Selasa, 22 Mac 2016

dollah yankee

dollah yankee


Bila perjuangan DAP nampak lebih ikhlas ...

Posted: 22 Mar 2016 07:01 AM PDT

Hadi Awang telah mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu untuk menentang DAP di-sini 

Sama seperti UMNO, PAS yang dipimpin olih Hadi Awang sudah sangat-sangat terdesak akibat ditolak oleh orang2 melayu dan juga oleh2 ahli2 bawahan dari partinya sendiri, Hadi awang tiada jalan lain melainkan terpaksa mengunakan kaedah politik perkauman dan politik adu domba agama bagi mendapatkan semula sokongan orang-orang melayu dan orang-orang Islam. Tindakan terdesak menyeru kepada perkauman serta adu domba itu bukan sahaja tidak ada asasnya dalam Islam malah telah menyingkap wajah sebenar pemimpin2 PAS yang bersifat perkauman kolot yang bertopengkan agama demi kedudukan dan kemewahan dunia. 

Setelah slogan palsu mereka untuk hudud telah dibuktikan sabagai alat, helah dan hanya mainan politik maka PAS begitu terdesak untuk mencari modal lain untuk mendapatkan sokongan pengundi2. Memandangkan PAS tidak ada langsung rekod yang baik untuk pentadbiran dan tataurus kerajaan seperti DAP dan PKR, maka PAS tidak ada jalan lain melainkan mempergunakan perkauman dan fitnah sebagai modal politik. Maka orang2 melayu diperbodohkan dengan momokan bahawa orang2 cina yang hanya berjumlah 30% dari rakyat Mesia akan memerintah dan menjadi raja negara dan Islam pun akan hilanglah seolah2 Islam tu bukan dijaga oleh Allah dan hanya bergantung kepada jagaan pimpinan PAS dan UMNO. 

Sejauh mana orang2 melayu berjaya diperbodohkan oleh PAS ni, jawapannya hanya dapat dilihat masa PRU nanti. Tetapi pemerhatian dari tingkahlaku serta kepanikan yang tergambar dari pimpinan PAS, umum dapat merasakan bahawa kemungkinan besar pada PRU akan datang PAS dan UMNO akan dikuburkan bersama dalam satu liang iaitu liang politik perkauman dan adu domba agama.


dollah yankee -
Dulu BN/umno kata PAS kuda tunggangan DAP, kini DAP pula dah bolih kata PAS jadi kuda tunggangan UMNO/BN..Kah..Kah..Kah..

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SILA HULUR BANTUAN

Posted: 22 Mar 2016 08:00 PM PDT






HORMAT PADA ALAM

islam kata jgn percya khurafat..jgn sembah pokok jgn sembah nenek moyang..org2 asli diserata dunia masih dgn keprcayaan roh dipokok, nenek moyang dll.org asli mjaga pantang larang tanah dihutan, org asli tidak tebang pokok suka2 hati..org asli hormat alam kerana disitu ada kenangan nenek moyang, tp berteduh tempat mebiak..


namun islam yang dikatakan agama syumul lebih banyak merosakkan alam berbanding dgn org asli yg tiada agama, cuma ada kpercayaan Animism.tak pe kalo tak percaya, namun sejujurnya, lihat la contoh2 hutan2 balak di kelantan.botak sebotaknya seakan bulu jembut yg dicukur rapi..bahkan org2 agama di negeri kaki lima mekah ni berselindung dibelakang tuhan agar tuhan menyembunyikan kemaluan mereka..

lihat bakun..lihat bario..lihat kuantan aka marikh..sejujurnya, adakah islam disuruh memusnahkan alam?tokey2 balak itu org US ke?jujur la kpd diri sendiri..perlahan2 tuhan membongkarkan ketidak jujuran org agamawan ni..adakah mahu terus tersenyum..kini agamawan kelantan ni suda on SAHABAT ALAM PERAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/22/16




------------

FORUM MALAM INI

Posted: 22 Mar 2016 07:36 PM PDT







FORUM MALAM INI

UBAH TV

RADIO BANGSAR

BUAT SIARAN 

LANGSUNG

MULA JAM 8:30 MALAM








---------------

SUAMI NAJIB BUAT LAWAK

Posted: 22 Mar 2016 06:40 PM PDT







LAWAK BERDIRI

TREND HOTT

PALING POP

PALING CUN


Terpaksa lupakan cita-cita kerana jadi suami pemimpin

KUALA LUMPUR -  Rosmah Mansor hari ini berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa melupakan cita-cita selepas mengahwini Najib..

Walau bagaimanapun, suami kepada pemimpin nombor satu negara ini berkata, beliau reda dengan ketentuan takdir itu.

"Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya.


ISTERI KATA

BUKAN PUNCURI

SUAMI KATA

REDA TAKDIR

KAH KAH KAH

DUA PENYAMUN

DAH PANDAi

BUAT LAWAK

TAK LAMA LAGI

BUAT LAWAK

BEG PLASTiK

KAH KAH KAH


-------------

MASIH MAKAN DEDAK

Posted: 22 Mar 2016 06:00 PM PDT






MUNKEE 

CAP AYAM

DIHANTAR 

KE KAMBOJA

MASIH MAKAN

DEDAK




---------------

PANDAI BUAT TEATER

Posted: 22 Mar 2016 06:00 AM PDT










MENANTU ABAH

BUAT TEATER

GENRE GARANG
KOMENTAR

kerana tersangkut kes rasuah
kes rasuah 100 juta ringgit
menantu abdulah badawi
telah cuba mengalihkan isu
membuat kenyataan garang
kenyatyaan palsu lagi kosong

umum telah diberitahu
media telah diberitahu
pada 27 haribulan ini
bukan demo bukan protes
ianya program ceramah
dalam pusat konvensyen
di shah alam

menantu abdulah badawi
sengaja buat heboh
tentang demo tentang jalanan
semua ini dilakukan untuk
menutup kes 100 juta ringgit

Pemuda harus ikut cakap saya, tegas KJ
Beliau memberi amaran ahli Pemuda UMNO yang menyertai demo atau perhimpunan jalanan pada 27 Mac ini akan dikenakan tindakan disiplin.
KUALA LUMPUR: Semua ahli Pemuda UMNO 'diharamkan' menyertai mana-mana himpunan demonstrasi jalanan pada 27 Mac ini, tegas Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Beliau juga memberi amaran mana-mana ahli Pemuda yang terlibat bakal berhadapan dengan tindakan disiplin parti.
"Tidak boleh, untuk ahli kita mereka tidak bebas melakukan apa yang mereka mahu. Mereka harus ikut cakap saya.
"Jika Pemuda ikut sertai Deklarasi Rakyat atau apa-apa gerakan, mereka akan berhadapan dengan tindakan disiplin parti," katanya dalam sidang media selepas menandatangai perjanjian bersama Might Meteor di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.


KAH KAH KAH

WOi

100 JUTA

KAH KAH KAH

BELUM SAMPAI

2.6 BILION $$$

YANG PENTING

MENANTU ABAH

DAH TAHU CARA

REMBAT DUiT

KAH KAH KAH


-----------

BELI BEG HERMES

Posted: 22 Mar 2016 05:00 AM PDT







DUIT RASUWAH
Duit rasuwaH .... memang patut guna beLi hangbag KaLau simpan kat bank isLang, Atau bank muamaLat Takut rosaK ke~isLam~mang bank tu Nanti dua bijik banK ni taK boLeh Masuk syorga... KaLau simpan Di bank Separoh isLang separoh kapir Nanti bank tu terus jadi kapir total ITU kira2 menyumbatkang bank Ke dalam Lembah neraka... Nak bubuH daLam Bnk kapir Tak must...bnyaK sangat on DUIT RASUAH BELI BEG
Publish | Delete | Spam
nazrio dond dolla
at 5:39 PM



--------------

PAKAI NASEHAT PUNAHSEHAT

Posted: 22 Mar 2016 02:00 AM PDT






SATU MALAYSiA

PUN BERTANYA

SOALAN YANG

SAMA - MACAM

MANA DUi

BOLEH HILANG

MACAM MANA KES SELEWENG RM100J BOLEH TERLEPAS?

SHAH ALAM – Pas menyifatkan jumlah ketirisan yang berlaku dalam kerajaan selama ini mampu menampung pembiayaan biasiswa yang disekat oleh kerajaan mengurangkan kadar tol dan tambang pengangkutan awam serta menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat tidak reda jika penyelewengan ini terus dilakukan dan pada masa yang lama lebih ramai rakyat yang menderita akibat tanggungan kos sara diri yang terlalu tinggi.

"Kes rasuah RM100 juta yang dibongkarkan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mencemar integriti penjawat awam. Bagaimana jumlah yang terlalu besar terlepas daripada pemeriksaan pegawai audit kementerian dan Jabatan Audit Negara?

KAH KAH KAH

JAWAPAN NYA

KJ TIDAK GUNA

NASEHAT HADI

NASEHAT DIN

AYAM - KALAU

PAKAI PASTI

DUIT SELAMAT

KAH KAH KAH



-----------

TERUSKAN LAGI

Posted: 22 Mar 2016 01:00 AM PDT






Polis "Double Standard" Turunkan Papan Iklan #BebasAnwar   

ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menurunkan tiga buah papan iklan #BebasAnwar di negeri Selangor. Masalah polis menjadi alat politik semakin serius. Tindakan polis tersebut adalah tidak professional malahan seolah-olah sama dengan samseng yang berlesen.

Lee pertikaikan kenapa polis mengerahkan begitu banyak anggota polis serta kenderaan untuk menurunkan papan iklan. Adakah papan iklan #BebasAnwar lebih mengancam keselamatan berbanding dengan penjenayah?

Lee juga mengkritik polis mengambil sikap "double standard" dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan. Selama ini, apabila penduduk yang mengadu tentang masalah keselamatan seperti pusat hiburan yang berunsur judi yang kian berleluasa, polis akan memberi alasan bahawa perlunya operasi bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.

Namun demikian, papan iklan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan telah diturunkan oleh pihak polis dengan sekelip mata sahaja. Akan tetapi, pemimpin UMNO Selangor Jamal Md Yunos yang mengugut untuk membakar papan iklan #BebasAnwar minggu lepas hanya diperhati oleh pihak polis di tepi dan tiada sebarang tindakan diambil pada ketika itu.



Lebih penting lagi adalah tindakan polis kali ini merupakan campur tangan serta mengganggu urusan dan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dalam proses kelulusan dan penguatkuasaan papan iklan. Insiden tersebut juga menunjukkan kuasa polis yang terlalu besar sehingga Ketua Polis Negara boleh mengambil tindakan dengan sesuka hati.

Lee memperingati pihak polis bahawa Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB telah menyifatkan pemenjaraan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah arbitrari serta melanggar undang undang antarabangsa dan mendesak beliau dibebaskan segera. Segala hukuman yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim adalah tidak adil dan zalim. Kerajaan Malaysia perlu bebaskan Anwar Ibrahim dengan segera agar mengembalikan integriti sistem perundangan dan kerajaan.

Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang





---------------

DUIT RASUAH BELI BEG

Posted: 21 Mar 2016 11:30 PM PDT







FACE BOOK


Itulah. Dah suruh clear dari berapa tahun lepas, degil. Dah bagi warning, degil jugak. Sekarang semua dah terpaksa dihebahkan. Padan muka.


Mewah hasil seleweng dana













Kemewahan melampau. Mempunyai kereta mewah, dua buah rumah, 40 beg tangan berjenama, barangan kemas, insurans, unit amanah bernilai jutaan ringgit dan kerap berkunjung ke luar negara bersama isteri serta dua anaknya dengan penerbangan kelas pertama yang kosnya kira-kira RM80,000 seorang 


----------------

BUAT KERJA MASING MASING

Posted: 21 Mar 2016 10:30 PM PDT







INGATAN

KEPADA KETUA

TWITER ...OPPSS

KETUA POLIS










--------------

ESOK MALAM - RADIO BANGSAR

Posted: 21 Mar 2016 10:08 PM PDT







ESOK MALAM

JAM 8:30

IKUTI RABU

PENCERAHAN

DEKLARASI

RAKYAT




---------

CHINA KUNG FU

Posted: 21 Mar 2016 09:00 PM PDT







BARU PERASAN
Baru aku perasan .. lawan kungfu satu hero lawan seribu penjahat dalam filem cina tu betul belaka. Contohnya Kit Siang .. sosok cina tua yang berjaya menibai 9 sultan, 122 menteri, ribuan polis, askar, DO, SPRM, penjawat kerajaan, tok imam, ustaz, penjinak jin yang semua nya melayu islam .. tak ada yang tak melayu dan tak disunat kontolnya. Jahat betul Kit Siang ni .. anaknya Guan Eng pun tak kurang dajalnya .. 


Ah Guan si kapir laknat kontol bertahi palat ni, pernah membuat seorang Panglima Besar Melaka terpaksa di pasungkan sebab merogol budak pompuan yang baru nak tumbuh bulu. Sah kaum melayu dari sultan, menteri hingga ke opisboi telah jadi lebih miskin, lebih tak maju dan berpecah belah sebab Kit Siang ni lah..

 Najib terpaksa jual aset, tanah dan harta negara pada China sebab tipu helah Kit Siang juga. MARA, TH lingkup sebab cina tua nilah .. ayuk kita cekup Kit Siang dan sunatkan kontol dia .. ayuk asah pisau sediakan batang pisang. on KENAPA MELAYU JADI BANGANG
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 3/14/16



--------------

SERATUS JUTA BANYAK OOOI

Posted: 21 Mar 2016 08:30 PM PDT





INI BETUL

MARAH ATAU

ACAH ACAH

NAK TUNJUK

ANTI RASUAH


Songlap RM100 j: KJ perlu bertanggungjawab
SHAH ALAM - Pemuda Pas mendesak agar Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanggungjawab sepenuhnya atas salah laku pegawainya dalam kes melibatkan penyelewengan dana RM100 juta.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, apa yang berlaku merupakan kelemahan yang tidak dapat dimaafkan meskipun Khairy menjelaskan penyelewengan tersebut tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana suspek berkenaan menggunakan prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pihak atasan.

"Amat mustahil penyelewengan sebesar ini berlaku dalam masa yang singkat dan tanpa konspirasi daripada pentadbiran tertinggi kementerian.

"Pemuda Pas mendesak agar Khairy berundur dan meletakkan jawatan dengan kadar yang segera kerana telah terbukti gagal untuk memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin oleh KBS," katanya.

KAH KAH KAH
woit
menantu abah ni
apa sudah jadi
senyap sendiri sendiri
tak komen tentang 1MDB
tak komen deklarasi rakyat
ada apa apa ke?
sokong yang mana?
sokong siapa?
kah kah kah
bila ketua pemuda senyap
ini jadi pelik melik
kah kah kah
tetiba meletup 100 juta
kah kah kah

KESIAN DiA

--

-------------

PROGRAM MALAM ESOK

Posted: 21 Mar 2016 07:45 PM PDT







MALAM ESOK

PENCERAHAN

DEKLARASi

 RAKYAT



---------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DAH TENGOK CERMIN??

Posted: 22 Mar 2016 07:33 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Alhamdulillah, memang rasuah musuh kita...

Tapi ada makcik Felda becok bertanya, dah berapa kali Najib tengok cermin sebelum keluarkan kenyataan tersebut?

Seterusnya mari kita baca kenyataan Mahfuz Omar ini:-

JANGAN LINDUNGI KM LIM GUAN ENG DAN JANGAN LINDUNGI PM NAJIB.

1. SPRM tidak boleh dilihat melindungi pelaku rasuah. SPRM juga tidak boleh dilihat menjadi menjadi alat kepada mana-mana pihak yang cuba memburukkan seseorang dengan isu rasuah tanpa penjelasan hasil daripada siasatan.

2. Dalam kes yang membabitkan laporan rasuah ke atas Lim Guan Eng ( LGE), Ketua Menteri Pulau Pinang, saya mengalu-alukan dan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan ke atas LGE atas isu pembelian rumah di bawah harga pasaran yang berharga RM 2.8 Milion dan perkara perkara yang berkaitan, malah jika didapati hasil siasatan mempunyai bukti yang mencukupi SPRM boleh mencadangkan pertuduhan ke atas LGE untuk diambil tindakan pendakwaan oleh Peguam Negara. Saya juga hendak tahu adakah benar dan bagaimana KM Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran? Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini?

RM 2.8 MILION vs RM 2.6 BILION.

3. Saya tidak bertolak ansur atas segala salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkuasa. Syabas saya ucapkan kepada pemimpin Umno Bn yang begitu tegas dan keras membangkitkan isu pembelian rumah oleh KM Guan Eng yang berharga RM 2.8 Milion tetapi mempertahan dan melindungi PM Najib dalam kes dana RM 2.6 Bilion dan RM 42 Milion dalam akaun peribadi beliau. Bagi saya, jangan lindungi KM Guan Eng dan jangan lindungi PM Najib jika cukup bukti dakwa mereka dan jika sabit kesalahan hukuman yang setimpal perlu dikenakan.

4. Persolannya ialah kenapa kertas siasatan SPRM yang mengandungi cadangan pendakwaan ke atas PM Najib atas kes SRC RM 42 milion dalam akaun peribadi beliau dibakul sampah oleh Peguam Negara? Kenapa permohonan SPRM untuk mendapat kebenaran Mutual Legal Assistance (MLA) daripada Peguam Negara bagi membolehkan SPRM meneruskan siasatan isu dana RM 2.6 Bilion untuk mendapatkan bukti serta dokumen daripada institusi kewangan yang berpengkalan di luar negara tidak diberikan kebenaran tersebut oleh Peguam Negara?

5. Kenapa Peguam negara takut dan enggan mengeluarkan MLA kepada SPRM? Kenapa dan apa hak Peguam negara mengarahkan SPRM menghentikan siasatan ke atas kes dana RM 2.6 Bilion dan SRC RM 42 Milion dalam akaun peribadi PM Najib? Jangan lindungi PM Najib dan KM Guan Eng hanya kerana mereka mempunyai kedudukan dan kuasa. Jangan dilihat undang-undang di Malaysia hanya orang biasa yang bersalah sedangkan Pemimpin yang berkuasa dilindungi dan terlepas lari.

#SelamatkanMalaysia
#ReformMalaysia
#BebasAnwar.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
22 Mac 2016/13 Jamadilakhir 1437H.


 
 
Dan jangan lupa, bagi tahun 2015, indeks persepsi rasuah negara terus merosot disebabkan oleh dua punca utamanya iaitu 1MDB dan wang RM2,600 juta.

Perlu cermin lagi besar agaknya?


Tiada pemimpin PAS dilarang masuk Sarawak

Posted: 22 Mar 2016 05:22 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan sehingga kini tiada pimpinannya dihalang memasuki Sarawak meskipun ramai pemimpin pembangkang mendakwa disekat daripada berbuat demikian.
 
"Tidak ada, tidak ada," kata Hadi ringkas ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat, pagi tadi.
 
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diajukan apakah pemimpin parti Islam itu juga dikenakan sekatan daripada memasuki Sarawak.
 
Terdahulu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu ditahan di Lapangan Terbang Sibu ketika melalui Imegresen pada jam 10.30 pagi tadi.
 
Beliau hadir ke Sarawak untuk lawatan kerja dua hari sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
 
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dilaporkan dilarang memasuki Sarawak atas pelbagai alasan.
 
Antaranya adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, anggota Parlimen Subang R Sivarasa, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan hak larangan ke atas mana-mana individu bagi memasuki Sarawak tertakluk kepada kerajaan negeri itu.
 
"Akta Imigresen untuk Sabah dan Sarawak ditadbir oleh negeri itu.
 
"Kerajaan Sarawak berhak untuk membuat keputusan sama ada untuk membenarkan sesiapa masuk atau mengusir sesiapa dari negeri itu," katanya.
 
Malah Kementerian Dalam Negeri juga tidak perlu dimaklumkan tentang tindakan yang dilakukan kerajaan negeri.
 
Situasi itu berbeza dengan isu dua wartawan daripada Australia yang dihalang daripada bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memerlukan kebenaran khas atas alasan bertugas.
 
 

PKR buat laporan polis terhadap IGP kerana salah guna kuasa

Posted: 22 Mar 2016 05:21 AM PDT

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PKR akan membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, selepas mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurunkan papan iklan #BebasAnwar dibeberapa kawasan Selangor. 
 
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata pihaknya akan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap Khalid kerana menyalahgunakan kuasa.
 
"Saya dan rakan rakan akan buat laporan polis terhadap IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan juga akan buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan salahguna kuasa oleh IGP, kerana tiada kuasa (campuri) PBT. 
 
"Kami (PKR) akan memberi arahan kepada ahli Majlis PBT untuk membuat laporan polis dan kita juga akan buat laporan polis tentang papan iklan berkaitan kerajaan (yang didakwa menipu rakyat) nak tengok samada IGP akan turunkan kerana menipu rakyat maka lebih teruk dari bebas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi hari ini.
 
Semalam, pihak polis didakwa menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar disekitar Ampang tanpa izin daripada PBT negeri Selangor.
 
Dalam pada itu, Zuraidah berkata lokasi papan tanda itu adalah kepunyaan kerajaan negeri dan pihak polis tiada kuasa untuk menurunkan papan tanda berkenaan.
 
"Dua kawasan yang diletakkan papan iklan bebas Anwar adalah kepunyai MBI (Menteri Besar Incorporated) jadi atas dasar itu maka tidak perlu ada campur tangan daripada pihak mana-mana untuk kita (kerajaan negeri) nak iklankan di papan tanda itu.
 
Sabtu lalu, Khalid meminta PBT di Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu yang didakwa memaparkan unsur-unsur hasutan kepada umum.
 
Perkara itu dinyatakan beliau menerusi akaun Twitternya di mana polis sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.
 
Sebelum ini, Presiden Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunus berhasrat untuk membakar papan tanda 'Bebas Anwar' di Sabak Bernam yang didakwa beliau tidak mempercayai sistem kehakiman negara.
 
Untuk rekod, terdapat lebih 20 papan iklan itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di Subang dan Rawang.
 
 

Anwar tarik semula saman RM100 juta terhadap Nalla

Posted: 22 Mar 2016 05:18 AM PDT

Hafiz Yatim  




Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senatr Datuk S Nallakaruppan.

Anwar yang mewakili dirinya sendiri, berkata beliau bersetuju untuk menarik dakwaan itu selepas Nallakaruppan menafikan beliau membuat kenyataan kontroversi itu dan mendakwa bahawa media memutar-belitkan kenyataannya.

Pemimpin PKR itu berkata beliau gembira kerana dakwaan bahawa dirinya adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

WSJ: Siasatan jika Goldman perdaya pemegang bon 1MDB

Posted: 22 Mar 2016 05:10 AM PDT

MALAYSIAKINI




Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat sekiranya Goldman Sachs Group Inc telah memperdayakan pemegang bon apabila ia menjual sekuriti terbitan 1MDB, menurut akhbar, The Wall Street Journal.

Memetik sumber yang biasa dengan urus niaga berkenaan, akhbar itu berkata: "Sebagai sebahagian siasatan oleh juri Amerika Syarikat, penyiasat cuba menentukan jika pekerja Goldman mempunyai sebab untuk percaya bahawa sesetengah hasil penjualan bon untuk mendapatkan dana 1MDB tidak digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan. "

Selain itu, ia berkata pihak berkuasa juga sedang mengkaji sama ada amalan pengambilan kakitangan Goldman di rantau ini melanggar undang-undang anti-rasuah Amerika.

Menurut WSJ, penyiasat juga telah sapina bekas pegawai bank kanan Goldman di Asia Tenggara, Tim Leissner.

Seorang lagi yang biasa dengan perkara itu memberitahu akhbar tersebut bahawa Leissner telah dimaklumkan bahawa beliau tidak menjadi subjek penyiasatan kerajaan Amerika Syarikat ketika ini.

Sumber yang sama juga mendedahkan juri agung itu dijadual bertemu lagi bulan depan.

Leisnner meninggalkan Goldman bulan lalu selepas beliau digantung kerana didakwa melanggar dasar syarikat kewangan itu.

"Goldman mendapat keuntungan lumayan daripada urusannya dengan 1MDB. Leissner membantu mendapatkan dana dari penubuhannya dan meletakkan asas bagi beberapa siri tugasan yang lumayan.

Goldman menjadi penasihat bagi tiga pembelian dan mengaturkan penjualan tiga bon bernilai sejumlah AS$6.5 bilion yang membawa masuk AS$650 juta bagi firma itu.

"Urus niaga terbesar dan terakhir Goldman dengan 1MDBadalah pada awal tahun 2013 apabila ia menjual bon bernilai AS$3 bilion bagi membiayai projek hartanah pembangunan di Kuala Lumpur yang direka untuk merangsang pembangunan ekonomi," petik artikel itu.

K’jaan usul tambahan RM3.3 bilion bagi bajet 2016

Posted: 22 Mar 2016 05:09 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kerajaan telah membentangkan perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan sebanyak RM3.3 bilion lagi bagi bajet persekutuan tahun lalu.

Ia adalah perbelanjaan tambahan pertama bagi Bajet 2015.

Rang undang-undang untuk mendapatkan peruntukan bagi pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Disatukan itu dibentangkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada mulanya mengumumkan peruntukan RM273.94 bilion bagi Bajet 2015 pada Oktober 2014.

Daripada tambahan RM3.3 bilion yang dipohon itu, RM2.3 juta adalah untuk peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, termasuk RM240 juta bagi menampung pemberian kekurangan akaun mengurus dan Kumpulan Wang Pendahuluan negeri.

Sejumlah RM575 juta telah diperuntukkan untuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pengurusan sisa dan pembersihan awam di tujuh negeri yang telah menswastakan sektor berkenaan.

Turut dimasukkan dalam bajet tambahan Kementerian Pengangkutan adalah dana RM58 juta bagi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Terdapat juga permohonan tambahan RM50 juta untuk bajet Jabatan Perdana Menteri untuk memudahkan perpindahan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daripada Kementerian Dalam Negeri.

‘Bagaimana mahu sekat web porno jika ke mahkamah dulu?’

Posted: 22 Mar 2016 05:00 AM PDT

MALAYSIAKINI




Jika The Malaysian Insider terpaksa dibawa ke mahkamah sebelum boleh disekat, bagaimana kerajaan mampu menghalang lam web buruk yang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk seri Salleh Said Keruak.

"Kalau kita ikut cakap (ahli parlimen) Sepang bahawa kita kena tunggu didakwa dulu baru bertindak, banyak web yang terlibat dalam isu lucah, porno.

"Kita perlu bertindak dulu, kalau ada kesalahan dari segi undang-undang, kita akan bawa ke mahkamah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang berkata adalah tidak betul bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyekat laman TMI kerana mereka belum lagi diisytiharkan melakukan sebarang salah laku oleh mana-mana mahkamah.

Salleh bagaimanapun berkata, SKMM mempunyai hak untuk mengawal kandungan web untuk memastikan bahawa ia adalah sesuai untuk masyarakat.

"Kta bertanggung jawab terhadap perkembangan internet di Malaysia sebaik-baiknya. Kebebasan bersuara tu penting tetapi hak untuk merosakkan kerajaan tidak," katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa TMI disekat kerana menyiarkan artikel yang memetik sumber yang tidak dinamakan dan berpotensi mengelirukan orang ramai.

Jumlah levi dikutip k’jaan - RM2.2b atau RM254.6j?

Posted: 22 Mar 2016 04:51 AM PDT

MALAYSIAKINI




Terdapat kekeliruan berhubung bayaran levi ke atas pekerja asing yang dikumpulkan oleh kerajaan berikutan Kementerian Dalam Negeri memberikan dua angka yang jauh berbeza dalam masa selang beberapa hari.

Menurut jawapan bertulis Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong yang bertarikh 21 Mac, Kementerian Dalam Negeri berkata jumlah levi yang dikutip daripada pekerja asing adalah RM254.6 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam satu lagi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud yang bertarikh 17 Mac, Kementerian Dalam Negeri berkata jumlah levi yang dikutipnya pada tahun lalu berjumlah RM2.254 bilion.

Percanggahan dalam kedua-dua jawapan itu juga berlaku bagi perangkaan bagi tahun-tahun sebelumnya bermula dari tahun 2011.

Menurut jawapan bertulis terakhir, levi ia dikutip adalah RM734.2 juta bagi 2014, RM446.2 juta untuk 2013, RM799.0 juta bagi tahun 2012 dan RM348.7 juta bagi 2011.

Bagaimanapun, jawapan bertulis yang diberikan empat hari lalu berkata, kerajaan memungut levi berjumlah RM2.638 bilion pada 2014, RM2.423 bilion pada 2013, RM2.618 bilion pada 2012 dan RM1.808 bilion pada tahun 2011.

Jawapan bertulis bertarikh 21 Mac pula menyatakan levi yang dikutip pada tahun 2010 adalah RM461.4 juta.

Tiada angka yang disediakan untuk tahun 2010 dalam jawapan bertulis yang lebih awal.

Menurut jawapan bertulis terkini, levi bagi setiap pekerja asing dalam sektor perkhidmatan adalah pada RM1,850 diikuti RM1,250 untuk sektor pembuatan dan pembinaan manakala RM590 bagi sektor perladangan.

Bagi sektor pertanian dan pembantu rumah, kadar levi yang dikenakan adalah masing-masing, RM410.


Kutipan GST tahun lalu RM27 bilion

Posted: 22 Mar 2016 04:22 AM PDT

BERNAMA




Kutipan bersih cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion, kata Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut kementerian itu, kutipan tersebut dibuat setelah mengambil kira tuntutan kredit ke atas cukai enam peratus tersebut diperingkat input perniagaan bagi tempoh sembilan bulan.

GST mula berkuat kuasa pada 1 April tahun lepas.

Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) mengenai jumlah sebenar keseluruhan kutipan GST yang diperoleh kerajaan.

Mohamed Hanipa turut bertanyakan daripada jumlah kutipan tersebut, berapakah yang telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan berapakah jumlah yang tidak dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

"GST merupakan hasil Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kesemua kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama hasil-hasil Kerajaan Persekutuan yang lain," kata kementerian tersebut.

Sementara itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini dikatakan yakin mampu mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM52 bilion tahun ini seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dalam Bajet 2016.
-Bernama


Mansuh PLKN bagi biayai biasiswa luar negara: MP

Posted: 22 Mar 2016 04:17 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari mencadangkan supaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimansuhkan dan dana berkenaan digunakan bagi menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran di luar negara.

"Menurut jawapan parlimen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said minggu lalu, kerajaan mampu menyelamatkan negara sebanyak RM240 juta setahun dengan membatalkan 744 biasiswa untuk pengajian di luar negara.

"Pada awal 2015, apabila perdana menteri mengumumkan penggantungan PLKN selama setahun pada semakan Bajet 2015, katanya, langkah itu akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM400 juta setahun," kata Kok dalam satu kenyataan media hari ini.

Oleh itu, Kok berkata pemansuhan program PLKN tahun ini akan menyediakan dana yang mencukupi untuk mengembalikan pemberian biasiswa luar negara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA, tahun ini hanya menawarkan biasiswa untuk pengajian di universiti tempatan kerana pengurangan hasil kerajaan.

"Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menggantung PLKN segera supaya wang yang dijimatkan itu boleh disalurkan untuk menaja 744 pelajar.

"Pelajar-pelajar ini telah dinafikan peluang untuk belajar di universiti yang terkenal di dunia akibat tindakan kerajaan menukar biasiswa luar negara kepada biasiswa tempatan," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, adalah lebih baik jika kerajaan menghentikan program PLKN tahun ini.

Diasak Anwar, Nalla dakwa media yang putar belit

Posted: 22 Mar 2016 04:10 AM PDT

Hafiz Yatim





Tanpa diduga, Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S Nallakaruppan hari ini menafikan bahawa beliau menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta dari syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd.

Nallakaruppan yang berada di kandang saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkata Mingguan Malaysia dan Sinar Harian memutarbelitkan kenyataannya.

"Saya tidak buat kenyataan itu ia diputarbelitkan," katanya pada perbicaraan yang penuh sesak hari ini.
Berikut pendedahan itu, Anwar yang mewakili dirinya sendiri dalam saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan meminta penangguhan sementara.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata sekirannya Nallakaruppan berkata demikian sebelum ini, maka tidak ada keperluan untuk meneruskan perbicaraan.

"Saya akan bincang dengan peguam defendan (Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah)," katanya.

Terdahulu, ketika disoal Anwar, Nallakaruppan berkata 30 anggota polis menyerbu rumahnya pada 31 Julai, 1998 dan merampas pelbagai barangan.

Anwar secara berseloroh menyoal mengapa ini berlaku sedangkan "awak bukan pengganas IS".

Nallakaruppan berkata polis mahu mencari bukti bahawa beliau telah meminta maklumat daripada Timbalan Perdana Menteri (Anwar) untuk diberikan kepada kerajaan asing.

Anwar: Adakah dakwaan ini benar?

Nallakaruppan: Tidak, ini tak benar kerana saya tidak mahu kaitkan rakan saya (Anwar) kerana saya juga diugut untuk membuat pengakuan ini atau saya akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Untuk ini, saya ditahan selama 38 hari.

Anwar: Apa yang berlaku sepanjang 38 hari tahanan?

Nallakaruppan: Polis cuba paksa saya untuk tandatangani kenyataan kosong dan mahu saya mengakui bahawa saya bertindak untuk negara asing dan Anwar menyediakan saya dengan maklumat. Anwar tidak memberikan apa-apa maklumat dan saya enggan buat kenyataan palsu atau menandatangani dokumen kosong itu.

Anwar kemudiannya mencelah "awak seorang yang sangat berani" dan ini diikuti gelak ketawa di dalam bilik mahkamah.

Anwar: Adakah awak sedar ada satu afidavit oleh SAC II tan Sri Musa Hassan yang kemudiannya menjadi ketua polis negara yang mendakwa bahawa awak (Nallakaruppan) memberi saya RM60 juta.

Nallakaruppan: Saya tidak tahu. Mereka ugut saya dengan ISA, (tetapi) saya tak berganjak untuk kaitkan Anwar.

Baik bubar PAS dari gabung dengan Umno - Tuan Ibrahim

Posted: 22 Mar 2016 04:05 AM PDT

Shakira Buang   


2.3K6 


WAWANCARA Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno.

"Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?

"Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah," kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan.

Sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya.

"Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno.

"Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah Umno dan ia kekal sehingga sekarang," kata Tuan Ibrahim.
Umno datang tawar kerjasama

Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa isu kerjasama itu merupakan agenda media Umno, namun PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah itu.

Beliau juga berkata isu kerjasama itu merupakan usaha untuk menyelamatkan Umno dan parti itu juga beberapa kali membuat tawaran sedemikian kepada PAS.

"Saya ingat ini semua agenda media Umno, kita tahu Umno sekarang tengah lemas dan dia sangat mengharapkan PAS. Berapa kali dah Umno datang minta kerjasama dengan PAS.

"PAS tak akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk," tegas Tuan Ibrahim.

Malah, katanya tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan parti yang zalim terhadap rakyat dengan merujuk projek Lebuhraya Pantai Timur dan sekatan royalti minyak kepada Kelantan.

"Cuba kita bayangkan kalau orang khianat Kelantan yang mana lebuhraya sampai Terengganu sahaja, macam inikah kita nak jadikan kawan?

"Royalti minyak Terengganu (waktu) kita menang (pilihan raya) satu sen pun mereka tak bayar dan untuk makluman beribu nama rakyat Kelantan dipotong dari senarai penerima BR1M walaupun mereka ini hidup susah di kampung hanya kerana mereka orang PAS.

"Tak mungkin orang macam ini kita nak bekerjasama dengan Umno," tegas Tuan Ibrahim.

Hadir bukan bermakna sokong

Beliau berkata kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan bermaksud PAS menyokong Umno.

Sebaliknya, katanya, Abdul Hadi mengunakan kesempatan itu untuk menegur Najib terutamanya mengenai soal pentadbiran negara.

"Sebab itu juga saya katakan soal kita hadir dalam majlis bersama tidak bermakna kita menyokong.

"Kita hadir seperti mana dalam parlimen yang mana semua orang akan hadir tapi kita tetap membantah (perkara yang tak betul). Presiden hadir majlis Najib, Abdul Hadi buat teguran dan beri peringatan serta beri amaran," kata Tuan Ibrahim.

Malah katanya, Hadi juga mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi meminta pandangan pimpinan PAS sebelum menemui Najib.

"Peluang bercakap terus dengan perdana menteri ini ada dua kali sahaja. Yang pertama di Parlimen, itu pun beliau jarang datang dan kedua pada majlis yang dihadiri perdana menteri.

"Jadi, kalau dalam majlis sebegitu kita boleh bercakap terus dengan perdana menteri dan kita tegur dia. Sebab itu bagi saya apa yang penting adalah apa yang diucap oleh presiden dan bukan baju yang dipakai beliau," tegas Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya menyerang PAS selepas media perdana melaporkan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama.

"Media perdana cuba melihat PAS jalin kerjasama dengan Umno dan dukacitanya pembangkang menyerang PAS.

"Kalau serang PAS bererti kita tak serang Umno, sepatutnya tak perlu serang PAS sebab kita masih pembangkang," ujarnya.

PAS mahukan undi Melayu
Tuan Ibrahim yang pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata PAS perlu mendapatkan undi orang Melayu yang sebahagian mereka masih berada dalam Umno.

Justeru, katanya, anggota Umno yang akan menyokong pembangkang adalah mereka yang semakin hilang kepercayaan kepada parti pemerintah itu.

"Orang Umno yang bagaimana hendak mengundi PAS? Mereka adalah orang yang bencikan Najib, yang melihat masa depan negara, yang melihat rasional dan tidak emosi.

"Orang Umno yang macam ini akan bersama pembangkang. Orang bersama Najib tak akan datang kepada pembangkang.

"Jadi PAS kena dapatkan (undi Melayu dari Umno). Sebab apa kita tak boleh ke Putrajaya? Sebab undi PAS tidak meningkat, undi Melayu tak ada," tambah Tuan Ibrahim.


'Najib terdiam bila saya tanya mana duit di Singapura'

Posted: 22 Mar 2016 03:51 AM PDT

Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim


LIHAT VIDEO DI SINI

 
WAWANCARA Pengkritik sentiasa mempersoalkan sama ada pelaburan AS$1.103 bilion 1MDB di Kepulauan Caymans, syurga kewangan pesisir pantai, yang disimpan di Singapura benar-benar wujud.

Jawapan kerajaan di parlimen kemudian menyatakan ia disalah tafsir sebagai tunai, sebaliknya dalam bentuk "unit".

Bagaimanapun, bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu satu masalah dan jika di negara lain perdana menteri boleh disingkir di parlimen kerana "tidak menyatakan dengan betul".

Bekas orang nombor dua kerajaan yang digugurkan selepas lantang mengkritik dalam isu 1MDB itu mendedahkan, beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada Datuk Seri Najib Razak sendiri tetapi perkara itu gagal dijawab.

"Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini hujung minggu lalu.




Dalam wawancara di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, Muhyiddin juga mendedahkan dakwaan butiran penjelasan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Zeti Akthar Aziz dengannya.

Antara dimaklumkan padanya, dakwa Muhyddin, berhubung "kepincangan" yang berlaku dalam 1MDB, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum RM50 juta.

Seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan itu atas alasan ia berkaitan dengan politik.

Najib dan 1MDB telah menafikan melakukan sebarang salah laku dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menumbangkan perdana menteri.

Tapi apa lagi kata Muhyiddin? Ikuti sedutan petikan wawancara Malaysiakini dengan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu:

Malaysiakini: Tan Sri kata tahu lebih sedikit tentang 1MDB.

Muhyiddin: Lebih sedikit dari orang biasa sudah pasti. Di Teluk Kemang saya kata saya tahu lebih sedikit.

Tapi umumnya saya TPM waktu itu, saya berpendapat pecahnya berita 1MDB, saya harus mengetahui apa yang sedang berlaku, tentang proses dan maklumat yang dikumpul oleh pelbagai pihak.

Saya terpaksa mendapatkan maklumat melalui Bank Negara, gabenornya ataupun... polis, SPRM, atau peguam negara yang lalu.

Bagi saya, saya sebagai orang nombor dua, saya ada hak. Bukan untuk mencampuri urusan penyiasatan. Kalau isu 1MDB sudah sampai serius, kalau penyiasatan dilakukan berhubung kait dengan PM, kalau apa-apa berlaku, haruskah TPM kata tak tahu dan lepas tangan?

Macam Bank Negara, Zeti (gambar), yang mana dia kata pasal Bank Negara institusi yang bertanggungjawab memastikan kewangan negara berjalan dengan betul bawah akta bank.

Dan bila saya bertanya, RM1 bilion dolar yang dia bawa balik dari bank BSI Singapura, lepas itu PM buat kenyataan di parlimen dan kata, "Ya wang itu ada masuk".

Selepas itu dimaklumkan tidak ada duit dimasukkan. Dan dia kata kemudian...

Unit? 

Unit.

Jadi saya tanya gabenor, what is this all about as dia regulator? Dia (Zeti) kata, "Benar Tan Sri tak ada duit".

Dan saya guna maklumat itu saya jumpa PM.

Dan satu ketika saya tanya, you spoke this in parliament, you respond this in parliament and you kata ada duit, tetapi sekarang ini tak ada duit.

Bagi saya itu satu masalah dan kalau di tempat lain, PM can be impeach (disingkir) kerana tak menyatakan dengan betul.

Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya. Dan perkara itu disahkan oleh gabenor Bank Negara.

Bila (pertemuan) ini Tan Sri?

Dalam tahun lalu, 2015. Waktu saya dalam kerajaan dan dia maklumkan kepincangan yang berlaku dalam 1MDB, yang langgar financial services act. Dia maklum pada saya, boleh dihukum maksimum RM50 juta. Ini maklumat dari gabenor. Dan kesalahan boleh dipenjara 12 tahun. Dia jelaskan pasal saya tak tahu maksud dia apa.

Saya diberitahu penemuan, penyiasatan Bank Negara dibuat oleh1MDB dan disebut kelulusan yang diberi dan kesalahan seperti kelulusan A dibuat untuk kelulusan B. Itu satu kesalahan. Itu yang saya dapat tahu.

Dan ia dilakukan siasatan, peguam negara yang lalu sudah dipecat dan diganti dengan peguam negara baru. Bila yang baru naik bawa laporan itu, apa hasilnya? Ditolak oleh peguam negara, tutup kes.

Saya bertanya balik dengan Zeti kenapa ia harus tolak? Bukankah Nank Negara sebuah institusi kewangan negara yang berprestij? Zeti sendiri antara gabenor Bank Negara terbaik di dunia. Pastinya, cara proses-proses dibuat dengan teliti dan ada bukti kenapa tidak ambil tindakan.




Singapura, UK, Switzerland, AS sedang siasat 1MDB, tapi kita nak tutup kes. Bagaimana pandangan Tan Sri?

Tak wajar sebab saya rasa mungkin rakyat tak puas hati bahawa kes telah selesai. Mungkin dari segi undang-undang yang disebut peguam negara telah selesai. Tapi di mahkamah rakyat ia belum selesai pasal tak puas hati dengan keputusan itu sebab ada campur tangan dan tidak telus.

Maka tidak seharusnya dianggap telah selesai, bagi sayalah. Di luar negara itu bidang kuasa luar negara pasal undang-undang yang mereka ada sedang digunakan. Berkaitan money laundering, salah guna sistem perbankan, kalau mengikut perkembangan, yang ada bukti kena ambil tindakan dan kita tidak boleh campur urusan itu.

Isu 1MDB tidak hanya dibatasi oleh sempadan Malaysia, ia melangkau ke peringkat antarabangsa dan global dan terserah pada pihak berkuasa negara itu apa yang mereka nak buat.

Tan Sri melihat kerajaan telah gagal dan parti dalam Umno sendiri ambil tindakan dalam hal ini?

Saya tidak nampak, dalam soal ini bukan politik. Yang penting institusi itu kerana ada kuatkuasa undang-undang. Umno mana ada undang-undang, Umno badan politik.

Cuma Umno badan politik untuk dilihat bertanggungjawab Umno harus bertindak atas landasan yang betul, ikut undang-undang. Bermakna kalau lihat kepincangan seperti hal ini, Umno tidak boleh berdiam diri. Tetapi dilema yang dihadapi kerana hal yang disebut ada kaitan dengan kepimpinan Umno.

Bersediakah ahli Umno yang berani mempersoalkan perkara itu? Saya mempersoalkan saya dihukum. Jadi harus mereka balik pada landasan asal kenapa Umno berjuang? Kerana kebenaran. Jadi perkara tak betul kena betulkan, bukan rosakkan.

Kalau masih ingat, berapa kali Tan Sri cakap pada Datuk Seri Najib yang Tan Sri tak puas hati mengenai 1MDB?

Lupa saya nak kata berapa kali, ada tiga empat kali. Tapi saya kata dalam kabinet, luar kabinet, di bilik dia, ada juga berkali-kali. Sedang berdiri pun bercakap juga. Bukan sekali tapi selalu.

Muhyiddin: Bos baru Bank Negara mesti setara Zeti
'Deklarasi Dr M tidak, Deklarasi Kit Siang pun bukan'
Muhyiddin: Dipecat? Saya patutnya jadi yang terakhir
Muhyiddin: Komplot guling Najib? Tak jatuh pun


Bas terbalik dirempuh jentera bomba

Posted: 22 Mar 2016 03:45 AM PDT

Bas terbalik dirempuh jentera bomba
Penumpang bas dikeluarkan melalui tingkap dengan bantuan orang ramai. - Foto Bomba dan Penyelamat


CHANGLON - Gara-gara membuat pusingan U di lebuh raya dan gagal melepasi pusingan berkenaan, sebuah bas ekspres terbalik secara melintang atas jalan raya, selepas dirempuh sebuah jentera bomba dari bahagian belakang.

Bagaimana pun, insiden yang mencemaskan itu tidak melibatkan kehilangan nyawa, di mana 18 penumpang dalam bas berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, bas ekspres itu dipercayai mahu membuat pusingan U di Lebuh Raya Utara- Selatan (Plus), Kilometer 6.9 arah Utara.

"Kawasan itu tidak dibenarkan membuat sebarang pusingan U. Apabila bas berkenaan tidak lepas membuat pusingan U, bas itu terus mengundur  ke belakang. Ketika itu, sebuah jentera bomba berada di belakang bas di jalan yang sama, tidak sempat memberhentikan jenteranya," katanya.

Menurutnya, akibat daripada itu, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam terus melanggar bahagian belakang bas menyebabkan bas itu terbalik.

"Terdapat 18 orang dalam bas ketika kejadian, termasuk pemandu dan kelindan bas. Kejadian berlaku sekitar 4.30 petang, berhampiran Restoran CTC," katanya.

Nur Hafizah berkata, kejadian itu menyebabkan pemandu dan kelindan bas patah kaki manakala 12 penumpang mengalami cedera ringan.


Bomba diserang ular sawa ketika padam api

Posted: 22 Mar 2016 03:43 AM PDT

Bomba diserang ular sawa ketika padam api
Nor Azizi (kiri) bersama anggota balai berjaya menjinakkan ular sawa sepanjang1.5 meter yang tiba-tiba 'menyerang' ketika menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran lalang, petang tadi. - Foto Bomba dan Penyelamat
 

JELAPANG - Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa batik yang keluar dari kawasan lalang yang terbakar di Kilometer 269, Lebuhraya Utara Selatan di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.22 petang itu, reptilia sepanjang 1.5 meter itu disedari anggota selepas kira-kira tiga minit ketika mula menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

Anggota bomba, Nor Azizi Othman berkata, ular seberat 30 kilogram berkenaan bertindak agresif dipercayai cedera akibat kebakaran itu.

"Ular berkenaan keluar dari persembunyiannya dan meluru ke arah anggota seolah-olah mahu menyerang.

"Namun, kita berjaya menangkapnya dengan menggunakan alat penjerut setelah bergelut lebih 10 minit.

"Ia agak agresif mungkin kerana bahang panas kebakaran lalang selain terancam dengan kehadiran manusia," katanya.

Nor Azizi berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan cedera pada kulit reptilia itu yang mengelupas akibat kebakaran tersebut.

"Operasi pemadaman lalang diteruskan sehingga selesai," katanya.

Peningkatan pekerja asing perlu diberi perhatian

Posted: 22 Mar 2016 03:40 AM PDT

Sultan Nazrin Shah
Sultan Nazrin Shah - Foto Bernama


TAIPING - Penggunaan tenaga kerja asing dengan bilangan yang semakin meningkat adalah perkara yang kini wajib diberi perhatian oleh kerajaan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, data Kementerian Dalam Negeri menunjukkan pas lawatan kerja sosial dikeluarkan kepada warga asing meningkat daripada 2.073 juta orang pada 2014 kepada 2.135 juta orang pada 2015.

Baginda bertitah, lebih daripada 745,000 orang (35%) rakyat asing bekerja dalam sektor pembuatan; 450,000 orang (21%) bekerja dalam sektor pembinaan; 301,000 orang (14%) bekerja dalam sektor perladangan; 197,000 (9%) bekerja dalam sektor pertanian; 293,000 (14%) bekerja dalam sektor perkhidmatan dan 149,000 orang (7%) pula bertugas sebagai pembantu rumah.

"Bilangan pekerja asing tanpa izin (Pati) dikatakan berjumlah sekurang-kurangnya sekali ganda daripada bilangan pekerja asing yang mendapat pas kerja.

"Jika andaian tersebut benar, bermakna pada ketika ini, terdapat lebih empat juta orang warga asing yang sedang bekerja di negara ini.

"Analisis secara objektif wajib dilakukan berhubung implikasi kehadiran tenaga kerja asing dengan jumlah yang begitu besar," titah baginda sempena perasmian Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, sebentar tadi.

Baginda bertitah, negara perlu bersifat lebih selektif dan mengenakan syarat lebih ketat dalam aspek guna tenaga ketika memberikan kelulusan pelaburan baru dalam sektor pembuatan, termasuk ketika meluluskan pas kerja dalam sektor perkhidmatan.

Ia termasuklah, syarat lebih ketat dikenakan kepada majikan supaya tidak lagi memilih laluan mudah untuk mendapatkan tenaga kerja asing hingga mengakibatkan warga dan negara terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Jelas baginda, pada 2015 sahaja, pekerja asing menghantar balik ke negara mereka melalui saluran rasmi, wang sejumlah 34.7 bilion ringgit, menyamai 2.37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, 
namun dianggarkan jumlah sebenar adalah lebih tinggi kerana sebahagian daripada penghantaran wang ke negara masing-masing, turut dilakukan melalui saluran yang tidak rasmi.

"Pelaburan, terutama pelaburan asing di negara ini, hendaklah diluluskan berasaskan kepentingan negara, pekerjaan yang ditawarkan hendaklah membuka peluang kerja kepada warga tempatan.

"Tidaklah membawa manfaat kepada negara, apabila kerja yang ditawarkan memerlukan kerajaan memberikan kebenaran untuk lebih ramai tenaga kerja asing dibawa masuk.

"Pendirian terkini Kerajaan Persekutuan membekukan dan tidak akan membenarkan lagi kemasukan tenaga kerja asing, sangat bertepatan dan sesuai pada waktunya," titah baginda.


Anggota bomba Kamunting disyaki alami strok haba

Posted: 22 Mar 2016 03:29 AM PDT

Anggota bomba Kamunting disyaki alami strok haba
Laman sosial facebook Bomba Perak meminta orang ramai mendoakan kesihatan mangsa.


IPOH - Seorang anggota bomba dari Balai Kamunting, Taiping dikhuatiri mengalami strok haba selepas mengadu sakit kepala dan bengkak sebaik selesai menjalani rutin pemeriksaan pili bomba, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Mohamad Azrin Md Yussof, 25, dilaporkan turut mengalami gangguan saraf di bahagian muka selepas dilaporkan mata dan mulut sukar dibuka seperti biasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, anggota berkenaan kini sedang menjalani rawatan lanjut di kampung halamannya di Pulau Pinang.

"Sebaik selesai pemeriksaan (pili bomba) Jumaat lepas, dia ada mengadu pening kepala, keadaan cuaca pada hari itu, memang panas.

"Keesokan hari (Sabtu), dia dilihat mengalami bengkak di bahagian muka sebelah kiri, saya dimaklumkan dia kini menjalani fisioterapi untuk rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Laman sosial facebook Bomba Perak meminta orang ramai mendoakan kesihatan mangsa agar pulih dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Lelaki mengamuk hampir 3 jam guna pedang samurai

Posted: 22 Mar 2016 03:28 AM PDT

Lelaki mengamuk hampir 3 jam guna padang samurai
Lelaki yang mengamuk dengan pedang samurai di rumah keluarganya berjaya ditenangkan dan diserahkan kepada pihak polis.
 
 
PUCHONG – Pihak bomba dan pasukan polis terpaksa mengambil masa hampir tiga jam bagi menenangkan keadaan seorang lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai di rumah keluarganya di Kampung Seri Puchong, Batu 13, awal pagi tadi.

Difahamkan, dia yang mengalami masalah mental dan pernah mendapat rawatan berhubung penyakit itu mula mengamuk kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

Tindakan luar kawal lelaki berusia lingkungan 40-an yang merosakkan barang dalam rumah menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya hingga pasukan bomba serta pihak polis terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan.

Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisam Mat Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan daripada adik kandung lelaki tersebut kira-kira jam 3.25 pagi.

Bertindak atas maklumat, sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Sepasukan anggota polis katanya sudah ke rumah tersebut selepas menerima laporan kira-kira jam 11.50 malam.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan pancutan air untuk menenangkan lelaki terbabit  sebelum dia berjaya diserahkan kepada pihak polis tiga jam selepas itu.

"Pengadu beritahu abangnya memang mempunyai masalah gangguan mental, dia terpaksa menghubungi bomba dan polis apabila diancam di rumah keluarganya,"katanya.

Hasil maklumat diterima, lelaki tersebut yang pernah dirawat di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan dikatakan sudah lama tidak menerima rawatan susulan.

"Adik mangsa memberitahu abangnya sebelum ini mahu merawat sendiri penyakit dihidapi dan tidak memerlukan bantuan atau pertolongan sesiapa sehinggalah kejadian ini berlaku," katanya tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Operasi mengawal keadaan di rumah tersebut ditamatkan kira-kira jam 7.18 pagi, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.‎

Katanya, lelaki tersebut ditahan anggota cawangan pencegahan jenayah (CPJ) dengan bantuan pihak bomba.

"Dia kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.‎


Ritual raja bomoh: Ini pesanan untuk bukan Islam

Posted: 22 Mar 2016 03:26 AM PDT

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
 
 
SHAH ALAM – Susulan video yang menunjukkan upacara ritual pecah tembikai bagi mengurangkan cuaca panas yang tersebar didakwa dilakukan pada Isnin, golongan bukan Islam diharapkan tidak mengaitkannya dengan agama Islam.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kepercayaan tahayul seperti itu tidak pernah diiktiraf oleh Islam.

"Kepada bukan Muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam.

"Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk dibazirkan secara sia-sia," katanya melalui kemas kini status di Facebook, malam tadi.

Dalam rakaman video itu, raja bomoh, Ibrahim Mat Zin bersama empat lagi individu lain termasuk seorang wanita membaca surah Yassin dan berdoa agar cuaca panas dikurangkan sebelum memecahkan lima biji tembikai bersama-sama

'Janganlah helikopter jatuh di sekolah ini'

Posted: 22 Mar 2016 03:23 AM PDT

'Janganlah helikopter jatuh di sekolah ini'
Helikopter APMM melakukan pendaratan cemas di padang SMKA Sabak Bernam, di sini, semalam. - Foto Sinar Harian


SUNGAI BESAR - "Saya dengar bunyi deruman angin kuat, pelajar kata ada helikopter jatuh," kata seorang guru, Mohd Najib Al Puad, 52, yang menyaksikan sebuah helikopter mendarat cemas di Sekolah Menangah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, helikopter Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang dinaiki seorang juruterbang dan lima krewnya terselamat apabila terpaksa mendarat cemas di padang sekolah itu akibat mengalami masalah teknikal.

Mohd Najib berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengajar pelajar tingkatan enam di tingkat dua bangunan sekolah itu sebelum terdengar bunyi enjin helikopter terbang rendah seolah-olah mahu terhempas.

"Dalam hati saya terdetik juga janganlah helikopter jatuh di sekolah ini. Risau juga waktu tu, sebab bunyinya amat kuat hingga membingitkan telinga," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Najib memberitahu, sebaik keluar dari kelas itu, dia sempat menyaksikan helikopter itu berpusing beberapa kali kira-kira lima minit sebelum mendarat di padang sekolah itu.

"Sebaik mendarat, juruterbang meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk mendarat dan memaklumkan pihaknya mengalami masalah enjin," katanya.

Katanya, beberapa minit sebelum melakukan pendaratan cemas, pesawat yang ingin ke Pulau Pinang itu terlebih dahulu mendarat di padang Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (Samtaj).

"Juruterbang beritahu mereka tak boleh teruskan perjalanan kerana helikopter mengalami masalah teknikal dan mereka telah hubungi pusat kawalan di Subang bagi memaklumkan kejadian terbabit," katanya.

Menurut Mohd Najib, sebuah lagi helikopter APMM diterbangkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja bantuan teknikal helikopter terbabit.

"Helikopter itu berlepas kira-kira jam 1 petang selepas beberapa kali menjalani ujian penerbangan," katanya.


Macam mana kes seleweng RM100j boleh terlepas?

Posted: 22 Mar 2016 03:19 AM PDT

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan 
 
 
SHAH ALAM – Pas menyifatkan jumlah ketirisan yang berlaku dalam kerajaan selama ini mampu menampung pembiayaan biasiswa yang disekat oleh kerajaan mengurangkan kadar tol dan tambang pengangkutan awam serta menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat tidak reda jika penyelewengan ini terus dilakukan dan pada masa yang lama lebih ramai rakyat yang menderita akibat tanggungan kos sara diri yang terlalu tinggi.

"Kes rasuah RM100 juta yang dibongkarkan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mencemar integriti penjawat awam. Bagaimana jumlah yang terlalu besar terlepas daripada pemeriksaan pegawai audit kementerian dan Jabatan Audit Negara?

[ARTIKEL BERKAITAN: Songlap RM100 j: KJ perlu bertanggungjawab]

"Isu ini telah menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan perbelanjaan keseluruhan dana awam yang diperuntukkan kepada kerajaan setiap tahun," katanya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai di bawah kementeriannya.

Menurut Nasrudin, isu tersebut kemuncak kepada ketirisan dan penyelewengan dana awam di negara ini.

"Hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan salah guna dana awam sama ada perbelanjaan yang tidak relevan, ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan dan perjalanan projek yang tidak mengikut spesifikasi. Namun, semua pembongkaran korupsi tersebut masih tidak mampu mengekang kezaliman yang berlaku.

"Adakah kita mahu ia terus berulang? Jika laporan ketua audit ini menjadi indikator terhadap parameter korupsi di sektor kerajaan, ia hanya meliputi 5 peratus daripada keseluruhan transaksi dan dibuat secara rawak.

"Oleh itu, bagaimana untuk memastikan ketirisan, penyelewengan, rasuah, korupsi dan kronisme tidak akan berlaku lagi? Rakyat menuntut agar satu reformasi dilakukan secara serius supaya kezaliman ini mesti dihentikan," katanya

Pakatan Harapan desak Sarawak tarik balik sekatan

Posted: 22 Mar 2016 03:17 AM PDT

Mujahid Yusuf Rawa
Mujahid Yusuf Rawa
 
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendesak Kerajaan Negeri Sarawak menarik balik larangan ke atas pemimpin-pemimpinnya daripada memasuki negeri itu untuk menjalankan aktiviti politik yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tindakan itu amat dikesali bukan sahaja ke atas presidennya, Mohamad Sabu bahkan rakan sekutunya.

"Ia merupakan tragedi malang apabila seorang rakyat Malaysia, yang juga Presiden Amanah disekat pergerakannya (sedangkan djamin) dalam Artikel 9 menyentuh tentang hak dan kebebasan rakyat Malaysia untuk bergerak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Larangan ke atas Mat Sabu bukti BN takut]

"Saya difahamkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem amat terbuka, namun malangnya beliau memulakan pencemaran yang memalukan dan menafikan hak demokrasi seseorang itu untuk bergerak," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden Mohamad dilarang memasuki Sarawak sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu, kira-kira 10.40 pagi tadi.

Mohamad ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen dan larangan itu dipercayai atas arahan pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Perkara itu disahkan pegawai khasnya Presiden Amanah itu, Mohd Azahar Md Dali sambil pihak berkuasa Sarawak tidak memberi sebarang sebab di sebalik larangan itu.

Sebelum ini, terdapat beberapa pemimpin pembangkang turut dilarang untuk memasuki Sarawak.

Antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok serta Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Bagaimanapun keadaan itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin Pas yang bebas untuk memasuki negeri itu khususnya berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Tiada sekatan (kepada pemimpin Pas) memasuki Sarawak," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara ringkas.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan sekatan itu di luar bidang kuasa kementerian beliau kerana Kerajaan Sarawak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan.

"KDN tiada kuasa penuh (larangan masuk), ia tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri," katanya.


JANGAN LUPA, SHABERY CHEEK JUGA ADA SAHAMNYA...

Posted: 22 Mar 2016 12:52 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Ketika heboh seluruh negara dengan tangkapan seorang pegawai berjawatan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan atas dakwaan menyelewengkan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta sambil  menerima habuan peribadi kira-kira RM20 juta, tidak dapat dielakkan timbul sama desakan agar menterinya, Khairy Jamaluddin turut bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Lebih-lebih lagi dengan pengakuan KJ semalam bahawa pihaknya tidak menyedari perlakuan yang sudah lama dilakukan pegawai terbabit dengan menyalahgunakan prosedur kerajaan yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan, termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.

Tidak, saya tidak menyedari perkara itu, kata KJ lagi.

Pengakuan jujur KJ itu  lantas membuatkan ramai yang bertanya, apa kerja beliau selama ini, tambahan pula wang lebih RM100 juta yang diselewengkan itu bukanlah suatu jumlah yang kecil?

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang mempersoalkan apa kerja Ketua Setiausaha, Pengarah dan pegawai-pegawai atasan lain yang lebih tinggi daripada Setiausaha Bahagian itu?

Apakah mereka tidak memantau dan  langsung tidak menyedari wujudnya perlakuan sumbang berkaitan kehilangan wang sebegitu besar sedangkan ia sudah mula berlaku sejak 2010 lagi?

Bagaimana dengan laporan audit setiap tahun yang dilakukan sejak 2010 , apakah tiada sedikit pun dapat dikesan penyelewengan dan penyalahgunaan dalam laporannya? 

Bagaimana laporan audit boleh bersih setiap tahun?

Selain itu, mampukah seorang Setiausaha Bahagian secara sendirian saja menyelewengkan sehingga RM100 juta tanpa penglibatan orang lain yang mungkin bersubahat sama dengannya?

Walaupun beban tanggungjawab utama adalah di bahu menteri, tetapi  untuk berlaku adil, terutama kerana penyelewengan itu telah berlaku sejak 2010 lagi, tidak seharusnya KJ saja yang memikulnya kerana beliau menjadi menteri hanya bermula tahun 2013. 
 
 
 
 
Menteri sebelumnya  di Kementerian Belia dan Sukan ialah Shabery Cheek yang dilantik bermula pada 2009 hingga 2013. 

Sudah tentu dalam hal ini, Shabery juga mesti tampil dengan penjelasan dan jawapannya kerana wang RM100 juga mula diselewengkan di eranya menjadi menteri.

Beliau tidak harus berdiam diri, lepas tangan dan seolah-olah tidak terkait sama sekali dengan isu yang sedang diperkatakan ramai sekarang.

Jika Shabery turut memberi jawapan tidak menyedarinya, sama seperti KJ, apakah ia kerana Setiausaha Bahagian itu terlalu hebat dalam kerja jahatnya atau semua yang ada dalam kementerian - daripada Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengarah-Pengarah sejak 2010 sehingga kini "tak boleh pakai" sama sekali?
 
 
 

Muhyiddin: Kalau baca Utusan, kami ini 'perompak'

Posted: 22 Mar 2016 12:49 AM PDT

N Faizal Ghazali


LIHAT VIDEO DI SINI
 
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dirinya digambarkan seperti "perompak" apabila hanya berita buruk mengenai beliau disiarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Mengenang zaman ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin berkata, kini tiada lagi liputan akhbar itu seperti zaman popular beliau.

"Sekarang ini mereka nak tengok muka saya pun tak boleh lagi, mana ada Utusan di sini. Yang ada Malaysiakini, Pak Din Turtle (penulis blog) dan Malaysian Insider (kini ditutup).

"Kalau tuan-tuan baca Utusan, cerita-cerita yang buruk pasal Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas MB Kedah).

"Keluar macam-macam (berita), macam kami ini 'perompak' dibuatnya," katanya ketika berucap di program Bicara Rakyat Polemik Politik Masa Kini di Dewan Sri Teratai Kampung Batu Ampat‎, Kota Tinggi, malam tadi.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga sempat berseloroh dengan hadirin mengenai keadaan beliau yang kini tidak lagi disambut oleh pengiring dan paluan kompang ketika menghadiri program selepas dipecat sejak lapan bulan lalu.

"Hari ini, tidak ada walaupun hanya satu kompang.

"Tak apa, saya tak pegang jawatan lagi. Mereka yang bermain kompang boleh tidur lena," katanya disambut ketawa kira-kira 1,500 yang hadir.

Selepas berada dalam kerajaan sejak 37 tahun lalu, Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Malah, beliau yang kini digantung tugas sebagai timbalan presiden Umno, turut bersama 50 individu menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menggesa pengunduran Najib sebagai perdana menteri, pada 4 Mac lalu.

Sementara itu Muhyiddin berkata, sehingga hari ini sudah lebih 50,000 tandatangan telah dikumpulkan dalam kempen selamatkan Malaysia.

Menurut Muhyiddin, beliau merupakan penggerak utama meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

"Sayalah penggerak utama untuk minta Pak Lah berundur selepas PRU 2008. Saya jumpa Najib ketika itu dia timbalan perdana menteri dan bagi tafsiran keputusan PRU kurang baik.

"Kita menyarankan supaya beliau ambil alih kempinan negara daripada Pak Lah (Abdullah).

"Tapi hari ini saya melihat situasi agak begitu sukar, apabila kita lihat kepimpinan khususnya Najib. Pada peringkat awal nampak macam molek," katanya.

Namun tambah Muhyiddin, berbeza dengan Najib, Pak Lah jauh daripada sebarang skandal walaupun kepimpinan beliau dilihat tidak kukuh.


Mutfi: Perbuatan 'bomoh tembikai' bodoh, sia-sia

Posted: 22 Mar 2016 12:47 AM PDT

MALAYSIAKINI




Mufti Perlis menyeru masyarakat bukan Islam tidak mengaitkan upacara 'raja bomoh' Ibrahim Mat Zin untuk memulihkan cuaca panas menggunakan tembikai dengan Islam.

Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, di samping ayat al-Quran yang dibaca Ibrahim tidak betul sebutannya, ia juga disifatkan sebagai tahyul dan tidak diiktiraf oleh Islam.

"Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia.

"Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.




Menerusi sebuah rakaman video, Ibrahim menggunakan lima biji tembikai yang dipecahkan bersama empat orang lagi pengikutnya sambil melaungkan "Allahu Akbar".

Turut dipaparkan dalam video sepanjang 1 minit 53 saat itu Ibrahim memulakan ritual dengan membaca beberapa ayat daripada surah Yasin diikuti bacaan doa.

Ibrahim sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas mengadakan ritual mencari pesawat hilang Malaysia Airlines (MAS) menggunakan buah kelapa dan bubu ikan.

Arah doa minta hujan

Sementara itu, Asri dalam satu kenyataan juga meminta semua imam di masjid seluruh negeri Perlis membaca doa istisqa (minta hujan) di dalam khutbah kedua pada hari Jumaat.

"Adalah dimaklumkan bahawa jabatan Mufti Negeri Perlis telah menyediakan khutbah (kedua) khas yang mengandungi doa Istisqa bagi memohon kepada Allah SWT untuk diturunkan hujan bagi mengatasi kepanasan melampau di negeri itu pada masa ini.

"Doa ini hendaklah dibaca oleh para imam semasa khutbah minggu ini," kata Asri.

Berikutan pola cuaca El Nino bulan ini, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah hujan yang kurang.

Kementerian Kesihatan Jumaat lepas juga melaporkan pihaknya menerima sebanyak 11 kes kelesuan haba dan tiga strok haba berikutan cuaca panas yang sedang melanda negara.

Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula hari ini berikutan cuaca panas melampau itu.