Sabtu, 12 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAK LAH, KU LI, HADI AWANG - SIAPA BAKAL PENASIHAT PETRONAS?

Posted: 12 Mar 2016 06:32 PM PST



Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.

Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib. 

Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.

Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak "suam-suam kuku"  sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.

Ku Li sebelum ini pernah duduk semeja dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin ketika membantah Sosma, tetapi pendirian Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri itu berkaitan Deklarasi Rakyat.

Ku Li bukanlah asing dengan Petronas, selain menubuhkan syarikat minyak negara itu, beliau juga merupakan Pengerusi Petroleum yang pertama sebaik ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan politik mutakhir ini, Ku Li juga dikatakan beberapa kali dipanggil bertemu Najib, tetapi tujuan dan topik perbincangannya tidak dapat dipastikan.

Hadi Awang pula, walaupun ternampak agak mustahil untuk dilantik menjadi penasihat Petronas berikutan pengetahuannya yang mungkin terbatas dalam hal-hal berkaitan petroleum, pengurusan dan perniagaan antarabangsa, tetapi tidak mengejutkan jika Najib berbuat demikian dengan tujuan menambat hati Pas untuk menyokongnya secara rasmi.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sudah diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global yang diwujudkan oleh Najib.

Apakah Hadi Awang, bakal menjadi orang kedua dalam Pas, selepas Nasharuddin, yang akan terpaut hati "makan gaji" dengan kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib?

Berdasarkan tiga nama tersebut, siapakah pilihan Najib agaknya? Pak Lah, Ku Li atau Hadi Awang?

Buat sementara, di samping berserah kepada ketentuan Tuhan, yang paling berhajat juga bolehlah mulai melobi, berangan-angan dan berdoa agar jawatan itu jatuh ke ribaan. (SH 12/03/2016).

KENYATAAN MEDIA

Posted: 12 Mar 2016 06:28 PM PST

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
10 MAC 2016

BELANJA LEBIH RM1.5 BILION: BARISAN NASIONAL LANGGAR PERATURAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Saya mengucapkan terima kasih di atas pengakuan Ketua Menteri Melaka, YAB Dato' Seri Idris Haron bahawa Barisan Nasional telah membelanjakan lebih dari RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013. Pengakuan ini sememangnya mengejutkan. Pertama, ia jelas bercanggah dengan pengakuan Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan bahawa BN membelanjakan hanya RM1.5 bilion sahaja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Kedua, tindakan Barisan Nasional ini – sekiranya benar – jelas merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

Saya merujuk kepada kenyataan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Omar Wan Ahmad yang dilaporkan media pada 17 Mac 2013 yang menegaskan bahawa SPR tidak akan menaikkan had bagi perbelanjaan membiayai pilihan raya bagi calon-calon yang bertanding. Dalam kenyataan yang sama, Wan Omar turut menegaskan bahawa had perbelanjaan maksimum yang dibenarkan bagi calon yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000 manakala bagi calon kerusi parlimen pula adalah sebanyak RM200,000.

Kenyataan dari Timbalan Pengerusi SPR ini selaras dengan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon DUN.

Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, maka perincian perbelanjaan yang digunakan adalah seperti berikut:

DUN : RM100,000 x 500 = RM50,000,000

PARLIMEN : RM200,000 x 222
= RM44,400,000
JUMLAH = RM94,400,000

Berdasarkan kiraan kasar di atas, jumlah perbelanjaan keseluruhan pilihan raya jika bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara adalah sebanyak RM94.4 juta. Justeru, apakah kewajaran dan keperluan Barisan Nasional untuk berbelanja lebih dari RM1.5 bilion? Dan apakah perkara ini tidak menyalahi peraturan pilihan raya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR? Jumlah RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan oleh SPR!

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di mana terbatal kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak.

Undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan ini jelas telah dilanggar secara terbuka oleh Barisan Nasional dan ia telah diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Sehubungan dengan itu, KEADILAN menuntut penjelasan rasmi dari pihak SPR berhubung perkara ini iaitu apakah tindakan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu boleh dianggap sebagai satu bentuk korupsi iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dari rakyat?


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka

hipokrit: Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian

Posted: 11 Mar 2016 10:34 PM PST

Greenbog




Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian 

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang. 

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka. 

"Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain. 


"Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka," katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang. 

Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini. 

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas. 

"Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif. 

"Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu. 

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. 

"Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan. 

"Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR," katanya lagi. -SH 

Pakatan baharu: Keputusan Pas tidak diketahui PKR


SHAH ALAM - Keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Pas setakat in, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini. Kemudian kita akan bincang di peringkat KEADILAN terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini
 -SH


Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

PETALING JAYA : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan cakap-cakap bahawa parti itu akan bersama-sama PAS bagi membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan berkata, tidak mungkin parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.

"Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa," katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang ketiga di negara ini.

Dalam pada itu, Sivarajan turut ditanya adakah parti itu mahu atau akan bergabung dengan mana-mana parti.

"Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu," katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik memberitahu FMT, pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ra PAS merancang bergabung dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Tak tahu..tak dapat maklumat," katanya.

Pada tahun 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA- parti serpihan PAS. Namun, kesemua calon itu kalah. 
-FMT



ULASAN GB 

Dulu komain mendabik dada kata PAS dah kuat, boleh bersendirian dan tak perlu parti lain. 

Tiba-tiba mahu tubuh blok ketiga. Mahu bhekerjasama dengan parti lain. Mungkin sekarang tengah mencari-cari NGO sekecil mana sekalipun, asalkan mahu bersamanya walaupun mungkin NGO itu satu ketika pernah menjadi musuhnya. Tak kisah, itu dulu, sekarang mahu tunjuk PAS tak sendirian. Ada kawan. Ada teman. Sekadar NGO sajalah. Parti politik lain sudah renjis awal-awal. 

Gb sudah ulas isu ini. Boleh semak semula di PAS Baru Sedar Tidak Boleh Sendirian, Mahu Bentuk Blok Ketiga

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LEDAKAN - INI AKAN TERJADI

Posted: 12 Mar 2016 07:00 PM PST







BILA LEDKAN

BERLAKU

INI AKAN 

TERJADI



JAHANAM KITA SEMUA

Posted: 12 Mar 2016 04:30 AM PST






FACE BOOK



Jahanam laaa...klu dulu gabenor dipilih diluar dr pengaruh politik...laaa nie anjing2 politik menjadi pilihan..klu di kementerian kewangan pun jadi kaldai apatah lagi duduk dlm bank negara...mampuus kau msia itu yg korang nak kan???padan muka !!


---------------

SAEEKOR EEE

Posted: 12 Mar 2016 04:00 AM PST






PEEELIK

AKHBAR KAPIR

LEEEBIH ARIF

LANTIKAN

SAEEKOR EEE


Irwan Serigar bakal ganti Zeti terajui Bank Negara, lapor WSJ



Irwan Seerigar Abdullah akan menggantikan  Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara, walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya, laporThe Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan, ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.

- See more at: http://www.unblockaccess.com/service/page.php?u=C85mb6b2epBSqz0MiWy%2FlQ2RRcjGrzEXH327okw1iBrvkYZ7dp4uX0lfTytIzKeWM%2BcuFn%2FXdr1GEef9v51xNs2B3e1BA4zoCxBfNK2PffwYjYX0uTo%2B9uwVpRoEGisVt4Xs&b=5#sthash.IyKeiRR2.dpuf

LAGEE LAGEE

SAEEKOR EEE

DI LANTEEK

JADEE GABEENOR

BANKE NEEGARA

KEK KEK KEH



---------------

BERITA BERGAMBAR

Posted: 12 Mar 2016 12:00 AM PST







BERiTA 

CARI GALI

TUN DR MAHATHIR
TELAH DIBUANG 
SEBAGAI 
PENASEHAT PETRONAS
 DENGAN SERTA MERTA
RAKYAT RUSILA TELAH
MENCADANGKAN 
HADI AWANG SEBAGAI GANTI
GAMBAR DIBAWAH INI
ADALAH BAHAN BUKTI
TENTANG KEBOLEHAN HADI
DIMANA HADI SEDANG
BERTUNGKUS LUMUS
MENEBAR JALA
UNTUK MENCARI TELAGA MINYAK
DALAM LAUT TERANGGANU

NOTA
lantik hadi 
sebagai penasehat petronas




-------------

MUSTAHIL GEROMBOLAN AKAN BERUBAH

Posted: 11 Mar 2016 11:00 PM PST






SATU JALUR

PANDANGAN



BERITA BAIK

Posted: 11 Mar 2016 10:00 PM PST






FACE BOOK


Wanji Wanhussin Wanji's Profile Photo
Pada saat ini, jawatan penasihat petronas telah kekosongan.
Saya merasakan, presiden PAS adalah orang lebih layak untuk jawatan tersebut.
Presiden PAS tidak wajar tolak jika di calonkan, kerana ia adalah peluang untuk menampilkan kemampuan beliau mengurus petronas mengikut cara Islam dalam acuan ijtihad beliau.





--------------

HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU

Posted: 11 Mar 2016 09:00 PM PST






PARTI 

KETUANAN

MELAYU WAJIB

KENAL & FAHAM

SiAPA CiNA CiNA


Cina mana penyangak - Sanusi

Sanusi Junid berkata, veteran DAP Lim Kit Siang itu tidak pernah membuatkan Malaysia menanggung hutang besar, dipercayai merujuk kepada skandal hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat yang diilhamkan Najib.
"Hebat sangatkah Lim Kit Siang itu? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang itu hebat. Saya pun hairan macam mana satu parti Melayu takut kat seorang manusia Cina.
"Dan manusia Cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun tak pernah boleh duduk dalam kerajaan.
"Dia tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).
"Tak pernah dia cadangkan dalam Parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam Parlimen buat yang bukan-bukan," katanya.
Beliau kemudiannya menyindir layanan yang diberikan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low walaupun hakikatnya terpalit dengan pelbagai skandal.
"Tapi, Cina yang patut kita meluat, ini, Cina macam Jho Low tu dan penyangak-penyangak dan kawan-kawan dia yang lain. Itu yang kita patut benci (tapi) yang itu pulak jadi macam orang baik.
"Kalau dia kena datang ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hak dia bercakap itu kena rahsia. Tak boleh beritahu kat orang, takut nampak buruk dia," katanya. – 11 Mac, 2016.
- See more at: http://www.unblockaccess.com/service/page.php?u=C85mb6b2epBSqz0MiWy%2FlQ2RRcjGrzEXH327okw1iBrvkYZ7dp4uX0lfTytIzKedJOIoGTzRfrhAUK7%2FsJRkMc2L3fRKT5bqEhBbJunRevEXi8nutzwxqfhVpxRZHjhModv1%2BCmgfpQG7MoRvME%3D&b=5#sthash.MfaHHo0i.dpuf

KAH KAH KAH

woit
pelik tetapi benar
parti ketuanan melayu
kena tipu oleh cina
terang terang kena tipu
kah kah kah

KOK PUDRAK



--------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mutiara Hitam di beli dengan RM20 ribu sahaja...

Posted: 12 Mar 2016 02:59 AM PST

Balu kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya dalam kematian suaminya tetapi meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa.

 A Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan  Ramesh Rao Naidu di Petaling Jaya, Selangor tetapi meninggalkan sidang media selepas tidak dapat menjawab soalan pemberita.

 Selvi turut mengaku menemui Ramesh selepas dijanjikan bantuan bagi membiayai pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 sebelum bersetuju mengadakan sidang media hari ini.

 Dalam kenyataannya, Selvi menyalahkan beberapa individu termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak menunaikan janji untuk membantu keluarganya selepas kematian suaminya pada 2013.

 Beliau kemudiannya berkata, akaun bersumpah (SD) suaminya mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah dengan pembunuhan adalah benar.

 Dalam SD pertama Balasubramaniam pada 3 Julai 2008, beliau melibatkan Najib yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibu.

 "Masa suami saya mati, saya rasa tension jadi saya salahkan Datin Seri Rosmah.

 "Cukup 15 haribulan ini 3 tahun suami saya tiada, tapi tak ada seorang pun datang bertanya cukupkah makan dan minum.

 "Saya minta maaf pada Datin Seri Rosmah sebab cakap dia bunuh suami saya," katanya.

 Ditanya jika beliau turut meminta maaf kepada Najib, Selvi berkata beliau hanya meminta maaf kepada Rosmah. "Tak. SD (akuan bersumpah) Bala adalah benar," jawabnya.

 Beliau terus ditanya pemberita jika beliau kekal dengan pengakuan mendiang suaminya yang mendakwa Abdul Razak Baginda dan Najib mempunyai hubungan dengan mangsa pembunuhan Altantuya Shaaribu, Selvi menjawab:

 "I come here today for my children's education. Not for the SD," katanya.

 Beliau kemudian terus diasak pemberita dengan pertanyaan sama ada sidang media hari ini adalah konspirasi bagi membela Najib.

 Pada masa ini, Ramesh Rao mencelah dan bertikam lidah dengan pemberita berkenaan.9 "Apa benda mengarut yang awak cakap ini? Kami di sini untuk membantu wanita ini dan awak bercakap macam orang bodoh.

 "Awak dibayar PKR untuk melakukan provokasi?" soal Ramesh.

 "Saya tak dibayar sesiapa kecuali majikan saya," jawab pemberita asing itu.

 Pada masa ini juga Selvi terus bercakap dan mendakwa beliau pernah cuba memohon bantuan daripada PKR selepas dibawa berceramah bersama mereka tetapi permohonannya tidak diendahkan.

 "Saya pergi kepada PKR untuk mendapatkan wang tapi tak dapat, jadi hari ini saya ke sini untuk mendapatkan wang," katanya.

 Selvi kemudiannya disoal sekali lagi jika beliau turut meminta maaf kepada Najib.

 "Sebab saya cakap dia bunuh suami saya. Yang Bala punya SD itu I tak campur," katanya.

 Ditanya lagi jika beliau benar-benar hanya meminta maaf kepada Rosmah, Selvi berkata:

 "Saya cakap saya minta maaf kepada Datin Rosmah sahaja. So, pada husband and wife tetapi yang I maksudkan Rosmahlah.

 "Sekarang I nak berhenti di sini sebab saya datang hendak minta bantuan untuk anak-anak saya sahaja. Saya tak mahu buka cerita-cerita lain OK. Sorry."

 Pada waktu ini Selvi meninggalkan kerusinya tetapi terus cuba diasak soalan tentang jumlah keseluruhan bantuan kewangan yang diperlukan.

 Kelihatan berang diasak dengan soalan, Selvi bersuara dengan nada tinggi.

 "Saya datang ke sini untuk pendidikan anak saya. Itu sahaja!

 "Cuma RM20,000. PKR tak boleh bagi RM20,000 jadi saya datang ke pejabat ini untuk pendidikan anak-anak saya. Itu sahaja!

 "Saya hendak ambil beg saya dan tiada lagi sebarang soalan!"

 Suami Selvi, Balasubramaniam yang kebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia pada 15 Mac 2013 akibat sakit jantung. Wang RM20,000 yang didakwa diperlukannya adalah bagi membiayai pendidikan 2 orang anaknya berusia 18 dan 19 tahun. ~ sumber

Jom ramai-ramai bersama Mat Sabu malam ini !

Posted: 11 Mar 2016 04:30 PM PST


   Hukuman saman RM200 ribu yang dikenakan ke atas Tuan Hj Mohammad Sabu itu adalah satu contoh kezaliman dalam usaha menutup mulut rakyat daripada mendedahkan konspirasi jahat yang didalangi oleh pemerintahan zalim UMNO/BN.

  Namun ramai yang percaya Umno BN berkomplot dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memalsukan kad pengenalan untuk melayakkan warga asing mengundi bagi membantu kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

  Perbuatan ini  sukar dibuktikan kerana ia dilakukan secara terancang dan licik oleh SPR atau JPN dengan arahan oleh pihak yang lebih berkuasa untuk melakukan penipuan.

  Dalam pernyataan tuntutan itu, Mohamad Sabu didakwa telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat/ 1-3 Feb 2013.

  Walaupun plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mat Sabu dan Mustafa selaku defendan, beberapa bukti terkumpul dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja itu membuktikan bahawa daftar pemilih ketika PRU-13, 5 Mei lalu dipenuhi pengundi IC bermasalah.

 Penolong Ketua JPN Bahagian IC, Ruslan Alias, telah menyatakan terdapat 130,549 nombor kad pengenalan lama dalam rekod mereka dianggap bermasalah kerana memiliki maklumat yang tidak lengkap.

 Namun hasil siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) merumuskan bahawa pengeluaran kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada pendatang asing di Sabah didorong faktor kewangan.

  "Tidak ada dalam hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan pengeluaran IC kepada pendatang asing dibuat atas kepentingan politik, khususnya atas nama 'Projek IC," menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini

  Begitulah alasan untuk mengaburi dan menutup konspirasi jahat yang didalanginya oleh pihak pemerintah.

 Walau bagaimana pun, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno bagi tujuan menjatuhkan kerajaan PBS di Sabah ketika itu.

  Pendedahan ini di bocorkan oleh Kabel diplomatik Amerika Syarikat Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks ~sumber.

   Mat Sabu telah menyuarakan keraguan rakyat terhadap daftar pemilih di Sabah sebagai bermasalah sebagaimana bukti dikemukakan dalam keterangan oleh seorang saksi JPN kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

 Ternyata bahawa Mat Sabu adalah pejuang rakyat yang dizalimi hanya kerana semata-mata menyuarakan kepentingan hak rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadap SPR.

  Mat Sabu menuduh bukan tanpa fakta tetapi kebenaran tidak memihak kepadanya. Mat Sabu adalah ibarat mentimun menerjah durian. Bergolek pun kena, digolek apatah lagi kerana sememangnya si durian itu telah lama berdendam dengan Mat Sabu !

  Orang ramai dijemput bersama pada malam ini untuk menyatakan solidariti mereka menyokong perjuangan Mat Sabu dengan melancarkan kutipan derma untuk membantunya.

  Jom ramai-ramai ke Solidariti Mat Sabu jam 8.00 malam ini di Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi Ipoh.

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perang Saraf Umno Lawan Deklarasi Rakyat

Posted: 12 Mar 2016 04:36 AM PST




PERANG diayah oleh Umno dan kerajaan terhadap "Deklarasi Rakyat", pendukung dan penyokongnya dijangka menjadi lebih sengit.

[Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini] 



Di sebalik penampilan ketenangan dan keyakinan, Umno dan kerajaan sebenarnya bimbang dengan momentum deklarasi Selamatkan Malaysia itu.


Saya tidak menyalahkan mereka. Malah saya faham keterdesakan mereka. Implikasi deklarasi itu ke atas psikologi rakyat jelata semakin positif dan bertambah negatif terhadap Umno dan kerajaan.

Kita boleh membahagikan saluran perang saraf Umno dan kerajaan ini kepada beberapa kategori orang dan pihak.

Antara mereka adalah:

1. Penjawat awam. Mereka yang tugas asasinya mempertahankan kerajaan. Mereka ini akan mempertahankan kerajaan dan, sekali gus Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kerana tugas. Setuju atau tidak mereka terpaksa akur.


2. Kelompok politik, iaitu mereka yang naik atau kekal dalam jawatan kerana Mohd Najib.


3. Golongan perniagaan yang mendapat projek kerana rapat dengan Perdana Menteri dan usahawan bona fide yang mendapat kontrak rasmi daripada kerajaan.


4. Media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, parti-parti BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.


5. Laskar siber upahan Umno, BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.

Ada kalangan penerima dedak yang secara terbuka mengaku mereka menerima wang tunai hingga berjuta-juta ringgit daripada Mohd Najib dalam usaha mereka memberi kredibiliti kepada dakwaan bahawa "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau adalah untuk kegunaan parti. 

Tidak Ada Pilihan

Mereka mengutuk dan memesongkan fakta mengenai "Deklarasi Rakyat" kerana itu tugas dan kewajipan mereka. Saya tahu ada kalangan mereka yang faham dan bersimpati dengan ikrar itu tetapi tangan mereka diikat dan mulut mereka disumbat.

Tetapi ada juga yang memang tidak faham. Otak mereka mendidih dan hampir meledak melihat musuh lama seperti Dr Mahathir dan Lim Kit Siang duduk bersama. Otak mereka tidak boleh menerima apa yang mereka lihat itu.

Misalnya, seorang wartawan kanan menulis dalam Utusan Malaysia pada 10 Mac mengatakan deklarasi itu "tidak dapat diterima akal".

Dalam mukadimahnya, wartawan itu berkata: "BIAR dilihat dari sudut mana sekalipun, kempen dikenali sebagai 'Deklarasi Rakyat', atau lebih tepat jika disebut 'Deklarasi Mahathir', pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri, tidak dapat di­terima akal."

Saya hantar pesanan ringkas (SMS) berikut kepada beliau: "Baca tulisan Tok. 


Setuju. Memang tak masuk akal bagi sesetengah orang. Ia langkah luar biasa dan revolusioner. Ia hanya masuk akal bagi orang (yang) anjal dan dalam pemikirannya."

Pemikiran mereka terlalu sempit dan partisan sehingga apa saja di luar daripada norma harian dan melepasi garis politik parti adalah tidak dapat di­terima akal. Ini adalah kerana akal mereka tertutup dan dipagari kuat oleh ideologi politik serta pertimbangan peribadi.

Saya tidak harian dengan hujah jalanan watak-watak seperti Jamal Mohd Yunos, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan, Annuar Musa, Salleh Said, Tengku (dulunya Teuku) Adnan Mansor dan "The Boss" Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Tapi apabila seorang yang dianggap cendekiawan seperti Rais Yatim juga turut mengeluarkan hujah yang lebih kurang serupa, saya hairan, lebih-lebih lagi apabila beliau memberikan gambaran yang bertentangan apabila berjumpa saya.

Rais adalah antara pemimpin Umno yang tidak kembali menyertai Umno selepas krisis 1987/88 sebaliknya menyertai parti serpihan Semangat 46.

Bukan itu sahaja. Beliau bersumpah bakar jambatan (burning the bridge). 
Tetapi apabila S46 dibubarkan dan Dr Mahathir mencampakkan pelampung keselamatan, Rais menerimanya dan dilantik semula menjadi menteri.

Saya pernah bertanya Dr Mahathir ketika beliau masih Perdana Menteri mengapa beliau membawa balik ke dalam Kabinet orang yang menentang beliau seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan Rais.

Beliau menjawab: "Saya tidak bawa mereka balik. Umno yang mahukan mereka. Sebagai Presiden Umno, saya kena hormat kehendak parti."

Bagi Dr Mahathir, kehendak parti lebih penting daripada perasaan Presiden.

Sekarang Dr Mahathir tidak ada kuasa lagi dan yang menjadi talian hayat kepada orang macam Rais ialah Mohd Najib. Mungkin Rais tidak ada agenda lain selain pangkat dan kedudukan dan boleh jadi juga ketika beliau "membakar jambatan", beliau lupa bahawa jambatan yang dibakarnya tidak dimakan api.

Padah Jenayah

Saya tahu yang mereka tahu, iaitu jika Mohd Najib jatuh ramai daripada mereka akan hilang kerja atau silap-silap masuk penjara.

Justeru itu, mereka akan berusaha bermati-matian mengekalkan beliau kerana padah kehilangan beliau dan kekalahan Barisan Nasional adalah amat menggerunkan.

Hatta jika BN terus berkuasa sekali pun, sesiapa saja yang menggantikan Mohd Najib tidak boleh dan, saya yakin tidak akan mengulangi perbuatan beliau.

Masalahnya, tidak ramai pemimpin Umno/BN yang boleh diharapkan untuk keluar daripada acuan yang Mohd Najib tinggalkan. Mereka terlibat bersubahat dan bersekongkol dengan beliau.

Jawapan jangka panjang kepada kemelut Malaysia terletak di tangan pengundi. Itu pun kalau sistem dan amalan pilihan raya diubah untuk menjadikannya lebih bebas, adil dan telus.

Tetapi yang bersalah bersekongkol dan bersubahat dengan Mohd Najib akan menanggung padahnya.

Mereka ini termasuklah anggota Kabinet, ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua-ketua bahagian Umno dan kakitangan awam pangkat tinggi macam Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan ahli lembaga pengarah eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang terlibat dengan 1MDB, "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan kebocoran RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Secara perseorangan atau berkumpulan mereka akan disiasat dan jika ada bukti akan dituduh di mahkamah. Yang akan menerima padah paling buruk adalah kakitangan awam dan eksekutif GLC dan (GLIC).

Seperti pernah saya katakan, apabila ahli politik berbohong ia adalah tipu helah tetapi apabila kakitangan awam berbohong ia adalah jenayah.

Perang siber Umno makan tuan

Laskar siber kerajaan, Umno dan Barisan Nasional menerpa untuk memutarbelitkan "deklarasi rakyat" seperti hereng menerpa bangkai.

Mereka memberikan pelbagai nama dan gelaran yang salah dan negatif bagi meracuni serta menakut-nakutkan rakyat jelata bahawa ini adalah konspirasi Cina untuk menguasai negara.

Mereka menuduh Dr Mahathir gila kuasa, nyanyuk, mahu kembali menjadi Perdana Menteri semula, lebih teruk daripada Mohd Najib dan pelbagai lagi.

Dua perkara telah berlaku kepada operasi perang siber mereka.

Pertama, mereka dibelasah teruk oleh pembahas yang tidak setuju dengan Mohd Najib dan mahukan beliau berhenti.

Kedua, laskar siber ini berperang sesama sendiri kerana mendakwa mereka lebih setia dan berjasa kepada Mohd Najib.

Maki hamun sesama mereka sama teruknya dengan maki hamun mereka terhadap Dr Mahathir dan peserta "Deklarasi Rakyat".

Dengan kegagalan mereka mengatur dan menguasai  agenda perang siber, kemungkinan kerajaan mengenakan sekatan yang lebih luas ke atas media bebas atas talian tidak boleh diketepikan.

Mereka juga mungkin menggunakan kaedah teknologi seperti mengurangkan kelajuan Internet dan tidak memperbaiki kerosakan talian dengan pantas. Di kawasan luar bandar ada laporan mengatakan ia mengambil masa hingga seminggu antara tempoh waktu membuat aduan dan pemulihan talian.

Wallahuaklam.

Perkasa tugas isteri, ibu bukannya berhenti kerja

Posted: 12 Mar 2016 04:34 AM PST

Perkasa tugas isteri, ibu bukannya berhenti kerja
Gambar hiasan


SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan cadangan supaya fungsi dan tugasan sebagai isteri serta ibu bukan bermaksud mereka perlu meninggalkan kerjaya di luar rumah.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pemerkasaan itu sewajarnya dilakukan dengan meletakkan tugasan sebagai isteri dan ibu sebagai keutamaan disamping kerjaya seharian sebagai tugasan kedua.

"Tugasan sebagai isteri dan ibu adalah tugasan utama yang jika tidak dilaksanakan keluarga tidak mungkin bahagia meskipun harta membukit dan menggunung.

"Kerjaya yang bertujuan mencari rezeki sepatutnya menjadi alat dan medium dan bukannya matlamat. Ia bertujuan membantu memenuhi keperluan jasadiyyah makan dan minum serta kehidupan fizikal," katanya.

Menurutnya, kerosakan sosial hari ini berlaku apabila wanita berkeluarga mengutamakan kerjaya lalu mengabaikan tugasan utama sebagai isteri atau ibu.

"Lebih merosakkan apabila sebahagian pergerakan wanita hanya menyeru wanita untuk berkerjaya tetapi tidak menyeru wanita memperkasakan institusi 'isteri' dan 'ibu'.

"Malah ada yang bergerak songsang seolah memperkecilkan kedua-dua institusi tersebut," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga  Ahli Majlis Syura Ulama berkata, sebelum ini beliau ada mencadangkan pengurangan tempoh masa bekerja bagi wanita berkeluarga daripada 8 jam sehari kepada 5 atau 6 jam sehari.

"Tetapi dengan gaji yang sama seperti lelaki yang bekerja selama 8 jam sehari.

"Meskipun kelihatan sukar kerana melibatkan kos, ia adalah satu hadiah bagi wanita yang sudah berkeluarga," katanya.

Tambahnya, kerjaya sebagai usahawan pada bidang yang tidak menuntut wanita menghabiskan sebahagian besar masa mereka di luar lingkungan keluarga perlu diperkasakan dan menjadi sebahagian sasaran kempen pergerakan wanita.

Pakatan baru Pas beri saingan pada BN

Posted: 12 Mar 2016 04:26 AM PST

Shahrir Abdul Samad
Shahrir


JOHOR BAHRU - Majlis Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyambut baik hasrat Pas untuk membentuk pakatan baru dan menyifatkan ia sebagai persaingan sihat yang mewujudkan politik inklusif di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu secara tidak langsung membuktikan Pas mengiktiraf pendekatan BN yang terdiri daripada gabungan beberapa parti komponan.

"Saya lihat ia satu tindakan yang sihat dan lebih bersifat inklusif dan bukannya opoturnistik. Ini baik kepada negara kerana membawa perpaduan dan bersikap lebih terbuka.

"Tetapi kita tak mahu konsep politik opoturnistik di mana kadang-kadang kita bergabung untuk tujuan tertentu. Kalau masa tertentu kita panggil untuk bergabung lepas itu kita berpecah," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mengakui gabungan Pas itu dijangka memberi saingan hebat namun menegaskan BN sentiasa bersedia dan yakin mampu mempertahankan kedudukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk pakatan baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Polis didesak halang himpunan bertujuan hasut rakyat

Posted: 12 Mar 2016 04:23 AM PST

Polis didesak halang himpunan bertujuan hasut rakyat
Sidang media yang turut dihadiri 147 wakil daripada 191 bahagian Umno. –Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian seluruh negara mendesak polis bertindak tegas dan menghalang penganjuran perhimpunan haram oleh mana-mana pihak khususnya pembangkang yang bertujuan menghasut rakyat.

Wakilnya, Datuk Mohd Yusof Kassim, Datuk Mohd Yusof berkata, polis juga perlu menghalang 'roadshow', demonstrasi jalanan serta apa-apa usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik.

"Kami juga mendesak kerajaan bertindak tegas dan menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara," katanya ketika membaca deklarasi yang turut dihadiri 147 wakil daripada 191 bahagian Umno.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bakal menganjurkan satu perhimpunan 27 Mac ini bagi membantah kepimpinan Najib.

Dalam deklarasi sama, Mohd Yusof yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Gajah berkata, pihaknya juga mengecam tindakan segelintir pemimpin Umno khususnya bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang.

"Kami mendesak Majlis Tertinggi Umno dan Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan disiplin ke atas ahli-ahli parti yan terlibat dalam Deklarasi Rakyat itu.

"Kami juga sepakat desak kerajaan tamatkan serta merta segala jawatan yang dipegang oleh mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin Umno-BN dalam kerajaan atau GLC yang secara jelas merosakkan sistem demokrasi berparlimen serta Raja Berperlembagaan," katanya.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai gerakan menandatangani Deklarasi Rakyat menolak Najib yang turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, Muhyiddin dan Mukhriz.


147 Ketua Umno Bahagian Sokong PM, Kutuk Tun M

Posted: 12 Mar 2016 04:07 AM PST

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 147 ketua Umno bahagian menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mengutuk tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Deklarasi Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusof Kassim berkata cubaan Dr Mahathir bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri dan mahu mengadakan perhimpunan haram untuk menghasut pemikiran rakyat perlu dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan dan pihak polis.

"Kami mendesak kerajaan bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.

"Kami ketua-ketua Umno bahagian juga mendesak kerajaan dan polis bertindak tegas dan menghalang segala 'road show' dan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya pembangkang bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan perdana menteri secara tidak demokratik," katanya ketika membacakan deklarasi tersebut di Menara Dato' Onn di sini, Sabtu.

Membacakan deklarasi #solidaritiBersamaNajib mewakili ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara, mereka juga menyatakan kekesalan terhadap tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyertai deklarasi tersebut.

Justeru, deklarasi ini mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Lembaga Disiplin parti mengenakan tindakan disiplin tegas kepada ahli-ahli Umno yang terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

Katanya ketua-ketua Umno bahagian bersepakat mendesak kerajaan menamatkan serta-merta perjawatan yang dipegang oleh mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin Umno dan Barisan Nasional di dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Apa erti sebenar ‘deklarasi’ tajaan Dr Mahathir

Posted: 12 Mar 2016 03:34 AM PST



Oleh Izmil Amri


Saya biarkan satu minggu berlalu supaya dapat menanggapi apa sebenarnya sentimen ramai terhadap langkah politik pemimpin pembangkang menandatangani Deklarasi Rakyat anjuran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai antara kita yang memberikan reaksi negatif, malah mencemuh pemimpin-pemimpin yang terlibat sebagai pengkhianat.

Tidak sukar untuk memahami kenapa reaksi begini terjadi. Dr Mahathir, sejak September 1998 adalah manifestasi iblis dan segala yang jahat di muka bumi. Dialah punca segala-galanya. Kenapa mahu bersekongkol dengan iblis?


Saya faham betul perasaan ini. Hampir sahaja serupa dengan rasa sentimental saya ketika restoran Nasi Kandar Line Clear membuka cawangannya di Kuala Lumpur. Saya terasa dikhianati dan ditipu. Kuala Lumpur bukan tempatnya untuk Line Clear. Sanggup Line Clear bersekongkol dengan Kuala Lumpur dan meninggalkan Pulau Pinang?

Mari kita perjelaskan sekarang supaya faham – bukan pembangkang yang gelojoh mahu bersekongkol dengan Dr Mahathir, bahkan beliau lah yang sudah tewas dan datang mendapatkan bantuan pembangkang.

Ya, Dr Mahathir, juara pembela umat, perdana menteri paling lama berkhidmat dan pemimpin Melayu Islam paling ulung sepanjang zaman ditewaskan kartel Datuk Seri Najib Razak, dan kini sedang berpaut pada talian hayat yang dirayunya daripada gerombolan pembangkang.

Ini kita kena jelas sebelum kita cuba merungkai apa yang terjadi petang Jumaat satu minggu lalu. Dr Mahathir tewas, tersudut dan hilang punca tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Selepas anaknya dibakulsampahkan di Kedah, kapal Dr Mahathir karam, tanpa perlu menunggu saat beliau mengumumkan keluar daripada Umno.

Bukan pembangkang yang berahi pergi mencari Dr Mahathir, malah beliau lah yang pergi mencari pemimpin pembangkang, mengaturkan pertemuan dan meminta petunjuk tentang langkah-langkah seterusnya.

Dr Mahathir bukan orang yang melawan. Beliau tidak tahu bagaimana untuk melakukan itu. Maka diperlunya bantuan daripada mereka yang pernah melawannya – termasuklah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Maria Chin Abdullah, Datuk S Ambiga, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais.

Deklarasi yang ditajanya Jumaat lalu juga bukanlah ikrar penubuhan sebuah koalisi politik yang jelas. Tidak ada 'pakatan' mahupun 'barisan' parti-parti politik yang berkiblatkan dan berindukkan Dr Mahathir bagi mengambil alih kuasa daripada rejim pimpinan Najib.

Deklarasi itu sekadar pernyataan yang Dr Mahathir memihak kepada pembangkang, dengan pendirian jelas menolak Najib sebagai perdana menteri, bersekali dengan keseluruhan Kabinetnya yang memikul tanggungjawab kolektif terhadap skandal kewangan terbesar negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan segala aliran tunai yang berkait dengannya.

Menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Dr Mahathir diampunkan segala salah silapnya yang lalu. Senarai panjang dosa-dosa Dr Mahathir pastinya tidak boleh diampunkan dengan satu dokumen.

Menandatangani deklarasi itu juga tidak bermakna wujud sebarang "kerjasama" antara Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang dalam melanjutkan agenda penambahbaikan institusi. Itu tidak akan berlaku sama sekali.

Dr Mahathir bukanlah orang yang boleh menjanjikan sebarang reformasi institusi. Dr Mahathir malah tidak mempunyai sebarang kuasa politik untuk melakukan apa-apa perubahan. Bahkan beliau tidak punya angka-angka yang perlu untuk membawa sebarang perubahan kepada pentadbiran negara, baik dari segi bilangan ahli Parlimen mahupun dari segi pengaruhnya di peringkat akar umbi Umno.

Ketiadaan "angka" di pihak Dr Mahathir adalah asas penting yang perlu kita faham dan hadam sebelum marah-marah dengan keputusan pemimpin pembangkang untuk menandatangani deklarasi anjurannya.

Selain pemimpin parti pembangkang, yang turut kena maki hamun ialah aktivis terkemuka Hishamuddin yang memang sejak azali memang tidak pernah sebulu dengan Dr Mahathir.

Tidak sedikit derita Hishamuddin akibat kerja buat Dr Mahathir. Namun bagi ikon kiri sepanjang zaman itu, derita yang ditanggung Malaysia adalah lebih besar berbanding derita peribadinya.

Barangkali beliau begitu teruja dengan deklarasi ini kerana ia satu kemenangan baginya, selepas kali pertama Dr Mahathir bersetuju dengannya sewaktu Bersih 4 lalu apabila menyebut jalan raya adalah satu-satunya cara untuk melengser sang perdana menteri yang penuh skandal.

Kini Dr Mahathir, Tan Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan segala juak mereka habis bersetuju dengan Hishamuddin dalam rangka besar melengser Najib dan angkatannya. Kesanggupan gerombolan Dr Mahathir ini untuk membawa diri mereka turun ke tahap Hishamuddin adalah sesuatu yang barangkali akan menjadi bualan guru subjek Sejarah SPM, 20 tahun lagi.

Jadi apa sebenarnya erti deklarasi tajaan Dr Mahathir itu? Apa kesannya terhadap politik negara dan sosok tubuh Najib sendiri? Goyang atau tidak?

Jawabnya tidak. Kita tidak perlu cepat melompat teruja kerana deklarasi itu tidak membawa banyak pemberat politik kerana:-

a) Najib tidak akan terkesan dengan sekeping dokumen, lagikan usaha-usaha pendakwaan terhadapnya pun boleh diselesaikan.

b) Deklarasi tersebut tidak menyediakan plan tindakan pengambilalihan.

c) Barisan Nasional masih punya majoriti di Dewan Rakyat.

Seminggu sudah berlalu dan kita tidak melihat sebarang kemajuan daripada deklarasi yang masih kita bahaskan sehingga ke hari ini. Jadi maksudnya apa?

Maksudnya kita marah sekadar marah, sepertimana deklarasi itu sekadar kertas yang tidak menjanjikan banyak benda selain pernyataan bersama menolak kepimpinan Najib. Itu saja.

Namun apa yang wajar diharapkan daripada deklarasi ini ialah terpecahnya sokongan akar umbi terhadap pentadbiran Najib, dengan kesan penuhnya membuahkan hasil pada pilihan raya akan datang.

Umno sedang mereput, dan ia sedang mereput dengan begitu cepat. Apa pun yang dilakukan Dr Mahathir demi menyelamatkan Umno tidak akan berhasil kerana parti itu sudah membusuk sehingga beliau sendiri harus keluar daripada parti baru yang diasaskannya. Umno akan mati, bersekali dengan mereka yang gigih mempertahankannya.

Dan ketika jasad yang mereput itu nanti akhirnya mati, bersegeralah ia dikambus supaya negara dapat bergerak pantas menyelesaikan masalah yang ditinggalkannya dan tidak terlalu lama meratap dan membuang masa mengenang kembali segala dosa-dosa parti itu.

PAS kuat laung daripada gema

Posted: 12 Mar 2016 03:25 AM PST



Oleh Mohd Sayuti Omar


PAS mengumumkan ia akan membentuk blok politik baharu sebagai menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengumuman rasmi akan dibuat pada 16 Mac ini.Begitulah cerita Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan. Rancangan itu mewarnai suasana ketika pembangkang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan deklarasi anti Najib untuk selamatkan Malaysia.

Parti itu tidak sebut dengan siapa mereka akan berkolaborasi bagi mewujudkan blok politik baharu politik itu, hanya membayangkan dengan sebuah parti berbagai kaum.

Pemerhati lalu menyebut beberapa nama parti yang mungkin "gila" untuk berpakat dengan PAS. Antaranya parti milik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, tetapi Kadir menafikan yang ia akan bergabung dengan PAS. Jadi dengan parti mana?

Apakah dengan parti Dayak, Kadazan, Iban atau Dusun di Sabah dan Sarawak? Di Sabah dan Sarawak memang banyak parti-parti serpihan yang boleh dipinang parti Islam itu. Elok juga bagi PAS menerima parti etnik bagi menunjukkan mereka terbuka dan liberal untuk menutup sikap mereka dengan DAP dan Amanah. Cara itu juga membolehkan parti itu berfungsi sebagai parti dakwah untuk mendapat keredhaan Allah.

Dalam pada itu ada beberapa parti lain yang mungkin menjadi pasangan parti itu tetapi ia sangat daif memandangkan parti itu juga hidup segan mati tak mahu.

Parti-parti lain ialah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) , Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA),  Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) atau Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpusat di Pulau Pinang.

Pelik kalau parti itu sedia untuk bekerjasama dengan PCM sedangkan dengan DAP yang kuat dan memberi kelabaan kepadanya ditolak hidup-hidup.

Boleh dikatakan bodoh parti Islam itu kalau mereka tiba-tiba sedia bekerjasama dengan PCM sebaliknya sanggup melupai DAP yang terbukti dapat membantu menaikan imejnya. Cara berpolitik begitu undur ke belakang, bukan mara ke depan.

Jadi parti mana akan gila untuk bersama PAS? Sehingga kini saya tidak nampak ada parti yang gila untuk bersama PAS melainkan Umno.

Parti yang rasional tidak akan bersedia untuk bersama PAS. Dan apakah blok ke-3 itu akan dibentuk dengan NGO berorentasikan Islam seperti Jati, Isma ataupun Perkasa? Atau pun ketika ini sedang diusahakan penubuhan sebuah parti baru dengan bantuan Umno? Atau pun parti itu sudah pun wujud?

Kerana tidak nampak parti mana yang bakal menjadi pasangan PAS, maka sukar untuk melihat apa dilakukan PAS itu suatu aksi politik yang positif melainkan ia sebuah gimik.

Mungkin parti pimpinan ulama berlatar belakang nelayan kampung itu terpaksa membuat gimik bodoh selepas menyedari ia kini semakin tersempit dan menyendiri.

Gimik itu tidak lebih dan tidak kurang untuk menampakkan parti itu masih relevan serta untuk mendapat perhatian atau pun pemimpinnya kini ada idea sedangkan daripada segi logikal politiknya, ia sesuatu yang melucukan.

Jika hendak dikira pengumuman Takiyuddin itu juga kontras dengan sikap parti itu sebelum ini yang kononnya akan bersendirian tanpa bekerjasama dengan mana-mana pihak walaupun dengan Umno.

Jadi apabila ia akan membentuk blok baharu ia bererti parti itu mengubah pendiriannya. Perubahan ini dilihat betapa tidak konsistennya pemikiran parti berkenaan.

Semasa mengumumkan parti itu akan membentuk blok ke-3, sekali lagi pemimpinnya membuat penegasan yang ia tidak akan bersama Umno. Alasannya kerana Umno sudah ada Barisan Nasional (BN).

Bolehkah dipercayai akan penafian itu kerana sebelum ini walaupun dinafikan, dalam masa lain ia mendekati Umno. Sikap dan perasaan lunak para pemimpinnya kepada Umno menyerlah apa yang terbuku dalam hati para pemimpin berkenaan.

Keletah itu juga menyebabkan ramai orang sangsi dan bingung dengan sikap parti Islam ini kerana pendiriannya tidak tetap dan konsisten. Mulut kata tidak, tetapi hati hendak.

Kesimpulannya, pembentukan blok ke-3 yang akan diumumkan itu tidak lebih daripada gimik parti berkenaan bagi menunjukkan pemimpinnya ada idea dan masih diyakini pihak lain.

Walhal hakikatnya, ia makin menyendiri dan sudah berasa "kesit" dalam saat arus politik orang lain makin deras diperkatakan umum. Bagi saya rancangan PAS itu untuk menghibur hati sendiri saja.

Rancangan PAS untuk membentuk blok ke-3 itu tidak ubah seperti ianya terlebih laung tetapi gemanya tiada.  Pihak Pakatan Harapan mahupun Umno tidak perlu bimbang dan terkesima dengan pengumuman PAS itu kerana ia hanya ilusi sahaja. – msomelayu.blogspot.com

Filem Tamil tempatan dianaktirikan pawagam tempatan- MIC

Posted: 12 Mar 2016 03:19 AM PST

 
Pembikin filem tempatan Tamil terpaksa 'memperjudikan' filem sendiri yang kos pengeluarannya mencecah hampir setengah juta untuk bersaing dengan lambakan filem Tamil dari India yang ditayangkan hampir setiap minggu.


Ais-Kosong_


KUALA LUMPUR: Pembikin filem Tamil tempatan mungkin terpaksa 'gulung tikar' ekoran sikap pemilik pawagam di negara ini yang menganaktirikan 'produk' tempatan kerana didapati lebih gemar menayangkan filem-filem dari India.

Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda MIC Kebangsaan, Vijayan Palaniappan berkata, pembikin filem tempatan Tamil terpaksa 'memperjudikan' filem sendiri yang kos pengeluarannya mencecah hampir setengah juta untuk bersaing dengan lambakan filem Tamil dari India yang ditayangkan hampir setiap minggu.

Perkara yang sama katanya, kini menimpa sebuah filem Tamil 'Ais Kosong' arahan Manan Subra.
"Filem yang mendapat Skim Wajib Tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), yang mana tayangannya diwajibkan sekurang-kurangnya 14 hari di pawagam, berlaku sebaliknya.

"Lambakan tiga buah filem dari India baru-baru ini, menyebabkan filem 'Ais Kosong' yang pada awalnya ditayangkan di 16 buah pawagam mulai 3 Mac lalu kini hanya ditayangkan di sebuah pawagam sahaja," katanya dalam sidang media kelmarin.

'Ais Kosong' sebuah filem komedi yang dibintangi pelakon terkenal Sasikumar Kandasamy, Alvin Martin, Sangabalan dan Anu Ramamoorthy itu, mengisahkan tiga lelaki tidak dikenali berdepan dengan pelbagai senario ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Vijayan menyelar tindakan pawagam-pawagam yang tidak mementingkan filem tempatan sebaliknya lebih mengutamakan filem import, seolah-olah membunuh karya seni anak-anak tempatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan saingan daripada filem luar negara, sebaliknya kecewa sikap pawagam yang tidak menyokong filem tempatan.

Ini kerana, katanya, filem tempatan tetap mempunyai kelompok peminatnya tersendiri dan faktor filem luar negara bukan menjadi alasan tempoh tayangan filem 'Ais Kosong' di pawagam dikurangkan.

Beliau berharap agar pawagam dapat memberi kerjasama baik kepada pembikin filem tempatan sekali gus membuktikan kemampuan mereka dalam industri perfileman negara.

Kecewa dengan situasi itu, Vijayan menggesa Finas tampil campur tangan menyelesaikan isu itu.

"Moga-Moga pihak pengurusan pawagam mengambil perhatian dan tindakan terhadap isu ini bagi memastikan industri filem tempatan tidak berkubur" katanya.

Sehubungan itu, Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda MIC Kebangsaan telah menghantar memorandum kepada Finas semalam berhubung isu tersebut.

PAS mahu pengganti Zeti bebas daripada Najib

Posted: 12 Mar 2016 03:16 AM PST

 
Individu itu perlulah orang yang bebas politik serta berani menentang gangguan politik terhadap BNM.


Tuan Ibrahim Tuan Man


PETALING JAYA: PAS menegaskan, Gabenor Bank Negara (BNM) yang baru mestilah individu yang tidak pernah berkhidmat di bawah Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan integriti dan nama baik BNM daripada terjejas.

"Individu itu juga perlulah orang yang bebas politik serta berani menentang gangguan politik terhadap BNM," kata beliau di akaun rasmi Facebooknya.

Tambah beliau, BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sudah semestinya tahu siapa yang lebih layak menerajui bank tersebut dari segi kelayakan, kepintaran, dan kebolehan.

Perkara itu lantaran pelbagai pengiktirafan yang pernah diterima Zeti walaupun ketika negara berdepan kemelut ekonomi kepartian.

Untuk itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan perlu mendedahkan nama calon yang dikemukakan untuk memastikan kerajaan tidak bermain politik dalam hal berkenaan.

Adakah fobia nama Lim Kit Siang?, tanya Muhyiddin

Posted: 12 Mar 2016 03:15 AM PST

 
Beliau mempersoalkan mengapa pengkritik hanya mengaitkan nama pemimpin veteran DAP itu dengan Deklarasi Rakyat tetapi tidak pemimpin pembangkang yang lain.


muhyiddin_deklarasi-rakyhat_600


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pengkritik Deklarasi Rakyat yang hanya mengaitkan nama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sedangkan ramai lagi pemimpin pembangkang dan kerajaan yang menyokong deklarasi itu.

Katanya, mengapa pengkritik tidak menyebut nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, serta tokoh-tokoh lain yang secara terang-terang menyokong Deklarasi Rakyat.

"Ini seolah-olah mereka ada fobia," kata Timbalan Presiden UMNO yang kini digantung jawatan, lapor The Malay Mail Online.

Pengkritik Deklarasi Rakyat khususnya penyokong UMNO cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan mendakwa Dr Mahathir bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu.

Sinar Harian pula melaporkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Deklarasi Rakyat adalah hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan beliau itu bagi menyangkal kritikan beberapa pihak yang mendakwa Dr Mahathir telah 'jatuh ke dalam perangkap' parti pembangkang.

Dalam wawancara bersama akhbar itu, Muhyiddin berkata deklarasi yang bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Razak agar berundur daripada jawatan Perdana Menteri itu pada mulanya dirangka oleh Dr Mahathir sendiri, sebelum disertai ahli politk pembangkang dan NGO.

"Ia agak luar biasa, usaha ini dilakukan bersama pembangkang dan mereka yang sama pandangan, dan bukan kami ke pihak mereka, dan bukan kerana terperangkap oleh DAP, Lim Kit Siang atau pembangkang," katanya.

Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh dianggap ‘tutup’

Posted: 12 Mar 2016 03:11 AM PST

 
Kerajaan hentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta kecuali pembantu rumah.


zahid-hamidi_pekerja-asing_600


PETALING JAYA: Isu pengambilan 1.5 juta pekerja asing warga Bangaladesh ke negara ini yang mencetuskan tentangan rakyat tempatan sudah boleh ditutup, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta.

Katanya, keputusan itu dibuat oleh Kabinet yang bermesyuarat semalam (Jumaat) kecuali bagi pengambilan pembantu rumah.

Zahid berkata, majikan yang memerlukan pekerja asing boleh mendapatkan tenaga kerja asing daripada agensi pekerjaan sedia ada atau mengambil pekerja asing yang telah tamat tempoh permit kerja.

Memetik laporan BERNAMA, Zahid berkata, majikan atau ejen pekerja asing yang melindungi pekerja asing tanpa izin (PATI) boleh dihukum sebat mengikut Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan Orang dan Akta Penyeludupan Migran.

Katanya, hukuman sebat itu bagi menepis pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan termasuk dakwaan cuba mengaut keuntungan daripada pengambilan pekerja asing.

Malaysia perlu alternatif baru ekonomi, jangan terlalu bergantung dengan minyak

Posted: 12 Mar 2016 12:30 AM PST

yeo bee yin is

Oleh Hafiz Zainuddin

 
PETALING JAYA: Sudah tiba masanya kerajaan mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap sumber minyak mentah dan mencari sumber alternatif baru untuk menampung keperluan negara, selain langkah berjimat-cermat dalam setiap perbelanjaannya.

"Malaysia harus bingkas daripada kemelut ekonomi yang melanda sebelum ia memusnahkan negara kita," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Menurutnya, tempoh kejatuhan harga minyak mentah pada masa ini sewajarnya menjadi waktu yang tepat untuk menyedarkan Putrajaya bagi menggerakkan ekonomi negara lebih daripada sekadar penghasilan minyak.

Lebih membimbangkan, ujar beliau, dengan jangkaan harga minyak rendah secara berpanjangan, Petronas mungkin terpaksa menggunakan simpanannya untuk membayar dividen kepada Putrajaya bagi menampung keperluan kerajaan.

"Pada tahun 2008, kejatuhan ekonomi turut diikuti lonjakan harga minyak, yang memberi faedah dan keuntungan kepada Petronas. Justeru, ia mampu membantu ekonomi negara di tengah-tengah kejutan ekonomi itu. Tapi sekarang ini keadaan sudah berbeza," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada laporan media 29 Februari 2016 tentang Petronas mengalami penyusutan keuntungan sebanyak 56 peratus, iaitu RM21 bilion pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 dengan penguncupan harga minyak mentah sehingga 75 peratus sepanjang 18 bulan lalu daripada USD110 setong kepada USD35 setong saat ini.

"Paling mustahak, berapakah jumlah yang mampu ditampung Petronas sebelum ia sendiri tidak dapat menampung kedudukannya?" soalnya.

Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Sosialis Muda DAP (DAPSY) berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil alih pentadbiran kerajaan bermula 2009, sebanyak RM426 bilion telah dipungut sejak 2009 sehingga 2014 daripada Petronas dalam bentuk dividen, cukai, tunai dan duti eksport.

Katanya, kerajaan telah mengutip sekitar 50 peratus atau RM426 bilion daripada jumlah terkumpul sumbangan Petronas kepada Putrajaya sejak ia ditubuhkan pada 1974 sehingga 2014 iaitu sebanyak RM881 bilion.

"Namun, bagaimanakah sumbangan minyak ini diterjemahkan kepada faedah-faedah nyata kepada orang awam? Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah belanjawan buncit Putrajaya sedangkan rakyat Malaysia sedang sengsara akibat cukai tambahan dan pemotongan subsidi melampau dalam semua segi," ujar beliau.

Katanya, Laporan Tahunan Petronas menyatakan RM74 bilion telah dipungut pada tahun 2009, RM57.6 bilion bagi tahun 2010, RM65.7 bilion pada 2011, RM80 bilion pada 2012, RM73.4 bilion pada 2013 dan RM75.3 bilion pada tahun 2014. – Roketkini.com

jadual story bee yin

Siapa Dalang Pertukaran Ketua Puteri Terengganu ?

Posted: 12 Mar 2016 12:26 AM PST



Oleh Zabidi Hj Saidi 


Hujan tidak ribut tidak tiba tiba Ketua Puteri Umno Terengganu, Rozita Ismail ditukar. Namun demikian Ketua Puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati Samsuddin menangguhkan pertukaran tersebut ke tarikh lain selepas keluar berita bahawa Rozita diganti oleh Ketua Puteri Umno bahagian Besut, Erniesalwani Saidi.

Pertukaran ini ditangguhkan kerana Terengganu baharu sahaja digemparkan dengan berita usul undi tidak percaya oleh ADUN Kijal, Ahmad Said kepada MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut sumber, Rozita yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu tidak ngam dengan Mas Ermieyati.

Malah beliau pernah dikatakan sabotaj lawatan Timbalan Menteri Pelancongan itu ke negeri Terengganu sehingga beliau membatalkan lawatan tersebut. Rozita dikatakan rapat dengan pejabat MB dan penangguhan pertukaran itu dikatakan dimainkan peranan oleh pegawai di pejabat MB.

Sebenarnya ada dalang di sebalik pengguguran Rozita ini. Ketua Puteri Umno di sebuah bahagian dikatakan merancang konspirasi untuk menjatuhkan Rozita dan mahu jadi Ketua Puteri Umno negeri dengan harapan apabila dilantik sebagai Ketua Puteri negeri maka peluang untuk jadi calon terbuka luas.
Tetapi begitulah kehendak Tuhan. Manusia cuma merancang tetapi Allah yang menentukan. Orang yang merancang kejatuhan Rozita ini kecewa kerana beliau tidak dilantik Ketua Puteri negeri sebaliknya Ketua Puteri Umno Besut yang dilantik.

Dalang itu sudah tentu terkejut kerana pilihannya tidak dilantik oleh Mas Ermieyati. Yang lebih menghairankan bagaimana kononnya berita Bernama disebar dalam wasap grup yang mengatakan bekas Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan sanggup menjadi penasihat Puteri Umno terengganu lantaran pertukaran Rozita.

Ketua Biro Bernama Terengganu telah membuat laporan polis bahawa berita yang disebarkan dalam wasap itu adalah berita palsu dan memang tak logik orang lelaki jadi penasihat puteri. Berita itu memuji kehebatan puteri Umno Bahagian Dungan sedangkan kerusi parlimen Dungun yang ditandingi Pok Li pada PRU 13 kalah. Sepatutnya pemimpin yang sudah ditolak rakyat seperti Pok Li ini berehat sahaja dan tidak payah campur politik lagi.

Semoga pertukaran ini bila dikuatkuasakan kelak tidak menjejaskan jentera puteri Umno Terengganu nanti.


http://catatanzabidi.blogspot.my

Tabung Takwa ditubuh untuk atasi kos sara hidup pemastautin Subang

Posted: 11 Mar 2016 11:57 PM PST

 DALIA ISMAIL


Halimaton merasmikan penubuhan TakwaHalimaton merasmikan penubuhan Takwa


Ketika situasi ekonomi global yang tidak begitu memberangsangkan tahun-tahun kebelakangan ini, ia bukan satu alasan untuk menyalahkan mana-mana pihak ekoran kelembapan ekonomi dalam negara.

Apa yang perlu dilakukan oleh semua pihak adalah berusaha untuk meringankan bebanan yang bakal dirasai oleh semua pihak. Itulah yang dilakukan oleh Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan untuk anak buahnya.

Halimaton ketika menerangkan programTakwaHalimaton ketika menerangkan programTakwaJusteru itu, melalui Koperasi Wanita Subang Selangor Berhad, beliau  mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Komuniti Subang (Takwa) antara salah satu  produk terkini  koperasi itu.

Tujuan diwujudkan Tabung Takwa adalah untuk membantu  ahli  koperasi dan penduduk di bawah Parlimen Subang untuk  menabung dan menambah pendapatan keluarga menerusi Takwa.

Pra pelancaran Takwa telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Halimaton  yang dihadiri kira-kira 100 ahli koperasi  di bawah Parlimen Subang baru-baru ini.

Halimaton selaku Pengerusi Koperasi Wanita Subang Selangor, mencetuskan idee ini untuk  merubah lanskap perniagaan berbentuk konvensional ke arah perniagaan yang berdaya maju serta menjanjikan faedah untuk ahli koperasi.

"Tabung Takwa ini berteraskan  perniagaan, kebajikan dan tabungan kepada ahlinya dalam  menangani kos sara hidup yang tinggi, sebahagian masyarakat yang mahukan kaedah terkini yang dapat dikongsi untuk meringankan beban  mereka.

"Tabung ini bukan sahaja untuk ahli koperasi tetapi turut terbuka di kalangan pemastautin di Parlimen Subang, " ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Difahamkan ahli Tabung Takwa akan mendapat faedah berbentuk tunai perkahwinan, kelahiran, insentif kecemerlangan pendidikan, program penulisan wasiat, perlindungan insuran, skim kelompok khairat kematian dan tabungan masa.

Agen yang sah akan dilantik oleh koperasi untuk mencapai sasaran 5,000 ahli pada 28 Februari 2016 ini,  melalui penyertai ahli koperasi dan pemastautin di bawah Parlimen Subang yang berusia antara 18-65 tahun dan warganegara.

Bakal peserta hanya perlu membayar serendah RM50 dan akan  mendapat faedah serta insentif yang ditawarkan dalam Tabung Takwa ini.

Koperasi mendapat kerjasama daripada Agro Bank, Amanah Raya Berhad dan Beltec Oils Resources sebuah syarikat konsultan  dilantik oleh koperasi untuk mengerakkan Tabung Takwa ini di dalam Parlimen Subang.


Antara peserta koperasi yang hadir di majlis pra pelancaran. Antara peserta koperasi yang hadir di majlis pra pelancaran.

Halang pendebat di universiti satu penganiayaan, kata Fahmi

Posted: 11 Mar 2016 11:50 PM PST

Fahmi FadzilFahmi FadzilTindakan menghalang jaguh debat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada menghadiri program di beberapa universiti amat mendukacitakan.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, berkata universiti sepatutnya menjadi medan pertembungan dan persaingan idea, bukannya tempat menyimpan katak di bawah tempurung.

"Malangnya sikap pentadbir universiti sekarang menganiaya pelajar mereka sendiri seolah menafikan wujudnya kepelbagaian idea dan suara dalam masyarakat hari ini.

"Sikap pentadbir seperti yang kita lihat ini hanya menghalang pendewasaan minda anak muda," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Saddiq yang turut menandatangani Deklarasi Rakyat menggesa perletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak, dilarang berucap di tiga universiti awam tempatan.

Universiti terbabit adalah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Fahmi berkata, tindakan itu terlalu biasa digunakan untuk menghalang suara mereka yang dianggap musuh kerajaan dari memasuki institusi pengajian tinggi.

"Saya menggesa halangan ini dihentikan dan semua yang dihalang sebelum ini wajib dibenarkan masuk menyertai program di mana-mana universiti sekalipun.

"Tanpa perbezaan pendapat yang lahir dari wacana dinamik dan sihat, Malaysia tidak mampu melahirkan bangsa yang benar-benar berdikari pada masa hadapan," katanya.
 

Isma sokong Pas wujud blok politik ketiga

Posted: 11 Mar 2016 11:44 PM PST

 HAZAYANI ZAKARIA


Abdullah Zaik Abd RahmanAbdullah Zaik Abd Rahman


Pertubuhan bukan kerajaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersetuju dengan langkah Pas mewujudkan blok politik ketiga bagi menghadapi pilihan raya umum ke -14.

Presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, pihaknya bersedia menimbangkan kerjasasama dengan Pas jika ia memberi kebaikan kepada politik Islam dan orang Melayu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menerima apa-apa tawaran dari Pas mengenai perkara itu.

"Kita belum dimaklumkan mengenai perkara ini. Secara rasmi kita belum ada makluman, hanya tahu melalui suratkhabar dan Isma pun tak tahu Pas hendak jemput kita atau tidak.

"Saya setuju dengan blok politik ketiga, ini satu pendekatan yang bagus, satu langkah yang munasabah yang Pas buat.
"Kita akan pertimbangkan apa-apa pilihan tetapi ukuran kita adalah kalau kita nampak dengan cara itu dapat mengukuhkan politik Islam dan Melayu kita akan pertimbangkan," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline semalam.
Ditanya sama ada Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) akan menyertai blok politik ketiga atau tidak, Abdullah berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Berjasa saya tak pasti sebab dia ada presiden sendiri. Berjasa pun belum bagitahu apa-apa kepada Isma," katanya.

Isma pernah bertanding menggunakan tiket Berjasa pada pilihan raya umum lalu.

Khamis lalu, setiausaha agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Beliau berkata blok politik ketiga diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Abdullah berkata, Isma tidak masuk campur dalam Deklarasi Rakyat namun menyokong apa sahaja langkah yang membawa Malaysia ke arah lebih baik.

"Deklarasi Rakyat kami tak masuk campur. Kita sokong secara umum apa-apa langkah yang membawa Malaysia ke arah lebih baik dan krisis politik yang ada sekarang ini perlu diselesaikan dan Malaysia perlu keluar daripada kemelut politik sekarang.

"Apa-apa usaha yang menjurus ke arah yang positif seperti itu kita alu-alukan tetapi kami tidak terlibat dalam hal apa-apa posisi politik yang ada sekarang.

"Sebagai NGO kita mengharapkan satu gerakan yang boleh menyelesaikan apa-apa kekusutan yang dihadapi negara," katanya.

Parti Ikatan belum muktamad bersama blok politik Pas

Posted: 11 Mar 2016 11:42 PM PST

HAZAYANI ZAKARIA


Parti Ikatan Bangsa MalaysiaParti Ikatan Bangsa Malaysia


Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) belum membuat keputusan sama ada ingin mengadakan kerjasama rasmi dengan Pas atau tidak dalam blok politik ketiga pembangkang.

Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, Ikatan telah lama mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pas dan sering berbincang mengenai isu-isu negara.

"Parti Ikatan memang rapat dengan Pas, selalu berjumpa atas isu-isu tertentu. Tetapi kalau ada pakatan rasmi itu belum lagi.

"Sememangnya kami sudah lama rapat dengan Pas tetapi setakat ini kami belum memikirkan lagi untuk mengadakan hubungan secara rasmi.
"Belum ada suatu persetujuan rasmi mengenai kerjasama secara rasmi. Kami dah jumpa tapi belum ada persetujuan," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline semalam.
Semalam Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Ikatan adalah antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

Ditanya sama ada Ikatan berminat atau tidak dengan kerjasama itu, Abdul Kadir berkata pihaknya akan mengumumkan perkara itu apabila tiba masanya.

"Bila sampai masanya kami akan umumkan. Mungkin Pas bergabung dngan parti dan NGO lain," katanya.

Setiausaha agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Beliau berkata 'blok politik ketiga' diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata, tindakan Pas mewujudkan blok politik ketiga merupakan keputusan yang bijaksana bagi menguntungkan rakyat dan negara.

"Itu adalah inisiatif Pas yang cukup bijaksana sebab Pas adalah sebuah parti yang terulung dalam negara kita selain Umno.

"Pas adalah parti politik yang menjadi tunjang politik negara. Kita tengok dalam pembangkang memang kelam kabut dan berpecah-pecah dan berkelahi sepanjang masa dengan perkataan yang kasar-kasar.

"Dalam keadaan ini, saya tak hairan Pas memilih jalannya sendiri dan nak bermula kumpulkan sahabat-sahabat yang sealiran fikiran dan sealiran caranya dengan Pas. Sudah tentu usaha tersebut akan menguntungkan rakyat dan negara," katanya.

Beliau bagaimanpun enggan mengulas mengenai sikap Pas yang berkecuali dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu hal ehwal Pas, saya tak mahu komen dan bagi pandangan peribadi mengenai deklarasi pun saya tak mahu komen," katanya.

Ikatan ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh Abdul Kadir dan beberapa bekas pemimpin BN.

Jangan lantik individu cenderung politik calon baru Gabenor Bank Negara

Posted: 11 Mar 2016 11:40 PM PST

MALAYSIA DATELINE


Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia


Kerajaan diingatkan melantik Gabenor Bank Negara yang baru mengikut apa yang disaran oleh bank pusat itu, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim berkata Bank Negara Malaysia (BNM) khususnya penyandang jawatan gabenor sekarang, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz lebih mengetahui calon yang layak untuk mengisi jawatan itu.

"Semestinya BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tahu siapa yang lebih layak menggantikannya dari segi kelayakan, kepintaran, kebolehan dan terutamanya mereka yang bebas politik dan berani menentang gangguan politik ke atas BNM," ujar beliau.

Tuan Ibrahim menambah, kejayaan yang dicapai BNM dan Zeti dengan pengiktirafan pelbagai pihak sangat perlu dikekalkan, apa lagi dalam suasana negara berhadapan dengan pelbagai kemelut ekonomi serantau.

Menurutnya, kepakaran dalam menerajui kegawatan ekonomi semasa dan masa depan negara khasnya memerlukan kepakaran mengatasi tuntutan politik kepartian.

"Demi kebaikan negara dan BNM, PAS memohon BNM dan kerajaan mendedahkan kepada umum nama calon yang dikemukakan untuk memastikan kerajaan tidak bermain politik dalam hal ini.

"PAS tidak mahu insiden berulang di mana Peguam Negara mengumumkan tiada pendakwaan terhadap PM, manakala SPRM membayangkan adanya cukup bukti," tegasnya.

Beliau khuatir jika urusan perlantikan gabenor BNM dicampuri tangan politik, ia akan menjejaskan lagi keyakinan rakyat dan dunia antarabangsa terhadap Malaysia.

Sehubungan itu, PAS katanya menggesa agar individu yang terlibat dengan politik dan pernah berkhidmat dengan kabinet di bawah Datuk Seri Najib Razak tidak dilantik sebagai Gabenor BNM yang baru kerana ia akan menjejaskan integriti dan nama baik institusi itu.

"Jaminan Perdana Menteri bahawa BNM akan bebas dari campur tangan ahli politik masih dinanti-nanti oleh rakyat. Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan," ujar Tuan Ibrahim.

Najib dan kabinet tidak hormati Tun Mahathir sebagai negarawan

Posted: 11 Mar 2016 11:39 PM PST

MALAYSIA DATELINE


Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad ShahRaja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah
Keputusan kabinet melucutkan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat syarikat minyak negara, Petronas disifatkan sebagai tidak menghormati beliau sebagai negarawan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan tindakan itu sebagai 'amat mendukacitakan' memandang jasa Tun Mahathir sebagai perdana menteri selama lebih 20 tahun.

"Lagi pun Tun dah 90 tahun lebih dan kurang sopan buat demikian kepada seorang yang berumur. Tun (Mahathir) hanya penasihat dan nasihatnya tidak perlu diminta atau dipakai jika tidak perlu.

"Dia bukan CEO (ketua pegawai eksekutif) atau ada kuasa eksekutif. Ini bertentangan dengan adat sopan Islam dan Melayu (yang) menjaga aib warga berumur apatah lagi seperti Tun (Mahathir) yang mempunyai nama di peringkat antarabangsa," ujar beliau.

Raja Kamarul Bahrin juga hairan dengan tindakan kerajaan yang sanggup menerima pemimpin parti yang 'sering bertukar pendirian' untuk menjadi penasihat namun menamatkan khidmat Tun Mahathir yang dikenali masyarakat antarabangsa.

Keputusan kabinet ini, ujarnya jelas menunjukan justifikasi perlantikan Umno selama ini berasaskan kepentingan politik semata-mata dan bukan berasaskan kebolehan dan meritokrasi.
"Sehebat-hebat kecaman Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap Tun Mahathir, saya tidak ingat ada tindakan keras diambil olih Tun kerana memandang jasa Tunku kepada Umno dan Malaysia sambil mengenang usia lanjut Tunku pada masa itu," ujarnya.
Raja Kamarul Bahrin juga khuatir pelucutan jawatan Tun Mahathir akan memburukkan lagi nama Malaysia di mata dunia sekaligus menarik simpati terhadap bekas Perdana Menteri itu dan gerakan Selamatkan Malaysia.

Beliau juga menggesa pemimpin Umno agar mencontohi sikap bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih menghormati Tun Mahathir sebagai tokoh politik walaupun tidak bersetuju dengan bekas Presiden Umno itu dalam banyak isu.

"Inilah sikap menghormati ketokohan lawan walaupun berbeza pendapat. Inilah sikap pemimpin negarawan," ujarnya.

Pengerusi Amanah Terengganu itu juga menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai sikap terpuji untuk menghormati lawan, menghormati pemimpin yang lebih tua dan mengenang jasa mereka yang mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.

"Najib bukan seorang negarawan dan jauh sekali seorang pemimpin berprinsip untuk memimpin Malaysia. Kerana itu kita harus meneruskan perjuangan 'Selamatkan Malaysia' dari kerakusan Najib," ujarnya.

PEMECATAN MAHATHIR RUGIKAN NAJIB

Posted: 11 Mar 2016 10:12 PM PST

shahbudindotcom



Tun Mahathir Mohamad akhirnya ditamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat Petronas berikutan perbezaan pendapatnya yang berterusan dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam tindakan yang diputuskan sebulat suara oleh kabinet, bekas Perdana Menteri itu dianggap tidak layak lagi memegang jawatan tersebut kerana sikapnya yang dilihat tidak mendukung kerajaan sedia ada.

Asas utama penamatan khidmat Tun Mahathir ialah kerana Deklarasi Rakyat yang dilancarkannya minggu lalu bersama tokoh-tokoh ternama negara, termasuk daripada parti-parti pembangkang yang disifatkan kabinet sebagai suatu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Walaupun tindakan terhadap Tun Mahathir ini dipercayai disebabkan desakan banyak pihak dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu, tetapi ini bukanlah tindakbalas pertama Najib terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir juga sudah beberapa kali disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataan-kenyataan kerasnya untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri.

Sama ada Tun Mahathir akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya, ia akan banyak dipengaruhi oleh apa yang dilakukannya selepas ini.

Jika Deklarasi Rakyat telah menyebabkan Tun Mahathir dibuang sebagai penasihat Petronas, tidak mustahil deklarasi itu juga akan menyebabkan "kandang tertuduh"  di mahkamah pula bakal menantinya selepas ini.

Bagi Tun Mahathir, penamatan khidmatnya di Petronas ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sendiri pernah menawarkan diri untuk berundur daripadanya pada Disember 2013 yang lalu.

Bagaimanapun, hasrat Tun Mahathr itu ditolak oleh Najib yang merasakan masih ada keperluan bagi bekas Perdana Menteri itu untuk terus kekal memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan di syarikat minyak utama negara itu.

Maka, penamatan ini dipercayai tidak akan memberi apa-apa kesan kesan psikologi dan emosi kepada Tun Mahathir.

Tetapi di mata rakyat,  keputusan kabinet itu rata-ratanya tidak boleh diterima oleh mereka, terutama kerana menyanjung kebijaksanaan Tun Mahathir menjulang nama negara melalui Petronas dengan antaranya membina Menara Berkembar KLCC, Litar Lumba Sepang dan Putrajaya.

Dengan penamatan khidmat Tun Mahathir, rakyat lebih melihat ianya sebagai tindakan politik keterlaluan daripada Najib dalam mendepani serangan dan kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Soalnya, apakah keputusan kabinet itu akan menyebabkan Tun Mahathir mengendur dan mengalah atau asakan-asakannya menjadi lebih keras lagi?

Tiadakah pilihan lain yang boleh diambil selain daripada menamatkan perkhidmatan di Petronas  yang sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat pun dari segi pengaruh dan kewangan dalam konteks perbalahan Tun Mahathir itu dengan Najib?

Tetapi berdasarkan hakikat bahawa Tun Mahathir akan terus melakukan serangan-serangannya dan mengkritik Najib, perkembangan ini akan melimpahkan lagi simpati rakyat terhadapnya.

Dalam masa yang sama, Najib pula akan terus tersepit dalam usaha meraih sokongan dan dokongan rakyat kerana selain dianggap terlalu keras, jasa dan sumbangannya kepada negara tentu saja umpama langit dengan bumi berbanding Tun Mahathir.

Maka, keputusan kabinet ini, selain jauh daripada memberi keselesaan, ia akan menambahkankan lagi kesusahan kepada Najib dalam hari-hari yang bakal dilaluinya. 


Kementerian kesihatan cadang tambah doktor pakar

Posted: 11 Mar 2016 10:07 PM PST

SINAR HARIAN


Hilmi Yahaya
Hilmi Yahaya
 
 
BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah perjawatan bagi doktor pakar dalam usaha menangani kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, terdapat ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama untuk mendapat tempat di hospital kerajaan berikutan kekosongan yang ada tidak mencukupi.

"Masalahnya sekarang adalah kekurangan perjawatan. Ada graduan perubatan yang menjalani latihan di hospital kerajaan terpaksa menunggu lama untuk mendapat jawatan sebagai pegawai perubatan.

"Doktor ada tetapi perjawatan kurang...kita tak boleh isi juga. Sekarang ini nisbah kita adalah seorang doktor untuk 600 pesakit. Kita memerlukan jumlah doktor sekali ganda menjelang 2020 iaitu seorang doktor untuk 400 pesakit. Kita giat berbincang dengan JPA tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan 1,500 peserta Jamboree Mountainbike Balik Pulau, di Politeknik Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai langkah jangka panjang oleh Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.

Dr Hilmi berkata, selain masalah kekurangan perjawatan, faktor gaji turut menyebabkan kebanyakan graduan perubatan tidak berminat berkhidmat dengan hospital kerajaan.

"Dalam 800 sehingga 1,000 perjawatan yang ditawarkan, setengah daripadanya telah meletakkan jawatan. Tidak dinafikan tangga gaji (doktor) hospital kerajaan kurang berbanding dengan swasta. Kita akan cuba meningkatkan lagi...ia adalah antara yang kita lihat sekarang," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut berbincang dengan JPA untuk menambah jumlah elaun kepada doktor yang bertugas di kawasan luar bandar supaya mereka berminat untuk kekal berkhidmat dengan hospital kerajaan.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata, terdapat graduan perubatan yang bersemangat untuk berkhidmat di hospital kerajaan dan tidak menghiraukan tentang gaji.

"Kita amat menghargai sikap mereka membantu kerajaan, nak bantu rakyat," katanya. - Bernama

Bank Negara kemuka calon pengganti gabenor kepada Putrajaya, kata Zeti

Posted: 11 Mar 2016 10:05 PM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) sudah membuat cadangan berhubung calon penggantinya.  
 
"Jawatankuasa pentadbiran Bank Negara sudah menyerahkan cadangannya dan kerajaan akan membuat keputusan dan menyerahkan cadangan nama terbabit kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita di Forum Global Wharton 2016 di Sasana Kijang di sini petang tadi. 
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pengganti beliau susulan persaraan beliau tidak lama lagi. 
 
Zeti akan menamatkan perkhidmatannya pada akhir April ini, selepas berkhidmat sebagai Gabenor Bank Negara selama 16 tahun. 
 
Beliau berkata, topik berhubung siapa yang bakal menggantikan beliau turut disentuh pada perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. 
 
Bagaimanapun, katanya, banyak lagi perkara lain berkaitan ekonomi turut dibincangkan pada taklimat itu. 
 
"Semalam ada taklimat. Taklimat diberikan sebelum pembentangan laporan tahunan dan ia mengambil masa dua jam. 
 
"Satu setengah jam daripada taklimat itu disampaikan oleh saya berhubung penilaian dan dasar kami, bagaimana kita boleh membangun atas dasar yang berdaya tahan untuk masa depan, bukan saja untuk keadaan semasa," katanya.
 
 

Kabinet setuju tamatkan pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas

Posted: 11 Mar 2016 10:03 PM PST

ANTARAPOS.COM


 Post Pic

  
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
 
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
 
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
 
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
 
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
 
Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
 
 

Malaysia dijangka alami panas terik 20 Mac

Posted: 11 Mar 2016 10:01 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks.
 
Cuaca panas semasa boleh menyebabkan panas terik jika suhu melebihi 35°C selama lima hari berturut-turut, atau 37°C selama tiga hari berturut-turut, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.
 
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, setakat ini, suhu tertinggi dicatatkan di Alor Setar dan Chuping (Perlis) pada Khamis, di mana ia memuncak pada 38.5°C.
 
Beliau berkata, jika tidak berlaku penurunan hujan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mungkin akan merekodkan suhu yang lebih tinggi.
 
"Bagi Lembah Klang, malam akan menjadi lebih panas daripada biasa," katanya.
 
Rakyat Malaysia, terutamanya warga emas dan kanak-kanak, perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti luar.
 
"Minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi," katanya.
 
Tangau berkata cuaca panas dan kering diramal berkurangan pada akhir bulan berikutan musim peralihan monsun di mana terdapat lebih banyak hujan dan ribut petir pada sebelah petang.
 
 

900 pesawah risau padi tidak dituai

Posted: 11 Mar 2016 09:56 PM PST

SINAR HARIAN


sawah padi
Gambar Hiasan
 
 
ROMPIN - Lebih 900 pesawah dari Paya Setajam di sini, berdepan masalah berikutan lebihan padi yang masih tidak dapat dituai walaupun sudah sampai tempoh matang.

Tinjauan di Paya Setajam melibatkan Kampung Setajam, Kampung Sarang Tiong, Kampung Kurnia, Kampung Lantang, Kampung Garung, Kampung Mentara dan Kampung Pianggu, mendapati kebanyakan pesawah bimbang akan menanggung kerugian besar sekiranya padi mereka rosak.

Yang Dipertua Penanam-Penanam Padi Daerah Rompin, Abdul Rahman Ahmad, 62, mendakwa masalah itu disebabkan pesawah perlu menunggu giliran lama untuk proses pemindahan padi ke Kilang Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Kuala Rompin.

"Sekarang, kira-kira 60 peratus padi kami tidak dipotong sebab tunggu giliran. Ini kerana banyak lori masih menunggu giliran di (kilang) Bernas untuk memindahkan padi yang sudah dikutip.

"Ia terhad kepada kami, sehari Bernas boleh mengambil padi kira-kira 800 tan sahaja berbanding 1,600 tan hasil padi yang kami tuai untuk dijual kepada Bernas. Selebihnya kami perlu menunggu keesokan atau hari lain," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Justeru, Abdul Rahman memohon pihak pengurusan Bernas membantu pesawah yang terlibat, dengan menambah kuantiti pembelian padi secara harian supaya tiada padi tidak dapat dituai sehingga merugikan golongan berkenaan.

Pesawah Zulkifli Omar, 55, pula mendakwa dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kira-kira 3,000 tan padi akan rosak jika masih lagi tidak dituai dengan anggaran kerugian sebanyak RM2.5 juta.

"Saya yang mewakili petani-petani di sini meminta Bernas membuka satu lagi tempat pemindahan padi di sekitar kawasan ini bagi menampung jumlah padi yang banyak," katanya.

Bagi Halijah Shafie, 63, yang sangat sedih dengan situasi berkenaan, berkatan beliau bergantung sepenuhnya wang hasil penjualan padi untuk perbelanjaan harian keluarga.

Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal, mendakwa lebih kurang 18 tan padi dengan nilai kira-kira RM20,000 di sawah miliknya sudah melebihi tempoh matang untuk dituai, namun tidak dapat berbuat demikian dan kini ia mulai rosak.

"Sekarang masih tidak boleh ambil lagi padi. Saya sangat sedih sebab hanya mengharapkan duit padi ini untuk beri cucu sekolah. Jadi saya mohon, bantulah kami rakyat di bawah ini," katanya.

Hasnah Bakar, 52, pula mendakwa beliau terpaksa menyewa lori mengangkut padi sebanyak 65 tan untuk dijual kepada pengusaha kilang di Melaka pada Isnin lepas, bagi mengelak padinya rosak jika masih tidak dituai.

"Ini memerlukan kos yang tinggi kerana kos penghantaran bagi satu tan padi adalah sebanyak RM60," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bernas ketika dihubungi Bernama berkata isu itu berlaku setiap tahun, namun syarikat itu tidak pernah gagal untuk membeli kesemua padi milik pesawah berkenaan.

Jurucakap itu berkata antara langkah diambil kali ini adalah dengan menghantar padi yang dibeli itu ke Selangor dan Johor untuk diproses secara berterusan.

"Selain itu, kita akan melanjutkan waktu operasi (Kilang Bernas) dan menambah tempat pemindahan padi baharu dalam Kilang Bernas di Rompin untuk menampung kapasiti padi," katanya.

Beliau berkata Bernas memberi jaminan semua proses pembelian padi akan diselesaikan pada hari yang sama ia dihantar ke kilang sepertimana dilaksanakan sebelum ini.

"Kita akan mengalami keadaan puncak jualan padi dalam empat atau lima hari sahaja selepas tuaian selesai di daerah Rompin dan Mersing," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin meminta Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) menjadualkan semula jadual penanaman padi untuk mengelak tuaian serentak sehingga menyebabkan Kilang Bernas berkenaan tidak mampu menampung kuantiti padi yang terlampau banyak.

"Masalah pembelian padi di Kilang Bernas ini berpunca daripada beberapa perkara antaranya padi masak serentak. Jika dijadualkan semula penanaman padi, ia tidak akan masak serentak sekali gus kurang membebankan Bernas membeli padi ini," katanya.

Hasan berkata pesawah tidak perlu bimbang mengenai masalah itu kerana Bernas sudah memberi jaminan untuk membeli kesemua padi mereka.

"Saya juga difahamkan gudang pemindahan padi di Kilang Bernas ini akan diperbesarkan pada tahun ini untuk menampung padi yang lebih banyak," katanya. - Bernama