Sabtu, 20 Februari 2016

dollah yankee

dollah yankee


Takutnya mereka pada Mat Sabu

Posted: 20 Feb 2016 06:39 AM PST


Aura Mat Sabu memang hebat sehingga PERKASA terpaksa buat sidang akhbar untuk memberitahu dan merayu-rayu orang ramai supaya jangan tolong dan jangan bantu Mat Sabu untuk bersama-sama berkongsi membayar ganti rugi 200 ribu ringgit.

Jika dilihat dari kenyataan mereka ini, nampaknya PERKASA sangat-sangat takut kepada
Mat Sabu ...

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak memberi derma kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris membuat nasihat itu susulan rayuan AMANAH yang meminta orang ramai menghulurkan bantuan kepada Mat Sabu yang berdepan dengan tuntutan muflis.

Mat Sabu dituntut membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu 'Projek IC' di Sabah.


dollah yankee -
Semua orang pun tahu 'projek ic' di Sabah itu benar-benar telah berlaku dan bukan nya dongengan...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


NAJIB BAKAL TUMBANG IKUT PAK LAH ?????

Posted: 20 Feb 2016 05:41 PM PST


Shahbudin.com




MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG

Malam ini berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.

Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan  oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.

Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.

Apa sudah jadi?

Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan. (20/02/2016)

WSJ: DANA RM2.6 BILION BUKAN DARIPADA ARAB SAUDI

Posted: 20 Feb 2016 02:51 PM PST

Pekerja Bangladesh: Kenyataan bercanggah menteri kelirukan rakyat

Posted: 20 Feb 2016 02:46 PM PST



Lip Eng

KUALA LUMPUR 21 FEB: Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) digesa berhenti mengelirukan rakyat dengan memberi kenyataan bercanggah berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata ia menunjukkan tahap kecekapan pemimpin kerajaan BN kian membimbangkan sehingga bertindak membuat penjelasan bercanggah kepada rakyat.
"Dua menteri yang ada PhD pun tidak dapat menentukan apakah angka sebenarnya. Tahap kecekapan mereka kian membimbangkan.
"Kabinet mesti memberi kata putus dan menjelaskan angka manakah yang betul? 1.5 juta ke Malaysia atau untuk dihantar ke 139 negara? Atau adakah Malaysia membolot kuota 139 negara?" katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pagi tadi yang menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini bahawa seramai 1.5 juta pekerja asing akan dibawa masuk dalam masa tiga tahun.
Richard menyatakan jumlah 1.5 juta itu merujuk kepada pekerja berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka, bukan ke Malaysia semata-mata.
"Menteri yang didapati membuat kenyataan salah berhubung isu 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh itu wajar meletak jawatan dan meminta maaf kerana mengelirukan rakyat selama 8 bulan.
"Malah, kurang 24 jam selepas penandatangan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh, Zahid pula mengumumkan kerajaan telah membekukan kemasukan 1.5 juta pekerja asing itu tadi.
"Ia jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak berpegang kepada janji mahupun tahu menghormati kontrak," katanya.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SAHABAT MAT SABU

Posted: 20 Feb 2016 06:00 AM PST





TERKINI

TELAH 

MENCECAH

50,260 RINGGIT


MAY BANK

5642 5857 6644










--------------

TERIMA KASEH - BACA PUISI

Posted: 20 Feb 2016 05:00 AM PST






TERIMA KASEH

terima kaseh ada paksi
terima kaseh  semua yang hadir
terima kaseh yang membaca puisi
terima kaseh pada pemusik
terima kaseh kg banda dalam

ini sajak yang gwa baca:
SURAT INI
surat ini telah lama hendak aku tulis
telah lama beligar-ligar dalam kepala
biar aku bacakan disini
agar kau boleh tidur lena malam ini
kerana isinya 
amat selalu kau dengar

yang aku dendangkan di sini
kau jadikan halwa telinga
kau jadikan ingatan bersama
kau jadi salam setiakawan  dari aku

biar aku katakan jujur
aku tidak ingin lagi berkesah
tentang adam dan hawa 
aku tidak mahu membuka
kesah cinta
kesah duka kesah lara

sebenarnya surat aku ini 
aku tulis untuk bertanya
aku ingin bertanya kepada kau
kita ini hendak kemana?
kita ini sedang dimana?
kita ini dari mana?

seribu tahun aku berkelana
seribu tahun  mundar mandir
seribu tahun aku mencari
jawabnya belum terjumpa lagi

seribu tahun aku menangis
tujuh kampong tenggelami air
tujuh gunung runtuh terbarai
tujuh bukit menjadi lembah
jawapannya masih aku tunggu

dari sini ke sana
dari sana ke sini
dari hujung ke panggal
dari utara ke barat
aku geldah mencari jawapan

kau tahu apa yang aku tanya ini
kau tahu apa yang aku cari
kau tahu apa yang aku geledah

kau tidak akan tahu musim bunga
kalau kau tak rasai musim dingin
kau tak tahu indah mata hari
kalau kau tidak dilanda banjir
kau tak tahu erti kaseh
kalau kau tidak pernah ditinggalkan
kau tak tahu erti lambat
jika kau tak pernah menunggu
kau tidak akan tahu apa itu bebas
jika kau tidak pernah terkurung

lalu aku ingin bertanya lagi
kita ini dari mana hendak kemana?
kita ini dari apa kepada siapa?
kita ini untuk apa dan kenapa?

bila pintu besi itu ditutup
bila bilik itu dikunci
bila kau menjadi angka
aku yakin kau juga akan bertanya

bila pintu itu ditutup
bila bilik itu dikunci
kau juga akan  bertanya
ke mana pergi segala guru
ke mana perginya  para imam 
ke mana pergi segala tok penghulu
ke mana hilangnya para sasterawan
ke mana lesapnya para pemikir
kemana larinya para orang itu
dimana hilangnya ayat ayat itu

bila pintu itu dikunci
bila bilik itu ditutup
kau akan menjadi aku

kau akan sedar
yang  ditunggu bukan
kunci pintu besi
yang ditunggu bukan
saekor lipas kudung
yang aku tunggu 
ialah jawapan
kenapa kita ini macam ini
kenapa kita tidak macam itu?

kenapa aku disini?
kenapa aku tidak disitu?
kenapa macam ini?
kenapa tidak macam itu?

19/02/16






----------

AWAS KENYATAAN INI

Posted: 20 Feb 2016 05:00 AM PST





INI SUARA

DARI PERTAMA 

KOMPLEKS

Isu tanah rizab Orang Asli dijangka selesai tahun ini, kata menteri



Isu tanah rizab masyarakat Orang Asli dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah i Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 79,000 hektar tanah rizab itu siap diukur dan menunggu proses diwartakan manakala 24,000 hektar lagi sudah diwartakan kerajaan negeri.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-tanah-rizab-orang-asli-dijangka-selesai-tahun-ini-kata-menteri#sthash.K00bMsBV.dpuf


hati hati

kata kunci disini

ialah DIJANGKA

kah kah kah


dijangka bukan 

AKAN SELESAI

dijangka selesai

PUTAR LAGI

------------

SOALAN BODOH

Posted: 20 Feb 2016 04:30 AM PST









SATU LAWAK

ATAU

SOALAN BODOH

LAGI BANGANG


RM2.6 bilion: Mahu percaya Menteri Arab Saudi atau WSJ?

Kata Pengarah Komunikasi Strategik BN,  Abdul Rahman Dahlan, Wall Street Journal telah melanggar semua peraturan kewartawanan.

PETALING JAYA: Adakah rakyat lebih mempercayai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi atau Wall Street Journal yang hanya menggunakan sumber tidak bernama dalam isu 1MDB, soal Pengarah Komunikasi Strategik BN,  Abdul Rahman Dahlan.
Beliau menyangkal dakwaan pengarang kewangan WSJ, Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia bahawa derma RM2.6 bilion bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.
"WSJ mendakwa pegawai Arab Saudi yang tidak dinamakan berkata yang menteri kewangan dan luar mereka tidak tahu tentang sumbangan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Walhal Menteri Luar Saudi sendiri secara terbuka berkata bahawa ia daripada Arab Saudi, seperti yang disahkan Peguam Negara selepas siasatan terperinci.
KAH KAH KAH

woit
cakap marah
tapi inilah tahap munkee kita
soalan ini soalan cepu emas

nampak munkee ini tak faham
munkee ini tak sedar
munkee ini tak tahu
atau buat buat tak sedar
atau buat buat tak tahu
bahawa hampir semua 
warga malaysia tidak lagi
percaya dengan kerajaan
apa saja cakap gamin
apa saja cakap munkee
soalan ini tak perlu ditanya

kah kah kah
kenyataan najib
kenyataan menteri tok arab
kah kah kah
tak ada siapa percaya
kah kah kah


KAH KAH KAH

-------------

BACA PUISI

Posted: 20 Feb 2016 04:00 AM PST






FACE BOOK 


Sumpah Tukar Tiub
Kami anak muda Malaysia bersumpah
Akan menghasut, menghasut dan menghasut
Hatta turun mendesak di jalan
Meski kaki bertelanjang tiada berkasut
Kami anak muda Malaysia bersumpah
Akan melawan, melawan dan melawan
Biar suara meninggalkan tekak
Sehingga yang korup merompak ditawan
Kami anak muda Malaysia bersumpah
Kalau seorang Tukar Tiub dipenjara
Sepuluh ribu Tukar Tiub muda akan bingkas membela
'Tipu pilihanraya! Turun ke jalanraya!'
Kami anak muda Malaysia bersumpah,
Sumpah kami bergegar di langit
Biar telinga Bik Mama bingit
Tukar Tiub ayatollah kami
Tiada seorang mampu mengganti!

9.45pm 19 Feb '16, Gombak.
Baca Puisi Madrasah Seni.

dibacakan

dibaca puisi

markas tarbiah




-------------

UNTUK PENCERAHAN

Posted: 20 Feb 2016 12:00 AM PST



AHLI FIQH
Wahai ahli-ahli Fiqh, Janganlah setelah menafsirkan dan menguraikan ayat-ayat Allah dan hadits Nabi saw. mengecam dan menyalahkan atau berani mensesatkan/mengkafirkan kaum muslimin dan para ulama dalam suatu perbuatan, karena tidak sepaham dengan madzhabnya. 
Orang seperti ini sangatlah fanatik dan extreem yang menganggap dirinya paling benar dan faham sekali akan dalil-dalil syari'at, menganggap kaum muslimin dan para ulama yang tidak sependapat dengan mereka, adalah sesat, bodoh dan lain sebagainya. Kami berlindung pada Allah swt., dalam hal tersebut. 
Allah Maha Mengetahui hamba-Nya yang benar jalan hidupnya. Ingat firman Allah swt. (Surah 17 - Al-Isra' :84) "Katakanlah (hai Muhammad) : Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, karena Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus (jalan yang ditempuhnya)." (Surah 53 - An-Najm :32) "….janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia (Allah) lebih mengetahui siapa yang bertaqwa." # on PERANG ULAMAK
Publish | Delete | Spam
Little Bird
on 2/18/16


sama sama

kita belajar

------------

BERAPA TAHUN NAK TUNGGU

Posted: 19 Feb 2016 11:00 PM PST








BERAPA 

TAHUN

NAK TUNGGU




Peguam Najib: Belum ada arahan mengenai dakwaan WSJ

Peguam Wan Azmir Wan Majid berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada Najib berhubung perkara itu


KAH KAH KAH

woit
ini sampai bila?
sampai bik mama
jadi anak dara balik ke?
sampai bik mama slim?
slim macam ziana zain ke?
kah kah kah

PUNYA LAMA


--------------

DARI MUKRIZ KEPADA LCE

Posted: 19 Feb 2016 09:30 PM PST





INGATAN


UNTUK 


MAT L.C.E



LAGI KESAH PUISI

Posted: 19 Feb 2016 08:30 PM PST









KESAHNYA
malam kelmarin
baca puisi setiakawan
mangsa akta hasutan 1948
di markas tarbiah kg banda dalam
anjuran PAKSI

pyanhabib sama membaca puisi
pyan bacakan sms dari aku
pyan bacakan sms yang aku tulis
sms aku ingin belajar
buat jeruk petai cara pyanhabib

tak sangka pyan simpai sms aku
hampir satu tahun dahulu

pagi ini aku anta sms
ucapan teriama kaseh
kepada semua temasuk pyan

nah aku terima
terima jawapan sms dari pyan:
hanya satu perkataan: PETAI
kah kah kah


LAGI KESAH PETAI
puan aliza jaafar
isteri yb saari sungip
juga menulis dan membaca puisi
pada malam yang sama
ahhh...

aliza menulis ingatan-ingatan
ISA di kamunting

ahhh...
dia juga menulis tentang dirinya
menyuludup petai masuk
ke dalam sel
kerana pihak penjara
tidak membenarkan aku
menerima petai


-----------

AL-FATIHAH UNTUK ANAK MUDA INI

Posted: 19 Feb 2016 08:00 PM PST






AL-FATIHAH

Dipancung IS hanya kerana dengar lagu


MOSUL- IRAQ. Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.

Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.

Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum.

Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu.
Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.

IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya.

tidak ada apa apa
yang dapat aku ucapkan
tidak ada apa apa
yang dapat aku tuliskan
segantang titisan air mata
segumpal hati lara
seribu kata kata
tidak akan mengembalikan kamu

gambar kau yang terpapar
tidak saggup aku sertakan disini
semoga  adik kakak 
abang emak  ayah kelurga
dan dunia yang kau tinggalkan
akan menjadi lebih baik
dari saat kau diwafatkan

AL-FATIHAH





-----------------