. Ini amat merugikan anak bangsa kita," ujarnya dalam tunjuk perasaan di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur semalam. Katanya lagi, DLP secara tidak langsung menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi hampir kesemua mata pelajaran di sekolah. "DLP lagi teruk daripada PPSMI yang sudah diumumkan mansuh mulai tahun 2012 lalu. "Kalau PPSMI 'kacau' dua mata pelajaran saja (Sains dan Matematik), DLP bermula dengan empat subjek termasuk Rekabentuk dan Teknologi Maklumat. "Akibatnya, di peringkat menengah nanti, hanya tinggal beberapa kerat saja subjek di sekolah diajar dalam bahasa Melayu. "Inilah saya katakan agenda tersembunyi di sebalik DLP. Kalau benar bagus matlamatnya kenapa tak dilaksana di SKJC (Sekolah Kebangsaan Jenis Cina)," bidasnya. Sementara itu, Bekas Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin tindakan Kerajaan Persekutuan melaksanakan DLP di sekolah kebangsaan tetapi mengecualikan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) akan merenggangkan hubungan kaum di negara ini. "Terus terang saya kata, ia bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya. Abdul Raof yang kini Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia turut menambah, dasar DLP sememangnya akan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi merosakkan bahasa lain termasuk bahasa Malaysia. "Sebelum ini kita mahu memartabatkan bahasa Melayu, mempertingkatkan bahasa Inggeris dalam Pelan Rancangan Pendidikan Malaysia. "Dengan wujudnya DLP, ia akan menjadi terbalik. Ini kerana kita akan meningkatkan bahasa Inggeris, tetapi melingkupkan subjek lain. Kalau begitu, kita memartabatkan bahasa Inggeris sahaja dan memperlekehkan bahasa Melayu," sindirnya lagi. Sasterawan Negara, Baharuddin Zainal (Baha Zain) pula melahirkan rasa kesal beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana enggan mengadakan sebarang pertemuan dengan kumpulan berkenaan. "Tolong sampaikan salam kepada perdana menteri dan Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid. Kenapa tidak berani jumpa kami kalau yakin semua itu untuk kepentingan rakyat?" soalnya. Baha Zain telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-12 pada 2013. Perhimpunan bantah DLP itu turut dihadiri beberapa aktivis dan ahli politik antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Idris Ahmad dan pemimpin Angkatan Muda KEADILAN. Selain tokoh ABIM, PKPIM dan lain-lain. Demonstrasi yang bermula pada jam dua petang itu berakhir dengan aman pada jam empat petang. |
PEMILIK RUMAH TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN NEGERI – GUAN ENG Posted: 26 Mar 2016 09:43 PM PDT Pemilik rumah tiada kaitan dengan kerajaan negeri – Guan EngKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan syarikat ahli perniagaan Phang Li Koon, yang menjual rumah kepadanya, mempunyai hubungan niaga dengan kerajaan negeri. Guan Eng berkata, kenyataan Pemuda UMNO gagal membuktikan syarikat Phang adalah satu-satunya syarikat yang disenarai dalam direktori pelaburan negeri sebagai agensi pekerja asing, tetapi salah satu daripada 30 agensi sepertinya. Beliau dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pihaknya telah menamatkan kontrak agensi pekerja asing ekoran dasar kerajaan negeri untuk tidak menggaji pekerja asing. Mereka telah digantikan dengan 2,500 pekerja Malaysia, katanya. Katanya, tidak ada keperluan bagi kerajaan negeri untuk mencari perkhidmatan Phang sebaliknya mana-mana syarikat boleh mohon untuk disenaraikan dalam direktori InvestPenang yang mana fungsinya sama seperti Yellow Pages mini. Guan Eng berkata InvestPenang mempunyai banyak senarai lain perkhidmatan profesional untuk menghebahkan nama-nama dan perkhidmatan daripada syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang, dan syarikat-syarikat ini tidak semestinya mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri. |
SUKU PERTAMA 2016, 400 RIBU RAKYAT MENGANGGUR Posted: 26 Mar 2016 09:39 PM PDT Suku pertama 2016, 400 ribu rakyat menganggurKira-kira 400,000 rakyat di negara ini masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Jumlah berkenaan direkodkan berdasarkan penganggur yang mendaftar di laman portal Jobs Malaysia. Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Jeffrey Joakim berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengusahakan bagi menempatkan sebahagian daripada mereka yang tidak bekerja di mana-mana industri yang menawarkan kerja kosong. "Kadar pengangguran di negara ini adalah sebanyak 3.2%, jumlahnya masih stabil dengan pertambahan peluang pekerjaan yang belum di sini," katanya menurut laporan Sinar Harian Online, semalam. Mohd Jeffrey berkata, cabaran wujud sama ada warga tempatan sanggup atau tidak menerima tawaran pekerjaan yang ditawar majikan. Pada masa sama, beliau menggesa majikan memberi tawaran gaji lebih baik supaya dapat menarik minat kepada mereka yang masih mencari kerja. Gaji minimum ditetapkan undang-undang RM900 sebulan namun katanya, majikan seboleh-bolehnya digesa menawarkan gaji lebih tinggi daripada jumlah itu. "Kalau majikan dapat berkorban sedikit dari segi tawaran gaji, saya rasa lebih ramai warga tempatan yang minat mohon pekerjaan ditawarkan. "Bagilah gaji lebih sikit, tawarkan juga terma-terma perkhidmatan yang menarik, ini semua perlu ada pengorbanan daripada majikan," katanya. |
MUHYIDDIN DEDAH PINJAMAN DARI ANANDA KRISHNAN Posted: 26 Mar 2016 06:04 AM PDT Muhyiddin dedahkan lepas pinjam RM2 Bilion dari Ananda, 1MDB nak pinjam lagi RM3 bilion Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan. "Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya. "Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini. Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta. "Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya. "Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya. "Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas." Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang. "Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi. Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan. "Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun. "Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin. The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB. Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan. Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan. "Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya. Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya. "Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat. "Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan