WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- LIVE NOW: NADWAH ULAMA - NUNJI'16 WILAYAH UTARA - PART 2
- MAJORITI AKUI DR M AKAN DAPAT SOKONGAN MELAYU SINGKIR NAJIB – TINJAUAN
- MALAYSIA JADI FILIPINA: PELABUR AKAN HILANG KEYAKINAN – SHAFIEE APDAL
- DR MAHATHIR DAKWA KU LI DALANG JATUHKAN NAJIB
LIVE NOW: NADWAH ULAMA - NUNJI'16 WILAYAH UTARA - PART 2 Posted: 26 Mar 2016 06:03 AM PDT |
MAJORITI AKUI DR M AKAN DAPAT SOKONGAN MELAYU SINGKIR NAJIB – TINJAUAN Posted: 26 Mar 2016 05:22 AM PDT Majoriti akui Dr M akan dapat sokongan Melayu singkir Najib – tinjauanSejak Deklarasi Rakyat ditandatangani pada 4 Mac lalu, pemimpin Umno bermati-matian mempertahankan teori mereka kononnya gabungan pembangkang bersama Dr Mahathir dan serpihan Umno tidak mendapat sokongan rakyat, terutamanya kaum Melayu. Tinjauan yang dilakukan oleh Suara pakatan daily (SPD) baru-baru ini mendapati sebaliknya. Majoriti rakyat Malaysia pelbagai bangsa menyokong tindakan Dr Mahathir berkenaan. SPD bertanya soalan: 'Adakah Tun Dr Mahathir mampu meraih sokongan masyarakat Melayu?' kepada 10 orang Melayu, 10 orang Cina dan 10 orang India daripada pelbagai latar belakang, termasuk pemandu teksi dan golongan profesional yang bekerja di bank serta firma guaman. Kesemuan responden Cina dan India yakin Dr Mahathir akan berjaya mendapat sokongan Melayu dalam gerakannya. Mereka merumuskan kejayaan awal Dr Mahathir mengenepikan fahaman politik untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang merupakan satu pencapaian yang patut dikagumi. Bagaimanapun, di antara 10 orang Melayu yang diwawancara, hanya 7 orang berasa yakin, sementara 3 lagi berpendapat orang Melayu tidak selesa melihat Dr Mahathir bekerjasama dengan DAP. 7 Melayu yang berasa yakin itu berhujah "minda Melayu bukan seperti dulu. Melayu sudah bijak dan celik berpolitik. Oleh itu, kerjasama dengan DAP bukan satu isu". "Saya sering pergi ke Pejabat Tanah di Kuala Lumpur dan selepas menyelesaikan kerja pemfailan, saya akan bersembang dengan rakan-rakan saya dari firma guaman yang lain. "Mereka semua berpendapat bahawa Dr Mahathir patut diberi sokongan kerana beliau telah 22 tahun berjasa kepada negara dan sudah pastinya beliau amat arif mengenai hal-hal yang bersangkut-paut dengan pengurusan dan pentadbiran negara," kata seorang kerani firma guaman, Azizul yang berusia 50 tahun. Beliau memberitahu bahawa sekarang ramai Melayu di kawasan bandar berpendapat langkah Dr Mahathir bekerjasama dengan semua pihak adalah 100% betul, baik dan patut disokong. |
MALAYSIA JADI FILIPINA: PELABUR AKAN HILANG KEYAKINAN – SHAFIEE APDAL Posted: 26 Mar 2016 05:19 AM PDT Malaysia jadi Filipina: Pelabur akan hilang keyakinan – Shafiee ApdalSesebuah negara sukar membangun sekiranya nilai kepercayaan terhadap negara itu sudah luntur. Memetik laporan Sinar Online, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mengambil contoh negara Filipina di mana keyakinan pelabur sudah luntur hingga mengambil masa puluhan tahun untuk membangun. "Sebagai satu contoh apa yang terjadi terhadap negara Filipina. Dulu Filipina merupakan negara yang cukup kaya. "Tetapi sesudah luntur keyakinan maka nak buat sesuatu mengambil masa berpuluh tahun untuk meyakinkan pelabur dalam dan luar negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna. Sementara itu, Shafee juga dilihat sependapat dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya isu 1MDB perlu diselesaikan segera. "Ia perlu diselesaikan segera seperti mana harapan rakyat," katanya ringkas. Semalam, Zeti berkata, bank pusat itu akan mengenakan tindakan pentadbiran ke atas 1MDB. Ia susulan kegagalan syarikat itu menyediakan dokumen membuktikan bahawa dana RM1.83 bilion dolar yang diarahkan untuk dibawa pulang ke Malaysia. |
DR MAHATHIR DAKWA KU LI DALANG JATUHKAN NAJIB Posted: 26 Mar 2016 05:17 AM PDT Dr Mahathir dakwa Ku Li dalang jatuhkan NajibVeteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen. "Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya. "Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia," katanya. Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib. Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar. "Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini. "Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain. "Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?" katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan