Sabtu, 26 Mac 2016

fcamel 雜記

fcamel 雜記


台北素食聚餐選項

Posted: 25 Mar 2016 10:20 PM PDT

每次和朋友聚餐得重找一次連結寄出去, 乾脆寫在這裡, 以後丟這篇文章的連結就好。

注意: 餐廳的餐點不是全部純素: 有蛋奶素、五辛素、純素。用餐前記得依個人需求詢問。

需一到兩週前預約

  • (港式飲茶) 養心茶樓: 官網, 食記。近松江南京站。
  • (西式+中式 buffet) 果然匯: 官網, 食記。近忠孝敦化站。
  • (義式) Miacucina: 食記。有多家分店, 其中兩家近捷運忠孝復興站和西湖站。
  • (西式套餐) 舒果新米蘭蔬食: 官網, 食記。有多家分店, 其中幾家近台大醫院站、古亭站、松江南京站。

不用預約 (超過四人可能需要)

  • (日式烏龍麵) 穗科手打烏龍麵: 官網, 食記。有兩家, 分別近中山國中站和忠孝敦化站。
  • (中式合菜) 祥和蔬食精緻料理: 食記。近善導寺站。
  • (火鍋、串烤、其它) 愛家光復店: 官網, 食記
  • (泰式合菜) 京品泰味素食: 官網, 食記。搭公車最近, 離忠孝新生站、東門站有段距離。

備註

  • 我自己一個人偶而會去穗科或愛家光復店吃晚餐, 可以慢慢地用餐, 看看書或滑手機, 滿不錯的。
  • 其它沒列在上面也不錯的餐廳 (沒列只是離台北市中心有點遠或是我懶得打字了...): 長春素食、寬心園、陽明春天、浣花草堂、TRIO義式庭園蔬食、頤園素食小館 。
  • 聽說不錯但還沒吃過的: 京兆尹、鈺善閣。
  • 新竹的綠舍奇蹟相當不錯。

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE NOW: NADWAH ULAMA - NUNJI'16 WILAYAH UTARA - PART 2

Posted: 26 Mar 2016 06:03 AM PDT

MAJORITI AKUI DR M AKAN DAPAT SOKONGAN MELAYU SINGKIR NAJIB – TINJAUAN

Posted: 26 Mar 2016 05:22 AM PDT

MALAYSIA JADI FILIPINA: PELABUR AKAN HILANG KEYAKINAN – SHAFIEE APDAL

Posted: 26 Mar 2016 05:19 AM PDT

DR MAHATHIR DAKWA KU LI DALANG JATUHKAN NAJIB

Posted: 26 Mar 2016 05:17 AM PDT

dollah yankee

dollah yankee


KahKahKah...malam minggu

Posted: 26 Mar 2016 07:47 AM PDT



dollah yankee -
1998 ... selepas  keluar lokap ISA, siapa yang menangis macam budak kecik depan Tun Hasmah? Kemudian siapa  yang terus menangis depan "kitab buruk" sambil pegang lutut "kitab buruk" ...?
Kah..Kah..Kah..Kah..

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SUDAH BOCOR

Posted: 26 Mar 2016 07:00 PM PDT




CiSSS

MADEY SUDAH

BOCORKAN


Gagal dapat sokongan punca Ku Li berpaling tadah


SHAH ALAM – Kegagalan veteran Umno,  Tengku Razaleigh Hamzah untuk meraih sokongan ahli Parlimen BN kepada usul undi tidak percaya yang digerakkannya terhadap Najib antara faktor tindakan terbarunya yang berpaling tadah terhadap Mahathir Mohamad.

Perkara itu didedahkan oleh Mahathir sambil mendakwa Tengku Razaleigh merupakan pemimpin Umno yang bertanggungjawab mencaturkan usaha untuk menjatuhkan Najib dari dalam parti itu menerusi undi tidak percaya.

"Barangkali dia sudah tukar pendirian, (sebelum ini) dia datang jumpa saya, dia kata boleh jatuh Perdana Menteri dengan undi tidak percaya. Lepas itu dia edar deklarasi undi tidak percaya dalam kalangan wakil rakyat (BN). Walaupun dia kata boleh dapat majoriti, (namun) dia tak dapat (sokongan).


KAH KAH KAH

ALAAAAMAK

APA SUDAH JADI

CALON TETAP PM

SUDAH BELOT

KAH KAH KAH


--------------

MANA BERJUTA JUTA DUIT HILANG

Posted: 26 Mar 2016 05:00 AM PDT





Kerajaan membelanjakan RM28 juta lagi untuk mengubahsuai jet peribadi yang didakwa dibelikan khas untuk kegunaan perdana menteri, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.
Kos menghias dan menaiktaraf kabin di dalam pesawat itu dimasukkan dalam harga jual-beli, yang didakwa berjumlah RM465 juta, tambah ahli parlimen Pandan.


 













----------------

AKAUN SIAPA INI?

Posted: 26 Mar 2016 04:30 AM PDT











INI BUKAN


 NO AKAUN

SAHABAT 

MAT SABU


2112022011880


2112022011906


AKAUN SAHABAT

DI MAY BANK


MAY BANK

5642 5857 6644

INI BARU BETUL

 AKAUN

SAHABAT

MAT SABU




-------------------

RAJA SAUDI INI DARI MANA?

Posted: 26 Mar 2016 01:00 AM PDT






SAUDI TERUS MEMBUNUH
sejarah berulang kembali..laluan selat melaka wajib ditolkan melalui tppa.syarikat negara china pula sudah membeli tanah di iskandar johor.johor kepunyaan sultan johor.kalo ikut sejarah, johor bekerjasama dgn belanda.bunyinya seakan johor ni oportunis..tak mustahil cara yg sama akan digunakan.sejarah juga mbuktikan selangor,johor dan lain lain negeri yang diyakini adalah org2 melayu tak bersatu..
melayu tidak bersatu dengan melayu, tapi johor bersatu dengan belanda..musuh negara yang jeles dan nyata saat ini adalah najib rosmah.ketika ini najib rosmah tidak berani myaman wsj yg dikatakan taghut, dikatakan dajal, dikatakan kristian. ketika ini juga negara islam saudi al sunah wal wahabi sedang mbunuh rakyat yemen, rakyat Syria.
 
saudi adalah saudagar kaya islam yg menjaga mekah dan madinah, saudi juga mbiayai universti2 islam dunia spt alazhar, uni mekah dan madinah..islam dikatakan syumul, namun mengapa saudi berterusan mbunuh.hudud terus di kluk klak kan..utk melihat sume ni, anda tak on PROJEK SINGKIR NAJIB






-------------

SELASA INI APA AKAN MELEDAK

Posted: 26 Mar 2016 12:00 AM PDT









SELASA 29/3/16
 
 
JENG JENG JENG
 
apa akan bocor
 
apa rafizi buat
 
apa maklumat
 
apa cerita baru
 
jeng jeng jeng





------------

REST MY CASE

Posted: 25 Mar 2016 11:30 PM PDT




                  



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
25 Mac 2016
KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini.
 
 
I REST MY

CASE MI LORD
 
NATING 2 ADD

KAH KAH KAH
 


---------------

SEMUA MENUNGGU SELASA INI

Posted: 25 Mar 2016 11:00 PM PDT








JENG JENG JENG

APA CERITA


DIBELAKANG

BERiTA?














Rafizi akan dedah dokumen OSA lusa, katanya bagi membela veteran tentera

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah bersedia untuk mendedahkan dokumen yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) Isnin ini dan sekaligus bakal mengundang berkemungkinan berdepan dengan pihak berkuasa, dan hukuman penjara dua tahun.

Rafizi berkata dokumen itu akan menyokong dakwaannya bahawa 1MDB adalah sebab mengapa ribuan veteran tentera tidak mendapat pembayaran gratuiti mereka

KAH KAH KAH

apa akan terbuka

sapa jadi kaya

sapa buat pluta

kah kah kah

PUNDREEEEEK


--------------

ROLLING STONES

Posted: 25 Mar 2016 10:00 PM PDT



















Rolling Stones play rock'n'roll diplomats in Cuba's 'biggest concert ever'

Even before Keith Richards hits the first chord in Havana on Friday night, the Rolling Stones are on course to make musical history with a massive gig that aims to cement socialist Cuba's opening to the capitalist world.
The free concert by one of the planet's richest bands is expected to attract more than 200,000 diehard fans and curious spectators to a field outside the Ciudad Deportiva de la Habana baseball stadium for an event that may go on record as the biggest concert ever seen on the island.















-------------

USM BUAT REKOD

Posted: 25 Mar 2016 09:00 PM PDT




KUIH SUDAH

DUIT SUDAH

BENDERA SUDAH

PAYONG SUDAH


USM pecah rekod lagi

Georgetown: Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi memecah rekod sekaligus mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya membina formasi 'LOVE' dengan menggunakan payung.

Pengarah Projek, Tan Kar Yap berkata, seramai 250 penuntut terbabit di dalam projek ini dengan menformasikan sebesar 75 meter panjang dan 60 meter lebar bentuk 'LOVE'. Katanya, projek ini menggunakan sebanyak 4,000 payung dan ia berjaya dilaksanakan atas semangat kerjasama antara penuntut dari pelbagai bangsa dan jurusan.

 "Persiapan bagi menyiapkan bentuk 'LOVE' serta susunan yang rapi daripada payung itu di Stadium Olahraga USM dilakukan lebih awal, dan juga mengambil masa sehingga satu hari. "Projek ini sebagai satu platform untuk berkongsi idea antara satu sama lain dan dapat meningkatkan semangat bekerjasama," katanya ketika ditemui di Stadium Olahraga USM, di sini, pagi tadi.


TONGGENG

RAMAI RAMAI

KENTUT SAMA2

YANG BELUM


SETAKAD INI 


-----------

BERITA AMAT PELIK

Posted: 25 Mar 2016 08:00 PM PDT





APA MAKNA

BERITA INI?

IGP: Polis masih siasat 1MDB
| March 25, 2016
khalid 1mdb
Siasatan terperinci selepas Jabatan Audit dan PAC bentang laporan masing-masing berkaitan isu berkenaan di Parlimen. More ››

AG CAKAP

TAK ADA KES

APA SUDAH

JADI?

KAH KAH KAH


-----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ucapan Mahathir, Muhyiddin 'kemuncak' Kongres Rakyat esok

Posted: 26 Mar 2016 05:23 AM PDT

Geraldine Tong




Kongres Rakyat 2016 yang akan mendesak siasatan bebas dijalankan terhadap 1MDB dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlangsung di Shah Alam esok.

Kongres itu bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, diilhamkan oleh bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim sebulan lalu, yang menggesa rakyat berdiri teguh di belakang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen untuk menyingkirkan Najib.

Walaupun pada mulanya ia digambarkan sebagai satu "perhimpunan", tetapi Zaid kemudiannya menjelaskan ia hanya atas "jemputan" kepada pemimpin dari parti politik, pemimpin pelajar dan anggota masyarakat sivil.

Katanya, hanya mereka yang mempunyai keberanian untuk bersuara terhadap apa yang sedang berlaku di negara ini, akan dijemput termasuk pemimpin cawangan Umno yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu.

Acara itu akan merupakan perhimpunan terbesar gerakan para pemimpin berprofil tinggi yang anti-Najib - dari gabungan parti pemerintah dan pembangkang, serta aktivis masyarakat sivil - sejak Deklarasi Rakyat ditandatangani pada 4 Mac.

Sehingga kini, menurut Zaid, senarai jadual mereka yang akan berucap termasuk Dr Mahathir, Timbalan Presiden Umno yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah yang disingkir Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Presiden Hakam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Kesemuanya, sejumlah 19 individu akan berucap esok, kata Zaid, dengan proses pendaftaran para perwakilan bermula pada jam 12.30 tengahari dan ucapan pembukaan pada jam 1.50 tengahari.

Beliau menjangkakan semua ucapan berakhir sekitar jam 6 petang, dan selepas itu mereka akan mengadakan sidang akhbar.

Dr M yang terakhir berucap

Zaid berkata, Muhyiddin dan Dr Mahathir akan merupakan yang terakhir berucap, dan dianggap sebagai kemuncak kepada perhimpunan tersebut.

Sebelum ini, beliau juga memberitahu Malaysiakini mungkin terdapat sejumlah besar ahli Umno yang akan menghadiri perhimpunan tersebut kerana ramai di antara mereka meminta jemputan.

"Saya telah memberi sebanyak (jemputan) yang mampu dimuat dewan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah memberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mana-mana anggota pergerakan itu yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut.

Cuepacs juga telah menasihatkan ahlinya supaya jangan terbabit dan "tidak terpengaruh dengan sentimen seperti penyingkiran kerajaan".

Berikut adalah senarai penuh mereka yang akan berucap di perhimpunan itu, mengikut gilirannya:

1. Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim
2. Pemimpin pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
3. Bekas pemimpin pelajar, Fahmi Zainol
4. Ahli Parlimen (MP) Kuala Langat, Abdullah Sani .
5. Naib Pengerusi nasional DAP, Teresa Kok
6. Bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan
7. Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugesan
8. MP PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
9. Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah
10. Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa
11. Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub
12. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli
13. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
14. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid
15. Presiden AMANAH, Mohamad Sabu
16. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
17. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali
18. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
19. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Malaysiakini akan membuat liputan secara langsung esok.

Dr Mahathir harap samannya didengar di mahkamah

Posted: 26 Mar 2016 05:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan agar saman yang dikemukakan terhadap Datuk Seri Najib Razak akan didengar di mahkamah.

Katanya, sekiranya perkara itu tidak berlaku, beliau menganggap kedaulatan undang-undang tidak dapat dilaksanakan di bawah pemerintahan Najib.

"Mengikut proses undang-undang, saman semacam ini perlulah dibawa ke mahkamah untuk didengar dalam mahkamah dan keputusan dibuat oleh mahkamah.

"Kalau dia tak sampai ke mahkamah bermakna kedaulatan undang-undang tak berjalan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Selain itu, tanpa menamakan mana-mana pihak, Dr Mahathir berkata kini juga dilihat berlaku perkara sebaliknya apabila ada orang membuat laporan polis.

Beliau mendakwa apabila ada orang buat laporan, orang itu akan dipanggil, disoal, ditangkap, dihadapkan ke mahkamah kerana buat laporan.

"Tapi tuduhan dia lain lah, kononnya dia pengganas," katanya.

Beliau dipercayai merujuk kes bekas pemimpin Umno Pulau Pinang Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lalu.

Dr Mahathir serta dua yang lain- bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Mereka yang menjadikan Najib sebagai defendan tunggal dalam tuntutan itu memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Mereka mendakwa Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.


Zahid: Saya tidak akan campur tangan

Posted: 26 Mar 2016 05:13 AM PDT

MALAYSIAKINI




Polis akan memantau perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan melaksanakan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard.

"Saya secara peribadi dan rasmi tidak akan campur tangan.

"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tindakan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada," kata Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmi dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23, di ibunegara hari ini.- Bernama


TPM: Terpulang pada negeri-negeri ikut jejak Deklarasi K'tan

Posted: 26 Mar 2016 05:11 AM PDT

Geraldine Tong

 


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terpulang kepada negeri-negeri lain sekira mahu mengikut jejak langkah Kelantan menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau berpendapat negeri-negeri lain juga perlu menandatangani deklarasi sokongan yang sama.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata Deklarasi Kelantan itu pada dasarnya untuk menekankan sokongan kepada perdana menteri, bukan sahaja sebagai perdana menteri tetapi juga sebagai pengerusi BN.

Pada hari Khamis, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama dengan wakil rakyat BN negeri itu menandatangani deklarasi itu untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib dalam berdepan dengan desakan supaya berundur.

Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan perkara itu berkata, deklarasi tersebut ditandatangani semasa perjumpaan antara Najib dengan pemimpin BN Kelantan.

1MDB umum bayaran hutang lain dua tiga minggu lagi

Posted: 26 Mar 2016 05:08 AM PDT

MALAYSIAKINI




1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mengumumkan pembayaran hutangnya yang lain dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata ketika ini, syarikat tersebut berada dalam fasa pembayaran hutang dan tidak akan membuat hutang baru.

"Pada pagi ini, kami membuat pengumumam bahawa 1MDB telah menyelesaikan secara penuh satu hutang berjumlah RM700 juta," katanya dalam satu rancangan temubual televisyen, 'Business Plus' di saluran Astro Awani hari ini.

Sementara itu, Arul Kanda turut menafikan penglibatan Jho Low, individu yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB, dalam apa-apa aktiviti syarikat.

"Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low telah dilantik sebagai penasihat kepada TIA," katanya.

Bagaimanapun, Arul berkata Jho Low telah meletak jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

"Jadi Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat," katanya.- Bernama


Lebih 1,000 kes cerai selesai melalui sistem baharu

Posted: 26 Mar 2016 05:06 AM PDT

mahkamah
Gambar hiasan.
 
 
SHAH ALAM – Lebih 1,000 kes perceraian telah berjaya diselesaikan oleh mahkamah syariah sejak institusi kehakiman itu melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam pengendalian sistem mereka.

Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, usaha dan pemerkasaan yang dilakukan dibuat bagi membantu pasangan suami isteri dan keluarga mencari penyelesaian dalam keluarga.

"Jumlah itu (lebih 1,000 kes perceraian) adalah kes-kes yang tertunggak sebelum institusi mahkamah syariah melakukan pembaharuan dalam pentadbiran mereka.

"Proses perceraian antara pasangan berkahwin hanya mengambil masa sehingga enam jam. Tempoh masa singkat itu hanya berjalan sekiranya kedua pihak bersetuju untuk meneruskan perceraian," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media Seminar Keluarga Dalam Pelaksanaan Syariah 2016: Ke Arah Mahkamah Syariah Yang Mesra Keluarga, di sini, hari ini.

Selain berjaya menyelesaikan kes-kes perceraian menurut Che Asmah, institusi itu juga turut memastikan pembelaan hak terhadap isteri dan anak-anak dilakukan dengan betul dan bertepatan dengan syarak.

"Di mahkamah syariah, mereka telah melakukan banyak perubahan dan kami Wanita Ikram merasakan mahkamah syariah di Selangor telah jauh membuat perubahan ke hadapan di mana pengurusan pelaksanaannya mengatasi mahkamah sivil.

"Sebagai contoh, mahkamah syariah telah mewujudkan Seksyen Badan Sokongan Keluarga yang mana ia membela ibu-ibu tunggal di negara ini.

"Fungsi badan ini adalah untuk mendahulukan nafkah buat ibu tunggal ketika mahkamah menjejak dan mengarahkan suami menjelaskan nafkah menerusi potongan gaji atau lain-lain cara," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai seminar yang berlangsung pada hari ini, Che Asmah berkata, program hari ini dianjurkan bagi memperkenalkan dan mempromosikan pembaharuan dan pemerkasaan yang dilakukan oleh institusi kehakiman itu.

Tambah Che Asmah lagi, ia merupakan seminar yang pertama kali dianjurkan dan akan berjalan secara berperingkat di setiap negeri pada masa akan datang.

"Untuk sekian lama, masyarakat sering menuding jari dan menyalahkan mahkamah syariah daripada segi pelaksanaan syariah.  Segala kelemahan yang berlaku dalam institusi kehakiman itu dilihat sebagai satu kelemahan dalam agama Islam itu sendiri.

"Pemerkasaan mahkamah syariah secara langsung akan dapat memperlihatkan keindahan syiar Islam itu sendiri sebagai satu sistem kehidupan yang membawa penyelesaian terbaik kepada semua permasalahan kehidupan manusia," katanya lagi.


'Saya lega lepas jawatan MB tanpa gadai prinsip'

Posted: 26 Mar 2016 05:05 AM PDT

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan merasa lega selepas melepaskan jawatan itu meskipun dengan cara digulingkan namun tanpa menggadai prinsipnya.

Akui berterima kasih dan bersyukur atas peluang yang diberi Pakatan Rakyat untuknya menerajui Selangor sebagai menteri besar pertama dari pakatan pembangkang di Selangor kerana memang hasratnya untuk membawa perubahan.

"Saya bernasib baik antara orang yang ada pengalaman sebagai pegawai dalam sektor pelaburan, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad iaitu antara syarikat perladangan yang terbesar di dunia.

"Jadi saya rasa pengalaman itu cukup penting untuk saya menyumbangkan pengalaman dan juga pemikiran saya," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Mengulas lanjut, sehingga kini beliau masih berpegang kepada prinsip bahawa tanggungjawab seorang menteri besar serupa dengan ketua pegawai eksekutif syarikat iaitu menguruskan institusi dengan penuh tanggungjawab.

"Saya sangat bersyukur walaupun ramai orang kata saya terlalu terperinci kerana saya asyik menumpu untuk memberi sumbangan idea kepada kecekapan pentadbiran dan pembangunan ekonomi Selangor dan Malaysia, saya lupa tentang kencana politik.

"Maknanya saya tidak menjinakkan diri untuk berjinak-jinak, berkongsi-kongsi dengan orang-orang politik, tetapi selepas saya dapat lepas daripada jawatan, saya senang hati kerana saya tidak mengubah pendirian saya.

"Menteri besar perlu menguruskan negeri secara profesional dan tidak terkongkong dengan kencana politik. Dengan cara itu, punca-punca ekonomi rakyat Selangor akan diurus dengan baik dan juga dijaga," katanya lagi.

Mengimbas tindakannya memberikan air percuma kepada rakyat negeri ini, beliau mendedahkan ada pihak yang tidak bersetuju ia diberikan kepada semua rakyat sebaliknya hanya perlu diberi kepada penyokong Pakatan Rakyat.

"Tapi saya kata, itu masa pilihan raya. Sekarang ini kita menjaga seluruh rakyat Selangor. Kalau kita beri kepada seluruh rakyat, kita adil kepada semua orang dan mereka akan percaya pada kita. Pada masa akan datang, mereka akan percaya kepada keupayaan dan kebolehan kita.

"Jadi, budaya yang berkelompok itu, saya ingin hapuskan sebagai satu tatacara mentadbir negara yang betul dan amanah. Budaya kita untuk mengasing-asingkan itu akan menyebabkan kita tak mencuba mengurus dengan adil untuk semua," katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak melihat kalah mahupun menang dalam pilihan raya suatu kepentingan kerana ia terletak di tangan rakyat untuk menentukan.

"Yang kita nak menangkan ialah diri kita supaya kita diketahui menjaga tanggungjawab kita dengan penuh ketelusan. Pada saya itu paling penting bukan menang kalah. Saya tidak mengharapkan keuntungan atau kelebihan daripada politik kerana saya sudah cukup dahulu menjadi Ketua Eksekutif Guhtire...sudah cukup.

"Rumah saya ini dibina sebelum saya menjadi menteri besar, jadi, orang pun tak boleh nak kata. Kalau rumah ini dibuat selepas saya menjadi menteri besar, berbuih mulut semua orang," katanya sambil tergelak kecil.

Beliau turut mendakwa tidak pernah dijanjikan jawatan ketika dipimpin bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula-mula melangkah kaki ke dalam parti kira-kira sepuluh tahun lalu.

"Saya tidak juga mengatakan, 'pilihlah saya menjadi menteri besar'. Tidak ada. Tapi saya berterima kasih kerana dapat menjadi menteri besar dan saya menjalankan tugas saya," katanya.


Pak Lah boleh jadi penasihat Petronas yang baik

Posted: 26 Mar 2016 05:03 AM PDT

SINAR HARIAN


Mahathir Mohammad
Mahathir Mohammad


PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohammad yakin penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi mampu menjadi penasihat yang baik kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekas perdana menteri itu berkata Abdullah merupakan calon yang cukup layak untuk menjadi penasihat kepada syarikat gas dan minyak milik kerajaan itu.

"Saya pasti Pak Lah (Abdullah) akan memberi nasihat yang bagus sekali kepada Petronas," katanya kepada media selepas Simposium Antarabangsa Kelab Menjenayahkan Peperangan (CWC) berjudul 'Gabungan Generasi Baharu - Katakan Tidak Kepada Peperangan', di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata latar belakang Tun Abdullah yang pernah memegang tampuk ketua kerajaan adalah ciri yang dianggap sesuai untuk memegang jawatan penasihat tersebut.

"Perdana Menteri semua layak (untuk jawatan Penasihat Petronas)...termasuk saya pun," katanya.

Kabinet semalam bersetuju dengan pelantikan Abdullah sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa 1 April ini menggantikan Dr Mahathir yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas pada 11 Mac lepas.

Simposium tersebut diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 1945.

"Kami tidak mahu sebarang peperangan nuklear dan tidak mahu insiden seperti ini berlaku semula...sebab itu kita nyatakan peperangan adalah satu jenayah," kata Dr Mahathir. - Bernama